Anda di halaman 1dari 3

Zaman Penjajahan di Tanah

Melayu
Zaman penjajahan Portugis,Belanda,Inggeris Dan Jepun di Tanah Melayu dan kesannya
kepada Tanah Melayu
Sunday, 15 March 2015

Kesan-kesan kedatangan British ke Tanah


Melayu
Kesan-Kesan Kedatangan Barat ke Asia Tenggara
Dasar imperialisme yang dilaksanakan oleh kuasa Barat ke atas negara-negara Asia
Tenggara telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi politik, ekonomi, dan
sosial.

Politik
Aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dahulunya diterajui oleh orang tempatan
telah diambil oleh penasihat dan pentadbir British. Perubahan dalam bidang
pemerintahan oleh pentadbir Barat selari dengan pengenalan sistem perundangan
Barat sesuai dengan anggapan mereka bahawa sistem pentadbiran masyarakat
peribumi adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dipraktikkan lagi. Ini dapat
dilihat apabila banyak negara Asia Tenggara diperintah melalui secara lansung oleh
pihak penjajah melalui sistem birokrasi yang dimonopoli oleh orang Barat. Bagi
meningkatkan soal-soal agama dan adat istiadat, pemimpin tempatan dilantik semata-
mata bertujuan bahawa, penjajah Barat masih lagi memerlukan dan menghargai
kepimpinan mereka. Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka
mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan
dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus
peperangan di Asia Tenggara.

Ekonomi
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara
yang dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah
dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain.
Manakala di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang
hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar
Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan
Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di
Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.

Bentuk ekonomi masyarakat Asia Tenggara bersifat sara diri telah berubah kepada
sektor berorientasikan perdagangan dan eksport dengan pengenalan tanaman baru
seperti teh, tebu, kopi, getah dan nenas. Sektor perladangan, perlombongan dan
perindustrian juga telah diperkenalkan oleh pemodal Eropah yang mempunyai modal
yang banyak. Banyak kawasan perladangan yang besar telah diterokai. Tenaga buruh
telah dibawa dari China dan India bagi memenuhi permintaan tenaga buruh yang tidak
mencukupi.

Masyarakat tempatan tinggal hanya di luar kota. British pula menumpukan


pembangunan tanah jajahan mereka hanya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
Manakala Sabah dan Sarawak, British hanya menumpukan perhatian di Bandar-
bandar seperti Jesselton, Sandakan, Miri, Sibu dan Kuching. Selain memperkenalkan
sistem ekonomi bebas, mereka juga menggalakkan kemasukan orang Cina dan India
untuk memajukan negeri-negeri tersebut. Orang-orang Cina umpamanya
menggunakan kemahiran teknologi yang diwarisi daripada negeri asalnya seperti
pembangunan bangunan (Bandar), melombong dan pertanian. Kemahiran dalam
bidang perdagangan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan ekonomi
di Bandar-bandar dan kawasan-kawasan sekitar;(Samri Sainuddin.:2003:64-65).

Sektor perlombongan bijih timah semakin berkembang pesat dengan pengenalan


kaedah baru dalam perlombongan iaitu kapal korek yang mengeluarkan bijih timah
dalam kuantiti yang banyak. Ekonomi tradisional penduduk peribumi yang bergantung
kepada kawasan sungai sebagai alat pengangkutan telah terpinggir dengan pembinaan
jalan raya dan kereta api. Pelabuhan tradisi negara-negara Asia Tenggara yang
berpusat di muara sungai juga turut terpinggir akibat pertumbuhan bandar baru yang
kemudiannya menjadi nadi penggerak kepada pembangunan ekonomi penjajah.

Wujud dua jenis ekonomi, ekonomi moden yang berorientasikan eksport dan ekonomi
tradisional yang dijalankan untuk tujuan sara diri. Ekonomi moden dikuasai oleh
imperialisme Barat manakala penduduk tempatan menjalankan ekonomi sara diri.
Perkembangan ekonomi berdasarkan sistem matawang telah menyebabkan wujud
jurang perbezaan antara sistem ekonomi tersebut. Pemerasan ekonomi yang dilakukan
oleh imperialisme Barat ke atas masyarakat Asia Tenggara menyebabkan timbul
keinginan masyarakat peribumi untuk membebaskan diri daripada belenggu penjajah.
Penentangan dan kebangkitan masyarakat peribumi menentang penindasan politik,
ekonomi, dan sosial yang dilakukan oleh imperialisme Barat dinamakan sebagai
nasionalisme.

Sosial
Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang
dijajah tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan
menyediakan golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti
kerani, juru kira, juru ukur dan juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang
diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya menggunakan bahasa penjajah sebagai
bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian telah ditubuhkan bagi
menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping
membenarkan sekolah jenis venikular berkembang.

Mereka yang mendapat pendidikan peluang masa hadapan yang lebih cerah dalam
bidang kerjaya, tetapi bagi mereka yang mendapat pendidikan di sekolah-sekolah
vernikular sukar mendapat pekerjaan. Sesetengah golongan rakyat tempatan pula
terpengaruh dengan fikiran, budaya dan sikap orang putih sehingga mendewa-
dewakan "orang putih" dan tamadun Barat. Kepincangan dalam sistem pendidikan ini
telah memaksa kerajaan peribumi memperbaikinya selepas mencapai kemerdekaan.
Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh
asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh.
Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara
sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat
perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat. Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa
Barat yang menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya
perpaduan kaum

Kesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya


sesuatu itu miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka
berlawan, tanpa mereka berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya
tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang
demi keupayaan peperangan mereka hanya untuk berada dalam keadaan sedia dan
untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan peluru
untuk memuaskan naluri perang mereka

Anda mungkin juga menyukai