Anda di halaman 1dari 1

Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu tradisional di

Tanah Melayu membuktikan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sudah memiliki
ketamadunan yang tinggi. Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat awalnya
memegang kepercayaan animisme. Bagaimanapun kepercayaan animisme telah pudar oleh
kerana pengaruh kepercayaan agama hindu buddha dan agama Islam dalam masyarakat
Melayu.
Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan paling awal sebelum
kehadiran agama lain. Kepercayaan animisme mempercayai semua benda di dunia ini
mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau
buruk. Kepercayaan ini mewujudkan kepelbagaian kepercayaan animisme tersebut maka
wujud satu golongan masyarakat yang berperanan sebagai dukun, tabib, pawang dan bomoh
bagi dalam hal hal ghaib.
Pengaruh agama hindu buddha pula dikatakan tersebar sejak abad ke 6 lagi yang
dibawa oleh pedagang India. Penyebaran agama ini mula berkembang apabila golongan
Brahmin dan golongan raja mula menerima kepercayaan ini. Agama Hindu Buddha telah
memberi impak yang besar kepada masyarakat Melayu dari aspek keagamaan, pemerintahan,
pentadbiran, kesusasteraan, budaya dan bahasa.
Pengaruh seterusnya ialah agama Islam yang juga merupakan agama rasmi
masyarakat Melayu. Kedatangan agama Islam pada abad ke 7 telah menghakis sebahagian
amalan kepercayaan Hindu Buddha yang telah bertapak di Tanah Melayu. Agama Islam
disebarkan oleh golongan pedagang dan pendakwah Islam dari Asia Barat. Ajaran Islam
berlandaskan kepada lima rukun islam dan enam rukun iman yang wajib diketahui oleh
penganutnya serta berpandukan Al-Quran dan Hadis.
Kesimpulannya, transisi kepercayaan Islam adalah bermula dengan kepercayaan
animisme kemudian datangnya kepercayaan agama hindu buddha seterusnya kepercayaan
agama Islam yang menjadi kepercayaan rasmi masyarakat Melayu.

Anda mungkin juga menyukai