Anda di halaman 1dari 1

Antara kerajaan awal yang muncul dikawasan Tanah Besar seperti kerajaan Funan, Angkor,

Sukhotai dan Ayuthia manakalakerajaan awal di kawasan Kepulauan pula seperti kerajaan Srivijaya,
Majapahit, Langkasuka,Kedah Tua dan Mataram. Dalam istilah moden, Asia Tenggara terdiri
daripada wilayah-wilayah terletak disebelah selatan negeri India dan timur negeri China yang
merangkumi Vietnam,Kemboja, Laos, Negeri Thai, Burma, Tanah Melayu, Singapura, Indonesia,
Timur wilayah milik Portugis dan Filipina. Namun, selepas kedatangan penjajahan Barat, semuanya
berubah mengikut kehendak dan keperluan Barat setelah dasar imperialisme, kolonialisme dan
merkantilisme menjadi di negara Asia Tenggara. Perkara ini telah mempengaruhi sistem sosial
masyarakat Asia Tenggara.

Pendidikan Barat telah diperkenalkan oleh kuasa Imperialisme ke atas negara yang dijajah
tetapi terhad kepada kawasan di bandar sahaja. Pendidikan Barat ini bertujuan menyediakan
golongan pentadbir bawahan bagi mengisi jawatan rendah seperti kerani, juru kira, juru ukur dan
juru teknik dalam sistem birokrasi moden yang diperkenalkan oleh kuasa Barat. Pengajarannya
menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantaraan. Sekolah-sekolah mubaligh Kristian
telah ditubuhkan bagi menyebarkan agama Kristian dikalangan penduduk peribumi di samping
membenarkan sekolah jenis venikular berkembang. Hal ini menunjukkan sistem pendidikan zaman
penjajah lebih bersifat terpisah apabila setiap kaum menghantar anak mereka belajar di sekolah
yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Di samping itu, kuasa barat turut membawa masuk tenaga buruh daripada Negara luar
sehingga melahirkan masyarakat majmuk di Negara ini untuk memenuhi tenaga buruh yang
mendesak. Kemasukan yang amat kuasa barat alu-alukan adalah dari china untuk bekerja di lombong
bijih timah dan India di lading getah. Kemasukan yang ramai ini adalah semata-mata untuk pekerjaan
namun tinggal menetap kerana telah berkeluarga.

Seterusnya, sistem sosial masyarakat Asia Tenggara juga menerima pengaruh baru selepas
kedatangan Barat pada abad ke-16 dari segi sistem tulisan dan bahasa yang digunakan. Sistem
tulisan dan bahasa yang diterima oleh masyarakat Asia Tenggara turut dikaitkan dengan konsep
Indianization selepas kedatangan pengaruh luas yang meluas. Pada abad kedua, nama dan tajuk
dalam bahasa Sanskrit digunakan bagi menghasilkan sesebuah utusan. Hal ini telah menyebabkan
bermulanya pengaruh bahasa Sanskrit di Asia tenggara tersebar luas kepada masyarakat.

Kesimpulannya, terdapat banyak perubahan yang berlaku dalam sistem sosial


masyarakat Asia Tenggara selepas kedatangan Barat pada abad ke-16. Perubahan ini telah memberi
kesan yang mendalam kepada sistem sosial masyarakat Asia Tenggara pada masa dahulu hingga kini.

Anda mungkin juga menyukai