Anda di halaman 1dari 20

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

SEMESTER 2 SIDANG AKADEMIK 2014 / 2015


HMT 212/4
FONOLOGI BAHASA MELAYU

PERBEZAAN DIANTARA DIALEK JAWI PERANAKAN DIDALAM


FILEM IBU MERTUAKU DENGAN BAHASA MELAYU BAKU.

PENSYARAH : DR. TAJUL ARIPIN KASSIN

NAMA : NURUL HIDAYAH BT MOHAMAD AZMAN


NORHAYATI BT ABU BAKAR
NAJATUL AMIRA BT AHMAD RADZI
NORASYIKIN BT MOHD ANUAR

118743
118710
118671
118709

WAKTU TUTORIAL: SELASA ( 10.00 pagi 10.50 pagi )

ISI KANDUNGAN
1 | Page

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

SEJARAH PEMBENTUKAN

3-5

MASYARAKAT JAWI PERANAKAN

PENGUMPULAN DATA

6-8

(TRANSKRIPSI)
ANALISIS DATA

9-15

RUMUSAN KAJIAN

16

PENUTUP

17

BIBLIOGRAFI

2 | Page

18

1.0

PENGENALAN

Menurut Asmah Haji Omar (1986) bahasa merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk
berhubung dengan manusia lain dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh alatalat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia. Bahasa menjadi alat terpenting untuk manusia
di seluruh dunia berkomunikasi. Apabila bertutur, manusia menggunakan alat-alat ujaran yang
terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri.

Seterusnya, dalam bahasa pula terdapatnya fonetik dan fonologi yang saling berkait rapat antara
satu sama lain. Bidang ini menjelaskan huraian mengenai konsonan dan vokal yang ada di dalam
bahasa Melayu terutamanya. Terdapat sarjana yang mengatakan bahawa fonologi sebagai perkara
yang pada asasnya adalah fonetik. Fonetik menurut Kamus Dewan (1996 : 354 ) ialah ilmu
bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Lutfi Abas (1985) pula, fonetik membawa
maksud mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia,
bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap
bunyi. Bagi fonologi pula merupakan kajian mengenai sistem bunyi bahasa. Berdasarkan Kamus
Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam
linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Jadi, jelas dapat dilihat
bahawa terdapat perbezaan antara fonetik dan fonologi namun ianya saling berhubungkait. Oleh
itu, dalam kajian kali ini, proses-proses fonologi yang ada dalam bahasa Jawi Peranakan akan
disemak berdasarkan hasil analisis data daripada filem yang dipilih. Perkataan yang dikenalpasti
itu pula telah ditranskripsikan supaya proses mengenalpasti perubahan yang berlaku pada
perkataan itu dapat dikesan dengan mudah dan perbandingan dengan bahasa Melayu baku pula
dapat dijalankan dengan baik.

3 | Page

2.0

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT JAWI PERANAKAN

Pembentukan masyarakat Jawi Peranakan khususnya di Pulau Pinang adalah hasil daripada
perkahwinan campur antara lelaki Arab, India Muslim, Benggali, Punjabi, Gujerat, dan Afghani
dengan wanita Melayu tempatan. Hal ini telah berlaku sekian lama di Gugusan Pulau Melayu
dan di Tanah Melayu, iaitu di Kedah, Melaka dan Perak.
Pembentukan awal masyarakat ini bermula apabila berlaku perkahwinan campur antara lelaki
India Muslim dengan wanita Melayu dari golongan bangsawan (Sandhu, 1969: 179). Hal ini
telah menimbulkan beberapa versi yang mengaitkan keturunan Raja-Raja Melayu dengan Raja
Iskandar Zulkarnain di India (Andaya & Andaya 1983: 38). Susur galur keturunan Raja Perak
juga dikatakan ada pertalian darah dengan Raja Iskandar Zulkarnain di India (Morgan 1948: 17).
Begitu juga dengan Raja Singapura yang pertama, iaitu Sang Nila Utama dan Sultan Melaka
yang pertama, iaitu Raja Iskandar Dzulkarnain, turut dikatakan ada pertalian darah dengan Raja
Iskandar Zulkarnain (Wilkinson 1942: 13). Tun Ali bin Mani Purindam, tokoh pemimpin Melaka
yang bergelar Seri Nara Diraja dan memegang jawatan Penghulu Bendahari juga berketurunan
Jawi Peranakan berdarah campuran India Islam. Begitu juga dengan Bendahara Tun Mutahir,
beliau berasal daripada keluarga Melayu Tamil atau Jawi Peranakan (Muhammad Yusoff Hashim
1989: 320).
Pembentukan masyarakat Jawi Peranakan di Tanah Melayu telah mengalami perubahan yang
ketara. Ia bermula di Pulau Pinang apabila perkahwinan campur antara lelaki India Muslim
dengan wanita Melayu bukan sahaja berlaku dalam kalangan golongan bangsawan, tetapi
melibatkan golongan kebanyakan. Pembukaan pelabuhan Pulau Pinang oleh pihak Inggeris
sebagai pelabuhan perdagangan telah menyebabkan kedatangan masyarakat Jawi Peranakan dari
Kedah ke Pulau Pinang semakin ketara. Keadaan ini terjadi sejak abad ke-17 (Ragayah Eusoff
1997: 2930). Perbauran antara masyarakat ini dengan masyarakat India Islam turut
menghasilkan perkahwinan campur antara kedua-dua anggota masyarakat ini.
Sejarah pembentukan masyarakat Jawi Peranakan berketurunan India Islam di Pulau Pinang
dikatakan berlaku secara berperingkat-peringkat iaitu melalui tiga peringkat. Peringkat pertama
4 | Page

berlaku ketika kedatangan golongan saudagar, pedagang, pengembara dan pembekal alat senjata.
Golongan ini dikatakan telah menetap di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light. Ada
antara golongan ini merupakan Jawi Pekan (Sandhu 1969: 172, 179). Pembentukan masyarakat
ini bermula apabila Kapitan Keling berkahwin dengan wanita Melayu tempatan. Isteri pertama
Kapitan Keling dikatakan berasal dari Batu Uban, Pulau Pinang dan beliau telah menetap di
kawasan tersebut sejak tahun 1736 (Omar Yusoff 2005: 140). Perkahwinan campur Kapitan
Keling ini diikuti pula oleh saudagar India Islam yang lain.
Peringkat kedua berlaku sewaktu kedatangan kaum buruh yang bekerja di ladang dan di bawah
kerajaan British. Peringkat ini dikatakan berlaku pada tahun 1787, atau dipercayai lebih awal
(Sandhu 1969: 47). Pada awal tahun 1786, terdapat seramai seratus orang buruh India yang
dihantar ke Pulau Pinang oleh kerajaan British yang beribu pejabat di India. Kebanyakan mereka
bekerja sebagai buruh ladang dan ada juga yang bekerja dengan kerajaan British. Setelah itu,
lebih ramai buruh India dari India Selatan dihantar ke Pulau Pinang untuk bekerja di ladang yang
dibuka oleh kerajaan British bagi tujuan komersial, seperti ladang lada hitam yang dibuka pada
tahun 1790, diikuti dengan ladang tebu pada tahun 1830, ladang kopi pada tahun 1870 dan
ladang getah pada tahun 1877 (Sandhu 1969: 50, 249). Ramai buruh ini dikatakan telah
berkahwin dengan wanita Melayu tempatan, seperti yang ditegaskan oleh Sandhu (1969: 177):
A similar tendency could also be detected among other classes of immigrants,
especially with the expansion of government works and commercial
agriculture in the nineteenth century. Some of these migrants, like their
predecessors, took local brides from amongst the Malay and slave
populations.
Seterusnya, peringkat ketiga pula berlaku apabila adanya perkahwinan campur yang melibatkan
golongan banduan yang dihantar oleh kerajaan British yang beribu pejabat di India ke Pulau
Pinang. Peringkat ini berlaku sekitar tahun 1788, apabila Pulau Pinang telah dijadikan sebagai
tempat banduan menjalani hukuman selama tujuh tahun atau lebih. Pada tahun 1789 beberapa
orang banduan mula dihantar ke Pulau Pinang. Lebih tiga perempat banduan yang dihantar ke
Pulau Pinang terdiri daripada mereka yang menjalani hukuman seumur hidup. Kesalahan yang
dilakukan oleh mereka adalah seperti membunuh, merompak, kesalahan politik dan sebagainya.
Banduan ini datang dari pelbagai daerah di India dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum.

5 | Page

Eyeno Deen Sheikdar dan Mohamed Heiant merupakan dua orang banduan India Islam yang
pertama dihantar ke Pulau Pinang, iaitu pada bulan Mac 1790 (Sandhu 1969: 87).
Selepas tahun 1789, semakin ramai banduan dihantar ke Pulau Pinang. Namun begitu, apabila
kerajaan British tidak lagi menyediakan peruntukan bagi menghantar pulang banduan yang telah
tamat menjalani hukuman ke negara asal mereka, maka pihak ini telah mengurangkan
penghantaran banduan ke Pulau Pinang. bermula pada tahun 1860 semakin ramai banduan yang
telah tamat menjalani hukuman tidak pulang ke tanah air mereka. Mereka lebih gemar tinggal di
Pulau Pinang. Hal ini demikian kerana banduan ini dikatakan sudah biasa dengan keadaan di
Pulau Pinang (McNair 1899: 144).
Menurut Akta Simpanan Melayu tahun 1913 (Malay Reseervation Act ) , seseorang itu dianggap
sebagai Melayu apabila mereka beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan
mengamalkan adat resam orang Melayu ( Khoo Salma, 2002:46). Oleh itu, berlandaskan akta ini,
kerajaan British akhirnya mengkategorikan masyarakat Jawi Peranakan sebagai Melayu. Syarat
asas ini terus kekal hingga ke hari ini sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
(Perkara 160, Fasa 2).

6 | Page

3.0

PENGUMPULAN DATA
DIALEK JAWI PERANAKAN

BAHASA MELAYU BAKU

[nangis]

[naN s]

[batinku]

[batenku]

[mawuku]

[mahuku]

[besa]

[bias]

[besaq]

[besa]

[ad]

[ada]

[nama]

[nam]

[buta]

[but]

[takut]

[takot]

[siapa]

[sap]

[uwaN]

[wang]

[artiNa]

[rtinya]

[nasibku]

[nasebku]

[minta]

[mint]

[buka]

[buk]

[ya]

[y]

[blum]

[blom]

[cinta]

[cint]

[talipon]

[telifon]

[pikiran]

[fikiran]

[blajaq]

[blaja]

7 | Page

8 | Page

[mau]

[mahu]

[do/tor]

[dokt]

[cetti]

[ceti]

[curiga]

[curig]

[kita]

[kit]

[na/]

[hnda/]

[ta/]

[tida/]

[tau]

[tahu]

[kau]

[ngkau]

[sat]

[sbntar]

[no]

[y]

[depa]

[mreka]

[mai]

[mari]

[ba.guyh]

[bagus]

[ka]

[k]

[sila]

[sil]

[kot ni]

[ikut sini]

[dah]

[sudah]

[lagu ni]

[sprti ini]

[kerosi]

[krusi]

[ayaq]

[air]

[mana]

[man]

[suka da/]

[suk atau tida/]

[tak mau]

[tida/ mahu]

[mu.N ah]

[murah]

[do/]

[dudo/]

[aja]

[sahaj]

[musti]

[msti]

[kahanda/]

[khnda/]

[ambi/]

[ambl]

[keci/]

[kcil]

[sapa]

[siap]

[pi]

[prgi]

[awat]

[knap]

HUBUNGAN KEKELUARGAAN
DIALEK JAWI PERANAKAN

BAHASA MELAYU BAKU

/ba/

/aba/

/mama//

/pa/ teh/ (bapa saudara sebelah ibu)

/combi/

/kalsom bi/

4.0

ANALISIS DATA

Proses Peleburan
Proses peleburan merupakan salah satu cara untuk menghindari kemunculan rangkap segmen
sama ada vokal atau konsonan. Dalam proses ini, segemen yang berturutan itu akan digantikan
dengan satu segmen yang lain dan segmen tersebut memiliki fitur-fitur daripada kedua-dua
segmen yang asal. Proses peleburan terbahagi kepada dua bahagian iaitu peleburan vokal dan
peleburan konsonan. Peleburan konsonan bermaksud proses meleburkan dua konsonan dasar
yang berurutan menjadi satu konsonan lain. Manakala, peleburan vokal berlaku apabila keduadua vokal itu sering digantikan dengan satu vokal baru yang mengekalkan fitur tertentu daripada
vokal-vokal berkenaan. Antara rangkap-rangkap vokal yang sering mengalami peleburan ialah
9 | Page

rangkap /ia/ dan /ua/. Rangkap /ia/ akan berubah menjadi vokal rendah hampar [ ], manakala
rangkap /ai/ berubah menjadi vokal rendah bundar [ ]. Fitur rendah yang diperolehi daripada
vokal /i/ dan fitur bundar daripada vokal /u/. Fenomena peleburan vokal ini dapat dilihat dalam
dialek Jawi Peranakan.
Bahasa melayu baku

Dialek Jawi Peranakan

biasa

bias

bsa

naik

nai

Peleburan vokal yang berlaku dalam dialek Jawi Peranakan itu menunjukkan bahawa kata
asalnya mempunyai tiga suku kata dalam bahasa Melayu telah berubah menjadi dua suku kata.
Hal ini menunjukkan bahawa peleburan bukan sahaja untuk mengelakkan kemunculan rangkap
vokal, peleburan juga bertujuan untuk memendekkan suku kata. Di samping itu, proses
peleburan juga melibatkan segmen rangkap yang berbeza. Ia boleh berlaku pada segmen vokal
dan konsonan dalam suku kata yang sama. Proses ini biasanya akan menghilangkan konsonan
yang berada di posisi koda, dan bunyi vokal di posisi nukleus yang akan mengalami perubahan.
Gabungan vokal dan konsonan nasal telah mengalami peleburan dan digantikan dengan vokal
yang dianalisasikan.

Kesepadanan fonem /s/


Berdasarkan data yang kami peroleh daripada filem Ibu Mertuaku terdapat juga kelainan
sebutan/s/ di akhir kata. Fonem /s/ dalam dialek Melayu Pulau Pinang disebut sebagai /s/ apabila
muncul dalam lingkungan awal perkataan bersuku kata terbuka dan tertutup tetapi fonem ini
tidak wujud sebagai /s/ di akhir perkataan bersuku kata tertutup. Fonem /s/ di akhir kata dalam
dialek melayu peranakan wujud sebagai /h/ sekiranya didahului oleh vokal /i/ tetapi muncul
sebagai /yh/ iaitu bunyi geluncur jika vokal yang mendahului bunyi /s/ itu ialah /u/. Sebagai
contoh bagus kepada /baguyh/.

10 | P a g e

Kesepadanan fonem /r/.


Selain itu, terdapat kelainan sebutan /r/. Dalam dialek Jawi Peranakan, fonem /r/ disebut
sebagai /R/. Fonem /R/ ini berlaku apabila muncul sebagai anggota pertama suku kata terbuka
dan juga anggota akhir suku kata pertama tertutup. Walau bagaimanapun, dalam filem ini hanya
terdapat anggota pertama suku kata terbuka yang diikuti dengan vokal /o/ yang disisipkan
selepas konsonan /R/. Contohnya, perkataan kerusi kepada /kRosi/.

Penengahan vokal.
Seterusnya, hasil kutipan data di atas juga didapati bahawa terdapat perkataan yang
mengalami proses fonologi dalam bahasa Melayu iaitu melalui penengahan vokal. Vokal yang
berubah menjadi schwa // inilah yang dikenali sebagai penengahan vokal. Dalam bahasa Jawi
Peranakan ini vokal /a/ telah berubah menjadi vokal tengah // apabila vokal itu hadir di akhir
kata. Contohnya, perkataan ada menjadi /ad/.

Penyisipan Hentian Glotis


Dalam dialek Jawi Peranakan, kehadiran hentian glotis dalam kata dapat dilihat melalui proses
pengglotisan. Proses pengglotisan ini berlaku apabila konsonan /k/ yang menduduki posisi koda
atau akhir kata berubah menjadi konsonan hentian glotis [] . Contoh konsonan /k/ menjadi
hentian glotis pada akhir kata adalah seperti dalam perkataan /nak/ [na], /tak/ [ta], /duduk/
[dudo], /ambek/ [amb] dan /kecik/ [kci].

Kesepadanan fonem /r/

11 | P a g e

Kesepadanan fonem /r/. Dimana /r/ diakhir perkataan bertukar menjadi []. Lazimnya, vokal
yang mendahului bunyi [] itu disengaukan. Contohnya:
BAHASA MELAYU

DIALEK JAWI PERANAKAN

BAKU
Di akhir kata
Ejaan

Ejaan

Fonemik

Sebutan

air

ayak

/ayaq/

[ay]

Proses pemanjangan vokal berlaku akibat daripada proses pengguguran vokal dan proses
peninggian vokal. Proses pemanjangan vokal yang berlaku dalam dialek Jawi Peranakan ini
dapat dijelaskan dengan baik melalui analisis autosegmental model skeletal KV. Contohnya
ialah perkataan /biasa/.
a) Input
Tingkat suku kata

Tingkat Skeletal

Tingkat melodi

12 | P a g e

b) Pengguguran vokal
Tingkat suku kata

Tingkat skeletal

Tingkat melodi

K V

s a

c) Pengguguran suku kata


Tingkat suku kata

Tingkat skeletal

K V

Tingkat melodi

K V

d) PeninggianVokal
Tingkat suku kata

13 | P a g e

Tingkat skeletal

K V

Tingkat melodi

K V

e) Penyukuan Semula dan Pemanjangan Vokal


Tingkat suku kata

Tingkat skeletal

K V

K V

Tingkat melodi

f) Output: [b:sa]
14 | P a g e

Tingkat suku kata

K V

Tingkat skeletal

V V

Tingkat melodi

a.

Dalam sistem fonologi dialek Jawi Peranakan seperti yang ditunjukkan,ia tidak membenarkan
dua vokal hadir secara berurutan. Sekiranya rangkap vokal wujud hasil daripada proses
penggabungan morfem, maka vokal pertama itu seharusnya digugurkan. Kesan daripada
pengguguran itu akan mengakibatkan berlakunya proses peninggian vokal. Daripada peninggian
vokal ini akan mengakibatkan fenomena pemanjangan vokal. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
pengguguran segmen vokal pada tingkat melodi tidak menjejaskan atau mempengaruhi segmen
V di tingkat skeletal . Jika di lihat, segmen atau gatra V tetap kekal sebagai satu entiti yang
berautonomi pada tingkatnya sendiri. Oleh itu, jelas konsep segmen yang berautonomi sifatnya
inilah yang telah menngakibatkan berlakunya gagasan autosegmental. Melalui sudut teori suku
kata pula, didapati nodus nukleus yang lazimnya dihubungkan dengan bunyi vokal merupakan
unsur penting yang mendirikan sesuatu suku kata. Dapat dilihat bahawa apabila pengguguran
vokal /i/ seperti di (b) ini menyebabkan suku kata pertama itu tidak mempunyai nukleus. Oleh
itu, tanpa nukleus maka dengan sendirinya segmen pada tingkat suku kata digugurkan melalui
rumus penyahhubungan parasitic (Parasitic Delinking) seperti yang terdapat dalam 2c yang
menyatakan bahawa sesuatu suku kata itu harus gugur, sekiranya ia tidak mempunyai segmen
nukleus yang ketara (Hayes 1989). Dalam derivasi ini, sebelum berlakunya proses penyukuan
semula suku kata, terlebih dahulu fenomena dialek ini telah berlaku proses peninggian vokal
iaitu vokal /a/ telah berubah menjadi vokal // pada suku kata kedua ini seperti yang terdapat
dalam 2d. Dalam dialek ini, sekiranya dua vokal yang hadir secara berurutan iaitu vokal /i dan a /
vokal / i/ akan digugurkan, manakala vokal /a/ pula akan berubah menjadi vokal // pada suku
kata kedua. Oleh itu, setelah berlakunya proses peninggian vokal ini, berlakulah proses
15 | P a g e

penyukuan semula dan pemanjangan vokal seperti dalam 2e. Melalui proses penyukuan semula
ini, konsonan /b/ dihubungkan ke posisi onset suku kata kedua, manakala vokal // pula
dihubungkan dengan gatra V yang kosong pada tingkat skeletal itu seperti dalam 2e. Oleh itu,
pada peringkat outputnya terhasillah bentuk [b:sa] iaitu vokal [:] mengalami pemanjangan.

16 | P a g e

5.0

RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan kajian ini, kami dapat merumuskan beberapa perkara. Pertama sekali, dapatan
jumlah perkataan daripada dialek Jawi Peranakan dalam filem Ibu Mertuaku karya P.Ramlee
yang diterbitkan oleh Shaws Malay Film Production pada 1962 ialah sebanyak 61 perkataan
sahaja dan hanya beberapa watak sahaja didalam filem ini yang menggunakan dialek Jawi
Peranakan antaranya ialah Combi, Bang Ali, dan ibu kepada Combi. Oleh itu, jumlah
penggunaan dialek Jawi Peranakan di dalam filem ini adalah sedikit berbanding bahasa melayu
baku atau standard yang sering digunakan oleh masyarakat hari ini. Hasil tersebut diperoleh
setelah kami mengasingkan setiap perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk jadual ( Jadual 1
dan Jadual 2). Antaranya ialah ayaq, pi, , mai, tak dan mamak. Selain itu, kami juga dapat
merumuskan bahawa wujud unsur kependekan dalam dialek Jawi Peranakan melalui penggunaan
perkataan dalam filem tersebut misalnya tak, pi, hang dan mai. Unsur-unsur tersebut pula
tergolong dalam beberapa golongan kata seperti kata nafi dan kata ganti nama diri. Seterusnya,
kami mendapati terdapat sebanyak empat perkataan dalam dialek Jawi Peranakan yang
mengalami perubahan vokal. Misalnya, ka (ke), talipon (telifon), kerosi (kerusi) dan kahandak
(kehendak). Terdapat juga kesepadanan fonem /s/ dan proses peleburan dalam dialek Jawi
Peranakan misalnya baguyh (bagus). Disamping itu, kami bersetuju bahawa apabila sesuatu
perkataan itu mengalami perubahan bunyi (fonologi), maka ia turut mengalami perubahan dari
segi morfologinya iaitu sistem ejaan. Kami juga membuat kesimpulan bahawa dialek Jawi
Peranakan mempunyai dua kelainan linguistik iaitu daripada segi kosa kata dan sebutan jika
dibandingkan dengan bahasa Melayu baku.

17 | P a g e

PENUTUP
Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa dialek Jawi Peranakan yang dituturkan oleh
sebahagian penutur di Pulau Pinang merupakan variasi bahasa yang unik. Berdasarkan huraian
kosa kata dan sebutan dialek Jawi Peranakan didalam analisis di atas maka dapatlah dikatakan
bahawa ragam dialek Jawi Peranakan merupakan salah satu ragam bahasa yang wujud di Pulau
Pinang pada masa dulu dan sekarang. Walaupun ragam ini kelihatan berbeza dengan bahasa
Melayu baku, ragam ini bertaraf dialek kerana penutur ragam ini masih mengongsi ciri saling
kefahaman dengan penutur dialek Melayu lain yang ada di Malaysia. Perbezaan dialek Jawi
Peranakan dengan bahasa Melayu baku dapat dilihat dengan jelas apabila analisis dari sudut
proses fonologi dilakukan. Ia memperlihatkan bagaimana perbezaan tersebut boleh berlaku dan
apa proses yang terlibat dalam pembentukan perbezaan tersebut. Hakikatnya setiap dialek
mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri dan dialek merupakan satu displin bahasa yang
menarik untuk dikaji. Pelbagai kajian perlu dijalankan, misalnya dalam aspek penyebutan
diftong dan konsonan-konsonan tertentu, bukan sahaja dalam dialek Jawi Peranakan tetapi juga
dalam dialek-dialek lain seperti dialek Utara, dialek Perak Tengah, dialek Negeri Sembilan,
dialek Kelantan dan sebagainya.

18 | P a g e

BIBLIOGRAFI

Andaya, B.W. & Andaya, L.Y. 1983. A History of Malaysia. London: MacMillan
Khoo Salma, Nasution. 2002. The rich legacy of the Jawi Pekan. Dlm. Malini Dias (ed.).
Glimpses of old Penang, Petaling Jaya: Star Publications. Hlm. 44-45.
McNair, J.F.A. 1899. Prisoners their own warders: A record of convict prison at Singapore in
the Straits Settlement established 1825, discontinued 1873, together with a cursory history of the
convict establishment at Bancoolen, Penang and Malacca from the year 1979. London:
Archibald Constable.
Morgan, W.S. 1948. The story of Malaya. Singapore: Malaya Publishing House Limited
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian beberapa aspek tentang
Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Omar Yusoff, Jamaluddin Aziz. 2010. Jawi Peranakan di Pulau Pinang: ekspresi sebuah identiti.
Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Omar Yusoff. 2005. Kaum Jawi Peranakan di Pulau Pinang: Isu-isu budaya dalam konteks
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Latihan Ilmiah, Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Ragayah Eusoff. 1997. The Merican clan: A story of courage and destiny. Kuala Lumpur: Times
Books International.
Sandhu, Kernial Singh. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their immigration and
settlement, 1786-1957. Cambridge: Cambridge University Press.
Wilkinson, R.J. 1942. Paper on Malay subjetcs History, Part 1: Events prior to British
ascendancy, Part II: Notes on Perak history. Kuala Lumpur: Printed at the Federated Malay State
Government Press.

19 | P a g e

20 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai