Anda di halaman 1dari 56

Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia

Siti Zulaiha Kasby Siti Nirwanah Darasin

Rancangan pembangunan lima tahun menerangkan pencapaian langkah-langkah pembangunan dalam tempoh lima tahun sebelumnya, matlamat pembangunan yang ingin dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang serta dasardasar penting ekonomi yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat tersebut.
Pelancaran rancangan pembangunan lima tahun bermula ketika transisi era kemerdekaan yang dikenali sebagai Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Pelbagai usaha dijalankan sepanjang pelaksanaan rancangan pembangunan lima tahun yang meliputi aspek ekonomi dan sosial untuk kepentingan penduduk tanpa mengira batasan etnik ke arah pengukuhan ekonomi serta perpaduan kaum.

Rancangan Malaya Pertama memberikan tumpuan kepada dua matlamat: i. Membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
ii. Mengurangkan kadar masyarakat luar bandar. kemiskinan dalam kalangan

Strategi pembangunan lima tahun pertama dimulakan dengan memulihkan perusahaan getah supaya dapat bersaing dengan getah tiruan agar dapat meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga pasaran

Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) ditubuhkan untuk merancang dan menyediakan rancangan untuk pembangunan ekonomi masyarakat desa, melalui pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur.
RIDA telah ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun 1966. MARA berperanan menggalakkan, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam pelbagai bidang sosial dan pendidikan serta ekonomi dan pelaburan Mara juga berperanan dalam melahirkan sebuah masyarakat pengusaha dan peniaga Bumiputera yang maju dan berdikari untuk mengubah cara hidup mereka supaya mempunyai nilainilai keusahawanan.

)
Tumpuan diberikan dalam penyediaan lebih banyak kemudahan asas dan galakan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar bandar Matlamat: i. Mengurangkan perbezaan taraf hidup antara kawasan ii. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk luar bandar iii. Menyediakan kemudahan asas seperti kemudahan kesihatan, pelajaran serta perumahan penduduk luar bandar iv. Mempelbagaikan kegiatan pertanian

Strategi pelaksanaan: a) Menggalakan penyertaan rakyat dalam perancangan program pembangunan b) Pelaksanaan dan perancangan program oleh kerajaan berdasarkan permintaan masyarakat setempat

Bilik gerakan berperanan mengadakan kawalan rapi terhadap pembangunan ekonomi dengan mengumpulkan segala maklumat tentang perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan.

Tumpuan diberikan kepada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi Matlamat: i. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrian ii. Mengadakan peluang pekerjaan iii. Meningkatkan pendapatan dan penggunaan sumber iv. Mempercepat integrasi dalam kalangan penduduk

Strategi pelaksanaan: i. Skim pembangunan tanah di luar bandar dengan mengadakan rancangan pembukaan tanah secara besarbesaran ii. Menyediakan kemudahan infrastruktur Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) ditubuhkan untuk membantu pembangunan ekonomi luar bandar yang dijalankan oleh FELDA MARDI ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemasaran dan pengeluaran hasil-hasil tanaman kecuali getah

Dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan antara kaum di negara ini Rancangan ini digubal dalam rancangan jangka panjang pertama (RRJP1) untuk tempoh selama 20 tahun (1971-1990) yang dilancarkan seiring dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) Matlamat DEB: i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan ii. Mempercepat proses penyusunan semula masyarakat di Malaysia

Usaha untuk membasmi kemiskinan: a) Mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor b) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan c) Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan d) Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum Pusat pertumbuhan ekonomi diwujudkan melalui pembukaan rancangan tanah yang bersepadu seiring dengan penubuhan agensi pembangunan wilayah; KEJORA dan DARA bagi memodenkan kehidupan masyarakat di luar bandar

Berada pada peringkat kedua DEB dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Rancangan pembangunan wilayah ditubuhkan bagi memajukan lagi ekonomi pertanian. Tumpuan utama pada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport. Usaha pembangunan sektor pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan pendapatan dan daya pengeluaran serta menambah peluang pekerjaan

Rancangan pembangunan wilayah dan pembukaan bandar baharu terus diperhebat selepas penubuhan KETENGAH dan KESEDAR Agensi kerajaan lain seperti MARA, FELDA, UDA, PERNAS dan RISDA berperanan penting untuk melaksanakan program pembangunan yang digariskan

Bertujuan memperkemas langkah dan program pembangunan ekonomi yang terkandung dalam RMK-2 dan RMK-3 utk mencapai matlamat sosioekonomi DEB Pembangunan diteruskan dengan memberikan keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja yang mahir juga ditekankan. Perbadanan industri berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi melaksanakan tujuan tersebut

Pembangunan sektor pertanian masih diteruskan dan dilaksanakan melalui penggunaan tanah dengan lebih cekap, memaksimumkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada tahun 1979 untuk mewujudkan keseimbangan dalam pemilikan ekuiti antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera PNB bertanggungjawab menguruskan pelaburan dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang diperkenalkan pada tahun 1981

Perusahaan pembuatan dipergiatkan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara
Penghujung tahun 1990, menandakan berakhirnya DEB. Beberapa perubahan positif dapat dikesan daripada DEB, iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengira etnik

Kesinambungan proses pembangunan negara yang digubal untuk mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya matlamat pembangunan seimbang dapat dicapai selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional
Pertumbuhan produktiviti dilihat sebagai faktor penting terhadap perkembangan ekonomi bagi membolehkan Malaysia menghadapi cabaran perkembangan pesat teknologi dan perubahan ekonomi dunia

Strategi pelaksanaan: i. Meningkatkan kecekapan dan daya saing ekonomi dgn menggalakkan penglibatan sektor swasta dlm mengembangkan ekonomi negara ii. Mengurangkan penyertaan secara langsung sektor awam dgn meningkatkan keupayaan sedia ada sektor swasta utk melaksanakan program pembangunan infrastruktur, pembangunan sumber manusia dan penyediaan perkhidmatan sosial

iii. Mengekalkan dasar liberalisasi dan pelonggaran peraturan serta undang-undang utk memperbaiki iklim pelaburan dlm negara

iv. Menggalakkan pertumbbuhan pesat proses perindustrian dgn menggunakan teknologi yg lebih canggih v. Mengukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal utk meningkatkan tabung dalam negara dan disalurkan secara cekap kepada sektor-sektor ekonomi

Menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif Dasar Wawasan Negara, iaitu:

i.

menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi negara

ii. mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama

Strategi pelaksanaan:

i.

Meneruskan pengurusan ekonomi makro yg mantap serta dasar kewangan dan fiskal yg berhemah utk meningkatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan Meningkatkan pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran pekerja serta penyelidikan dan pembangunan, sains dan teknologi

ii.

iii. Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan memepercepat peralihan sektor utama ekonomi kepada sektor perindustrian

iv. Meluaskan penggunaan teknologi maklumat komunikasi (ICT) dlm semua sektor ekonomi

dan

v. Mempergiat usaha memupuk dan menyemai nilai positif dan nilai murni dlm kalangan rakyat berbilang kaum melalui sistem pendidikan, pertumbuhan sosial, agama dan media

Peringkat kedua pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) dan fasa kedua pelaksanaan Dasar Wawasan 2020. Dasar baharu bagi memajukan rakyat dan negara mengikut acuan, kemampuan sendiri yang dikenali sebagai Misi Nasional diperkenalkan Pelan pembangunan pertama drpd tiga rancangan lima tahun dlm jangka masa lima belas tahun akan datang. Misi ini dirangka bagi memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan presatsi lebih tinggi berasaskan acuan dan kemampuan sendiri

Fasa pertama Dasar Wawasan 2020 memberikan tumpuan kepada pembangunan bercorak fizikal dari segi infrastruktur Fasa kedua pula, penekanan diberi kpd aspek pembangunan insaniah yg melibatkan penggunaan secara optimum pembangunan fizikal yang telah disediakan

Enam cabaran dlm RMK-9


1) Meningkatkan prestasi dan kemampuan Malaysia ke thp yg lebih cemerlang 2) Mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara serta meningkatkan kegiatan inovasi 3) Meningkatkan daya pengeluaran pengetahuan dlm ekonomi dan tahap

4)Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan 5)Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan 6)Menyediakan kemudahan berkualiti tinggi dan perkhidmatan

Empat teras yang diberikan tumpuan: 1) Mengukuhkan pertumbuhan ekonomi negara pd tahap yg lebih tinggi dan menguruskan pertumbuhan ekonomi negara dgn berkesan

2) Menekankan konsep development with a human touch/ pembangunan berpusatkan manusia


3) Mengenal pasti dan mengusahakan hasil sumber dlm sektor pertanian dan industri asas tani, pembuatan dan perkhidmatan 4) Memberikan tumpuan secara khusus kpd pembangunan sumber manusia utk menyokong pembangunan ekonomi

Strategi pelaksanaan:
i. Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dgn pengagihan yg saksama

ii.

Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan

iii. Meningkatkan prestasi agenda pengagihan pendapatan, terutama pemilikan ekuiti dlm kalangan bumiputera, pengagihan pendapatan antara kaum serta usaha utk memajukan msyrkt perdagangan dan perindustrian bumiputera iv. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi

v. Menggalakkan penyertaan industri kecil dan sederhana vi. Mengimbangkan belanjawan

vii. Meningkatkan keberkesanan program-program penswastaan


viii. Menguruskan sumber semula jadi secara berhemat dan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dgn perlindungan alam sekitar

Projek-projek yang diberi keutamaan dlm RMK-9:

i.

Projek yg dpt mengukuhkan daya saing sektor pertanian, pembangunan yg seimbang antara bandar dgn luar bandar serta industri kecil dan sederhana (IKS)

ii. Projek yg memenuhi keperluan ekonomi dan sosial rakyat drpd pelbagai lapisan msyrkt

i.

Projek yg memberikan kesan pengganda, limpahan yg tinggi, meningkatkan daya pengeluaran dan kecekapan

ii. Projek yg menyebabkan kebocoran dlm ekonomi seperti komposisi import yg tinggi dan faedah yg kecil perlu diminimumkan iii. Projek yg mempunyai reka bentuk dan struktur yg lebh bersifat fungsian sahaja dilaksanakan

Dasar Ekonomi Baru


Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Wawasan Negara

Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di antara kaum.

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru.

Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

II. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi dlm kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.

Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya: I. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

V. Memodenkan kehidupan di luar bandar.


VI.Mewujudkan kumpulan perdagangan bumiputera. perusahaan dan

VII.Mengadakan suasana pekerjaan mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

yang

VIII. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahankemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat


Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham/ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini, dimana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun : I. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.

II. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum. III. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.

IV. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dlm kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional. V. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

DPN telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspekaspek kritikal seperti berikut: I. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

II. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan; III. Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama IV. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;

V. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara; VI. Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri

VII. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi VIII. perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.

I.

Memberi penekanan yang pembasmian kemiskinan

lebih

kepada

strategi

II. Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting ke arah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;

III. Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; IV. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

DWN mengambil kira strategi DEB dan DPN, iaitu mewujudkan masyarakat bersatu padu dan saksama Tema utama DWN ialah Menigkatkan Keutuhan dan Daya Saing Negara

1. Mewujudkan pembangunan seimbang demi mencapai perpaduan negara. 2. Memberi tumpuan pada pembangunan dalam semua sektor. 3. Memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan.

1. Membangunkan pengetahuan.

masyarakat

berasaskan

2.Menjana pertumbuhan dengan mengukuhkan pelaburan dalam negeri dan menarik pelabur . asing 3.Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik menerusi penerapan pengetahuan yang lebih tinggi.

4. Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil spt Orang Asli & minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak.
5. Mencapai sasaran 30% ekuiti Bumiputera menjelang 2010. 6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

7.Pembangunan sumber manusia masyarakat berasaskan pengetahuan.

berdasarkan

1. Membina bangsa berdaya tahan dgn memupuk perpaduan, patriotisme, kematangan politik, masyarakat bertolak ansur dan penyayang. 2.Mewujudkan masyarakat saksama dgn pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. 3. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. 4. Mempertingkatkan daya saing menghadapi cabaran globalisasi

5. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan utk meningkatkan nilai tambah bagi semua sektor ekonomi. 6. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif & berpengetahuan. 7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

Anda mungkin juga menyukai