Anda di halaman 1dari 24

KAEDAH PEMBELAJARAN

AKSES KENDIRI
SEJARAH AWAL DAN LATAR
BELAKANG
Diperkenalkan secara rintis di Sekolah Rendah
Kebangsaan Sri Kelana, Selangor Darul Ehsan pada
tahun 1990, oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diserapkan ke 150 buah sekolah rendah di seluruh
Malaysia.
Diserapkan di peringkat sekolah menengah pada tahun
1995.
Penekanan mata pelajaran bahasa Inggeris
DEFINISI

Pembelajaran Akses Kendiri merupakan satu program


pembelajaran yang membolehkan pelajar belajar
dengan memilih dan menggunakan material dan
instrumen pembelajaran, tempat, bantuan (fasilitator),
gaya belajar, dan masa belajar secara menyeluruh dan
teratur.
Pendekatan pembelajaran yang diaplikasikan adalah
berpusatkan kepada pelajar.
Pelajar diberi peluang dan autonomi untuk memilih dan
melakukan aktiviti mereka sendiri dalam mengakses
sumber pembelajaran untuk memperoleh pengetahuan
dan kemahiran secara sendiri.

Hasil daripada aktiviti yang dilakukan, pelajar dapat


menilai dan mentaksir tugasan untuk memantau prestasi
dan kemajuan mereka sendiri.

Memupuk mereka agar lebih bertanggungjawab dan


berdikari atas pembelajaran mereka sendiri.
KONSEP
Konsep Pembelajaran Akses Kendiri adalah
berdasarkan kepada beberapa kriteria berikut:

 Setiap pelajar belajar dalam cara dan kadar kemampuan


yang berbeza.
 Setiap pelajar adalah individu yang memiliki keperluan,
sikap, bakat dan kecenderungan yang berbeza-beza.
 Setiap pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya.
 Setiap pelajar diberikan peluang belajar untuk belajar.
 Guru membekalkan segala keperluan individu untuk
pelajar.
 Guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
bebas, kondusif dan tanpa tekanan.
OBJEKTIF
Mempunyai autonomi dan tanggungjawab atas
pembelajaran sendiri.
Belajar bagaimana untuk belajar.
Belajar berasaskan keperluan dan gaya belajar sendiri.
Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara berdikari.
Bertanggungjawab mentaksir pencapaian dari segi
prestasi dan kemajuan sendiri.
CIRI-CIRI
Persekitaran pembelajaran yang fleksibel, selesa dan
tanpa tekanan.
Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan
fasilitator.
Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas.
Belajar secara bersendirian atau berkumpulan.
Belajar mengikut kadar, kemampuan, dan gaya belajar
sendiri.
Kemudahan dan keupayaan mentaksir pencapaian
sendiri.
TUJUAN

Memotivasikan pelajar ke arah pelajar berautonomi


yang mana meletakkan diri pelajar itu mempunyai
hak dalam mengendalikan segala tindakan dan
membuat keputusan berkaitan dengan
pembelajarannya.
PELAKSANAAN PROGRAM PAK
DI SEKOLAH
Pelajar perlu proaktif dan tidak seharusnya pasif
sepanjang proses pembelajaran itu berlaku dengan
hanya memberi respon kepada rangsangan guru.
Berkaitan dengan ‘peranjakan mod’ yakni perubahan
daripada pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berpusatkan guru di mana guru berperanan
sebagai penyampai maklumat;
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar, iaitu pelajar yang menentukan
matlamat atau objektif pembelajaran, menyediakan
rancangan pembelajaran, dan bertanggungjawab
melaksanakan rancangan mereka sendiri.
Pelaksanaan Pembelajaran Akses Kendiri menagih daya
usaha pelajar itu sendiri untuk mencapai matlamat
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran
yang diingini.
Guru pula hanya bertindak sebagai fasilitator, jurulatih,
dan kaunselor kepada pelajar. Guru yang dapat
melaksanakan tindakan sedemikian akan dapat:

i. Menggalakkan pelajar berinteraksi sesama sendiri.


ii. Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang kepada
pelajar untuk menguji kemampuan sendiri.
iii. Melazimkan pelajar tentang kegunaan Pusat Akses
Kendiri.
iv. Melatih pelajar belajar sendiri.
v. Membantu dan membimbing pelajar di mana yang perlu
vi. Membantu pelajar menyedari pelbagai strategi
pembelajaran dan material serta instrumen yang boleh
didapati di Pusat Akses Kendiri.
vii. Mengurus dan mengatur periodisasi semasa menjalankan
aktiviti akses kendiri.
TANGGUNGJAWAB GURU

Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri


Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang
murid menguji kemampuan sendiri
Melatih murid belajar sendiri
Membimbing murid di mana perlu
Membantu murid menyedari pelbagai startegi
pembelajaran
TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Mengenalpasti keperluan sendiri


Mengenalpasti kebolehan sendiri
Menetapkan matlamat sendiri
Mengenalpasti masa pembelajaran sendiri
Menyediakan pelan pembelajaran sendiri
PAK
Pembelajaran Akses Kendiri

Berpusatkan Murid Tempat Berautonomi


Amalan Bahan Terarah kendiri
Kemahiran Belajar Bantuan Fasilitator Tempo kendiri
Tanpa Tekanan Stail Penaksiran kendiri
Masa Matlamat Kendiri
Perancangan
Kendiri
BAHAN PAK

Bahan Bercetak :
Buku, majalah, akhbar, jurnal, peta, poster, lembaran kerja
Hasil Kerja Murid :
Lukisan, esei, sajak, puisi, laporan, kraftangan, kajian
Bahan Multimedia :
Alat perisian, jaring, laman web, cakera padat
Bahan bukan cetak :
Bahan audio visual, permain dan perisian
Boneka : Pentas
PRA IMPAK

Persediaan Rancangan Mengajar


Penentuan Objektif Pengajaran
Penentuan dan Pemilihan Bahan Pengajaran
Persediaan Murid
IMPAK

Penjelasan tentang PAK


Pelajar diarahkan memilih kumpulan sendiri
Pelajar melakukan tugasan mengikut langkah2 yang
telah ditetapkan
Penilaian kendiri oleh pelajar dan juga oleh guru
Pelajar membina matlamat sendiri
PASCA IMPAK

Penilaian semula keberkesanan teknik


Tindakan susulan
Tinjau maklum balas daripada pelajar
Susun semula mengikut tahap pelajar
KEBAIKAN PAK DALAM P&P PJK

Pelajar lebih kreatif dalam merekabentuk


pembelajaran mereka mengikut minat, kemampuan,
gaya dan rentak pembelajaran mereka sendiri
Pelajar + autonomi = Berdikari + bertanggungjawab
Kreatif + Inovasi = mampu menjana idea sendiri
Pelajar mampu meningkatkan minda dan kemahiran
mereka
KELEMAHAN PAK DLM P & P PJK

P & P tidak berjalan lancar sekiranya tidak faham


konsep PAK
Masa dan tempoh yang lama dan komitmen yang
menyeluruh
Rujukan yang sempurna
Tidak sesuai untuk kemahiran PJ seperti kemahiran
permainan. PAK hanya sesuai untuk PK
DOMIAN PERKEMBANGAN

 Intelek = Paling Maksimum

 Rohani = Maksimum

 Sosial = Sederhana

 Emosi = Sederhana

 Jasmani = minimum
KESIMPULAN

Melahirkan pelajar yang lebih berdikari dan lebih


bertanggungjawab dalam p & p mereka.
Menjana idea, inovasi dan kreativiti pelajar dalam p & p
mereka dengan eksplotasi pelbagai sumber dari
persekitaran
Walaupun autonomi lebih kepada pelajar tapi komitmen
guru adalah sama penting dalam menjayakan kaedah
PAK ini.
Kaedah PAK bagaimana pun lebih sesuai dalam p & p
PK dan agak terhad dikaitkan dengan kemahiran PJ.
KESIMPULAN

 Kaedah pengajaran penting untuk menarik perhatian


pelajar mengikuti p &p dari awal hingga akhir. Sebagai
seorang guru, kita perlu mahir dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran PJK dan tidak hanya terhadap
kepada 1 kaedah sahaja.
 PAK hanya merupakan salah satu kaedah pengajaran
PJK dan terpulang kepada guru untuk menyesuaikan
kaedah pengajaran yang ada dengan pengajaran PJK
mengikut masa, tempat dan keadaan persekitaran.
BIBLIOGRAFI

http://www.ppk.kpm.my/html/prog main.html.
Pembelajaran Akses Kendiri. Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
Mosston & Ashworth (2002), Teaching Physical
Education, Benjamin Cummings.
Wee Eng Hoe. (2002). Siri Pendidikan Perguruan :
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai