Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

MAKSUD PEMBELAJARAN

Istilah pembelajaran mempunyai banyak makna. Pengertian pembelajaran dalam

kebanyakan teori bermaksud sebagai suatu proses, cara, perbuatan menjadikan seseorang orang

atau makhluk hidup belajar. Gagne dan Briggs mendefinisikan istilah pembelajaran sebagai suatu

rangkaian events (kejadian, peristiwa, keadaan,dan sebagainya) yang secara sengaja dirancang

untuk mempengaruhi pelajar sehingga proses belajarnya dapat berlangsung dengan mudah.

Pembelajaran adalah suatu kombinasi yang tersusun meliputi unsur-unsur manusiawi,

material, kemudahan, peralatan, dan prosedur yang saling mempengaruhi bagi mencapai tujuan

pembelajaran. Pembelajaran yang dimaksudkan di sini merupakan kurikulum yang menuntut

sikap proaktif guru dalam menciptakan dan memodifikasi aktiviti pelajar bersesuaian dengan

perancangan yang telah dibuat. Yang menjadi kunci atau persoalan pokok dalam rangka

menentukan tujuan pembelajaran adalah keperluan pelajar, mata pelajaran atau bidang

pembelajaran yang diajarkan dan guru itu sendiri.

Berdasarkan sukatan pelajaran yang ada dalam kurikulum, hasil-hasil pembelajaran yang

diinginkan oleh guru dapat ditentukan. Guru sendiri adalah sumber utama tujuan bagi para

pelajar. Sehubungan itu, guru seharusnya mampu menentukan tujuan-tujuan pembelajaran yang

bermakna dan dapat diukur. Di samping itu, seorang guru juga harus berupaya memilih dan

menentukan model pembelajaran yang sesuai dengan situasi pelajar yang mengarah kepada

matlamat yang telah diharapkan tersebut.

1
MAKSUD MODEL PENGAJARAN

Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang merangkumi keadaan kandungan,

strategi serta iklim sosial bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk

murid kita.

Ini bermaksud model pengajaran merupakan blueprint pengajaran. Model ini adalah

strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran

yang terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan

panduan kepada perancang dan guru kerana prosedur mengajar amat penting untuk

menghasilkan pengajaran yang berkesan.

Lanjutan daripada itu, selepas menggunakannya sebagai panduan pengajaran dan

pembelajaran, model pengajaran membantu guru memperoleh maklum balas tentang

keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan.

SINOPSIS VIDEO

Video ini telah dilakukan oleh encik Mazlan bin Sudin yang merupakan pelajar praktikal

Universiti Sains Malaysia. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh encik

Mazlan adalah bagi mata pelajaran kemahiran sosial iaitu yang berfokuskan pada “pengenalan

diri”. Rakaman ini telah dilakukan kepada pelajar di kelas pendidikan khas bagi masalah

pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Pulau Pinang iaitu pada tahun 2008.

2
Kaedah yang telah digunakan oleh encik Mazlin ialah kaedah penceritaan. Kaedah ini

merupakan kaedah yang amat berkesan kepada murid kerana telah dapat menarik minat pelajar

untuk meneruskan pembelajaran mereka di dalam kelas. Hasil pembelajaran yang telah

dilakukan oleh encik Mazlan adalah untuk memastikan di akhir pengajaran semua murid dapat

menamakan anggota muka dan kepala, mengecam anggota muka dan kepada dan melakukan

pergerakan tangan dan kaki.

Hasil pengajaran bagi menamakan anggota muka dan kepala dapat ditunjukkan seperti

pelajar berjaya menamakan anggota muka apabila guru meminta seorang murid untuk

menamakan anggota muka yang terdapat pada slide yang diberi iaitu seorang budak perempuan

yang bernama Siti. Di akhir pembelajaran, murid juga dapat mengecam anggota muka kerana

mereka berjaya menamakan anggota muka seperti mata, mulut, gigi, hidung, telinga, dan dahi

dengan menggunakan kad gambar. Seterusnya, murid juga berjaya melakukan pergerakan tangan

dan kaki. Bagi pergerakan tangan, guru meminta murid untuk menunjukkan anggota muka pada

slide dengan menggunakan pembaris manakala bagi pergerakan kaki pula adalah dengan cara

guru meminta murid untuk datang ke hadapan.

Di akhir pengajaran, guru meminta murid mengulang kembali apa yang telah diajar

kemudian guru telah membuat kesimpulan tentang pengajaran yang telah dilakukan. guru juga

telah memberikan latihan sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid. Penutupan kongnitif dan

penutupan sosial telah di isi pada akhir pengajaran

3
ULASAN VIDEO PENGAJARAN

MODEL-MODEL PENGAJARAN

Berdasarkan kepada video yang dipilih, Encik Mazlan telah mengaplikasikan beberapa model

pengajaran dalam proses pengajarannya kepada pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran.

Antara model yang diaplikasikannya ialah :-

a) Model Sosial

Model ini dipelopori oleh Slavin (2005). Model ini lebih menitikberatkan kepada

pembelajaran aktif yang mengubah pembelajaran pasif kepada dinamik serta berpusatkan

murid. Pengurusan pembelajaran koperatif termasuk dalam salah satu ciri konsep

pembelajaran koperatif. Dalam video ini guru menggunakan pengurusan pembelajaran

koperatif untuk membantu melancarkan perjalanan sesi pembelajaran. Penyediaan suatu

situasi yang kondusif diperlukan semasa penggunaan konsep ini. Sebagai contoh dalam

video, kedudukan murid yang sesuai memudahkan cikgu Mazlan untuk memantau dan

mengawal pelajar agar sentiasa memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Selain itu, cikgu Mazlan juga mempunyai kemahiran menyoal dan

memperoleh perhatian murid, di mana beliau akan panggil nama pelajar terbabit barulah

bertanyakan soalan kepada murid tersebut. Beliau sentiasa mempelbagaikan kaedah

pembelajaran menyebabkan murid tidak mudah bosan dan sentiasa memberi tumpuan.

b) Model Pemprosesan Maklumat

Menurut Robert M.Gagne (1975), model ini melibatkan ransangan-ransangan dari

persekitaran luar diterima melalui deria-deria manusia. Melalui deria manusia, maklumat

ditafsirkan dalam stor ingatan sama ada dalam ingatan jangka pendek atau ingatan

4
jangka panjang. Pengalaman disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting

untuk dikaitkan dengan pengalaman baru untuk memudahkan pembelajaran baru

berlaku. Dalam pembelajaran yang diajar oleh cikgu Mazlan apa yang boleh dilihat ialah

murid sudah mempunyai maklumat tentang bahagian anggota muka tetapi mereka tidak

pasti jawapan yang kepada soalan yang ditanya oleh cikgu Mazlan. Tetapi apabila diberi

penerangan dan latihan pengukuhan dan pengulangan oleh cikgu murid tersebut mampu

mengingat dengan sepenuhnya nama anggota muka terbabit dan mampu untuk

melakukan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

c) Model Personal.

Dalam Prinsip Model Pengajaran Personal terdapatnya pengajaran tidak langsung(non-

directive). Model Non-Directive ini lebih menekankan kepada pembelajaran melalui

kaunseling, di mana hubungan sesama manusia lebih difokuskan berbanding pengajaran

konsep mata pelajaran. Model ini juga terdapat dalam video ini di mana kita boleh lihat

bahawa cikgu Mazlan berusaha untuk memastikan murid beliau memahami apa yang

diajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti menggunakan slide

powerpoint, kad gambar dan juga patung muka. Beliau melayan semua pertanyaan murid

dan memberi penjelasan yang lebih mendalam lagi kepada murid tersebut iaitu

mengadaptasikan apa yang diajar dengan diri murid tersebut di akhir pelajaran iaitu

menyuruh murid menunjukkan bahagian muka yang disebutnya dan ia dibuat adalah

bertujuan untuk memastikan murid memahami dan mengenali anggota muka mereka

sendiri.

d) Model Tingkah Laku/Behaviorisme

5
Dalam model ini cikgu Mazlan menggunakan teknik pengajaran langsung. Langkah yang

beliau lakukan semasa pengajaran ialah menggunakan kaedah penentuan set iaitu beliau

memfokuskan kepada pengajaran anggota muka, kaedah penerangan iaitu beliau

menerangkan kedudukan setiap bahagian anggota di muka manusia, kaedah latihan iaitu

selepas penerangan cikgu memberikan lembaran kerja kepada pelajar untuk disiapkan,

kaedah maklum balas iaitu selepas sesi penerangan cikgu Mazlan akan tanya kembali

kepada pelajar di mana kedudukan anggota dekat muka seperti hidung dan pipi. Dan

kaedah yang terakhir ialah mengulang kaji. Kaedah ini cikgu juga gunakan iaitu selepas

habis lembaran kerja cikgu Mazlan mengulang kaji pelajaran yang diajar pada hari

tersebut sebagai penutup pengajaran di mana beliau menyuruh beberapa orang murid

untuk datang ke hadapan dan menunjukkan bahagian muka dan menyebutnya dengan

kuat.

e) Model Pembelajaran Masteri

Model ini lebih lengkap dan efisien kerana guru harus membuat penentuan hasil

pembelajaran, pembelajaran dua hala berlaku dan berlaku penilaian selepas habis tempoh

pengajaran. Model ini juga terdapat dalam video ini, di mana cikgu Mazlan sudah

mempunyai hasil pelajaran iaitu murid mampu untuk menamakan anggota badan, muka,

dan kepala dan juga mengecam anggota muka dan kepala. Pengajaran dua hala juga

berlaku di mana setiap soalan guru dijawab murid dan soalan murid dijawab oleh guru.

Selepas itu, tindakan susulan untuk aktiviti pengayaan ialah guru membuat lembaran

kerja untuk memastikan pemahaman murid.

6
KEKUATAN

Encik Mazlan telah melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Hal ini

kerana, encik Mazlan telah melakukan perancangan yang rapi sebelum memulakan pengajaran

seperti menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan mencukupi. Hal ini secara tidak langsung

proses pengajaran encik Mazlan berjaya disempurnakan sehingga dapat memberi kefahaman

kepada murid serta mencapai objektif.

Kemahiran set induksi merupakan kemahiran yang penting untuk melakukan sesuatu

pengajaran. Hal ini kerana, kemahiran set induksi merupakan satu cara untuk menarik minat

pelajar supaya mereka bersedia untuk belajar. Encik Mazlan telah berjaya menarik minat pelajar

dengan cara memanggil seorang pelajar ke hadapan dan meminta semua murid untuk

menentukan anggota yang terdapat pada muka murid tersebut. Teknik yang telah digunakan oleh

encik Mazlan telah mencapai matlamatnya iaitu untuk mengajar anggota muka dan kepala.

Untuk mencapai matlamat tersebut, encik Mazlan juga telah menyusun perkaitan

pembelajarannya dengan baik. Kaedah yang dilakukan juga telah dapat menarik perhatian murid-

murid serta dapat memotivasikan pelajar dengan cara memberi pujian. Teknik yang digunakan

juga sesuai dengan pelajar tersebut sehingga dapat memberi kesan yang positif.

Penggunaan slide semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah amat sesuai

kepada murid-murid untuk membangkitkan semangat murid untuk belajar. Hal ini kerana, murid

mudah memahami pengajaran guru sewaktu memberi penerangan. Penerangan encik Mazlan

juga ringkas, padat, jelas dan mudah difahami oleh semua murid pada peringkat umur tersebut.

Penerangan yang telah dilakukan oleh encik Mazlan telah memberi kesan yang positif kepada

7
pelajar kerana dapat memahami apa yang telah diajar kerana menggunakan bahan seperti slide,

bahan maujud iaitu muka murid itu sendiri dan model muka patung.

Encik Mazlan juga telah memberikan peneguhan kepada murid-murid. Peneguhan

tersebut secara tidak langsung dapat menimbulkan keyakinan diri dan motivasi dalam diri pelajar

tersebut. Perkara ini dapat dilihat semasa encik Mazlan menerima jawatan daripada murid dan

memberi pujian dan meminta pelajar menepuk tangan kepada murid yang menjawab. Encik

Mazlan juga memperbetulkan jawapan murid yang salah. Interaksi antara guru dan murid telah

mewujudkan pembelajaran yang bermakna di dalam kelas tersebut.

Encik Mazlan juga telah menerima maklum balas daripada murid dengan baik. Encik

Mazlan telah berjaya melayani maklum balas negetif daripada murid contohnya, cikgu Mazlan

memperbetulkan kesalahan murid semasa dia meminta murid tersebut menamakan anggota muka

yang telah ditunjuk di dalam slide. Hal ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan

semangat pelajar untuk belajar. Apabila murid memberi respon positif, pujian dan galakan

sentiasa diberikan kepada murid-murid. Selain daripada itu, encik Mazlan juga berjaya

mengalihkan tumpuan murid kepada pembelajaran dengan cara menanyakan soalan kepada

murid yang sudah hilang tumpuan kepada pembelajaran.

Selain itu, encik mazlan juga telah menggunakan pelbagai rangsangan. Encik Mazlan

telah melakukan banyak pergerakan di dalam bilik kelas supaya murid sentiasa fokus di dalam

kelas. Pergerakan anggota murid juga berlaku seperti guru meminta murid datang ke hadapan

dan tunjuk ke arah anggota muka yang terdapat di dalam slide dengan menggunakan pembaris.

Pembelajaran juga menarik kerana encik Mazlan menggunakan pelbagai kaedah untuk

mengekalkan minat murid di dalam kelas untuk meneruskan pembelajaran.

8
Secara kesimpulannya, kaedah pengajaran yang menarik dan berkesan telah dilakukan

dengan baik oleh encik Mazlan. Selain itu, pengajaran tersebut juga sesuai untuk peringkat umur

dan tahap keupayaan murid bagi masalah pembelajaran.

KELEMAHAN

Selain kekuatan, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dilakukan oleh encik

Mazlan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut. antara

kelemahan-kelemahan tersebut adalah:

Encik Mazlan lebih banyak memfokuskan kepada murid yang aktif. Perkara ini,

sememangnya tidak patut berlaku di dalam kelas kerana akan memberi kesan kepada pelajar

yang pasif seperti kurang memahami terhadap pembelajaran tersebut. perkara ini dapat dilihat

semasa encik Mazlan sedang mengajar, dia lebih memberi fokus kepada murid perempuan yang

berada di hadapan berbanding murid lelaki yang beada di belakang. Encik Mazlan tidak

sepatutnya bersikap berat sebelah semasa melakukan pengajaran.

Encik Mazlan juga tidak menggunakan kemahiran mengemukakan soalan dengan betul.

Encik Mazlan telah memanggil nama pelajar dahulu sebelum mengemukakan soalan. Hal ini

akan menyebabkan murid-murid kurang bersedia untuk memberikan jawapan. Encik Mazlan

juga tidak mengulang soalan selepas soalan diberikan kepada pelajar. Mungkin sesetengah

pelajar tidak memahami soalan yang diberikan dan memerlukan pengulangan. Cikgu Mazan juga

tidak menggunakan teknik hentian sebendar selepas mengemukakan soalan untuk memberi masa

untuk pelajar berfikir.

9
Encik Mazlan juga gagal dalam memberikan arahan. Arahan yang tidak jelas dapat

ditunjukkan dalam video ini sewaktu ingin membuat latihan. Encik Mazlan telah memberikan

arahan yang banyak dalam satu masa sehingga menyukarkan murid untuk memahami apa yang

perlu mereka lakukan. Arahan yang diberikan oleh encik Mazlan mungkin mudah difahami oleh

kanak-kanak normal, tetapi ia sukar untuk kanak-kanak masalah pembelajaran kerana tahap IQ

mereka lebih rendah.

Selain itu, latihan yang diberikan kepada murid-murid tersebut tidak sesuai untuk tahap

umur dan kemampuan mereka. Mereka perlu mengisi tempat kosong dengan menulis perkataan-

perkataan mengikut slide yang diberikan. Latihan ini tidak sesuai kerana, dalam pemerhatian

kami dalam video ini terdapat pelajar yang masih tidak boleh untuk mengeja dan menulis

perkataan dengan betul. Tahap untuk menulis perkataan sebagai aktiviti pengukuhan amatlah

tidak sesuai untuk mereka kerana ia merupakan peringkat pengajaran yang tinggi iaitu menulis

perkataan.

Di samping itu juga, encik Mazlan juga salah dalam memberi pujian. Di mana beliau

sepatutnya lebih fokus dalam memberikan pujian bukan setakat memberi pujian seperti pandai

dan bagus sahaja tetapi beliau seharusnya memberikan pujian seperti bagus kamu memberi

jawapan yang betul. Pujian sebegini lebih jelas dan murid memperoleh perkataan yang membina

dan dapat menambah kosa kata mereka.

CADANGAN

Setiap kelebihan pasti terdapat kekurangan. Kekurangan dalam proses pengajaran

perlulah dibaiki supaya pengajaran yang dilakukan lebih memberikan kesan dan kefahaman

kepada murid-murid. Antara cadangan yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan adalah

10
memberikan latihan yang sesuai untuk murid-murid tersebut seperti memadankan perkataan

dengan gambar rajah. Contoh perkataan “mata” dengan kad gambar mata. Dengan ini murid tahu

bagaimana untuk mengeja setiap bahagian muka dan kepala dan bukannya hanya tahu menyebut

sahaja.

Selain daripada itu, guru perlulah bijak dalam mengemukakan soalan kepada murid-

murid terutama kepada murid masalah pembelajaran. Soalan yang diberikan perlulah ringkas,

padat dan mudah difahami oleh semua murid. Guru juga perlu melakukan pengulangan semasa

memberi soalan untuk memastikan murid dapat memahami soalan yang diberikan dan

melakukan hentian sebentar selepas mengemukakan soalan kepada murid agar murid dapat

berfikir jawapan kepada soalan yang ditanya itu dan memberikan jawapan yang paling tepat

kepada soalan yang ditanya oleh guru. Guru juga perlu bijak mengubah haluan murid dengan

menanyakan soalan kepada mereka sewaktu mereka sedang hilang tumpuan semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

11
Kesimpulan

Guru sebagai model peniruan haruslah menunjukkan contoh-contoh yang baik kepada murid.
Guru juga haruslah bijak dalam menggunakan kaedah tunjuk cara yang betul dengan contoh-
contoh yang relevan agar murid tidak terpesong dan tidak salah dalam memperoleh maklumat.

Selain itu, suasana pembelajaran juga mempengaruhi mutu pengajaran yang berlaku.
Oleh itu, pihak sekolah dan juga guru haruslah menyediakan suasana pembelajaran yang tenang
dan tanpa gangguan agar murid dapat belajar dengan tenang dan dapat fokus semasa waktu
pembelajaran tersebut. Bagi murid bermasalah pembelajaran suasana persekitaran yang bising
dan membosankan menyebabkan mereka kurang fokus dan menyebabkan mereka akan
berkhayal. Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan persekitaran kelas kerana apabila
keadaan ini berlaku guru akan hilang fokus kerana kelas dalam keadaan tidak terkawal. Oleh itu,
guru memainkan peranan utama untuk menghidupkan suasana kelas yang tenang dan harmoni.

Guru juga haruslah bijak untuk menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai agar murid
yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan lebih bersemangat untuk belajar dan
mempunyai motivasi diri yang tinggi untuk berjaya. Murid yang mempunyai maslah
pembelajaran ini boleh juga berjaya seperti murid yang berada di aliran perdana tetapi mereka
memerlukan lebih motivasi dan semangat yang tinggi dan situasi ini boleh dihadapi jika kita
mempunyai guru yang bermotivasi diri yang tinggi dan bersemangat waja.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting untuk memastikan setiap modal insan
di negara kita berjaya tidak kira berjaya dalam pelajaran atau berjaya dalam kerjaya. Dan tugas
mendidik mereka bukan hanya terletak di atas pundak guru sahaja tetapi terletak di atas bahu
setiap rakyat di negara kita dan kerajaan juga memainkan peranan penting iaitu mempergiatkan
lagi seminar-seminar atau kursus-kursus untuk guru memantapkan lagi pedagogi dalam
pendidikan.

12

Anda mungkin juga menyukai