Anda di halaman 1dari 18

PENDAHULUAN

Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satusatunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu . Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun

Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

PENGARUH HINDUISMA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

PENGENALAN

Pengaruh Peradaban India ataupun Hindu sebenarnya telah meluas secara dominan dari satu Masihi sehinggalah 14 atau 15 masihi di kawasan-kawasan penting di sekitar kepualauan Nusantara. Pengaruh ini telah mempengaruhi, dalam dua bentuk iaitu bentuk falsafah keperacayaan yang penting iaitu Hinduisma dan Buddhaisma. Istilah-istilah yang sering

digunakan adlah seperti The Greater India atau Indianisasi ataupun kalau dari segi konsep pemikiran dan kepercayaan adalah satu proses penghinduan. Terdapat banyak teori-teori yang menegaskan mengenai kedatangan proses falsafah dan kepercayaan masyarakat Hinduisma dalam kehidupan masyarakat di Nusantara terutama sekali kepada orang-orang melayu. Teori yang paling popular adalah teori-teori yang berpaksikan kepada teori struktur sosial sebagai satu proses penggolongan masyarakatnya kepada stratifikasi tertentu yakni dalam pembahagian kasta-kasta masyarakat yang bermula di India yang boleh dibahagikan kepada golongan-golongan seperti Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra.1 Dalam hal ini, kita akan meninjau serba sedikit mengenai teori-teori kedatangan pengaruh hindu kedalam kehidupan masyarakat di Nusantara. Hal ini kerana, kedatangan ini sebeanarnya banyak mempengaruhi cara kehidupan dan falsafah masyarakat melayu terutamanya dari segi sosial dan politik dalam meninjau kedianamikan hidup masyarakat melayu dalam menerima pengaruh daripada luar. Walaupun teori-teori yang dikemukakan masih lagi dalam perdebatan antara sarjana-sarjana sejarah namun, kesanna tetap ada sehingga ke hari ini.

Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu ( satu pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas ), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur. 1975. Hlm., 43.

Teori Kedatangan Pengaruh Hindu

Teori pertama adalah kemasukan pegaruh melalui golonga Ksyatria. Ksyatria merupakan salah satu golongan yang terdapat dalam stratifikasi sosial dan politik dalam hinduisma. Gologan ksyatria diistilahkan sebagai golongan pahlawan. Kedatangan pengaruh hinduisma di Nusantara dibuktikan oleh Sarjana seperti C.C. Berg melalui, sifat kepahlawanan mereka dalam menakluk kawasan-kawasan di sekitar kepualauan melayu.2 Kedatangan mereka ke Asia tenggara dengan mengalahkan beberapa kerajaan melayu di sekitar kepulauan melayu membawa bersama kepercayaan dan falsafah Hinduisma dalam petadbiran dan sistem sosial masyarakat Melayu. Teori yang kedua adalah teori vaisya. Golongan Vaisya adalah sangat berbeza dengan golongan ksyatria dari segi kedudukan dalam sistem sosial falsafah hinduisma serta ahli-ahli didalamnya. Pendekatan yang digunakan oleh golongan vaisya dalam membawa masuk pengaruh Hinduisma ke dalam alam Melayu adalah sangat berbeza dengan golongan ksyatria. Golongan Ksyatria adalah kumpulan pahlawan dan ramai sarjana yang memberikan pandangan, falsafah hinduisma yang dibawa oleh golongan Ksyatria ke alam melayu adalah keras dan mungkin terdapat sedikit paksaan. Dalam hal ini, sarjana seperti N. J. krom berpendapat bahawa kemasukan pengaruh hinduisma dalam Alam Melayu yang dibawa oleh golongan vaisya adalah secara damai, aman dan ianya bermula dengan pedagang-pedagang dalam usaha mencari peluang perdagangan yang menguntungkan di kepualauan Melayu3. Pada masa yang sama mereka memperkenalkan pengaruh-pengaruh Hindu kepada penduduk tempatan di alam Melayu. Kedatangan golongan vaisya adalah diterima baik oleh penduduk tempatan dan ada daripada mereka yang berkahwin dengan penduduk tempatan sekaligus pengaruh hindu mudah untuk disebarkan. Teori seterusnya adalah merupakan satu teori kemasukan yang paling penting kerana sarjana sejarah seperti Van Leur beranggapan bahawa gologan Vaisya dan ksyatria sebenarnya

Ibid., Hlm. 44. Ibid.

hanyalah membuka jalan sahaja dan kegiatan menyebarkan pengaruh hinduisma ini adalah dilakukan oleh golongan-golongan Brahmin. Dalam Hal ini, beliau telah mengemukakan satu Teori Brahmin. Teori Brahmin berpendapat bahawa penyebaran pengaruh hinduisma memerlukan golongan-golongan yang mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bidangbidang seperti adat istiadat, kesenian, pentadbiran, bahasa dan sastera, apa lagi mengenai hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan. Bagi beliau, golongan yang mahir dalam bidang keagamaan hindu adalah golongan Brahmin bahkan perkembangan pengaruh Hindu hanyalah kuat setelah kedatangan golongan Brahmin. Brahmin kemudiannya memainkan peranan besar menyebarkan unsure-unsur peradaban itu iaitu dikalangan golongan-golongan atasan. Mereka juga telah memberikan legitimasi kepada raja-raja dan ini meninggikan lagi status dan kepentingan golongan-golongan atasan seperti golongan raja-raja, pembesar-pembesar dan golongan bangsawan.

PENGARUH FALSAFAH HINDUISMA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU.

Kepercayaan Terdapat beberapa pengaruh hinduisma yang telah mempegaruhi falsafah hidup masyarakat Melayu di Nusantara. Antaranya adalah pengaruh-pengaruh dari segi aspek politikdan sistem pentadbiran, sosial, kepercayaan, bahasa dan kesusteraan dan juga aspek keseniaan. Unsur-unsur pengaruh hindu diterima oleh kebudayaan tempatan walaupun kebudayaan tempatan masih lagi menjalankan beberapa aktiviti dan kepercayaan animisme mereka. Dalam konteks ini sarjana berpendapat bahawa kebudayaan hindusima yang dibawa oleh hindu sebenarnya tidak mempengaruhi keseluruhan cara kehidupan masyarakat melayu dan ada kawasan-kawasan di sekitar alam melayu yang langsung tidak mengambil pun pengaruh hindu hal ini mengkin disebabkan oleh penyebar-penyebar tidak sampai ke kawasan tersebut. Period penerimaan pengaruh hindu ini adalah merupakan peringkat kedua dalam pertumbuhan kebudayaan Melayu di Nusantara. Kesan pengaruh Hindu yang meluas sejak abad pertama masihi sehingga kurun ke 14 dan 15 masihi boleh dikatakan melilputi beberapa bidang penting sahaja. Konsep kepercayaan merupakan pengaruh terpenting yang mempengaruhi kehidupan masyarakat di alam Melayu. Kepercayaan hindu dan falsafah kehidupan mereka telah meresap di dalam masyarakat melayu semenjak awal masihi lagi. Istana merupakan pusat perkembangan agam dan kepercayaan hindu. Dalam hal ini, golongan Brahmin memainkan peranan penting dalam menyebarkan dan memberikan kefahaman mengenai hindu kepada golongan atasan. Oleh hal yang demikian, pengaruh dan falsafah kepercayaan hindu adalah sangat kuat dipegang oleh golongan atasan seperti golongan raja dan kalangan bangsawan. Dalam hal ini, golongan atasan seperti raja dan bangsawan menerima dengan mudah adalah disebabkan sistem yang dibawa oleh kepercayaan hindu mengukuhkan kedudukan mereka di tempat tertinggi.

Sebelum kedatangan pengaruh ini, masyarakat melayu mempercayai unsur-unsur seperti roh-roh pada benda-benda bernyawa dan kerana itu lahirnya institusi-institusi bomoh, pawang dan dukun dalam masyarakat melayu. Kepercayaan terhadap roh orang mati, konsep bertapa, membuang acak dan lain-lain unsure magis masih lagi dijalankan walaupun pengaruh hindu sudah meresap dalam kehidupan orang melayu. Kepercayaan hindu juga telah mengubah sikap hidup orang-orang melayu tetapi sebenarnya tidak mengubah sistem keagamaan orang-orang melayu purba.4 Pengaruh Hindu selain memperkuatkan kedudukan raja, bidang agama dan kepercayaan juga tidak sampai kepada rakyat yang masih mengamalkan animism tetapi agama golongan atasan itu sendiri adalah berfungsi untuk menguatkan kedudukan raja-raja dengan menyamakan mereka dengan dewadewa tuhan dalam mitos atau lagenda-lagenda hindu. Biarpun disamping melengkapkan sistem kepercayaan orang-orang Melayu purba, kepercayaan hindu hanya membawa perubahan dan penyesuaian terhadap beberapa konsep tertentu sahaja. Misalnya, jikalau dahulu konsep-konsep seperti hantu telah bertukar menjadi dewa, pawang dan bomoh telah memberikan nama-nama hantu dan jembalang itu dengan nama-nama Mahadewa, Rudra, Mahakala dan lain-lain.5

Perubahan ini hanyalah berlaku pada nama-nama sahaja sedangkan masyarakat Malay masih kukuh dengan animismanya.

Politik Dan Pentadbiran

Bahagian paling penting dalam melihat pengaruh Hinduisma dalam falsafah kehidupan Malay adalah melalui Politik dan pentadbiran. Konsep paling penting yang dibawa oleh Hindu adalah konsep raja atau kerajaan yang wujud dalam masyarakat di alam Malay sehinggalah ke hari ini. Konsep Raja telah disamakan kedudukannya dengan dewa-dewa yang telah menunjukkan penerimaan tradisi Brahmin yang mana pusatnya terdiri daripada konsep Devaraja dan konsep-konsep Hindu lain seperti Konsep Dharma dan Ryata. Konsep-konsep ini pula

Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu ( satu pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas ), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur. 1975. Hlm., 57. 5 Ibid.

menekankan sifat-sifat ideal seorang pemimpin kerajaan yang ideal seorang raja adil yang saksama.6 Sebagai contoh, Jawa adalah sebuah tempat di Alam Melayu yang paling kuat menerima pengaruh Hinduisma. Di Jawa, kerajaan-kerajaan Hindu disana menganggap bahawa raja adalah penjelmaan dari dewa-dewa. Hal ini adalah disebabkan mereka mempunyai kepercayaan dan falsafah bahawa pusat syurga adalah digunung, maka sesetengah raja akan menggunakan nama seperti Sailendra yang membawa maksud gunung dan mempunyai hubung kait dengan falsafah kepercayaan hinduisma. Selain daripada nama-nama yang mempunyai maksud, istana-istana raja juga dibina dikawasan-kawasan yang dilhat mempunyai pengaruh dengan falsafah Hinduisma dengan kedududkan mereka sebagai jelmaan dewa-dewa hindu.

Raja juga dikatakan mempunyai darah putih dan dianggap sebagai God king bagi mengangkat darjat mereka serta mendaptkan taat setai daripada rakyat. Dalam konteks ini, kedudukan raja dan pemerintah adalah berada lebih tinggi daripada golongan daripada kasta Ksyatria dan rakyat biasa. Dalam hal ini, dengan kemasukan Hindu, maka dapat dilihat bahawa telah wujud sekurang-kurangnya tiga jenis lapisan dalam sistem sosial masyarakat Melayu di Alam Melayu iaitu golongan raja dan bangsawan, gololngan pertuanan iaitu golongan yang mejalankan perintah daripada golongan raja dan yang ketiga adalah rakyat jelata. Dalam hal ini juga, kedatangan pengaruh Hindu juga mewujudkan sistem pengabdian yang mana sebelum ini, masyarakat Melayu menjalankan satu sistem yang mementingkan perundingan dan kata sepakat dalam sesuatu perkara dan perintah yang dikenakan terhadap mereka. Perubahan ini dilihat sebagai satu perubahan sistem politk dan pemerintahan daripada yang berbetuk demokratik kepada satu yang berbentuk feudalistik yang berasaskan kasta Hinduisma.7 Dalam hal ini, bagi mempertahankan sistem yang dibawah oleh Hinduisma ini, satu undang-undang telah diwujudkan. Maka lahirnya konsep baru iaitu konsep durhaka yang mementingkan kesetiaan rakyat kepada pemerintah.

6 7

Ibid. hlm., 47. Ibid., hlm. 48.

Disamping itu, sistem pewarisan kuasa politik dan pentadbiran juga telah dipengaruhi oleh falsafah Hinduisma. Perwarisan adalah berasaskan kepada sistem keturunan misalnya perlantikan raja kepada anak-anak gahara.8 Selain itu, terdapat gelaran dan jawatan-jawatan istana samada kepada raja-raja atau pembesar-pembesar contohnya jawatan seperti,

seripaduka, Bendahara, laksamana bahkan perlantikan pembesar juga dipengaruhi oleh astrologi-astrologi Hindu dengan menggelarkan pembesar-pembesar berangka iaitu orang besar berempat, lapan belas, Enam belas, Tiga puluh dua.9

Di Alam Melayu, raja diberikan banyak keistimewaan dan dalam pelbagai bidang. Mereka dibezakan dengan rakyat meliputi beberapa perkara seperti pakaian, bahasa pertuturan dan adat-adat tertentu. Contohnya, warna kuning adalah dikhaskan untuk golongan-golongan diraja dan penggunaan bahasa dalam yang dipertuturkan atau dalam upacara-upacara yang berhubung dengan raja seperti santap, murka, gering, beta, bersiram, beradu dan sebagainya. Selain itu, keistimewaan daripada perbezaan hukuman bagi kesalahan yang telah dilakukan berdasarkan statusnya. Hak-hak istimewa ini adalah menyerupai dengan apa yang dilakukan oleh Hindu. Struktur kemasyarakatan, yang wujud sebagai hubungan raja rakyat telah memisahkan golongan-golongan ini kepada peringkat sosial tertentu yang tidak memungkinkan berlakunya satu mobiliti sosial berlaku.

Undang-Undang

Pengaruh Hinduisma telah membawa bersama undang-undang baru dalam kehidupan masyarakat Melayu pada ketika itu. Sistem perundangan telah berubahdari undang-undang berasal adat perpateh kepada yang berasaskan adat ketemenggungan yang juga dijadikan kekuatan diri bagi raja-raja Melayu hindu dan era kedatangan Islam. Pada mulanya, adat temenggung adalah sama sahaja dengan apa yang di bawa oleh adat perpatih namun ianya telah
8 9

Lihat Winstedt. R. O. Op. Cit., 1961, Hlm., 70. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu ( satu pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas ), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur. 1975. Hlm., 68.

menerima banyak perubahan setelah kedatangan Hindu.10 Orang-orang Melayu yang terpengaruh dengan falsafah Hindu akan memetingkan estetik dan pandangan hidup yang fatalisitik itu menjadikan mereka sangat pasif kepada kezaliman-kezaliman sistem feudal, apabila undangundang baru dilaksanakan.

Dasar undang-undang Hindu yang dipraktikkan itu merupakan undang-undang yang dilihat zalim yang hanya wujud dalam sesebuah negara yang feudalistik tetapi ianya hanya berjaya menghasilkan kepatuhan serta mendisiplinkan golongan rakyat.semangat rasionalisme sama sekali tidak ditekankan hasil kepatuhan rakyat kepada raja. Undang-undang Hindu diterima oleh orang Melayu secara bulat-bulat dengan sumber terbesarnya ialah Dhamasutra.11 Menurut undang-undang Hindu, hukuman terbahagi kepada empat jenis iaitu amaran, cela, denda dan disiksa iaitu dipotong, di rotan atau dibunuh. Hukuman pembunuhan adalah seperti disula, gantung, dibenamkan ke dalam air atau hukuman itu diperlihatkan dikhalayak ramai. Bagi falsafah undang-undang hinduisma, Golongan Brahmin adalah golongan yang tidak boleh dihukum kerana mereka berada di luar undang-undang dan ini terjadi di negei-negeri Melayu mengenai pengecualian raja-raja daripada dikenakan hukuman.

Adat dan Istiadat

Pengaruh hindu terbesar dalam kehidupan masyarakat Melayu adalah dalam adat dan istiadat. Boleh dikatakan paling banyak sekali pengaruh Hindu adalah yang paling ketara sekali dan ianya masih diamalkan walaupun setelah kedatangan Islam nanti. Konsep pengaruh adat dan istiadat Hindu ini adalah mengkiut datu sistem yang dipanggil rite de passage iaitu adat yang dikenakan kepada individu dari lahir sehinggalah individu tersebut mati. Dalam konteks ini, setiap perjalanan hidup masyarakat Melayu itu akan dipengaruhi dengan falsafah adat yang dibawa oleh Hindu mengikut peringkat umur tertentu, hal ini boleh dilihat melalui upacaraAhmad Ibrahim, Malaysian legal History, university Malaya, Kuala Lumpur, 1970., hlm. 13. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu ( satu pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas ), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur. 1975. Hlm., 50.
11 10

upacara sewaktu melenggang perut, mencecah garam, menjijak kaki, menindik telinga dan dalam upacara-upacara adat tertentu seperti perkahwinan dan kematian.Dalam hal ini, peringkatperingkat ini menimbulkan suatu cara memperingati, meminta kesejahteraan.

Di dalam adat perkahwinan pula, pasangan yang berkahwin dikatakan raja sehari dan diadakan satu upacara-upacara tertentu diadakan bagi mereka. Upacara bersanding yang menajdi kemuncaknya dilakukan dihadapan sanak saudara dan sahabat handai.12 Mereka berada diatas pelamin berhias ditaburi beras kunyit, direnjis air mawar serta pulut kuning, bunga telor berbentuk gunung, hantaran-hantaran dan tidak boleh bergerak. Dalam adat perkahwinan perkahwinan juga elemen paksaan seringkali berlaku. Hal ini kebanyakan berlaku setelah kedatangan pengaruh Hinduisma dalam masyarakat Melayu.

Dalam adat kematian, orang-orang Melayu dahulu, yakni di dalam kerajaan Malay lama telah dikatakan menerima pengaruh Hindu misalnya upacara pembakaran mayat dan abu mayat akan disimpan dalam satu bekas khas dan kemudiannya ianya dibuang ke dalam laut. Di jawa abu-abu mayat akan disimpan dalam candi-candi khas. Namun begitu, kedatangan Islam menyebabkan upacara pembakaran mayat tidak lagi dijalankan.

Bahasa dan Kesusateraan

Pengaruh sastera dan bahasa adalah juga satu yang banyak mempengaruhi orang Melayu terutamanya tentang bahasa, prosa, puisi-puisi dan istilah-istilah. Dalam kesusateraan kita terdapat pengaruh dua epik penting Hindu iaitu Ramayana dan Mahabrata sebagai sebuah karya sastera yang terbesar. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa kitab-kitab Hindu yang mejadi ikutan dan amalan orang-orang Melayu. Ramayana dan Mahabrata telah melahirkan beberapa hikayat Melayu yang diadaptasi daripada epik-epik tersebut. Mislanya, Hikayat sang Boma,
12

Winstedt 60

Hikayat Seri rama, Hikayat Perang Pandawa Jaya dan lain-lain lagi. Epik-epik juga seperti disesuaikan dengan nama-nama India dan mempengaruhi cerita penglipur lara Melayu. Selain itu penceritaan juga diberikan rangka atau struktur cerita yang baru malahan model untuk membina cerita-cerita baru, seperti yang terdapat dalam Hikayat Malim Dewa, Hikayat Terung Pipit, Hikayat Indra Sakti dan lain-lain.

Dari segi Bahasa, terdapat banyak perbendaharaan kata-kata yang diambil daripada hindu yang hampir keseluruhan kata-kata sanskrit yang menajdi bahasa-bahasa bagi golongan Brahmin seperti istilah-istilah guru, dosa, syurga, neraka, siksa, nirwana, harta, warna, dewa, dewi, seri dan ribuan lagi sehinggakan menjadi kebiasaan untuk dipertuturkan.13 Dalam hal ini, karya-karya berbentuk puisi selain daripada pantun kebanyakannya adalah datangnya daripada Hindu. Misalnya, mantra, seloka dan gurindam tetapi ianya tidak memberikan satu impak yang mendalam terhadap falsafah sastera masyarakat Melayu. Dari aspek tulisan pula, tulisan Pallawi dan kawi,
14

merupakan satu tulisan yang berasal daripada selatan India terdapat dalam

inskripsi-inskripsi dan hasil penulisan di kedah, dan digunakan oleh orang-orang nusantara.15

Kesenian

Bidang kesenian juga banyak dipengaruhi dan ditinggalkan oleh pengaruh Hindu meskipun kedatangan islam telah mengubah beberapa ciri tertentu dalam kesenian rakyat rantau ini. Sebelum kedatangan Islam, banyak candi-candi telah didirikan seperti Candi Borobudur, Candi Prambanan, Candi mendut dan lain-lain. Unsur-unsur seni bina dan ukiran-ukiran yang ada dipercayai dipengaruhi oleh kesenian India. Hasil kreativiti mereka yang tinggi boleh dilihat
Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu ( satu pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas ), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur. 1975. Hlm., 54 . 14 R.O. Winstedt. A History of Malaya.Kuala Lumpur: Marican. 1970. Hlm., 139. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Melayu ( satu pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas ), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur. 1975. Hlm., 54.
15 13

dalam contoh Candi Borobudur dan Angkor Watt. Ukiran-ukiran yang terdapat pada candi-candi adalah menggambarkan sistem kepercayaan terhadap dewa-dewa Hindu. Tradisi mengukir patung juga satu bentuk kesenian yang terpengaruh daripada unsur-unsur India samada pembikanan patung-patung dewa-dewi Hindu ataupun patung-patung pemerintah tempatan seperti raja yang mempunyai sifat kedewaan. Perkembangan ini juga dipengaruhi daripada dua epik besar Hindu iaitu Ramayana dan Mahabrata.

Kesenian Wayang Kulit juga adalah satu bentuk kesenian yang dibawa masuk oleh pengaruh Hindu. Namun begitu, wayang kulit sebenarnya telah ada di alam Melayu sebelum kedatangan pengaruh Hindu lagi. Namun begitu, kedatangan Hindu telah mempengaruhi bentuk penceritaan dan episod-episod yang dimainkan di wayang kulit tersebut. Cerita-cerita dalam wayang kulit pula adalah berdasarkan kepada epik Ramayana dan Mahabrata dan dikendalikan oleh dalang-dalang Melayu dan Jawa. Pengaruh epik Ramayana dan Mahabrata bukan sahaja meninggikan mutu pencertiaan tetapi juga menambah kesenian dari segi muzik dan persembahan.

PENGARUH DAN FALSAFAH ANIMISME DALAM MASYARAKAT MELAYU

Sejak dari zaman mesolitik sudah tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa telah wujud satu sistem kepercayaan kepada alam ghaib di Alam Melayu. Akan bentuk keoercayaan itu tidak jelas, hanya yang dapat dikesan adalah daripada upacara-upacara pengebumian mayat yang sering dilakukan oleh penduduk di Nusantara. Jikaalau diperhatikan, mayat-mayat dikebumikan dengan sempurna dan dilengkapi dengan alat-alat kegiatan harian seperti kapak, beliaung, perahu, alat-alat perkebunan dan sebagainya yang bertujuan untuk menunjukkan bahawa mereka telah mempunyai sistem kepercayaan tentang hidup selepas mati, iaitu wujud satu alam lain selain daripada lama fizikal yang ada sekarang. Selain itu, mereka juga mempercayai wujudnya satu roh.

Asas kepercayaan kepada kewujudan roh dan sebagainya adalah satu kepercayaan yang dianamakan Animisme. Kata animisme berasal dari bahasa latin, yaitu anima yang berarti roh. Kepercayaan animisme adalah kepercayaan kepada makhluk halus dan roh. Keyakinan ini banyak dianut oleh bangsa-bangsa yang belum bersentuhan dengan agama wahyu. Paham animisme mempercayai bahwa setiap benda di bumi ini (seperti laut, gunung, hutan, gua, atau tempat-tempat tertentu), mempunyai jiwa yang mesti dihormati agar jiwa tersebut tidak mengganggu manusia, atau bahkan membantu mereka dalam kehidupan ini. Hal ini adalah bertepatan dengan masyarakat Melayu yang hidup berasaskan kepada alam sekitar.

KONSEP PENYEMBAHAN

Penyembahan Roh Nenek Moyang Konsep kepercayaan dan penyembahan kepada roh-roh orang yang telah mati adalah berkaitan dengan alam ghaib masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini. Mereka mempercayai terdapat satu alam ghaib yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Mereka berpendapat bahawa rohroh orang yang telah mati tidak hancur seperti jasadnya. Pada zaman kepercayaan animisme, masyarakat Malay sering menyembah roh nenek moyaang mereka bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan bala bencana. Amalan penyembahan nenek moyang ini lebih dikenali sebagai Hyang.

Masyarakat di alam Melayu percaya bahawa roh nenek moyang memberikan perlindungan kepada puak-puak tertentu atau keluarga. Roh dikatakan tidak meninggalkan tempat kediamannya walaupun jasadnya telah dikebumikan. Terdapat beberapa cara yang dilakukan bagi menjalakan ritual-ritual penyembahan roh nenek moyang yang dijalankan pada waktu malam kerana pada waktu ini banyak bayang-bayang yang berkeliaran.

Pada permulaan upacara ianya dikendalikan oleh ketua-ketua puak atau keluarga yang dipanggil sebagai dalang. Dalam konteks ini, dari pemujaan roh nenek moyang melalui bayang inilah yang telah melahirkan satu bentuk falsafah baru iaitu pertunjukkan wayang kulit. Misalnya di Jawa, pertunjukkan seperti Nini-towong atau nindok adalah salah satu upacara bagi memanggil roh nenek moyang untuk keluar.

KEPERCAYAAN HANTU, JEMBALANG, ORANG-ORANG BUNIAN, PONTIANAK DAN SEBAGAINYA

Selain daripada memuja semangat roh nenek moyang yang dikatakan mampu memberikan perlindungan, Masyarakat Melayu era animisme juga mempercayai kepada hantu, Jembalang, mambang, orang-orang bunian, Pontianak dah sebagainya. Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme. Ritual berupa penyembahan dan sajian makanan sering dilakukan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu bagi mengelakka gangguan dan bencana daripada makhluk-makhluk yang menghuni benda-benda ganjil tadi. Misalnya, masyarakat Melayu sangat takut kepada kepercayaan seperti busut dan orang-orang Melayu dilarang untuk kencing diatasnya kerana dikhuatiri akan mendatangkan penyakit dan musibah. SIHIR SANTAU DAN KEPERCAYAAN KEPADA BOMOH DAN DUKUN Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebelum kedatangan Islam pada seawal kurun ke-7 ke Alam Melayu, Masyarakat Melayu di Nusantara sudah mempunyai beberapa kepercayaan yang diamalkan oleh mereka setiap hari. Amalan dan kepercayaan ini masih lagi diamalkan sehingga ke hari ini walaupun masyarakat Melayu sudah mempunyai pegangan agama yang kukuh terhadap Islam. Namun, ianya telah disesuaikan dengan keadaan semasa kerana, amalan dan kepercayaan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu pada zaman Animisma dan zaman pengembangan Hindu pada suatu ketika dulu sudah menjadi sebahagian daripada cara kehidupan masyarakat Melayu. Dalam hal ini, pegangan Islam bagi masyarakat Melayu seperti pendapat Professor Naquib AlAttas seperti sebua lapisan nipis yang apabila tercabut maka terlihatlah semua isi di dalamnya. Dalam konteks ini, beliau member pengertian bahawa walaupun Melayu telah menerima Islam secara keseluruhan, namun masih lagi terdapat kegiatan dari zaman Hindu dan Animisma yang masih diamalkan sehingga ke hari ini.

BBIBLIOGRAFI

1) Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur. 2) Ahmad Ibrahim. 1970. Malaysian legal History, university Malaya, Kuala Lumpur. 3) Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Melayu ( satu pengenalan Latar Belakang dan Sejarah Ringkas ), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Kuala Lumpur. 4) Mohd Taib Osman. 1974. Asas dan Pertumbuhan Kebudayaan Malaysia. Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Kuala Lumpur. 5) Muhammad Naquib Al-Attas. 1972. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur. 6) R.O. Winstedt. 1970. A History of Malaya.Kuala Lumpur: Marican. 7) Wolters. O. W. 1970. The Fall Of Srivijaya in Malay History. Oxford University Press. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai