Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI

DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM


(AM110)

KURSUS: CTU151-PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

KERJA KUMPULAN 1:
PENGARUH AJARAN HINDU-BUDDHA DALAM KEHIDUPAN
MASYARAKAT MELAYU

KUMPULAN: AM1102C

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAMA NO. MATRIK

1 NUR LIYANA BINTI ABD AZIZ 2018219904

2 NUR ATHIRAH IZZATI BINTI AKTAR APANDI 2018636376

3 NUR AMIRAH NATASHA BINTI ZAMBERI 2018678528

4 AIN NAJWA BINTI ZULKIFLI 2018295968

DISEDIAKAN UNTUK:

SIR MUHAMMAD NASRUL HAKIM BIN ROSLAN

Page | 1
Isi Kandungan

Pendahulua

n.......................................................................................................................................................3

Isi & Huraian – Maksud ajaran Hindu-Buddha...............................................................................5

Isi & Huraian – Sejarah kedatangan ajaran Hindu Buddha ke Tanah Melayu................................6

Isi & Huraian - Impak kedatangan ajaran Hindu Buddha dari segi agama.....................................7

Isi & Huraian – Kesan peninggalan ajaran Hindu Buddha .............................................................8

Cadangan.......................................................................................................................................10

Kesimpulan

Rujukan

Page | 2
1) Pendahuluan

Masyarakat Melayu merupakan salah satu masyarakat yang unik kerana kaya dengan
perlbagai elemen yang dipengaruhi dengan pelbagai fahaman seperti fahaman aninisme,
hindu, buddha dan serta Islam. Fahaman tersebut lama kelamaan diserapkan di dalam budaya
harian masyarakat Melayu sehingga akhirnya mempengaruhi adat resam, tutur kata, bahasa,
dan gaya hidup masyarakat Melayu.

Kerajaan Melayu pada mulanya amat dipengaruhi dengan kebudayaan India terutamanya
dari segi kepercayaan, seni bina, penulisan dan bahasa. Hal ini berlaku daripada
perkembangan kerajaan Melayu yang menyebabkan perjalinan hubungan yang sangat kuat
dengan kerajaan di India dari segi politik, ekonomi dan sosial. Adat dan budaya India mula
memasukki nusantara pada awal kurun 3 sebelum Masihi sehingga era Dinasti Pallava di
Selatan India. Pada masa yang sama, kerajaan Melayu juga mula mengembangkan aktiviti
perdagangan mereka di kerajaan China seawal kurun pertama sebelum Masihi lagi.
Perkembangan aktiviti perdagangan tersebut menyebabkan pengaruh Buddha berkembang di
kerajaan Melayu seiring dengan pengaruh tamadun Hindu.

Salah satu faktor yang mempengaruhi peninggalan tamadun India yang begitu mendalam
dalam kalangan masyarakat Melayu dari segi politik, sosioekonomi, corak budaya
masyarakat serta adat isitiadat disebabkan oleh penekanan tamadun India terhadap nilai
berkeluarga serta bermasyarakat yang begitu sinonim dengan nilai ketimuran sesuai dengan
masyarakat Melayu yang mementingkan nilai budaya timur dalam kehidupan mereka.

Antara kesan pengaruh ajaran Hindu Buddha dalam aspek senibina dapat dilihat melalui
peninggalan Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang dan juga melalui pembinaan imej
Buddha yang diperbuat menggunakan gangsa di Lembah Bujang. Jika diperhatikan
kebanyakkan seni bina masjid di Malaysia banyak dipengaruhi dengan unsur seni bina
Hindu. Manakala dari segi politik, kita masih lagi menggunakan alat kebesaran yang turut
diamalkan semasa kedatangan tamadun Hindu ke Kepulauan Melayu pada masa dahulu

Page | 3
seperti ketur, cap mohor, tombak serta perhiasan berwarna kuning bagi mewakili kedaulatan
masih turut digunakan sehingga masa kini.

Dari segi budaya pula, pengaruh ajaran hindu dapat diperhatikan melalui
perkahwinan masyarakat Melayu. Antara persamaan masyarakat Melayu dan masyarakat
India di Malaysia semasa upacara perkahwinan ialah upacara atau majlis berinai. Pengantin
perempuan akan memakai inai pada kesemua jari tangan sehingga ke jari kaki dan juga di
tapak tangan manakala pengantin lelaki akan memakai inai pada 3 jari tengah iaitu jari
kelingking, jari manis dan jari tengah. Sedikit sebanyak adat isitiadat dan budaya masyarakat
Melayu dipengaruhi dengan ajaran Hindu dan melalui proses perkembangan dan diserapkan
dengan budaya yang sedia masyarakat Melayu.

Kesimpulannya, masyarakat Melayu banyak dipengaruhi dengan unsur luar tetapi


yang paling memberikan impak besar terhadap perkembangan masyarakat Melayu
merupakan ajaran Hindu-Buddha yang mempengaruhi setiap aspek dalam kehidupan
masyarakat Melayu pada masa kini.

Page | 4
2) Isi dan Huraian

i. Maksud ajaran Hindu-Buddha

Ajaran bermaksud sesuatu pengetahuan yang diajarkan. Ajaran agama biasanya


disebarkan melalui dakwah, penghijrahan dan pendidikan. Secara amnya, perkataan
Hindu diambil sempena Sungai Indus. Ia dikenali sebagai “sanaathana-dharma” dan
mempunyai dua kitab suci iaitu, sruti dan smirti. Hindusime di Malaysia baisanya dianuti
oleh kaum India yang merangkumi hamper 6.37 peratus penduduk Malaysia. Manakala
agama Budha terdiri kepada dua bahagian iaitu Budha Theravada dan Budha Mahayana.
Budhisme ialah agama kedua terbesar di Malaysia selepas islam dengan 19.2 peratus.
Alam Melayu kaya dengan adat budaya yang unik, dihiasi dengan pelbagai pengaruh-
Animisma, Buddha, Hindu serta Islam sedikit demi sedikit mengikut peredaran zaman,
meresap kedalam kehidupan masyarakat Melayu.

Page | 5
ii. Sejarah kedatangan ajaran Hindu-Buddha ke Tanah Melayu

Kedatangan agama Hindu dan Buddha ke tanah Melayu dari India ialah pada seawal
kurun ke-3 Sebelum Masihi.Gelombang migrasi kedua duetero-Melayu pada tahun 300 SM
dari selatan Vietnam dan Kemboja telah membawa sekali agama dan pengaruh Hindu dan
Buddha ke tanah nusantara. Maka bermulalah satu zaman baharu di mana Hindu dan Budha
sebagai agama rasmi hampir setiap kerajaan Melayu pada ketika itu. Asimilasi kebudayaan ini
bertambah apabila kerajaan Melayu dahulu mula berkembang dan mula menjalinkan hubungan
dengan kerajaan India. Adat dan budaya India mula masuk ke Nusantara seawal kurun ke-3
SM, dan memuncak pada kurun ke-4 hingga ke-5, semasa era Dinasti Pallava di Selatan India.
Pada masa yang sama, kerajaan Melayu juga turut menjalinkan hubungan perdagangan dengan
China. Kesinambungan antara dua empayar ini telah memperkenalkan adat budaya, gaya hidup
dan bahasa serta seni bina yang dipengarahi agama Hindu dan Buddha.

Page | 6
iii. Impak kedatangan ajaran Hindu-Buddha dari segi agama

Impak kedatangan ajaran Hindu-Buddha dari segi agama ialah kepercayaan


Animisme. Kepercayaan Animisme bermula dari abad ke-3 sebelum masihi. Masyarakat di
Tanah Melayu mula menerima dan mengamalkan aspek-aspek kebudayaan India setelah
wujudnya perhubungan dengan kerjaan India terutamanya dengan pendagang-pendagang
yang datang ke Tanah Melayu untuk menjual beli rempah ratus mereka.

Kepercayaan Animisme merupakan asas kepercayaan agama yang


mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitf purba kala. Kepercayaan Animisme
merupakan kepercayaan bahawa semua benda hidup dan fenomena alam yang kelihatan
bergerak atau hidup adalah mempunyai roh (animae) yang boleh mempengaruhi kehidupan
manusia.

Pengamal kepercayaan ini mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini mempunyai
semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu
manusia.Contohnya, mereka mempercayai bahawa gua, pokok atau batu besar mempunyai
roh. Selain itu, mereka juga mempercayai bahawa semangat itu dapat membantu mereka
dari semangat roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini dikenali
dengan pelbagai nama seperti jin, roh dan penunggu.

Seterusnya mereka yang mengamalkan kepercayaan animisme juga mempercayai


bahawa roh orang yang telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan.Sebagai contoh,
suku Nias mempercayai bahawa seekor tikus yang memasuki rumah mereka merupakan
roh daripada wanita yang telah mati beranak. Kepercayaan ini menyerupai dengan
kepercayaan kelahiran semula seperti yang terdapat dalam agama Hindu.

Page | 7
iv. Kesan peninggalan ajaran Hindu-Buddha

a) Politik (sistem beraja)


Kesan peninggalan ajaran Hindu-Buddha dari segi politik dan sistem beraja
ialah keyakinan terhadap sifat ketuhanan membolehkan raja dihormati dan ditaati.
Raja merupakan tunggak penting pentadbiran yang berasaskan pada penguasaan
pihak pemerintah ke atas buruh. Kedaulatan raja hasil daripada pengaruh Buddha dan
Hindu. Kawasan sekitar istana dianggap suci dan rakyat perlu mengikut peraturan
sebagai tanda menghormati raja.

b) Ekonomi
Pengaruh Hindu-Buddha telah meninggalkan kesan yang sangat ketara di
kalangan rakyat dan masyarakat Asia Tenggara. Raja dianggap pemerintah yang
wajib ditaati. Rakyat ataupun masyarakat daripada strata bawahan yang terdiri
daripada nelayan dan petani terpaksa membayar ufti yang berbentuk emas atau cukai
daripada hasil pekerjaan mereka kepada Raja melalui pengawai yang ditugaskan khas
untuk melaksanakan kutipan cukai daripada rakyat bawahan. Masyarakat bawahan
hanya mampu mempunyai pekekerjaan yang setara dengan kelas dan status sosialnya.
Ekonomi masyarakat pada waktu itu, mereka tidak mampu menaik taraf kehidupan
mereka kepada yang lebih baik kerana susunan hirarki yang mengikut kasta sebagai
sebahagian daripada kepercayaan mereka.

Page | 8
c) Seni Budaya dan Adat Resam

Ajaran Hindu-Buddha telah menjadikan banyak tarian-tarian keagaaman telah


diadaptasi menjadi sebagai tarian seni dan kebudayaan. Selain itu, gajah telah dinaik taraf
sebagai binatang diraja dan memperoleh kedudukan yang mulia bagi agama Hindu dan
Buddha.

Page | 9
3) Cadangan

Apakah cadangan yang boleh dibuat terhadap pengaruh Hindu-Buddha dalam kehidupan
masyarakat melayu? Antara cadangan yang boleh dibuat ialah meraikan sejarah hindu buddha
melalui media massa. Hal ini demikian kerana disebabkan sifat keterbukaan tamadun Melayu
terhadap agama Hindu-Buddha, kita dapat bertukar teknologi. Sebagai contoh, teknologi kapal
pelayaran yang membolehkan dua negara dapat dihubungkan. Tambahan pula, agama Hindu-
Buddha telah mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan kerana agama Hindu-Buddha
menekankan konsep kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf. Disebabkan oleh itu, sehingga
kini masyarakat melayu masih mengamalkan lagi konsep kesamarataan. Malahan perkara ini
juga ada disebutkan dalam Al-Quran bahawa kita janganlah memandang rendah terhadap
golongan bawahan.

Seterusnya, menanam semangat jati diri untuk mengetahui asal usul pengaruh agama dalam
kehidupan. Hal ini demikian kerana supaya kita tahu apa yang terjadi pada suatu ketika dahulu
yang mengakibatkan pengaruh negatif dan positif terhadap masyarakat Melayu. Antara pengaruh
negatif ialah kepercayaan animisme mempengaruhi adat resam, bahasa, tutur kata, gaya hidup
serta strata sosial masyarakat Melayu di Nusantara sekaligus merubah sistem kepercayaan
mereka. Untuk menanam semangat tersebut kita perlu membuat kajian atau membuat
penyelidikan terhadap pengaruh agama dalam kehidupan. Sebagai contoh, dengan membaca
buku ilmiah ataupun melayari internet mengenai pengaruh agama. Pepatah juga ada mengatakan
bahawa sejarah dapat membentuk jati diri seseorang itu.

Akhir sekali, mengambil iktibar daripada pengaruh Hindu-Buddha. Apabila kita mengambil
iktibar daripada sesuatu perkara yang pernah terjadi kita akan bersuaha untuk tidak
mengulanginya lagi. Tamadun Melayu lebih banyak menerima kesan yang sangat ketara iaitu
pengaruh dari segi pegangan dan kepercayaan. Hal ini kerana, perkara ini menjadi punca
kemunculan agama Hindu-Buddha di Tanah Melayu. Pada awalnya, penduduk tempatan
berpegang kepada kepercayaan animisme. Masyarakat Melayu ketika itu tertarik dengan ajaran
Hindu-Buddha kerana terdapat persamaan iaitu mengaitkan kepercayaan mereka dengan roh dan

Page | 10
alam semulajadi. Penyebaran agama Hindu-Buddha tertumpu pada golongan atasan dan
menumpukan selok-belok upacara agama. Bukti kedatangan agama Hindu-Buddha pada ketika
itu ialah peninggalan Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang dan imej buddha diperbuat
daripada gangsa di Lembah Bujang.

Page | 11
4) Kesimpulan

Peradaban Melayu kini merupakan hasil campuran daripada peradaban Hindu-


Buddha dan Islam. Sebelum kedatangan ajaran Hindu-Buddha di Tanah Melayu,
peradaban Melayu sudah pun mempunyai bentuk dan prinsip tersendiri. Tetapi dengan
terjalinnya hubungan yang rapat di antara masyarakat Tanah Melayu dan pedagang-
pedagang dari India telah menyebabkan tersebar nya ajaran Hindu-Buddha. Ajaran
Hindu-Buddha jelas telah mempengaruhi sedikit sebanyak dalam beberapa aspek
kepercayaan, politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu tetapi tidaklah hingga
mendasari peradaban Melayu. Malahan, terdapat beberapa ajaran Hindu-Buddha yang
masih kekal diamalkan hingga kini dan telah menjadi sebahagian daripada adat resam di
Tanah Melayu yang tidak akan dapat di ubah lagi.

Page | 12
Rujukan

http://zulkiflisalleh.com/blog/2016/09/08/hindu-dan-buddha-dalam-alam-melayu/?i=1

https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan-pengaruh-tamadun-india-di-
malaysia/

http://wearethebestteam.blogspot.com/2013/07/cara-cara-kedatangan-pengaruh-hindu-
dan.html

www.slideshare.net/noorulshuhadah/pengaruh-agama-hindhu-dan-buddha-dalam-kerajaan-
awal

http://mak-andak.blogspot.com/2012/05/kesan-pengaruh-hindu-budha-terhadap.html

http://studentsrepo.um.edu.my/318/4/BAB3.pdf

Page | 13

Anda mungkin juga menyukai