Anda di halaman 1dari 20

Disediakan oleh Ismail bin Sumanteri PISMP Semester 1 Matematik 1

PRINSIP KE-6 :KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan didunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam Al-quran surah al-Qasas: 77
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju didunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Ciri-ciri dan nilai yang ingin dibangunkan

Menjadikan ibadat asas kehidupan berkualiti Tempat tinggal yang selesa Persekitaran yang selamat Kehidupan yang sihat Keluarga yang harmoni Pemakanan yang berkualiti Masyarakat yang penyayang Prasarana yang lengkap dan sempurna

Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti. Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup Malaysia merangkumi 11 aspek, iaitu:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Dunia pekerjaan Pengangkutan dan komunikasi Kehidupan berkeluarga Keselamatan dan ketenteraman awam Pendapatan dan pengagihanny Kesihatan Pendidikan Perumahan Alam sekitar Penglibatan sosial Budaya dan hiburan

DUNIA PEKERJAAN

Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin hubungan yang baik ditempat kerja. Dalam aspek pekerjaan, semua kaum mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa jua profesion.

PENGANGKUTAN DAN KOMUNIKASI

Kemalangan jalan raya kadang kala mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah atau pun tidak.

Berbudi bahasa dan bersopan santun dijalanraya dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti telefon, fax, telegraf ,e-mail dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik.

KEHIDUPAN BERKELUARGA
Individu yang baik dan beradab akan melahirkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat yang baik.

Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.
Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik yang lain.

KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM


Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham atau pun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun isuisu sensitif.

PENDAPATAN DAN PENGAGIHANNYA

Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t. Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara.

KESIHATAN

Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser melibatkan semua kaum.

Kita yang hidup dalam kelompok masyarakat yang bertamadun mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya.

PENDIDIKAN

Bidang pendidikan sendiri sama ada

diperingkat rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk menyatupadukan kaum.

Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan seseorangitu, semakin tinggilah juga kesedarandan amalan dalam memperkasa hubungan etnik dan intra etnik.

PERUMAHAN
Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli rumah dikawasan kelompok etnik sendiri.
Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh mewujudkan diskriminasi kaum. Banyak kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik dikawasan kediaman terlebih dahulu.

ALAM SEKITAR

Isu alam sekitar sebaiknya ditangani secara


bersama. Kempen seperti gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mewujudkan semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong-menolong.

PENGLIBATAN SOSIAL
Kerja-kerja sukarela sama ada diperingkat komuniti dan masyarakat boleh mewujudkan sikap saling sayang menyayangi dalam konteks hubungan etnik.

Begitu juga kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat. Hal ini secara tidak langsung dapat menerapkan nilai-nilai murni antara kaum.

BUDAYA DAN HIBURAN

Program kebudayaan dan hiburan yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik. Sukan ternyata boleh mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi dikalangan rakyat Malaysia sekaligus mengeratkan hubungan kaum dan integrasi nasional. Sudah ada langkah-langkah menggunakan sukan sebagai alat untuk memupuk hubungan kaum yang erat.

Orang Cina sudah ada yang bermain sepak takraw yang sebelum ini didominasi oleh orang Melayu. Orang Melayu sudah bermain bola keranjang walaupun sebelum ini sukan ini didominasi oleh orang Cina.

Kita perlu sukan yang boleh menaikkan imej negara dipersada antarabangsa. Badminton, hoki, bola sepak dan squasya adalah diantara sukan yang boleh membangkitkan perasaan patriotisme rakyat. Orang boleh menangis kesedihan kalau negara kalah dalam sesuatu jenis sukan, dan begitu juga orang boleh menangis kegembiraan kalau negara menang dalam sesuatu jenis sukan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai