Anda di halaman 1dari 65

MPU 2163

PENGAJIAN MALAYSIA 2
UNIT 6 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
HASIL PEMBELAJARAN

 Membincangkan agama dan kepercayaan di Malaysia


 Menerangkan elemen-elemen dalam agama yang boleh
dikaitkan dengan perpaduan dan kehidupan masyarakat.
 Membentangkan elemen-elemen dalam Islam yang
berkaitrapat dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Kandungan
Pengenalan

 Manusia dilahirkan dengan naluri keperluan untuk


beragama
 Naluri mendorong setiap manusia mencari sesuatu yang
menjadi sembahan dan kepercayaan yang akan
memberikan kekuatan pada dirinya bagi mengharungi
kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian dan cabaran.
 Manusia juga memerlukan agama untuk mnegawal
tingkahlaku dan mengatur kehidupan di dunia ini.
PENGENALAN
MENGAPA PERLU BERAGAMA?

 AKTIVITI 1
 Pelajar dikehendaki mencari pasangan berlainan agama dan bangsa
 Pelajar hendaklah berbincang bersama tentang mengaoa manusia perlu
beragama?
 Tuliskan hasil perbincangan di dalam kertas atau mind map
 Anda diminta untuk menjelaskan jawapan anda.
Mengapa Perlu Beragama?

 Pemikiran tentang agama telah wujud dlm diri manusia semenjak mereka lahir
 Warisan kebudayaan dari kaum dan keluarga
 Faktor keselamatan- kuasa agung yang dipercayai akan menjaga keselamatannya
 Agama merupakan ciri yg membezakan kelompok manusia
 Menurut Durkheim (1995) kepercayaan dan amalan yg sama dlm seuatu agama akan
menyatukan semua anggota yg menganutinya dalam satu komuniti bermoral.
 Sebagai panduan hidup
 Elemen pengukuhan ikatan persaudaraan
 Mencari jawapan kepada persoalan yang sukar dijawab
Penggolongan Agama
 Golongan pertama – menganggap agama sebagai satu unsur kebudayaan
sesuatu masyarakat.
 Golongan kedua – agama terbahagi kepada dua iaitu:
 agama ciptaan manusia
 agama ciptaan Tuhan.
 Terdapat percanggahn dalam kalangan ilmuan terhadap agama, terutama
agama wahyu adalah kerana perspeksi mereka tentang agama yang
disamakan dengan institusi lain seperti institusi social, ekonomi dan
politik.
Agama Samawi
 Agama ciptaan tuhan atau agama samawi ialah agama yang
bersumberkan wahyu tuhan.
 Agama diturunkan oleh Allah SWT untuk memenuhi keinginan dan
kecintaan manusia yang semula jadi kepada tuhan fitrah
 Agama / wahyu diturunkan menerusi tokoh manusia pilihan tuhan yang
berjiwa suci dan luhur Rasul-rasul Allah SWT
 Agama dengan pengertian ini tidak boleh dianggap sebagai unsur
kebudayaan manusia kerana agama ini bukan hasil pemikiran dan
pengalaman manusia.
Agama Samawi
 Agama yang berbentuk pengajaran bersifat ketuhanan daripada Allah SWT dalam
bentuk perintah dan larangan yang dibawa oleh Rasul-rasul Allah dalam bentuk
wahyu
 Terdiri daripada agama Islam, Kristian dan Yahudi
 Ketiga-tiga agama ini diturunkan dari langit dan penganut mereka percaya bahawa
tuhan itu pencipta alam, percaya rasul-rasul dan kitab-kitab Allah.
 Perbezaan antara penganut agama dalam perkara berkaitan dengan:
1. Konsep ketuhanan
2. Rasul terakhir
3. Kitab yang tulen
4. Persoalan kitab Allah yg paling sempurna
Agama Ciptaan Manusia
 Agama duniawi yang datang daripada diri manusia
 Agama duniawi dikenali sebagai agama alam @ agama budaya
 Kerana agama itu lahir dari dlm kebudayaan, dibentuk oleh falsafah masyarakat dan
dirumuskan oleh ahli fikir masyarakat.
 Agama ini terdiri daripada gagasan dasar dan peraturan umum yang ditetapkan oleh
kumpulan yang berpengaruh supaya mereka mematuhinya.
 Agama ini tidak bersandarkan wahyu dan ajaran rasul
 Tetapi terbentuk pengajaran dan kaedah-kaedah umum
 Agama ini tumbuh melalui hasil pemikiran dan pengalaman mereka dan siwarisi drpd
generasi kepada satu generasi berikutnya.
 Sifat agama ini ialah kitab sucinya berdasarkan ilham pengasasnya.
Agama Ciptaan Manusia
 Terdapat agama yang merupakan gabungan unsur agama ciptaan tuhan dengan tambahan dan
pindaan daripada fikiran ahli agamanya.
 Sebahagian agama dlm kategori ini percaya kepada penjelmaan tuhan atau tuhan dalam
tubuh manusia.
 Terdapat juga tuhan yang mengkehendaki korban jamuan dan upacara pemujaan.
 Terdapat juga penyembahan cakerawala seperti bulan dan matahari.
 Adanya simbol seperti berhala, gambaran panji-panji
 Terdapat ajaran @ upacara penyeksaan diri dan pengharaman daripada nikmat hidup
tertentu
 Tujuannya utk mencapai kesucian diri dan restu tuhan – pengaruh kuat dlm masyarakat
primitive, mundur dan terpencil.
AGAMA DI MALAYSIA
AGAMA DI MALAYSIA

 Setiap kaum di Malaysia mempunyai latar belakang yang berbeza, agama


tradisi, budaya dan sebagainya.
 Keadaan ini melahirkan pelbagai pandangan dan pemikiran yang berbeza
dalam kalangan mereka.
 Dalam kepelbagaian, kerjasama dan saling memahami tentang perbezaan
adalah penting untuk mencetuskan perpaduan dalam keadaan yang mana
damai untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan
keseimbangan.
 Agama memainkan peranan penting dalam membentuk insan berakhlak,
bermoral dan beretika dalam hubungan masyarakat.
Sejarah Kedatangan Agama di Malaysia
 Kepercayaan animism telah bertapak di Alam Melayu sebelum kedatangan agama-
agama lain.
 Agama Hindu dan Buddha telah lama bertapak di Alam Melayu.
 Kemasukan imigran Cina dan India pada era penjajahan terus memperluas ajaran
Hindu dan Buddha.
 Agama Islam bertapak di Malaysia sejak 600 tahun dahulu.
 Pada tahun 1303 terdapat bukti kedatangan Islam di Terengganu melalui penemuan
Batu Bersurat Terengganu.
 Agama Islam disebarkan di Melaka oleh pedagang-pedagang Arab.
 Raja dan rakyatnya telah memeluk Islam sebelum abad ke-15 Masihi lagi.
 Penjajahan Portugis dan British pula telah membawa masuk agama Kristian.
 Semasa pentadbiran British, adat istiadat Melayu dan Agama Islam tidak disentuh.
 Adat Istiadat Melayu dan Islam berada di bawah jagaan raja-raja Melayu.
Sejarah Kedatangan Agama di Malaysia
 Selepas kemerdekaan, masyarakat Malaysia melalui beberarapa fasa
perubahan kesan pertembungan tamadun dan agama.
 Kaum Melayu kehilangan hak “kebebasan mutlak” dalam aktiviti
keagamaan dan perlu berkongsi hak kebebasan bersama kaum lain.
 Perjuangan mengembalikan semula kedudukan Islam, membawa
kepada pengisytiharan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan
pertimbangan diberi kepada lain-lain kepercayaan.
 Pemahaman yang baik tentang agama sendiri dan memahami
perbezaan agama lain, mencari satu titik persamaan dan perkongsian
nilai murni melalui sikap toleransi mampu menyatupadukan rakyat
Malaysia dan mengelakkan persengketaan.
AGAMA ISLAM
 Rukun Islam
 Sumber utama ajaran Islam ialah  Mengucap dua kalimah syahadah
al-Quran  Menunaikan solat 5 waktu sehari
 Sumber kedua ialah al-Sunnah semalam
yang merangkumi ucapan,  Berpuasa di bulan Ramadhan
tindakan serta sifat-sifat  Menunaikan zakat
 Menunaikan haji bagi yang mampu
Rasulullah SAW dalam bentuk
ajaran Islam yg dikenali sbg
hadis.  Rukun Iman dalam Islam
 Islam meletakkan seluruh  Beriman kepada Allah
pengabdian kpd Allah dan  Beriman kepada Malaikat
meyakini Nabi Muhammad sbg  Beriman kepada Rasul dan Nabi
pesuruh Allah.  Beriman kepada Kitab
 Beriman kepada Hari Kiamat
 Beriman kepada Qada’ dan Qadar
ISLAM AGAMA SEJAGAT
Hari Kebesaran Islam di Malaysia
AGAMA BUDDHA
 Agama kedua terbesar di Malaysia
 Majoriti penganutnya terdiri daripada kaum Cina; mazhab Buddha Mahayana
 Komuniti Thai di Utara Semenanjung Malaysia mengamalkan Buddha Theravada
 Agama Buddha diasaskan oleh Siddartha Gautama yg merupakan putera raja dari India.
 Mendapat petunjuk di bawah sepohon pokok di Hutan Urvela.
 Muncul akibat penindasan golongan Brahmin.
 Antara ajaran moral Buddha; menghormati kehidupan sama ada manusia, tumbuhan dan haiwan.
 Menenkankan kitaran kehidupan iaitu sila, renungan, kesedaran dan mencapai sambothi.
 Upacara penyembahan dilakukan di Tokong, Wat atau di rumah.
Konsep-konsep Penting dalam Buddha
 Agama Buddha menekankan Empat Kebenaran Mulia mengenai alam.
Konsep-konsep Penting dalam Buddha

Sekiranya peraturan
JALAN MULIA LAPAN LAPIS

tersebut dipatuhi,
manusia dapat
melepaskan diri
daripada pengabdian
kelahiran semula
(bondage of rebirth)
dan mencapai nirwana
* nirwana- manusia
terlepas dari segala
benda berkaitan
keduniaan.
Perayaan penting bagi Buddha

 Hari Wesak
 Kaum Cina juga merayakan:
 Tahun Baru Cina
 Chap Goh Mei
 Pesta Tanglung
 Ching Ming
 Chung
AGAMA HINDU
 Agama Hindu dipercayai merupakan agama tertua di dunia
 Agama Hindu dipercayai bermula dari peradaban tua di Banjaran Indus dan Ganges
 Dianuti oleh sebahagian besar kaum India dan merupakan identifikasi bagi etnik India
walaupun terdapat dukalangan mereka menganut agama lain.
 Agama ini merupakan sekumpulan adat istiadat, budi pekerti dan gambaran orang
Hindu.
 Ajaran Hindu terawal terkandung dalam empat kitab veda iaiatu Rig Veda, Sama Veda,
Yajur Veda dan Atharva Veda.
 Orang Hindu menyembah pelbagai dewa yg merupakan jemnaan satu tuhan yang sama.
 Tiga dewa utama mereka yg dipanggil Trimurthi ialah Brahman (Dewa Pencipta), Vishnu
(Dewa Pelindung) dan Siva (Dewa Pemusnah)
Konsep Utama Agama Hindu
Perayaan Utama Agama Hindu
AGAMA KRISTIAN
 Agama Kristian hadir dalam alam melayu bersama-sama dengan
kedatangan orang Barat seperti Portugal, Belanda dan British.
 Penganut Kristian menganggap Jesus sebagai jelmaan Tuhan
 Penganut Kristian percaya kpd Doktrin Triniti iaitu Tuhan, Anak Tuhan dan
Roh Kudus.
 Kitab suci agama Kristian ialah Bible yang terbahagi kepada dua iaitu Old
Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru).
 Penganut Kristian mengakui kitab suci agama Yahudi iaitu Old Testament
adalah sebahagian dari kitab sucinya.
 Ajaran Kristian berkait rapat dengan kehidupan beretika ialah sepuluh 10
(10 Commandments) yg terdapat dalam Perjanjian Lama.
10 Rukun dalam Old Testament
1. Tidak menyembah Tuhan lain melainkan kepadanya
2. Tidak menyembah berhala
3. Tidak salah guna nama Tuhan
4. Ingati hari Sabtu dan kesuciannya
5. Berbaik dan hormati ibu bapa
6. Jangan membunuh
7. Jangan berzina
8. Jangan mencuri
9. Jangan beri keterangan palsu
10. Jangan rampas harta benda, isteri atau apa sahaja
Perayaan Agama Kristian
AGAMA SIKH

 Sebahagian besar dianuti oleh kaum India berketurunan


Punjabi
 Berpakaian serban dan berjanggut panjang bagi lelaki
 Penggunaan nama:
 Lelaki : guna nama akhir SINGH (bermaksud singa)
 Wanita : guna KAUR (bermaksud puteri)
 Pengasas: Guru Nanak (1469M)
 Dikembangkan oleh Sembilan orang Guru lain.
AGAMA SIKH

 Agama ini mempunyai satu Tuhan


 Kitab suci dikenali sebagai Sri Guru Granth Sahib Ji
 Kitab setebal 1430 muka surat ditulis oleh Guru Sikh
 Kandungannya meliputi ajaran agama Sikh dan juga
mazmur (hymn) bagi tujuan keagamaan serta nasihat
untuk panduan hidup.
5 SIMBOL DALAM AGAMA SIKH (5K)

 Kesh (berambut panjang)  Merupakan pakaian rasmi yang


 Kangha (sikat) wajib dipakai sepanjang masa oleh
ahli Persaudaraan Khalsa selepas
 Kara (gelang) menjalani upcara amrit sanskar
 Kirpan (pedang kecil)
 Kachera (seluar pendek khas)
 Upacara tersebut diperkenalkan
oleh Guru Gobind Singh, Guru Sikh
yang ke-10 dan terakhir (1699M)
Perayaan dan Upacara Agama Sikh
ANIMISME

 Kepercayaan pemujaan roh dan semangat alam semula jadi


 Menganggap segalanya di alam ini mempunyai jiwa dan dapat
berfikir serta berkeperibadian seperti manusia
 Semangat dan kuasa luar biasa disifatkan sebagai Tuhan
 Penganutnya menyembah dan memuja batu, pokok, gunung,
sungai, patung dan juga hasil buatan seperti keris.
ANIMISME

 Roh-roh terdiri daripada roh nenek moyang mereka yang sudah


meninggal dan embawa kepda pemujaan nenek moyang
 Kemungkinan ada roh yang umum yang tidak dihubung dengan
seseorang
 Atau mirip dgn mana drpd kepercayaan orang Kepulauan Pasifik
atau manito drpd kepercayaan orang Indian Amerika
 Roh-roh harus dijaga agar tidak boleh dipermain
 Dukun, orang keramat dan ahli sihir merupakan org yg penting yg
menghubungkan manusia dgn manusia halus atau roh lain.
KONFUCIUS
 Ajaran Konfucius – ahli falsafah China (Dinasti Chou)
 Ajaran dibawa oleh tokoh bernama Kung Chiu dan kemudian dikenali dgn Kung Fu
Tze.
 Menenkankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri
 Perikemanusiaan ialah kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia ialah
kemanusiaan
 Kebaikan itu ialah budi bahsa, kemurahan hati, amanah, rajin dan bersifat baik
 Dikumpulkan oleh pengikutnya dalam bentuk buku berjudul Lun-Yu atau Analekta
 Berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa
 Tentang bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negara
 Ajaran Konfucius mementingkan kesopanan dan kesusilaan, tabiat terpuji serta
kelakuan yang baik, hormat ibu bapa, orang tua dan negara.
TAOISME
 Taoisme berdasarkan ajaran Lao Tze
 Menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan upacara
yang merugikan
 Perkara yang adil bagi pengikut ajaran Tao ialah manusia seharusnya bebas
drpd peraturan ciptaan manusia
 Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan hawa nafsu seseorang
mendorong bertindak bijak dan tidak rasional
 Kitab Tao Te Ching dan kitab Chuang Tzu.
 Buku-buku ajaran Tao merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk
sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.
Aktiviti 2

 Bentuk kumpulan mengikut bangsa / kaum


 Tugasan:
 Senaraikan agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia
mengikut bangsa / kaum
 Kumpulan hendaklah memberikan maklumat berkenaan
agama yang ditentukan bagi setiap kumpulan
 Kumpulan juga dikehendaki untuk menjelaskan tiga
perayaan bagi setiap bangsa / kaum
 Maklumat akan dikongsikan semasa perbincangan
PERANAN AGAMA

 Asas dan pelengkap hidup bermasyarakat


 Peraturan dalam perhubungan sesama manusia
 Dalam Islam, agama adalah cara hidup yang meliputi segala aspek
kehidupan
 Masyarakat beragama adalah masyarakat yang bertamadun dan
mempunyai peradaban dan budaya hidup yang tinggi
 Agama turut mempengaruhi asas pembentukan tamadun seperti
Tamadun Mesopotamia, Mesir dan Indus yang mempercayai konsep
ketuhanan, penyembahan dan wujud bukti tinggalan sejarah.
PERANAN AGAMA
Asas Pembentukan Nilai Murni

 Nilai-nilai murni
 Sabar
 Murah hati
 Sopan santun
 Hormat kepada orang yang lebih tua
Sumber Undang-undang
Identiti
Kebudayaan dan Kesenian

 Agama mempunyai hubungan rapat


dengan kesenian
 Menjadi sumber penghargaan dan
kenikmatan serta orientasi estetik
seperti seni bina, lukisan, ukir kayu
dan seni pahat.
 Contoh hiasan Arabesque di Al Hamra,
Sepanyol
Pembentukan Tamadun

 Agama mendorong manusia untuk membina tamadun


manusia.
 Jatuh bangun sesebuah kerajaan berkait rapat dengan
sesuatu agama
 Pertumbuhan dan perkembangan tamadun dipengaruhi
oleh perkembangan sesuatu agama
 Dapat dilihat dalam tamadun Barat yang dipengaruhi oleh
agama (Kristian), Timur Tengah (Islam) dan tamadun Asia
(Hindu-Buddha)
Patriotisme

 Menumbuhkan semangat kebangsaan


 Peranan ulama dalam hubungannya dengan gerakan
nasionalisme sebelum dan selepas kemerdekaan
 Gerakan reformasi Islam di Timur Tengah, Turki, Mesir-
bebaskan Islam dari fahaman kuno.
 Begitu juga yang berlaku di Filipina, Indonesia dan Burma
 Ketua negara-ketua agama
Perpaduan

 Membangunkan ikatan soisal


 Upacara keagaam mengukuhkan integrasi sosial
ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN
ISLAM DAN MASYARAKAT MAJMUK
TOLERANSI AGAMA
 Toleransi berperanan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah
negara bangsa
 Rakyat Malaysia dapat menikmati hidup aman, damai dan harmoni.
 Sifat toleransi ialah perkara asas dalam menyatupadukan seluruh
masyarakat.
 Kestabilan politik dalam negara dapat dikawal
 Pertumbuhan ekonomi yang mantap dapat dibentuk
 Menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah pelbagai acara antarabangsa
yang bertaraf dunia
Bentuk-bentuk Toleransi Agama

 Hari Terbuka
Sambutan
Perayaan
Bentuk-bentuk Toleransi Agama

 Gotong-royong di kawasan kejiranan


Bentuk-bentuk Toleransi Agama

 Menghormati
laungan azan
dan bacaan
doa majlis
rasmi
Bentuk-bentuk Toleransi Agama

 Cuti umum
bagi setiap
perayaan
kaum
Bentuk-bentuk Toleransi Agama

 Memahami konsep keperluan makanan yang dibolehkan (halal)


dan tidak dibolehkan (haram)
Bentuk-bentuk Toleransi Agama

 Kebenaran menunaikan ibadat bagi agama setiap kaum


 Solat Jumaat
Bentuk-bentuk Toleransi Agama

 Pembinaan rumah ibadat


Cabaran 1

Sensitiviti Agama Jamin Keharmonian Kaum


Menjaga sensitiviti dalam sebarang keadaan dan bentuk kegiatan
pengucapan dan pendidikan
Kejahilan dan tiada pendedahan amalan dan budaya agama lain
Kurangnya perbincangan soal etika perhubungan antara kaum
Kurangnya toleransi antara pemimpin agama
Penyelesaian

 Pendidikan – mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan


 Undang-undnag – Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta
Hasutan 1948
 Kempen – forum, ceramah, risalah, media massa
 Dasar kerajaan – Jawatankuasa Agama
 Institusi-institusi agama
Cabaran 2

 Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)


 Dilarang dalam Islam dan juga agama lain
 NGO menggunakan isu hak asasi manusia sebagai
perlindungan perjuangan
 NGO mempunyai sokongan kewangan
Penyelesaian

 Perancangan rapi termasuk kaunseling, psikologi dan


perubatan
 Saintis, ahli sosiologi dan agamawan
 Sediakan tempat pemulihan
 Peluang pekerjaan
 pendidikan
KESIMPULAN

 Malaysia mempunyai rekod cemerlang sebagai negara


berbilang kaum, agama dan budaya.
 Ia tidak seperti banyak negara majmuk lain yang menghadapi
masalah besar dalam mengimbangi pengaruh nilai dan
beragama dalam masyarakat
 Kebebasan beragama terdapat dalam Perlembagaan Malaysia
 Masyarakat yang gagal menjamin kebebasan beragama akan
gagal mewujudkan keharmonian.

Anda mungkin juga menyukai