Anda di halaman 1dari 15

Di sebalik

PERANG DUNIA PERTAMA

&
KONFLIK ANTARABANGSA

Oleh:
En. Mohd Alias bin Demyati
En. Nordin bin Hashim
Pn. Norhimah binti Othman
En. Azhari bin Mohamed
Pn. Nor Rafidah binti Daud
Pn. Nur Hidayah bt. Mohd Yusuf Chong
Pn. Nur Amani binti Raja Yahya
Pn. Rahimah binti Mahmod
KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka surat
1 Pendahuluan 2
2 Faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama 2-3
3 Kesan Perang Dunia Pertama 3-4
4 Kesan konflik antarabangsa terhadap Asia Tenggara 4-5
5 Kesan konflik antarabangsa terhadap Malaysia 5-6
6 Mengapakah konflik dunia masih terus berlaku pada hari ini? 6
7 Sejauhmanakah PBB berjaya menyelesaikan konflik dunia pada 7
hari ini?
8 Jika anda sebagai seorang pemimpin negara, berikan cadangan 8
anda untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.
9 Bagaimanakah konflik dunia dapat diselesaikan? 9
10 Bagaimanakah perang dunia pada masa hadapan dapat 10
dielakkan?
11 Mengapakah konflik dunia perlu dielakkan? 11
12 Mengapakah seorang pemimpin perlu berwibawa dan bijaksana 11 - 12
dalam menjalin hubungan antarabangsa?
13 Peperangan akan merugikan semua pihak yang terlibat seperti 12 - 13
yang dinyatakan perpatah melayu “kalah jadi abu, menang jadi
arang.” Apakah kesan terhadap tamadun manusia pada masa
hadapan jika berlaku perang dunia sekali lagi?
14 Apakah kepentingan sikap toleransi/ kerjasama/ hormat- 13
menghormati antara negara dalam mewujudkan sebuah dunia
yang aman?
15 Penutup / kesimpulan 14

1
Perang Dunia Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah
diketahui oleh manusia. Perang tersebut juga menandakan bermulanya konflik antarabangsa
yang lain dan meninggalkan kesan yang besar terhadap dunia.

PENDAHULUAN

Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia kedua merupakan konflik antarabangsa yang
berlaku pada pertengahan abad ke-20. Perikatan Kuasa Tengah dan Perikatan Bertiga terlibat
dalam Perang Dunia Pertama manakala Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi pula adalah pakatan
yang wujud dalam Perang Dunia Kedua.

Perang Dunia Pertama berpihak kepada Perikatan Bertiga manakala Perang Dunia
Kedua berpihak Kuasa Bersekutu. Perang Dunia Kedua juga telah memberi kesan yang sangat
besar kepada dunia apabila bom atom pertama digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki Jepun.

Konflik ini telah meninggalkan kesan besar kepada sejarah dunia. Perang Dunia Pertama
telah membawa kepada konflik dunia yang seterusnya iaitu Perang Dunia Kedua, Kemunculan
Blok Dunia dan Perang Dingin. Peperangan ini bukan sahaja memberi kesan yang besar
terhadap dunia malah memberi kesan terhadap negara kita.

FAKTOR YANG MENCETUSKAN PERANG DUNIA PERTAMA

Faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama dari aspek politik ialah kemunculan
nasionalisme. Pada penghujung abad ke-19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan
membentuk sebuah negara bangsa yang lebih besar. Contohnya, Jerman dan Itali yang turut
menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis, Austria-Hungary dan Rusia
dalam usaha mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa-kuasa
besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuatan masing-masing.

Seterusnya, Perang Dunia Pertama tercetus disebabkan oleh sistem pakatan negara-
negara Eropah. Hal ini demikian kerana menjelang awal abad ke-20, negara Eropah mempunyai
dua pakatan iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Perikatan Kuasa Tengah atau
Triple Alliance yang dibentuk pada tahun 1882 dianggotai oleh negara Jerman, Austria-Hungary
dan Itali. Perikatan ini kemudian disertai oleh Turki dan Bulgaria. Pakatan Bertiga atau Triple
Entente yang dibentuk pada tahun 1907 pula terdiri daripada Britain, Perancis dan Rusia. Pakatan
ini kemudiannya disertai oleh Itali dan Jepun. Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mula
mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud ketika itu.

Selain itu, faktor ekonomi yang melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut
peluang ekonomi turut menjadi pencetusnya. Hal ini berlaku demikian akibat imperialisme baru.
Kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk
mendapatkan bahan mentah dan untuk memasarkan barangan siap mereka.

2
Faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke
Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh seorang
pengganas Serbia pada 28 Jun 1914. Akibatnya, Austria dengan sokongan Jerman telah
mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28 Julai 1914. Serbia pula disokong oleh
sekutunya Rusia dan Perancis. Serangan Jerman terhadap Perancis melalui negara berkecuali,
iaitu Belgium telah menimbulkan kemarahan Britain yang sememangnya bermusuhan dengan
Jerman. Britain turut campur tangan dan kemudiannya meminta bantuan Amerika Syarikat.
Serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat turut melibatkan negara tersebut
dalam peperangan ini.

KESAN PERANG DUNIA PERTAMA

Kesan Perang Dunia Pertama ialah keruntuhan pemerintahan beraja di Eropah.


Contohnya di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan empayar Uthmaniyah. Kerajaan republik
Jerman telah didirikan apabila Kaiser Wilhem II terpaksa turun takhta. Beliau telah mendapatkan
perlindungan politik di Belanda. Empayar Austria-Hungary pula berakhir di bawah pemerintahan
Dinasti Habsburg apabila beraku pemberontakan di wilayah yang dikuasainya.

Revolusi yang tercetus di Rusia telah menumbangkan pemerintahan Tsar Nicholas II yang
membolehkan Vladimir Lenin telah memimpin kerajaan komunis pertama di dunia. Sultan
Mehmed VI, khalifah empayar Uthmaniyah juga digulingkan. Ini membolehkan Mustafa Kemal
Ataturk mengetuai kerajaan Turki yang bercorak republik.

Selain itu, Perjanjian Versailles yang dimeterai sewaktu Persidangan Damai 1919 telah
mengubah peta Eropah. Ia juga telah membentuk beberapa buah negara baru. Contohnya
keruntuhan empayar Austria-Hungary melahirkan negara seperti Austria, Hungary,
Czechoslovakia dan Yugoslavia.

Perpecahan empayar Rusia pula telah membawa kepada penubuhan negara baharu
seperti Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania. Perpecahan empayar Uthmaniyah juga telah
membentuk negara Lebanon, Syria dan Iraq.

Perjanjian Versailles juga telah membentuk Liga Bangsa pada tahun 1919. Matlamatnya
ialah untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa. Ia juga berperanan
menjamin keselamatan bersama. Keahlian Liga Bangsa dianggotai negara-negara bersekutu
(kecuali Amerika Syarikat) dan negara-negara berkecuali. Namun, liga ini gagal untuk menjamin
kesejahteraan dunia.

Perang Dunia Pertama juga telah menyebabkan kadar inflasi dan hutang peperangan
yang tinggi dalam kalangan negara-negara yang berperang. Ini disebabkan oleh perbelanjaan
perang yang terlalu besar. Sebagai contohnya, Pakatan Bertiga telah membelanjakan US$125
bilion manakala Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion pada akhir peperangan.

3
Selain itu, Amerika Syarikat dan Jepun mula mengambil alih pasaran dunia. Ia
memberi kesan kepada negara-negara Eropah terutama Britain. Negara industri dunia ini pernah
menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar.

Perang Dunia Pertama juga telah menyebabkan Britain kehilangan satu per tiga
daripada perdagangan luarnya. Ia juga memperlihatkan kehilangan nyawa yang begitu ramai.

Perang juga memberi kesan kepada negara kita. Bagi menyekat kebangkitan orang
Melayu, Raja-Raja Melayu diminta menandatangani perisytiharan perang yang menyokong dan
memberikan taat setia kepada kerajaan British. Pelbagai undang-undang yang berkaitan perang
diluluskan oleh pentadbiran British. Antaranya ialah peruntukan kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
untuk meletakkan negeri Melayu di bawah undang-undang tentera jika keadaan memerlukan.
Kemakmuran ekonomi negeri Melayu juga dimanipulasi oleh pihak British. Wang
hasil timah dan getah telah digunakan untuk membiayai operasi British dalam Perang Dunia
Pertama.

KESAN KONFLIK ANTARABANGSA TERHADAP ASIA TENGGARA

Perang Dunia Pertama adalah konflik global antara kuasa besar Eropah yang mahu
melindungi kepentingan jajahan mereka tetapi juga telah menyebabkan kesengsaraan di
wilayah yang tidak terbabit secara langsung dengan konflik ini. Asia Tenggara juga menerima
kesan daripada konflik tersebut.

Konflik antarabangsa telah menjejaskan ekonomi negara di Asia Tenggara. Negara kita
merupakan tanah jajahan British semasa Perang Dunia pertama. Rakyat mengalami penderitaan
ekonomi. Disebabkan ekonomi negara bergantung kepada getah dan bijih timah maka kejatuhan
harga komoditi tersebut menyebabkan penderitaan teruk terhadap pekerja.

Ekonomi negara-negara Asia Tenggara dieksploitasi bagi membiayai peperangan


seperti memperkenalkan pelbagai jenis cukai yang membebankan penduduk. Ini kerana
peperangan di Eropah memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Konflik juga telah menyebabkan timbul semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
di Asia Tenggara. Rakyat Filipina menentang Sepanyol dan Amerika Syarikat, rakyat Indonesia
pula menentang Belanda manakala rakyat Tanah Melayu menentang British. Rakyat mula
bangun untuk menuntut hak dan kebebasan negara daripada penjajah. Semangat nasionalisme
dan gerakan kemerdekaan di negara Asia Tenggara telah memberi kejayaan apabila negara
seperti Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina berjaya mendapatkan kemerdekaan

Kesan daripada konflik antarabangsa terhadap Asia Tenggara telah membawa konflik
Perang Vietnam. Vietnam telah menjadi medan Perang Dingin antara kuasa besar iaitu Amerika
Syarikat dan China di Asia Tenggara. Perang ini telah menggugat keamanan rantau Asia
Tenggara. Rakyat Vietnam telah melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan daripada
negara jiran seperti Thailand dan Malaysia.

4
Pengaruh komunis yang semakin kuat telah menyebabkan penubuhan pakatan tentera
antikomunis yang dikenali sebagai Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara [SEATO]. Antara
negara Asia Tenggara yang menganggotai SEATO ialah Filipina dan Thailand. Pakatan ini
ditubuhkan untuk menyekat pengaruh komunis di Asia Tenggara. Malaysia, Myanmar dan
Indonesia mengambil pendirian berkecuali kerana bimbang pakatan tersebut meningkatkan
ketidakstabilan politik yang boleh menggugat dan mengancam negara di Asia Tenggara. Selain
itu juga Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) yang dianggotai oleh Thailand,
Indonesia dan Filipina ditubuhkan untuk membendung pengaruh komunis.

Deklarasi Kuala Lumpur 1971 telah mengistiharkan ASEAN sebagai Zone of Peace,
Free and Neutrality (ZOPFAN). Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan
dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan tidak bersekongkol dengan mana-mana kuasa
besar.

KESAN KONFLIK ANTARABANGSA TERHADAP MALAYSIA

Konflik antarabangsa akan mempengaruhi keamanan dunia secara amnya tidak


terkecuali Malaysia. Konflik antarabangsa yang berlaku sama ada melibatkan dua atau lebih
negara yang jauh kedudukan geografinya dari Malaysia akan mempengaruhi secara langsung
politik dan dasar luar negara, ekonomi serta perdagangan antarabangsa.

Konflik antarabangsa secara tidak langsung memberi kesan terhadap penggubalan


dasar luar Malaysia. Dasar luar Malaysia berubah mengikut keadaan semasa. Malaysia
mengamalkan dasar pro barat pada awal kemerdekaan telah mengamalkan dasar berkecuali dan
berbaik dengan semua negara. Perubahan ini disebabkan peristiwa Perang Vietnam yang
melibatkan Amerika Syarikat dan China.

Konflik dunia memberi kesan terhadap ekonomi Malaysia. Konflik yang berlaku di Asia
Barat telah mempengaruhi pengeluaran minyak dan kenaikan harga bahan api. Perkara ini
mengganggu kehidupan harian masyarakat Malaysia. Seterusnya kenaikan harga bahan api
membawa kepada kenaikan kos dan harga barangan.

Selain itu, konflik yang berlaku akan memberi kesan kepada jumlah kehadiran
pelancong dan menjejaskan pendapatan negara. Selain itu, pengangguran dijangka
meningkat dan taraf hidup rakyat akan merosot.

Konflik dunia juga memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Nyawa rakyat Malaysia akan
terancam di negara yang berhadapan konflik. Malaysia terpaksa membawa pulang rakyatnya
dari negara yang dilanda konflik contohnya di Syria.

5
Seterusnya konflik yang berlaku telah membawa kepada kebanjiran kemasukan
pelarian dari negara yang bergolak. Perang ini telah menyebabkan bilangan pelarian yang
ramai ke Malaysia. Malaysia terpaksa menyediakan petempatan khas di Pulau Bidong untuk
pelarian ini. Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan dan kos untuk menampung mereka.
Nelayan juga menanggung kerugian apabila mereka tidak dibenarkan menangkap ikan
berhampiran pulau tersebut.

MENGAPAKAH KONFLIK DUNIA MASIH TERUS BERLAKU PADA HARI INI?

Konflik dunia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kancah politik antarabangsa dan
masih terus berlaku pada hari ini. Keadaan ini kerana ada kuasa-kuasa tertentu yang sentiasa
berlumba-lumba meningkatkan keupayaan negara masing-masing. Misalnya, Amerika
Syarikat yang ingin mengekalkan penguasaannya sebagai kuasa besar dunia demi kepentingan
nasionalnya.

Dasar luar pemimpin sesebuah negara secara tidak langsung menyumbang kepada
tercetusnya konflik. Iran misalnya memusuhi Amerika Syarikat yang sering campur tangan dan
mendominasi negara lain demi kepentingan negara mereka. Impaknya ia membawa kepada
tuduh menuduh yang berpanjangan.

Selain itu, pandangan yang berbeza antara penganut agama menjadi penyebab konflik
dunia terus berlaku. Sebahagian besar penganut agama mentafsirkan ajaran agamanya dengan
cara yang salah. Ini menyebabkan perselisihan faham antara agama dan mencetuskan konflik.
Contohnya konflik Hindu-Islam antara India dan Pakistan serta antara Islam-Kristian di Kaherah,
Mesir. Kesannya banyak orang cedera dan terkorban.

Kemunculan negara sekutu atau negara proksi juga seolah-olah konflik dunia tidak
ada kesudahan. Ia adalah cara sesebuah negara yang lemah bergantung dengan negara kuasa
besar untuk mengekalkan kedaulatan ataupun berbaik antara sesama kuasa besar yang
mempunyai kepentingan. Konflik antara Iran dan Israel dijangka semakin bergolak melalui sekutu
masing-masing. Sebagai negara sekutu dan negara proksi Amerika Syarikat, Israel berasa
terancam kerana kegagalannya mengatur strategi dalam konflik Syria. Akibatnya Israel cuba
memperkuatkan kembali kedudukannya dengan mengadakan hubungan tidak rasmi dengan
beberapa negara Arab yang memusuhi Iran.

Konflik dunia juga berlaku kerana keupayaan ketenteraan yang hebat sama ada di laut,
darat dan udara. Amerika Syarikat kini bertegang dengan Korea Utara berkaitan isu senjata
nuklear. Setiap kali Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu nuklear, Amerika Syarikat
menyatakan kesediaan untuk berperang.

Jelaslah, dunia yang sepatutnya bertamadun tinggi dan kecanggihan lebih baik, masih
dibelenggu konflik. Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran misalnya jika dibiarkan, tidak
mustahil beralih ke arah krisis peperangan secara terbuka yang akan membawa kemusnahan
dan kerugian yang besar.

6
SEJAUHMANAKAH PBB BERJAYA MENYELESAIKAN
KONFLIK DUNIA PADA HARI INI?

Dalam tempoh 76 tahun penubuhan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah


berjaya mencapai kejayaan dalam menyelesaikan konflik dunia pada hari ini. Antaranya PBB
memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. Pada tahun
1960, PBB meluluskan pengisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara yang
dijajah. Ini bertepatan dengan Piagam PBB iaitu negara-negara anggota PBB diamanahkan untuk
mentadbir wilayah jajahan, memastikan penduduk wilayah mendapat layanan saksama,
mendapat perlindungan daripada keganasan dan menggalakkan pemerintahan sendiri.

Pada tahun 1948, Majlis Perhimpunan Agung PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi
menangani isu dasar apartheid iaitu amalan mendiskriminasi kaum mengikut warna kulit. PBB
telah menyarankan agar semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan
Afrika Selatan. Pada 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Pengisytiharan Pembasmian
Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

Majlis Keselamatan PBB pula memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik


dengan aman. Antara kejayaannya ialah mengundurkan tentera Soviet Union dari utara Iran
pada tahun 1946. Pada 1956, krisis Terusan Suez berjaya diselesaikan. Pada tahun 1960-1962,
PBB menghantar pasukan pendamai ke wilayah Congo. Pasukan pengaman PBB berjaya
melakukan operasi di banyak negara termasuk Kemboja, Namibia dan Timor Leste. Manakala
pada tahun 1964-1974, PBB memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus
daripada merebak.

PBB berusaha mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam


keselamatan dunia. PBB telah mengambil langkah untuk menyekat penggunaan senjata nuklear
dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang. PBB berjaya
mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat agar mengundurkan peluru berpandu masing-
masing dalam krisis di Cuba. PBB juga berjaya mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam
peperangan Iran-Iraq untuk mencapai persetujuan gencatan senjata.

Kesimpulannya, PBB berjaya mengambil langkah-langkah berkesan bagi menangani


konflik yang melibatkan negara-negara anggota dan konflik dunia hari ini. Melalui agensi-agensi
yang ditubuhkan, PBB mampu mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat
dunia.

7
JIKA ANDA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN NEGARA,
BERIKAN CADANGAN ANDA UNTUK MENYELESAIKAN
KONFLIK ANTARABANGSA.

Sebagai seorang pemimpin negara, saya akan menggunakan pelbagai cara untuk
menyelesaikan konflik antarabangsa. Antara kaedah penyelesaian konflik politik yang boleh
diguna pakai ialah kaedah perundingan. Mengikut kaedah ini kedua-dua belah pihak
menghantar wakil masing masing untuk berunding agar kepentingan dan tuntutan kedua-dua
belah pihak dapat dibincangkan. Semua konflik diselesaikan di meja rundingan dan negara-
negara terlibat perlu bertolak ansur bagi mencapai persetujuan.

Sehubungan itu, selaku pemimpin saya akan meningkatkan hubungan bilateral


dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura demi kepentingan politik dan
ekonomi serantau. Malaysia juga akan memperkukuh hubungan multilateral dengan
Komanwel, OIC, PBB, NAM demi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Semua ini
dilakukan melalui misi lawatan pemimpin Malaysia ke negara-negara tersebut secara rasmi dan
berterusan.

Di samping itu, sebagai pemimpin saya akan menggunakan peranan sedia ada dalam
semua pertubuhan serantau seperti ASEAN. Hal ini sangat penting kerana semasa negara kita
mencapai kemerdekaan, telah berlaku konfrontasi yang serius, tuntutan dan tuntutan balas dari
negara-negara jiran. Namun kini keadaan menjadi sangat stabil dan aman kerana ASEAN
memutuskan untuk kerap berjumpa, iaitu setahun sekali dan menyelesaikan apa-apa juga
masalah di meja rundingan. Pendekatan itu telah memberi manfaat yang amat besar kepada
negara-negara ASEAN. Oleh itu, Malaysia akan meneruskan komitmennya dengan konsep
ZOPFAN yang dipersetujui dalam ASEAN. Hal ini menjadikan negara kita sentiasa menjaga
hubungan baik dan mesra menerusi persidangan Ketua-Ketua Kerajaan atau Menteri-Menteri
Luar setiap negara.

Malaysia turut komited menyokong segala dasar dan prinsip PBB untuk merealisasikan
hasrat menyelesaikan konflik secara rundingan dan diplomasi berdasarkan peruntukan undang-
undang antarabangsa dan resolusi PBB. Selaku pemimpin Malaysia, saya akan bersuara dengan
lantang untuk memperjuangkan hak-hak kemanusiaan dan nasib rakyat Palestin yang diceroboh
oleh Israel serta menuntut keadilan bagi Negara Dunia Ketiga.

8
BAGAIMANAKAH KONFLIK DUNIA DAPAT DISELESAIKAN?

Konflik dunia dapat diselesaikan melalui penstrukturan semula PBB. Sebarang resolusi
yang diputuskan oleh 15 ahli Majlis Keselamatan haruslah dihormati dan dipatuhi oleh semua
negara anggota PBB tanpa penggunaan kuasa veto oleh Ahli Tetap Majlis Keselamatan PBB.
Langkah ini dapat mengatasi ketidakadilan dan mengelakkan tindakan negara berkuasa veto
melindungi sesebuah negara yang terlibat dalam jenayah kemanusiaan. Contohnya konflik Israel-
Palestin.

Selain itu juga konflik dunia boleh diselesaikan melalui Penubuhan Tribunal Jenayah
Perang Antarabangsa yang membolehkan pemimpin negara yang melancarkan peperangan
terhadap negara lain dianggap sebagai penjenayah perang. Tribunal ini menolak pemimpin yang
cenderung memilih peperangan sebagai penyelesaian kepada sesuatu konflik antarabangsa
seperti tindakan ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Iraq dan tindakan Israel terhadap rakyat
Palestin.

Konflik dunia juga boleh diselesaikan melalui pendekatan Kesederhanaan Global.


Pendekatan ini mengajak semua negara anggota PBB dan masyarakat antarabangsa memerangi
fahaman ekstremisme dan konflik melalui kaedah rundingan dan diplomasi. Semua masalah
haruslah ditangani dalam situasi menang-menang dan menolak sebarang penyelesaian melalui
kekerasan atau peperangan. Ini kerana sebarang tindakan kekerasan atau peperangan akan
membawa kemusnahan dan mengakibatkan lebih banyak kerosakan dan penentangan.

Kemampuan sesebuah negara anggota PBB menjadi orang tengah untuk mengelak
sebarang konflik daripada terus berlaku membuktikan kewibawaan sesebuah negara
berpegang teguh kepada prinsip keamanan sejagat. Contohnya Malaysia menjadi orang tengah
dalam menyelesaikan konflik tuntutan wilayah autonomi oleh kumpulan Bangsamoro daripada
kerajaan Filipina. Konflik ini dapat diselesaikan apabila kerajaan Filipina bersetuju memberi kuasa
autonomi kepada Bangsamoro. Kesannya, keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara
berjaya dikekalkan sehingga kini.

Konflik dunia juga dapat diselesaikan melalui Dialog Antarabangsa. Dialog seperti ini
mampu membuka mata dan fikiran masyarakat antarabangsa terhadap sesuatu konflik yang
berlaku. Contohnya penganjuran dialog berkaitan Islamofobia. Dialog ini bertujuan membetulkan
pandangan yang salah terhadap agama Islam.

Semua negara di dunia perlu akur dengan keputusan Mahkamah Keadilan


Antarabangsa. Peranan mahkamah ini adalah menjadi saluran menyelesaikan secara aman
konflik antarabangsa. Contohnya pertikaian kepulauan Batu Putih antara Malaysia dan
Singapura. Setelah beberapa siri rundingan gagal, konflik tersebut di bawa ke Mahkamah Dunia.
Malaysia akur apabila Pulau Batu Putih diputuskan menjadi milik Singapura. Jelaslah di sini
peranan Mahkamah Dunia mampu menyelesaikan sebarang konflik apabila segala keputusan
yang dikeluarkan dipatuhi oleh pihak yang terbabit.

9
BAGAIMANAKAH PERANG DUNIA PADA
MASA HADAPAN DAPAT DIELAKKAN?

Perang dunia pada masa hadapan dapat dielakkan dengan mengambil pendekatan
berunding dalam menyelesaikan konflik antara sesebuah negara. Hal ini kerana melalui
perundingan, pemimpin kedua-dua belah pihak boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari
jalan keluar bagi mengatasi konflik yang dihadapi. Perbincangan yang melibatkan golongan
pemimpin ini pasti akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.
Melalui perundingan, sesuatu pelan damai dapat dicari untuk menyelesaikan konflik antara
negara bagi mengelak berlakunya peperangan.

Langkah seterusnya adalah dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara


luar. Semua negara di dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan
kepentingan bersama. Hubungan ini boleh dieratkan dalam semua bidang termasuk bidang
politik, perdagangan dan pelancongan. Contohnya melalui perkongsian budaya, pertukaran
teknologi, dan penyertaan dalam pertandingan sukan. Cara ini dapat menjamin kestabilan politik
sesebuah negara seterusnya menyumbang kepada keamanan dunia. Hubungan ekonomi dapat
diperkukuh memandangkan ekonomi antarabangsa saling melengkapi antara satu sama lain.
Melalui hubungan diplomatik yang baik, setiap negara akan bekerjasama antara satu sama lain
dan secara tidak langsung akan wujud sikap saling menghormati kedaulatan negara lain.

PBB juga hendaklah menggubal undang-undang persenjataan global dan


mengetepikan kepentingan mana-mana pihak. Sehingga kini, badan dunia ini tidak mampu
menyelesaikan masalah dunia seratus peratus kerana badan ini dipengaruhi oleh negara yang
memiliki kuasa veto. Contohnya Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa veto membantu
tindakan Israel menyerang negara Palestin. Justeru itu, reformasi perlu dilakukan kepada PBB
agar dapat menangani permasalahan negara dunia terutama negara-negara kecil seperti
Palestin.

Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan membenci peperangan di


peringkat kanak-kanak dan orang ramai boleh dilakukan melalui program-program tertentu.
Contohnya melancarkan “Pameran Keamanan” dan kempen untuk menjadikan perang sebagai
jenayah. Semua masyarakat dunia perlu menganggap pembunuhan secara beramai-ramai dalam
perang sebagai satu jenayah dan mereka yang melancarkan peperangan perlu dihukum dengan
hukuman yang berat. Dalam hal ini, media massa, media cetak dan media sosial perlu
memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha menyedarkan rakyat tentang kesan-
kesan buruk peperangan. Program-program cintakan keamanan ini perlu disebar luas bagi
memberi mesej kepada masyarakat dunia tentang pentingnya kita menolak peperangan kerana
peperangan bukan penyelesaian kepada sesuatu konflik.

10
MENGAPAKAH KONFLIK DUNIA PERLU DIELAKKAN?

Saat ini di segenap ceruk dunia terdapat sahaja konflik dan peperangan. Konflik dunia
perlu dielakkan kerana ia bakal mencetuskan peperangan besar seperti Perang Dunia
Pertama. Sekiranya berlaku konflik, ia akan mempengaruhi secara langsung politik dan dasar
luar negara, ekonomi serta perdagangan antarabangsa. Pertembungan Amerika Syarikat dan
China misalnya jika gagal dibendung dapat menjejaskan keamanan dunia.
Kenaikan harga bahan api adalah kesan kepada konflik di peringkat antarabangsa
melibatkan dua atau lebih negara yang terlibat. Ia mendorong kepada kenaikan kos pengeluaran
barangan dan perkhidmatan. Ini akhirnya akan membawa kepada masalah ekonomi dan inflasi.

Konflik dunia yang berterusan akan mencetuskan masalah pelarian. Konflik di beberapa
buah negara seperti Syria dan Myanmar menyebabkan majoriti daripada mereka tidak
mempunyai pilihan sehingga terpaksa keluar dari negara asal. Fakta yang dilaporkan oleh agensi
pelarian PBB menunjukkan 26 juta orang pelarian mendapatkan perlindungan di negara lain.

Konflik hanya akan membawa lebih ramai golongan masyarakat terjerumus kepada
kesan yang lebih buruk termasuklah masalah mental. Kesan psikologi mula dilihat selepas
perang dunia seperti trauma, ketakutan dan mudah marah atau rasa terancam. Contohnya,
pengeboman Hiroshima dan Nagasaki telah memberi kesan psikologi kepada masyarakat Jepun
khususnya dan masyarakat dunia secara amnya.

Justeru itu, usaha kolektif, holistik dan bersepadu oleh semua pihak diperlukan bagi
memberi tekanan kepada negara yang terlibat untuk segera menghentikan konflik.

MENGAPAKAH SEORANG PEMIMPIN PERLU BERWIBAWA


DAN BIJAKSANA DALAM MENJALIN HUBUNGAN ANTARABANGSA?

Seorang pemimpin perlu berwibawa dan bijaksana dalam menjalin hubungan


antarabangsa untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan negara. Malah dapat
menyumbang secara bermakna ke arah masyarakat dunia yang adil dan saksama melalui
perhubungan diplomasi yang efektif. Contohnya pemimpin yang berwibawa akan terus
melaksanakan dasar luar yang bebas, berprinsip dan pragmatik serta berasaskan nilai-nilai
keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan. Kesannya setiap negara akan saling
menghormati antara satu sama lain dan konflik antarabangsa dapat dielakkan.

Pemimpin yang berwibawa dan bijaksana akan memberi komitmen sepenuhnya dalam
mewujudkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran dunia melalui jalinan hubungan
dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Contohnya Perdana Menteri Malaysia terus
mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan dan usaha ke arah mencari penyelesaian
secara aman kepada pelbagai isu-isu global melalui platform PBB dan forum-forum
antarabangsa. Malah Malaysia berpegang teguh dengan prinsip penglibatan bersama dan

11
kerjasama serta mempertahankan hak asasi manusia. Impaknya ialah banyak masalah pertikaian
dunia dapat diatasi secara rundingan dan berdiplomasi.

Kewibawaan dan kebijaksanaan pemimpin penting supaya perpaduan ummah dan


semangat kerjasama antara negara berkekalan. Contohnya sebagai negara yang mempunyai
majoriti penduduk Islam, Malaysia telah menyertai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Selain itu, status Malaysia sebagai sebuah negara membangun, maka Perdana Menteri Malaysia
telah melibatkan diri secara aktif dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM),
Komanwel, Kumpulan G77 (G77), Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) dan Kerjasama Ekonomi
Asia-Pasifik (APEC). Kesannya pembangunan sosial dan ekonomi negara dapat dipertingkatkan
dan mampu bersaing dengan negara maju.

PEPERANGAN AKAN MERUGIKAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT


SEPERTI YANG DINYATAKAN PERPATAH MELAYU
“KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG.”

APAKAH KESAN TERHADAP TAMADUN MANUSIA PADA MASA


HADAPAN JIKA BERLAKU PERANG DUNIA SEKALI LAGI?

Jika berlaku Perang Dunia sekali lagi, ia adalah merupakan Perang Dunia Ketiga. Perang
ini akan melibatkan lebih banyak negara. Hal ini kerana negara-negara kuasa tentera tidak lagi
tertumpu di Barat tetapi juga dimiliki negara-negara di pelbagai belahan dunia seperti India,
Pakistan, Iran, Israel, Korea Utara dan China. Penglibatan lebih banyak negara dalam perang
dunia menyebabkan peperangan yang akan terjadi semakin tersebar dan meluas. Hal ini pastinya
menimbulkan kesan yang lebih besar.

Teknologi persenjataan tinggi yang dimiliki setiap negara akan menyebabkan


kemusnahan terhadap alam sekitar. Semasa berlaku Perang Dunia Kedua, senjata terhebat
yang dimiliki manusia ialah bom atom yang telah digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki oleh
Amerika Syarikat. Pada hari ini manusia telah memajukan senjata yang lebih hebat kesannya
iaitu bom nuklear. Senjata pemusnah bom nuklear bukan sahaja memusnahkan setiap kehidupan
bernyawa tetapi juga menjadikan alam sekitar musnah dan tidak lagi sesuai ditempati untuk
kehidupan kerana pencemaran radiasi yang tinggi bagi tempoh yang lama. Bencana loji nuklear
di Chernobyl, Russia saja misalnya telah menjadikan tempat tersebut tidak lagi dihuni oleh
manusia hari ini.

Antara negara yang memiliki senjata nuklear pada hari ini ialah Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, India, China, Israel dan Pakistan. Iran dan Korea Utara pula sedang berusaha untuk
memilikinya. Senjata nuklear yang dimiliki ini mampu dilancarkan dalam jarak yang jauh melalui
peluru berpandu. Ini bermakna peperangan pada masa hadapan bukan lagi peperangan secara
bersemuka tetapi melibatkan peperangan antara benua. Serangan daripada satu pihak
pastinya akan dibalas oleh pihak yang lain. Faktor inilah yang menyebabkan pihak yang terlibat
serta pihak yang tidak terlibat dalam peperangan akan menanggung akibatnya iaitu kemusnahan
dunia.

12
Penggunaan kapal selam, satelit, jet pejuang berkelajuan tinggi, kapal pengangkut, dan
sebagainya mampu menjadikan peperangan jarak jauh berlaku dengan pantas serta
mempunyai kesan yang besar. Sebahagian senjata-senjata ini belum digunakan dalam perang
dunia sebelumnya. Selain itu senjata kimia dan senjata biologi yang dimiliki setiap negara pada
hari ini mampu mensasarkan kematian yang tinggi kepada manusia.

Jelaslah bahawa jika berlaku perang dunia sekali lagi, ia akan memusnahkan tamadun
manusia yang ada pada hari ini. Hal ini berlaku kerana ia akan melibatkan lebih banyak negara
serta penggunaan senjata yang mampu memberikan kesan kemusnahan yang lebih besar
terhadap bumi sebagai tempat tinggal manusia. Akhirnya tamadun manusia akan lenyap.

APAKAH KEPENTINGAN SIKAP TOLERANSI/


KERJASAMA/ HORMAT-MENGHORMATI ANTARA NEGARA
DALAM MEWUJUDKAN SEBUAH DUNIA YANG AMAN?

Sikap toleransi dan kerjasama perlu wujud antara negara dapat membentuk struktur
dalam komuniti antarabangsa. Ini dapat dilakukan melalui pembentukan dasar luar untuk
memelihara dan mempertahankan kepentingan politik, keselamatan dan ekonomi serta
kepentingan utama yang lain. Ini dapat menggalakkan kewujudkan persekitaran serantau dan
antarabangsa yang harmoni yang akan memberi ruang kepada setiap negara mencapai matlamat
masing-masing tanpa gangguan daripada ancaman luar.

Sikap saling menghormati antara negara juga penting bagi memastikan setiap
perbincangan dan interaksi dapat dilaksanakan dengan efektif dan telus. Sikap ini juga perlu
untuk tidak membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama. Ini kerana dalam
keadaan tegang atau wujudnya ketidaksefahaman, sebarang masalah tidak dapat diselesaikan.
Contohnya konflik di Timur Tengah seperti konflik Palestin-Israel yang menemui jalan buntu.

Sikap toleransi dan hormat menghormati juga penting bagi menjaga hubungan antara
kuasa besar dengan negara seperti hubungan Malaysia-Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi
mengintimkan dan mengeratkan hubungan kedua-dua negara. Ini ditunjukkan semasa Perang
Dingin antara Amerika Syarikat-Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada
negara kecil Malaysia. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling mengunjungi. Ini
menunjukkan hubungan yang baik dan progresif antara kedua-dua belah pihak hasil daripada
sikap bertoleransi dan saling menghormati antara satu sama lain.

Kepentingan semangat kerjasama ialah bagi membolehkan setiap negara di dunia


memahami antara satu sama lain. Masyarakat dunia dapat mempelajari perbezaan budaya dan
sistem sosial masyarakat lain. Mereka juga dapat memahami sensitiviti agar dapat bertoleransi,
bekerjasama dan saling menghormati. Dengan adanya semangat kerjasama, dapat membentuk
masyarakat dunia yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke
arah kegemilangan.

13
PENUTUP / KESIMPULAN

Sejarah peradaban manusia sejak dari awal kewujudannya sentiasa dipenuhi konflik.
Sehingga hari ini kita terus mengulangi konflik tersebut. Manusia perlu membatasi konflik ini agar
tidak mengancam dan memusnahkan kehidupan manusia sejagat.

Kehidupan manusia pada era moden hari ini jauh berbeza dengan kehidupan pada masa
lalu. Kehidupan pada hari ini jauh lebih aman kerana kesedaran manusia tentang bahaya
peperangan yang akan datang serta peranan pencegahan melalui undang-undang
antarabangsa.

Namun begitu ia hanyalah seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meledak.
Hayat kehidupan manusia di bumi sangat bergantung kepada sejauhmanakah manusia dapat
mengelakkan perang dunia daripada tercetus pada masa hadapan.

Jika perang dunia berlaku maka itu adalah peperangan yang terakhir. Setelahnya,
manusia tidak perlu lagi berperang kerana manusia itu sendiri sudah tidak wujud.

14

Anda mungkin juga menyukai