Anda di halaman 1dari 56

MPU 2163

PENGAJIAN MALAYSIA 2
UNIT 5 PEMBANGUNAN NEGARA
DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI
Hasil Pembelajaran

Selepas mempelajari bab ini, pelajar akan dapat:

1.Menerangkan sejarah ekonomi dan konsep pembangunan di Malaysia


2.Menghuraikan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan
persoalan pertumbuhan ekonomi dan agihan di Malaysia.
3.Menghuraikan isu dan cabaran pengurusan ekonomi Malaysia bagi
mewujudkan perpaduan nasional.
“ Pembangunan sebagai proses yang memungkinkan
anggota masyarakat meningkatkan keupayaan diri dan
institusi dalam menggubal dan mengelola sumber bagi
meningkatkan kualiti kehidupan yang bersesuaian dengan
kehendak mereka sendiri, berterusan, adil dan
menyeluruh.

DAVID KORTEN (1990)
Pembangunan di Malaysia
• Pembangunan di Malaysia dikaitkan dengan Projek Modenisasi oleh
imperialis.
• Selepas kemerdekaan, ia diteruskan dengan mengambil kira faktor
kesesuaian dan penyesusaian.
Pembangunan Sebelum Merdeka

• Fokus : bijih timah dan getah


• Penjajah membawa masuk buruh asing bagi tujuan perekonomian
• Pembahagian aktiviti ekonomi dan wilayah berdasarkan etnik.
• Akibat: beza ekonomi antara pantai barat & pantai timur TM
• Negeri pantai barat: lombong,pertanian ladang, kilang, perdagangan
• Pantai timur: sara diri & tangkap ikan (ekonomi tradisional)
• Sabah: ekonomi berorientasi eksport bwh Syarikat Borneo Utara British
tumpu di pantai barat
• Sarawak: Dinasti Brooke tumpu di bahagian pertama & bahagian kedua
Pembangunan Sebelum Merdeka

• Perbezaan kemajuan antara bandar & luar bandar


• Kemudahan moden di bandar krn pusat pentadbiran British
• Pengenalan kaum ikut fungsi ekonomi
• Jurang pendapatan tak seimbang antara kaum
• Sebahagian golongan miskin adalah Melayu
• Sistem perhubungan sebelum merdeka berorientasikan ekonomi. Jalan
raya & kereta api hubungkan kawasan bijih timah dgn pelabuhan barat
TM.
Pembangunan Selepas Merdeka (Hingga 13 Mei 1969)

• Pembangunan lebih kepada peningkatan KDNK dan pendapatan


perkapita
• Fokus : getah dan bijih timah (kenaikan harga komoditi)
• Pembangunan infrastruktur asas.
13 Mei 1969

• Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa hitam dalam hubungan


kaum.
• Kesan buruk penjajahan British dan Jepun
• Ketidakseimbangan kemajuan: kawasan, penempatan, pekerjaan dan
pendapatan.
• Pengajaran: keseimbangan sosiopolitik dan pengagihan kemewahan
antara kaum adalah penting.
KONSEP PEMBANGUNAN NASIONAL

• Usaha ubah masyarakat @ negara drpd mundur kpd maju


• Perubahan dari segi ekonomi, politik, sosial, pendidikan,
psikologi, aspek fizikal, aspek kebendaan ,bukan kebendaan

Matlamat pembangunan negara:

•Capai Wawasan 2020


•Capai Dasar Pembangunan Nasional
•Pertumbuhan ekonomi & pengagihan yg adil
•Kedaulatan & pertahanan negara
Latar Belakang Pembangunan Ekonomi

Secara umumnya, sejarah perancangan pembangunan ekonomi


negara boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu:
Dasar dan Rancangan Pembangunan Negara
RANCANGAN MALAYSIA TEMPOH
Rancangan Malaya Pertama 1956 – 1960
Rancangan Malaya Kedua 1961 – 1965
Rancangan Malaysia Pertama 1966 – 1970
Rancangan Malaysia Kedua 1971 – 1975
Rancangan Malaysia Ketiga 1976 – 1980
Rancangan Malaysia Keempat 1981 – 1985 RRJP 1 (DEB)
Rancangan Malaysia Kelima 1986 – 1990
Rancangan Malaysia Keenam 1991 – 1995 RRJP 2 (DPN)
Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 – 2000
Rancangan Malaysia Kelapan 2001 – 2005 RRJP 3 (DWN)
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 – 2010
Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011 – 2015 MEB
Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 - 2020
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

• Mula 1954 lagi


• Matlamat utama: bangunkan ekonomi dgn penekanan pd sektor
luar bandar
• Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan @ Federal land
Development Authority (FELDA) 1953, RIDA (Rural Industrial
Development Authority) ditubuhkan, di bawah Dato Onn Jaafar.
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

• Kementerian Pembangunan & Luar Bandar ditubuhkan – Dato


Abdul Razak Hussein
• Sistem buku merah : cara pelaksanaan @ pengesanan tahap
kemajuan projek pembangunan
• Bersama Sabah & Sarawak
• Tumpuan: program tenaga manusia
• Tekankan aspek integrasi di kalangan penduduk & negeri
• Pertumbuhan ekonomi semua kaum
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 -1965)
• Baiki kemudahan asas & infrastruktur luar bandar
• projek pembukaan tanah bawah FELDA: Projek Segitiga Jengka Pahang, Projek
Johor Tenggara, Projek Pahang Tenggara
• Giatkan sektor pertanian dengan pelbagaikan sektor makanan, kurangkan import
• FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) 1966, bantu petani jual hasil
pertanian, kurang gantung org tengah
• Tubuh Jawatankuasa Pembangunan Kampung
• Lebih tersusun berbanding RM1
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
• Rancangan Malaysia pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia
dan program keatas setiap sektor ekonomi.
• Ia juga memberi penekanan ke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak.
• Kerajaan telah menggubal satu program pembangunan khusus untuk
meningkatkan kebajikan semua rakyat.
• Kerajaan menubuhkan beberapa agensi iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Perbadanan Nasional Berhad
(PERNAS) ,Lembaga Penasihat Tarif.
• Rancangan ini memberikan kejayaan kepada pertubuhan ekonomi yang lebih pesat
dan mantap.
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA(1971-1975)
• Rancangan ini dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbang
antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan.
• Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat
tanpa mengira kaum.
• Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam , terutama dalam bidang
perdagangan dan perindustrian
• (PETRONAS) ditubuhkan pada 1974 dan dalam tempoh RMK2 (KDNK) telah
bertambah 7.4% berpunca pada faktor berikut  

• 1) Pertanian - 25%                                         
• 2) Pembuatan -19.3%
• 3) Perdagangan-14.4%
• 4) Perkhidmatan -10.15%
DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Rangka Rancangan Jangka Pangjang

RRJP 1: Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975)


Rancangan Malaysia Ke-3 (1976-1980)
Rancangan Malaysia Ke-4 (1981-1985)
Rancangan Malaysia Ke-5 (1986-1990)
 Masa : 1971-1990
 Punca : Peristiwa 13 Mei 1969
 Matlamat Utama:
1. Mewujudkan perpaduan negara dgn
mengurangkan perbezaan ekonomi, social,
budaya, penempatan dan sebagainya.
2. Strategi serampang dua mata:
 Pembasmian kemiskinan
 Penyusunan semula masyarakat
 STRATEGI MEMBASMI  STRATEGI MENYUSUN
KEMISKINAN MASYARAKAT

1. Menambah daya pengeluaran 1. Pemodenan kehidupan di desa,


dan pendapatan melalui meningkatkan daya pengeluaran
teknik moden dan serta mempertingkatkan dan
kemudahan-kemudahan yang mengimbangkan pertumbuhan
lebih baik. kegiatan Bandar.
2. Menambah peluang untuk 2. Memajukan negeri dan kawasan
menukar kegiatan yang yang mundur.
mempunyai daya pengeluaran
3. Mewujudkan masyarakat
yang rendah kepada yang
perdagangan dan perindustrian
tinggi
Bumiputera.
3. Menyediakan perkhidmatan
4. Menambah bahagian rakyat
social secara percuma atau
Malaysia dalam pemilikan
subsidi lebih meluas.
modal.
APAKAH IMPIKASI DEB?
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)
• Fasa kedua DEB
• Perkenal rancangan pembangunan wilayah & pembukaan bandar baru
• KEJORA: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
• KETENGAH : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
• KESEDAR: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
• DARA: Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara
• NST: Negeri Sembilan Timur
• Johor Barat, Besut, Kerian-Sungai Manik
• Tanaman utama di wilayah baru: getah & kelapa sawit
• Secara keseluruhannya, program2 RMK3 membantu perkembangan ekonomi.
• 10thn pertama DEB (1971-1980) ekonomi berkembang pada kadar 7.8% kurang
0.2% drpd matlamat.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
• Malaysia hadapi kelembapan ekonomi
• Gabung kawasan kampung bentuk satu pusat bandar
• Dasar Pertanian Negara (1984) – tingkat pendapatan & hasil
• Tumpu perindustrian berat berasaskan pelaburan modal, teknologi tinggi,
pekerja mahir
• HICOM (Perbadanan Industri Berat Malaysia)1980 – kenalpasti, laksana,
usahakan projek berat. Dibawah HICOM : Kedah Cement Sendirian Berhad,
kilang keluarkan besi berongga & billet keluli oleh PERWAJA di Terengganu
• Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad
• Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan, Dasar pertanian Negara, Pelan Induk
Perindustrian
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
• Buka kawasan perusahaan baru: Senawang di N.9, Skudai, Bintulu, Menggatal &
Libas (Sabah)
• Kawasan perdagangan bebas cukai: Bayan Lepas (Pulau Pinang), Sungai Way,
Selangor.
• Galak penyertaan swasta
• Perbadanan Nasional Berhad perkenal Skim Amanah Saham Nasional (1981)
galak pemilikan saham oleh bumiputera
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
• Masih dlm kemelesatan ekonomi
• Matlamat perpaduan negara & capai DEB
• Tingkatkan peranan sektor swasta (deregulation) pelonggaran peraturan &
kawalan dlm aspek hak milik syarikat, pelesanan, aktiviti ekonomi
• Giat pertanian & galak pembangunan perindustrian
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
• Perusahaan pelancongan – Perbadanan Pelancongan Malaysia, galak swasta
bina hotel,1990 – Tahun Melawat Malaysia
• Tubuh Tabung Pelaburan Baru
• Longgar syarat hak milik modal pelabur asing
• Kurang kadar bayaran elktrik, air, telefon, tapak kilang
• Tekankan R&D utk tingkatkan produktiviti, keupayaan, kecekapan guna tenaga
tempatan
• Bangunkan sumber tenaga manusia
• 1990: tamatnya Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) dan DEB
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Rangka Rancangan Jangka Pangjang

RRJP 2: Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

Rancangan Malaysia Ke-6 (1991-1995)


Rancangan Malaysia Ke-7 (1996-2000)
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

 Masa : 1991-2000
 Punca : Sambungan DEB
 Matlamat :
1. Mencapai pembangunan seimbang bagi
mewujudkan masyarakat bersatu padu.
2. Mewujudkan keseimbangan antara
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan sumber
yang saksama.
DIMENSI DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

1. Membasmi kemiskinan mutlak disamping mengurangkan kemiskinan


relatif.
2. Mewujudkan masyarakat perdaganagan dan perindustrian bumiputera
dalam sektor ekonomi.
3. Keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan saksama.
4. Mengurangkan ketidakseimbangan social dan ekonomi
TERAS DPN

1. Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras perancangan dan


pembangunan.
2. Penekanan terhadap ekologi dan alam sekitar.
3. Membangunakan sumber manusia secara optima.
4. Mempertingkatkan peranan swasta dalam menyusun masyarakat. Pihak
kerajaan pula akan membuat pemantauan menerusi dasar dan undang-
undang.
5. Memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan di antara negeri serta kawasan Bandar dan desa.
APAKAH IMPIKASI DPN?
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)
• Fasa pertama Rancangan Jangka Panjang Ke-2 ‘RJP2’ (1991-2000)
• Matlamat: kekal momentum pembangunan ekonomi negara, uruskannya dgn
berkesan utk capai pembangunan ekonomi yg seimbang dlm Dasar
Pembangunan Nasional
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)
• Strategi:
• 1. Pelbagaikan asas perindustrian
• 2. Tingkat pembangunan sumber manusia
• 3. Galak peningkatan teknologi
• 4. Kurangkan ketidakseimbangan sektor antara wilayah
• 5. Dasar liberal utk suasana pelaburan menggalakkan
• 6. Galak industri berasaskan eksport
• 7. Galak swasta main peranan utk ekonomi
• 8. Kukuhkan pasaran kewangan & modal utk tingkatkan tabungan negeri

• * RMK6 peruntukkan lebih bnyk sumber utk tujuan pembangunan sumber


manusia & program penyusunan semula perindustrian
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996 -2000)
• Fasa kedua RJP2, ekonomi negara stabil
• Matlamat:kekalkan pertumbuhan yg tinggi agar dpt jd negara maju 2020, dan
wujudkan masyarakat progresif & bersatu padu dgn nilai-nilai sosial & rohani
positif
• Ekonomi negara berkembang pesat, 8.9 % setahun sejak 1988
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996 -2000)
• Strategi:
• Kukuhkan asas ekonomi makro
• tingkatkan daya saing antarabangsa
• Galak industri kecil & sederhana
• Tingkat bilangan tenaga manusia mahir
• Kukuhkan sektor kewangan
• Galak guna ICT
• Galak aktiviti pengilangan canggih & teknologi tinggi
• Krisis kewangan Julai 1997: MTEN (Majlis Tindakan Ekonomi Negara) ditubuh 7
Jan 1998 dan lancar Pelan Pemulihan Ekonomi Negara 23 Julai 1998.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996 -2000)
• Strategi majukan wanita:
• Galak wanita dlm pasaran buruh
• Lebih bnyk peluang pendidikan & latihan
• Baiki status kesihatan
• Kaji semula undang-undang & peraturan
• Kukuhkan keupayaan institusi utk kemajuan wanita
• Dasar Wanita Negara
• Laksanakan iltizam antarabangsa utk kemajuan wanita

• Kadar penggangguran rendah, 3 %


• Berjaya siapkan KLIA, Pelabuhan Tanjung Pelepas, LRT, laluan kedua Singapura,
Empangan Kelinchi, lancarkan Satelit Asia Timur Malaysia, MEASAT 1 &
MEASAT 2
DASAR WAWASAN NEGARA

Rangka Rancangan Jangka Pangjang

RRJP 3: Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

Rancangan Malaysia Ke-8 (2001-2005)


Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010)
DASAR WAWASAN NEGARA

 Masa : 2001-2010
 Punca : Sambungan DPN
 Matlamat :
1. Membina sebuah Negara yang berdaya
tahan dan mampu bersaing di pasaran
dunia.
2. DWN berpandu kpd cabaran strategic
Wawasan 2020 yg menyediakan hala tuju
kpd Malaysia utk menjadi negara maju
sepenuhnya menjelang 2020
DIMENSI DASAR WAWASAN NEGARA (DWN)

1. Membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.


2. Menjana pertumbuhan yg didororng oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui
pengukuhan pelaburan dlm negeri dan pembangunan keupayaan tempatan
disamping menarik pelabur langsung asing (FDI) ke dlm bidang strategic.
3. Menjadikan sector pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
melalui penerapan pengetahuan yang tinggi.
4. Membasmi kemiskinan di Bandar dan pedalaman terutamanya etnik minority
Sabah, Sarawak dan Orang Asli.
5. Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-
kurangnya 30% menjelang 2010.
6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dlm sector utama ekonomi
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong
pembentukan masyarakat berasaskan pengetahuan.
7 TERAS UTAMA DWN

1. Membina Bangsa Berdaya Tahan dengan memupuk


perpaduan dan menyemarakkan semangat patriotic.
2. Mewujudkan Masyarakat yang Saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dlm
kumpulan etnik serta wilayah.
3. Mengekalkan Pertumbuhan Ekonomi yg tinggi dgn
memperkukuhkan sumber petumbuhan, institusi kewangan
dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.
4. Menghadapi Persaingan Antarabangsa untuk menghadapi
cabaran globalisasi dan liberalisasi.
7 TERAS UTAMA DWN

5. Membangunkan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan sbg satu


langkah strategic utk meningkatkan nilai tambah bagi semua
sector ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran
rakyat.
6. Mengukuhkan Pembangunan Sumber Manusia utk
menghasilkan tenaga kerja yang produktif, cekap dan
berpengetahuan.
7. Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang Mapan utk
meneguhkan pertumbuhan jangka panjang
WAWASAN 2020

• Dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pd 28


Februari 1991, dlm satu kertas kerja ‘Malaysia, The Way
Forward’
• Mahu jadi negara maju menjelang 2020, ikut acuan sendiri,
tanpa perlu ikut telunjuk sesiapa
• Diharap maju dalam semua aspek: ekonomi, politik, sosial,
kerohaniaan, psikologi & kebudayaan = pembangunan
seimbang
9 CABARAN UTAMA WAWASAN 2020

1. Bentuk sebuah negara bangsa yg bersatu padu


2. Lahirkan masyarakat yg bebas, teguh, yakin diri
3. Bangunkan masyarakat demokratis yg matang
4. Bentuk masyarakat yg kukuh moral & etikanya dan utuh nilai
agamanya
5. Wujudkan masyarakat yg matang & bersifat toleransi
6. Bentuk masyarakat yg bersifat sains & progresif
7. Wujudkan masyarakat berbudi & berbudaya penyayang
8. Jamin bentuk masyarakat yg adil ekonominya
9. Wujudkan masyarakat makmur
WAWASAN 2020
Isu-isu yang diambil kira untuk jayakan Wawasan 2020:
1.Keberkesanan DEB
2.Mampu sedia kemudahan asas
3.Mansuhkan pengenalan kaum ikut ekonomi
4.Ekonomi bersaing bersifat dinamik
5.Negara bergantung kpd sektor swasta
6.Pembangunan teknologi tempatan
7.Pelbagaikan eksport
8.Tarik FDI
9.Pembangunan sumber manusia
10.Rendahkan kadar inflasi
11.Pastikan Sektor pertanian & perkhidmatan tak diabaikan
12.Hubungan antarabangsa yang baik
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001 -2005)
• Tema: Mencapai pertumbuhan mapan yang berdaya tahan
• Cabaran utama: Laksanakan Dasar Wawasan Negara

• 3 teras utama:

 Ubah strategi pertumbuhan drpd strategi input kpd strategi yg didorong


pengetahuan bg tingkatkan potensi pertumbuhan keluaran
 Cepatkan perubahan sektor pertanian, pembuatan, perkhidmatan
 Kukuhkan kestabilan sosioekonomi menerusi pengagihan pendapatan &
kekayaan negara secara saksama.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001 -2005)
• RM8 ialah fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
hingga 2010

• 9 Strategi utama RMK8:


1. Teruskan pengurusan ekonomi makro yg mantap
2. Basmi kemiskinan & susun semula masyarakat
3. Giatkan pertumbuhan yg didorong oleh produktiviti
4. Tingkatkan daya saing dlm sektor ekonomi utama
5. Perluas penggunaan ICT
6. Giatkan pembangunan sumber manusia
7. Capai pembangunan mampan
8. Tingkatkan mutu kehidupan
9. Tingkatkan nilai-nilai moral & etika
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001 -2005)
• Dasar penswastaan diteruskan
• Galak pelaburan langsung asing (FDI)
• Mahu kurangkan kadar kemiskinan 0.5% menjelang 2005
• Tingkatkan penyertaan Bumiputera, 30 % menjelang 2010
• Program Rakan Muda : pupuk nilai-nilai murni & mulia belia

• Kekalkan kadar inflasi rendah dengan:


• Kukuhkan keluaran makanan negeri
• Kurangkan import
• Dasar fiskal berhemat
• Pastikan pertumbuhan penawaran wang selaras dgn usaha kekalkan kestabilan
harga
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001 -2005)
• Strategi bendung inflasi:

• Kuatkuasa tanda harga


• Banteras kenaikan harga sewenang-wenangnya
• Cegah amalan perniagaan tak sihat
• Pantau harga barangan keperluan asas bg golongan pendapatan rendah
• Rakyat Sabah & Sarawak digalak dtg ke Semenanjung utk rapatkan hubungan
negeri-negeri di Malaysia
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-
2010)
• Tema: membina tamadun & menjulang bangsa
• Fasa ke-2 Wawasan 2020,pembangunan insaniah ditekankan
• Cabaran utama: tingkatkan prestasi & kemampuan negara ke tahap lebih tinggi
utk hadapi cabaran semasa akibat globalisasi yg kian meningkat serta
perubahan persekitaran yg tak tentu
• Cabaran lain:
• Kukuhkan daya saing & daya tahan serta lebih inovatif
• Tingkatkan tahap produktiviti & kandungan pengetahuan dlm ekonomi
• Bangunkan sumber manusia (modal insan)
• Perhebat langkah basmi kemiskinan
• Sedia kemudahan & perkhidmatan berkualiti tinggi
• Matlamat utama: capai pembangunan seimbang bg wujudkan masyarakat yg
bersatu padu, adil & progresif
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-
2010)
• Teras:
• Kukuhkan pertumbuhan ekonomi negara di tahap lebih tinggi & uruskan dgn
berkesan
• Konsep ‘development with a human touch’ @ ‘people centered development’
• Kenalpasti hasil sumber pertumbuhan baru
• Pembangunan sumber manusia

• Strategi Utama:
• Galak pengeluaran barangan & perkhidmatan yg punya nilai tambah tinggi dlm
perindustrian, pembuatan, perkhidmatan
• Dasar mesra perniagaan, cepatkan langkah deregulasi ekonomi & karenah
birokrasi
• Promosi industri teknologi tinggi,nilai tambah & asas Pengetahuan
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-
2010)
• Tingkatkan eksport utk tarik FDI (pelabur asing)
• Kukuhkan IKS
• Tingkatkan keberkesanan program penswastaan
• Perluaskan ICT
• Galak R & D
• Lahirkan sumber manusia berkualiti
• Pembangunan seimbang bandar & luar bandar
• Sediakan perkhidmatan & kemudahan berkualiti tinggi
• Basmi kemiskinan & kemiskinan tegar
• Teruskan usaha susun semula guna tenaga
• Mengimbangkan bajet
• Kerajaan beri 60% projek kerajaan kpd bumiputera
• Cuba capai pegangan ekuiti bumiputera 30% akhir 2010
PROJEK JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)
MATLAMAT: 
1) Memacu ekonomi berdasarkan faktor dalam negara 
2) Memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk kejayaan antarabangsa  
3) Mentranformasi negara berpendapatan tinggi
4) Pertumbuhan berasaskan produktiviti dan inovasi 
5) Memanfaatkan peluang sama rata, perkongsian pintar 
6) Menghargai khazanah negara 

PERLAKSANAAN: 
1) Pembangunan berasaskan kekuatan negara 
2) Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan pertumbuhan ekonomi 
3) Menuju kearah pembangunan sosioekonomi secara eksklusif 
4) Membangunkan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia 
5) Mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti hidup
6) Mentranformasikan kerajaan ke arah mentranformasikan Malaysia 
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)
1) Dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul
Razak di Parlimen pada 21 Mei 2015

2) Menjadi tranformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai


sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020

3) Enam program di bawah Transformasi Nasional ini :

i- Program Transformasi Kerajaan


ii- Program Transformasi Ekonomi
iii- Program Transformasi Politik
iv- Program Transformasi Komuniti
v- Program Transformasi Sosial
vi- Program Transformasi Fiskal
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)
• Program transformasi nasional merupakan falsafah dan tunjang utama bagi
merialisasikan RMK11. Justeru , RMK11 telah menyediakan enam strategi tumpuan
seperti dalam jadual di bawah.

• Terdapat enam strategi tumpuan dalam jadual di bawah.

Pertama Memperkukuh insklusiviti ke arah masyarakat saksama


kedua Meningkatkan kesejahteraan rakyat
ketiga Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju

keempat Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampuan dan daya saing

kelima Memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi

keenam Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran


RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)
• "Bagi memastikan enam strategi tumpuan RMK-11 ini berjaya mencapai matlamatnya,
'game changers' dilaksanakan bagi memastikan lonjakan yang signifikan bagi menjana
pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif.“ .Maka,
semua golongan tidak akan tercicir dan menikmati segala kemakmuran dan keharmonian
negara,
• Jadual Pelaksanaan Game Changes

pertama Meningkatkan produktiviti


kedua Menjana kekayaan melalui inovasi
ketiga Mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah
keempat Menteraskan Pendidikan dan latihan teknikal TVET
kelima Melaksanakan pertumbuhan hijau
keenam Melabur di bandar-bandar berdaya saing
RUMUSAN

• Mengagihkan kekayaan supaya perpaduan nasional dapat


dicapai.
• Membawa kesejahteraan kepada rakyat.
• Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.

Anda mungkin juga menyukai