Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Seiring dengan pembangunan teknologi, corak pembelajaran turut mengalami perubahan di


mana internet menjadi platform untuk memastikan setiap urusan dapat dilicinkan. Dalam
konteks kajian ini, kehadiran teknologi Internet seperti Google Classroom meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik secara atas talian.
Berikutan oleh pengenalan pembelajaran atas talian, Google Classroom merupakan platform
untuk pelaksanaannya. Pengintergrasian teknologi maklumat dan teknologi dalam
pembelajaran bukanlah perkara baru, ianya bertindak untuk melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang mengalami transformasi daripada pembelajaran secara bersemuka
kepada pembelajaran atas talian. Penggunaan Google Classroom merupakan rentetan
daripada penggunaan Web 2.0 yang bertindak sebagai platform aplikasi laman web interaktif
untuk pengguna.

Pihak Google membangunkan Google Classroom bagi tujuan pendidikan pada tahun 2014
untuk memudahkan para pendidik untuk merancang, melaksanakan dan mentaksir tugasan
atau hasil kerja pelajar menerusi pendekatan paperless iaitu menggurangkan kertas dalam
tugasan mereka. Ianya merupakan pendekatan untuk menyokong inisiatif kerajaan untuk
menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan kertas. Selain itu, aplikasi Google
Classroom memudahkan proses perkongsian bahan-bahan pembelajaran antara pelajar dan
guru bagi menjayakan pembelajaran atas talian. Ianya turut disokong oleh Alejandra et al.,
(2017), Andri (2016), Ken et al., (2016), Joko & Kortono (2019) dan Sambit (2020) di mana
penggunaan Google Classroom merupakan inisiatif untuk melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran atas talian. Pengaplikasian Google Classroom turut menggabungkan aplikasi-
aplikasi yang terdapat dalam Google seperti Google Drive, Google Docs, Google Sheets,
Google Slide, Google Calendar, Gmail dan sebagainya untuk melancarkan pelaksanaan
pembelajaran atas talian. Aplikasi-aplikasi tersebut membolehkan kelancaran untuk
berkongsi bahan pembelajaran.
Pernyataan Masalah

Menurut Nirfayanti & Nurbaetim (2019); Ula et al., (2019) dan Ade (2018), Google
Classroom merupakan medium atas talian yang berpotensi untuk melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, pelaksanaannya menghadapi cabaran
terutamanya dalam kalangan guru veteran untuk mengaplikasikan teknologi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran disebabkan terlalu bergantung kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran tradisional. Kebanyakan guru dikatakan masih tidak menguasai kemahiran
teknologi maklumat. Ini adalah berpunca dari sikap guru yang kurang peka terhadap
perubahan yang berlaku dan lebih selesa menggunakan kaedah konvensioanal semasa
menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sikap kurang peka dalam kalangan
guru adalah disebabkan peredaran zaman yang begitu pantas telah mengubah struktur
pendidikan yang diamalkan di mana perubahan kurikulum pendidikan seringkali mengalami
transformasi bagi melahirkan generasi pelapis yang berdaya saing. Di samping itu, guru-guru
juga didapati terlalu dibebani tugas dan tanggungjawab lain di sekolah sehinggakan mereka
tidak berpeluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan pembangunan kendiri.
Walaupun guru-guru dipanggil menghadiri kursus berkenaan perubahan dalam kurikulum,
namun berlaku kecairan maklumat di mana guru-guru tidak dapat mengusai maklumat yang
disampaikan akibat kekangan masa serta faktor lain. Perkara ini dipersoalkan kerana adalah
mustahil bagi guru-guru untuk melakukan pembaharuan terhadap banyak perkara dalam masa
yang sama iaitu beban tugas sedia ada dan juga menguasai kemahiran teknologi maklumat.

Umur turut mempengaruhi penguasaan guru dalam mengendalikan pembelajaran atas talian
dan kekurangan kemahiran mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran atas talian seperti yang
dinyatakan oleh Norijah Mohamed, Haslina Hassan dan Md. Nor Zamani Abu Hassan
(2014). Guru turut berhadapan dengan masalah untuk mengimplementasikan pembelajaran
atas talian berikutan oleh isu kefahaman, kemahiran serta kesediaan guru itu sendiri untuk
memberi input selain kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan (Badrul
Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar, 2016). Maka, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap guru dalam pelaksanaan
pembelajaran atas talian.
Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan penggunaan Google Classroom dalam


kalangan guru di sekitar daerah Kuala Kangsar
ii. Untuk mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan Google Classroom dalam
kalangan guru di sekitar daerah Kuala Kangsar
iii. Untuk mengenalpasti tahap sikap guru terhadap penggunaan Google Classroom
dalam kalangan guru di sekitar daerah Kuala Kangsar

Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru


di sekitar daerah Kuala Kangsar?
ii. Apakah tahap kemahiran penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru di
sekitar daerah Kuala Kangsar?
iii. Apakah tahap sikap guru terhadap penggunaan Google Classroom dalam kalangan
guru di sekitar daerah Kuala Kangsar?
Metodologi

Reka bentuk

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap penggunaan Google Classroom. Kaedah tinjauan
dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang responden. Statistik
deskriptif digunakan untuk menghuraikan serta membuat ringkasan berdasarkan maklumat
dan data yang diperolehi bagi sampel kajian yang terlibat iaitu guru di sekitar daerah Kuala
Kangsar. Kaedah ini biasanya diaplikasikan oleh para penyelidik berdasarkan data yang
diperolehi berdasarkan set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terlibat
dalam kajian.

Lokasi

Kajian ini melibatkan guru-guru di sekitar daerah Kuala Kangsar. Ianya melibatkan guru-
guru Matematik bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap
penggunaan Google Classroom.

Populasi dan sampel

Kajian ini memfokuskan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap penggunaan
Google Classroom dalam kalanga guru Matematik, populasi kajian adalah terdiri daripada
guru-guru seramai 60 orang. Bagi menentukan bilangan sampel, jadual penentuan saiz
sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) digunakan. Merujuk kepada jadual penentuan saiz
sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970), bilangan sampel yang terlibat adalah 52 orang.
Instrumen kajian

Dalam kajian ini, instrument kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada
sampel kajian. Jadual 1 menunjukkan kandungan borang soal selidik mengikut bahagian.

Bahagian Butiran
Bahagian A Soalan-soalan yang berkaitan dengan latar
belakang responden seperti jantina,
keturunan, umur, taraf perkahwinan, taraf
pendidikan dan pengalaman kerja
Bahagian B Soalan yang berkaitan dengan pengetahuan
guru terhadap penggunaan Google
Classroom
Bahagian C Soalan yang berkaitan dengan kemahiran
guru terhadap penggunaan Google
Classroom
Bahagian D Soalan yang berkaitan dengan sikap guru
terhadap penggunaan Google Classroom

Setiap item dalam Bahagian B, C dan D adalah berdasarkan 5 Skala Likert di mana 1=Sangat
tidak bersetuju, 2=Tidak bersetuju, 3=Tidak pasti, 4=Setuju dan 5=Sangat bersetuju.

Analisis data

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) Versi 25.0 di mana dapatan dinyatakan dalam bentuk carta pai bagi
maklumat demografi dan analisis deskriptif bagi tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
guru dinyatakan dalam bentuk peratusan, min dan sisihan piawai.

Dapatan kajian
Hasil dapatan ini menghuraikan secara ringkas data deskriptif yang terdiri daripada
demografi kajian iaitu kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina, keturunan,
umur, perkahwinan, pendidikan dan pengalaman kerja. Seterusnya kajian ini menerangkan
tentang tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru sekolah rendah di daerah Kuala
Kangsar terhadap penggunaan google classroom dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian yang dijalankan terhadap data yang diperoleh daripada maklumbalas soal selidik
menggunakan perisian Statistical Packages of Social Sciences for Windows 25.0.

Maklumat Demografi

Kajian ini melibatkan 52 responden yang terdiri daripada guru sekolah rendah di daerah
Kuala Kangsar. Rajah 1 yang ditunjukkan di bawah adalah taburan bagi jantina responden.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa seramai 24 responden atau 46.2% adalah lelaki manakala
28 responden atau 53.8% adalah perempuan. Ini menunjukkan bahawa jantina perempuan
mendominasi kajian ini sebanyak 4 orang.

Rajah 1: Taburan Jantina

53.8% 46.2%

Rajah 2 menunjukkan taburan keturunan. Hasil dapatan mendapati bahawa seramai 15


responden atau 28.8% adalah Melayu, 12 responden atau 23.1% adalah Cina dan 25
responden atau 48.1% adalah India. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa majoriti
responden adalah keturunan India dan minoriti responden adalah keturunan Cina.
Rajah 2: Taburan Keturunan

28.8%

48.1%

23.1%

Selain itu, Rajah 3 menunjukkan dapatan bahawa seramai 18 responden atau 34.6% adalah
berumur antara 20 hingga 25 tahun, 12 responden atau 23.1% berumur antara 26 hingga 30
tahun, 10 responden atau 19.2% berumur antara 31 hingga 35 tahun dan 6 respoden atau
11.5% masing-maisng berumur antara 36 hingga 40 tahun dan 41 hingga 45 tahun. Dapatan
diatas menunjukkan bahawa majoriti responden adalah berumur antara 20 hingga 25 tahun
dan minoriti responden adalah berumur antara 36 hingga 40 tahun dan 41 hingga 45 tahun.

Rajah 3: Taburan Umur


11.5%

11.5% 34.6%

19.2%

23.1%

Bagi status perkahwinan pada Rajah 4 menunjukkan bahawa seramai 31 responden atau
59.6% adalah bujang dan selebihnya iaitu 21 responden atau 40.4% adalah berkahwin.
Analisis data ini menunjukkan bahawa bujang mencatatkan bilangan yang paling tinggi dan
berkahwin mencatatkan bilangan yang paling rendah.

Rajah 4: Taburan Status Perkahwinan

40.4%
59.6%

Seterusnya taburan dalam aspek pendidikan pada Rajah 5, didapati bahawa 6 responden atau
11.5% adalah pemegang Diploma, 36 responden atau 69.2% adalah pemegang Ijazah Sarjana
Muda dan 10 responden atau 19.2% adalah pemegang Ijazah Sarjana. Ini menunjukkan
bahawa Ijazah Sarjana Muda mencatatkan bilangan yang paling tinggi dan Diploma
mencatatkan bilangan yang paling rendah.

Rajah 5: Taburan Tahap Pendidikan

11.5%
19.2%

69.2%

Meninjau dari aspek pengalaman kerja pada Rajah 6 menunjukkan bahawa seramai 21
responden atau 40.4% berpengalaman kurang dari 5 tahun, 11 responden atau 21.2% antara 6
hingga 10 tahun, 14 responden atau 26.9% antara 11 hingga 20 tahun dan 6 responden atau
11.5% berpengalaman antara 16 hingga 20 tahun. Majoriti responden mempunyai
pengalaman kurang dari 5 tahun. Manakala minoriti responden adalah berpengalaman anatar
16 hingga 20 tahun.
Rajah 6: Pengalaman Kerja

11.5%

40.4%

26.9%

21.2%

Objektif 1: Mengenalpasti tahap pengetahuan penggunaan Google Classroom dalam kalangan


guru di sekitar daearah Kuala Kangsar

Jadual 2 menunjukkan dapatan deskriptif berhubung pengetahuan penggunaan google


classroom dalam kalangan guru. Hasil dapatan mendapati bahawa majoriti responden tidak
pasti untuk menilai bila dan bagaimana google classroom dapat mempelbagaikan aktiviti
PdPc secara talian dengan 27 responden atau 51.9% diikuti dengan kemampuan untuk
mencari pelung pembelajaran teknologi baru untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dengan 24 responden atau 46.2%. Responden juga tidak bersetuju apabila boleh
mereka bentuk dan membina (sendiri atau kumpulan) aktivit pembelajaran yang dapat
diintegrasikan melalui Internet untuk melancarkan P&P dalam talian dengan 17 responden
atau 32.7% dan bersetuju terhadap pengetahuan menggunakan email untuk berkongsi
maklumat dengan para pelajar dengan 16 responden atau 45%. Hasil dapatan juga
menunjukkan pelbagai tanggapan responden terhadap pengetahuan penggunaan google
classroom dalam kalangan guru. Seterusnya bagi skor min menunjukkan bahawa “Saya boleh
menggunakan pelbagai strategi untuk menggalakkan proses pembelajaran dengan
menggunakan google classroom” mencatatkan min yang tertinggi (Min=3.038, SP=1.203)
dan “Saya mampu membina blog sendiri untuk kemudahan pelajar membuat rujukan”
(Min=2.692, SP=1.057). Berpandukan nilai min, semua item menunjukkan responden berada
pada tahap sederhana terhadap pengetahuan penggunaan google classroom dalam kalangan
guru. Seterusnya secara keseluruhannya responden tidak bersetuju terhadap pengetahuan
penggunaan google classroom dalam kalangan guru apabila nilai min adalah 2.896 dan
sisihan piawai adalah 1.132 dan berada pada tahap sederhana.

Jadual 2: Pengetahuan penggunaan google classroom dalam kalangan guru.


Sangat
Tidak Tidak Sangat Sisihan
Pernyataan Tidak Setuju Min
Setuju Pasti Setuju Piawai
Setuju
Saya boleh menggunakan
8 9 19 10 6
enjin pencari untuk 2.942 1.211
(15.4%) (17.3%) (36.5%) (10.2%) (11.5%)
melayari maklumat.
Saya tahu menggunakan
e-mail untuk berkongsi 8 9 15 16 4
2.98 1.196
maklumat dengan para (15.4%) (17.3%) (28.8%) (30.8%) (7.7%)
pelajar.
Saya boleh menggunakan
11 5 20 10 6
muat turun dan muat naik 2.903 1.272
(21.2%) (9.6%) (38.5%) (19.2%) (11.5%)
untuk tujuan P&P
Saya boleh menggunakan
pelbagai strategi untuk
menggalakkan proses 6 12 14 14 6
3.038 1.203
pembelajaran dengan (11.5%) (23.1%) (26.9%) (26.9%) (11.5%)
menggunakan google
classroom
Saya tahu menilai bila dan
bagaimana google
0 15 27 10 0
classroom dapat 2.903 0.693
(0%) (28.8%) (51.9%) (19.2%) (0%)
mempelbagaikan aktiviti
P&P saya secara atas talian.
Saya mampu untuk mencari
peluang pembelajaran
12 4 24 8 4
teknologi baru untuk 2.769 1.198
(23.15) (7.7%) (46.2%) (15.4%) (7.7%)
meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran.
Saya boleh mereka bentuk 5 17 14 8 8 2.942 1.227
dan membina (sendiri atau
kumpulan) aktiviti
pembelajaran yang dapat
(9.6%) (32.7%) (26.9%) (15.4%) (15.4%)
diintergrasikan melalui
Internet untuk melancarkan
P&P atas talian.
Saya mampu membina blog
9 10 23 8 2
sendiri untuk kemudahan 2.692 1.057
(17.3%) (19.2%) (44.2%) (15.4%) (3.8%)
pelajar membuat rujukan.
Keseluruhan 2.896 1.132

Objektif 2: Mengenalpasti tahap kemahiran penggunaan Google Classroom dalam kalangan


guru di sekitar daearah Kuala Kangsar

Jadual 3 menunjukkan dapatan desktriptif berhubung kemahiran penggunaan google


classroom dalam kalangan guru. Hasil dapatan mendapati bahawa majoriti responden tidak
pasti untuk menggunakan enjin pencari dalam melayari maklumat dengan 27 responden atau
51.9%. Ini diikuti dengan kerap berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan
kemudahan teknologi dan membantu mengemaskini laman web sekolah dengan 23 responden
atau 44.2%. Responden juga sangat bersetuju apabila peti emel sentiasa dikemas kini bagi
memastikan kelancaran pencapaiannya dan bersetuju apabial kerap menggunakan maklumat
dari Internet untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
google classroom dengan 20 responden atau 38.5%. Hasil dapatan juga menunjukkan
pelbagai tanggapan responden terhadap kemahiran penggunaan google classroom dalam
kalangan guru. Seterusnya bagi skor min menunjukkan bahawa “Peti emel sentiasa dikemas
kini bagi memastikan kelancaran pencapaiannya” mencatatkan min yang tertinggi
(Min=3.673, SP=1.263) dan “Laman-laman web pendidikan banyak membantu saya dalam
mendapatkan maklumat” (Min=2.692, SP=1.112). Berpandukan nilai min, semua item
menunjukkan responden berada pada tahap sederhana terhadap kemahiran penggunaan
google classroom dalam kalangan guru kecuali “Peti emel sentiasa dikemas kini bagi
memastikan kelancaran pencapaiannya” berada pada tahap tinggi. Seterusnya secara
keseluruhannya responden tidak pasti terhadap kemahiran penggunaan google classroom
dalam kalangan guru apabila nilai min adalah 3.036 dan sisihan piawai adalah 1.159 dan
berada pada tahap sederhana.
Jadual 3: Kemahiran penggunaan google classroom dalam kalangan guru.
Sangat Sisihan
Tidak Tidak Sangat
Pernyataan Tidak Setuju Min
Setuju Pasti Setuju
Setuju Piawai
Saya menggunakan internet
untuk membuat rujukan
10 4 18 14 6
bagi menggunakan google 3.038 1.267
(19.2%) (7.7%) (34.6%) (26.9%) (11.5%)
classroom sebagai medium
pengajaran dan pembelajaran
Saya kerap menggunakan
maklumat dari Internet untuk
melancarkan proses 5 14 11 20 2
3 1.102
pengajaran dan pembelajaran (9.6%) (26.9%) (21.2%) (38.5%) (3.8%)
dengan menggunakan google
classroom.
Saya menggunakan enjin
0 13 27 8 4
pencari untuk melayari 3.057 0.849
(0%) (25%) (51.9%) (15.4%) (7.7%)
maklumat
Laman-laman web
pendidikan banyak membantu 10 10 20 10 2
2.692 1.112
saya dalam mendapatkan (19.2%) (19.2%) (38.5%) (19.2%) (3.8%)
maklumat.
Saya mempunyai kemahiran
11 11 12 10 8
dan pengetahuan yang cukup 2.865 1.372
(21.2%) (21.2%) (23.1%) (19.2%) (15.4%)
dalam penggunaan Internet.
Saya pernah menggunakan
3 14 13 8 14
muat turun dan muat naik 3.307 1.291
(5.8%) (26.9%) (25%) (15.4%) (26.9%)
untuk tujuan P&P
Peti e-mel sentiasa dikemas
3 6 16 7 20
kini bagi memastikan 3.673 1.263
(5.8%) (11.5%) (30.8%) (13.5%) (38.5%)
kelancaran capaiannya.
Saya pernah menggunakan
6 6 22 12 6
grafik dan video melalui 3.115 1.131
(11.5%) (11.5%) (42.3%) (23.1%) (11.5%)
google classroom
Saya kerap berkomunikasi 6 5 23 14 4
3.096 1.071
dengan pelajar dengan (11.5%) (9.6%) (44.2%) (26.9%) (7.7%)
menggunakan kemudahan
teknologi.
Saya menyediakan blog
untuk kemudahan pelajar 8 14 14 12 4
2.807 1.188
membuat rujukan bahan (15.4%) (26.9%) (26.9%) (23.1%) (7.7%)
pembelajaran.
Saya membantu
8 11 23 6 4
mengemaskini laman web 2.75 1.1
(15.4%) (21.1%) (44.2%) (11.5%) (7.7%)
sekolah
Keseluruhan 3.036 1.159

Objektif 3: Mengenalpasti tahap sikap penggunaan Google Classroom dalam kalangan guru
di sekitar daearah Kuala Kangsar

Jadual 4 menunjukkan dapatan desktriptif berhubung sikap penggunaan google classroom


dalam kalangan guru. Hasil dapatan mendapati bahawa majoriti responden tidak pasti untuk
mencari peluang pembelajaran teknologi baru untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran dengan 21 responden atau 40.4%. Ini diikuti Facebook, Blog dan twitter
menyediakan ruang bagi orang ramai untuk berkongsi maklumat dan pendapat, tetapi mesti
diguna dengan berhemah dan tidak bersetuju apabila kemahiran dalam bidang Internet yang
didiapti sekarang amat mudah dipelajari dan berminat untuk mempelajari teknologi yang
baharu dengan 20 responden atau 38.5%. Hasil dapatan juga menunjukkan pelbagai
tanggapan responden terhadap sikap penggunaan google classroom dalam kalangan guru.
Seterusnya bagi skor min menunjukkan bahawa “Saya boleh menggunakan pelbagai strategi
untuk menggalakkan proses pembelajaran dengan menggunakan google classroom”
mencatatkan min yang tertinggi (Min=3.288, SP=1.362) dan “E-mail sangat baik untuk
digunakan sebagai alat perhubungan” (Min=2.442, SP=1.127). Berpandukan nilai min,
semua item menunjukkan responden berada pada tahap sederhana terhadap sikap penggunaan
google classroom dalam kalangan guru. Seterusnya secara keseluruhannya responden tidak
pasti terhadap sikap penggunaan google classroom dalam kalangan guru apabila nilai min
adalah 2.884 dan sisihan piawai adalah 1.185 dan berada pada tahap sederhana.

Jadual 4: Sikap penggunaan google classroom dalam kalangan guru.


Sangat Tidak Tidak Sangat Sisihan
Pernyataan Setuju Min
Tidak Setuju Pasti Setuju
Setuju Piawai
Facebook, Blog dan Twitter
menyediakan ruang bagi
orang ramai untuk 7 9 20 6 10
3.057 1.274
berkongsi maklumat (13.5%) (17.3%) (38.5%) (11.5%) (19.2%)
dan pendapat, tetapi mesti
diguna dengan berhemah
E-mail sangat baik untuk
12 17 13 8 2
digunakan sebagai alat 2.442 1.127
(23.1%) (32.7%) (25%) (15.4%) (3.8%)
perhubungan.
Kemahiran dalam bidang
Internet yang saya dapati
sekarang amat mudah
8 20 8 12 4
dipelajari dan saya berminat 2.692 1.213
(15.4%) (38.5%) (15.4%) (23.1%) (7.7%)

untuk mempelajari
teknologi yang baharu
Saya boleh menggunakan
pelbagai strategi untuk
menggalakkan proses 5 13 10 10 14
3.288 1.362
pembelajaran dengan (9.6%) (25%) (19.2%) (19.2%) (26.9%)
menggunakan google
classroom.
Saya tahu menilai bila
dan bagaimana Internet
dapat mempelbagaikan
0 16 16 18 2
aktiviti P&P saya secara 3.115 0.899
(0%) (30.8%) (30.8%) (34.6%) (3.8%)
atas talian dengan
menggunakan google
classroom.
Saya mampu untuk mencari
peluang pembelajaran
7 10 21 10 4
teknologi baru untuk 2.884 1.114
(13.5%) (19.2%) (40.4%) (19.2%) (7.7%)
meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran.
Saya boleh mereka bentuk 8 15 13 10 6 2.826 1.248
dan membina (sendiri atau
kumpulan) aktiviti
pembelajaran yang
dapat diintergrasikan (15.4%) (28.8%) (25%) (19.2%) (11.5%)
melalui google classroom
untuk melancarkan
P&P atas talian.
Saya mampu membina
blog sendiri untuk 11 10 15 12 4
2.769 1.246
kemudahan pelajar (21.2%) (19.2%) (28.8%) (23.1%) (7.7%)
membuat rujukan.
Keseluruhan 2.884 1.185

Cadangan Penambahbaikan
Modus operandi yang drastik dan praktikal hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan pembelajaran atas talian. Keadaan ini dapat memastikan dasar
pendidikan Malaysia berada pada tahap yang memberangsangkan. Justeru, guru-guru perlu
bijak dalam memastikan pembelajaran atas talian dapat dilaksanakan dan halangan serta isu
yang timbul dapat ditangani dengan berhemah. Setiap guru perlu mengambil langkah proaktif
bagi memastikan setiap pelajar tidak ketinggalan dalam sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran atas talian dilaksanakan. Dengan adanya pendidikan yang mantap walaupun
terdapat halangan yang timbul, kadar pelajar cemerlang yang tinggi mampu menjadikan
Malaysia sebuah Negara yang setanding dengan Negara-negara maju lain. Dengan
perkembangan pendidikan, Malaysia mampu menyaingi dan berdiri sama tinggi serta duduk
sama rendah dengan Negara maju yang lain. Pelajar merupakan modal insan yang bakal
mencorak dan membentuk Negara pada masa akan datang. Modal insan yang berkualiti,
dapat memajukan Negara dan imej Malaysia dapat dibanggakan di persada dunia.
Berikutan itu, beberapa cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap guru dinyatakan. Antaranya ialah:
Cadangan kepada guru
i. Berdasarkan kajian yang dijalankan, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan
pembelajaran atas talian memberi kesan yang signifikan terhadap institusi
pendidikan di mana pelajar mampu bersaing secara global seiring dengan arus
globalisasi. Ianya juga merupakan alternative kepada sesi pengajaran yang tidak
dapat dilaksanakan dalam kelas. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia dari aspek
ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi serta sikap untuk melaksanakan
pembelajaran atas talian. Dengan adanya guru yang berkeyakinan akan ilmu
pengetahuan, kemahiran pedagogi serta kemahiran yang tinggi untuk
pengaplikasian pembelajaran atas talian, mereka akan dapat
mengaplikasikannya dengan mudah.
Cadangan kepada pihak pentadbir/sekolah
i. Bagi meningkatkan persepi guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian,
pihak sekolah bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus bagi
menyediakan guru-guru sebagai persediaan dengan cara yang professional supaya
kursus-kursus tersebut meninggalkan kesan positif dan berkesan dalam kalangan
guru dan memberi impak positif kepada pelajar.
ii. Tambahan pula, pengendalian kursus yang dijalankan perlu ada sesi hands-on
yang cukup bagi memastikan guru dapat merancang, mencuba, menilai dan belajar
daripada pengalaman untuk mengaplikasikan pembelajaran atas talian.
iii. Tempoh kursus yang dijalankan juga perlu diteliti agar guru-guru mendapat input
yang secukupnya untuk meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran pedagogi
serta sikap untuk mengaplikasikan pembelajaran atas talian dan seterusnya dapat
memberi impak yang positif terhadap penerimaan pelajar dan pengaplikasiannya
dalam sesi PdP.
Cadangan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
i. Pihak JPN dan PPD berperanan untuk memberi sistem sokongan kepada guru
untuk melaksanakan inovasi tersebut dengan menyediakan bahan rujukan serta
modul untuk meningkatkan pelaksanaan pembelajaran atas talian.
ii. Pihak JPN dan PPD perlu sentiasa mengadakan lawatan ke sekolah bagi melihat
prestasi dan pengetahuan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran atas talian
seterusnya memberi dorongan serta cadangan kepada guru untuk tujuan
penambaikan kaedah pelaksanaan pembelajaran atas talian.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan mencapai objektif yang dinyatakan. Namun
begitu, dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam
penggunaan Google Classroom dalam melaksanakan pembelajaran atas talian berada pada
tahap sederhana. Oleh itu, pelbagai langkah penambahbaikan boleh diaplikasikan bagi
meningkatkan keberkesanan pelaksanaan Google Classroom dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan dalam kajian ini memberi gambaran dan saranan yang boleh
digunakan sebagai panduan untuk peningkatan dan penambaikan terhadap tahap kemahiran,
pengetahuan dan sikap guru dalam melaksanakan pembelajaran atas talian. Selaras dengan
usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mempergiatkan sokongan kepada guru untuk
memurnikan sistem penyampaian dan pentaksiran untuk tumpuan keberkesanan pelaksanaan
pembelajaran atas talian seterusnya memberi kesan positif kepada prestasi pelajar. Ianya
sesuai dipraktikkan dalam melonjakkan kecemerlangan sekolah. Dapatan kajian ini
menyokong kajian terdahulu yang dijalankan di dalam mahupun di luar negara.
Pengaplikasian pembelajaran atas talian perlu menjadi focus utama dalam memastikan
sekolah terus cemerlang dan berdaya saing. Kajian ini menyumbang kepada analisi
pandangan pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan iaitu Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam merangka pelan-pelan yang proaktif dalam melahirkan individu yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rujukan

Ade, C. P.J. (2018). Development of science learning tool based on problem based learning
with google classroom to improve argumentative skill. Biosaintifika, 10(2), 348-355.

Andri, W. (2016). Analysis of factors affecting the use of google classroom to support
lectures. Kertas kerja yang dibentangkan di 5thInternational Conference on
Information Technology and Engineering Application Palembang-Indonesia, 19-20
Februari 2016.

Joko, S., & Kartono, Z.M (2019). Analysis metacognition and communication mathematics
in blended learning use google classroom. Unnes Journal of Mathematics Education
Research, 8(1), 72-83.

Ken, E, Chris, G & Guy, S. (2016). Google classroom: The nuts and Bolts of getting your
strated. FD Newletter, 21(1), 2-21.

Krejie, V.R., & Morgan, W.D. (1970). Determining Sampel Size for Research Activities,
Educational and Psychological Measurement. Duluth: University of Minnesota.
Nurfayanti & Nurbaeti (2019). Pengaruhmedia pembelajaran Google Classroom dalam
pembelajaran analisis real terhadap motivasi belajar mahasiswa. Jurnal Penelitian Matematika
dan Pendidikan Matematika, 2(1), 50-59.

Sambit, D. (2020). Google classroom as learning management system to teach Biochemistry


in a medical school. Biochemistry and Molecular Biology Education, 1-4.

Ula, N. El. F, Lilis, S & Trisnendri, S. (2019). Penerapan Google Classroom dalam
pembelajaran Inggeris kepada guru bahasa Inggeris SMP di Subang. Jurnal Pengabdian
kepada Masyarakat (Abdimus), 2(2), 183-191.

Anda mungkin juga menyukai