Anda di halaman 1dari 10

SGDF4012 : Falsafah Dan

Perkembangan Pendidikan
Malaysia

Pendidikan Pusatan Pelajar


@ Pusatan Guru
Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran adalah merupakan satu


proses guru mengajar di mana ia
merangkumi cara dan strategi yang akan
digunakan untuk mengajar. Guru akan
menggunakan sama ada pendekatan
berpusatkan guru atau pendekatan
berpusatkan pelajar.
Pusatan Guru – Pendidikan tradisional

Guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya


kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di
hadapan kelas dan pelajar mendengar  syarahan guru di
meja masing-masing.
Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi
pendapat mereka sendiri walaupun mereka
berkemungkinan besar mmpunyai lebih pengetahuan
sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau
pengalaman hidup mereka sendiri. 
Pusatan Pelajar – Pendidikan progresif

Kaedah ini memberi tumpuan kepada perkembangan


pembelajaran pelajar sebagai individu. Guru memberi
pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin
mereka pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan
membina pengetahuan dan persekitaran positif.
Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara
berterusan dan guru lebih banyak mendengar pandangan
pelajar. Pelajar juga akan melibatkan diri secara terus
dalam perancangan pembelajaran mereka sendiri. 
Kaedah Pengajaran
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU

- Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan bidang tertentu

- Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang


penting

- Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang


akan digunakan dalan P&P.

- Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap prestasi


pelajar

- Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas.

- Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira.


Kaedah Pengajaran
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

- Guru sebagai fasilitator

- Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar


serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

- Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan


kelas.

- Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui


rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
Kaedah Pengajaran
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

- Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan


aktiviti pembelajaran.

- Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas


apa yang mereka pelajari.

- Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

- Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif

- Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan


guru.
Kaedah Pengajaran Berpusatkan Guru

1. Kuliah, demonstrasi,  dan bercerita, latih tubi

2. Catatan nota – guru menulis, pelajar mendengar dan menyalin dalam buku

3. Satu sumber rujukan – buku teks

4. Lokasi pembelajaran terhad di dalam kelas

5. Penerangan dan membuat latihan

6. Memberikan dan menyampaikan maklumat

7. Mengajarkan prosedur (SOP)

8. Membina kemahiran langkah demi langkah


Kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar

1. Sumbangsaran dan debat

2. Main Peranan,  kerja lapangan dan projek.

3. Pelbagai sumber rujukan – ensiklopedia, internet, pemerhatian

4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai – makmal komputer, padang sekolah,


dewan

5. Penerangan dan praktikal

6. Pengajaran oleh rakan sebaya

7. Guru mencapai setiap pelajar dalam aktiviti berkumpulan kecil


Kaedah Pengajaran
Faktor Penentu Kejayaan
Berpusatkan Guru @ Pelajar

- Peringkat Umur Pelajar


- Kebolehan Pelajar

Anda mungkin juga menyukai