Anda di halaman 1dari 5

Laporan Temubual

1.0 Pengenalan

2.0

2.1

2.2

2.3

3.0 R u m u s a n

Disediakan oleh
.....................................
(....................................)
Guru Pelatih
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

1
memberikan tindak balas yang lambat terhadap soalan yang diajukan kerana memerlukan lebih masa
untuk memahami sesuatu pembelajaran dan faktor perbezaan tahap kecerdasan perlu dititikberatkan.

4.0 Implikasi Perbezaan Individu dalam PdP

Setelah guru memahami perbezaan individu murid dan pembelajaran, guru perlu merancang
strategi pengajaran yang lebih kreatif dan penentuan hasil pembelajaran mengikut kemampuan murid.
Perkara ini juga dilaksanakan oleh guru SK Hicom semasa perlaksanaan PdP, beliau mementingkan
kemampuan pemahaman murid terhadap pelajaran serta tidak terdesak untuk menyelesaikan tajuk
silibus semata-mata. Selain itu, guru menyediakan pelbagai aktiviti dan strategi PdP yang bersesuaian
bagi menarik minat murid. Sebahagian murid menjadi bosan dan mula hilang tumpuan apabila tempoh
belajar terlalu lama. Bagi menghadapi situasi tersebut, guru melaksanakan aktiviti fizikal regangan
sebagai selingan supaya mereka bermotivasi dan memberikan tumpuan semula. Oleh itu, guru
berperanan penting untuk menerapkan kecerdasan sosial dan emosi (ESQ) dalam merancang PdP
supaya dapat menghubungkan pengetahuan dengan kecerdasan mereka (Noriati A. Rashid et. al, 2017).

Guru juga mempelbagaikan kaedah mengajar menggunakan BBM sambil diikuti irama muzik
seperti dalam kemahiran membaca. Hal ini secara tidak langsung telah membantu murid menguasai
pengetahuan tanpa mereka sedari dan berasa seronok khususnya murid auditori dan kinestetik. Situasi
ini turut bertepatan dengan teori kecerdasan emosi oleh Coleman (1995) supaya pengintegrasian elemen
kecerdasan dilaksanakan secara tersurat atau tersirat bagi merangsang kecerdasan emosi murid. Guru
mengaplikasikan teori Konstruktivisme Vygotsky (1935) bahawa pembelajaran dalam bentuk hands-
on dapat membantu pemahaman baru murid dan pendekatan teknik scaffolding untuk membimbing
murid melalui program pemulihan bagi murid yang lemah dalam pelajaran. Guru memberi hadiah
sebagai ganjaran kepada murid serta memberi peneguhan positif supaya mereka lebih bersemangat
untuk belajar.

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, perbezaan individu telah mempengaruhi perbezaan personaliti dan perbezaan


dalam gaya pembelajaran. Keberkesanan PdP dalam bilik darjah juga menitikberatkan pengetahuan
guru mengenai perbezaan individu supaya guru dapat menyesuaikan strategi pengajaran dengan gaya
pembelajaran murid dengan sebaiknya.

2
Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-
murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1, 1(1), 1-12.
https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:wU4o1cg0xRMJ:https://core.
c.uk/download/pdf/11491577.pdf+&cd=8&hl=en&ct=clnk&gl=my.

Coleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam.

Dunn, R. & Dunn, K. (1992). Teaching Elementary Student Through Their Individual Learning
Styles. Allyn& Bacon.

Gardner, H. (1993). Multiple Intelligence. New York: Basic Books.

Noriati A. Rashid et. al. (2017). Perbezaan Individu: Murid dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

3
Lampiran

Transkripsi temu bual bersama guru SK Hicom.

Syazwina : Assalamualaikum cikgu, boleh saya bertanya tentang pengalaman cikgu mengajar
sepanjang menjadi guru sekolah rendah?

Ckg. Rokiah : Waalaikumussalam, boleh Wina. Selepas mendapat penempatan (posting), saya kini
telah mengajar selama 12 tahun dan sekolah ini merupakan sekolah kedua saya
mengajar.

Syazwina : Sebagai seorang guru yang mengajar murid pemulihan subjek Bahasa Melayu dan
Matematik, bagaimana cikgu menguruskan masa untuk melaksanakan PdP dalam
tempoh tertentu?

Pn. Rokiah : Sepanjang saya mengajar mereka, saya tidak akan terburu-buru untuk menghabiskan
silibus dan fokus saya adalah supaya murid-murid ada peningkatan kefahaman dalam
pembelajaran dan mereka seronok untuk belajar.

Syazwina : Saya juga bersetuju dan dapat pengajaran yang baharu . Setiap murid mempunyai tahap
kefahaman kognitif yang berlainan. Jadi, apakah cara yang cikgu laksanakan bagi
mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran bahasa Melayu?

Pn. Rokiah : Setiap murid bagi tahap 1 dan 2 akan diuji kemahiran membaca mengikut modul prestasi
yang kami lakukan dengan kerjasama guru Bahasa Melayu. Dari situ, kami dapat lihat
tahap penguasaan mereka mengikut tahap kesukaran skala 1-5.

Syazwina : Berdasarkan pemerhatian cikgu, adakah permasalahan murid ini turut


dipengaruhi faktor keluarga dan persekitaran?

Pn.Rokiah : Kebanyakan murid kelas saya mempunyai latar belakang masalah keluarga seperti
perceraian ibu bapa, status keluarga yang susah dan pemakanan ibu tersebut ketika
mengandung. Ada mak murid ini yang tidak mengetahui dia mengandung dan memberi
kesan terhadap tumbesaran budak. Setengah situasi sehingga saya akan membawa murid
yang tiada kemajuan pembelajaran serta mengalami masalah membimbangkan ke
hospital pakar dan perubatan untuk tahu punca supaya boleh bantu mereka.

Syazwina : Bagaimana pula dengan murid yang malas untuk belajar dan mudah hilang
tumpuan?

4
Pn. Rokiah : Sebab itu, pentingnya seorang guru kena kenalpasti potensi murid dan perbezaan
mereka. Mungkin murid itu jenis sensori, visual dan sebagainya. Jadi, guru perlu
menyediakan pelbagai permainan dan aktiviti untuk menarik minat mereka untuk belajar.
Guru perlu mencuba pelbagai cara dan jangan berputus asa kerana dari situ baru
diketahui minat dan potensi diri mereka cenderung ke arah mana. Bagi murid yang
perlukan lebih bimbingan, cikgu akan datang ke rumah mereka untuk kelas tambahan
secara percuma dan modul tambahan
sebagai rangsangan.
Syazwina : Apakah tips dan kaedah lain yang cikgu gunakan untuk menghadapi perkara
tersebut?
Pn.Rokiah : Saya akan memberikan mereka hadiah sebagai ganjaran jadi mereka seronok untuk hadir
ke kelas saya serta apabila mengajar, saya akan menggunakan kaedah yang bersesuaian
mengikut tajuk dan waktu. Apabila kelas petang, murid berasa letih jadi kelas saya
lakukan secara santai dan PdP diselangi dengan pergerakan fizikal seperti senaman guna
muzik. Kedudukan murid saya juga mengikut tumpuan mereka pada masa itu. Murid
yang mudah hilang fokus dan kurang beri respons, saya akan letak mereka di barisan
hadapan. Jadi, setiap kali PdP, guru perlu cakna tentang potensi murid kerana setiap diri
individu adalah berbeza-beza daripada pelbagai aspek serta perkara ini penting bagi
memastikan PdP lebih berkesan.

Syazwina : Ohhh begitu, saya juga menjadi lebih faham dan mengerti pentingnya pernan guru untuk
tahu potensi murid dalam gaya PdP yang digunakan dalam kelas. Baiklah, terima kasih
cikgu kerana sudi meluangkan masa dan memenuhi
permintaan untuk sesi temu bual ini.
Ckg. Rokiah : Betul, kamu sebagai bakal guru juga perlu tahu dan pelajarinya. Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai