Anda di halaman 1dari 3

1.

VASCO DE GAMA
LATAR BELAKANG
 Dilahirkan pada tahun 1469 di Sines, Portugal

 Seorang kapten tentera laut Portugis

 Diperintah Raja Portugis untuk mencari laluan ke India dengan belayar ke Timur
mengelilingi Selatan Afrika 
 Apabila sampainya Pedro da Covinha di India pada tahun 1487dengan
menyeberangi Laut Mediterranean dan melayari Laut Merah orang Portugis
menanam tekad untuk mencari jalan ke timur (selepas membaca laporan da Cavinha
yang menceritakan bagaimana beberapa buah negara kecil yang ditemuinya telah
menjadi kaya hasil perdagangan mereka negara-negara tersebut dengan dunia
Arab)
 Tiba di Tanjung Harapan setelah belayar selama 3 bulan

 Dipandu arah oleh seorang pemuda Arab yang ditemuinya di Malindi iaitu Shihab al-
Din bin Majid al Najdi
 Sampai ke pelabuhan Kalikat di pantai barat daya India pada bulan Mei 1498. 

 Vasco da Gama hanya dapat membeli sedikit rempah dan barangan lain untuk
dijadikan sebagai bukti yang beliau telah menemui jalan ke timur kerana pedagang
Islam tidak tertarik dengan barang dagangan da Gama dan tidak suka orang Eropah
Kristian campur tangan dalam perdagangan mereka.
 Selepas 3 bulan berada di India, beliau kembali ke Portugal dengan 55 orang anak
kapal dan disambut sebagai wira.
 Vasco da Gama melancarkan satu lagi ekspedisi perdagangan ke India pada tahun
1502. Pada tahun 1524 beliau kembali ke India sebagai wizurai untuk memerintah
koloni Portugal yang baru tetapi malangnya beliau meninggal dunia sejurus sampai
ke situ.

SUMBANGAN
 Menemui jalan ke Timur dengan menggunakan laluan selatan Afrika

2. CHENG HO
LATAR BELAKANG
 Cheng Ho atau Zheng Ho (1371-1435) merupakan seorang penjelajah China yang
sangat masyhur semasa Dinasti Ming iaitu pada zaman Maharaja Yung Lo
 Beragama Islam dan setia memberi khidmat kepada pihak istana

 Beliau mengetuai armada penjelajahan terbesar yang mengandungi  27,000 orang


anak kapal dan 317 buah kapal (sebenarnya dipanggil jong )dan ekspedisi beliau
mengandungi sehingga 63 buah kapal yang belayar bersama-sama. 
 Melancarkan sebanyak tujuh ekspedisi pelayaran besar-besaran antara 1405-1433
Masihi
 Ketujuh-tujuh pelayaran beliau mengambil masa kira-kira 2 tahun setiap satu. 

 Armada ini belayar ke sebahagian besar Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera,
Siam, Melaka, dan Borneo. 
 Ekspedisi lain telah ke India, Kepulauan Maldives, Teluk Pars, negara Arabi dan
pantai timur Afrika (1415). 
 Ada kemungkinan mereka juga telah mengelilingi Tanjung Harapan pada kira-kira 70
tahun sebelum orang Eropah melakukannya. 
 Ini dikaitkan dengan adanya satu peta China pada tahun 1420 dengan jelas
menunjukkan sebahagian pantai barat Afrika. 

SUMBANGAN 
 Meluaskan hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan di Asia, menonjolkan
kuasa dan pengaruh China ke seluruh pelusuk dunia, mengumpul cukai,
mengasaskan koloni wilayah naungan, mengemukakan maklumat tentang wilayah
asing dan mendapat bantuan bagi mengatasi serangan Monggol
 Menyertai ekspedisi membawa utusan khas daripada Maharaja China ke negara-
negara yang dilawati. Beliau diutus oleh Maharaja Yung Lo untuk mengiringi utusan
asing yang kembali ke negara asal, iaitu benua Afrika.
 Pada tahun 1405 Masihi, beliau memimpin ekspedisi ke Asia Tenggara khususnya
Sumatera, Jawa, Thailand, Tanah Melayu dan Borneo.Melawat Melaka pada tahun
1409 dan 1411, dan menyampaikan hadiah berupa cap mohor, persalinan, payung
kuning dan kain sutera kepada sultan Melaka, iaitu Parameswara.

3. AWANG HITAM
 Orang melayu yang merupakan manusia pertama berjaya mengelilingi dunia
 Dikenali sebagai Henry the Black/ Enrique de Malacca oleh orang barat

 Pengembaraan bermula apabila beliau menjadi hamba tawanan semasa penaklukan


Portugis terhadap Melaka pada 1511
 Dibawa menggunakan kapal Lisbon untuk dijual sebagai hamba
 Apabila tiba di Portugis, beliau dibeli oleh Magellan dan dinamakan sebagai Henry
the Black/ Enrique de Malacca
 Magellan berhijrah ke Sepanyol bersama Enrique sebelum diarahkan oleh Raja
Charles I (Raja Sepanyol) untuk belayar mencari tanah dan harta untuk Kerajaan
Sepanyol
 Enrique menjadi orang kanan Magellan apabila pelayaran ke Barat dimulakan

 Pada tahun 1519, pelayaran dimulakan meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke


Barat.
 Ramai yang mati dalam pelayaran tersebut kerana pelayaran ke Barat tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana penjelajah.
 Magellan berjaya menemui benua Amerika Selatan dan Selat Magallaes yang
dinamakan semena namanya.
 Magellan dan Enrique meneruskan pelayaran bersama kelasi kapal yang lain
merentasi Lautan Pasifik sehingga menemui Pulau Cebu, Filipina pada 1521
 Awang hitam diriwayatkan telah terselamat dan ramai pengkaji sejarah yakin bahawa
dia telah kembali ke kampung halamannya
 Ini secara tidak langsung telah menjadikan Awang Hitam sebagai manusia pertama
berjaya mengelilingi dunia lebih awal berbanding tokoh pelayaran lain

Anda mungkin juga menyukai