Anda di halaman 1dari 3

ALIRAN ARUS DI SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA

Sekolah ini sebenarnya terdiri daripada pelbagai jenis aliran arus seperti arus perdana, arus pendidikan khas, arus pemulihan khas serta arus prasekolah. Setiap arus yang berbeza dari arus perdana diletakkan di kawasan yang lain. Prasekolah Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Alma terdapat 3 buah kelas iaitu Zamrud, Delima dan Mutiara. Pembahagian prasekolah ini mengikut umur di antara umur 4 tahun sehingga 6 tahun. Kawasan prasekolah ini terletak di bahagian paling hujung dari pintu pagar sekolah. Kawasannya sangat ceria dengan adanya pondok kecil yang juga memuatkan beberapa bahan pengajaran dan pembelajaran di dalamnya. Selain itu, terdapat juga kawasan permainan di hadapan kawasan prasekolah tersebut. Keadaan kelas prasekolah sangat ceria dan

berwarna warni sesuai dengan golongan kanak-kanak yang sangat tertarik dengan

benda sedemikian. Anak patung serta alat permainan yang lain juga turut disediakan. Setiap prasekolah diurus oleh seorang guru dan juga seorang pembantu pengurusan murid (PPM).

Pemulihan Khas Kelas pemulihan khas ini terletak bersebelahan dengan

bilik darjah pelajar tahun 2. Kelas pemulihan khas ini diuruskan oleh seorang guru sahaja dan pelajar yang lemah akan datang ke kelas pemulihan khas hanya apabila tiba watu subjek

matematik atau bahasa Melayu. Teknik pengajaran di kelas

pemulihan khas ini lebih berfokus kerana bilangan pelajarnya yang sangat sedikit. Di dalamnya dipenuhi dengan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran ketika sesi pemulihan dijalankan.

Pendidikan Khas Kelas pendidikan khas ini

terletak di bawah pejabat di bangunan B. Kelas ini

dibahagikan kepada dua jenis atau bahagian iaitu kumpulan yang KBSR menggunakan dan sukatan yang

kumpulan

menggunakan sukatan KSSR. Bagi kelas yang menggunakan sukatan KSSR, kelas dipanggil sebagai RINTIS. Jumlah kelas yang terdapat di pendidikan khas ini adalah 7 buah kelas dan setiap kelas dipisahkan oleh penghadang kayu. Ruangnya agak sempit dan terhad. Bilangan pelajar pendidikan khas adalah lebih kurang 30 orang. Guru yang mengendali bahagian pendidikan khas adalah seramai 14 orang yang diketuai oleh seorang penolong kanan pendidikan khas dan juga dibantu oleh pembantu pengurusan murid seramai 4 orang sahaja.

Anda mungkin juga menyukai