Anda di halaman 1dari 7

SOALAN 17 : KESAN PERANG MUSKET TERHADAP MASYARAKAT MAORI

1.0 PENDAHULUAN

Berdasarkan catitan sejarah, New Zealand merupakan negara yang masyhur kerana
kedudukan geografinya yang terpencil dan terletak 2000 km dari Tenggara Australia. Ia
terpinggir dan tidak berpenghuni selama 80 juta sebelum masyarakat Polinesia datang ke
kawasan tersebut. Pada masa dahulu, New zealand dan benua Australia merupakan
sebahagian daripada benua gergasi yang dikenali sebagai benua gergasi Gondawa. Namun
kedua-dua benua ini terpisah diakibatkan oleh pencairan ais yang berlaku kira-kira 150 juta
tahun yang berlalu pada zaman ais lagi. New Zealand yang dikenali dalam bahasa Maori
sebagai Aotearoa (Tanah Awan putih Panjang), ia juga merupakan sebuah negara
kepulauan yang terdiri daripada dua pulau besar iaitu Pulau Utara dan Pulau Selatan.
Manusia pertama yang menetap di New Zealand adalah berasal dari Pulau-pulau Polinesia
dan datang ke New Zealand menggunakan perahu kecil yang dikenali sebagai Waka untuk
belayar dan mengembara sehinggalah tiba ke New Zealand pada tahun 800 masihi dan
proses migrasi berlangsung sehingga tahun 1300 masihi.

Masyarakat Maori merupakan masyarakat yang bermigrasi daripada rantau timur


Polinesia (cook and Society Islands) seawal abad ke-9 masihi dan mula bergiat aktif
populasinya pada abad ke-11 masihi. Namun begitu, lokasi asal masyarakat maori ini tidak
dapat diketahui oleh ahli sejarawan yang lain sehingga kini. Sumber yang diperolehi juga
adalah sumber lisan yang mengatakan bahwa masyarakat ini berasal daripada tempat yang
dikenali sebagai Hawaikii. Ia di yakini berasal sebuah pulau atau kepulauan di Polinesia di
Samudera Pasifik Selatan.

2.0 Faktor Pencetus Perang Musket

Sebelum kedatangan senapang, masyarakat Maori merupakan masyarakat yang berperang.


Mereka hanya bergantung kepada alat batu dan tulang. Namun ia tidak dapat di jadikan
senjata. Hal ini di sebabkan oleh keadaan persekitaran tempat mereka yang tidak
mempunyai logam dan besi. Oleh itu, orang Maori menggunakan Curb sebagai senjata untuk
berperang yang diperbuat daripada kayu yang tumpul. Peralatan prang yang digunakan
hanyalah Taiaha dan Mereii.Setelah senapang diperkenalkan, mereka mula memperkenalkan
banyak teknik peperangan yang baharu salah satunya iaitu teknik gerila atau hide and run.
Mereka berperang dalam bentuk yang kecil berbanding dengan orang Eropah yang
berperang dalam konsep gladiator. Apabila masyarakat ini mendapat senapang mereka mula
memperkenalkan teknik peperangan yang baru kepada dunia peperangan moden iaitu
mengali kubu dan parit. Perang ini digunapakai pada perang dunia pertama.

Musket merupakan senapang yang diperkenalkan oleh orang Eropah yang


menggunakan bahan peledak dan serbuk besi-besi sekitar abad ke-19. Ia sebenarnya
merupakan senapang yang sudah tidak digunakan oleh orang Eropah kerana pada ketika itu
mereka sudah mempunyai senjata yang baru yang dikenali sebagai Raffles. Faktor yang
menyebabkan berlakunya konflik-konflik antara masyarakat Maori adalah cemburu dan
dendam sejak nenek moyang mereka serta perkara yang berkatan dengan tanahiii.

3.0 Kesan Perang Musket


3.1 Populasi masyarakat Moari semakin berkurangan
Perang Musket yang tercetus menyebabkan berlaku ketidakseimbangan terhadap populasi
masyarakat Maori pada ketika itu. Kepupusan yang berlaku terhadap masyarakat ini dilihat
sebagai kesan yang paling utama daripada perang tersebut.
Pada awalnya, masyarakat maori datang dengan populasi yang sukar ditentukan
bilangannya. Foaster menganggarkan bahawa seramai 100 000 orang Maori berdasarkan
pmerhatian awal yang dibuat berhampiran dengan pantai. 500 000 orang di anggarkan oleh
K.B. Cumberland populasi masyarakat Maori ketika itu. Menurut Vayda pula, jumlah populasi
awal masyarakat Maori dianggarkan sekitar 100,000 hingga 300,000 orang
daripada 40 kumpulan puak-puak Maori. Menurut R.C.J. Stone, bermula tahun
1769 hingga 1840 sehinggalah New Zealand menjadi Crown Colony, bilangan populasi
masyarakat Maori semakin hari semakin merosot. Walaupun penyakit berjangkit yang
dibawa oleh orang Eropah menjadi faktor kematian masyarakat Maori, namun pengenalan
senjata Musket oleh orang Eropah serta senjata lain dianggap sebagai pemusnah
utama kepada populasi masyarakat Maori.

Masyarakat Maori sememangnya masyarakat yang sudah berperang sesama sendiri,


namun peperangan ini pada awalnya tidak mengorbankan nyawa yang ramai. Menurut
Barbara, Pulau Utara mengalami kepupusan penduduk sepanjang tempoh dua tahun
sehinggalah pada tahun 1840iv. Para mubaligh yang dapat ke New zealand dengan hasrat
menyebarkan agama Kristian, telah menganggarkan bahawa pengenalan Musket ini telah
membawa kematian yang seram 80 000 orang peribumi Maori. Puluhan ribu masyarakat
Maori telah mati dalam perang Musket yang berlaku di antara puak-puak pada tahun 1810,
1820 dan 1839an. Antara tahun 1818 hingga awal tahun 1830 dianggarkan seramai
20,000 masyarakat Maori telah terkorban dalam perang Musket ini.

Antara tahun 1818 hingga awal tahun 1830 dianggarkan seramai 20,000
masyarakat Maori telah terkorban dalam perang Musket iniv. Menurut Alex Calder,
Jonathan Lamb dan Bridget Orr,antara tahun 1814 hingga 1840 merupakan satu tempoh
malapetaka bagi orang-orang Maori. Sepanjang tempoh tersebut, di anggarkan
seramai 80,000 orang Maori telah terbunuh ekoran daripada perang Musket yang
berlaku sesama puak Maori. Mangsa perang yang terbunuh terdiri daripada pewaris-pewaris
dan orang muda yang merupakan pelapis dan perintis masa depan generasi yang akan
datang. Ia bukan hanya mengorbankan ratusan orang Maori tapi ia melibatkan ratusan ribu
orang dalam puak-puak tersebut. Anggaran kematian yang paling ramai adalah berada
disebelah selatan. Ini disebabkan oleh mereka yang terlalu panik dengan serangan senjata
yang pertama kalinya dalam pertempuran berlaku terhadap puak mereka. Penembakan
secara rawak yang dibuat oleh ketua-ketua puak merupakan penyebab kadar kematian
masyarakat ini bertambah dan semakin mengalami kepupusan.

Penurunan populasi masyarakat Maori juga mempunyai kaitan dengan penguasaan


wilayah oleh puak Ngapuhi, iaitu puak yang masih bertahan sehingga pertengahan tahun
1830anvi. 1000 pucuk senjata yang di bawa oleh Honga Hika dan Honga Hiki yang diperolehi
semasa berjumpa dengan king George dan bangsawan-bangsawan dan beliau di berikan
hadiah pelbagai seperti emas, berlian dan sebagainya. Setelah mendapat barangan tersebut,
beliau pun pergi ke Australia dan mengadaikan semua pemberian tadi untuk membeli
musket sebanyak 300 musketvii. Setelah mendapat senjata itu, lalu menyerang puak yang
telah memakan anak saudara perempuannya yang pada awalnya menjadi punca kemarahan
Honga Hika.

Menurut William R. Wade, sepanjang tempoh lima tahun Hongi telah membunuh
seramai 5000 orang Maori dalam pertempuran dan ramai diantara mereka telah dijadikan
sebagai tawanan perang. Setelah mereka dikerahkan untuk menjadi petani bagi
mendapatkan wang bagi membeli dan menambah keperluan Musket puak ini pada ketika itu.
Tanaman yang di usahakan bagi membeli Musket ialah penanaman ubi taro ataupun
kumara. pemilikan senjata yang banyak oleh puak Honga Hika dan hongi Hiki mereka
membunuh hampir 2000 pahlawan Maori termasuklah golongan perempuan dan kanak-
kanakviii. Kematian yang dianggarkan selama 5 tahun oleh William R. Adalah seramai 5000
orang Maori dalam petempuran dan kebanyakkan di jadikan tawanan perang atas
kepentingan puak itu sendiri.

Selain itu, puak yang berkuasa di selatan juga bertanggungjawab dalam pembunuhan
orang Maori yang ramai seperti puak Te Rauparah. Peperangan yang berlaku dalam
kalangan masyarakat Maori ini bukan sahaja jumlah kematian yang ramai, namun ini juga
menjdi faktor penghijrahan orang Maori beramai-ramai untuk mencari kawasan baru sebgai
tempat tinggal yang baru. Sebagai contoh, peperangan dianggap sebagai pemangkin
yang mempromosikan penghijrahan beramai-ramai puak Kawhia ke Taranakiix sekitar tahun
1821. Peperangan demi peperangan menyebabkan ramai orang Maori yang terbunuh yang
menyebabkan semakin kurang populasi mereka pada masa itu.

Salah satu faktor yang menyebabkan populasi orang Maori juga bukanlah hanya
disebabkan peperangan dan pembunuhan, tetapi juga disebabkan oleh ketidakseimbangan
ekonomi. Musket merupakan keperluan yang telah mendorong masyarakat Maori berlumba-
lumba menjalankan aktiviti perta.nian untuk memenuhi tuntutan orang Eropah bagi
mendapatkan bekalan senjata. Hal ini juga telah menyebabkan masyarakat Maori mati
kelaparan kerana babi dan ubi kentang diberikan keutamaan kepada orang Eropah semata-
mata untuk mendapatkan senjata Musket.

3.2 Wujud kumpulan-kumpulan dan sekutu dalam puak-puak Maori

Perang Musket juga memberikan kesan kepada organisasi puak-puak Maori sehinggakan
wujudnya kumpulan-kumpulan dan sekutu dalam puak-puak Maori. Penggabungan
diri dari puak lain kepada puak lain pun dibuat bagi memenuhi keinginan mereka yang ingini
mempunyai senjata, kekuatan dan ingin merasa bebas daripada cengkaman musah yang
ada. Bilangan yang ramai akan menjadkan sekutu itu menjadi sangat kuat dan mempunyai
peluang yang besar untuk menang dalam apap jga peperangan yang berlaku.

Keperluan senjata yang banyak menyebabkan jumlah barangan daripada eropah


menjadikan masyarakat tinggi permintaannya termasuklah senjata Musket itu sendiri. Hal ini
menyebabkan muncullah pembentukkan tentera bersekutu dalam kalangan masyarakat
Maori. Sebagai contoh, Te Rauparaha telah meninggalkan Kawhia dan memilih Pulau Kapiti
sebagai markas angkatan tenteranya kerana kapal dagang orang Eropah sering berlabuh
disana. Dengan itu, sekutu Te Rauparaha iaitu Te Heuheu dapt memperkuatkan pasukannya
melalui senjata yang dibekalkan oleh mereka. Ia juga memberi peluang untuk Te heuheu
yang pada awalnya mempunyai persengetaan dengan Taupo dapat membebaskan diri
kerana mempunyai sekutu yang kuat dapat membantu mereka apabila menghadapi
serangan daripada pihak lain.

Seterusnya, puak-puak Maori juga bersekutu dengan puak-puak Maori yang lain atas
dasar untuk menambahkan lagi kekuatan senjata bagi menyerang musuh. Sebagai contoh,
Te Rauparaha telah bergabung dengan puak Ngati Raukawa dan Ngati Tama untuk
mengumpul kekuatan senjata bagi melakukan serangan di Pulau Selatanx. Pembentukan
sekutu juga didorongi oleh dasar ingin membebaskan diri daripada musuh yang kuat. Melihat
kepada puak-puak walkato yang membuat keputusan untuk membebaskan diri daripada
cengkaman musuh iaitu puak Ngati Toa yang mana mereka telah membuat pakatan dengan
suku mereka Ngati Maniapoto bagi membuat serangan terhadap kawhia dan Taharoa. Pada
serangan tersebut, puaak walkato diketuai oleh Te Wherowhero mankala sekutunya
Maniapoto diketuai oleh Tukohero.

3.3 Berlakunya peningkatan perdagangan dan hamba

Peperangan yang berlaku antara puak Maori semakin hari semakin berleluasa, dengan itu
keperluan senjata turut meningkat. Skala peperangan sebenarnya semakin
bertambahsamada secara langsung mahupun tidak langsung, namun ia sememangnya
mempunyai perkaitan dengan senjata Musket itu sendiri.

Menurut McNab, perdagangan masyarakat Maori semakin maju disebabkan oleh


puak0puak Maori yang menginginkan senjata baru untuk digunakan untuk tujuan berperang.
Ia bermula dengan puak Ngati Whatua yang membuat permintaan yang tinggi terhadap
senjata Musket. Secara tidak langsung, pengeluaran terhadap barangan yang diperlukan
oleh masyarakat Eropah semakin bertambah bagi menukarkan barang tersebut dengan
senjata Musket. Antara barangnya yang diusahakan oleh masyarakat Maori unruk pertukaran
tersebut adalah ubi kentang dan menternak binatang iaitu babixi. Tanaman baru ini
menyebabkan wujubnya sistem hamba untuk mengusahakan tanaman tersebut. Hamba
yang kebanyakkannya adalah puak-puak Maori yang telah kalah dalam peperangan. Aktiviti
pertanian semakin meningkat telah menggalakkan lagi perdagangan di antara orang Maori
dengan orang Eropah. Aktiviti pertanian terus meningkat dengan penternakkan babi dan
tanaman ubi kumara yang dilakukan secara besar-besaran. Peperangan yang berlaku
membuka dan memberi jalan dalam persaingan ekonomi.

Di samping itu, perdagangan yang berlaku bukan hanya melibatkan pertukaran


komoditi sahaja. Namun ia juga melibatkan perniagaan tanah yang mendapat permintaan
daripada orang Eropahxii. Contoh yang kita boleh kita lihat ialah apabila Honga Hika
menjualkan 400 ekar tanah kepada De Thierry. Dengan penjualan tanah ini, Honga Hika
mendapat 500 buah Musket berserta serbuk dan bola peluruxiii. Orang-orang Eropah telah
meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap permintaan tanah untuk dijadikan sebagai
tempat tinggal, sementara orang Maori memerlukan bekalan senjata bagi meneruskan
keberlangsungan hidup.

Bekalan senjata Musket telah dikuasai oleh puak dari utara terutamanya puak
Ngapuhi yang tinggal dikawasan Bay of Island. Banyak kapal yang berlabuh dan berkunjung
di Bay of Island kerana mendapat jaminan keselamatan daripada Honga Hika. Hal in
seterusnya membuatkan kuasa Honga Hika menjadi kuat dengan memonopoli perdagangan
dengan orang Eropah terutamanya dalam bahagian perdagangan Musket. Dengan kelebihan
yang ada, Honga Hika menjadi semakin agresif untuk mendapatkan hamba tawanan. Puak
Ngapuhi menyerang lebih 50 buah perkampungan dan membawa balik tawanan perang
untuk di jadikan hamba.

3.4 Campur tangan pihak British

Pada tahun 1830-an, New Zealand telah mengalami fasa kewujudan yang baru. Pada
waktu itu, peperangan anatar kaum Maori semakin reda kerana hampir semua puak telah
memiliki senjata mereka sendiri. Keadaan tersebut menjadikan keseimbangan berlaku dalam
kalangan puak-puak Maori di New Zealand. Bahagian utara New Zealand lebih banyak
berlaku peperang berbanding selatan. Di bahagan utara, puak-puak Maori yang ingin
kedaaia berusaha untuk menjalankan hubungan baik dengan British. Pada tahun 1830,
puak-puak ini telah menghantar surat kepada King William untuk mendapatkan perlindungan
dan British pula bersetuju untuk memberikan perlindungan terhadap merekaxiv. Pada tahun
1831, seramai 13 ketua puak dengan nasihat daripada mubaligh telah membuat surat
petisyen kepada kerajaan British yang bertujuan untuk mendapatkan jaminan perlindungan
daripada ancaman Perancis dan puak yang lain.

Pada tahun 1832, Lord Goderich telah menghantar Mr James Busby ke Bay of Island
untuk bertugas sebagai Residen British. James Busby mencadangkan agar orang Maori
kemudiannya menandatangani pengisytiharan kemerdekaan. Ia telah membawa kepada
penciptaan sebuah deklerasi yang telah di tandatanggani pada bulan oktober 1835 yang
dikuasai oleh Confederation of Chiefsxv. Setelah British menerima deklerasi tersebut, maka
semua kapal dagang Maori akan diberikan perlindungan oleh British Royal Navy. Namun
kedaulatan tersebut tidak bertahan lama sedebabakan oleh spekulasi terhadap tanah yang
dikenali sebgai land-shark iaitu kepura-puraan untuk membeli kawasan daratan yang luas
daripada orang Maori.

Selain itu, kapten William Hobson telah berusaha untuk menghalang agen-agen tanah
daripada terus membeli tanah daripada orang Maori itu sendiri.satu mesyuarat telah
dijalankan dengan dihadiri oleh orang-orang Eropah dan ketua-ketua puak Maori di Waitangi
pada 5 februari. Mesyuarat tersebut dijalankan bagi tujuan untuk membincangkan perjajian
perlindungan yang di tandatangani oleh orang Maori yang menerima kedaulatan dan
perlindungan darpada British itu sendiri. 400 tandatangan telah diperolehi pada 21 mei 1840
dan kemudiannya Hubson mengisytiharkan bahawa kedaulatan pulau utara dan pulau
selatan di bawah perlindungan British di bawah satu perjanjian yang dikenali sebagai
perjanjian Waitangi. Maka dengan perjanjian tersebut berlakulah migrasi orang Eropah dan
koloni dikedua-dua pulau.

4.0 Kesimpulan

Kita dapat melhat keadaan awal masyarakat Maori merupakan masyarakat yang suka akan
peperangan. Peperangan yang djalankan juga merupakan sesama puak Maori yang lain. Ia
berlaku berpunca daripada perasaan benci, dengki dan perkara yang berkaitan dengan
tanah. Pada awalnya, mereka hanya menggunakan peralatan tumpul yang diperolehi
daripada kawasan New Zealand yang tidak mempunyai besi, mereka hanya menggunakan
mere dan Taiha sebagai senjata perang mampu untuk memancung sesiapa sahaja dengan
senjata tersebut walaupun ia tumpul. Namun setelah kedatangan orang Eropah yang
membawa senjata yang dikenali sebagai Musket. Pada ketika itu, senjata Musket adalah
senjata yang sudah tidak digunakan oleh orang Eropah kerana kehadiran penciptaan senjata
baharu iaitu Rifles. Dengan adanya Musket, orang Maori membuat pelbagai usaha bagi
mendapatkan senjata tersebut meskipun menjual tanah yang dimiliki mereka. Keperluan
yang orang Eropah inginkan menjadi sebagai bahan pertukaran dagangan iaitu babi dan ubi
kentang yang dikenali sebagai kumara. Pelbagai peperangan yang telah di hadapi oleh orang
Maori itu sendiri yang berjumlah 140 peperangan yang berlaku. Hal ini memberi kesan serta
perubahan yang banyak terhadap msayarakat ini, sehingga termeterailah perjanjian
Waitangi antara orang Maori dan Britsh yang membawa kepada keseimbangan hidup
masyarakat ini.
Nota hujung

i
Baszley Bee B. Basrah Bee, Sejarah Kolonisasi Pasifik, Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah, 2009, hlm 23

ii
Musket War 19th Century NZ, https://www.youtube.com/watch?v=W-Tot1ShGv4
di akses pada 9 Disember 2016.

iii
Musket War, https://nzhistory.govt.nz/war/musket-wars/overview di akses pada 01 Disember 2016

iv
t.n.p., Kesan Perang Musket, tanpa tahun,
http://documents.tips/documents/kesan-perang-musket.html# di akses pada 29 oktober 2016.

v
Musket War 19th Century NZ, https://www.youtube.com/watch?v=W-Tot1ShGv4
di akses pada 9 Disember 2016.

vi
NZ wars ngapuhi, 2014 https://www.youtube.com/watch?v=8fkL7WOVTyA diakses pada 8 Disember 2016.

vii
Ross Baker, Colonisation : The Salvation of the Maori Race, Palm North New Zealand : The one New Zealand
Foundation, 2012, hlm 6.

viii
Ibid., hlm 6

ix
Maori legend has it that Mount Taranaki was initially located in the centre of the North Island, but lost a
mighty battle with another mountain for the heart of pretty Mount Pihanga.
Tanaraki, http://www.visit.taranaki.info/visit/about-taranaki.aspx di akses 9 Disember 2016.

x
t.n.p., Kesan Perang Musket, tanpa tahun,
http://documents.tips/documents/kesan-perang-musket.html# di akses pada 29 oktober 2016

xi
ibid., hlm 4

xii
Bernadette, Historical influence Maori and the Economy, Ministry of Mori Development, 2007, hlm 2

xiii
Ross Baker, Colonisation : The Salvation of the Maori Race, Palm North New Zealand :The one New Zealand
Foundation, 2012, hlm 6.

xiv
Ibid., hlm 4

xv
Ibid., hlm 4

Anda mungkin juga menyukai