Anda di halaman 1dari 58

PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN

Meor Syariman bin Meor Mohamad Ahmad Syahir bin Che Azmi Nor Syawwirah binti Adnan Nur Izwani Salfinas binti Azizan

SOALAN 7.1
bagi setiap strategi huraikan satu kaedah yang bersesuain dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan laksanakan sekurang-kurangnya satu contoh pengajaran dengan menggunakan kaedah yang dipilih serta sediakan bahan sokongan yang berupa gambar atau lain-lain untuk mengukuhkan hujah anda.

PENGENALAN
MENGAJAR DAN BELAJAR
Proses di mana berlakunya interaksi dinamik antara guru dan murid

Murid dan guru saling mempengaruhi antara satu sama lain

Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar

DEFINISI

PENDEKATAN

STRATEGI

KAEDAH

PENDEKATAN
Cara mendekati sesuatu, bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang
Satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsurunsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan) Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan

PRINSIP TEORI PEMBELAJARAN


Konkrit ke abstrak Mudah ke kompleks Umum ke spesifik
(deduktif)

Keseluruhan ke sebahagian

KAEDAH
Cara mengendalikan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran Siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963)

STRATEGI
Satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik
Untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada :
Kebijaksanaan memilih pendekatan Kecekapan merancang kaedah dan teknik Berdasarkan objektifnya

Berpusatkan bahan Berpusatkan murid Berpusatkan guru

Strategi Pengajaran

STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID


Rancangan sesuatu tindakan / operasi yang berkesan Memerlukan penglibatan yang aktif daripada pelajar serta menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar Pengajaran yang lebih berfokus kepada murid dan mampu meningkatkan kemahiran murid Masih mendapat pemantauan guru

CIRI-CIRI PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID


Belajar mengikut keupayaan Terlibat secara aktif dalam P&P Mempersembahkan pengetahuan dalam cara yang unik Membuat jangkaan yang tinggi terhadap pelajar Mendengar dan menghormati pandangan pelajar Menggalakkan berfikir sendiri

PELAJAR

GURU

KAEDAH
Mendorong pemahaman pelajar (pemikiran kritis) Menyokong pelajar dalam penggunaan strategi pembelajaran efektif

KURIKULUM
Mempunyai kandungan dan aktiviti bermakna

PERANAN GURU DALAM STRATEGI BERPUSATKAN MURID


Mahir dalam mata pelajaran yang diajar

Mengetahui struktur, mengenalpasti konsepkonsep penting Memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang bermakna kepada pelajar Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan menemui apa yang guruhendak mereka pelajari

STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU


Guru bertanggungjawab menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi pelajarnya Guru yang mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Setiap aktiviti dimonopoli sepenuhnya oleh guru Merupakan antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang mudah

HASIL PEMBELAJARAN STRATEGI BERPUSATKAN GURU


Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran

Murid banyak memerlukan kaedah mengingat, menghafaz dsb

Penyampaian pengajaran lebih mengutamakan penyebaran ilmu berbanding penyerapan nilai-nilai murni atau perkembangan emosi

CIRI-CIRI STRATEGI BERPUSATKAN GURU

Guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran

Pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas Buku teks sebagai panduan untuk apa yang diajar
Pelajar tidak bebas bergerak di dalam kelas

Kedudukan meja dan kerusi yang hanya menghadap kehadapan

STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN


Guru menggunakan bahan bantu mengajar untuk lebih menarik perhatian murid Meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga pelajar yang belajar secara individu dapat belajar Penekanan diberikan kepada bahan bantu belajar untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahan-bahan harus berasaskan kepada objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran serta kebolehan pelajar

Memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan Murid-murid mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar Interaksi yang berlaku dalam bilik darjah adalah banyak hala Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan

Contoh Penggunaan Bahan


Panduan Pelajaran Panduan Buku Teks Buku Kerja

Video

Pakej Pita

Pakej Pembelajaran Berasaskan Komputer, Konferens Komputer

CD-ROM, Multimedia Dan Lain-lain

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR


Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah: Pembelajaran yang menekankan kepada pembelajaran kendiri dan inkuiri-penemuan. Proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea dan konsep baru. Contoh: lakonan, permainan, simulasi, perbincangan, sumbang saran dan sebagainya.

Strategi pembelajaran dan pengajaran berpusatkan pelajar adalah bertujuan untuk:

Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR


Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.

PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TRADISIONAL Guru sebagai penyebar ilmu. Pelajar kurang peranan dalam proses pembelajaran BERPUSATKAN PELAJAR Gaya Penyampaian

Guru sebagai fasilitator. Pelajar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Guru aktif Pelajar pasif.

Penyertaan

Pelajar aktif Guru sebagai fasilitator

Ujian dan penilaian formal secara berkala

Penilaian

Pemantauan tidak formal secara berterusan

PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


TRADISIONAL BERPUSATKAN PELAJAR

Terhad dalam bilik darjah

Tempat

Tidak terhad.

Pemikiran lebih tertumpu pada bahan pengajaran dan pembelajaran

Kadar Reflektif

Pengamal reflektif yang peka terhadap situasi bilik darjah Tidak terhad kepada p&p sahaja

TRADISIONAL

PERANAN PELAJAR DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BERPUSATKAN PELAJAR Penyertaan

Pasif, terhad pada ingatan dan latihan

Aktif, pembelajaran tertumpu pada teknik penemuaan (discovery techniques)


Menekankan minat, keseronokan dan pencapaian pelajar.

Ganjaran dan dendaan digunakan

Motivasi

Menekankan pencapaian akademik, terhad kepada pertandingan dan perlakuan yang betul.

Pemberatan

Menekankan potensi individu, sosial dan akademik, menumpu kada kerjasama kumpulan dan perlakuan kreatif

RANCANGAN PENGAJARAN HARIA (RPH)

PENYEDIAAN RPH
Matapelajaran : Matematik Kelas : PENDIDIKAN KHAS 1 Masa : 12.00-1.00 Petang Tajuk : Nilai Wang RM 1 RM 100

Objektif Pembelajaran :
Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh : Menyatakan nilai wang kertas dari RM1 RM 100 Membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu wang lain. Boleh menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki.

Hasil Pembelajaran :
Murid dapat menyatakan nilai duit yang diberi Murid dapat membuat perbandingan di antara nilai wang dengan menukarkan bilangan sesuatu jenis duit kepada sesuatu yang lain. Murid dapat menyelesaikan masalah harian melalui aktiviti jual beli yang menggunakan kiraan wang dengan melibatkan jumlah dan baki.

LANGKAH

TAJUK AKTIVITI

FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARAN


1) 2) Guru menayangkan klip video mata wang Malaysia . Guru meminta murid menyatakan nilai duit yang ditunjukkan.

CATATAN/STRATEGI

Set induksi ( 3 minit )

Apa itu wang ?

Strategi berpusatkan Guru. BBM : Klip Video, wang sebenar.

Langkah 1 ( 10 minit )

Ciri ciri wang

1)

2)

Murid diminta untuk memberikan ciri ciri mata wang yang ditayangkan pada power point. Guru meminta murid menyatakan nilai dan symbol mata wang yang ditayangkan.

Strategi berpusatkan guru. Strategi berpusatkan murid.

Langkah 2 ( 10 minit )

Melabel

1)

2)

Guru menyediakan beberapa jenis barang berserta tanda harga dalam bentuk power point. Murid dipilih secara rawak untuk memadankan jenis barang dengan harga nya dengan menggunakan power point.

Strategi berpusatkan murid ( koperatif ) BBM : Power Point

Langkah 3 ( 20 minit )

Simulasi Jual Beli

1)
2)

3)

4)

Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Guru memberi arahan mengenai aktiviti yang dijalankan. Setiap kumpulan akan diberikan beberapa not wang untuk digunakan dalam simulasi jual beli. Mereka akan bertukar tukar giliran sebagai penjual dan pembeli.
Murid akan diberikan lembaran kerja yang mengandungi petak kosong untuk diisikan nilai mata wang. Murid diberikan masalah penambahan dan penolakan dalam sistem mata wang. Guru bertanya kepada murid tentang pengajaran pada hari ini. Guru membuat rumusan tentang pengajaran yang diajar.

Strategi berpusatkan murid. BBM : Buku, Wang Permainan, Gambar Mainan.

Langkah 4 ( 10 minit )

Latihan Pengukuhan

1)

Strategi berpusatkan bahan

2)

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

1)

2)

SOALAN 7.2
Bagaimanakah anda dapat melaksanakan kaedah perbincangan dalam kumpulan dengan memastikan semua ahli melibatkan diri secara aktif?

KAEDAH PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

DEFINISI PERBINCANGAN BERKUMPULAN


Perbincangan didefinisikan sebagai SATU AKTIVITI mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Berkumpulan pula diertikan sebagai satu kelompok manusia yang melebihi 2 orang. Perbincangan berkumpulan boleh ditakrifkan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu, yang dijalankan dalam kelompok manusia yang melebih 2 orang.

sambungan Proses ini melibatkan konsep dua hala di mana terdapat individu yang menyoal dan menjawab. Proses sumbang saran juga dapat dilaksanakan.

TUJUAN PERBINCANGAN BERKUMPULAN


Membantu pelajar untuk memahami dunia

Mengalakkan interaksi dan perbualan dalam kumpulan

Merangsang pemikiran pelajar

Memberi peluang buat pelajar untuk menjelaskan dan meluaskan idea

JENIS-JENIS PERBINCANGAN KUMPULAN

Perbincangan Terbuka

Perbinca ngan Tertump u


Perbincangan Terbimbing

Perbinca ngan Bulatan

KAEDAH PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

PERBINCANGAN TERBUKA
Kemukakan satu soalan kepada pelajar Semua pelajar pertimbangkan soalan tersebut Benarkan hentian antara respon bagi menggalakkan respon lanjutan atau berbeza Perjelaskan respon yang diberi (jika perlu) Bina dialog murid dengan murid Hormati soalan-soalan dan respon mereka

PERBINCANGAN TERBIMBING
Kemukakan soalan untuk mengalakkan penerokaan satu tema, topik atau isu Peruntukan masa untuk menyoal Setelah satu tempoh masa tertentu, galakkan mereka berbincang sesama mereka dengan bertanya soalan yang relevan

PERBINCANGAN TERTUMPU
Digunakan untuk mengalakkan pelajar membuat refleksi terhadap pengalaman mereka atau perasaan masing-masing. Pelajar dikehendaki berada dalam bulatan. Individu yang memegang satu objek atau kayu bercakap dikehendaki berkongsi pengalaman atau perasaan dan ahli yang lain hanya mendengar. Kemudian kayu bercakap itu tadi akan diserahkan pula kepada rakan disebelah. Peranan juga dimainkan oleh pelajar kedua itu pula. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua pelajar meluahkan perkara yang ingin diluahkan. Aktiviti ini sesuai diaplikasikan dalam kumpulan yang kecil atau dalam bulatan yang berbentuk balang ikan (fishbowl).

PERBINCANGAN BULATAN
Pelajar dikehendaki membuat dua bulatan. Mereka yang berada di luar bulatan hanya menjadi pendengar manakala yang duduk dalam bulatan dalaman akan mengadakan perbincangan antara satu sama lain berdasarkan topik yang dipilih. Selepas satu tempoh, peranan antara pelajar di luar bulatan akan menukar peranan dengan pelajar di dalam bulatan.

KAEDAH MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR TERLIBAT


Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian. Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan. Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ketua untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan. Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurangkurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.

sambungan
Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi. Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut. Pastikan setiap ahli mempunyai tugasan sendiri untuk diketengahkan. Lakukan sesi soal jawab antara ahli.

IMPLIKASI PERBINCANGAN KUMPULAN


Menggalakkan pelajar berfikir secara kritikal dan mengeluarkanpendapat mereka sendiri dengan cara yang kreatif. Pelajar boleh memberi pandangan dan pendapat yang bernas. Mengembangkan kemahiran bertutur dan mendengar di kalangan pelajar. Membimbing pelajar agar bersikap toleransi dengan pendapat yang berlainan daripada pendirian mereka sendiri. Pelajar merasa dihargai kerana pandangan dan pendapat mereka diberi perhatian dan didengari semasa perbincangan.

SOALAN 7.3
huraikan sekurang-kurangnya lima daripada strategi pengajaran dan pembelajaran bestari.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BESTARI


Direktif Mediatif Genereatif

Melalui pemerhatian

Kontekstual

Metakognitif

Masa Depan

PENGAJARAN DIREKTIF
Tujuan: - membantu pelajar memahami dan menguasai maklumat sebagai asas Meniru tingkah laku atau kemahiran yang disampaikan oleh guru Melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung Pengajaran langsung: pengajaran mengikut langkah demi langkah dari segi topik demi topik Contoh: bahan bantu visual, tunjuk cara tentang konsep

PENGAJARAN MEDIATIF
Guru merupakan pengantara yang mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang murid untuk meneroka pengetahuan Guru membimbing murid:
Pemerolehan konsep Pembentukan konsep

Membuat penilaian tentang aktiviti yang dijalankan

Membuat analisis tentang pembinaan konsep

Murid-murid diajar untuk:


Menaakul secara induktif dan deduktif Mengorganisasi dan mengawal proses-proses pemikiran tinggi Menyelesaikan masalah dan konflik Perbincangan secara terbuka

Model inkuiri:

Menganalisis data

PENGAJARAN GENERATIF
Digunakan untuk penulisan ekspresif, membentuk penyelesaian untuk masalah bukan rutin dan inkuiri. Tujuan: merangsang imaginasi dengan penggunaan metafora atau situasi. Contoh: model synectics sebagai alat sumbang saran (jump start proses kreatif dan mencari pandangan baharu)

Model Synectics:
Sediakan maklumat Gunakan analogi peribadi untuk mencipta konflik bertentangan

Bandingkan konflik dengan subjek

Buat penilaian

PENGAJARAN PEMERHATIAN
Pengajaran melalui pemerhatian berlaku apabila pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu tingkah laku Berlaku apabila tingkah laku seseorang pemerhati berubah selepas memerhati tingkah laku seorang model. Contoh: Murid-muird memerhatikan guru melakukan eksperimen di dalam makmal

Mengikut Bandura, terdapat 4 proses:


Proses memberikan perhatian Proses ingatan Proses reproduksi motor Proses motivasi

Berjaya apabila pelajar dapat mendapat peluang untuk memerhati dan memodelkan tingkah laku yang akan membawa kepada peneguhan positif

PENGAJARAN KONTEKSTUAL
Situasi pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi. 5 teknik pembelajaran:

R elate (belajar pengetahuan baru kait dengan pengalaman hidup) E xperiencing (penerokaan, penemuan dan mereka cipta idea) A pply (mengaplikasi pengetahuan dalam situasi lain) C ooperate (berkomunikasi dengan orang) T ransfering (memindahkan pengetahuan sedia ada dengan
membina hal-hal yang baru)

Contoh:
Pembelajaran eksperiential Sesi hands-on Seminar Bengkel Program di mana pelajar melakukan sendiri projek

KESIMPULAN
Guru seharusnya bijak membezakan dan memilih antara teknik, kaedah dan pendekatan dalam pembelajaran yang hendak digunakan dalam sesi pembelajaran. Peranan guru juga amat penting dalam memastikan kelancaran sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan langkah pengajaran yang betul akan mempengaruhi input yang diterima oleh murid-murid.

RUJUKAN
Ahmad Subki Miskon, S. I. (2011). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizon. Keow, C. L. (2008). Murid dan Alam Belajar: Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Shah Alam: Kumpulan Budiman sdn. bhd. Noraini A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Siri Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar sdn. bhd. http://whatta.ipgmksm.edu.my/pdf/PERBINCANGAN.pdf http://www.scribd.com/doc/62211327/PERBINCANGAN http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009775672-strategi-kaedah-teknik-pengajaran-danpembelajaran/

Anda mungkin juga menyukai