Anda di halaman 1dari 56

Tajuk 5- PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hasil Pembelajaran
Menghuraikan konsep pembangunan ekonomi di Malaysia Menghuraikan rancangan pembangunan ekonomi negara terhadap masyarakat pelbagai etnik Mejelaskan peralihan ekonomi negara ke arah perindustrian sebagai asas pembentukan negara maju

5.1 Konsep Pembangunan Ekonomi


Matlamat & Kepentingan Mewujudkan sebuah masyarakat industri.
Metod

Pembangunan teknologi: Penerapan ilmu saintifik dan teknik-teknik canggih Pembangunan pertanian: Perubahan kepada pertanian komersial Industrialisasi: Penggunaan teknologi canggih dalam sektor pembuatan Urbanisasi: Proses pembandaran membekalkan kemudahan dan perubahan gaya hidup bandar
Ukuran pencapaian Kadar pertumbuhan: ukuran GNP (gross national product)/KDNK.

5.1 Konsep Pembangunan Ekonomi

PENJAJAHAN
Penjajahan memberi kesan kepada ruang ekonomi dan ruang sosial; ilmu, budaya, pendidikan dan sebagainya

Penjajahan merubah landskap sosial dan alam sekitar wilayah bukan Eropah
4

PENJAJAHAN: MODENISASI WILAYAH LUAR EROPAH


IMPERIALISME Dilaksanakan melalui perdagangan British East India Company (BEIC) Dutch East India Company (DEIC) KOLONIALISME Dilaksanakan terhadap wilayah terpilih Dengan tujuan: Perlanjutan pembekalan barang mentah Buruh Pengawalan pasaran secara terus menerus (barter)
5

Samb...
Identifikasi Kaum Mengikut Penempatan dan Pekerjaan Penjajah British mementingkan jaminan jentera ekonomi dapat bergerak cekap dan teratur. Oleh demikian keadaan struktur dan ekonomi sedia ada dikekalkan dan tidak diganggu. Dasar Pecah dan Perintah antara kaum dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar Ketidakseimbangan Ekonomi Antara Kaum Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan orang Melayu terpisah dari arus ekonomi moden dan kekal menjalankan ekonomi tradisional Kegiatan ekonomi moden tertumpu di pantai barat kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik menyebabkan ekonomi tradisional terpinggir. Jurang Kemiskinan antara kaum semakin meluas menyebabkan masalah ketidakseimbangan ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu Halangan Sektor Ekonomi Tradisional dari sudut tiada galakan dari penjajah serta kurang kemudahan asas menyebabkan sektor ini tidak berkembang maju, mengalami kelembapan, produktiviti serta kadar pendapatan yang rendah
6

5.2 Pembangunan Ekonomi Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka

5.2.1 Pembangunan Ekonomi Malaysia Sebelum Merdeka


Latarbelakang
Penjajahan British merubah lanskap ekonomi Tanah Melayu dari pertanian sara diri kepada ekonomi komersil Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing yang dibawa masuk British untuk sektor ekonomi yang sedang berkembang Perkembangan ekonomi dunia yang memerlukan kepada bahan mentah mempengaruhi ekonomi Tanah Melayu Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah menarik minat kuasa besar untuk menjajah dan membuka lombong bijih timah dan ladang getah Buruh dibawa masuk dari China dan India untuk bekerja di sektor berkenaan Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik kesan dari kemajuan ekonomi yang berlaku
8

samb
Ekonomi Melayu adalah pertanian secara sara diri (tradisional) British membawa masuk buruh Cina dan India berikutan pembukaam lombong dan ladang serta estet (ekonomi berskala besar) British telah perkenalkan Rancangan Lima Tahun Pertama Malaya 1950 1955 dan Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960
9

samb
Dasar ekonomi membawa pelbagai implikasi : I. Pengenalan ekonomi berdasarkan etnik dan pekerjaan II. Ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah antara Pantai barat dan Pantai Timur III. Jurang pendapatan yang ketara antara etnik Melayu, Cina dan India. IV. Dualisma ekonomi ( ekonomi tradisional dan ekonomi moden)
10

5.2.1 EKONOMI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA


Ekonomi Malaysia Selepas Merdeka

Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport. Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8%-9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an. Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup. Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

11

Samb
Bentuk pembangunan adalah lanjutan dari penjajah tetapi disesuaikan dengan keadaan politik dan sosial negara. Kerajaan mensasarkan Malaysia menjadi sebuah negara industri Tumpuan kepada : i. Pembiayaan rangkaian infrastruktur ii. Pembangunan pertanian iii. Pembangunan industri
12

5.2.1.1DASAR EKONOMI BARU (DEB)


Latar Belakang
Digubal selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969

Membasmi kemiskinan Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum

Objektif

Strategi

Memperbaiki kehidupan rakyat di luar bandar Menambah peluang pekerjaan Menambah daya pengeluaran Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Menubuhkan agensi awam sebagai agensi pelaksana

13

Samb
Beberapa institusi ditubuhkan supaya pembangunan negara berjalan lancar , antaranya : RIDA/MARA, FELDA, FAMA, MARDI,UDA dll

14

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN


Draf Rancangan Pembangunan (1950-1955) RMK 5 (1986-1990) RMK 6 (1991-1996)

Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (19561960)

RMK 4 (1981-1985)

RMK 7 (1996-2000)

Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-1965)

RMK 3 (1976-1980)

RMK 8 (2001-2005)

RMK 1 (1966-1970)

RMK 2 (1971-1975)

RMK 9 (2006-2010)
15

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN


RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960) Matlamat utama memulihkan perusahaan getah bagi meningkatkan pendapatan penduduk Tubuh RIDA untuk rancangan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur masyarakat desa.(1966 ditukar kepada MARA) LKTP 1956 bagi membuka tanah baharu untuk tujuan penempatan semula, menambah hasil pertanian dan meningkatkan taraf hidup penduduk (1971 ditukar kepada FELDA) RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965) Digubal oleh pemerintah Malaya sendiri Menyediakan kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi Bermatlamat mengurangkan perbezaan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan kemudahan kesihatan, pelajaran dan perumahan Penubuhan sistem Bilik Gerakan bagi menyelaraskan kegiatan ekonomi di kampung dan daerah

16

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN


RM-1(1966-1970) Pembangunan negara secara menyeluruh meliputi semua bidang ekonomi Bermatlamat: Mempelbagai kegiatan ekonomi Mewujudkan peluang pekerjaan Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber Mempercepat integrasi Beri tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan perusahaan pembuatan. Penubuhan FELDA, FELCRA, MARDI, MIDA. RMK-2(1971-1975) Bermatlamat antaranya: mewujudkan peluang pekerjaan pelbagai sektor mengurangkan jurang perbezaan pendapatan meningkatkan daya pengeluaran memperbaiki taraf hidup Ketika ini terdapat peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Penubuhan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA, LPP

17

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN


RMK-3 (1976-80) Memperkenalkan rancangan pembangunan wilayah dengan penumpuan kepada penanaman kelapa sawit dan getah Meneruskan usaha pembangunan pertanian dan perindustrian Penubuhan KETENGAH, KESEDAR

RMK-4 (1981-1985)
RMK-5 (1986-1990) Memperkemaskan program pembangunan ekonomi Penekanan kepada pertanian, perindustrian serta sektor industri berat Rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan serta pembukaan kawasan perusahaan baharu 1979, PNB ditubuhkan untuk uruskan pelaburan Skim Amanah Saham Nasional (yang diperkenalkan 1981).
18

RANCANGAN PEMBANGUNAN 5 TAHUN


RMK-6 (1991-1995) RMK- 7(1996-2000) Strategi bermatlamat: Meningkatkan kecekapan dan daya saing serta menggalakkan penglibatan swasta Mengurangkan penyertaan langsung sektor awam Mengekalkan dasar liberisasi serta pelonggaran peraturan Menggalakkan perindustrian menggunakan teknologi canggih Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional lanjutan kepada DEB RMK-8 (2001-2005) RMK-9 (2006-2010) Stategi utama: Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi Meluaskan penggunaan ICT Memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni Meningkatkan daya pengeluaran dan tahap pengetahuan Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan Menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan Pengenalan Dasar Wawasan Negara

19

Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (2010 2015)


RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Lima teras ini adalah: Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia_Kese puluh"
20

5.2.1.3 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


Latar Belakang Dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJ2 19112010. Usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju 2020. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia , ia adalah sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB. Fokus Membasmi golongan miskin Menyusun semula masyarakat Membantu golongan yang susah
21

5.2.1.3 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


Objektif Perpaduan negara menjadi teras matlamat akhir kerana masyarakat bersatu padu penting untuk memperkukuhkan lagi kesetabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi

22

5.2.1.3 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


Strategi pelaksanaan Mengekalkan asas DEB . DPN adalah bertujuan mewujudkan satu corak ekonomi yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek yang lebih kritikal seperti : i. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama ii. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan
23

5.2.1.3 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


iii. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat iv. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri, kawasan bandar dan luar bandar
24

5.2.1.3 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


iv. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif dimana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara vi. Memajukan sumber manusia dan termasuk tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan indistri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat menyusun semula masyarakat
25

5.2.1.3 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)


vii. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu perkara penting dalam perancangan dan pembangunan ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam membangunkan satu ekonomi perindustrian moden; dan viii. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
26

5.2.1.3 DPN
Program Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan Meningkatkan kerohanian diri Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Pembangunan_Nasio nal"

27

5.2.3 samb
Di antara dasar yang diperkenalkan untuk melicinkan pelaksanaan DPN ialah : i. Dasar Penswastaan ii. Dasar Persyarikatan Negara iii. Dasar Perindustrian Negara iv. Dasar Pertanian Negara

28

DASAR-DASAR AWAM PERTANIAN


Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian pada 1960an dan 1970an, tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggung jawab untuk memajukan sektor pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA.
29

INSTITUSI PERTANIAN
MARDI (Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Msia) Jabatan Pertanian Lembaga Pertubuhan Peladang FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) Bank Pertanian
Penyelidikan baka dan benih pokok

Mengeluarkan benih & penentuan jenis tanah, pembangunan teknologi baru

Mengadakan kemudahan perolehi bahan-bahan baja, racun, jentera kenderaan, mesin memproses dll

Mengelolakan pemasaran hasil-hasil yang dikeluarkan

Mengelolakan kemudahan kredit untuk rancangan projek pertanian

Jabatan Perikanan & Haiwan

Memberi nasihat dan tunjuk ajar ternakan dan perikanan

30

...DASAR PENSWASTAAN
Pelaksanaan Dasar Penswastaan pada tahun 1983 selepas Dasar Persyarikatan Malaysia diperkenalkan Kerajaan akan memindahkan kuasa, kepentingan, perkhidmatan, pelaburan dan perusahaan kepada pihak swasta dan bumiputera lebih berpeluang untuk terlibat dalam sektor perindustrian

5 alasan dasar ini diperkenalkan:


-Mengurangkan beban kewangan & pentadbiran kerajaan. -Meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan dan menambah produktiviti. -Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian. -Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam. -Membantu mencapai matlamat DEB Antara institusi yang diswastakan : Kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas di Unit Perancang Ekonomi(EPU) bagi menyediakan garis panduan bagi penswastaan TM Berhad, TNB, KTM, BERNAS, MAS, Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC), Terminal Kontena Pelabuhan Klang,dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)

31

...DASAR-DASAR AWAM PERINDUSTRIAN

Era 1980an dan 1990an, sektor perdustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.
32

INDUSTRI AUTOMOBIL NASIONAL


Melalui Dasar Industri Berat Negara Selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur

INDUSTRI AUTOMOBIL NASIONAL

Sesuai dengan tujuan Dasar Penswastaan, industri automobil nasional ini juga dijadikan wadah bagi penglibatan golongan Melayu dalam industri automobil dan pengedaran automobil.

Penubuhan Proton:
Ditubuhkan pada Mei 1983 dengan modal berbayar RM150j Usahasama dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) Jepun Pemindahan teknologi dan kepakaran serta penglibatan orang Melayu.
33

DASAR INDUSTRI BERAT NEGARA


Fokus untuk mengurangkan pergantungan Malaysia kepada negara luar dari segi bekalan alat jentera bagi memenuhi keperluan tempatan. Secara tidak langsung dapat mewujudkan industri sokongan seperi IKS dalam proses perindustrian. Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara. Organisasi khusus ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab ini, iaitu Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) pada 1980. Antara projek penting HICOM ialah:
PROTON Kedah Cement dan Perak-Hanjoong Cement yang mengeluarkan dan membekalkan simen. PERWAJA

34

5.2.4 Isu Ekonomi


5.2.4.1 Pertumbuhan dan agihan Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah tinggi, namun kekayaan negara tidak diagihkan dengan baik. Di Malaysia, isu ekonomi berkait rapat dengan isu sosial dan agihan kekayaan. Pertumbuhan dan pembangunan yang tidak seimbang contohnya antara Pantai Barat & Pantai Timur dan antara bandar dan desa serta agihan kekayaan tidak seimbang antara kelas sosial dan kelompok etnik .
35

Samb
Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat di lihat dari dua sudut:
1. Antara kelas sosial yang berbeza iaitu antara kelas atas, menengah dan kelas bawah. 2. Antara kelompok etnik yang berbeza iaitu antara Melayu, Cina dan India. Kebanyakan Bumiputera masih mundur dan bergiat dibidang pertanian. Manakala etnik Cina menguasai bidang perindustrian, pwerniagaan dan sektor korporat.
36

Samb
Pengenalan DEB adalah untuk menambah pendapatan golongan miskin dan penduduk luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan ekuiti korporat Bumiputera.

37

5.2.4 Isu Ekonomi


5.2.4.2 Pegangan Ekuiti DEB mensasarkan ekuiti Bumipetera dan asing pada kadar 30:40:30 Pengukuhan aset Bumiputera dibuat melalui pelaburan institusi. Ia bagi memastikan pemilikan kekayaan hartanah dan aset perniagaan seperti ruang niaga, harta bertanah, bangunan komersial, harta intelek dan perkhidmatan oleh Bumiputera
38

5.2.4 Isu Ekonomi


5.2.4.3 Kemiskinan Kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan Bumiputera kerana menumpu kepada aktiviti pertanian tradisional Usaha membasmi kemiskinan : i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan

39

5.2.4 Isu Ekonomi


iii. Memberi peluang perpindahan orang yang
bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik, bandar dan luar bandar. v. Memodenkan kehidupan di luar bandar(urbanisasi). vi. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dll.
40

5.2.4 Isu Ekonomi


5.2.4.4 Kesamarataan (equality)

Perkara 8(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Ia telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia. Oleh yang demikian, menurut mereka Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera perlu ditinjau semula (DIHAPUSKAN). Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia iaitu: kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pekerjaan.
41

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa


5.3.1 Model Ekonomi Baru (MBE) Program Transformasi Ekonomi : Meningkatkan pendapatan tahunan perkapita sebanyak USD7,000 (RM 22,806) kepada USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun Pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan diukur berdasarkan peningkatan antarabangsa. Ini bermakna peningkatan kemahiran, kerja & tanggungjawab maka pendapatan meningkat.
42

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa

Pengurangan kebergantungan terhadap buruh asing yang tidak berkemahiran dan lebih fokus kepada pekerja pelbagai kemahiran (multitasking worker) yang boleh meningkatkan produktiviti. Membolehkan komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya Membentuk keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.
43

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa

5.3.2 Pembangunan Koridor Malaysia i. Iskandar Malaysia - Iskandar Malaysia, dahulunya Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di bahagian selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.
44

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa

ii. Pembagunan Koridor Utara (NCER)- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Inggeris: Northern Corridor Economic Region, NCER) merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Istilah ini mula diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 Julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.
45

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa


iii. Pembangunan Koridor Timur (ECER) - Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk. Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.
46

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa

Pembangunan Koridor Sabah Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pelabuhan Kontena, Teluk Sepangar, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada hari Rabu, 29 Januari 2008. Tempoh pelaksanaan SDC ialah dari 2008-2025 meliputi seluruh kawasan dan penduduk Sabah. 900,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan jika berjalan dengan lancar.
47

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa

Pembangunan Koridor Sarawak Koridor Pembaharuan tenaga Sarawak (SCORE). Antara projek menaik taraf jalan Kucing Sibu dari Simpang Julau ke Sibu, Pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing. Membina jalan SibuBawang-Assan- Seredeng, Pelabuhan Perikanan Laut Dalam Bersepadu Tanjung Manis, kelompok industri berasaskan sawit
48

5.3 Strategi Pembangunan Ekonomi Negara semasa

5.3.3 Rancangan Malaysia Kesepuluh

49

5.4 Pendekatan Islam dalam Pembangunan Ekonomi

5.4.1 Definisi Ekonomi Islam Suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam mengurus sumber alam untuk kepentingan diri dan masyarakat bagi mencapai keredhaan Allah SWT

50

samb
5.4.2 Objektif Ekonomi Islam Kesejahteraan ekonomi masyarakat dan memenuhi keperluan hidup Pengagihan pendapatan yang adil dan saksama Persaudaraan dan keadilan sejagat

Prinsip Asas Pembangunan Ekonomi Menurut Islam:


Kebebasan Individu Hak Memiliki Harta Ketidaksamaan Ekonomi Terkawal Lazim Keadilan & Kesaksamaan Sosial Jaminan Sosial Edaran Kekayaan yang meluas
51

5.4.3 Institusi dan Sistem Ekonomi Islam di Malaysia Perkembangan ekonomi Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan Tabung Haji pada 1969 dan pengenalan Akta Bank Islam 1983 yang membawa kepada penubuhan Bank Islam yang pertama. Diikuti oleh kaunter perbankan Islam di bank konvensional. Insuran Islam. Akta Takaful 1984 , melahirkan : Syarikat Takaful Malaysia dan syarikat-syarikat yang lain. Pasaran Moadal Islam Ekuiti Modal Islam Pajak Gadai Islam
52

Samb

Samb
Sistem Perbankan Islam Bermula dengan pengenalan Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di bank konvensional. Menawarkan produk-produk perbankan yang berlandaskan prinsip Islam dan disambut baik oleh orang Islam dan bukan Islam. Menarik minat syarikat perbankan tempatan dan antarabangsa dengan penubuhan bank-bank Islam yang baru. Hingga kini terdapat hampir 21 bank Islam yang beroperasi di Malaysia. Sistem Insurans Islam Jaminan sosial beraskan prinsip jaminan (al-kafalah) serta mengharamkan unsur ketidaktentuan(gharar), perjudian(maysir) dan riba Takaful bukan bermatlamat mendapatkan keuntungan tetapi saling menjamin antara satu sama lain. Mempertingkatkan pelaburan Islam Hingga kini terdapat hampir 9 syarikat takaful yang beroperasi di Malaysia.
53

PENGUKUHAN
Terangkan EMPAT (4) agenda kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi orang Melayu Bincangkan TIGA (3) kesan penjajahan dari sudut ekonomi. Huraikan TIGA (3) kepentingan hubungan etnik dalam menjana ekonomi negara. Jelaskan EMPAT (4) strategi merapatkan jurang ekonomi antara etnik di Malaysia. Jelaskan TIGA (3) bentuk projek modenisasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha mencapai status "negara maju" pada tahun 2020. Huraikan TIGA (3) peranan utama yang telah dimainkan oleh institusi-institusi Islam dalam aspek pembangunan ekonomi Malaysia. Bincangkan EMPAT (4) hambatan yang boleh menjejaskan usaha kerajaan membangunkan ekonomi negara sebagaimana yang digariskan dalam DEB dan DPN.
54

PENGUKUHAN
Jelaskan TIGA (3) ciri insan cemerlang dalam konteks pembangunan modal insan. Huraikan TIGA (3) cabaran pembangunan modal insan dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan EMPAT (4) strategi pembangunan modal insan berkualiti dan berintegriti. Jelaskan TIGA (3) impak pengagihan aktiviti ekonomi oleh penjajah Inggeris kepada etnik utama di Tanah Melayu. Kemukakan EMPAT (4) ulasan anda terhadap usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi orang Melayu dengan mengambilkira saingan dalaman dan global. Bincangkan TIGA (3) cadangan berkesan ke arah mendirikan masyarakat Melayu Muslim berorientasikan perdagangan.
55

Sekian. Sama-samalah kita memajukan ekonomi kita untuk memartabatkan agama, bangsa dan ummah. Insyaallah

56

Anda mungkin juga menyukai