Anda di halaman 1dari 18

KAEDAH PEMBELAJARAN

AKSES KENDIRI
Pembelajaran Akses Kendiri merupakan satu
program pembelajaran yang membolehkan pelajar
belajar dengan memilih dan menggunakan material dan
instrumen pembelajaran, tempat, bantuan (fasilitator),
gaya belajar, dan masa belajar secara menyeluruh dan
teratur.
Pendekatan pembelajaran yang diaplikasikan adalah
berpusatkan kepada pelajar.

DEFINISI
Pelajar diberi peluang dan autonomi untuk memilih dan
melakukan aktiviti mereka sendiri dalam mengakses
sumber pembelajaran untuk memperoleh pengetahuan
dan kemahiran secara sendiri.

Hasil daripada aktiviti yang dilakukan, pelajar dapat
menilai dan mentaksir tugasan untuk memantau prestasi
dan kemajuan mereka sendiri.

Memupuk mereka agar lebih bertanggungjawab dan
berdikari atas pembelajaran mereka sendiri.
Konsep Pembelajaran Akses Kendiri adalah
berdasarkan kepada beberapa kriteria berikut:

Setiap pelajar belajar dalam cara dan kadar kemampuan
yang berbeza.
Setiap pelajar adalah individu yang memiliki keperluan,
sikap, bakat dan kecenderungan yang berbeza-beza.
Setiap pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya.
Setiap pelajar diberikan peluang belajar untuk belajar.
Guru membekalkan segala keperluan individu untuk
pelajar.
Guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
bebas, kondusif dan tanpa tekanan.
KONSEP
Mempunyai autonomi dan tanggungjawab atas
pembelajaran sendiri.
Belajar bagaimana untuk belajar.
Belajar berasaskan keperluan dan gaya belajar sendiri.
Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara berdikari.
Bertanggungjawab mentaksir pencapaian dari segi
prestasi dan kemajuan sendiri.
OBJEKTIF
Persekitaran pembelajaran yang fleksibel, selesa dan
tanpa tekanan.
Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan
fasilitator.
Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.
Belajar secara bersendirian atau berkumpulan.
Belajar mengikut kadar, kemampuan, dan gaya belajar
sendiri.
Kemudahan dan keupayaan mentaksir pencapaian
sendiri.
CIRI-CIRI
Memotivasikan pelajar ke arah pelajar berautonomi
yang mana meletakkan diri pelajar itu mempunyai
hak dalam mengendalikan segala tindakan dan
membuat keputusan berkaitan dengan
pembelajarannya.
TUJUAN
Pelajar perlu proaktif dan tidak seharusnya pasif
sepanjang proses pembelajaran itu berlaku dengan
hanya memberi respon kepada rangsangan guru.
Berkaitan dengan peranjakan mod yakni perubahan
daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan guru di mana guru berperanan
sebagai penyampai maklumat;
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar, iaitu pelajar yang menentukan
matlamat atau objektif pembelajaran, menyediakan
rancangan pembelajaran, dan bertanggungjawab
melaksanakan rancangan mereka sendiri.
Pelaksanaan Pembelajaran Akses Kendiri menagih daya
usaha pelajar itu sendiri untuk mencapai matlamat
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran
yang diingini.

PELAKSANAAN PROGRAM PAK
DI SEKOLAH
Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator, jurulatih,
dan kaunselor kepada pelajar. Guru yang dapat
melaksanakan tindakan sedemikian akan dapat:

i. Menggalakkan pelajar berinteraksi sesama sendiri.
ii. Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang kepada
pelajar untuk menguji kemampuan sendiri.
iii. Melazimkan pelajar tentang kegunaan Pusat Akses
Kendiri.
iv. Melatih pelajar belajar sendiri.
v. Membantu dan membimbing pelajar di mana yang perlu
vi. Membantu pelajar menyedari pelbagai strategi
pembelajaran dan material serta instrumen yang boleh
didapati di Pusat Akses Kendiri.
vii. Mengurus dan mengatur periodisasi semasa menjalankan
aktiviti akses kendiri.

TANGGUNGJAWAB GURU
Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri
Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang
murid menguji kemampuan sendiri
Melatih murid belajar sendiri
Membimbing murid di mana perlu
Membantu murid menyedari pelbagai startegi
pembelajaran
TANGGUNGJAWAB PELAJAR
Mengenalpasti keperluan sendiri
Mengenalpasti kebolehan sendiri
Menetapkan matlamat sendiri
Mengenalpasti masa pembelajaran sendiri
Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

PAK
Pembelajaran Akses Kendiri
Berpusatkan
Murid
Amalan
Kemahiran Belajar
Tanpa Tekanan
Tempat
Bahan
Bantuan Fasilitator
Stail
Masa
Berautonomi
Terarah kendiri
Tempo kendiri
Penaksiran kendiri
Matlamat Kendiri
Perancangan
Kendiri
BAHAN PAK
Bahan Bercetak :
Buku, majalah, akhbar, jurnal, peta, poster, lembaran kerja
Hasil Kerja Murid :
Lukisan, esei, sajak, puisi, laporan, kraftangan, kajian
Bahan Multimedia :
Alat perisian, jaring, laman web, cakera padat
Bahan bukan cetak :
Bahan audio visual, permain dan perisian
Boneka : Pentas
PRA IMPAK
Persediaan Rancangan Mengajar
Penentuan Objektif Pengajaran
Penentuan dan Pemilihan Bahan Pengajaran
Persediaan Murid
IMPAK
Penjelasan tentang PAK
Pelajar diarahkan memilih kumpulan sendiri
Pelajar melakukan tugasan mengikut langkah2 yang
telah ditetapkan
Penilaian kendiri oleh pelajar dan juga oleh guru
Pelajar membina matlamat sendiri
PASCA IMPAK
Penilaian semula keberkesanan teknik
Tindakan susulan
Tinjau maklum balas daripada pelajar
Susun semula mengikut tahap pelajar
KESIMPULAN
Melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan lebih
bertanggungjawab dalam p & p mereka.
Menjana idea, inovasi dan kreativiti pelajar dalam p & p
mereka dengan eksplotasi pelbagai sumber dari
persekitaran
Walaupun autonomi lebih kepada pelajar tapi komitmen
guru adalah sama penting dalam menjayakan kaedah
PAK ini.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai