Anda di halaman 1dari 24

PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3106)

MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN & CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN.

Di sediakan oleh :
Nur Shamimi binti Jamudin
PISMP J2 (AMBILAN JANUARI 2011)
Pensyarah pembimbing :
Puan Norehan bt Muhamad

MASALAH PENGUASAAN
PEMBELAJARAN & CARA MENGESAN
KESUKARAN PEMBELAJARAN
MASALAH
PENGUASAAN
PEMBELAJARAN
(MENYELURUH)
MASALAH
PENGUASAAN
PEMBELAJARAN
(KEMAHIRAN
BAHASA)
CARA
MENGESAN
KESUKARAN
PEMBELAJARAN
LANGKAH-LANGKAH
MENJALANKAN SESI
PEMULIHAN
RUJUKAN

Faktor Pengajaran dan


Pembelajaran
Kaedah dan pendekatan guru yang
berbeza.
Sesetengah kaedah sesuai bagi pelajar
namun mungkin tidak sesuai bagi
sebilangan kecil pelajar.
Bahan P&P haruslah menarik dan mudah
difahami.
Guru perlu bijak dalam memilih bahan
pengajaran agar sesuai dengan tahap
pelajarnya.

Faktor Fizikal dan Deria


Keadaan fizikal yang buruk, kurang
makanan, dan penyakit dikaitkan
dengan masalah pembelajaran
keadaan fizikal yang lemah akan
menggangu penumpuan terhadap
pembelajaran.
Kawalan motor yang lemah serta
penglihatan atau pendengaran yang
kurang baik menambahkan lagi
masalah pembelajaran.

Kecacatan penglihatan berlaku


dalam dua bentuk : rabun dekat dan
rabun jauh.
Masalah pendengaran pula akan
menjejaskan kebolehan pelajar untuk
membaca.
Pendengaran yang baik akan
membantu pelajar untuk mendengar
sebutan dan intonasi bacaan guru.

Masalah Pertuturan
Masalah ini akan menjejaskan perkembangan
bahasa pelajar dari segi lisan.
Kebolehan bertutur dengan baik adalah
disebabkan oleh alat artikulator yang sempurna.
Kecacatan alat ini akan menyebabkan pelajar
gagal menyebut sesuatu perkataan dengan
tepat, sebutan bunyi tidak jelas, pic yang
berubah serta tidak konsisten dan intonasi yang
tidak jitu.
Oleh itu, pelajar akan gagal membaca dengan
sempurna.

Faktor Kesihatan
Kesihatan pelajar adalah sangat
penting bagi menentukan
keberkesanan pembelajaran.
Masalah seperti kekurangan
makanan berzat akan menyebabkan
pelajar keletihan dan tidak bermaya
semasa di dalam kelas.
Pelajar-pelajar yang letih tidak dapat
menumpukan perhatian di dalam
kelas.

Faktor Mental
Mental sangat penting dan jika mental
bermasalah maka keseluruhan pencapaian
akademik seseorang pelajar akan terganggu.
Masalah mental mungkin disebabkan oleh
faktor-faktor seperti kelahiran awal bulan,
kecederaan akal akibat kemalangan atau
terjatuh dari tempat tinggi dan faktor penyakit
yang menyebabkan bengkak pada sesuatu
kawasan otak seperti demam yang
menyebabkan seseorang individu mengalami
suhu yang tinggi untuk tempoh yang lama.

Faktor Emosi
Masalah emosi selalunya berlaku di rumah yang
berpunca dari keluarga yang tidak harmonis.
Ibu bapa yang kerap bergaduh juga akan
menggangu emosi pelajar.
Faktor-faktor yang menyebabkan pelajar
mengalami kesukaran dalam pembelajaran
adalah terlalu kompleks.
Faktor tersebut jelas akan menjejaskan
pembelajaran pelajar dan guru perlu berusaha
untuk mengurangkan faktor-faktor penghalang
itu demi kepentingan pelajar.

Kemahiran Lisan

Kosa kata yang terhad.


Menggunakan dialek.
Menggunakan bahasa ibunda.
Lemah dalam kesantunan berbahasa.
Gagal mematuhi peraturan.
Lemah ingatan pendengaran.

Kemahiran Membaca
Keliru pada huruf yang hampir
sama : b-d, m-w.
Keliru pada huruf-huruf besar dan
kecil yang berubah : a-A, b-B.
Masalah disleksia : (kail) (kali),
(dada) (baba).
Tidak dapat membatangkan suku
kata tertutup.

Tidak dapat membatangkan


perkataan yang mengandungi lebih
daripada dua suku kata.
Membaca secara berlagu.
Lemah ingatan penglihatan.
Tidak faham bahan yang dibaca.
Sukar membuat hubung kait.
Tidak dapat membuat urutan.

Kemahiran Menulis
Kecondongan dan bentuk huruf tidak
tekal.
Huruf besar dan kecil yang
bercampur aduk.
Salah ejaan.
Kosa kata yang terhad.

Aliran pemikiran tidak lancar.


Lupa format penulisan.
Lemah dalam penyampaian idea.
Lemah dalam penggunaan tanda
baca.
Ayat yang tidak gramatis.

Pemerhatian
o Melalui cara ini, guru dapat memperoleh berbagaibagai maklum balas tentang seseorang pelajar.
o Pemerhatian yang teliti merupakan faktor yang
paling penting dalam mengesan pelajar untuk
pendidikan pemulihan.
o Setiap pelajar yang memberikan reaksi yang lambat
dalam pelajaran akan menunjukkan ciri- ciri yang
nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru.
o Dalam pemerhatian guru, guru akan dapat melihat
terdapatnya beberapa masalah- masalah yang
dihadapi oleh pelajarnya sebagai contoh, pelajar
yang menghadapi masalah lemah dalam bacaan.

o Pelajar yang lemah dalam bacaan biasanya


menunjukkan tiga ciri :Pertama, kegagalan menyebut perkataan.
Pelajar akan berhenti membaca dan tidak
dapat meneruskan bacaan tanpa dibantu
oleh guru.
Kedua, berhenti sejenak, pelajarterpaksa
berhenti satu atau dua saat sebelum
menyebut satu- satu perkataan.
Ketiga salah menyebut perkataan.

o Pemerhatian tentang masalah-masalah pembelajaran


ini juga dapat membantu guru menganalisis tingkah
laku pelajar serta sikapnya terhadap kejayaan dan
kegagalan.
o Selain daripada pemerhatian yang dibuat di dalam
bilik darjah, guru juga boleh membuat pemerhatian di
dalam bilik darjah.
o Seorang pelajar yang pendiam atau suka
berseorangan ketika makan di kantin atau berjalan
balik ke rumah mungkin mengalami masalah
sosioemosi.
o Masalah seperti ini juga dapat menggangu
penumpuan pelajarterhadap pelajarannya di dalam
bilik darjah.

Pentaksiran Rekod Prestasi


o Rekod prestasi adalah seperti bentuk senarai semak,
iaitu senarai kemahiran-kemahiran kecil
dikemukakan.
o Contohnya, satu bentuk senarai semak yang telah
disediakan guru untuk melihat sejauh mana prestai
muridnya dan kemahiran-kemahiran yang telah
dikuasai oleh pelajarnya.
o Bagi setiap kemahiran yang diperolehpelajar, tanda
() akan diletak di sebelah namanya.
o Dengan ini, jelaslah bahawa penelitian tentang rekod
prestasi merupakan satu cara yang baik untuk
mengesan kesukaran pembelajaran pelajar.

Pentaksiran Rekod Profil


o Pentaksiran rekod profil memberi gambaran
tentang pencapaian pelajar secara keseluruhannya.
o Rekod ini biasanya disediakan pada setiap
penghujung penggal.
o Pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran
dicatatkan dalam bentuk gred.
o Bagi pelajar yang mendapat gred rendah maka
guru perlu memberikan pemulihan terhadap pelajar
tersebut serta bagi mana- mana mata pelajaran
yang menunjukkan gred yang tidak memuaskan.

Ujian Kertas Pensel


o Ujian seperti ini adalah sangat terkenal dalam kalangan guru.
o Kebanyakan guru akan menggunakan kaedah ini bagi menilai
tahap pencapaian pelajarnya.
o Ujian ini terdiri daripada ujian objektif dan subjektif.
o Pelbagai jenis ujian ini akan dapat memberikan gambaran
pencapaian pelajar- pelajar dalam mana- mana mata
pelajaran sekalipun.
o Skor yang diperoleh akan menunjukkan tahap pemahaman
pelajar.
o Skor yang rendah akan menunjukkan kelemahan pelajar
dalam satu-satu mata pelajaran.
o Oleh itu, pendidikan pemulihan perlu diadakan untuk
mengatasi kelemahan- kelemahantersebut.

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/53611
042/MASALAH-PENGUASAAN-PEMBELAJ
ARAN
Modul Pemulihan dan Pengayaan.

Anda mungkin juga menyukai