MIN = 19+19+19+19+19+19+19+19+18+18+16+15+12+11+11+10+7
17
= 270
17
= 15.88
Maka, min bagi penilaian ini adalah 15.88
Bagi mendapatkan median, saya telah menyusun data penilaian kelas D1 yang diperoleh
mengikut tertib menaik. Median bagi data tersebut ialah:
MEDIAN = 7, 10, 11, 11, 12, 15, 16, 18, 18, 19, 19, 19, 19, 19, 19, 19, 19
= 18
Maka, median bagi data ini adalah 18.
Bagi mendapatkan sisihan piawai penilaian kelas D1 respons tersebar dari min
dan diperolehi dengan mengira varians dari min, kuasa dua menambah dan mengira
punca kuasa dua. Sisihan piawai data tersebut adalah:
SISIHAN PIAWAI
17
= 4552 –– 239.32
17
= 267.76 – 239.32
= 28.44
Maka, sisihan piawai bagi data ini adalah 28.44
Dalam kelas D1 terdapat seramai 6 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Berdasarkan
analisis skor tersebut, seramai 11 orang murid telah berjaya mendapat gred A (cemerlang) iaitu dari
80% hingga 95%. Markah tertinggi yang diperoleh oleh murid kelas D1 dalam penilaian tersebut ialah
95%. Peratus kelulusan bagi penilaian murid kelas D1 ada sebanyak 40%. Terdapat seorang murid
memperoleh gred B (baik) iaitu 75%, empat orang memperoleh gred C (memuaskan) iaitu dari 50%
hingga 60% , dan seorang dapat gred E (belum mencapai tahap minimum) iaitu 35%. Secara ringkas,
majoriti murid kelas D1 telah lulus dalam penilaian tersebut dengan lingkungan markah dari 40%
sehingga 95%. Berdasarkan analisis skor tersebut juga didapati bahawa seramai 1 orang murid telah
gagal dalam penilaian tersebut. Markah terendah yang diperoleh oleh murid kelas D1 dalam penilaian
tersebut ialah 35%. Peratus murid yang gagal dalam penilaian murid kelas D1 ada sebanyak 6.67%.
Kesimpulannya, bilangan murid yang gagal dalam penilaian tersebut adalah sedikit berbanding
bilangan murid yang lulus. Berlandaskan analisis yang telah dilakukan, sebahagian besar murid kelas
D1 dapat menguasai topik yang diuji dalam penilaian tersebut.