Anda di halaman 1dari 9

ASIMILASI

1)Bincangkan pengaruh-pengaruh berikut dalam perkembangan agama


dan kepercayaan masyarakat Melayu;
PENGENALAN
-Agama bermaksud suatu sistem berkaitan anutan, keimanan, dan penyembahan terhadap
tuhan.
-Kepercayaan pula membawa maksud pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam
kehidupan.
-Amalan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di Tanah Melayu
membuktikan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sudah memiliki tamadun yang tinggi.
-Masyarakat kerajaan alam Melayu memiliki agama dan kepercayaan yang memberikan
panduan dalam kehidupan seharian mereka.
-Kepercayaan masyarakat Melayu pada peringkat awalnya berbentuk anismisme.
Ia kemudiannya berkembang dengan meluas kepada kepercayaan Hindu dan Buddha.
Bagaimanpun, kepercayaan ini mula merosot apabila Islam tersebar meluas di kalangan
masyarakat Melayu.
a)PENGARUH ANIMISME
-Kepercayaan animisme merupakan bentuk kepercayaan paling awal sebelum
kehadiran agama lain. Kepercayaan ini berhubung kait dengan alam semula jadi.
- Dalam konteks masyarakat Melayu, mereka percaya bahawa semua benda di
dunia ini mempunyai roh atau semangat dalam pelbagai entiti seperti gunung,
pokok besar, batu-batu besar, sungai, dan sebagainya.
- Kepercayaan animisme mempengaruhi cara masyarakat Melayu memandang
alam semula jadi. Mereka melihat alam semula jadi mempunyai roh atau
semangat yang memberi kesan baik seperti rezeki, kesihatan, keharmonian dan
sebaliknya seperti malapetaka dan bencana. Konsep ini juga telah mewujudkan
kepercayaan masyarakat Melayu terhadap makhluk halus seperti jin, hantu, dan
penunggu.
- Kepercayaan animisme juga berpengaruh dalam upacara-upacara
pemujaan masyarakat Melayu, Mereka melakukan upacara tersebut untuk
menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil tanaman, dan
sebagainya. Sebagai contoh, puji pantai di Terengganu, main puteri, main
dewa, dan memutus ubat.
- Kepercayaan animisme juga telah mendedahkan cara melakukan upacara-
upacara pemujaan dalam masyarakat Melayu. Mereka percaya bahawa
melalui perantaraan antara bomoh, dukun, atau pawang, mereka dapat
berhubung dengan kuasa ghaib atau makhluk halus dan mendapatkan
petunjuk. Hal ini demikian kerana, manusia biasa tidak mampu berhubung
dengan makhluk halus. Orang perantaraan ini juga berperanan memulihkan
diri seseorang yang dipercayai disampuk atau hilang semangat
b)PENGARUH HINDU BUDDHA
-Pengaruh Hindu-Buddha dikatakan tersebar sejak abad keenam lagi dan
dibawa oleh pedagang dunia. Penyebaran agama ini berkembang pesat
apabila kedatangan golongan Brahmin dan penerimaan agama ini oleh
golongan pemerintah.
-Agama Hindu-Buddha membawa konsep-konsep keagamaan baru yang
berbeza dengan agama animisme. Masyarakat Melayu menerima konsep
tentang kitaran kelahiran dan reinkarnasi (samsara) atau disebut
kelahiran semula serta hukum karmayana yang mempengaruhi
pemahaman mereka tentang kehidupan, karma, dan tujuan hidup.
-Pengaruh Hindu-Buddha juga dapat dilihat dalam kosmologi masyarakat
Melayu. Cerita-cerita epik seperti Ramayana dan Mahabharata, serta
ajaran-ajaran Buddha diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Pengaruh Hindu-Buddha dikatakan tersebar sejak abad keenam lagi dan dibawa
oleh pedagang dunia. Penyebaran agama ini berkembang pesat apabila kedatangan
golongan Brahmin dan penerimaan agama ini oleh golongan pemerintah.
- Agama Hindu-Buddha membawa konsep-konsep keagamaan baru yang berbeza
dengan agama animisme. Masyarakat Melayu menerima konsep tentang kitaran
kelahiran dan reinkarnasi (samsara) atau disebut kelahiran semula serta hukum
karmayana yang mempengaruhi pemahaman mereka tentang kehidupan, karma,
dan tujuan hidup.
- Pengaruh Hindu-Buddha juga dapat dilihat dalam kosmologi masyarakat Melayu.
Cerita-cerita epik seperti Ramayana dan Mahabharata, serta ajaran-ajaran Buddha
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
KONSEP ASIMILASI
-Proses percantuman antara etnik berlainan budaya sehingga membentuknya
satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
-Proses asimilasi akan berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat dan rapat
antara ahli kumpulan etnik yang berbeza. Ini memakan jangka masa yang lama.
-Asimilasi akan memperoleh kejayaan apabila etnik minoriti sanggup menerima
identiti atau budaya etnik majoriti yang lebih dominan sebagai cara hidup
mereka seharian dalam menjalani kehidupan.
-Daripada proses asimilasi, lahir pelbagai etnik yang terdapat di Tanah Melayu
seperti Baba Nyonya, Chetty, Serani dan India Muslim sekaligus mewujudkan
masyarakat majmuk
KAITAN ASIMILASI DENGAN
PENGARUH ANIMISME
Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan
asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif (kuno)
purbakala.
Animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini seperti kawasan gua, pokok atau batu
besar mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu
manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat juga dalam kehidupan
seharian mereka.
Selain daripada semangat dan roh yang mendiami tempat-tempat tersebut, kepercayaan
animisme juga mempercayai bahawa roh orang mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan,
misalnya suku Nias di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa
seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati
beranak
Roh-roh orang mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan
menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh si mati pada masa hidupnya.
KAITAN ASIMILASI DENGAN
PENGARUH HINDU BUDDHA
Sebelum kedatangan Islam, ajaran agama Hindu dan Buddha telah bertapak terlebih dahulu di
tanah Melayu. Ajaran agama Hindu dan Buddha pada amnya hanya mementingkan aspek-aspek
upacara dan pendewaan kepada dewa-dewi demi kepentingan golongan masyarakat atasan
sahaja.
Masyarakat Hindu di Malaysia telah mendirikan kuil sesuai dengan agama, amalan dan
kepercayaan mereka yang dibawa dari India. Mereka membina kuil-kuil pelbagai saiz dan rupa
di ladang-ladang dan kediaman mereka tanpa sebarang sekatan sebelum dan selepas merdeka.
Namun, kebanyakan kuil di Malaysia ialah kuil Dewa Subrahmanya dan Dewi Mariamman.
Selain itu, dewa-dewa kecil seperti Madurai Veeran dan Karuppan juga telah dibina di kawasa-
kawasan ladang. Asimilasi ini juga terlihat dalam aspek bahasa di Malaysia
Bahasa Melayu juga mengandungi banyak perkataan serapan dari bahasa Sanskrit yang
merupakan salah satu bahasa yang digunakan dalam agama Hindu-Buddha.

Anda mungkin juga menyukai