Anda di halaman 1dari 2

Kesan-kesan kedatangan British ke Tanah Melayu

Politik

Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan telah diambil oleh
penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang pemerintahan oleh pentadbir Barat selari
dengan pengenalan sistem perundangan Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem
pentadbiran masyarakat peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat
dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh pihak penjajah
melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi meningkatkan soal-soal agama dan adat
istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi
memerlukan dan menghargai kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam
usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan
dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia
Tenggara.

Ekonomi

Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah
Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi
memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan
beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan
Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai
satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur
ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.

Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada sektor
berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru seperti teh, tebu, kopi,
getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan perindustrian juga telah diperkenalkan oleh
pemodal Eropah yang mempunyai modal yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah
diterokai. Tenaga buruh telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh
yang tidak mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan pembangunan tanah jajahan
mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya
menumpukan perhatian di Bandar-bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain
memperkenalkan sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India
untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya menggunakan kemahiran
teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti pembangunan bangunan (Bandar), melombong
dan pertanian. Kemahiran dalam bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada
pembangunan ekonomi di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri Sainuddin.:2003:64-65).

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan kaedah baru dalam
perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi
tradisional penduduk peribumi yang bergantung kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan
telah terpinggir dengan pembinaan jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia
Tenggara yang berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang
kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi tradisional yang
dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh imperialisme Barat manakala penduduk
tempatan menjalankan ekonomi sara diri. Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah
menyebabkan wujud jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang
dilakukan oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul keinginan
masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah. Penentangan dan
kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik, ekonomi, dan sosial yang dilakukan
oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai nasionalisme.

Sosial

Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah tetapi terhad
kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan golongan pentadbir
bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem
birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah
sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi menyebarkan
agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping membenarkan sekolah jenis venikular
berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam bidang kerjaya,
tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah vernikular sukar mendapat pekerjaan.
Sesetengah golongan rakyat tempatan pula terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih
sehingga mendewa-dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan
ini telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan. Pekembangan
pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari
pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh. Kedudukan buruh asing pula telah mengubah
komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi
akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang
menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaum

Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu miliknya.
Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa mereka berperang.
Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu hari ini sekali
lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan peperangan mereka hanya untuk berada dalam keadaan
sedia dan untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan peluru untuk
memuaskan naluri perang mereka

http://pmdecfive.blogspot.com/2015/03/kesan-kesan-kedatangan-british-ke-tanah.html

Anda mungkin juga menyukai