Anda di halaman 1dari 24

KAEDAH PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

SEJARAH AWAL DAN LATAR BELAKANG


Diperkenalkan secara rintis di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kelana, Selangor Darul Ehsan pada tahun 1990, oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diserapkan ke 150 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Diserapkan di peringkat sekolah menengah pada tahun 1995. Penekanan mata pelajaran bahasa Inggeris

DEFINISI
Pembelajaran Akses Kendiri merupakan satu program pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar dengan memilih dan menggunakan material dan instrumen pembelajaran, tempat, bantuan (fasilitator), gaya belajar, dan masa belajar secara menyeluruh dan teratur. Pendekatan pembelajaran yang diaplikasikan adalah berpusatkan kepada pelajar.

Pelajar diberi peluang dan autonomi untuk memilih dan melakukan aktiviti mereka sendiri dalam mengakses sumber pembelajaran untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara sendiri. Hasil daripada aktiviti yang dilakukan, pelajar dapat menilai dan mentaksir tugasan untuk memantau prestasi dan kemajuan mereka sendiri.

Memupuk mereka agar lebih bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka sendiri.

KONSEP
Konsep Pembelajaran Akses Kendiri berdasarkan kepada beberapa kriteria berikut:

adalah

Setiap pelajar belajar dalam cara dan kadar kemampuan yang berbeza. Setiap pelajar adalah individu yang memiliki keperluan, sikap, bakat dan kecenderungan yang berbeza-beza. Setiap pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya. Setiap pelajar diberikan peluang belajar untuk belajar. Guru membekalkan segala keperluan individu untuk pelajar. Guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas, kondusif dan tanpa tekanan.

OBJEKTIF
Mempunyai autonomi dan tanggungjawab atas pembelajaran sendiri. Belajar bagaimana untuk belajar. Belajar berasaskan keperluan dan gaya belajar sendiri. Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Bertanggungjawab mentaksir pencapaian dari segi prestasi dan kemajuan sendiri.

CIRI-CIRI
Persekitaran pembelajaran yang fleksibel, selesa dan tanpa tekanan. Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator. Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas. Belajar secara bersendirian atau berkumpulan. Belajar mengikut kadar, kemampuan, dan gaya belajar sendiri. Kemudahan dan keupayaan mentaksir pencapaian sendiri.

TUJUAN
Memotivasikan pelajar ke arah pelajar berautonomi yang mana meletakkan diri pelajar itu mempunyai hak dalam mengendalikan segala tindakan dan membuat keputusan berkaitan dengan pembelajarannya.

PELAKSANAAN PROGRAM PAK DI SEKOLAH


Pelajar perlu proaktif dan tidak seharusnya pasif sepanjang proses pembelajaran itu berlaku dengan hanya memberi respon kepada rangsangan guru. Berkaitan dengan peranjakan mod yakni perubahan daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru di mana guru berperanan sebagai penyampai maklumat; Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu pelajar yang menentukan matlamat atau objektif pembelajaran, menyediakan rancangan pembelajaran, dan bertanggungjawab melaksanakan rancangan mereka sendiri. Pelaksanaan Pembelajaran Akses Kendiri menagih daya usaha pelajar itu sendiri untuk mencapai matlamat pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diingini.

Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator, jurulatih, dan kaunselor kepada pelajar. Guru yang dapat melaksanakan tindakan sedemikian akan dapat:
i. ii.

iii.

iv. v. vi.

vii.

Menggalakkan pelajar berinteraksi sesama sendiri. Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang kepada pelajar untuk menguji kemampuan sendiri. Melazimkan pelajar tentang kegunaan Pusat Akses Kendiri. Melatih pelajar belajar sendiri. Membantu dan membimbing pelajar di mana yang perlu Membantu pelajar menyedari pelbagai strategi pembelajaran dan material serta instrumen yang boleh didapati di Pusat Akses Kendiri. Mengurus dan mengatur periodisasi semasa menjalankan aktiviti akses kendiri.

TANGGUNGJAWAB GURU
Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan sendiri Melatih murid belajar sendiri Membimbing murid di mana perlu Membantu murid menyedari pelbagai startegi pembelajaran

TANGGUNGJAWAB PELAJAR
Mengenalpasti keperluan sendiri Mengenalpasti kebolehan sendiri Menetapkan matlamat sendiri Mengenalpasti masa pembelajaran sendiri Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

PAK
Pembelajaran Akses Kendiri Berpusatkan Tempat Berautonomi Murid Bahan Terarah kendiri Amalan Bantuan Fasilitator Tempo kendiri Kemahiran Belajar Stail Penaksiran kendiri Tanpa Tekanan Masa Matlamat Kendiri Perancangan Kendiri

BAHAN PAK
Bahan Bercetak : Buku, majalah, akhbar, jurnal, peta, poster, lembaran kerja Hasil Kerja Murid : Lukisan, esei, sajak, puisi, laporan, kraftangan, kajian Bahan Multimedia : Alat perisian, jaring, laman web, cakera padat Bahan bukan cetak : Bahan audio visual, permain dan perisian Boneka : Pentas

PRA IMPAK
Persediaan Rancangan Mengajar Penentuan Objektif Pengajaran Penentuan dan Pemilihan Bahan Pengajaran Persediaan Murid

IMPAK
Penjelasan tentang PAK Pelajar diarahkan memilih kumpulan sendiri Pelajar melakukan tugasan mengikut langkah2 yang telah ditetapkan Penilaian kendiri oleh pelajar dan juga oleh guru Pelajar membina matlamat sendiri

PASCA IMPAK
Penilaian semula keberkesanan teknik Tindakan susulan Tinjau maklum balas daripada pelajar Susun semula mengikut tahap pelajar

KEBAIKAN PAK DALAM P&P PJK


Pelajar lebih kreatif dalam merekabentuk pembelajaran mereka mengikut minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran mereka sendiri Pelajar + autonomi = Berdikari + bertanggungjawab Kreatif + Inovasi = mampu menjana idea sendiri Pelajar mampu meningkatkan minda dan kemahiran mereka

KELEMAHAN PAK DLM P & P PJK


P & P tidak berjalan lancar sekiranya tidak faham konsep PAK Masa dan tempoh yang lama dan komitmen yang menyeluruh Rujukan yang sempurna Tidak sesuai untuk kemahiran PJ seperti kemahiran permainan. PAK hanya sesuai untuk PK

DOMIAN PERKEMBANGAN

Intelek
Rohani Sosial Emosi Jasmani

= Paling Maksimum
= Maksimum = Sederhana = Sederhana = minimum

KESIMPULAN
Melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan lebih bertanggungjawab dalam p & p mereka. Menjana idea, inovasi dan kreativiti pelajar dalam p & p mereka dengan eksplotasi pelbagai sumber dari persekitaran Walaupun autonomi lebih kepada pelajar tapi komitmen guru adalah sama penting dalam menjayakan kaedah PAK ini. Kaedah PAK bagaimana pun lebih sesuai dalam p & p PK dan agak terhad dikaitkan dengan kemahiran PJ.

KESIMPULAN

Kaedah pengajaran penting untuk menarik perhatian pelajar mengikuti p &p dari awal hingga akhir. Sebagai seorang guru, kita perlu mahir dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran PJK dan tidak hanya terhadap kepada 1 kaedah sahaja. PAK hanya merupakan salah satu kaedah pengajaran PJK dan terpulang kepada guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran yang ada dengan pengajaran PJK mengikut masa, tempat dan keadaan persekitaran.

BIBLIOGRAFI
http://www.ppk.kpm.my/html/prog main.html. Pembelajaran Akses Kendiri. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia Mosston & Ashworth (2002), Teaching Physical Education, Benjamin Cummings. Wee Eng Hoe. (2002). Siri Pendidikan Perguruan : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai