Anda di halaman 1dari 5

HURAIKAN TENTANG AKTIVITI PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN BAGI

SETIAP TAMADUN AWAL

1. TAMADUN MESOPOTAMIA
 Tamadun awal yang terkenal dengan penggunaan roda sebagai alat
pengangkutan.
 Melalui system pengangkutan yang ada di tamdun ini mereka menjalinkan
hubungan perdagangan dengan Kawasan-kawasan jiran.
 Sauudagaar dan pengembara mengharungi jalan perdagangan yang merentasi
Asia.

2. TAMADUN MESIR PURBA


 Ekspedisi yang pernah dilakukan dicatat secara terperinci dalam inskripsi di
dinding sebuah kuil di barat Thebes.
 Menggunakan jalan darat dari Thebes untuk menaiki kapal-kapal di Laut Merah.
Kapal-kapal itu kemudian belayar kira-kira 2000 km dari Laut Merah ke Punt.
 Selain itu, Pada kira-kira tahun 600 SM, Firaun Necho II mengasaskan armada
Phonecia untuk mencari jalan dari Laut Merah ke Mediterranean.
 Didorong oleh keinginan baginda untuk mencari jalan perdagangan yang boleh
menghubungkan Laut Merah dengan Delta Nil.
 Berjaya mencapai tujuan ini dengan belayar mengelilingi Tanjung Harapan.
 Melaporkan kedudukan matahari yang berada di sebelah kanan sambil mereka
belayar dari timur ke barat mengelilingi hujung selatan Afrika.
 Menjelang abad ke-7 SM, mereka telah belayar melepasi Selat Gibraltar ke
Madeira dan Kepulauan Canary.
 Berdagang bahan pencelup.
 Pada tahun 470 SM, Jeneral Hanno dari Carthage mengetui satu angkatan
armada besar menuju arah ini dan meneruskan pelayaran di sepanjang pantai
barat Afrika.
 Pada kira-kira pada tahun 2300 SM, seorang pegawai bernama Harkhuf telah
dihantar untuk membawa ekspedisi ke Yam, Nubia.
 Tatkala melepasi Riam Pertama di Sungai Nil, beliau pun melintasi sempadan
terjauh dalam dunia yang diketahui orang Mesir Purba.
 Catatan perjalanan beliau dapat dilihat pada inskripsi di makam beliau di Pulau
Elephantine, Sungai Nil.
 Ketika Mesir di bawah pemerintahan Kerajaan Pertengahan iaitu di permulaan
abad ke-20 SM, Amenemhet III telah menghantar kapal-kapal jauh ke luar negari
untuk mencari barang dagangan.
 Mereka membuat perhubungan dengan Crete, Syam, Babylon dan kawasan-
kawasan selatan.
 Mudah memperolehi bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet mumia
Kemenyan dari luar negeri kerana telah wujud penjelajahan waktu itu.

3. TAMADUN INDUS
 Kurang maklumat tentang penjelajahan dan penerokaan tamadun Indus namun
tiada penafian berlakunya penjajahan dan penerokaan bermotifkan perdagangan
dan agama.
 Kapal-kapal India belayar di Yaman.
 Menjelajah ke Asia Tenggara memperluaskan perdagangan dan agama sejak
abad pertama Masihi.
 Perdagangan bertukar kepada penjajahan.
 Penjajahan Raja Rajendra 1 (Raja Chola dari India Selatan) ke atas kerajaan-
kerajaan Srivijaya di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera (1025M).

4. TAMADUN HWANG HO
 Abad pertama masihi: Orang Cina mengembara dalam kumpulan kecil dan
hantar misi diplomatik sehingga Laut Caspian.
 Kapal dagang Cina: Sampai ke Eropah menjelang tahun 100M, berlayar ke
seluruh Asia Selatan dan India (600-900M).
 Bangsa yang maju dan ada kemahiran tinggi dalam penjelajahan dan
penerokaan.
 Hsuan Tsang: Mendalami ajaran Buddha, mendalami ilmu agama di Universiti
Nalanda.
 I-Ching: Berlayar ke India untuk melawat tempat suci Buddha dan belajar ilmu
agama.
 Pan Chao: Dilantik sebagai wizurai provisi Kashgar dan berjaya meluaskan
pengaruh hingga ke Syria.
 Kublai Khan: Ekspedisi ketenteraan dihantar ke Jepun (1274 dan 1281 M), ke
Jawa (1292 M).
 Orang Cina menghantar misi ke Constantinople dan mengadakan hubungan
dengan Empayar Rom.
 China mencapai keunggulan dalam bidang pelayaran khususnya pada zaman
Ming.
 1120 M, orang Cina menemui kompas magnet, mencipta alat seperti sekstan,
papan lindung angin dan ruangan kedap air dalam kapal.
 Cheng Ho: Tokoh pelayar yang terkenal pada abad ke 14 M, hingga ke India,
Asia Tenggara dan Afrika.

5. TAMADUN YUNANI
 Orang Crete:
1. Bermotifkan ekonomi dan politik.
2. Perdagangan antara Crete dengan Mesir.
3. Menguasai Laut Mediterranean (7000 S.M- 3500 S.M)
4. Berlayar ke pulau sekitar Laut Aegean untuk mencari obsidian,
5. Laluan perdagangan: Palestin-pantai utara Afrika dan Eropah Selatan.
6. Pelabuhan Crete: Pusat pengedaran barang.
7. Kaapal-kapal Crete: Cyprus, Sicily, Kepulauan Lipari, Levant, Selatan Perancis
dan Sepanyol.
8. Kapal Crete yang besar: mengankut bijirin dari Mesir dan balak dari Tanah
Besar Asia, kapal perang.

 Orang Phoenicia:
1. Menguasai Laut Mediterranean (1400 S.M.) dan mengasaskan pertempatan
di Carthage.
2. Bangsa pertama melalui Selat Gibaltar ((merentasi Laut Mediterranean ke
pantai Atlantik dan Afrika) untuk mambawa masuk Murex.
3. Berlayar ke Ophir dan Punt: emas, perak, burung, merak dan gading gajah.

 Orang Mycenea
1. Perdagangan: Asia Barat
2. Belayar ke sungai-sungai di utara Asia Kecil untuk mencari emas.

 Orang Carthaginia
1. Melancarkan ekspidisi mengelilingi Afrika yang diketuai oleh Sataspes.
2. Belayar sehingga Guines dan berpatah balik kerana keadaan laut yang
bergelora.

6. TAMADUN ROM
 Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat
baru iaitu Amerika, Asia dan Afrika. Contohnya Portugal menakluki kerajaan
Melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah menyebarkan agama Kristian.
 0rang-orang Sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka
daripada penguasaan orang Islam.
 Sistem ekonomi Kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik
persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
 Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi Merkantilisme di
negara-negara bangsa yang menekankan dasar pengumpulan kekayaan
menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan.
 Alat-alat seperti kompas magnetik dan astrolab diciptauntuk memudahkan
pelayaran. Kompas digunakanuntuk menentukan arah dan astrolab digunakan
untukmenentukan longitude.
 Masyarakat Eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan
Laut Mediterranean pada abad ke-15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti
pelayaran mereka.
 Bangsa Eropah mempraktikkan ciri-ciri individualisme, humanisme, sekularisme,
sifat kritikal dan rasioanalisme.
 Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah pada
zaman ini.
 Keadaan ini telah mendorong kebebasan pemikiran manusia dan mula
mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat
Eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru.
7. TAMADUN MELAYU
 Memang tidak dapat dinafikan masyarakat Melayu juga mempunyai kemahiran
dalam bidang penjelajahan dan penerokaan. Hal ini demikian kerana sikap orang
Melayu yang suka mengembara sepertimana yang dilakukan oleh orang
Minangkabau dan Bugis.
 Di samping itu, terdapat juga rekod-rekod yang menunjukkan kapal-kapal
pedagang Melayu dari Jawa yang terlibat dalam aktiviti perdagangan di Afrika,
China dan lain-lain.
 Kemahiran dalam ilmu pelayaran telah menyebabkan masyarakat Melayu
melibatkan diri dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
 Mereka mahir dalam aspek-aspek geografi seperti keadaan ombak, jenis angin,
kedudukan batu karang, beting dan lain-lain.
 Selain itu, mereka turut dalam pembinaan dan penggunaan alat-alat
pengangkutan laut.

Anda mungkin juga menyukai