Anda di halaman 1dari 3

Guru memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi yang mahir dalam

pelbagai bidang. Menurut Djamarah mengatakan bahawa guru adalah seseorang yang
mendidik, memberikan ilmu pengetahuan kepada anak untuk merencanakan, menganalisis
dan mengatasi masalah yang dihadapi. Guru merupakan orang yang bertanggungjawab
untuk mendidik pelajar dari segi jasmani, rohani, intelek dan sebagainya (Abdul Mujib,
2006). Menurut Mok Soon Sang (1990) juga mengatakan bahawa guru merupakan seorang
yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat
berstatus. Oleh itu, peranan guru amat penting untuk melaksanakan sesuatu kurikulum
sesuai dengan kepelbagaian tahap dan potensi murid.

Antara cara yang diamabil oleh guru ialah guru perlu mengenalpasti tahap dan
potensi setiap murid. Hal ini kerana, setiap murid mempunyai tahap dan potensi yang
berlainan. Dalam setiap kelas, sesetengah pelajar akan cemerlang dalam setiap mata
pelajarannya. Manakala setiap kelas juga mesti ada sesetengah pelajar akan lambat
menerima pelajaran yang diajar oleh guru. Inilah dikatakan berbeza antara setiap murid
dalam tahap pembelajaran. Dengan itu, guru perlu mengenalpasti tahap dan potensi yang
ada pada murid tersebut. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti seperti
soalan selidik, kuiz dan sebagainya. Melalui penglibatan aktiviti ini guru dapat mengenalpasti
tahap dan potensi yang ada pada murid. Apabila seseorang murid menjawab soalan dengan
lebih cepat berbanding murid lain. Murid tersebut mempunyai tahap pembelajaran yang
tinggi dan potensi yang cemerlang. Oleh itu, setiap guru perlu mengenal pasti tahap dan
potensi yang ada pada setiap murid untuk melaksanakan sesuatu kurikulum yang sesuai.

Selain itu, cara lain yang diambil oleh guru ialah guru perlu merancang pengajaran
yang sesuai mengikut tahap setiap murid. Perancangan pengajaran yang dibuat oleh guru
perlu menimbangkan tentang objektif pelajaran dan isi pengajaran (Nurlia Mohammad,
2012). Guru perlu merancang pengajaran secara sistematik sebelum memasuki ke bilik
darjah. Hal ini demikian kerana, dalam kelas akan mempunyai jenis pelajar. Sebagai contoh,
ada pelajar yang cepat faham dan ada pelajar yang lambat faham tentang sesuatu topik
yang diajar oleh guru. Oleh itu, perancangan awal amat penting bagi setiap guru untuk
mengajar dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, perancangan awal ini juga membantu guru
bagi mereka tidak mengambil masa yang panjang untuk mengajar sesuatu topik kepada
pelajar. Guru mesti merancang pengajaran mereka bagi setiap murid menguasai sesuatu
topik dengan cepat dan lebih teliti. Jelaslah bahawa, guru perlu merancang pengajaran
mereka mengikut tahap setiap murid bagi murid dapat menguasai sesuatu topik dengan
lebih tepat.
Disamping itu, guru perlu menyediakan resos atau bahan pengajaran yang sesuai
dengan mengikut tahap murid masing-masing. Dalam setiap pdp, bahan pengajaran amat
penting kepada pelajar untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Bahan pengajaran ialah
satu benda maujud yang digunakan oleh setiap guru untuk menyampaikan pengajaran.
Dengan itu, guru perlu menyediakan bahan pengajaran seperti nota ringkas, carta-carta,
buku skrap dan sebagainya. Hal ini dapat memudahkan pelajar yang kurang berpotensi bagi
mengetahui dan memahami topik yang diajar dengan lebih jelas. Jika guru tidak
menyediakan bahan pengajaran kepada pelajar, maka pelajar kurang berpotensi tidak dapat
menguasai topik tersebut. Oleh itu, guru-guru perlu menyediakan pelbagai bahan kepada
pelajar supaya mereka dapat menguasai topik tersebut dengan lebih baik. Melalui nota
tersebut, pelajar juga boleh membaca bila-bila untuk mengingatkan semula topik yang
pelajari. Justifikasinya, guru perlu menyediakan bahan pengajaran yang sesuai mengikut
tahap dan potensi seseorang pelajar bagi menguasai sesuatu mata pelajaran dengan jelas.

Seterusnya, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang sesuai


mengikut tahap dan potensi pelajar. Hal ini dapat menarik perhatian pelajar dan juga dapat
memudahkan pelajar mengetahui sesuatu topik. Setiap murid mempunyai pemahaman yang
berbeza-beza. Sebagai tamsilnya, sesetengah murid suka topik-topik yang perlu dihafal dan
sesetengah pelajar tidak suka toipk-topik yang perlu dihafal. Disebabkan itu, pelajar kurang
berpotensi dalam topik tersebut. Guru perlu melakukan pelbagai aktiviti bagi menarik minat
untuk pelajar menguasai mata pelajaran tersebut. Guru perlu membuat aktiviti secara
kumpulan bagi pelajar dapat menguasai sesuatu mata pelajaran dengan jelas. Bukan itu
sahaja, apabila melakukan aktiviti secara berkumupul pelajar dapat berkongsi pendapat dan
pengetahuan antara satu sama lain. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan
teknologi terkini seperti komputer, LCD semasa mengajar sesuatu mata pelajaran. Hal ini
kerana, ramai pelajar suka menggunakan teknologi terkini dan juga sangat aktif dalam
penggunaannya. Mereka mengetahui segalanya. Dengan itu, guru juga perlu menggunakan
kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap dan potensi setiap murid.

Akhirnya, guru sentiasa membuat pentaksiran bilik darjah (PBD) selepas mengajar
setiap topik. Menurut Jacob& Parkinson (2015) menyatakan bahawa pentaksiran bilik darjah
adalah merupakan satu kaedah yang diperkenalkan untuk mengukur proses perkembangan
pembelajaran murid secara berterusan. Melalui pentaksiran bilik darjah, guru dapat
mengetahui potensi seseorang murid. Hal ini kerana, walaupun guru mengajar ada
sesetengah pelajar tidak memahami dan kurang pasti. Dengan perlaksanaan PBD, Guru
dapat meengenalpasti penguasaan seseorang pelajar tersebut topik tersebut. Sebagai
contoh, guru boleh menyediakan soalan bagi setiap topik untuk mengetahui pemahaman
pelajar terhadap topik tersebut. Daripada itu, guru dapat mengetahui topik mana yang
pelajar tidak menguasai dan tidak memahami. Oleh itu, guru perlu melaksanakan
pentaksiran supaya dapat mengenalpasti potensi seseorang pelajar.

Secara kesimpulannya, guru perlu mengetahui potensi dan tahap seseorang pelajar
dalam pembelajaran mereka. Pelbagai cara telah dapat dilaksanakan oleh guru supaya
potensi pelajar dapat dianalisis dengan tepat. Oleh itu, guru-guru perlu menggunakan
Langkah-langkah berikut untuk mengajar kepada pelajar-pelajar yang mempunyai potensi
dan tahap yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai