Anda di halaman 1dari 2

PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI

Pembelajaran Akses Kendiri adalah pendekatan yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari. Pembelajaran Akses Kendiri membolehkan murid belajar mengikut minat, keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka. Murid juga memndapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka melalui pembelajaran akses kendiri. Pada amnya diakui bahawa murid perlu proaktif dalam proses pembelajaran. Murid tidak seharusnya pasif dan hanya memberi respons kepada rangsangan guru. Sebaliknya, murid sendiri harus menjana idea dan memberi peluang belajar. Pemikiran baru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran mendapati bahwa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini telah mengakibatkan peranjakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri. Murid yang berautonomi ialah murid yang berinisiati untuk merancang dan melaksanakan program pemebelajaran sendiri. Mereka berupaya menentukan matlamat pembelajaran mereka sendiri. Mereka berupaya menentukan matlamat pembelajaran mereka sendiri, dan mencapai matlamat ini dengan menggunakan peluang yang terdapat di dalam dan di luar bilik darjah. Guru pula berfungsi sebagai fasilitator, jurulatih dan kaunselor. Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid memperoleh kemahiran yang diperlukan dan teknik belajar untuk belajar. Pembelajaran Akses Kendiri dibentuk untuk menggalakan pembelajaran kendiri agar murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak pembelajaran yang berbeza. Pembelajaran Akses Kendiri melatih murid belajar untuk belajar dan memberi penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran dan suasana pembelajaran yang kondusif. Pendekatan murid berdikari ini adalah berasaskan persepsi bahawa hanya murid itu sendiri yang boleh melakukan pembelajaran secara optimum. Guru, walau bagaimana cemerlang pun, tidak mungkin dapat melakukannya untuk murid. Ini dikukuhkan lagi melalui pemerhatian bahawa murid berbeza antara satu sama lain dari segi gaya, keperluan dan kadar pembelajaran. Adalah sangat penting bagi murid menentukan strategi pembelajaran yang terbaik yang sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid telah semakin diterima dan dipraktikan dalam bidang pendidikan. Peranan guru yang secara tradisinya lebih cenderung kepada peranan sebagai penyampai maklumat sahaja telah berubah dan peranan mereka sebagai fasilitator, jurulatih dan kauselor semakin diterima. Program Pembelajaran Akses Kendiri memerlukan guru yang sedemikian adalah untuk:

i. ii. iii. iv. v.

Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri dalam kelas; Mewujudkan environmen pembelajaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan mereka; Membantu murid menyedari pelbagai strategi dalam pembelajaran; Melatih murid untuk belajar secara kendiri; dan Membimbing dan membantu murid di mana perlu.

Dalam program Pembelajaran Akses Kendiri, murid menetapkan matlamat pembelajaran mereka sendiri. Muridlah yang menyediakan rancangan pembelajaran mereka dan bertanggungjawab menyempurnakannya. Bagi tujuan itu murid hendaklah: i. ii. iii. iv. v. Mengenal pasti keperluan mereka; Mengenal pasti tahap kebolehan mereka sendiri; Menetapkan matlamat pembelajaran sendiri; Mengenal pasti masa pembelajaran yang ada; dan Menyediakan pelan pembelajaran ayng realistik.

Dengan mengikuti program Pembelajaran Akses Kendiri murid akan: i. ii. iii. iv. v. Memperoleh kemahiran belajar untuk belajar; Berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari; Belajar mengikut keperluan dan gaya pemebelajaran sendiri; Mentaksir sendiri pencapaian mereka; dan Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemeblajaran sendiri.

Program Pembelajaran Akses Kendiri mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Enviromen pembelajaran fleksibel, selelsa dan tnapa tekanan; Bahan Pembelajaran Akses Kendiri dan bantuan fasililator mudah di akses; Pemilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas; Kemudahan yang membolehkan murid belajar secara bersendirian atau dalam kumpulan; Membolehkan pembelajaran mengikut kadar dan kemampuan murid; dan Membolehkan murid mentaksir pencapaian sendiri.

Anda mungkin juga menyukai