Anda di halaman 1dari 4

CIRI-CIRI EKONOMI TAMADUN MESOPOTAMIA

 Wujud pengkhususan kerja atau pelbagai kegiatan ekonomi


 Menjadi pedagang, perniaga dan artisan.
 Perdagangan dijalankan dengan wilayah di sekitar Mesopotamia dan lembah Indus.
 Terdapat pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluan harian.
 Menjadi tukang rumah akibat pertambahan penduduk.
 Berkhidmat sebagai tentera untuk mempertahankan negara kota daripada serangan
musuh.
 Mengusahakan tanah untuk kegiatan pertanian seperti gandum dan barli
 Menggunakan bajak dalam sistem pertanian
 Membina tambak untuk mengelakkan banjir
 Menjalankan sistem sara diri sebelum diganti dengan sistem komersial
 Perdagangan sistem komesial berlaku apabila wujudnya penggunaan wang perak
 Keperluan utama dalam proses import seperti kayu balak dan logam

CIRI-CIRI EKONOMI TAMADUN MESIR PURBA

 Wujud pengkhususan kerja seperti penemuan dan pembuatan peralatan.


 Eksport utama ialah tekstil dan kertas.
 Perlombongan emas di kawasan Nubia.
 Kawasan lembah sungai menjadi tempat utama untuk pertanian seperti Lembah Sungai
Nil kerana mempunyai tanah yang subur dan sesuai
 Sungai Nil membolehkan kapal berlabuh di pelabuhan-pelabuhan seperti Thebes dan
Memphis.
 Berjaya menarik kedatangan pedagang dari Laut Mediterranean dan Laut Merah.
 Contoh kegiatan pertanian seperti penanaman gandum,barli,kurma dan pokok papyrus
 Menjalankan ekonomi sara diri dan berubah menjadi komersial apabila pertambahan
hasil
dalam kegiatan ekonomi
 Pembinaan terusan digunakan bagi mengairi tanaman
 Menjalankan perlombongan dan perniagaan
 Perniagaan dijalankan menggunakan sistem barter pada sebelum berkembang menjadi
perdagangan antarabangsa
 Turut mengimport gandum,tembikar,barang-barang kemas dan kayu perabut.

CIRI-CIRI EKONOMI TAMADUN INDUS

 Mempunyai pengkhususan kerja.


 Menjalankan kegiatan pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan.
 Menjalankan aktiviti perdagangan dengan masyarakat luar iaitu Mesopotamia.
 Terdapat masyarakat yang menjadi artisan.
 Terlibat alam penghasilan barangan logam dan tembikar.
 Perlaksaan sistem cukai.
 Penggunaan mata wang sebagai medium jual beli.
 Mengusahakan tanaman kapas, barli, kacang dan gandum
 Menggunakan roda untuk dijadikan sebagai kincir
 Pembinaan sistem pengairan untuk meningkatkan hasil tanaman
 Menggunakan sistem pengangkutan seperti unta, gajah, kuda dan keldai
 Menjalankan perusahaan utama seperti pertukangan gangsa, tembaga, emas, perak
dan
tembikar
 Perdagangan turut melibatkan negara-negara seperti China, Ceylon, Asia Tenggara
 Barangan seperti kain tenun merupakan eksport utama di samping peralatan lain
 Menjalankan kegiatan perlombongan seperti emas, tembaga dan perak

CIRI-CIRI EKONOMI TAMADUN HWONG HO

 Mempunyai pengkhususan kerja seperti penemuan


 Bergantung kepada pertanian, perdagangan dan perindustrian.
 Mencipta pelbagai barang tembaga: bekas minuman dan makanan, senjata dan barang
tembikar
 Membantu kerja-kerja pemburuhan dan korban untuk upacara penyembahan.
 Menjalin hubungan perdagangan dengan India, Mesir, Mesopotamia dan Rom
 Sistem penggiliran tanaman diperkenalkan untuk menjaga kesuburan. 
 Jelai dan gandum merupakan bijiran utama ditanam di China
 Lembu, kerbau, kuda dan kambing menjadi haiwan peliharaan petani
 Pertanian dijalankan di kawasan bukit berteres
 Cukai turut menjadi pendapatan utama kerajaan dalam dinasti tertentu
 Sistem pengairan dan peralatan pertanian diperbuat daripada besi
 Terdapat dinasti yang menggunakan sistem timbang dan sukat
 Menjalankan kegiatan pembuatan tembikar, barangan ukiran daripada kayu dan
menenun
tekstil dan bulu
 Terdapat pelabuhan untuk mengumpulkan barang dagangan tempatan.

CIRI-CIRI EKONOMI TAMADUN ROM

 Menjalankan kegiatan pertanian, perdagangan dan penternakan.


 Membina empangan dan saluran air
 Menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
 Tamadun awal Rom berkembang mengikut sistem seperti sistem ekonomi sara diri,
ekonomi komersial, ekonomi perdagangan dan ekonomi kapitalisme
 Mengusahakan tanaman gandum,anggur dan zaitun kerana bersesuaian
 Menternak biri-biri dan kambing
 Mengimport barangan dari negara India dan China
 Menggunakan wang syiling dalam perdagangan
 Contoh barang yang diimport dari negara luar seperti sutera, lada putih, rempah ratus,
emas, perak dan sebagainya.

CIRI-CIRI EKONOMI TAMADUN YUNANI

 Menjalankan aktiviti perdagangan kecuali Sparta.


 Menjadi pusat pengumpulan barangan dari Timur.
 Perdagangan dengan kawasan luar terutama melalui jalan laut.
 Menjalankan pertanian namun hanya di sesetengah tempat kerana kebanyakan tempat
mempunyai bentuk muka bumi yang bergunung dan pulau
 Menjalankan kegiatan pertanian seperti penanaman jagung
 Menjalankan kegiatan penternakan dijalankan di kawasan-kawasan lereng bukit seperti
penternakan biri-biri
 Athens menjadi pusat pengumpulan barang dari timur dan turut mengimport bekalan
seperti ikan dan bahan mentah

CIRI-CIRI EKONOMI TAMADUN MELAYU

 Menjadi pusat import eksport


 Menjalankan aktiviti perdagangan
 Kerajaan Melayu terbahagi kepada dua iaitu maritim dan agraria
 Kerajaan maritim berasaskan perdagangan dan kelautan
 Kerajaan agraria berasaskan pertanian
 Menghasilkan tanaman seperti padi, hasil hutan, kapur barus dan pencelup.
 Kedua-dua kerajaan ini saling melengkapi dalam sistem ekonomi
 Kerajaan maritim memperoleh barangan dari kerajaan agraria sebelum menjalankan
perdagangan enterpot
 Menjalankan perdagangan antarabangsa di pelabuhan entrepot seperti pelabuhan Oc-
eo di Funan
 Menjalankan hubungan antarabangsa denga meluas dalam perdagangan seperti
dengan
China dan Timur Tengah

Anda mungkin juga menyukai