Anda di halaman 1dari 1

Rumusan Untuk Video.

Video ini amat berkait rapat dengan nilai yang telah kita pelajari iaitu menghormati
hak orang lain. Video ini memaparkan sebuah kisah sederhana, dan menceritakan
bagaimana sebuah pemberian kecil dapat mengubah banyak perkara apabila kita
menghormati hak orang lain. Kita juga dapat mengetahui bahawa cinta dan kasih dapat
memberikan kebaikan kepada dunia. Kisahnya bermula apabila seorang anak kecil yang
datangnya daripada keluarga yang miskin telah mencuri ubat untuk ibunya yang sedang
sakit. Pemilik kedai telah memarahi dan memukul budak tersebut. Namun, seorang penjual
makanan yang juga hidup dalam serba kekurangan datang membantu budak tersebut
bahkan membayar duit untuk ubat-ubatan yang telah diambilnya. Setelah beberapa tahun
berlalu, penjual makanan itu telah jatuh sakit lalu terlantar di hospital dan memerlukan kos
rawatan yang tinggi. Akhir sekali, setelah dikaji, telah didapati bahawa doctor yang merawat
penjual makanan itu adalah budak kecil yang pernah dia tolong dulu. Doktor ituntelah
menaggung segala kos rawatannya. Moralnya ialah, sebuah pemberian kecil dapat
mengubah hidup seseorang apabila kita menghormati haknya. Janganlah kita kedekut untuk
menderma pada tempat yang sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai