Anda di halaman 1dari 82

1.

0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan elemen terpenting yang perlu dititikberatkan

dalam kehidupan seharian terutama dalam era globalisasi ini. Sejak dari kecil

hinggalah dewasa, setiap individu akan mengalami proses pendidikan tidak

kira secara formal mahupun tidak formal. Melalui pendidikan, negara dapat

melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berkembang dari segi minda

malahan mempunyai keharmonian jiwa dan akhlak yang mantap. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menyatakan bahawa pendidikan

merupakan usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Atas pertimbangan inilah, maka kurikulum baru dirancang dan

diimplementasikan di setiap sekolah untuk melahirkan insan yang seimbang

dalam segenap bidang. Walaupun mata pelajaran matematik dilihat lebih

menjurus kepada perkembangan intelek, namun aspek lain seperti

penerapan nilai murni juga dapat diterapkan. Matematik merupakan mata

pelajaran teras yang dapat merealisasikan hasrat FPK dengan membekalkan

ilmu matematik kepada murid untuk memperkembangkan kemahiran

penyelesaian masalah, pemikiran sistematik, komunikasi dan nilai murni (Nik

Azis, 1992).

1
Oleh hal yang demikian, untuk merealisasikan empat tunjang utama

yang terdapat dalam FPK tersebut, guru hendaklah memainkan peranan

mereka dengan sebaiknya. Perancangan aktiviti hendaklah bersesuaian

dengan murid supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. Guru perlu

memahami konsep perbezaan individu untuk memastikan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran (Noriati, Boon & Sharifah, 2009). Oleh

sebab itu, guru seharusnya bijak untuk memilih, menyusun dan mengurus

sesuatu rancangan pengajaran supaya dapat memberi impak yang positif

terhadap pembelajaran murid.

Dalam pembelajaran matematik di sekolah, secara umumnya lebih

menjurus kepada teknik hafalan fakta dan prosedur matematik sahaja

berbanding mendidik murid untuk mempelajari konsep sebenar. Sebagai

contoh, murid hanya didedahkan dengan formula luas tanpa mengetahui

konsep sebenar topik tersebut. Hal yang demikian jelas dinyatakan oleh

Noraini (2001) iaitu murid mengangap matematik sebagai suatu mata

pelajaran yang mana mereka perlu mengikut peraturan yang diajar oleh guru

walaupun mereka tidak memahami peraturan tersebut. Hal ini juga disokong

oleh Marzita (2003, seperti dinyatakan dalam Nor Ilianie, 2011) yang

mengatakan pendidikan matematik pada dasarnya bertujuan untuk

membangunkan pemahaman konseptual. Namun, alasan bagi sesuatu

jawapan yang diperoleh itu tidak dititikberatkan.

Kegagalan seseorang murid dalam mata pelajaran matematik

seringkali dikaitkan dengan minat terhadap mata pelajaran tersebut.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Zainudin dan Fazilah (2011), minat dapat

2
membantu murid untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan dan ini juga

mempengaruhi proses pembelajaran. Guru dilihat insan yang

bertanggungjawab dalam memupuk minat dalam diri murid agar mereka

lebih suka untuk belajar. Shahabuddin, Rohizani dan Mohd Zohir (2003)

menyatakan sekiranya guru berjaya menarik minat murid, maka murid akan

bersemangat dan belajar dengan sendirinya. Menurut mereka lagi, gaya

pengajaran yang berbeza dapat merangsang pembelajaran dan

menghasilkan kepuasan juga dapat meninggikan motivasi murid.

Sehubungan dengan itu, pembelajaran matematik hendaklah

dirancang dengan teliti untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan,

mencabar serta memberi motivasi kepada murid. Hal ini kerana, teknik

pengajaran yang diguna oleh guru merupakan elemen penting dalam

peningkatan produktiviti proses penyampaian ilmu. Menurut Noraini dan

Shukri (2009), kaedah pengajaran yang baik merupakan kaedah yang

membolehkan guru untuk memenuhi sukatan dan tingkah laku murid. Untuk

itu, sudah tentu guru bertanggungjawab dalam merencana aktiviti

pembelajaran. Beliau juga menyatakan bahawa kaedah pengajaran yang

baik dan menyeronokkan amat penting dalam memberi kefahaman terhadap

murid.

Pelbagai kaedah yang boleh guru gunakan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran matematik. Antaranya ialah kaedah simulasi, kaedah

bercerita dan juga kaedah permainan. Kaedah yang dipilih hendaklah

mengikut kesesuaian topik yang diajar (Nur Hazana, 2007; Zainudin & Mohd

Rashidi, 2007). Sebagai contoh, semasa mengajar topik Wang, guru boleh

3
menggunakan kaedah main peranan bagi menunjukkan proses jual beli. Hal

ini secara tidak langsung dapat memupuk kemahiran interpersonal murid

selain menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lebih

menyeronokkan. Sehubungan dengan itu, guru hendaklah pandai dalam

memilih kaedah pengajaran supaya dapat memberi pengalaman yang lebih

bermakna kepada murid. Dengan ini, mereka tidak akan berasa bosan untuk

belajar, terutama ketika belajar mata pelajaran matematik yang seringkali

disalah anggap sebagai salah satu matapelajaran yang sukar untuk difahami

dan dikuasai.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya yang Lalu

Bermula pada semester lima, saya telah dihantar ke sekolah bagi

menjalani praktikum sebagai persediaan ke arah profesion sebenar sebagai

seorang guru. Terdapat banyak pengalaman yang telah saya peroleh

sepanjang menjalani tiga fasa praktikum di sekolah yang berbeza. Bagi saya,

kesemua pengalaman ini sangat berguna terutama dalam menghadapi

cabaran guru pada masa akan datang.

Semasa menjalani praktikum fasa satu, saya telah

dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid tahun 2 yang mana pada

ketika itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan.

Saya menganggap ini adalah satu cabaran kerana bukan mudah untuk saya

sebagai guru pelatih yang baru pertama kali keluar berpraktikum mengajar

menggunakan KSSR tersebut. Selepas bertanya rakan yang lain, saya

4
mendapati hanya saya seorang yang mengajar murid tahun 2. Namun

begitu, saya cuba untuk berfikiran positif dengan menyatakan pengalaman

yang diperoleh ini akan membantu saya pada masa akan datang. Hal ini

kerana, KSSR akan diperkenalkan seratus peratus menjelang tahun 2014, di

mana tahun pertama saya memegang jawatan sebagai seorang guru.

Mengajar murid tahap 1 banyak menguji kesabaran saya. Mereka

masih kurang matang dan bergantung sepenuhnya terhadap guru. Oleh hal

yang demikian, saya berusaha untuk menjadi lebih prihatin terhadap segala

perubahan tingkah laku yang dilakukan. Menurut Case (1985, seperti

dinyatakan dalam Woolfolk, 1998) perhatian sepenuhnya hendaklah

dilakukan untuk mengenalpasti sama ada murid memahami pengajaran yang

disampaikan. Namun begitu, saya masih lemah dalam kawalan kelas

terutamanya semasa kerja berkumpulan dilaksanakan. Hal ini sepertimana

yang dicatat dalam catatan jurnal;

Pada hari ini, saya telah melaksanakan aktiviti Puzzle secara


berkumpulan. Namun, murid sangat sukar dikawal. Ada antara
mereka yang merengek-rengek hendak bertukar kepada
kumpulan yang baru. Ada juga yang langsung tidak mahu
mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan yang dijalankan.
(Catatan Jurnal No: 1, 27 Mac 2012)

Hal ini berbeza apabila saya menjalani praktikum fasa kedua di

sekolah yang berlainan. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar

murid tahun 4. Saya terpaksa berhadapan dengan karenah murid yang

berlainan. Pelbagai masalah yang saya hadapi semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung sepertimana yang terdapat dalam catatan jurnal;

5
Semasa menerangkan isi pengajaran di papan putih, Murid A
mengganggu rakannya di sebelah. Apabila disoal, Murid A tidak
dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Walaupun telah
diberi amaran berulangkali, Murid A masih meneruskan
perlakuannya dan tidak mahu mendengar penerangan guru.
Murid B pula asyik merenung ke luar tingkap sambil mengetuk-
ngetuk pensel ke permukaan meja. Saya menegah perbuatan
tersebut. Namun, selepas beberapa minit Murid B meneruskan
kembali perbuatan tersebut.
(Catatan Jurnal No: 3, 13 September 2012)

Selepas beberapa kali perlakuan tersebut diulang, saya mengkaji

kelemahan yang telah saya lakukan ketika mengajar mereka. Ternyata,

mereka lebih menggemari aktiviti berbentuk kumpulan dan mencabar

kebolehan mereka sepertimana hasil temubual yang saya lakukan dengan

guru yang telah mengajar mereka sebelum ini. Hal ini kerana, mereka

merupakan murid yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi dan mudah

bosan sekiranya aktiviti yang dilaksanakan tidak mencabar dan tiada

pembentukan kumpulan. Menurut Seow (1995), murid yang cerdas perlu

diberi latihan tambahan atau pengukuhan dengan aktiviti pengayaan dan

murid lemah perlu diberikan aktiviti pemulihan. Mereka menyukai aktiviti

berkumpulan kerana lebih menyeronokkan dan dapat mewujudkan

persaingan secara sihat. Kanak-kanak dan juga orang dewasa belajar dan

mencapai lebih banyak perkara serta sebenarnya lebih seronok dalam

kumpulan pembelajaran bersama (Hill & Hill, 1997). Oleh hal yang demikian,

saya banyak melaksanakan aktiviti melibatkan pembentukan kumpulan

dengan soalan yang dibekalkan lebih mencabar.

6
Namun, selepas melaksanakan aktiviti secara berkumpulan, saya

dapati kawalan kelas saya masih lemah. Saya gagal dalam memberi arahan

dengan jelas semasa menerangkan peraturan yang perlu dipatuhi ketika

menjalankan aktiviti berkumpulan. Hal ini kerana saya menggunakan intonasi

suara yang kurang sesuai serta penggunaan ayat yang sukar difahami

semasa memberi arahan. Menurut Woolfolk (1998), intonasi suara boleh

mendatangkan salah faham dalam kalangan kanak-kanak. Penggunaan ayat

mudah juga perlu digunakan untuk memastikan mereka memahami perkara

yang disampaikan. Oleh itu, saya banyak mendapatkan nasihat daripada

guru pembimbing untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Bagi setiap fasa praktikum yang telah saya hadapi juga saya

mendapati murid tidak gemar menyiapkan kerja rumah. Pelbagai alasan

yang mereka berikan untuk mengelak daripada didenda. Pertama kali

mereka tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan, saya akan memberi

peringatan pertama. Selepas berulang kali mereka tidak menyiapkan kerja

rumah, saya melaksanakan dendaan bagi memastikan tingkah laku positif

murid akan terhasil daripada dendaan yang diberikan. Denda yang

dikenakan setara dengan kesalahan yang telah dibuat dan berdasarkan

peraturan yang telah dipersetujui. Menurut Lourdusamy (2005), dendaan

hendaklah dilakukan untuk menunjukkan kepentingan sesuatu peraturan

serta ketegasan sebagai seorang guru. Saya mendenda mereka dengan

menyuruh mereka menyiapkan kerja rumah yang di hadapan kelas. Mereka

dikehendaki duduk di atas lantai sehingga mereka dapat menyiapkan kerja

rumah yang diberikan. Terdapat sedikit perubahan daripada mereka selepas

7
saya menjalankan dendaan tersebut. Namun, masih terdapat murid yang

tidak mendengar nasihat dan tidak mengambil endah tindakan yang

dikenakan.

Saya juga mendapati, saya gagal untuk menguruskan masa dengan

bijak. Saya merancang aktiviti yang memerlukan masa yang panjang. Soalan

yang diberikan juga kurang bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Seperti

yang tercatat dalam jurnal;

Terdapat beberapa langkah pengajaran yang tidak dapat


dilaksanakan. Kaedah Polya tidak dapat diajar sepenuhnya
kerana murid tidak menguasai sepenuhnya lagi kata istilah
dalam penyelesaian masalah. Aktiviti simulasi dijalankan tidak
mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
(Catatan Jurnal No: 2, 5 September 2013)

Walau bagaimanapun, saya mendapati masalah yang paling ketara

berlaku dalam kalangan murid ialah tidak menguasai sifir darab. Masalah ini

berlaku bukan sahaja dalam kalangan murid tahap 1, malah turut dihadapi

oleh murid tahap 2. Masalah ini amat membimbangkan kerana penguasaan

sifir amat penting untuk membantu murid menguasai kemahiran mendarab

dan membahagi nombor (Janting, 2005; Azizi & Hu, 2010; Yip, 2011).

Semasa berada di sekolah, saya telah menjalankan beberapa kaedah

untuk memastikan murid mengingati sifir. Antaranya ialah, setiap kali masuk

ke kelas, saya akan meluangkan masa sebanyak lima minit untuk menyoal

sifir kepada murid. Murid yang berjaya menjawab sifir tersebut akan duduk

terlebih dahulu. Murid yang paling akhir akan diminta membaca sifir pada

pembelajaran akan datang. Saya juga mengadakan pertandingan bagi murid

8
yang boleh menghafal sifir 1 hingga 12. Mereka yang berjaya menghafal sifir

akan diberi ganjaran. Woolfolk (1998), menyatakan bahawa teori behavioris

menerangkan konsep motivasi sebagai ganjaran yang merupakan sesebuah

objek atau perkara diberi hasil daripada tingkahlaku yang ditunjukkan.

Secara tidak langsung, ganjaran yang diberi ini mampu meningkatkan

motivasi murid untuk menguasai sifir dengan baik.

Namun begitu, penguasaan sifir murid tidak menjamin kemampuan

murid untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban dengan

baik. Masalah pendaraban murid terutamanya pendaraban melibatkan

nombor tiga digit dengan dua digit seringkali terjadi walaupun pada dasarnya

mereka sudah menguasai sifir mahupun telah diberi peluang untuk membuat

rujukan menggunakan buku sifir. Oleh hal yang demikian, kajian ini lebih

berfokus kepada penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid

tahun 4 untuk mendarab melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit.

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Apakah Isu Kajian Saya?

Ketika menjalani praktikum fasa ketiga di sebuah sekolah di Kuala

Lumpur, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar murid Tahun 4 „X‟.

Secara umumnya, latar belakang keluarga murid ialah dari golongan

sederhana yang mempunyai tahap kognitif yang amat berbeza berbanding

murid di sekolah terdahulu. Hasil daripada beberapa sesi pengajaran dan

pembelajaran yang diadakan di kelas tersebut, didapati 90% murid Tahun 4

9
„X‟ masih tidak dapat menguasai cara untuk melakukan pendaraban dengan

betul iaitu menggunakan teknik pengiraan yang sepatutnya, terutama

pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit.

Masalah yang dihadapi oleh murid ini turut diperkukuhkan lagi dengan

keputusan pencapaian bagi mata pelajaran matematik untuk peperiksaan

akhir tahun semasa mereka berada di tahun 3. Berdasarkan markah setiap

murid, didapati tiada seorang daripada mereka yang memperoleh A, dan

majoriti memperoleh C dan D dalam peperiksaan tersebut. Bagi

mengukuhkan lagi dapatan ini, temubual bersama guru yang

bertanggungjawab mengajar matematik semasa di tahun 3 telah dilakukan.

Hasil temubual tersebut menjelaskan markah yang diperoleh berkurangan

kerana mereka tidak menguasai kemahiran asas mendarab nombor dengan

dengan menggunakan teknik yang sepatutnya. Apa yang lebih menarik

adalah guru berkaitan menjelaskan bahawa hasil semakan kertas soalan

secara individu, didapati murid tidak langsung menjawab soalan berkaitan

darab.

Bagi memantapkan lagi isu kajian kali ini, ujian diagnostik untuk

mengesan kelemahan yang dihadapi oleh murid turut diadakan. Pemilihan

ujian diagnostik ini dibuat berdasarkan kepada Abdul Rahim (2001), yang

menyatakan pengujian merupakan satu prosedur yang bersistem untuk

mengukur sebahagian daripada semua aspek tingkah laku seseorang

individu. Ujian diagnostik merupakan satu instrumen yang digunakan untuk

mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci (Norhaidi, 2008;

Noraini, 2001). Kandungan ujian terdiri daripada kemahiran menambah,

10
kemahiran menolak, kemahiran mendarab dan juga kemahiran membahagi

nombor seperti yang telah mereka pelajari semasa di tahun 3. Hasil daripada

ujian diagnostik yang telah dilakukan terhadap murid Tahun 4 „X‟ didapati

kebanyakan daripada mereka mempunyai masalah dalam menyelesaikan

soalan asas darab dan bahagi walaupun hanya melibatkan nombor kecil.

Kelemahan penguasaan dan pemahaman teknik mendarab dalam

kalangan murid ini turut dikesan melalui pemerhatian yang dilakukan

sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut Lee (1993),

pemerhatian sesuai digunakan untuk menilai proses, sikap dan perlakuan

murid kerana aspek-aspek sebegini sukar untuk dikesan menerusi ujian

pensel dan kertas. Hasil pemerhatian sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran adalah seperti yang dicatatkan dalam refleksi;

Murid masih tidak menguasai kemahiran mendarab nombor


tiga digit dengan dua digit. Semasa menyoal soalan melibatkan
darab nombor tiga digit dengan satu digit, mereka berebut-
rebut untuk menjawab soalan tersebut di papan hitam. Namun,
apabila ditanya soalan melibatkan nombor tiga digit dengan
dua digit, masing-masing diam. Malah, ada yang menundukkan
kepala, takut-takut dipanggil untuk menjawab soalan di papan
hitam. Sekali lagi saya menunjukkan cara mendarab nombor
tiga digit dengan dua digit dengan menggunakan bentuk lazim
seperti di dalam buku teks. Saya menguji mereka sekali lagi
dengan menggunakan soalan yang berbeza. Seperti tadi,
mereka masih mendiamkan diri dan tidak menunjukkan tanda
memahami langkah pendaraban yang telah diulang beberapa
kali.
(Catatan Jurnal No: 4, 6 Februari 2013)

Bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran ini, latihan

telah diberikan dalam bentuk kerja rumah. Berdasarkan semakan yang

dibuat, banyak soalan yang tidak dapat dijawab dengan tepat dan rata-rata

11
memilih soalan yang dirasakan mudah untuk dijawab. Manakala, soalan

yang sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi melibatkan pendaraban

nombor tiga digit dengan dua digit ditinggalkan tidak berjawab. Ada juga

antara mereka yang memilih untuk tidak menyiapkan kerja rumah yang

dibekalkan dengan alasan tidak tahu untuk menyelesaikan soalan tersebut.

Bagi mereka, soalan yang diberi begitu sukar dan menjadikan mereka

kurang berminat dan berputus asa untuk menjawabnya. Oleh hal yang

demikian, mereka langsung tidak mahu mencuba untuk menyelesaikan

soalan pendaraban melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit

tersebut.

2.2 Apakah yang Telah Saya Pelajari tentang Isu Kajian Saya?

Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang

kepada masalah mendarab nombor tiga digit dengan dua digit ini. Antaranya

ialah kerana murid tidak menguasai sifir. Menurut Zainudin dan Mohd

Rashidi (2007), penguasaan kemahiran fakta asas darab menjadi keutamaan

yang penting dalam pembelajaran matematik. Kegagalan murid menghafal

sifir akan menyebabkan mereka sukar untuk menyelesaikan soalan yang

berkaitan darab. Di samping itu, murid yang tidak menguasai sifir juga akan

mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan. Masalah tidak

menguasai sifir ini dapat dikesan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan

sepertimana yang ditulis dalam jurnal;

12
Pada hari ini, saya menyoal sifir kepada murid sebagai set
induksi. Saya menyoal mereka menggunakan sifir 6,7, 8 dan 9.
Hanya terdapat 2 orang murid yang dapat menjawab dengan
cepat dan tepat. Murid yang lain mengambil masa yang lama.
Akhirnya, saya menguji mereka menggunakan sifir 2 hingga 5.
Barulah ada murid yang boleh menjawab dengan betul.
Namun, terdapat 5 orang murid yang masih belum menguasai
sifir tersebut dengan baik.
(Catatan Jurnal No: 4, 6 Februari 2013)

Namun begitu, bagi saya masalah penguasaan sifir ini dapat diatasi

dengan sentiasa menyoal murid secara spontan berkenaan fakta asas darab.

Sepertimana tiga prinsip Thorndike (n.d. seperti dinyatakan dalam Noriati et

al., 2009) iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum

latihan adalah untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam

pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat secara kerap.

Soalan spontan yang setiasa dilaksanakan akan membuatkan murid sentiasa

bersedia untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Selain itu, hasil semakan daripada latihan yang telah dibuat, salah

satu sebab murid tidak dapat melakukan pendaraban menggunakan teknik

yang betul kerana mereka melakukan kesalahan semasa menyusun nombor.

Mereka berasa keliru untuk meletakkan hasil darab nombor puluh di tempat

yang betul. Jadual 1 menunjukkan hasil kerja murid yang membuat

kesalahan menyusun nombor dalam latihan yang diberi

13
Jadual 1: Kesalahan Murid Menyusun Nombor

Rajah Kesalahan Murid Jawapan yang Betul


(Penggunaan Bentuk Lazim)
302
x 21
Murid
302
meletakkan
+ 6040
nombor di
6342
tempat yang
salah, „0‟ tidak
diletakkan pada
hujung nombor
hasil darab.

Berdasarkan Jadual 1, murid mendapat jawapan 906, sedangkan

jawapan yang sebenar ialah 6 342. Hal ini mungkin terjadi kerana murid

keliru bahawa mereka perlu mendarabkan 302 dengan 20, bukannya 2. Oleh

sebab itu, jawapan yang mereka peroleh tidak tepat.

Ada juga antara mereka yang keliru untuk meletakkan hasil darab

nombor yang melibatkan pengumpulan semula seperti yang terdapat dalam

Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Kesalahan Murid Menyusun Nombor Melibatkan


Pengumpulan Semula

Rajah Kesalahan Murid Jawapan yang Betul


(Penggunaan Bentuk Lazim)
2 3

Murid meletakkan 2 3

angka 3 di tempat 935


yang salah. Hasil x 76
1
1 5 6 1 0
darab juga salah
kerana murid +65 450
keliru untuk 71 060
mendarab nombor
seterusnya.

14
Berdasarkan Jadual 2, murid keliru untuk meletakkan nombor di

tempat yang sepatutnya. Suhaili (2011) dan Zamatun (2011) turut

menyatakan masalah yang sama dihadapi oleh mereka ketika mengajar di

sekolah.

Di samping itu, murid turut melakukan pengabaian nombor pendarab

di tempat puluh. Mereka hanya menyelesaikan soalan tersebut dengan

mendarabkan nombor tiga digit dengan nombor pendarab yang berada di

tempat sa. Perkara ini sama seperti dalam kajian yang dijalankan oleh Eric

Ling (2011) yang mengkaji masalah yang dihadapi murid dalam topik bahagi

nombor empat digit dengan dua digit. Walaupun terdapat perbezaan topik,

saya mendapati masalah ini turut dihadapi apabila murid menjawab soalan

darab yang melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit. Masalah ini

seperti yang terdapat dalam Jadual 3.

Jadual 3: Kesalahan Murid Mengabaikan Pendarab di Tempat Puluh

Rajah Kesalahan Murid Jawapan yang Betul


(Penggunaan Bentuk Lazim)
3
2
Hanya mendarab 319
319 dengan 3 x 43
dengan 1
957
mengabaikan 4 + 1 12 7 6 0
yang berada di 1 3717
tempat puluh.

Kecuaian juga merupakan salah satu faktor menyebabkan murid tidak

dapat menjawab soalan melibatkan pendaraban dengan baik. Menurut

Chieng (2011), kesilapan sering dilakukan oleh murid sekiranya murid cuai.

15
Hal ini kerana, mereka mungkin berasa terlalu teruja mahupun ingin

mengejar masa semasa menjawab soalan. Oleh hal yang demikian, mereka

seringkali melakukan kecuaian. Perkara ini jelas dinyatakan dalam catatan

jurnal dan Jadual 4;

Murid J menjawab soalan di papan hitam dengan yakin. Dia


berasa gembira apabila diberi peluang untuk menjawab soalan
tersebut. Namun, saya mendapati jawapan yang diberi salah.
Dia cuai dalam penambahan hasil darab. Walaupun begitu,
saya tetap memberi pujian kepadanya kerana berani untuk
mencuba. Tepukan diberi sebagai tanda menghargai
kerjasamanya yang diberikan dalam kelas.
(Catatan Jurnal No: 4, 6 Februari 2013)

Jadual 4: Kesalahan Murid Cuai Ketika Menjawab Soalan

Rajah Kesalahan Murid Jawapan yang Betul


(Penggunaan Bentuk Lazim)
1
1 3

425
5 x 3 = 15,
x 37
murid 1
2 19 7 5
menulis 16,
+12 750
bukan 15
15 725

Di samping itu, kekurangan minat dalam topik darab juga merupakan

salah satu faktor murid tidak mahir dalam menyelesaikan soalan darab

melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit. Mereka merasakan soalan

yang diberi terlalu sukar. Kajian yang telah dilaksanakan oleh Ting (2011)

turut menyokong bahawa murid kurang berminat untuk mempelajari subjek

matematik kerana soalan yang diberi agak sukar. Berdasarkan pemerhatian

saya seperti yang dicatat dalam jurnal;

16
Saya melaksanakan kuiz secara berkumpulan dalam langkah
perkembangan konsep. Setiap kumpulan perlu menghantar
wakil kumpulan untuk menjawab soalan yang dibacakan,
manakala ahli kumpulan yang lain juga perlu cuba untuk
menyelesaikan soalan yang diberi. Namun, saya mendapati
kumpulan 4 dan 5 sering menghantar wakil yang sama untuk
menjawab soalan di papan hitam. Apabila ditanya, murid A
yang tidak mahu menjadi wakil mengatakan dia tidak tahu
hendak selesaikan soalan yang diberi.
(Catatan Jurnal No: 4, 6 Februari 2013)

Tinjauan awal yang dibuat juga mendapati murid masih sukar

menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit

kerana tidak memahami konsep darab. Menurut Chai (2009) dalam

kajiannya, murid tidak faham konsep sebenar pendaraban walaupun sudah

menguasai sifir. Hal ini kerana, murid tidak tahu cara untuk menggunakan

sifir tersebut. Dalam kajian Eric Ling (2011) pula, murid salah faham konsep

darab dengan meletakkan sebarang nombor pada hasil darab. Hal ini sama

seperti Jadual 5 yang menunjukkan salah satu jawapan yang diberi oleh

murid.

Jadual 5: Kesalahan Murid Meletakkan Sebarang Nombor Pada Hasil


Darab

Rajah Kesalahan Murid Jawapan yang Betul


(Penggunaan Bentuk Lazim)
7
1 1

118
Tidak mengambil kira x 92
fakta asas darab. 236
Menggunakan nombor +10620
yang tidak berkaitan 10856

17
Setelah meneliti kesemua faktor yang disenaraikan, saya amat yakin

faktor terbesar yang menyebabkan murid tahun 4 ini tidak dapat menjawab

soalan darab melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit ialah kerana

mereka melakukan kesalahan ketika menyusun nombor. Hal ini kerana

mereka keliru serta sukar untuk mengingati langkah pendaraban

menggunakan bentuk lazim yang agak panjang. Oleh itu, saya telah

menyenaraikan beberapa cadangan yang difikirkan boleh membantu untuk

mengatasi masalah ini.

Kaedah pertama ialah dengan menggunakan kaedah lattice.

Penggunaan kaedah lattice atau kekisi dapat memastikan pendaraban dapat

dilakukan dengan lebih kemas dan sistematik. Oleh hal yang demikian,

garisan yang dilukis dapat mengatasi masalah kekeliruan yang dihadapi oleh

murid. Kaedah lattice boleh meningkatkan kemahiran murid dalam mendarab

nombor tiga digit dengan dua digit secara mengumpul semula (Nur Alina,

2010). Kaedah ini turut dicadangkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum

(2001) dalam pengajaran dan pembelajaran untuk topik darab. Penggunaan

kaedah lattice ini adalah seperti yang terdapat dalam Jadual 6.

Jadual 6: Penggunaan Kaedah Lattice

Bil. Langkah Ilustrasi Cara Pelaksanaan


1. Contoh soalan:
425 x 34 = ?
Tulis semula soalan dalam bentuk
lattice

18
Bil. Langkah Ilustrasi Cara Pelaksanaan
2. Darabkan 425 dengan 4

3. Darabkan 425 dengan 3

4. Tambah setiap nombor dalam setiap


lajur condong

Sumber: Lattice Multiplication (2013)

Namun begitu, kaedah lattice ini dilihat akan mendatangkan masalah

kepada murid. Menurut kajian yang dijalankan oleh Chan (2011),

penggunaan kaedah lattice menyebabkan murid keliru di mana hendak

menulis nombor di dalam kotak yang telah dibina. Sekaligus, perkara ini tidak

menyelesaikan masalah murid yang keliru untuk menyusun nombor di

tempat yang betul.

Seterusnya, kaedah memberi latihan yang kerap kepada murid juga

dilihat sebagai salah satu usaha meningkatkan kemahiran murid dalam

mendarab nombor. Hal ini kerana, latihan yang kerap akan menjadikan murid

terbiasa dengan soalan yang diberi dan menjadikan mereka mengingati

langkah pendaraban yang betul. Menurut Hasan (1996), ingatan akan

menjadi kukuh jika maklumat selalu diulang-ulang. Rubiah dan Ong (2005)

turut menyatakan subjek matematik memerlukan latih tubi yang bagus untuk

19
membentuk kemahiran. Latihan yang diberi hendaklah lebih mencabar,

menarik dan pelbagai (Noraini, 2001). Justeru, latihan seharusnya diadakan

dalam pelbagai bentuk seperti kuiz dalam kumpulan dan bukan berbentuk

lembaran kerja yang membosankan.

Di samping itu, kaedah ganjaran juga dilihat dapat membantu

meningkatkan kemahiran murid dalam mendarab nombor. Sistem ganjaran

seperti penggunaan token ekonomi mampu meningkatkan motivasi murid

untuk menyelesaikan soalan darab dengan baik. Dalam melaksanakan

kaedah ini, murid yang mampu untuk menjawab soalan darab dengan betul

akan diberi token yang menarik. Ganjaran yang sesuai dengan minat

diberikan pada akhir bulan jika token berjaya dikumpulkan mengikut mata

ganjaran yang telah ditetapkan. Menurut Nurul (2012), penggunaan token

ekonomi dapat mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Oleh hal yang

demikian, murid akan berasa lebih bersemangat untuk belajar apa yang

disampaikan oleh guru dan akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan

yang ada.

Namun begitu, saya melihat melalui kaedah permainan, murid akan

memperoleh lebih banyak pengalaman. Murid akan lebih seronok untuk

belajar kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit serta akan

dapat mengingat langkah mendarab dengan betul melalui kaedah ini.

Menurut Noriati et al. ( 2009), bermain merupakan satu pendekatan yang

berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam

suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat.

Zahirun dan Guerin (2000) menyatakan bermain merupakan salah satu

20
proses pembelajaran. Oleh hal yang demikian, melalui kaedah permainan,

murid bukan sahaja akan berasa seronok dan menarik minat, bahkan

mereka dapat belajar melalui permainan tersebut.

Justeru itu, saya telah merekacipta satu kaedah yang dinamakan fish

in the pail untuk meningkatkan kemahiran murid tahun 4 dalam mendarab

nombor tiga digit dengan dua digit. Saya telah meringkaskan fish in the pail

ini kepada FITPAIL untuk memudahkan semua responden dan pembaca

untuk mengingati dan menyebut nama kaedah ini. Kaedah ini diadaptasi

daripada kaedah yang telah dilaksanakan oleh Suhaili (2011) dan Zamatun

(2011) yang menggunakan kaedah permainan Pistol and Hammer.

Berdasarkan kajian yang dibuat, kaedah tersebut telah berjaya meningkatkan

kemahiran mendarab nombor dalam kalangan murid. Kaedah FITPAIL ini

memperkenalkan langkah pendaraban yang lebih mudah serta

menggunakan permainan memancing ikan sebagai cara untuk

memperkukuhkan ingatan murid terhadap langkah yang digunakan. Langkah

pelaksanaan kaedah ini akan dibincangkan secara lebih terperinci di

bahagian tindakan.

Bagi saya kaedah FITPAIL amat sesuai dijalankan kerana lumrah

sebagai seorang kanak-kanak menyukai sebarang bentuk permainan.

Permainan adalah hak dan salah satu bahagian dalam kehidupan kanak-

kanak (Zahirun & Guerin, 2000; Sharifah Nor & Aliza, 2011). Melalui

permainan, murid dapat belajar untuk berkomunikasi serta bekerjasama

dengan baik terutamanya apabila permainan tersebut melibatkan penyertaan

individu dalam kumpulan. Kaedah FITPAIL melibatkan pembentukan

21
beberapa kumpulan kecil bagi menggalakkan pembelajaran koperatif.

Pembelajaran koperatif ialah satu strategi pengajaran di mana murid saling

membantu dalam sebuah kumpulan (Noraini, 2001). Oleh itu, akan wujudlah

suasana kelas yang interaktif. Berdasarkan hasil tinjauan kajian yang lepas,

pembelajaran yang interaktif amat mempengaruhi pencapaian murid dalam

matematik (Reynolds & Muijs, 1999). Justeru, kaedah FITPAIL ini dilihat

mampu untuk membantu murid meningkatkan pencapaian mereka dalam

matematik khususnya bagi kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan

dua digit.

3.0 APAKAH OBJEKTIF KAJIAN SAYA?

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauh mana keberkesanan

penggunaan kaedah FITPAIL dalam meningkatkan kemahiran mendarab

nombor tiga digit dengan dua digit dalam kalangan murid tahun 4.

4.0 SIAPAKAH RESPONDEN SAYA DALAM KAJIAN INI?

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, iaitu sekolah

yang sama semasa menjalani latihan praktikum selama tiga bulan. Kajian ini

ialah berdasarkan masalah yang didapati sepanjang menjalani praktikum di

sana. Saya memilih kumpulan sasaran dalam kalangan murid Tahun 4 „Y‟

kerana saya sudah mempunyai pengalaman mengajar murid Tahun 4 „X‟

sebelum ini. Tahun 4 „X‟ merupakan kelas pertama mengikut penjurusan

22
yang dilaksanakan. Manakala, Tahun 4 „Y‟ pula merupakan kelas kedua

yang majoriti murid mempunyai tahap kognitif yang sederhana dan

sebahagian yang lain lemah.

Memandangkan semasa mengajar murid Tahun 4 „X‟ saya sudah

mempunyai masalah untuk mengajar kemahiran mendarab nombor tiga digit

dengan dua digit, maka saya saya amat pasti murid Tahun 4 „Y‟ juga

mempunyai masalah yang sama. Hal ini kerana kaedah pendaraban

melibatkan nombor tiga digit dengan dua digit yang sedikit mengelirukan

murid terutamanya murid yang lemah. Guru perlu mengambil masa yang

agak lama untuk menerangkan satu per satu langkah pendaraban yang betul

untuk memastikan murid menguasainya.

Saya memilih hanya 12 orang murid yang terdiri daripada 6 orang

lelaki dan 6 orang perempuan dari kelas 4 „Y‟ untuk kajian ini. Mereka ini

dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang dirasakan dapat membantu

menjawab persoalan kajian. Hal ini bertepatan dengan kaedah pensampelan

purposif iaitu bertujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang

dikehendaki dalam menjawab soalan kajian (Rohana, 2003). Kriteria murid

yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan dalam perenggan berikutnya.

Pertamanya, pemilihan 12 orang murid ini adalah kerana mereka

mempunyai tahap kognitif yang tidak jauh berbeza. Berdasarkan markah

peperiksaan pertengahan tahun yang telah diperoleh, majoriti dalam

kalangan mereka memperoleh gred C dan D dalam mata pelajaran

matematik. Mereka juga tidak dapat menjawab soalan latihan melibatkan

23
pendaraban dengan baik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah

2.

Rajah 1: Hasil Kerja Murid Menyelesaikan Soalan Darab


Melibatkan Pengumpulan Semula

Rajah 2: Hasil Kerja Murid Menyelesaikan Soalan Darab Tanpa


Pengumpulan Semula

Berdasarkan Rajah 1 dan Rajah 2, murid mempunyai masalah untuk

menyusun nombor di tempat yang betul terutamanya bagi soalan

pendaraban yang melibatkan pengumpulan semula. Selain itu, hanya 2

orang murid yang dapat menguasai sifir dengan baik, selebihnya

memerlukan masa untuk mengingat sifir. Hal ini seperti yang dicatatkan

dalam catatan jurnal;

Saya telah menguji murid kemahiran sifir sebagai langkah set


induksi pada hari ini. Hanya murid A dan B sahaja yang dapat
menjawab soalan melibatkan sifir 7. Murid yang lain mengambil
masa yang lama untuk mencongak. Mereka masih mengira-
ngira menggunakan jari menunjukkan mereka masih belum
menghafal sifir tersebut.
(Catatan Jurnal No: 5, 11 Julai 2013)

24
Selain itu kesemua murid yang dipilih juga merupakan murid yang

mudah memberi kerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Fink (1995) turut menyatakan bahawa sampel yang dipilih

hendaklah boleh dipercayai. Oleh itu, sekiranya saya memilih murid yang

mudah memberi kerjasama maka tindak balas yang mereka berikan sudah

tentu boleh diterima pakai.

Pemilihan 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan pula

bertujuan untuk mengambil kira perbezaan dari segi jantina. Sampel yang

baik merupakan sampel yang menunjukkan perwakilan kepada populasi

dengan mengambil kira ciri-ciri penting seperti umur dan jantina (Fink, 1995).

Menurut Noriati, Boon, Sharifah dan Zuraidah (2011) perlakuan murid lelaki

dan perempuan sering kali berbeza. Murid perempuan lebih tekun memberi

perhatian berbanding murid lelaki. Oleh itu, pemilihan murid mengikut jantina

ini penting untuk menjawab soalan kajian.

Saya juga memilih kumpulan murid ini kerana tujuan utama saya

membuat kajian ini ialah untuk membantu murid untuk mendarab nombor

tiga digit dengan dua digit dengan baik. Oleh itu, saya berharap dengan

penggunaan kaedah FITPAIL yang saya gunakan dalam topik Darab tahun 4

ini dapat meningkatkan kemahiran murid untuk menguasai kemahiran

tersebut. Secara tidak langsung, kaedah ini juga dapat meningkatkan

keyakinan murid untuk menyelesaikan soalan pendaraban, mengajar murid

untuk berkerjasama dalam kumpulan serta menjadikan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran berlangsung dengan lebih menarik berbanding kaedah

tradisional yang sering dilaksanakan sebelum ini.

25
5.0 BAGAIMANAKAH SAYA MENGUMPUL DATA?

Pengumpulan data merupakan suatu perkara penting untuk

memastikan kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian (Rohana, 2003).

Oleh yang demikian saya telah memilih beberapa kaedah yang sesuai untuk

mengumpul data bagi kajian saya. Melalui kajian yang telah dijalankan pada

kali ini, saya menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu melalui

soalan ujian pra dan pos, soal selidik, temubual dan catatan jurnal.

Penggunaan empat kaedah pengumpulan bertujuan untuk mewujudkan

triangulasi data yang diperoleh. Triangulasi digunakan untuk mengesahkan

hasil dapatan dan keputusan penyelidikan (Rosinah, 2011).

Oleh sebab kajian saya lebih menjurus kepada keberkesanan kaedah

yang dilaksanakan dalam meningkatkan kemahiran murid untuk mendarab

nombor, maka saya telah memilih untuk mengadakan ujian pra dan pos

selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohamad Najib (1999),

sesebuah penyelidikan yang berdasarkan prestasi memerlukan penyelidik

menyediakan ujian yang mana proses tersebut dinamakan pengujian. Ujian

yang digunakan dapat mengesan perubahan yang dialami oleh murid

selepas kaedah baru digunakan.

Setiap ujian ini mengandungi 5 soalan yang dipilih dan digubal

berdasarkan buku teks yang ditulis Wan Yusof, Lee dan Rubiyah (2010).

Hanya terdapat 5 soalan bagi setiap ujian supaya sesuai dengan masa

pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan. Soalan yang digubal juga

telah mendapat pengesahan daripada penyelia yang pakar dalam bidang

26
matematik. Aras soalan bagi ujian pra dan pos adalah sama. Namun, soalan

yang digunakan adalah berbeza untuk mengelakkan murid daripada

mengingat langkah penyelesaian ketika menjawab soalan ujian pra sebelum

ini. Soalan yang dibina adalah berdasarkan topik mendarab nombor tiga digit

dengan dua digit. (Sila rujuk Lampiran 1 dan Lampiran 2)

Ujian pra dan pos telah dijalankan secara berasingan bagi setiap

kaedah pengajaran. Pengujian dilaksanakan selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan. Murid diberi masa 15 minit untuk menjawab

soalan yang diberi dan dibenarkan untuk merujuk kepada buku sifir. Hal ini

kerana murid lemah dalam menguasai sifir. Sekiranya murid tidak dibenarkan

untuk merujuk kepada buku sifir, maka mereka akan mengambil masa yang

lama untuk menyelesaikan soalan tersebut.

Selain itu, murid tidak dibenarkan untuk berbincang dengan rakan

semasa menjawab soalan ujian tersebut. Hal ini adalah bertujuan untuk

memastikan kesahan data yang diperoleh dari ujian benar-benar tepat dan

teruji. Setiap ujian diberi markah penuh sebanyak 10 markah yang memberi

peratusan 100%. Setiap satu soalan membawa 2 markah iaitu 20%. Setiap

jalan kira yang betul diberi 1 markah, manakala jawapan yang betul diberi 1

markah yang memberi 10%. Peratus yang diperoleh dari ujian pra

dibandingkan dengan markah ujian pos, bagi melihat kesan penggunaan

kaedah FITPAIL dalam meningkatkan kemahiran mendarab nombor tiga digit

dengan dua digit.

27
Di samping itu, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik

untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang saya jalankan. Saya memilih

kaedah ini kerana soalan soal selidik dapat memberi gambaran sebenar

terhadap pemahaman murid terhadap topik yang diajar. Soal selidik

merupakan alat yang mengandungi soalan yang tersusun rapi, penting dan

relevan yang bertujuan mencapai sesuatu matlamat (Rohana, 2003). Tidak

semua murid yang mampu untuk meluahkan pendapat mereka. Oleh hal

yang demikian, penggunaan borang soal selidik secara tidak langsung dapat

membantu guru mengesan keberkesanan kaedah yang digunakan bagi

murid yang agak pemalu. Menurut Gillham (2000), sesetengah individu

memilih untuk memberi respon secara rahsia.

Borang soal selidik yang disediakan mempunyai 5 item yang

berkaitan tentang pemahaman murid selepas belajar topik darab. Item yang

dibina kesemuanya berbentuk penyataan positif supaya murid tidak terkeliru

dengan item berbentuk negatif. Menurut Rohana (2003), soal selidik

hendaklah berbentuk seragam dengan mengandungi rentetan soalan yang

digubal khas bagi memudahkan responden untuk menjawab soalan. Hanya 5

item dibina untuk menjawab soalan kajian bagi mengelakkan pengulangan.

Item dikonstruk berdasarkan rujukan dari kajian yang dilakukan oleh

Zamatun (2011). Saya juga telah merujuk kepada penyelia untuk

memastikan soalan yang diberi dapat menjawab soalan kajian. Pengukuran

yang digunakan di dalam set soal selidik kajian adalah Skala Likert seperti

yang terdapat dalam Jadual 7.

28
Jadual 7 : Penggunaan Skala Likert

Skala likert Bilangan pelajar


1 Sangat Tidak Setuju (STS)
2 Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Pasti (TP)
4 Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
Sumber: Rowntree (1981, seperti dinyatakan dalam Mohamad Najib, 1999)

Soalan yang dikemukakan kepada murid adalah seperti yang terdapat

dalam Lampiran 3. Sebelum soal selidik serta item ujian pra dan pos ini

digunakan dalam kajian sebenar, instrumen-instrumen ini telah diuji

kebolehpercayaannya dalam satu kajian rintis. Kajian rintis merupakan satu

kajian skala kecil yang merupakan permulaan percubaan sebelum item-item

daripada ujian sebenar dikenakan kepada sampel sebenar (Pratt, 1980).

Menurut Mohamad Najib (1999), tujuan utama kajian rintis adalah untuk

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Tujuan lain adalah

untuk menilai ketekalan item daripada aspek aras, objektif, kefahaman,

kebolehgunaan dan arahan item itu sendiri (Gale & Thomas, 1982). Kajian

rintis ini diadakan ketika saya menjalani praktikum di sekolah yang sama

melibatkan 10 orang murid Tahun 4 „X‟. Hasil daripada kajian rintis jelas

membuktikan bahawa item ujian dan soal selidik dapat digunakan dalam

kajian yang sebenar.

Borang soal selidik diedarkan kepada kesemua murid seramai 12

orang selepas menjawab soalan ujian. Oleh hal yang demikian, borang akan

dibahagikan kepada dua sesi, iaitu selepas menggunakan kaedah tradisional

dan kaedah FITPAIL. Bimbingan diberikan semasa murid menjawab soalan

soal selidik tersebut. Min respon bagi setiap item dikira untuk setiap kaedah

29
pengajaran yang dilaksanakan. Perbandingan antara min respon murid

selepas kaedah tradisional dan selepas kaedah FITPAIL dibuat untuk

menjawab persoalan kajian.

Selain itu, kaedah temubual turut digunakan dalam kajian ini Seramai

6 orang responden dipilih dari 12 orang murid Tahun 4 „Y‟ untuk menjawab

item temubual yang disediakan. Pemilihan 6 orang murid untuk ditemubual

ialah bagi memastikan kebolehpercayaan data-data yang dipungut daripada

temubual tersebut. Menurut Scott (1961), kebolehpercayaan dicapai apabila

maklumat yang sama diulang beberapa kali dalam satu kelompok responden

yang ditanya. Temubual dijalankan selepas sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan mendapat kebenaran daripada guru subjek berikutnya.

Temubual dijalankan di bilik gerakan sekolah supaya murid dapat meluahkan

pendapat mereka secara telus tanpa gangguan daripada rakan yang lain.

Temubual yang dilaksanakan direkodkan menggunakan kamera video.

Kemudian, temubual tersebut ditranskrip untuk melihat respon yang telah

diberi oleh murid mengenai kaedah yang digunakan.

Soalan yang ditanya kepada murid berhubungkait dengan

pemahaman mereka tentang topik pelajaran yang diajar (sila rujuk Lampiran

4). Soalan temubual ini berbentuk terbuka untuk mendapatkan respon yang

lebih terperinci daripada murid. Menurut Rohana (2003), bentuk soalan

terbuka membolehkan mendapat maklumat yang lebih mengenai satu-satu

perkara. Soalan temubual yang ditanya terlebih dahulu dirujuk kepada

pensyarah pembimbing. Soalan yang sesuai kemudian dipilih dan digubal

selepas perbincangan dengan beliau. Pemilihan kaedah temubual ini dipilih

30
untuk memastikan murid lebih telus dalam menyuarakan pendapat.

Sekiranya kajian yang dibuat hanya berlandaskan hasil soal selidik yang

dijalankan, dibimbangi murid tidak memberi respon secara jujur ketika

menjawab item soal selidik tersebut. Menurut Gillham (2005), kaedah temu

bual menjadikan responden bebas untuk menjawab mengikut pendirian

mereka sendiri. Jadi, penggunaan intrumen ini jelas dapat menentukan

keberkesanan kaedah FITPAIL yang digunakan.

Untuk menjelaskan lagi kajian yang dijalankan, saya juga

menggunakan kaedah catatan jurnal sebagai instrumen kajian. Kaedah ini

merupakan salah satu cara untuk saya menulis kekuatan dan kelemahan diri

ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini turut

disokong oleh Eric Ling (2011) yang menyatakan catatan jurnal sebagai

salah satu medium untuk refleksi diri. Selain itu, dalam catatan jurnal yang

ditulis, saya turut menyatakan perubahan yang berlaku terhadap murid pada

setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

6.0 BAGAIMANAKAH SAYA MELAKSANAKAN TINDAKAN SAYA?

Pelaksanaan kajian ini dijalankan selama hampir 2 bulan di mana

melibatkan pelaksanaan tindakan di sekolah serta penyediaan laporan yang

mengambil masa yang agak panjang. Terdapat beberapa perkara yang telah

dimulakan sebelum kajian dijalankan seperti menyediakan proposal untuk

disemak oleh pensyarah yang menyelia. Setelah mendapat kelulusan

daripada pensyarah, saya mula mengumpul maklumat penting untuk

31
mendapatkan responden yang sesuai bagi melaksanakan kajian. Temu bual

bersama guru matematik Tahun 4 „Y‟ diadakan untuk memilih beberapa

orang murid yang memenuhi kriteria untuk menjawab persoalan kajian.

Pencapaian dalam peperiksaan pertengahan tahun juga memberi gambaran

awal terhadap penguasaan matematik murid yang disasarkan. Jadual 8

menunjukkan rumusan tentang langkah-langkah yang telah diambil

sepanjang pelaksanaan kajian tindakan.

Jadual 8 : Pelaksanaan Kajian

Bil. Aktiviti Tarikh


Pelaksanaan
1. Sumbangsaran bersama pensyarah penyelia bagi 1 Februari 2013
penyediaan proposal, memilih dan membina
instrumen yang sesuai untuk kajian.
2. Membuat perbincangan dengan guru untuk memilih 8 Julai 2013
responden yang sesuai
3. Penyediaan rancangan pengajaran harian untuk 9 Julai 2013
kaedah tradisional
4. Penyediaan borang soal selidik, ujian pra yang telah 10 Julai 2013
diluluskan (fotokopi mengikut bilangan responden)
5. Pengajaran dan pembelajaran kaedah tradisional. 11 Julai 2013
Mentadbir ujian pra. (55 minit)
6. Borang soal selidik diisi. 11 Julai 2013
(5 minit)
7. Menemubual murid secara individu di bilik gerakan 11 Julai 2013
sekolah. (30 minit)
8. Penyediaan rancangan pengajaran harian 15 Julai 2013
menggunakan kaedah FITPAIL.
9. Penyediaan ujian pos yang telah diluluskan (fotokopi 16 Julai 2013
mengikut bilangan responden)
10. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah 17 Julai 2013
FITPAIL. Mentadbir ujian pos. (55 minit)
11. Borang soal selidik diisi sekali lagi 17 Julai 2013
(5 minit)
12. Menemubual murid 17 Julai 2013
(30 minit)
13. Transkrip temu bual dan menganalisis data yang 18 Julai 2013
diperoleh
14. Laporan dibuat 21 Julai 2013

32
Bil. Aktiviti Tarikh
Pelaksanaan
15. Draf pertama dihantar kepada pensyarah penyelia 7 September 2013

16. Penghantaran laporan 20 September


2013

Kajian ini memperuntukkan dua sesi pengajaran dan pembelajaran

yang berlainan waktu. Rancangan pengajaran harian yang disediakan untuk

setiap sesi pengajaran dan pembelajaran adalah di bawah topik darab bagi

nombor tiga digit dengan dua digit. Namun begitu, kaedah yang digunakan

ialah berbeza sepertimana yang telah diberitahu sebelum ini.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama (rujuk

Lampiran 5), kaedah tradisional yang lebih berpusat kepada guru digunakan.

Bagi sesi pertama ini, murid didedahkan dengan cara mendarab nombor tiga

digit dengan dua digit menggunakan bentuk lazim. Bagi langkah set induksi,

murid diuji dengan kemahiran sifir 6 hingga 9. Semua murid diarahkan untuk

berdiri. Selepas berjaya menjawab sifir yang diajukan, mereka dibenarkan

untuk duduk. Ramai murid yang tidak dapat menjawab sifir yang diajukan

Oleh itu, soalan yang lebih mudah iaitu sifir 2 hingga 5 digunakan. Setelah

itu, barulah murid berebut-rebut untuk menjawab soalan berkaitan sifir yang

dikemukakan.

Setelah semua murid duduk, satu soalan melibatkan pendaraban

nombor tiga digit dengan dua digit ditulis di papan hitam. Memandangkan

murid pernah mempelajari topik darab sebelum ini, mereka diarahkan untuk

menyalin dan menyelesaikan soalan tersebut di dalam buku tulis masing-

masing. Berdasarkan pemerhatian, semua murid menyalin soalan yang

33
diberi. Namun, hanya beberapa orang murid yang cuba untuk menjawab

soalan tersebut. Murid yang lain kelihatan bingung dan ada juga yang sibuk

melakukan aktiviti tersendiri sepertimana yang dicatat dalam jurnal dan

ditunjukkan dalam Rajah 3.

Saya mendapati ramai murid yang tidak menyelesaikan soalan


darab yang telah ditulis di papan hitam. Murid A dan Murid B
asyik bersembang. Selepas ditegur, mereka hanya diam
seketika, kemudian menyambung kembali perbualan. Murid C
merenung ke luar tingkap. Soalan di papan hitam tidak habis
disalinnya. Bahkan, gambar robot menjadi pengganti soalan.
Hanya beberapa orang murid sahaja yang kelihatan tekun
mencari jawapan untuk soalan yang diberi.
(Catatan Jurnal No: 5, 11 Julai 2013)
Rajah 3: Murid Bermain dengan Rakan

Disebabkan perkara tersebut, murid diminta untuk memberi perhatian

terhadap penerangan yang diberikan. Penerangan dilakukan sebanyak dua

kali menggunakan contoh soalan yang melibatkan dan tidak melibatkan

pengumpulan semula untuk memastikan murid memahami langkah

pendaraban menggunakan bentuk lazim. Namun begitu, murid masih

mempamerkan muka bingung. Salah seorang murid mengangkat tangan dan

meminta untuk mengulang kembali langkah pendaraban yang ditunjukkan.

34
Penerangan semula langkah penyelesaian bagi soalan darab nombor tiga

digit dengan dua digit dilakukan dengan memberi penegasan terhadap

susunan nombor dan langkah pendaraban yang betul.

Selepas itu, kuiz berkumpulan dijalankan dengan membahagikan

murid kepada 3 kumpulan. Kuiz ini secara tidak langsung dapat menguji

kemahiran murid menyelesaikan soalan darab melibatkan nombor tiga digit

dengan dua digit yang diberikan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk

menghantar seorang wakil ke hadapan kelas untuk menjawab soalan yang

dibacakan. Wakil murid kemudian melakukan langkah penyelesaian bagi

soalan tersebut di papan hitam. Situasi perjalanan aktiviti berkumpulan

adalah seperti direkodkan dalam jurnal;

Keempat-empat wakil kumpulan menunjukkan muka tidak


berpuas hati dengan ahli kumpulan mereka yang lain. Hal ini
kerana mereka telah dipaksa untuk keluar ke hadapan. Ada
yang menjelirkan lidah kepada ahli kumpulan untuk
menunjukkan tanda protes. Mereka tidak menunjukkan
perasaan teruja untuk menjawab soalan. Apabila soalan
dibacakan, mereka hanya menulis semula soalan tersebut. Ada
juga yang cuba untuk menyelesaikan soalan, namun jalan
kira yang dibuat serta jawapan yang diberi masih salah.
(Catatan Jurnal No: 5, 11 Julai 2013)

Kertas ujian pra diedarkan selepas murid selesai melaksanakan

aktiviti kuiz. Tiada pemenang yang diumumkan kerana murid gagal memberi

jawapan yang tepat bagi soalan yang dikemukakan. Bahkan, murid

bergantung sepenuhnya kepada jawapan yang saya berikan. Murid diberi

masa selama 15 minit untuk menjawab soalan ujian pra yang diberikan.

Murid dilarang untuk berbincang dan meniru rakan. Namun begitu, mereka

35
dibenarkan untuk merujuk kepada buku sifir untuk membantu mereka

menyelesaikan soalan.

Semasa menjawab soalan, pelbagai ragam yang telah ditunjukkan

seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Ada seorang murid yang

mengangkat tangan dan bertanya cara penyelesaian. Ada juga yang sengaja

melengah-lengahkan masa untuk menjawab soalan supaya mereka dapat

memberi alasan iaitu masa tidak cukup untuk menjawab soalan. Oleh itu,

amaran menggunakan dendaan diberikan untuk memastikan semua murid

menjawab semua soalan walaupun tidak mengetahui cara penyelesaian.

Selepas itu, barulah murid cuba untuk menjawab walaupun menggunakan

jalan kira yang tidak betul.

Rajah 4: Murid Melengahkan Masa dengan Membuat Perkara Lain

Selepas selasai menjawab soalan ujian, setiap murid diberi borang

soal selidik. Bimbingan diberikan sepanjang mereka menjawab item soal

selidik tersebut. Murid dinasihati agar menjawab item soal selidik dengan

jujur supaya respon yang diperoleh boleh digunapakai dalam kajian. Mereka

akur pada arahan dan menjawab item dengan sebaiknya. Selepas tamat sesi

36
pengajaran dan pembelajaran, saya meminta kebenaran kepada guru mata

pelajaran seterusnya untuk menemubual 6 orang murid daripada kelas 4 „Y‟

tersebut. Setelah mendapat kebenaran, 6 orang murid tersebut dibawa ke

bilik gerakan. Murid yang dipilih ini merupakan murid yang aktif dan suka

memberi respon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hasil

temubual dirakamkan dan ditranskrip untuk memudahkan proses

menganalisis data.

Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua pula (Lampiran 6)

kaedah yang digunakan adalah hampir sama dengan pembelajaran

terdahulu. Namun, bagi sesi kedua ini, kaedah FITPAIL diimplementasikan

untuk menggalakkan penyertaan murid. Pada sesi pengajaran dan

pembelajaran kedua ini, sesi ulangkaji digunakan dalam langkah set induksi.

Murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan berkaitan dengan

mendarab nombor tiga digit dengan dua digit menggunakan bentuk lazim

yang dipelajari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu. 3

orang murid dipilih untuk menyelesaikan soalan yang ditulis di papan hitam.

Melalui pemerhatian, ketiga-tiga orang murid masih ragu-ragu untuk

menyelesaikan soalan tersebut, Oleh itu, mereka diarahkan untuk duduk

semula di tempat masing-masing. Kemudian, Murid A dipanggil untuk

menjawab soalan tersebut kerana didapati beliau mempunyai kebolehan

untuk menjawab soalan darab berdasarkan semakan jawapan yang diberi

dalam ujian pra. Murid A memperoleh jawapan yang betul dan seluruh kelas

memberi tepukan yang gemuruh kepadanya.

37
Selepas itu, soalan lain ditulis di papan hitam untuk mengajar murid

menyelesaikan soalan tersebut menggunakan kaedah fish in the pail

(FITPAIL). Murid kelihatan sangat teruja untuk mempelajari kaedah yang

dinyatakan kerana nama kaedah yang begitu unik. Penerangan mengenai

langkah pendaraban menggunakan kaedah FITPAIL ialah seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 9.

Jadual 9: Langkah Pengiraan dalam Kaedah FITPAIL

Bil. Rajah Penerangan


1.

Murid dikehendaki
mencerakinkan nombor 12
menjadi 10 + 2

2.

204 didarabkan dengan 10


terlebih dahulu.

3.

Kemudian, 204 didarabkan


dengan 2

38
Bil. Rajah Penerangan
4.
Hasil darab kedua-dua langkah
ditambah untuk mendapatkan
jawapan

Selesai sahaja penerangan diberikan, seorang murid mengangkat

tangan dan bertanya perkaitan antara langkah yang diterangkan dengan

nama kaedah yang diberi. Sambil menggaru-garu kepala beliau menyatakan;

“Mana ikan cikgu? Tak ada pun ikan. Tadi cikgu cakap fish in
the pail.”
Semua murid ketawa mendengar pertanyaan tersebut. Bagi

menenangkan keadaan, penjelasan telah diberikan kepada murid dengan

mengatakan langkah yang ditunjukkan adalah penting untuk dikuasai

sebelum mereka dibenarkan untuk bermain permainan memancing. Mereka

berasa amat teruja dan menumpukan perhatian setelah mengetahui mereka

akan dapat bermain sekiranya dapat menguasai langkah pendaraban yang

diajar.

Selepas itu, satu lagi soalan ditulis di papan hitam. Murid diarahkan

untuk menyelesaikan soalan tersebut menggunakan kaedah FITPAIL secara

sukarela. Ramai murid yang mengangkat tangan untuk menyelesaikan

soalan yang diberi. Tidak seperti sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum

ini, mereka berebut-rebut untuk menyelesaikan soalan tersebut di papan

39
hitam. Akhirnya, 4 orang murid dipilih untuk menyelesaikan soalan tersebut.

Mereka kelihatan yakin ketika menyelesaikan soalan. Cuma sekali-sekala

mereka berpaling ke belakang kelas untuk bertanya kepada rakan-rakan

hasil darab bagi nombor yang terlibat. Keadaan murid ketika menjawab

soalan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

Rajah 5: Murid Menyelesaikan Soalan Darab di Papan Hitam

Selepas mendapati jawapan yang diberi adalah tepat dan yakin murid

memahami langkah pengiraan yang diajar, aktiviti kumpulan dijalankan.

Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan, yang mana setiap kumpulan

mempunyai 4 orang ahli. Setiap kumpulan dibekalkan dengan set permainan

memancing ikan yang mana ikan-ikan ditampal nombor pada badannya.

Mereka juga diberikan 2 biji cawan plastik yang mewakili pail dan kertas

berwarna biru yang diibaratkan sebagai kolam. Murid kelihatan tidak sabar

apabila melihat peralatan permainan yang disediakan. Mereka mula

membuat bising dan cuba untuk memancing ikan yang diletakkan di atas

kertas biru. Amaran diberikan agar mereka dapat mengawal tingkah laku dan

mahu permainan diteruskan. Setelah diberi amaran, mereka lebih berdisiplin

dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap arahan yang diberikan.

40
Demonstrasi ditunjukkan kepada murid tentang cara permainan dalam

kaedah FITPAIL ini dimainkan. Dengan melibatkan 3 orang wakil setiap

kumpulan bagi satu-satu soalan, langkah permainan diterangkan seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 10.

Jadual 10: Langkah Permainan dalam Kaedah FITPAIL

Bil. Langkah Pengiraan Rajah Huraian

1. Wakil pertama
setiap kumpulan
dikehendaki
mencerakinkan
soalan dan mengira
hasil darab nombor
dengan pendarab
puluh. Ikan
dipancing mewakili
jawapan yang
diperoleh dan
dimasukkan ke
dalam cawan yang
tidak dilabel.

2. Wakil kedua setiap


kumpulan
dikehendaki
mencerakinkan
soalan dan mengira
hasil darab nombor
dengan pendarab
sa. Ikan dipancing
mewakili jawapan
yang diperoleh dan
dimasukkan juga ke
dalam cawan yang
tidak dilabel.

41
Bil. Langkah Pengiraan Rajah Huraian

3. Wakil ketiga setiap


kumpulan
dikehendaki
menambah kedua-
dua hasil darab
nombor. Ikan
dipancing mewakili
jawapan yang
diperoleh dan
dimasukkan ke
dalam cawan yang
dilabel.

Permainan dimainkan dalam bentuk pertandingan yang mana setiap

kumpulan bersaing untuk mendapatkan jawapan dengan masa yang

terpantas. Apabila salah satu kumpulan dapat menjawab soalan yang diberi,

permainan diberhentikan seketika dan markah dicatat. Bagi kumpulan yang

berjaya memacing ketiga-tiga ekor ikan yang betul akan diberi 10 markah, 2

ikan yang betul diberi 8 markah manakala seekor ikan mendapat 5 markah.

Kesemua murid menunjukkan minat semasa menjalankan aktiviti. Mereka

berasa sangat seronok dan teruja untuk memenangi pertandingan. Akhirnya,

kumpulan 1 berjaya memenangi pertandingan dengan berjaya mengumpul

35 markah. Mereka diberi pujian dan dijanjikan hadiah untuk menaikkan

motivasi diri. Rajah 6 menunjukkan kesungguhan murid dalam satu

kumpulan untuk memenangi pertandingan yang dijalankan. Mereka

bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan jawapan yang betul dan

tepat seterusnya menjadi juara dalam pertandingan.

42
Rajah 6: Murid Bermain Menggunakan Kaedah FITPAIL

Selepas itu, semua murid diarahkan untuk duduk di tempat masing-

masing. Ada yang mengeluh kerana masa permainan terlalu singkat. Oleh

itu, mereka diberitahu bahawa waktu matematik sudah hampir tamat dan

mereka perlu menjawab soalan ujian. Soalan ujian pos diedarkan dan diberi

masa yang sama seperti ujian pra sebelum ini. Keadaan kelas semasa murid

menjawab soalan pos adalah seperti yang dicatatkan dalam jurnal dan

digambarkan dalam Rajah 7.

Murid berada dalam keadaan senyap. Mereka tekun


menyelesaikan soalan yang diberi. Murid A yang dahulu
termenung apabila mendapat soalan kelihatan teruja menjawab
soalan. Jari-jemarinya kelihatan seperti mengira serta mulut
terkumat-kamit mengingat sifir kerana dia tidak mempunyai
buku sifir. Selepas selesai menjawab, murid berebut-rebut
untuk menghantar jawapan. Ada dalam kalangan mereka
menyuruh saya menyemak jawapan yang diberi sama ada
betul atau tidak.
(Catatan Jurnal No: 6,17 Julai 2013)

43
Rajah 7: Murid Tekun Menjawab Ujian Pos

Selesai menjawab soalan ujian, murid diberikan borang soal selidik

sepertimana sesi pengajaran dan pembelajaran pertama diadakan. Kali ini,

mereka bukan sahaja mengisi borang tersebut bahkan turut menyatakan

perasaan semasa mengisinya. Teguran diberikan kepada kerana bimbang

perbuatan menyatakan perasaan secara langsung tersebut mempengaruhi

respon rakan mereka yang lain. Sesi temubual juga diadakan sejurus

selepas proses pengajaran dan pembelajaran berakhir dengan menemubual

6 orang murid yang sama seperti sebelum ini. Pada kali ini respon yang

diberikan amat berlainan. Mereka lebih yakin untuk menjawab soalan yang

ditanya. Seperti biasa, hasil temubual turut dirakamkan menggunakan

kamera video sebelum ditranskripkan.

Selepas semua data diperoleh, data-data tersebut dianalisis untuk

melihat kesan penggunaan kaedah FITPAIL yang dijalankan. Laporan ditulis

berdasarkan data yang diperoleh daripada kajian. Kajian tindakan ini tidak

memerlukan belanja yang begitu besar. Hal ini kerana, bahan yang

digunakan mudah untuk diperoleh. Di samping itu, bahan yang digunakan

44
juga boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Kos kajian boleh

diperoleh dalam Lampiran 7.

7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

Jadual 11 menunjukkan skor yang dicapai murid Tahun 4 „Y‟ dalam

ujian pra dan ujian pos. Markah setiap murid direkod dan dibandingkan untuk

melihat sama ada kaedah FITPAIL mampu untuk meningkatkan kemahiran

mendarab nombor tiga digit dengan dua digit dalam kalangan murid.

Jadual 11 : Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Nama Ujian Pra ( %) Ujian Pos ( %)


Murid 1 70 100
Murid 2 0 60
Murid 3 0 70
Murid 4 0 60
Murid 5 0 50
Murid 6 0 70
Murid 7 30 70
Murid 8 0 70
Murid 9 0 60
Murid 10 50 90
Murid 11 0 100
Murid 12 10 60
Jumlah Markah 160 860
Min Markah 13.33 71.67

Berdasarkan Jadual 11, didapati jumlah markah yang diperoleh oleh

murid dalam ujian pos adalah lebih tinggi berbanding jumlah markah ujian

pra. Hal ini menyebabkan min markah bagi seorang murid dalam ujian pos

lebih tinggi iaitu sebanyak 71.67% berbanding min markah bagi ujian pra

iaitu 13.33%. Hanya 4 orang murid yang memperoleh markah dalam ujian

45
pra, dan tiada seorang murid memperoleh markah penuh dalam ujian

tersebut. Markah yang paling tinggi berjaya diperoleh dalam ujian pra ialah

70%. Hal ini berbeza dengan pencapaian murid dalam ujian pos. Semua

murid berjaya memperoleh markah dengan markah terendah yang diperoleh

ialah sebanyak 50%. Terdapat 2 orang murid yang berjaya mendapat

markah penuh yang mana salah seorang daripada murid tersebut mendapat

markah 0% dalam ujian pertama.

Hasil dapatan markah murid ini juga turut dianalisis seperti dalam

Jadual 12 dan Rajah 8. Dalam hal ini, markah murid dikategorikan kepada

lima kategori iaitu cemerlang, baik, sederhana, kurang memuaskan dan

lemah. Golongan lemah hanya mencapai 0% hingga 20%, kurang

memuaskan 21% hingga 40%, sederhana 41% hingga 60%, baik 61%

hingga 80% dan cemerlang 81% hingga 100%. Pengkategorian ini adalah

berdasarkan rujukan daripada kajian yang dilaksanakan oleh Muhammad

Uzair (2011).

Jadual 12 : Analisis Pencapaian Murid Tahun 4 ‘Y’ bagi Ujian Pra dan
Ujian Pos

Tahap Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos


Bil. % Bil. %
Cemerlang (81%-100%) 0 0 3 25
Baik (61%-80%) 1 8.33 8 66.67
Memuaskan (41%-60%) 1 8.33 1 8.33
Kurang Memuaskan (21%-40%) 1 8.33 0 0
Lemah (0%-20%) 9 75 0 0
Peratus Lulus 2 16.67 12 100

46
Rajah 8 : Perbezaan Pencapaian Murid bagi Ujian Pra dan Ujian Pos

Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan


Ujian Pos
10
Bilangan Murid

8
6
4
2
0
Kurang
Cemerlang Baik Memuaskan Lemah
Memuaskan
Ujian Pra 0 1 1 1 9
Ujian Pos 3 8 1 0 0

Berdasarkan Jadual 12 dan Rajah 8, kategori cemerlang, baik dan

memuaskan diklasifikasikan sebagai lulus. Manakala, ketegori kurang

memuaskan dan lemah berada dalam dikelaskan sebagai gagal. Hanya

terdapat 16.67% murid yang lulus iaitu hanya 2 orang murid dalam ujian pra.

Bilangan ini menunjukkan pertambahan sebanyak 10 orang dalam ujian pos

yang memberi 100% bilangan murid lulus. 10 orang murid yang gagal dalam

ujian pra berjaya membaiki prestasi masing-masing untuk berada pada tahap

lulus dalam ujian pos. Tiada murid yang berjaya mendapat markah yang

cemerlang dalam ujian pra. Bagi ujian pos pula, terdapat 3 orang murid yang

berjaya dikategorikan sebagai cemerlang. Peratus murid yang

diklasifikasikan sebagai baik dalam ujian pra adalah lebih rendah berbanding

ujian pos iaitu kurang 58.34%. Manakala, bilangan murid yang mendapat

markah yang memuaskan dalam kedua-dua ujian tidak menunjukkan

sebarang perubahan iaitu masing-masing terdapat seorang sahaja yang

memberi 8.33%.

47
Penggunaan kaedah FITPAIL ini dapat dilihat dengan lebih jelas

keberkesanannya dengan meneliti keputusan pencapaian yang diperoleh

oleh 4 orang murid iaitu Murid 1, Murid 7, Murid 10 dan Murid 11. Dalam

ujian pra Murid 1 berjaya memperoleh markah sebanyak 70% yang

dikategorikan sebagai baik. Beliau berjaya mendapat 100% dalam ujian pos

setelah belajar darab menggunakan kaedah FITPAIL. Hal ini menunjukkan

kaedah FITPAIL dapat menjadi salah satu aktiviti pengayaan yang

membantu murid untuk mengekal dan menambahbaik kemahiran yang

sudah difahami.

Murid 7 turut menunjukkan perubahan markah dalam ujian. Beliau

berjaya mendapat 70% dalam ujian pos, iaitu 40% lebih tinggi daripada ujian

sebelumnya. Manakala, Murid 10 memperoleh 50% dalam ujian pra dan 90%

untuk ujian pos. Namun begitu, perubahan markah Murid 7 dan Murid 10 ini

lebih sedikit berbanding murid yang lain. Hal ini disebabkan mereka cuai

ketika menjawab soalan. Jadual 13 menunjukkan kesalahan yang mereka

lakukan dalam ujian pos.

Jadual 13: Kesalahan Murid 7 dan Murid 10 dalam Ujian Pos

Bil. Rajah Huraian


1.

Murid 7 salah mendarabkan


8 x 7. Jawapan yang diberi 13,
sedangkan hasil darab ialah 56.

48
Bil. Rajah Huraian
2.

Bagi soalan ini, Murid 7


mempunyai masalah mendarab
dengan betul. Murid 7 salah
menyatakan hasil darab 9 x 3.

3.

Murid 10 melakukan kecuaian


semasa menambah hasil darab.

Hal ini berlainan dengan pencapaian Murid 11 yang menunjukkan

perubahan yang mendadak. Beliau tidak berjaya mendapat apa-apa markah

dalam ujian pra dan memperoleh 100% dalam ujian pos. Murid 11 yang pada

mulanya dikategorikan sebagai lemah berjaya mendapat cemerlang untuk

ujian pos. Hal ini menunjukkan kaedah FITPAIL merupakan salah satu

kaedah pemulihan yang boleh dilaksanakan kepada murid yang lemah untuk

membantu mereka menguasai kemahiran mendarab nombor tiga digit

dengan dua digit.

Hasil daripada analisis data ujian pra dan ujian pos ini menunjukkan

bahawa penggunaan kaedah FITPAIL dapat membantu dalam meningkatkan

kemahiran murid mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Hal ini turut

disokong melalui transkripsi temubual yang telah dijalankan apabila murid

49
ditanya berkaitan dengan pemahaman mereka terhadap topik yang diajar

menggunakan kaedah FITPAIL;

Murid A : Senang nak ingat. Lagi mudah faham.

Murid B : Mudah faham. Senang sangat nak buat.

Murid C : Senang faham.

Murid D : Faham. Soalan macam senang sikit.

Daripada hasil temubual ini menunjukkan murid memberi respon yang

positif tentang penggunaan kaedah FITPAIL. Sebahagian daripada murid

yang ditemubual juga menyatakan bahawa penggunaan kaedah ini dapat

membantu mereka untuk menjawab soalan ujian yang diberikan. Secara

keseluruhannya, dapatan daripada hasil temubual ini, murid memberi

pandangan bahawa mereka dapat menerima teknik pengajaran dan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah FITPAIL dengan baik sekali.

Keberkesanan penggunaan kaedah FITPAIL ini turut disokong

berdasarkan hasil soal selidik yang telah dijalankan. Jadual 14 menunjukkan

analisis data berdasarkan respon yang diterima daripada borang soal selidik.

Daripada Jadual 14, didapati terdapat perbezaan yang amat ketara terhadap

respon murid ketika saya menggunakan kaedah tradisional dengan kaedah

FITPAIL. Jika dilihat dengan lebih lanjut, didapati kaedah FITPAIL yang

digunakan lebih banyak membantu murid untuk mendarab nombor tiga digit

dengan dua digit.

50
Jadual 14: Perbandingan Min Respon Murid Terhadap Item Soal Selidik

Bil. Item Min

Pengajaran Pengajaran Perbezaan


kaedah kaedah Min
tradisional FITPAIL

1. Saya boleh mendarab 3.42 5.00 1.58


nombor 3 digit dengan 2
digit dengan yakin selepas
pembelajaran hari ini.
2. Saya dapat 2.83 4.75 1.92
menyelesaikan latihan
mendarab nombor 3 digit
dengan 2 digit.
3. Kaedah yang digunakan 3.58 4.92 1.34
guru menjadikan saya
faham bagaimana untuk
mendarab nombor 3 digit
dengan 2 digit.
4. Saya rasa mudah untuk 2.67 4.67 2.00
menyelesaikan soalan
darab nombor 3 digit
dengan 2 digit
5. Saya tahu cara 2.83 4.67 1.84
menyelesaikan soalan
darab yang melibatkan
nombor 3 digit dengan 2
digit

Bagi item yang pertama dalam soal selidik, min bagi respon murid

bagi penggunaan kaedah tradisional ialah 3.42, manakala min bagi kaedah

FITPAIL ialah 5.00. Hal ini menunjukkan kesemua murid sangat bersetuju

dengan penyataan item yang menyatakan bahawa mereka boleh mendarab

dengan yakin selepas belajar menggunakan kaedah FITPAIL. Perkara ini

dapat dilihat melalui catatan jurnal saya;

51
Setelah memberi penerangan dan menunjukkan langkah-
langkah menggunakan kaedah FITPAIL, saya menulis satu
soalan di papan putih. Apabila meminta murid menyelesaikan
soalan tersebut, hampir kesemua murid mengangkat tangan
untuk menjawabnya. Saya berasa gembira dengan perubahan
tersebut. Mereka sudah tidak berasa takut lagi untuk
mendarab.
(Catatan Jurnal No: 6, 17 Julai 2013)

Bagi item kedua dalam soal selidik, pengajaran dan pembelajaran

yang menggunakan kaedah tradisional memperoleh min sebanyak 2.83

sahaja. Hal ini menunjukkan kebanyakan murid tidak bersetuju dengan item

tersebut. Manakala, semasa pengajaran menggunakan kaedah FITPAIL min

menunjukkan 4.75. Min penggunaan kaedah FITPAIL melebihi 1.92 min

penggunaan kaedah tradisional.

Item pertama dan kedua dalam soal selidik ini turut disokong

berdasarkan respon yang telah diberi semasa temubual dijalankan . Respon

yang diberi murid selepas belajar kemahiran darab menggunakan kaedah

tradisional adalah seperti transkripsi berikut;

Murid A : Saya kurang pasti sebab soalan susah sikit.

Murid B : Faham sikit-sikit. Saya kurang pasti sama ada dapat


jawab ke tidak.
Murid C : Susahla. Darab tu panjang sangat. Saya kurang pasti
dapat jawab atau tidak.
Respon yang diberi ini berubah selepas mereka belajar darab

menggunakan kaedah FITPAIL. Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum

ini, kebanyakan murid yang ditemubual menyatakan keyakinan masing-

masing sekiranya ujian berkaitan topik darab diberikan.

52
Kaedah FITPAIL juga membantu murid memahami langkah-langkah

untuk mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Hal ini disokong dengan

jumlah min yang diperoleh setelah murid menjawab item yang ketiga

daripada borang soal selidik. Penggunaan kaedah tradisional hanya

memperoleh min sebanyak 3.58. Penggunaan kaedah FITPAIL menunjukkan

min sebanyak 1.34 lebih tinggi daripada penggunaan kaedah tradisional.

Justeru, kebanyakan murid memberi respon sangat setuju bagi item ketiga

dalam soal selidik tersebut.

Item seterusnya lebih menguji kepada perasaan murid apabila

menjawab soalan yang diberikan. Sebelum kaedah FITPAIL diperkenalkan

hanya 2.67 min yang diperoleh. Pertambahan sebanyak 2.00 apabila kaedah

FITPAIL dijalankan. Hal ini menjadikan min bagi pengajaran dan

pembelajaran kaedah FITPAIL berubah kepada 4.64. Item soal selidik ini

mempunyai perbezaan yang paling tinggi berbanding item yang lain. Oleh itu,

kaedah FITPAIL yang digunakan amat membantu dalam meningkatkan

kemahiran murid untuk mendarab nombor tiga digit dengan dua digit.

Item yang terakhir pula menguji kefahaman dan pengetahuan murid.

Mempelajari kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit

menggunakan kaedah tradisional tidak begitu difahami oleh murid. Hal ini

dapat dilihat apabila min keseluruhan untuk kaedah tradisional yang

digunakan hanyalah sebanyak 2.83. Apabila kaedah FITPAIL murid tahu

cara untuk mendarab nombor tiga digit dengan dua digit setelah min bagi

item ini menjadi 4.67 menunjukkan min penggunaan kaedah FITPAIL adalah

lebih tinggi berbanding penggunaan kaedah tradisional.

53
Melalui temubual yang dijalankan, saya mendapati bahawa

kebanyakan murid amat menyukai kaedah FITPAIL yang dilaksanakan.

Berikut merupakan respon yang diberi oleh murid apabila ditanya tentang

perasaan mereka selepas kaedah tersebut dijalankan;

Murid A : Rasa macam seronok lagi. Seronok sebab dapat main.

Murid B : Best sungguh best! Sebab main game.

Murid C : Seronok. Sebab banyak main dengan kawan-kawan.

Perkara ini turut disokong melalui catatan jurnal yang telah ditulis;

Semua murid telah memberi kerjasama semasa aktiviti


berkumpulan dijalankan. Begitu juga semasa ujian dijalankan.
Sebelum kelas ditamatkan, Murid F datang ke hadapan dan
meminta agar dapat main permainan FITPAIL lagi pada minggu
hadapan.
(Catatan Jurnal No: 6 , 17 Julai 2013)

Oleh hal yang demikian, saya dapat merumuskan bahawa kaedah

FITPAIL bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran mendarab nombor

tiga digit dengan dua digit dalam kalangan murid Tahun 4 ‟Y‟ ini. Bahkan,

melalui kaedah ini murid turut menunjukkan minat untuk mempelajari topik

yang diajar. Apabila murid menunjukkan minat terhadap sesuatu

pembelajaran maka mereka akan memberikan tumpuan kepadanya. Menurut

Slavin (1997), tumpuan sangat penting dalam pembelajaran kerana

kehilangan tumpuan boleh membawa kepada lupaan dan maklumat baru

yang diterima tidak akan diproses oleh ingatan jangka masa pendek.

54
Justeru itu, dapatlah saya simpulkan bahawa kajian yang

dilaksanakan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan di

samping turut memberi kesan positif terhadap tingkah laku murid. Namun

begitu, kaedah tradisional bukanlah tidak elok untuk digunakan. Kaedah

tradisional dilihat kurang sesuai bagi murid yang mempunyai tahap kognitif

yang sederhana dan lemah.

8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

Banyak pengalaman dan faedah yang diperoleh daripada kajian yang

dilaksanakan ini. Antaranya ialah didapati bahawa kaedah yang

dilaksanakan dapat membantu murid mengingat langkah penyelesaian bagi

soalan darab dengan baik. Sememangnya murid menghadapi masalah untuk

mengingati langkah pendaraban yang panjang sepertimana masalah yang

dihadapi ketika kaedah tradisional dijalankan. Tidak dapat disangkal langkah

pengiraan dalam kaedah FITPAIL juga memerlukan murid untuk mengingat

langkah pengiraan dengan baik. Menurut Marie (1973, seperti dinyatakan

dalam Suhaila, Norzihani & Dzairin, 2003) murid yang lambat menerima

pembelajaran mempunyai ciri ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah

lupa. Selain itu, kanak-kanak yang berasal daripada keluarga berstatus

sosioekonomi yang rendah mempunyai kadar lupaan yang tinggi

(Shahabuddin, Mahani & Ramlah, 2003). Murid 4 „Y‟ merupakan murid yang

lemah dan turut mempunyai ciri yang telah disebutkan.

55
Namun begitu, dengan kaedah FITPAIL yang turut berkonsepkan

permainan, murid dapat mengingat langkah penyelesaian bagi soalan darab

dengan baik. Dalam permainan, murid dapat melibatkan diri secara terus dan

memberi pengalaman yang bermakna kepada mereka. Perkara ini

bersesuaian dengan falsafah sosial di China, Kung Fu Tzu (n.d. seperti

dinyatakan dalam Clark, 1995) yang menyatakan bahawa, “What I hear, I

forget, what I see, I remember, what I do, I understand.” Oleh itu, murid lebih

memahami dan mengingati pembelajaran yang dijalankan dengan permainan

yang dilaksanakan.

Setelah menjalankan kajian juga didapati bahawa murid boleh

menyelesaikan soalan darab sekiranya melibatkan nombor kecil. Murid tidak

mengambil masa yang lama untuk melakukan pendaraban yang melibatkan

nombor tiga digit dengan satu digit. Begitu juga apabila mereka melakukan

pendaraban yang melibatkan nombor tiga digit dengan nombor dua digit,

sekiranya nombor dua digit merupakan nombor gandaan sepuluh sebagai

contoh yang terdapat dalam Rajah 9. Perkara ini turut dipersetujui oleh Philip

(2005) dalam kajian yang telah dilaksanakannya.

Rajah 9: Pendaraban Melibatkan Nombor Tiga Digit dengan Dua Digit


yang Nombor Dua Digit Merupakan Nombor Gandaan Sepuluh

56
Oleh itu, saya berpendapat bahawa seorang guru sememangnya

bertanggungjawab untuk memudahkan sesuatu pembelajaran dengan

merangka pelbagai strategi dan kaedah bagi meningkatkan kefahaman

murid. Menurut Herb et al. (1995, seperti dinyatakan dalam Noraini & Shukri,

2009) guru perlu mempelbagaikan strategi dan teknik pengajaran untuk

meningkatkan pencapaian dan minat murid.

Guru juga seharusnya bijak dalam merancang kaedah pengajaran dan

pembelajaran dengan menitikberatkan latar belakang dan gaya

pembelajaran murid untuk mewujudkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner (1983)

telah menyenaraikan 8 jenis kecerdasan iaitu linguistik, muzik, visual ruang,

logikal matematik, kinestatik, interpersonal dan intrapersonal. Oleh hal yang

demikian, guru seharusnya mengambil kira jenis kecerdasan yang ada pada

murid. Pelaksanaan kaedah FITPAIL mengambil kira kecerdasan kinestatik,

logikal matematik dan interpersonal. Hal ini menyebabkan murid teruja dan

seronok ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

Selain itu, saya juga mendapati murid amat menyukai permainan yang

diadakan. Mereka memberi kerjasama yang baik semata-mata kerana

khuatir tidak dapat bermain andai tidak mengikut arahan yang diberikan. Bagi

saya, mereka amat menyukai permainan dalam kaedah FITPAIL ini kerana

bahan yang digunakan menyerupai situasi sebenar dalam kehidupan

seharian. Untuk kaedah FITPAIL ini saya telah menggunakan set permainan

memancing ikan yang mengandungi sebatang joran permainan dan ikan-ikan

yang pelbagai saiz dan warna. Penggunaan bahan maujud ini secara tidak

57
langsung membantu guru dalam menyampaikan isi pelajaran. Perkara ini

turut disokong dalam kajian yang dibuat oleh Akmal (2011).

Teori konstruktivisme turut menyokong penggunaan bahan maujud.

Menurut Woolfolk (2007), teori konstruktivisme merupakan satu proses

membuat analisis dan menilai maklumat baru yang diterima berdasarkan

pengetahuan sedia ada serta menggunakan pengalaman individu untuk

menjana pengalaman yang baru. Oleh hal yang demikian, saya berpendapat

penggunaan bahan maujud dapat membina pengetahuan baru kepada murid

dengan memberi pengalaman kepada mereka semasa mengendalikan

bahan tersebut.

Kaedah FITPAIL ini turut dilihat sebagai kaedah yang dapat

menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertoleransi yang amat

penting dalam pembentukan negara bangsa. Hal ini sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menumpukan kepada pembangunan

murid secara holistik yang menekankan pembangunan intelek, emosi, rohani

dan fizikal (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Kaedah ini juga boleh

digunakan sebagai salah satu alat untuk menilai penguasaan murid dalam

kemahiran mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Hal ini sejajar

dengan hasrat Kementerian Pendidikan yang akan memastikan pentaksiran

secara holistik dilaksanakan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013). Melalui kaedah ini, guru

bukan sahaja boleh menilai dari segi kefahaman tetapi juga mengambil kira

tingkah laku murid.

58
Semasa melaksanakan kaedah FITPAIL ini turut disedari kepentingan

menyediakan sesuatu rancangan pengajaran yang teliti. Menurut Haliza dan

Joy (2008), faktor utama dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah

perancangan yang rapi. Guru perlu bijak merancang dengan mengambil kira

masa peruntukan bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan. Sekiranya

perancangan tidak dilakukan dengan teliti, maka sesuatu aktiviti tidak akan

dapat mencapai objektifnya. Sebagai contoh, objektif langkah penilaian ialah

untuk melihat kefahaman murid terhadap topik yang diajar. Jika guru

mengambil masa yang lama semasa melaksanakan aktiviti ketika dalam

langkah perkembangan maka sudah tentu langkah penilaian tidak dapat

dilaksanakan dengan baik.

Di samping itu, selepas pelaksanaan kaedah ini saya berpendapat

bahawa kaedah ini hanya sesuai untuk dijalankan kepada bilik darjah yang

mempunyai bilangan murid yang sedikit. Hal ini kerana, bilangan ahli

kumpulan dalam sesuatu kumpulan yang terlalu ramai akan menyukarkan

kaedah ini dilaksanakan apabila masing-masing ingin berebut untuk bermain

terlebih dahulu. Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif kerana

pembabitan ahli kumpulan menjadi tidak sama rata (Pembelajaran Kooperatif

yang Berkesan, 2009). Oleh hal yang demikian, objektif pembelajaran tidak

dapat dicapai sepenuhnya kerana hanya murid tertentu sahaja yang

memahami input yang disampaikan daripada aktiviti berkumpulan yang

dijalankan.

59
9.0 APAKAH YANG AKAN SAYA BUAT SELANJUTNYA?

Bagi memastikan kaedah FITPAIL dijalankan dengan lebih baik pada

masa akan datang, beberapa peraturan yang perlu dibentuk dan dipatuhi

oleh murid. Antara peraturan yang perlu ditegaskan ialah mengawal suara

ketika permainan dijalankan. Menjadi kebiasaan sekiranya bilik darjah

berada dalam keadaan yang kurang terkawal apabila aktiviti berkumpulan

dijalankan. Suhubungan dengan itu, pembinaan peraturan dilihat mampu

untuk mengelak daripada masalah ini berlaku. Haliza dan Joy (2008)

menyatakan guru yang berkesan ialah guru yang berjaya membentuk

peraturan dan prosedur bilik darjah agar dapat mengurangkan gangguan dan

meningkatkan pembelajaran. Penggunaan wisel dilihat dapat membantu guru

dalam mengawal disiplin murid ketika aktiviti dijalankan.

Selain itu, arahan yang diberi sebelum pelaksanaan kaedah ini juga

perlu diperjelaskan supaya murid faham arahan yang diberikan. Antara ciri

komunikasi berkesan ialah dapat memberi arahan yang jelas dan tepat, serta

memberi maklumat yang mudah disusuli yang sukar (Rusli, n.d.). Haliza dan

Joy (2008) pula menyatakan antara ciri komunikasi berkesan ialah

penggunaan bahasa yang mudah difahami dan sopan. Oleh hal yang

demikian, adalah penting untuk memberi arahan yang baik supaya sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta

mencapai objektifnya.

Untuk tindakan yang selanjutnya juga, saya bercadang untuk

melaksanakan kaedah yang lain bagi membantu meningkatkan kemahiran

60
mendarab nombor tiga digit dengan dua digit. Hal ini kerana saya mahu

mencuba untuk melaksanakan kaedah berlainan dengan menggunakan

bilangan murid yang ramai. Kaedah yang difikirkan sesuai ialah kaedah

garisan. Kaedah ini diperoleh dari kajian yang dijalankan Wan (2012). Jadual

15 menunjukkan cara mengunakan kaedah garisan untuk menyelesaikan

soalan darab.

Jadual 15 : Cara Mendarab Menggunakan Kaedah Garisan


Bil. Langkah Ilustrasi Cara Pelaksanaan

1. Katakan soalan darab:


125 x 43 = ?
Lukis satu garisan melintang dari
atas kiri ke bawah kanan
mewakili nombor 1 pada 125.

2. Lukiskan pula dua garisan


melintang dari atas kiri ke bawah
kanan selari dengan garisan
pertama mewakili nombor 2 pada
125.

3. Lima garisan melintang dilukis


sama seperti langkah pertama
dan kedua mewakili nombor 5
pada 125.

61
Bil. Langkah Ilustrasi Cara Pelaksanaan

4. Lukiskan pula empat garisan dari


atas kanan ke bawah kiri
mewakili 4 pada 43

5. Lukiskan tiga garisan selari


dengan empat garisan tadi
mewakili 3 pada 43

6. Bentukkan bulatan seperti dalam


ilustrasi, letak titik dot-dot pada
garisan yang bertindih. Kira
bilangan titik yang ada

7. Ulang Langkah 6 untuk garisan


bersebelahan sehingga kesemua
garisan bertindih dikira (lihat 15
ilustrasi) 4
26
11 6

62
Bil. Langkah Ilustrasi Cara Pelaksanaan

+1
+2
8. Jawapan diperoleh berdasarkan +1
titik persilangan antara garisan. \\\
Bagi titik yang melebihi 9 di satu-
satu garisan, akan ditambah
dengan garisan yang berada di
5
hadapan. 5
7
3
= 5 375

Sumber: Su (2010)

Pada pendapat saya, kaedah garisan dapat dijalankan secara individu

serta memerlukan masa yang lebih pendek untuk menerangkan cara

pelaksanaannya. Kaedah garisan ini juga dilihat mementingkan kecerdasan

visual ruang dalam diri murid. Murid menggunakan garisan untuk mewakili

nombor yang terlibat dalam soalan darab. Menurut Parsons (2009), murid

memerlukan banyak pengalaman pada aktiviti hands on semasa belajar.

Oleh itu, penggunaan kaedah garisan dilihat mampu memberi pengalaman

yang bermakna kepada murid semasa mendarab. Dengan itu, saya berharap

penggunaan kaedah garisan ini dapat meningkatkan kemahiran murid

terhadap topik darab secara khususnya.

63
10.0 PENUTUP

Tuntasnya, kaedah FITPAIL amat berkesan dalam membantu

meningkatkan kemahiran murid tahun 4 dalam mendarab nombor tiga digit

dengan dua digit. Dapatan kajian jelas menujukkan perubahan pencapaian

yang diperoleh murid selepas guru menggunakan kaedah ini. Justeru, para

guru boleh menggunakan kaedah ini sebagai salah satu insiatif untuk

menyelesaikan masalah murid untuk mendarab nombor. Namun begitu,

harus diingat bahawa kaedah ini amat memerlukan pengawalan kelas yang

teliti. Guru perlu menyediakan peraturan yang sesuai dengan aktiviti yang

dilaksanakan. Hal ini supaya dapat menjamin kelicinan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, diharap kajian ini dapat memberi

manfaat yang berterusan kepada para guru terutama dalam memberi idea

penyelesaian masalah berkaitan kemahiran mendarab nombor.

64
SENARAI RUJUKAN

Abdul Rahim M. Ali. (2001). Ilmu pendidikan untuk KPLI. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Akmal Hazimin Nazeri (2011). Keberkesanan penggunaan bahan maujud
sebagai bahan bantu mengajar dalam menarik minat murid tahun 5
terhadap mata pelajaran kajian tempatan. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur, Malaysia

Azizi Subeli & Hu, L.N.(2010). Kesan penggunaan kaedah kotak magik
dalam kemahiran mendarab. Dalam Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan (SPTMTE2010) (ms. 31-41). Sarawak : Jabatan Matematik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.

Chai, M. L. (2009). Oh, itunya darab!: Jurnal Penyelidikan Tindakan IPBL


Tahun 2009, 3, 12-24.

Chan, Y. J (2011). Penggunaan kotak ajaib dan “Lattice” dalam


meningkatkan penguasaan pendaraban murid tahun lima. Tesis
sarjana muda tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang, Sarawak, Malaysia.

Chieng, L. H. (2011).Penggunaan kaedah jari dalam membantu murid tahun


dua menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan pengumpulan
semula. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang, Sarawak, Malaysia.

Clark, D. (1995). Performance, learning, leadership, & knowledge. Diperoleh


April 24, 2013, dari http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/learnqt.html

Eric Ling, T. K. (2011). Penggunaan teknik “SPAD” dalam membantu murid-


murid tahun empat menyelesaikan operasi bahagi nombor “4-digit
dengan 2-digit” dalam bentuk lazim. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak,
Malaysia.

Fink, A. (1995). How to sample in surveys. California: SAGE Publications,


Inc.

Gale, H. R. & Thomas, M. H. (1982). A technology for test-item writing. New


York: Harcourt Brace Jovanavich Publishers.

Gardner, H. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligence. New


York: Basic Books.

Gillham, B. (2000). Developing a questionnaire. New York: Continuum.

65
Gillham, B. (2005). Research interviewing: The range of techniques.
Berkshire: Open University Press.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2008). Pengurusan bilik darjah
dan tingkah laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hasan Mohd Ali. (1996). Strategi belajar yang berkesan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hill, S. & Hill, T. (1997). The collaborative classroom: A guide to co-operative


learning. Malvern Road Armadale: Eleanor Curtain Publishing.

Janting anak Ringkai. (2005). Mempelbagaikan pendekatan untuk membantu


murid-murid Tahun 5 menguasai sifir darab 1 hingga 10. Tesis
sarjana muda tidak diterbitkan, Maktab Perguruan Batu Lintang,
Sarawak, Malaysia.

Lattice multiplication. (2013). Diperoleh Julai 24, 2013, dari


http://www.coolmath4kids.com/times-tables/times-tables-lesson-lattice
-multiplication-4.html

Lee, S. M. (1993). Pedagogi 4 (A). Pengujian dan penilaian dalam


pendidikan (2nd ed.). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Lourdusamy, A. (2005). Enhancing positive behaviour in the classroom.
Dalam Myint, S. K., Lurdusamy, A., Quek, C. L., & Wong Angela, F. L.
(Eds.), Classroom management facilitating teaching and learning (ms.
23-43). Singapura: Prentice Hall.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Johor:


Universiti Teknologi Malaysia.

Muhammad Uzair Mohamad (2011). Keberkesanan tayangan video


dalam membantu murid membuat hubungkaitan bagi tajuk implikasi
kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan matematik KBSR dan KBSM. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noraini Idris. (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur:


Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noraini Idris & Shukri Osman. (2009). Pengajaran dan pembelajaran.


Perpustakaan Negara Malaysia: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

66
Norhaidi Sarponen. (2008). Ujian diagnostik. Diperoleh April 14, 2013,
daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/04/21/ujian-diagnostik/

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid
dan alam belajar. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.
Majid. (2011). Budaya dan pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Nor Ilianie Mohd Izani. (2011). Masalah pembelajaran matematik di kalangan


pelajar tingkatan 4 dalam tajuk statistik III. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia.

Nur Hazana Mohd Aris. (2007). Kaedah mengajar yang digunakan oleh guru
pelatih untuk mengajar subjek matematik semasa latihan mengajar.
Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia,
Johor, Malaysia.

Nurul Aina Zakaria. (2012). Mengurangkan tingkah laku negatif murid


bermasalah emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah token ekonomi. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Selangor, Malaysia.

Parsons, J. (2009). Teaching young children about fractions. Diperoleh pada


Julai 4, 2013 dari http://jackie-parsons.suite101.com/teaching-young-
children-frac tions-a134352

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Kuala


Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pembelajaran kooperatif yang berkesan. (2009). Diperoleh Julai 24, 2013,


dari http://www.oocities.org/gardner02_8/ilmiah1.htm

Philip anak Pupur. (2005). Mengatasi masalah mendarab sebarang nombor 4


digit dengan nombor 2 digit. Dalam Koleksi Laporan Penyelidikan
Tindakan Tahun 2005 (ms. 57-62). Sarawak : Maktab Perguruan Batu
Lintang & Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Serian.

Pratt, D., (1980), Curriculum design and development. International Edition,


USA : Halcourt Brace Jovonarich.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum


bersepadu sekolah rendah matematik tahun 4. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

67
Reynolds, D. & Muijs, D. (1999). Numeracy matters: Contemporary policy
issues in the teaching of mathematics. Dalam Thompson, I. (Eds.),
Issues in teaching numeracy in primary schools (ms. 17-26). United
Kingdom: Open University Press.

Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan sains sosial. Pahang: PTS Publications


& Distributors Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala


Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Rubiah Aksah & Ong, Y. J. (2005). Belajar cara belajar. Selangor: Karya
Bestari Sdn. Bhd.

Rusli Osman. (n.d). Komunikasi berkesan. Diperoleh April 24, 2013, dari
http://hkbatas.moh.gov.my/v2/uploads/PekelilingHKB/KOMUNIKASI%
20BERKESAN.pdf

Scott, C. (1961). Research on mail surveys: Journal of the Royal Statiscal


Society. Series A (General), 124 (2), 143-205.

Seow, S.H. (1995). Pengajaran matematik KBSR. Selangor: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi


pendidikan. Selangor: PTS publications & distributor Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Rohizani & Mohd Zohir. (2003). Pedagogi: Strategi


dan teknik mengajar dengan berkesan. Pahang: Penerbitan PTS
publications & distributor Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali. (2011). Pendekatan bermain dalam
pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah: Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (2), 1-15.

Slavin, R. E. (1997). Educational psychology: Theory and practise. Boston:


Allyn Bacon.

Su, F. E. (2010). Visual multiplication with lines. Diperoleh Julai 24, 2013,
dari http://www.math.hmc.edu/funfacts/ffiles/10006.1.shtml

Suhaila Salleh, Norzihani Yusof & Dzairin Hazida Mohd Dawang.


(2003).Masalah pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan
pelajar KUTKM: Mengenalpasti punca kelemahan pelajar dalam
matematik. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, Kolej Universiti
Teknikal Kebangsaan Malaysia, Melaka, Malaysia.

68
Ting, D. S. (2011). Membantu murid tahun empat memahami konsep
penukaran “pecahan” ke “perpuluhan” dan sebaliknya dengan
menggunakan “jadual perbandingan”. Tesis sarjana muda tidak
diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak,
Malaysia.

Wan Muhammad Faris Wan Zawawi. (2012). Menyelesaikan masalah


pendaraban dengan kaedah mendarab menggunakan garisan bagi
murid tahun 5. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan, Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali Ismail, Terengganu, Malaysia.

Wan Yusof Wan Ngah, Lee, G. L. & Rubiyah Fakir Mohd. (2010). Buku teks
matematik tahun 4 SK KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Woolfolk, A. (2007). Educational psychology. United States: Pearson


Education Malaysia Pte. Ltd.

Yip, J.H. (2011). Kaedah susunan petak sifir dalam membantu murid tahun
tiga menguasai konsep darab. Tesis sarjana muda tidak diterbitkan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak, Malaysia.

Zahirun Sayeed & Guerin, E. (2000). Early years play: A happy medium for
assessment and intervention. London: David Fulton Publishers Ltd.

Zainudin Abu Bakar & Fazilah Tumin. (2011). Hubungan antara minat pelajar
dan sikap ibu bapa dengan prestasi matematik terbaik pelajar: Journal
of Educational and Counseling, 1, 25-43.

Zainudin Abu Bakar & Mohd Rashidi Mat Jalil. (2007). Kaedah petak sifir:
Kajian perbandingan matematik tahun 4 dalam penguasaan fakta
asas darab: Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 12, 91-
98.

Zamatun Nasrah Marwan. (2011). Meningkatkan penguasaan murid dalam


operasi darab nombor tiga digit dengan dua digit yang melibatkan
pengumpulan semula dengan kaedah “pistol dan tukul”. Tesis
sarjana muda tidak diterbitkan, Open University, Kuala Lumpur,
Malaysia.

69
LAMPIRAN 1

Ujian Pra

Nama:________________________________________

Tahun:_______________

Selesaikan soalan darab di bawah menggunakan bentuk lazim.

1. 425 x 37 = ________ 2. 319 x 43 = ________

3. 935 x 76 = ________ 4. 702 x 85 = _______

5. 118 x 92 = ________

Selamat maju jaya !! 

70
LAMPIRAN 2

Ujian Pos

Nama:________________________________________

Tahun:_______________

Selesaikan soalan darab di bawah menggunakan bentuk lazim.

1. 429 x 37 = ________ 2. 309 x 43 = ________

3. 931x 78 = ________ 4. 792 x 85 = _______

5. 138 x 92 = ________

Selamat maju jaya !! 

71
LAMPIRAN 3

Borang Soal Selidik

Sila tandakan ( / ) respon anda pada ruang kosong yang disediakan

mengikut panduan di bawah:

1 – Sangat Tidak Setuju

2 – Tidak Setuju

3 – Kurang pasti

4 – Setuju

5 – Sangat Setuju

Bil. Soalan 1 2 3 4 5
1. Saya boleh mendarab nombor 3 digit dengan 2
digit dengan yakin selepas pembelajaran hari
ini.

2. Saya dapat menyelesaikan latihan mendarab


nombor 3 digit dengan 2 digit yang diberikan

3. Kaedah yang digunakan guru menjadikan saya


faham bagaimana untuk mendarab nombor 3
digit dengan 2 digit.

4. Saya rasa mudah untuk menyelesaikan soalan


darab nombor 3 digit dengan 2 digit.
5. Saya tahu cara untuk menyelesaikan masalah
darab nombor 3 digit dengan 2 digit.

72
LAMPIRAN 4

Soalan Temu bual

1. Apakah perasaan kamu selepas belajar kemahiran mendarab pada

hari ini? Mengapa?

2. Adakah pembelajaran pada hari ini lebih menyeronokkan dan mudah

difahami? Mengapa?

3. Sekiranya guru menjalankan ujian tentang topik darab, adakah kamu

berasa yakin untuk menjawab soalan tersebut? Mengapa?

73
LAMPIRAN 5

Subjek : Matematik

Tahun :4Y

Tarikh : 11 Julai 2013 (11.00 hingga 12.00 tengah hari)

Masa : 60 minit

Bil murid : 12 /12

Tajuk : Nombor Bulat

Bidang pembelajaran : Darab dengan Hasil Darab Sehingga 100 000

Objektif pembelajaran : Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab


sehingga 100 000

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

- Mendarab nombor tiga digit dengan dua digit


tanpa mengumpul semula
- Mendarab nombor tiga digit dengan dua digit
dengan mengumpul semula

Pengetahuan sedia ada : - Murid tahu mendarab nombor tiga dengan satu
digit

- Murid tahu mendarab nombor empat digit


dengan satu digit

Sumber : soalan ujian pra, borang soal selidik

Kemahiran Berfikir : meneliti sebahagian kecil dan keseluruhan

Nilai murni : logik matematik, kinestatik, verbal linguistik,


intrapersonal

Kecerdasan pelbagai : keberanian, kejujuran, kerjasama, keyakinan

74
Langkah/
Kandungan Langkah-langkah/ Aktiviti Catatan
Masa
Set induksi Soalan spontan - Semua murid diarahkan untuk Nilai: Keyakinan,
(5 minit) berkaitan sifir bangun. kerjasama
- Murid yang berjaya menjawab
soalan dibenarkan untuk duduk. Kecerdasan
- Murid yang terakhir menjawab pelbagai: verbal
soalan dinasihatkan agar linguistik, logik
menghafal sifir sebelum soalan matematik
spontan diadakan sekali lagi untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran
yang akan datang
Pengenalan - Mendarab - Guru menulis satu soalan di Nilai:
Konsep nombor tiga digit papan hitam. Guru mengarahkan keberanian,
(15 minit) dengan dua digit murid untuk menyalin soalan dalam keyakinan
tanpa mengumpul buku dan cuba untuk
semula menyelesaikan soalan. Kecerdasan
-Mendarab - Guru memanggil dua orang murid Pelbagai:
nombor tiga digit untuk menyelesaikan masalah kinestetik, verbal
dengan dua digit yang diberikan. linguistik, logik
dengan - Guru memberi penerangan matematik
mengumpul tentang langkah-langkah yang
semula betul untuk mendarab nombor.
(tidak melibatkan pengumpulan
semula)
3 2 1
x 2 1
3 2 1 321 x 1

+ 6 4 2 0 321 x 20

6 7 4 1

75
Langkah/
Kandungan Langkah-langkah/ Aktiviti Catatan
Masa
- Guru beri contoh lain melibatkan
pengumpulan semula.
1
1

3 2 1
x 6 8
1 2 15 6 8 321 x 8

+ 19 2 6 0 321 x 60

21 8 2 8
- Guru memberi penekanan
kepada kedudukan nombor yang
betul.
Perkembangan Kuiz berkumpulan -Murid dikehendaki bergerak ke Nilai: Kerjasama,
Konsep kumpulan masing-masing. kejujuran
(20 minit) - Setiap kumpulan dikehendaki
menghantar seorang wakil ke Kecerdasan
hadapan pelbagai: logik
- Guru akan membacakan soalan, matematik,
dan wakil kumpulan perlu kinestatik
menjawab di papan hitam.
-Satu soalan diperuntukkan masa
sebanyak 2 minit untuk
diselesaikan.
- Sekiranya wakil setiap kumpulan
tidak dapat menjawab soalan yang
diberi, soalan akan dibuka kepada
ahli kumpulan yang lain
- Setiap jawapan yang betul akan
diberi 2 markah, jika soalan sudah
dibuka 1 markah akan diberikan
bagi jawapan yang betul.
- Kumpulan yang memperoleh
markah yang paling banyak akan
diisytiharkan sebaga pemenang.

76
Langkah/
Kandungan Langkah-langkah/ Aktiviti Catatan
Masa
Penilaian Ujian Pra - Kertas ujian diedarkan kepada Nilai: kejujuran
( 15 minit) murid.
- Murid diberi masa sebanyak 15 Kecerdasan
minit untuk menjawab soalan. pelbagai: logik
- Guru tegaskan murid tidak boleh matematik
meniru dan dibenarkan untuk
merujuk kepada buku sifir ABM: Kertas
ujian pra
Penutup Soal selidik - Murid dibekalkan dengan soalan Nilai: kejujuran,
(5 minit) soal selidik. keyakinan
- Murid dikehendaki menjawab
soalan dari skala satu hingga lima ABM : borang
dengan bimbingan guru. soal selidik

KBKK: meneliti
sebahagian kecil
dan keseluruhan

77
LAMPIRAN 6

Subjek : Matematik

Tahun :4Y

Tarikh : 17 Julai 2013 (11.00 hingga 12.00 tengah hari)

Masa : 60 minit

Bil murid : 12 /12

Tajuk : Nombor Bulat

Bidang pembelajaran : Darab dengan Hasil Darab Sehingga 100 000

Objektif pembelajaran : Darab sebarang dua nombor dengan hasil darab


sehingga 100 000

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

- Mendarab nombor tiga digit dengan dua digit


tanpa mengumpul semula
- Mendarab nombor tiga digit dengan dua digit
dengan mengumpul semula

Pengetahuan sedia ada : - Murid tahu mendarab nombor tiga dengan satu
digit

Sumber : set pancing, kertas biru, cawan plastik, soalan


ujian pos, borang soal selidik

Kemahiran Berfikir : meneliti sebahagian kecil dan keseluruhan

Nilai murni : logik matematik, kinestatik, verbal linguistik,


interpersonal

Kecerdasan pelbagai : keberanian, kejujuran, kerjasama, keyakinan

78
Langkah/ Masa Kandungan Langkah-langkah/ Aktiviti Catatan

Set induksi Ulangkaji topik - Guru menulis beberapa soalan Nilai:


(5 minit) terdahulu (darab 3 berkaitan darab 3 digit dengan 1 Keberanian
digit dengan 1 digit di hadapan kelas.
digit) - 3 orang murid diminta untuk Kecerdasan
menyelesaikan soalan tersebut. pelbagai: verbal
- Murid yang boleh menjawab linguistik, logik
dengan betul akan diberi token. matematik
Pengenalan - Mendarab - Guru menulis satu soalan di Nilai:
Konsep nombor tiga digit papan hitam. keberanian,
(15 minit) dengan dua digit 204 x 12= keyakinan
tanpa mengumpul - Guru memperkenalkan kaedah
semula FITPAIL kepada murid iaitu dengan Kecerdasan
-Mendarab nombor mencerakinkan nombor 2 digit. Pelbagai:
tiga digit dengan 12 = 10 + 2 kinestatik,
dua digit dengan - Guru mendarabkan 204 dengan verbal linguistik,
mengumpul 10, kemudian darabkan lagi logik matematik
semula dengan 2.
(menggunakan - Hasil darab kemudian ditambah.
kaedah cerakin- - Guru kemudian menulis soalan
sebahagian lain di papan hitam. 2 orang murid
daripada kaedah kemudian dipanggil untuk
FITPAIL) menyelesaikan soalan tersebut.
- Jawapan yang betul akan diberi
token.
Perkembangan Permainan dalam -Murid dikehendaki bergerak dalam Nilai:
Konsep kaedah FITPAIL kumpulan masing-masing. Kerjasama,
(20 minit) kejujuran

- Setiap kumpulan akan dibekalkan Kecerdasan


dengan 2 biji cawan plastik, set pelbagai: logik
pancing (ikan ditampal dengan matematik,
jawapan) dan kertas berwarna biru. kinestatik

79
Langkah/ Masa Kandungan Langkah-langkah/ Aktiviti Catatan

(Guru tunjukkan - Setiap kumpulan dikehendaki ABM: set


demonstrasi menghantar 3 orang wakil ke pancing, kertas
memainkan hadapan. biru, cawan
permainan dalam - Guru membacakan soalan plastik
kaedah FITPAIL, - Wakil pertama dikehendaki
beri arahan dan mencerakinkan soalan dan
nyatakan mendarab nombor dengan nombor
peraturan dengan pendarab puluh. Jawapan yang
jelas) diperoleh dipancing dan diletakkan
dalam cawan.
- Wakil kedua perlu mendarab
nombor dengan pendarab sa dan
memancing ikan yang
menunjukkan jawapan dan
letakkan dalam cawan yang sama,
- Wakil ketiga akan menambah
kedua-dua hasil darab dan
memancing jawapan yang
diperoleh, Ikan yang dipancing
dimasukkan dalam cawan yang
dilabel “JAWAPAN”.
PERATURAN PERMAINAN
- Setelah salah satu kumpulan
mendapat jawapan, permainan
akan dihentikan untuk soalan
tersebut.
- Pengiraan markah berdasarkan
jumlah ikan yang dipancing.
- Jawapan yang betul dengan
semua ikan dipancing diberi 10
markah, 2 ikan 8 markah, 1 ikan 5
markah.

80
Langkah/ Masa Kandungan Langkah-langkah/ Aktiviti Catatan

- Kumpulan dengan markah


tertinggi diisytihar sebagai
pemenang.
Penilaian Ujian Pos - Kertas ujian diedarkan kepada Nilai: kejujuran
( 15 minit) murid. Kecerdasan
- Murid diberi masa sebanyak 15 pelbagai: logik
minit untuk menjawab soalan. matematik
- Guru tegaskan murid tidak boleh
meniru dan dibenarkan untuk ABM: Kertas
merujuk kepada buku sifir ujian pra
Penutup Soal selidik - Murid dibekalkan dengan soalan Nilai: kejujuran,
(5 minit) soal selidik. keyakinan
- Murid dikehendaki menjawab
soalan dari skala satu hingga lima. ABM : borang
soal selidik

KBKK: meneliti
sebahagian
kecil dan
keseluruhan

81
LAMPIRAN 7

Kos Kajian

Bil. Bahan Kos unit Jumlah kos


seunit
1. Fotokopi kertas ujian pra & ujian RM 0.10 24 RM 2.40
pos
2. Set permainan memancing ikan RM 2.00 3 RM 6.00
3. Cawan plastik RM 1.20 6 RM 7.20
4. Kertas biru RM 0.20 3 RM 0.60
5. Fotokopi borang soal selidik RM 0.10 24 RM 2.40
Jumlah besar RM 18.60

82

Anda mungkin juga menyukai