Anda di halaman 1dari 4

Forum sejarah Hsa 3023

Prof Madya Dr Adnan bin Jusoh.

Forum 1
1. Apakah bukti yang menunjukkan kewujudan kerajaan awal di Asia Tenggara?

Kemunculan tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan
awal di Tanah Besar seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia. Di kawasan
Kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, Gangga Negara dan Langkasuka,
Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.
Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi. Sumber
Cina: Funan wujud pada 3M yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M bukti jumpa
seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati di India.
Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India.
Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam melalui hubungan dagang. Buktinya telah
dijumpai artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu Buruk
Trengganu, Sungai Tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.
Hubungan perdagangan Rom juga wujud dengan buktinya persamaan artifak manik
di Kuala Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam. Petempatan awal
merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan
sungai tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.
Tamadun awal Asia Tenggara seiring dengan perkembangan perdagangan maritim
yang berkembang dengan kapal layar dan perahu. Manik dan tembikar bukti perdagangan di
Asia Tenggara mula sejak 5SM dan petempatan awal pada 2 dan 3M..Bukti proses tamadun
ambil masa 600 hingga 700 tahun untuk bentuk kerajaan.

Dari Zaman Batu ke Tamadun Awal di Malaysia : Pemerkasaan Jati Diri Bangsa
Oleh Mokhtar Saidin.

2. Sejauhmanakah ciri-ciri geografi yang membantu kepada pertumbuhan kerajaankerajaan awal di Asia Tenggara?
Asia Tenggara merupakan satu pusat persinggahan dua kuasa besar yang dikenali
sebagai Asia iaitu India dan China. Hal ini kerana Asia Tenggara mempunyai geografi
yang startegik di mana Asia Tenggara menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan
Pasifik.

3. Pengaruh Hindu-Buddha telah memberi kesan ke atas sistem kemasyarakatan


masyarakat Asia Tenggara. Bincangkan .
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Asia Tenggara adalah sebuah kawasan di benua Asia bahagian tenggara. Kawasan ini
meliputi Indochina dan Semenanjung Tanah Melayu serta kepulauan di sekitarnya. Di
Asia Tenggara, agama yang dianuti oleh masyarakatnya adalah pelbagai ragam dan
tersebar dengan luas di sekitar wilayahnya. Dengan tersebarnya agama Hindu Buddha
di Asia Tenggara, hal ini telah banyak meninggalkan kesan dan pengaruhnya terhadap
masyarakat.
Pengaruh agama Hindu Buddha telah meninggalkan kesan ke atas pemikiran
masyarakat di Asia Tenggara. Pengaruh dari India telah meningkatkan peradaban di
Asia Tenggara di mana kedudukan raja pada zaman tersebut mempunyai fungsi dan
kebolehan sebagai seorang shaman. Raja sebagai shaman ditakrifkan sebagai pawang
atau bomoh yang mempunyai ilmu mantera dan jampi serapah. Kesan daripada
kepercayaan ini telah menyebabkan rata-rata masyarakat menganggap raja
mempunyai kelebihan dan dapat menguasai alam ghaib yang boleh mempengaruhi
kehidupan individu-individu dalam masyarakat.
Selain itu, masyarakat juga menganggap kedudukan raja yang mempunyai kredibiliti
sebagai jelmaan dewa-dewa mempunyai kekuasaan mistik yang luar biasa. Oleh
kerana itu, apa sahaja yang diucapkan oleh Raja adalah merupakan undang-undang
yang mesti dipatuhi. Malahan terdapat juga kanun diraja dan kanun rakyat yang
bersandarkan kuat kepada kitab dharmasastras (kanun manu) dan kitab arthasastreas
(permahsyuran politik)
Seterusnya, terdapat banyak tarian-tarian keagaaman telah diadaptasi menjadi sebagai
tarian seni dan kebudayaan di India dan telah meresapi kepada masyarakat Asia
Tenggara yang menganut agama Hindu. Sementara itu gajah telah dinaik taraf sebagai
binatang diraja dan memperoleh kedudukan yang mulia bagi agama Hindu dan
Buddha.
Kesimpulannya, perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun
di Asia Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-kawasan tersebut. Hal
ini disebabkan di dalam proses Indianisasi tersebut, berbagai-bagai aspek kehidupan
dari India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan
agama mereka iaitu Hindu dan Buddha.

4. Kedatangan Barat pada abad ke-16 telah merubah sistem sosial masyarakat Asia
Tenggara. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai