Anda di halaman 1dari 4

Bil Ciri-ciri Justifikasi

1 Berpengetahuan Guru perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam


terhadap sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada
murid. Guru yang berpengetahuan dapat menjawab setiap
persoalan yang dikemukakan oleh murid. Oleh itu,
penyampaian ilmu akan menjadi lebih lancar dan mudah
difahami oleh murid. Guru ini juga akan sentiasa membawa
murid untuk sentiasa berfikir di luar kotak dalam berusaha
mengajak murid berfikir secara aras tinggi.

2 Kasih sayang Kasih sayang adalah satu keperluan dalam diri setiap
individu. Justeru, guru hendaklah berlaku adil kepada
semua anak murid agar tidak berlakunya pilih kasih. Guru
perlu memberikan layanan yang sama rata kepada semua
tanpa mengira bangsa, status mahupun warna kulit dalam
memberikan pengajaran. Selain itu, guru hendaklah
prihatin dengan masalah yang dihadapi murid agar murid
tidak terbeban dengan masalah yang mereka hadapi. Guru
yang mengamalkan ciri kasih sayang ini akan bersedia
untuk mendengar masalah daripada pelajar dan bersedia
untuk membantu mereka. Guru pula akan sentiasa
bertanya kepada murid andai mereka mempunyai masalah
untuk memahami pengajaran yang telah disampaikan oleh
guru.

3 Berdedikasi Seorang guru yang sentiasa membuat persediaan sebelum


melakukan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Guru yang membuat perancangan yang lengkap sebelum
masuk ke dalam kelas akan dapat memberi pengajaran
dengan sempurna dan tidak tergesa-gesa. Selain itu, guru
yang berdedikasi akan memberi komitmen yang
sepenuhnya terhadap tugas sama ada dalam aspek
pentadbiran sekolah mahupun pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Dalam kerjaya guru ini juga,
guru perlu bersiap sedia untuk berkorban dari segi masa,
wang, mahupun tenaga demi mendidik anak bangsa.
4 Integriti Seorang guru seharusnya mempunyai keihlasan dalam
melaksanakan setiap tugasan dan amanah yang telah
diberikan tanpa mengharapkan balasan. Walaupun perkara
ini susah untuk dinilai oleh murid, namun ciri ini
sememangnya adalah sangat penting untuk menjadi
seorang guru yang efektif. Sikap amanah yang ada di
dalam diri seorang guru akan membuatkan guru sentiasa
fokus dalam kerjaya sebagai seorang guru. Guru akan
menjalankan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa
dengan baik bermula dari dalam bilik darjah lagi. Setiap
murid akan diajarkan dengan baik bagi memastikan murid
dapat menguasai dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan
yang diberi ke arah yang betul.

5 Kreatif Guru sentiasa menggunakan kaedah yang berbeza dalam


pengajaran mereka. Ciri kreatif ini dapat dilaksanakan juga
dengan penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
merangsang pemikiran murid dan berkesan. Dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah
mengaplikasikan gaya pengajaran yang berbeza mengikut
tahap kognitif murid-murid dalam sesuatu kelas tersebut.
Selain itu, guru perlu mengaplikasikan pendekatan, strategi
dan teknik pengajaran yang pelbagai agar objektif
pembelajaran tercapai. Gaya pengajaran yang berbeza
setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran juga akan
menarik perhatian murid untuk mengikuti pembelajaran dan
murid juga akan tidak mudah bosan.

6 Peka Guru hendaklah peka terhadap setiap anak murid mereka.


Seorang guru perlulah peka terhadap setiap masalah yang
dihadapi oleh murid agar keperluan mereka terhadap
pembelajaran dapat dipenuhi. Selain itu, guru hendaklah
mendedahkan murid – murid dengan pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan teknologi terkini agar tidak
ketinggalan dalam arus pemodenan. Isu semasa
merupakan satu perkara yang penting diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat memastikan
pelajar tidak ketinggalan terhadap perkara yang berlaku
pada masa kini.

7 Berketerampilan Berketerampilan membawa maksud seorang guru yang


sentiasa menjaga perwatakan diri sebagai seorang guru
walau dimana dia berada. Budi bahasa dan penggunaan
bahasa yang bersopan santun juga melambangkan
perwatakan seorang guru dan sentiasa menjadi suri
teladan kepada murid-murid. Guru yang berketerampilan
juga sentiasa mengekalkan kekemasan berpakaian. Murid
akan menggunakan guru yang mempunyai ciri ini sebagai
suri teladan malah mudah untuk mengikuti pembelajaran
guru.

8 Kemahiran pengurusan Guru sentiasa memastikan keadaan fizikal dalam bilik


bilik darjah yang baik
darjah dalam keadaan baik, selamat dan tersusun. Guru
juga harus bijak dalam mengawal kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Murid
akan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat untuk
berada di dalam kelas kerana tiada ancaman yang diberi.
Menurut Abraham Maslow(1943) ciri keselamatan adalah
merupakan salah satu keperluan murid. Apabila guru dapat
memenuhi keperluan murid, maka murid akan sentiasa
tenang dan dapat untuk fokus di dalam kelas.

9 Proaktif Sebagai seorang guru, ciri proaktif ini adalah penting


kerana guru dapat menganggap sesuatu masalah yang
dihadapi sebagai satu cabaran kepada seorang guru.
Guru tersebut akan dapat meningkatkan semangat mereka
untuk terus berusaha dalam menyelesaikan masalah.
Tambahan pula, sesuatu masalah yang dihadapi itu pasti
akan ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, guru perlulah
sentiasa melihat aspek positif dalam masalah yang timbul.
Sebagai seorang guru, guru mestilah berfikir sebelum
bertindak di mana guru hendaklah berfikir akan kesan dan
akibat sesuatu perkara yang akan berlaku selepas mereka
bertindak. Sebagai contoh di dalam kelas, guru yang
proaktif tidak akan mudah melenting sekiranya murid
melakukan masalah di dalam kelas malah sentiasa
berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh murid tersebut.

10 Kecindan Menurut Kamus Dewan, kecindan ditakrifkan sebagai


kebolehan seseorang manusia, objek, situasi atau
perkataan untuk mencetuskan perasaan gembira atau
terhibur. Menurut Bary dan King (1990), guru perlu
membina hubungan yang baik dengan murid. Guru yang
sentiasa mengamalkan unsur kecindan di dalam kelas
lebih mudah untuk didekati murid. Guru yang
mengamalkan unsur kecindan yang tinggi dinilai oleh murid
sebagai lebih positif dan membantu mereka dalam proses
pembelajaran. Unsur kecindan juga dapat meningkatkan
perhatian dan keseronokan pelajar selain mampu
mewujudkan suasana yang membantu pembelajaran.

Rujukan

Hamid, F. Z., & Dewan Bahasa dan Pustaka. (1990). Pemikiran Al-Ghazali tentang

pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Hazri, J., Hashim, O., & Rohizani, Y. (2004). Pengantar kaedah mengajar mata pelajaran

ilmu kemanusiaan. Shah Alam: Karisma Publications.

deriakacamata.blogspot.com/2008/10/amalan-kecindan-jenaka-oleh-guru.html?m=1

Anda mungkin juga menyukai