Anda di halaman 1dari 8

KAJIAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR GURU PENGAJIAN SOSIAL DALAM SEMESTER 6, 2013

Abstrak Kajian terhadap pencapaian akademik pelajar guru Pengajian Sosial bagi semester enam pada tahun 2013 ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar guru Pengajian Sosial. Pencapaian akademik responden mempunyai variasi dalam peningkatan dan penurunan yang dinilai menggunakan GPA hasil daripada peperiksaan yang diduduki. Kepelbagaian corak dalam prestasi responden ini membolehkan kajian ini dijalankan kerana pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi akan dapat dinilai. Faktor tahap IQ bagi setiap responden adalah tidak diambil kira dan dianggap mempunyai tahap yang sama bagi memperolehi data yang seimbang dari aspek individu. Seramai 19 pelajar guru Pengajian Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kesemua responden adalah dinilai dengan menggunakan instrumen yang sama kecuali tiga orang responden yang memperoleh GPA terendah yang ditemubual bagi menilai faktor yang mungkin menyebabkan GPA mereka mempunyai tahap yang berbeza berbanding responden lain. Pemerolehan data daripada setiap responden adalah direkodkan dan dianalisis untuk melihat keseragaman faktor yang mempengaruhi prestasi masing-masing.

Refleksi Majoriti pelajar guru Pengajian Sosial mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam subjek tertentu semasa peperiksaan yang lepas. Ini telah mendatangkan kesan yang negatif dari segi penurunan GPA. Maka, ramai yang kecewa disebabkan mendapat markah yang rendah dalam tugasan dan juga peperiksaan yang telah menjejaskan impak GPA.

Penyataan masalah Tinjauan yang dilakukan terhadap keputusan peperiksaan pelajar guru Tahun 3 Pengajian Sosial bagi semester enam menunjukkan bahawa pelajar kelas ini memperolehi keputusan yang tidak membanggakan bagi semester enam pada tahun 2013.

Objektif I. Melihat tahap pencapaian akademik Tahun 3 Pengajian Sosial bagi semester enam pada tahun 2013

II. III.

Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik Mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi pencapaian rendah

Soalan kajian I. II. III. Apakah tahap pencapaian akademik pelajar? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik? Apakah cara jalan penyelesaian bagi mengatasi pencapaian akademik yang rendah?

Kumpulan sasaran I. II. Kajian ini merangkumi seramai 19 orang pelajar guru Tahun 3 Pengajian Sosial Kajian ini melibatkan pelajar guru Tahun 4 Pengajian Sosial semasa semester 6 pada tahun 2013. Fokus kajian

Metodologi kajian Kajian ini dijalankan dengan mengambil kira prosedur yang dirancang dan saling berkait bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. Terdapat tiga kaedah yang telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjawab keperluan objektif kajian. 1.Kajian dokumen (slip peperiksaan) Kaedah yang digunakan adalah analisis atau kajian dokumen iaitu dokumen keputusan peperiksaan bagi pelajar guru Tahun 3 Pengajian Sosial semester enam. Keputusan peperiksaan bagi setiap responden adalah dirujuk di Unit Peperiksaan untuk memastikan data yang diperoleh adalah benar tanpa ada unsur-unsur yang diragui. Keputusan peperiksaan bagi setiap responden adalah direkodkan ke dalam satu borang maklumat yang membolehkan analisis dijalankan terhadap prestasi kesemua responden. 2. Soal Selidik (borang soal selidik) Kaedah seterusnya yang digunakan bagi kajian ini adalah penggunaan borang soal selidik yang diedarkan kepada kesemua responden. Borang soal selidik ini adalah merangkumi kesemua keperluan maklumat yang menjurus kepada pencapaian objektif kajian. Borang soal selidik ini diedarkan selepas sesi peperiksaan tamat dan keputusan peperiksaan diperoleh. Hal ini bagi memastikan responden dapat menjawab borang soal selidik yang diedarkan dengan baik dan membuat perkaitan antara prestasi yang dicapai dan faktorfaktor yang mempengaruhi prestasi yang dicapai. Hasil yang diperolehi daripada soal selidik yang

dijalankan di analisis bagi menilai prestasi kesemua responden dan faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab terbesar dalam pencapaian masing-masing. 3. Temu Bual Responden Langkah seterusnya yang digunakan bagi memperkemaskan lagi pemerolehan maklumat adalah melalui temu bual responden. Temu bual ini dijalankan ke atas tiga responden yang memperolehi GPA terendah bagi menilai faktor yang mempengaruhi prestasi mereka. Temu bual ini dijalankan atas sebab untuk melihat faktor yang mungkin kami terlepas pandang baik faktor dalaman atau faktor luaran. Hal ini akan membolehkan kajian yang dijalankan ini berkembang dengan lebih baik dan tidak menolak pandangan atau idea oleh responden yang dipilih. Hasil temu bual ini di analisis untuk melihat persamaan dan perbezaan faktor yang mempengaruhi prestasi yang dicapai responden. Analisis berdasarkan borang soal selidik

Skop 1 : Pensyarah Bil. 1 Item Tidak bersetuju Adakan proses pengajaran dan pembelajaran 0 pensyarah memberikan kesan terhadap pembelajaran anda? Adakah nota bahan rujukan yang dibekalkan 7 pensyarah selaras dengan kehendak kursus? Adakah pensyarah memberikan dan bersedia 0 membimbing anda dalam pembelajaran dan penyediaan kerja kursus? Adakah penerangan yang diberikan oleh 2 pensyarah mengenai kriteria tugasan adalah jelas? peratusan bersetuju 0% 19 peratusan 100%

2 3

36.8% 0%

12 19

64.2% 100%

10.6%

17

89.4%

Jadual di atas menunjukkan dapatan terhadap soal selidik. Skop yang disasarkan adalah pensyarah dan item yang dinilai termasuklah kepada proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Sebanyak 100% responden bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah memberikan kesan terhadap pembelajaran anda. Item yang seterusnya adalah adakah nota bahan rujukan yang dibekalkan pensyarah selaras dengan kehendak kursus. Sebanyak 12 orang daripada 19 responden bersamaan dengan 64.2% bersetuju manakala yang selebihnya tidak bersetuju dan membawa kepada 7 orang responden bersamaan 36.8%. item berikutnya adalah adakah pensyarah memberikan dan bersedia membimbing anda dalam pembelajaran dan penyediaan kerja kursus menunjukkan 100% responden bersetuju dan akhir sekali sebanyak 89.4% iaitu 17 daripada 19 orang responden bersetuju bahawa penerangan yang diberikan oleh pensyarah mengenai kriteria tugasan adalah jelas.

Skop 2 : Pelajar Guru Bil. 1 2 Item Tidak bersetuju Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk 2 menghadapi peperiksaan. Saya selalu berusaha dalam mencari bahan 5 rujukan tambahan mengenai kursus yang dipelajari. Saya sentiasa berusaha untuk menemui pensyarah 5 bagi mendapatkan panduan dan bimbingan mengenai tugasan dan kursus yang dipelajari. Persediaan bagi menjawab peperiksaan adalah 3 mencukupi. peratusan bersetuju 10.6% 26.4% 17 14 peratusan 89.4% 73.6%

26.4%

14

73.6%

15.8%

16

84.2%

Untuk skop yang seterusnya adalah pelajar guru. Sebanyak 89.4% bersetuju yang mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan. Namun begitu sebanyak 10.6% tidak bersungguhsungguh untuk menghadapi peperiksaan. Item yang seterusnya menunjukkan bahawa sebanyak 73.6% bersetuju bahawa responden berusaha dalam mencari bahan rujukan tambahan mengenai kursus yang dipelajari. Item yang seterusnya iaitu adakah responden berusaha untuk menemui pensyarah bagi mendapatkan panduan

Skop 3 : kemudahan institut Bil. 1 Item Tidak bersetuju Kemudahan rangkaian jalur lebar IPGKPP boleh 17 diakses sepenuhnya di mana-mana kawasan institut. Bahan rujukan di Pusat Sumber IPGKPP mudah 15 di akses dan membantu pembelajaran pelajar guru. Persekitaran institut berjaya mendorong kepada 11 peningkatan prestasi pembelajaran. Prasarana bilik kuliah yang disediakan oleh 6 IPGKPP adalah mencukupi dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. peratusan bersetuju 89.4% 2 peratusan 10.6%

78.9%

21.1

3 4

57.8% 32.6%

8 13

42.2 68.4

Borang Soal Selidik

Jantina :

Lelaki

Perempuan

1. Apakah CGPA semester 6 yang anda perolehi? Nyatakan. ___________________________________________________________

2. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan peperiksaan semester 6 anda? Ya Tidak

Skop 1 : Pensyarah Bil. Soalan Skala penilaian

Tidak setuju 1 Adakan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah memberikan kesan terhadap pembelajaran anda? Adakah nota bahan rujukan yang dibekalkan pensyarah selaras dengan kehendak kursus? Adakah pensyarah memberikan dan bersedia membimbing anda dalam pembelajaran dan penyediaan kerja kursus? Adakah penerangan yang diberikan oleh pensyarah mengenai kriteria tugasan adalah jelas?

Kurang setuju

Setuju

Sangat setuju

Sangatsangat setuju

Skop 2 : Pelajar Guru Bil. Soalan Tidak setuju 1 Saya telah berusaha bersungguhsungguh untuk menghadapi peperiksaan. Saya selalu berusaha dalam mencari bahan rujukan tambahan mengenai kursus yang dipelajari. Saya sentiasa berusaha untuk menemui pensyarah bagi mendapatkan panduan dan bimbingan mengenai tugasan dan kursus yang dipelajari. Persediaan bagi menjawab peperiksaan adalah mencukupi. Skala penilaian Kurang setuju Sangat setuju setuju

Sangatsangat setuju

Skop 3 : Kemudahan Institut Bil. Soalan Skala penilaian

Tidak setuju 1 Kemudahan rangkaian jalur lebar IPGKPP boleh diakses sepenuhnya di mana-mana kawasan institut. Bahan rujukan di Pusat Sumber IPGKPP mudah di akses dan membantu pembelajaran pelajar guru. Persekitaran institut berjaya mendorong kepada peningkatan prestasi pembelajaran. Prasarana bilik kuliah yang disediakan oleh IPGKPP adalah mencukupi dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.

Kurang Setuju setuju

Sangat setuju

Sangatsangat setuju

Soalan Temu Bual Responden 1. Apakah pendapat anda mengenai keputusan peperiksaan anda semasa berada di IPG KPP sehingga hari ini?

2. Penurunan atau peningkatan keputusan peperiksaan yang anda peroleh setakat ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor baik luaran atau dalaman. Apakah antara faktor yang anda rasakan telah mempengaruhi keputusan peperiksaan anda bagi semester enam yang lalu?

3. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat anda usulkan dan terapkan bagi mengekalkan dan meningkatkan keputusan peperiksaan anda pada masa hadapan?

Anda mungkin juga menyukai