Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH ASIA TENGGARA

SOALAN 2
1. JELASKAN SECARA RINGKAS PERDEBATAN YANG WUJUD TENTANG FENOMENA INDIANISASI
DI ASIA TENGGARA SEMASA ZAMAN KLASIK
2. NYATAKAN IMPAK PENGARUH INDIA KEPADA KERAJAAN DAN MASYARAKAT AWAL

Indianisasi merupakan proses penyebaran agama dan kepercayaan Hindu yang merangkumi
aspek-aspek politik, kebudayaan dan kesusasteraan Hindu yang mempunyai kaitan mengenai
agama dan ritual-ritual yang terdapat didalam agama hindu. Malahan proses indianisasi juga
telah memberi impak dari segi politik, ekonomi, dan sosial masyarakat awal di Asia
Tenggara.
Proses indianisasi telah berlaku pada awal masihi lagi. Melalui hubungan tamadun India
dengan asia tenggara telah bermulasejak dahulu lagi sehingga pengaruh india dicampurkan
dengan kebudayaan tempatan. Malahan proses ini juga berlaku disebabkan kemahuan untuk
mendapatkan sumber asli yang terdapat di Asia Tenggara telah mendorong pedagang-
pedagang India untuk menjelajah kelautan timur dan barat benua kecil India. Mereka juga
telah mengharungi lautan Teluk Benggala untuk sampai di Asia tenggara bagi tujuan
perdagangan kerana di rantau kepulauan melayu dikenali dengan Suvarnabhumi iaitu bumi
yang kaya dengan sumber semulajadi seperti emas, rempah ratus dan sebagainya.
Disamping itu, pedagang-pedagang juga telah mengahwini gadis-gadis tempatan, sehingga
wujudnya penempatan untuk orang-orang India, dan proses Indianisasi berlaku melalui
proses asimilasi budaya. Selain itu, berlaku pertukaran fikiran diantara Tamadun India
dengan asia tenggra seperti penggunaan konsep diraja, kesusasteraan, budaya,bahasa dan
tulisan serta kesenian.
Malahan terdapat golongan yang terlibat didalam proses Indianisasi ini. Proses penyebaran
pengaruh dan kebudayaan India bukan hanya dilakukan oleh orang India sahaja, tetapi oleh
masyarakat tempatan juga. Contoh penganut agama buddha pada zaman srivijaya telah
dihantar ke Universiti Nalanda di India untuk mendalami Ilmu agama. Selain itu, golongan
pertama yang menyebarkan keagamaan hindu di Asia Tenggara adalah golongan Brahmin.
Contoh peristiwa penubuhan Kerajaan Funan oleh golongan Brahmin yang bernama
Kaundinya dari India sejak abad pertama masihi lagi. Kemudiannya proses ini diikuti oleh
para penganut agama hindu yang berusaha mengembangkan dan meluaskan lagi proses
Indianisasi di asia tenggara. Disamping itu, pengaruh ini juga dibawa oleh golongan Vaisya
yang merupakan pedagang dalam sistem kasta hindu.
Selain itu, proses indianisasi telah mewujudkan perhubungan diantara tamadun India
dengan kerajaan awal di asia tenggara. Antara kerajaan yang menjalinkan hubungan dengan
india seperti kerajaan Ban don ta phet, srivijaya, funan, kedah tua dan
sebagainya.kebanyakan hubungan yang dijalinkan dengan tamadun india berdasarkan
hubungan perdagangan. Contoh penemuan barangan dagangan seperti manik, kaca, alat-
alatan besi di tapak pelabuhan Oc-Eo, di funan menunjukkan kerajaan ini pernah mempunyai
hubungan dengan tamadun India.
Malahan impak pengaruh terhadap kerajaan awal dibahagikan kepada tiga aspek iaitu politik,
ekonomi, dan sosial. Politik melalui sistem pentadbiran yang berasaskan konseporde kosmos
dimana raja merupakan simbol kosmos,manakala rakyat berada dibawah penguasaan
raja.melalui konsep ini wujudnya konsep dewaraja. Mengikut konsep ini raja berasal
daripada keturunan atau penitisan dewa siva atau Vishnu. Dianggap sebagai inkarnisasi
dewa buddha-mahayana.raja merupakan penghubung diantara tuhan dengan rakyat dan
merupakan wakil tuhan. Selain itu, raja juga mempunyai kuasa mistik yang dikurniakan oleh
dewa. Malahan, sistem feudal hindu dapat dijelaskan dengan jelas melalui konsep mandala.
Disamping itu, proses indianisasi juga memberi impak kepada ekonomi di asia tenggara.
Akibat daripada proses indianisasi ini telah berlaku perkembangan yang pesat dalam aktiviti
perdaganagan seperti emas, rempah ratus dan sebagainya. Malahan perkembangan aktiviti
perdagangan dengan tamadun india berkait rapat dengan kemunculan kerajaan awal iaitu
agraria dan maritim. contoh kerajaan funan telah menjalankan perdagangan dengan
tamadun India sebelum abad ketiga masihi. Melalui pengaruh india ini telah mewujudkan
pelabuhan yang disinggah oleh orang india. Contoh pelabuhan Oc Eo di funan menjadikan
tarikan untuk berdagang.
Manakala kesan indianisasi terhadap aspek sosial seperti dari segi bahasa dan
kesusasteraan. Dimana terdapat penggunaan bahasa sanskrit di asia tenggara. Bhasa ini
digunakan dalam kitab-kitab keagamaan dan merupakan bahasa utama yang digunakan
dalam sistem pemerintahan. Sebagai contoh, bahasa ini digunakan di dalam kesusasteraan
India seperti ramayana, mahabbrata dan puranas. Malahan karya tempatan seperti hikayat
pendawa lima, hikayat pendawa jawa, hikayat sang samba dan hikayat seri rama
menggunakan bahasa sanskrit. Selain itu, aspek seni bina juga dapat dilihat melalui
pembinaan kuil dan candi. Contoh candi yang terdapat di asia tenggara seperti candi
borobudur di indonesia, candi angkor wat, candi lembah bujang di kedah dan lain-lain. Selain
itu patung juga menjadi elemen utama dalam keagamaan hindu. Contoh terdapat patung
drawapala dan patung nandiswara yang merupakan penjaga candi daripada gangguan roh
jahat. Antara patung-patung lain yang terkenal seperti patung dewa vishnu, dewa siva dan
dewa brahma. Disamping itu, ukiran yang terdapat di angkor wat dan angkor thom yang
dibina oleh suryavarman adalah berdasarkan daripada epik ramayana dan mahabbrata.
Secara kesimpulannya,proses indianisasi telah berlaku di asia tenggara melalui pelbagai cara.
Malahan proses ini telah mengubah cara hidup masyarakat awal di asia tenggara. Oleh itu,
proses indianisasi penting dalam mewujudkan ketamadunan dalam masyarakat awal di asia
tenggara.

Anda mungkin juga menyukai