Anda di halaman 1dari 6

Kepimpinan adalah komponen penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah

organisasi. Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang


mengkaji dalam bidang ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi
kepimpinan sebagai suatu percubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi,
yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau
beberapa matlamat.Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai
keupayaan untuk mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan
(komunikasi) untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai. Manakala menurut
kamus Dewan (2004), kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin.
kepimpinan mempunyai pelbagai definisi mengikut takrifan seseorang,

Walaupun
satu definisi

umum dapat di simpulkan, iaitu "Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan
kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat". Sebagai seorang pemimpin, tugas
seseorang ialah untuk mengimbangi beberapa tuntutan atau keperluan, seperti
keperluan diri, kumpulan dan organisasi. Menurut John Adair pula, tugas pemimpin
ialah untuk mengimbangi antara keperluan-keperluan tugas, pasukan dan individu.
Pemimpin dikenali dengan berbagai istilah, misalnya ketua, kepala, pengetua, amir,
imam dan sebagainya. Istilah lain bagi pengikut ialah orang bawahan, ahli-ahli,
anggota-anggota, pekerja, staff atau kakitangan (dalam konteks pengurusan) dan
sebagainya.
Namun dalam sesebuah organisasi memerlukan beberapa pendekatan untuk
membantu pemimpin untuk menangani perubahan-perubahan semasa mahupun
cabaran yang dapat membawa organisasi yang diterajuinya ke arah kecemerlangan.
Salah satu pendekatan yang boleh membantu meningkatkan kepimpinan dalam
sesebuah organisasi iaitu latihan kepimpinan. Latihan kepimpinan merupakan tunjang
penting dalam setiap individu untuk memulakan sesuatu yang baru samaada untuk
memimpin sesebuah organisasi mahupun untuk menganggotai sesebuah jabatan
ataupun pekerjaan. Oleh itu, setiap pekerja atau individu yang baru menganggotai
sesebuah jabatan atau organisasi perlu diberi kursus orientasi ataupun induksi. Dalam
kursus ini, mereka perlu diberi pendedahan awal berhubung dengan bidang kerja atau
tugas yang akan disandangkan atau dilaksanakan. Antara lain ianya bertujuan untuk
membolehkan mereka memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Selain
1

daripada itu, perlu diwujudkan kesefahaman antara individu dalam organisasi bagi
membolehkan mereka untuk bekerjasama dengan baik. Latihan kerohanian juga perlu
diberi penekanan dan diadakan dari masa ke semasa. Latihan kerohanian ini penting
agar dalam diri individu berkenaan tidak wujud perasaan negatif sesama mereka sama
ada melibatkan bidang tugas mahupun interaksi sesama rakan sekerja. Bennis dan
Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh
kepimpinan. Dengan ini, latihan kepimpinan amat penting bagi individu untuk
memulakan ataupun memasuki dalam sesuatu bidang yang baru.
Selain latihan kepimpinan, pendekatan penerapan nilai-nilai murni kepimpinan juga
penting dalam meningkatkan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Nilai ditakrifkan
sebagai kehendak dan keinginan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi
untuk bertindak mengikut pemilihan berasaskan norma-norma utama meliputi perilaku
dan amalan masyarakat. Oleh demikian, penerapan nilai-nilai murni dalam kepimpinan
penting dalam sesebuah organisasi. Menurut Zaharah Hassan, Abu Daud Silong dan
Nazri Muslim dalam kajian mereka Kepimpinan Beretika dan Kecemerlangan
Organisasi dalam Perkhidmatan Awam ,menyatakan terdapat 5 nilai dan etika dalam
perkhidmatan iaitu Nilai-Nilai Peribadi Asas, Nilai-Nilai Kepimpinan, Nilai-Nilai
Profesionalisme, Nilai-Nilai Produktiviti/ Kualiti Dan Nilai Keagamaan (INTAN, 1996).
Tidak kecuali juga dalam islam, dimana menitik berat tentang nilai-nilai yang baik untuk
seseorang pemimpin untuk membimbing sesebuah organisasi. Hanya sebelas daripada
nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini, nilai-nilai
tersebut ialah Amanah, Tanggungjawab, Ikhlas, Dedikasi, Sederhana, Tekun, Bersih,
Berdisiplin, Bekerjasama, Berbudi Mulia, dan Bersyukur. Sebelas nilai ini dipilih kerana
ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam
menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam kepada sesorang pemimpin.
Contohnya, nilai tanggungjawab dimana menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah
terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan, Melakukan tugas dengan
kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur,
Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila bila sahaja diperlukan, bercita-cita
untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/instutusi/awam dalam menjalankan
tugas serta bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara. Wilhelm (1996)
2

menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai characteristic teras bagi seorang
pemimpin berkesan. Seterusnya beliau menambah, kepimpinan tanpa nilai boleh
mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui Adolph
Hitler. Hal ini kita dapat lihat di dalam organisasi di sekolah mahupun dalam jabatanjabatan yang lain iaitu sekira sesorang guru diberikan tanggujawab untuk mendidik
murid untuk cemerlang di dalam pelajaran, dengan ini guru perlulah berusaha
memberikan didikan yang terbaik seperti membuat kelas tambahan, menyediakan
bahan-bahan bantu mengajar ataupun persediaan dalam pengajaran dan sebaliknya
sekiranya terdapat guru tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pendidikan yang
cemerlang boleh mengakibatkan kesan yang buruk terhadap setiap murid dibawah
tanggungjawab beliau.
Kita boleh lihat pentingnya penerapan nilai-nilai murni dalam sesebuah organisasi
iaitu beberapa usaha kerjaaan dalam melaksanakan beberapa kempen antaranya
contoh penerapan nilai yang murni yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia
untuk melahirkan pekerja yang berdidekasi dalam seuatu kerja iaitu pada tahun 1982,
Kempen Bersih, Cekap Dan Amanah dimana

pada pertengahan April 1982, Y.A.B.

Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah
sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini
adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19
hb. Mac, 1983. Objektif utama dasar ini adalah bagi mengujudkan satu etika kerja dan
sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada
peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja dan meningkatkan semangat atau motivasi
pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.
Manakala pada tahun 1985 pula, Dasar penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran
Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan
dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak kukuh. Pada tahun
2006 Pembangunan Modal Insan pula dilancarkan.Dengan peningkatan persaingan di
pasaran global, ekonomi akan terus diperkukuh dengan meningkatkan daya saing dan
menerokai sumber pertumbuhan baru. Peningkatan daya saing ini memerlukan modal
insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif
serta memiliki etika kerja positif dan nilai kerohanian. Bagi tujuan ini, penambahbaikan
3

secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran


sepanjang hayat akan dilaksanakan. Program pembelajaran sepanjang hayat
diperluaskan bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada individu untuk
meningkatkan dan menambah baik kualiti diri melalui pemerolehan pengetahuan dan
kemahiran secara berterusan.1
Perubahan sikap dan nilai adalah satu keperluan dan selari ke arah yang positif dan
holistik. Perubahan ini beriringan dalam tiga fasa iaitu mahu menerima perubahan,
bersedia untuk menerima perubahan yang datang dan menyesuaikan diri dengan
perubahan yang ada.

Menurut

Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005), sikap ialah

tingkah laku yang lahir daripada pemikiran dan emosi seseorang, ia adalah kumpulan
perlakuan atau perangai yang ditunjukkan oleh seseorang. Menurut beliau juga, sikap
mempunyai unsur-unsur pemikiran samaada positif atau negatif dan perubahan sikap
adalah penting untuk transformasi sikap daripada yang negatif ke positif, di mana sikap
yang positif menjadi asas kejayaan kerana ia akan mempengaruhi minat dan usaha
yang dijalankan. Ini tidak kecuali juga di dalam sesebuah organisasi iaitu perubahan
sikap dan nilai juga salah satu pendekatan yang boleh meningkatkan kepimpinan
dalam sesebuah organisasi. Perubahan sikap dan nilai ini dapat dilakukan melalui
latihan kederiaan yang mana seseorang itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri
dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan dirinya sebagai pemimpin.Seseorang pemimpin adalah tidak wajar
meletakkan diri sebagai seseorang yang sempurna dari aspek kepimpinan tanpa perlu
membuat penilaian diri langsung. Ini kerana kesempurnaan bagi dirinya itu bukan dilihat
oleh individu lain atau pekerja bawahannya adalah satu kelemahan ketara dirinya. Hal
ini disebabkan pemimpin seumpama ini adalah sukar untuk menerima sebarang
teguran berkaitan kesilapan atau kesalahan yang dilakukannya. Adalah penting bagi
setiap individu dalam organisasi merenung ke dalam diri atau bercerminkan
pandangan individu lain untuk melihat kelemahan diri. Teguran yang diterima perlu
direnungi dan dijadikan panduan serta asas dalam usaha meningkatkan prestasi kerja
dalam sesuatu jabatan atau organisasi.
1 Dipetik dari http://gempakz.org/showthread.php?tid=3239 dimuat turun pada 8 april 2012.

Menurut Kanungo (2001), mengatakan seseorang yang mahu menjadi pemimpin


yang beretika perlu terlibat dengan tingkah laku yang mulia dan memberi kebaikan
kepada orang lain. Beliau juga perlu menjauhkan diri daripada perbuatan jahat yang
boleh mendatangkan keburukan pada orang lain.

Sebagaimana pepatah Melayu

seperti ketam mengajar anaknya berjalan, iaitu sebagai contoh organisasi di sekolah,
sekiranyas guru tidak memberikan teladan ataupun sikap yang tidak betul kepada para
pelajar di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti cara
permakaian, cara percakapan yang tidak sopan, cara pergaulan dan tingkah laku, hal
ini secara tidak langsung mempengaruhi sikap dan nilai yang tidak baik kepada
pelajarnya. Oleh demikian guru perlu menjadi role model yang terbaik untuk
melahirkan generasi muda pada hari ini bersedia untuk melakukan perubahan.
Kesediaan dan pengalaman akan mendidik mereka untuk mewarisi kejayaan yang
cemerlang pada masa hadapan. Apa sahaja yang negatif dan diwarisi sebelum ini
biarlah berhenti setakat ini sahaja. Sikap dan pemikiran dari zaman kolonial wajar
dihapuskan

supaya

generasi

muda

adalah

semuda

keyakinan

dan

setua

kegagahannya.
Walaupun hari ini Malaysia sudah mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi
masih terdapat pemimpin dalam sesebuah organisasi yang masih berada di takuk
lama dan memiliki minda kelas ketiga. Kebanyakan kelemahan adalah disebabkan
oleh sikap, nilai dan etika kerja yang tidak baik yang akhirnya menyebabkan integriti
perkhidmatan awam diragukan. Seorang pemimpin adalah sumber, pemberi tenaga,
arkitek, catalyst dan wira bagi pekerja-pekerjanya. Mereka boleh menyebabkan
banyak perbezaan ke atas prestasi pekerja dan organisasi sekiranya mereka
mengamalkan kepimpinan beretika atau tidak. Kepimpinan beretika akan memberi
nilai tambah kepada organisasi kerana organisasi mereka akan dihormati dan ianya
boleh terus berdiri megah dalam ekonomi yang sentiasa berubah.
Di samping itu, pemimpin juga perlu memberi perhatian kepada tindakan-tindakan
yang tidak beretika kerana ini akan melemahkan dan merosakkan organisasi. Pemimpin
dalam sektor awam terutamanya, memikul tugas yang lebih berat kerana mereka bukan
sahaja menjaga kepentingan rakyat tetapi mereka juga bertanggungjawab menjaga
imej dan kepentingan negara. Dengan

ini, pendekatan-pendekatan seperti latihan


5

kepimpinan, penerapan nilai-nilai murni kepimpinan, perubahan sikap dan nilai dan
pengalaman dan pusingan kerja di dalam sesebuah organisasi samaada organisasi di
sekolah mahupun organisasi yang lebih besar seperti syarikat-syarikat swasta yang lain
sangat penting untuk menjadi panduan dan kayu ukur yang boleh meningkatkan
kepimpinan dalam sesebuah organisasi yang lebih cemerlang dan gah di peringkat
antarabangsa. Menurut Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005), dalam kehidupan,
individu berusaha kerana hendak mendapat kejayaan dan kecemerlangan sebenar.
Oleh itu, seseorang tidak boleh lari daripada berusaha dan terus mencuba agar
mencapai mencapai apa yang diidamkan begitu juga bagi seseorang pemimpin perlulah
berusaha untuk meningkatkan kecemerlang sesebuah organisasi yang diterajuinya agar
organisasi yang dipimpin dapat melahirkan para pekerja yang hebat dalam kerjaya.

Anda mungkin juga menyukai