Anda di halaman 1dari 4

PROSES PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN

DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK YANG


SISTEMATIK.

UJIAN DIAGNOSTIK

PEMBINAAN UJIAN DIAGNOSTIK

 Sebelum membina ujian diagnostik, ada beberapa perkara


utama perlu ditentukan:

Objektif ujian

Kemahiran yang hendak diuji

Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.

Siapa yang hendak diuji – sasaran.

 Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat


memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid
pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.

 Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai


kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

 Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji.


Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

 Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah


diperincikan terlebih dahulu.
PELAKSANAAN DAN PANDUAN MENTADBIR UJIAN
DIAGNOSTIK

 Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru


mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program
pemulihan Matematik.

 Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara


ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak
melebihi empat orang dalam satu masa.

 Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang


paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan,
pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan
ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

 Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di


uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam
3 kemahiran berturut-turut.

 Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

 Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada


guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid
tersebut.

 Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab


soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan
selesa.
 Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting
ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara
mana murid belajar.

 Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu


apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.
• Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan
untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Analisa Ujian Diagnostik

 Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid


hendaklah direkodkan dalam borang analisis

 Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk


merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun
individu.

Contoh Ujian Diagnostik

 Guru mengumpul maklumat selepas ujian pencapaian terhasil dalam


bentuk profil individu atau pelajar berasaskan kemahiran yang diajar.

 Berdasar data yang dikumpul guru akan mengetahui aspek yang manakah
masih beum dikuasai oleh pelajar sepenuhnya ataupun di peringkat yang
dapat diterima.

Contoh: Data Idividu dalam Tajuk Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi

 Contoh maklumat terkumpul melalui ujian pencapaian yang diadakan


berdasar sukatan pelajaran, dilaporkan dalam bentuk peratus (%), jumlah
markah dan peringkat peratusan.

 Berdasarkan data yang dikumpul dapat membantu guru menyediakan


rancangan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik sama ada
latihan dalam bentuk pengayaan atau pemulihan.

 Ujian diagnostik ini sesuai digunakan kerana tujuan pengujian dan


penilaian yang paling jelas adalah untuk memberi pergerakan kepada
pelajar supaya mereka belajar dan guru pula mengajar dengan sempurna.

 Kesimpulannya disini penilaian merupakan sebagai proses pengajaran-


pembelajaran secara berterusan. Maklumat yang diperolehi selepas
penilaian dilakukan dapat digunakan serta merta bagi mengatasi mana-
mana masalah pembelajaran yang wujud.

Tajuk
Tambah
Tolak
Darab
Bahagi

Anda mungkin juga menyukai