Anda di halaman 1dari 2

*PRINSIP

KEABADIAN MOMENTUM*----------------------------------------------------

: Jumlah momentum sebelum dan selepas perlanggaran adalah sama jika tiada daya luar yg
bertindak ke atas sistem.

*PRINSIP KEABADIAN TENAGA*-------------------------------------------------------

: Tenaga tidak boleh diciptakan atau dimusnahkan tetapi boleh berubah bentuk.

*HUKUM NEWTON PERTAMA*----------------------------------------------------------

: Objek yang rehat akan kekal rehat atau bergerak dengan halaju malar jika tiada daya yg bertindak
ke atasnya.

*HUKUM NEWTON KEDUA*------------------------------------------------------------

: Pecutan suatu objek bergantung dengan jisim dan daya yang dikenakan.

*HUKUM NEWTON KETIGA*------------------------------------------------------------

: Bagi setiap tindakan, terdapat gerak balas yang sama magnitud tapi berlawanan arah.

*HUKUM HOOKE*---------------------------------------------------------------------

: Pemanjangan suatu spring berkadar terus dengan daya yang dikenakan jika tidak melebihi had
kekenyalan.

*PRINSIP ARCHIMEDES*--------------------------------------------------------------

: Bagi objek yang terendam sepenuhnya atau sebahagiannya di dalam cecair, berat air yang
disesarkan sama dengan daya apungan.

*PRINSIP BERNOULLI*----------------------------------------------------------------

: Kawasan bendalir yang bergerak dengan halaju tinggi menghasilkan tekanan yang rendah.

*PRINSIP PASCAL* -------------------------------------------------------------------

: Dalam bekas tertutup, tekanan cecair dipindahkan secara seragam dalam semua arah.

*HUKUM BOYLE*---------------------------------------------------------------------

: Tekanan gas berkadar songsang dengan isipadu gas jika jisim dan suhu dimalarkan.

*HUKUM TEKANAN*------------------------------------------------------------------

: Tekanan gas berkadar terus dengan suhu mutlak jika jisim dan isipadu dimalarkan.

*HUKUM CHARLES*------------------------------------------------------------------

: Isipadu gas berkadar terus dengan suhu mutlak jika jisim dan tekanan gas dimalarkan.


*HUKUM SNELL*---------------------------------------------------------------------

: Nisbah bagi sinus sudut tuju,i dengan sinus sudut pembiasan, r adalah malar bagi dua medium.

*HUKUM PANTULAN*-----------------------------------------------------------------
: Sudut tuju, i sama dengan sudut pantulan, r
: Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal berada pada satah yang sama.

*HUKUM OHM*-----------------------------------------------------------------------

: Arus yang mengalir dalam suatu konduktor logam berkadar terus dengan beza keupayaan yang
merentasinya jika suhu dab faktor lain dimalarkan.

*HUKUM LENZ*-----------------------------------------------------------------------

: Arus arahan sentiasa mengalir dalam arah yang bertentang dengan perubahan yang
menghasilkkanya.

*HUKUM FARADAY*-------------------------------------------------------------------

: Magnitud arus aruhan berkadar terus dengan kadar pemotongan medan magnet.

Anda mungkin juga menyukai