Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2: PENULISAN LAPORAN PBS

Goleman (1995) telah mengemukakan satu konsep berkenaan dengan kepentingan


kecerdasan selain daripada darjah kecerdasan intelek atau dikenali sebagai intellectual
quotients (IQ), kecerdasan emosi, juga dikenali sebagai emotional intelligent quotients (EQ).
Menurut Goleman juga, kompetensi kecerdasan emosi adalah kebolehan seseorang individu
membina motivasi pada dirinya, dan membina ketahanan dalaman sehingga seseorang itu
boleh mengawal dan mengurus jiwa dan kepuasan diri semasa menempuhi cabaran
kehidupan hariannya. Kompetensi personal guru adalah kebolehan peribadi yang ada pada
seorang pendidik yang dikehendaki supaya beliau berjaya untuk menjadi seorang guru yang
baik. Selain itu, kompetensi personal guru ini meliputi kebolehan seseorang guru berkaitan
dengan pemahaman, penerimaan, perwujudan dan pengarahan diri guru tersebut (Mohd
Azhar, 2004).

Pada tanggal 12 Mac 2017, saya telah menjalankan Penilaian Berasaskan Sekolah
buat kali pertama selama lima hari di Sekolah Kebangsaan Sering, yang terletak di
Kampung Petani Sering, Kota Bharu, Kelantan. Saya telah mendapati pelbagai cara para
guru di sekolah tersebut menggunakan dan mengamalkan kompetensi personal semasa
mereka menjalankan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antaranya adalah
saya telah mendapati bahawa guru-guru di sekolah tersebut sangat ceria dan
berketerampilan. Ini dapat dibuktikan ketika saya memasuki kelas semasa guru sedang
mengajar, guru-guru di sekolah tersebut bermanis muka dengan murid-murid dan mengajar
dan memberikan penjelasan sesuatu topik kepada murid-murid dengan penuh kesabaran.
Setiap pagi, guru-guru yang bertugas pada minggu tersebut menyambut kedatangan murid-
murid pada waktu pagi di pintu pagar sekolah.

Dalam pada itu, imej guru-guru di sekolah tersebut sangat kemas dan ceria.
Kesemua guru di sekolah tersebut memakai pakaian yang formal, dan memakai tag nama
masing-masing. Hari Rabu merupakan hari Kokurikulum, oleh itu mereka akan memakai
pakaian unit beruniform sepanjang waktu persekolahan, manakala pada hari Khamis,
mereka akan memakai pakaian batik sekolah yang seragam dengan kemas. Guru-guru
tersebut juga tidak lupa untuk menjalankan spot check di dalam kelas, di mana guru-guru
disiplin akan memeriksa pakaian murid-murid supaya mereka mengenakan pakaian uniform
sekolah yang lengkap. Oleh itu, guru-guru di sekolah tersebut sangat cakna dengan
pemakaian mereka dan murid-murid di sekolah. Maka, terbuktilah bahawa guru-guru di
sekolah tersebut sangat menjaga imej dan keterampilan mereka, tak lupa juga terhadap
murid-murid sekolah tersebut.

Di samping itu, guru-guru sekolah tersebut sangat bijak mengurus masa dari mula
waktu persekolahan hingga tamat waktu persekolahan. Guru-guru sekolah tersebut tiba di
sekolah sebelum perhimpunan pagi sekolah bermula. Seterusnya, mereka sangat peka dan
tidak berlengah terhadap jadual waktu mengajar mereka, dan masuk ke kelas pada waktu
yang ditetapkan di dalam jadual. Mereka menggunakan waktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah mereka dengan mengajar subjek mereka sebaik yang
mungkin. Guru-guru di sekolah tersebut akan berhenti mengajar apabila waktu subjek yang
mereka ajari telahpun tamat dan memberi guru seterusnya yang mengajar untuk masuk ke
dalam bilik darjah untuk masa yang seterusnya. Pada situasi tersebut, saya dapati bahawa
guru-guru di sekolah tersebut sangat menghormati masa mengajar mereka dan juga guru-
guru yang lain.

Kesimpulannya, guru-guru SK Sering berjaya mengaplikasikan kompetensi personal


semasa mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, mahupun di
luar bilik darjah. Mereka merupakan guru yang berdisiplin, berketerampilan dan sangat
prihatin akan anak-anak didik mereka. Oleh itu, menurut Azizi Yahaya (2000), pengawalan
emosi dan sikap profesional terhadap pekerjaan sudah ada pada diri guru-guru dapat
merealisasikan kompetensi personal di dalam diri mereka.
RUJUKAN

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. United States of America: Bantam Books.

Mohd Azhar, Y. (2004). Kompetensi Kecedasan Emosi dan Kesannya. Jurnal Pengurusan
Awam Jilid 3 Bilangan 1, 26.

Yahaya, A. (2000). Kecerdasan Emosi. Retrieved March 2017, from Universiti Teknologi
Malaysia Institutional Repository : http://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdf

Anda mungkin juga menyukai