Anda di halaman 1dari 3

1. Jelaskan peranan dan fungsi sistem kabinet di negara kita.

 Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang


diamalkan pada masa ini di negara kita. Fungsi sistem kabinet di negara kita
Untuk menguatkuasakan undang-undang yang dibahagikan kepada tiga iaitu,
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerjaan tempatan. Selain itu,
fungsi sistem kabinet untuk melaksanakan tanggungjawab bersama parlimen.
 Peranan sistem kabinet ialah mentadbirkan kerajaan persekutuan mengikut
bidang kuasa yang terdapat dalam senarai persekutuan. Contoh perdana
Menteri berperanan sebagai menyelaraskan semua dasar negara, menjadi
penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dan sebagainya, Selain itu,
membuat dasar kerajaan, Tambahan pula, membentuk dasar koordinasi yang
bertujuan membina sebuah kerajaan yang cekap dan efektif. Seterusnya,
memperinci dasar-dasar umum yang dijanjikan kepada rakyat. Tugas kabinet
sebagai pembawa usul atau rang undang-undang kerjaan. Akhirnya,
mengendalikan sebarang masalah kecemasan yang melibatkan negara dan
rakyat.

2. Senaraikan kementerian dan agensi kerajaan Malaysia yang terkini.


 Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM)
 Kementerian Belia Dan Sukan
 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
 Kementerian Kerja Raya
 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
 Kementerian Kesenian, Kebudayaan Dan Warisan
 Kementerian Kesihatan
 Kementerian Kewangan
 Kementerian Luar Negeri
 Kementerian Pendidikan
 Kementerian Pengajian Tinggi
 Kementerian Pelancongan
 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah
 Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
 Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi
 Kementerian Sumber Manusia
 Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
 Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
 Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
 Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
 Kementerian Pertahanan
 Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
 Kementerian Pengangkutan

3. Daripada soalan 2, pilih 6 kementerian yang anda anggapkan penting peranannya


dan menghuraikan tanggungjawab kementerian tersebut untuk membantu Malaysia
membina satu negara bangsa yang kuat, kukuh dan dinamik di persada dunia

- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi


 Kementerian ini sangat membantu malaysia untuk membina satu negara
yang kukuh. Bidang sains ini sangat penting untuk meningkatkan
kemajuan negara dari segi pendidikan, ekonomi dan juga sosial. Bidang
sains yang maju dapat mengharumkan nama negara kita dan juga
membina negara bangsa yang kuat. Teknologi yang tinggi juga dapat
membangunkan negara bangsa.

- Kementerian Kewangan
 Kewangan adalah sangat penting dalam memajukan negara kita dalam
pelbagai industri. Kementerian Kewangan ini mengurus pendapatan
negara Malaysia dan juga mengembangkan ekonomi negara. Oleh itu,
kewangan adalah sangat perlu untuk kemajuan negara kita sehingga
persada dunia.

- Kementerian Pendidikan
 Pendidikan juga sangat penting untuk melahirkan satu negara bangsa
yang kukuh. Melalui pendidikan, kita dapat mengetahui tentang sejarah
negara dan nilai-nilai murni kepada masyarakat. Pendidikan ini juga dapat
mengetahui segala peristiwa tentang sejarah. Pendidikan adalah satu
cara untuk mengukuhkan kerjasama antara satu sama lain tanpa
mengira agama, bangsa dan kaum. Dengan ini, dapat membina senuah
negara bangsa yang kuat dan kukuh dapat dibina.
- Kementerian Kesihatan
 Kesihatan sangat penting untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Dengan ini dapat membina satu negara bangsa yang kukuh. Kementerian
ini membantu setiap rakyat untuk menjaga kesihatan. Dengan ini
kementerian menyediakan pelbagai rawatan, ubat-ubatan dan
sebagainya. Kementerian ini juga menjalankan kempen berkaitan
kesihatan. Oleh itu, semua rakyat bekerjasama untuk melibatkan diri
aktiviti yang disediakan.

- Kementerian Pertahanan
 Pertahanan juga memainkan peranan utama untuk menjaga keselamatan
negara. Kementerian ini berperanan sebagai melindungi negara daripada
ancaman luar, menjamin keselamatan negara dan sebagainya. Dengan
ini, dapat hidup dengan aman dan ketenteram. Melalui ini juga dapat
membina satu negara bangsa yang kuat.

- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi


 Hal ehwal ekonomi juga membantu Malaysia untuk membina negara
bangsa yang kukuh. Kementerian ini merangka dan menyediakan
pelbagai dasar-dasar ekonomi untuk membangunkan negara.
kementerian ini berpenanan menggubal dasar ekonomi dan menjalankan
tugas berkaitan ekonomi. Dengan ini dapat memajukan negara dan juga
menaikkan mata wang negara.

Anda mungkin juga menyukai