Anda di halaman 1dari 5

DASAR URBANISASI NEGARA

Latarbelakang Setakat ini tidak ada dasar Urbanisasi Negara yangkomprehensif dan yang telah diistiharkan secara rasmi oleh kerajaan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat pembangunan negara yang berasaskan DEB. Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yangdi rancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luarbandar. Selaras dengan ini kerajaan telah menubuhkan dua Jawantankuasa Tertinggi, satu dianggotai oleh ahli-ahli politik dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan satu lagi dianggotai oleh pegawaipegawai Tadbir dengan dipengurusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang jawatankuasa in ialah untuk merancang komprenhensif. Rasional Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuk satu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya. Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar. Objektif Selaras dengan usaha kerajaan untuk membentuk satu Dasar Urbanisasi Negara; objektif-objektif dasar yang khusus sedang dirangka. Dalam hal ini faktor-faktor berikut yang berkaitan dengan proses urbanisasi dan hubungannya dengan pembangunan ekonomi akan diambil kira:dan merangka satu Ekonomi. Tugas kedua-dua dasar Urbanisasi Negara yang lengkap dan

(i) Proses demographi dan urbanisasi.

(ii) Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio- ekonomi dengan proses dan pola-pola urbanisasi

(iii) Kesan 'spatial' berikutan dengan perlaksanaan dasar dan program di peringkat negara dan wilayah.

(iv)Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran

(v) Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument) yang telah dirangka untuk mencapai matlamat DEB.

Strategi Pelaksanaan Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui proses pembangunan bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah merangka beberapa strategi khusus. Di antaranya ialah: (i) Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal, susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang lebih cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan, tenaga manusia dan infrastruktur sosial.

(ii) Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luarbandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan,perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan ekonomi tempatan.

(iii)

Mempastikan pembangunan secara teratur di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan mengambilkira

keadaan tempatan. Selaras dengan tujuan ini pelan-pelan struktur bagi pusat-pusat utama dan pelan-pelan tempatan bagi umpulan-kumpulan pusat-pusat bandar kecil akan disediakan. Pelan-pelan ini akan menjadi garispanduan bagi pembangunan dan pembaharuan semula bandar di samping meningkatkan kecekapan dalam perancanganperancangan kawasan-kawasan bandar.

(iv) Mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan-kawasan pembangunan wilayah berkenaan.

(v)

Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-

kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatankegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan.

Pencapaian Sungguhpun pencapaian dari segi pelaksanaan dasar dan masalah yang berbangkit tidak dapat ditukarkan oleh kerana dasar urbanisasi negara yang komperhensif masih dalam peringkat persediaan, beberapa pencapaian telah dihasilkan berikutan daripada perlaksanaan strategi pembangunan bandar tertentu sepertimana yang telah dihuraikan di atas. Dalam usaha untuk mewujudkan pembangunan yang lebih seimbang terutama dari segi pembangunan fisikal, susunan kaum dan penyertaan dalam kegiataan-kegiataan ekonomi perbandaran, Kerajaan telah dapat mewujudkan lapan Lembaga Kemajuan Wilayah di kawasan-kawasan pinggiran yang kurang maju (frontier regions) dan tidak

kurang daripada 32 kawasan projek pembangunan pertanian secara berpadu (IADP'S) di kawasan-kawasan tradisional (traditional agriculture areas.) Kesan daripada kejayaan pelaksanaan usaha-usaha ini telah dicerminkan oleh peningkatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di semua negeri. Walaubagaimanapun strategi kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan bandar di dalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah agak kurang berjaya. Walaupun 30 daripada 36 buah bandar baru telah dapat diwujudkan, bilangan penduduk di bandar-bandar ini pada akhir tahun 1983 hanya berjumlah 89,400 orang. Ini merupakan hanya 30.3% daripada matlamat yang ditetapkan untuk sehingga 1985. Strategi kerajaan untuk membandarkan kawasan-kawasan luarbandar terutama di rancangan-rancangan Felda dan kawasan-kawasan In-Situ yang mundur,juga kurang berjaya. Walaupun bilangan penduduk di kawasan-kawasan ini tidak menjadi masalah tetapi usaha untuk meluaskan kegiatan ekonomi perbandaran seperti perkembangan tenaga pekerja ke lain-lain kawasan terutama ke bandar-bandar yang sedia ada. Sebagai satu usaha untuk membaiki keadaan ini kerajaan telah membentuk satu strategi yang baru iaitu 'Halacara Baru Dalam pembangunan Kampong dan Luarbandar'. Usaha ini melibatkan pembentukan pusat-pusat pembangunan desa melalui proses penyatuan kampung-kampung yang berdekatan di samping menggalakkan penyatuan tanah-tanah pertanian yang tidak ekonomik dari segi saiz dan pertumbuhan industri-industri kecil kampung. Setakat ini kerajaan telah pun mengenalpasti sebanyak 27 kampong terutama di negeri-negeri kurang maju untuk melaksanakan program ini. Selaras dengan usaha untuk mempastikan wujud pembangunan secara teratur di bandar-bandar yang sedia ada kerajaan telah mengenalkan konsep 'Pelan Struktur' dan 'Pelan Tempatan' (Akta Perancang Bandar dan Desa, 1976). Setakat ini banyak bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur,Ipoh, Johor Bharu, dan Kota Bharu telah mempunyai pelan strukturnya sendiri. PENCAPAIAN DASAR SEHINGGA 1990 Oleh kerana Dasar Urbanisasi Negara tidak mempunyai program yang khusus dan menyeluruh maka sukar untuk kita mengukur dengan tepat prestasi perlaksanaannya.Dalam mengukur prestasi proses urbanisasi dua aspek di ambil kira iaitu :1. Penyusunan Semula Masyarakat perkhidmatan, perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil amat terbatas. Ini menyebabkan pengaliran keluar pendapatan di samping

(i)

Perlaksanaan pembangunan bandar masih lagi tertumpu di bandar-bandar utama sahaja di mana banyak

peluang-peluang pekerjaan diwujudkan. Akibatnya bumiputera ketinggalan dalam persaingan dengan bukan bumiputera yang sememangnya telah menguasai kependudukan dan ekonomi bandar-bandar utama. Dengan ini perseimbangan kaum dalam pembahagian ekonomi dan penyusunan masyarakat tidak tercapai.

(ii) Peningkatan penduduk di kawasan bandar telah bertambah dari 28.6% pada tahun 1970 kepada 37.5% pada tahun 1980 dan dijangka akan meningkat 44.7% pada dekad 90. Dari peratus pertambahan ini, bumiputera telah bertambah sebanyak 14%.

(iii) Hasil dari penghijrahan penduduk bandar dan perluasan pengkelasan semula sempadan bandar saiz sederhana

seperti Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Taiping,penduduk bandar telah meningkat 23% lebih cepat dari penduduk luar bandar.

(iv) Sehingga akhir tahun 1985,pelan-pelan struktur bagi Kuala Lumpur dan Johor telah disediakan, sementara itu 12 lagi pelan-pelan struktur di antaranya pelan struktur Seberang Perai, Seremban, Kuala Terengganu dalam peringkat penyediaan.

(v)

Strategi pembangunan bandar baru di kawasan di Lembah Kemajuan Wilayah juga didapati kurang berjaya.

Peluang pekerjaan yang bukan pertanian hanya sedikit sahaja dapat diwujudkan di kawasan-kawasan bandar baru. Begitu juga dengan pertumbuhan penduduk,hingga akhir tahun 1985 penduduk bandar baru kurang 1/3 daripada penduduk bandar keseluruhannya.

(vi)

Dalam usaha UDA untuk menyusun semula masyarakat melalui program pembangunan semula, UDA telah

berjaya membangunkan semula beberapa kawasan bandar seperti kawasan Bangsar Utama, kawasan Jalan Raja Abdullah dan juga kawasanTanjung Tokong dan Bukit Jambul di Pulau Pinang.

2. Pengagihan dan Perseimbangan Ekonomi

(i) Sumbangan ekonomi bandar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) telah meningkat dari 66% pada tahun 1970 kepada 70% pada tahun 1980. Pertumbuhan ini dijangka akan meningkat melebihi 70% pada dekad 90. Jelas terbukti ekonomi bandar telah memberi sumbangan besar kepada KDNK.

(ii) Sehingga akhir tahun 1988, hasil perangkaan dibuat menunjukkan bahawa hampir keseluruhan ekonomi bandar tertumpu di beberapa kawasan bandar utama seperti Butterworth dan Pasir Gudang. Ini menunjukkan pengagihan ekonomi bandar dan luar bandar tidak berlaku secara seimbang.

(iii) Secara keseluruhannya,pendapatan di antara bumiputera dengan bukan bumiputera dalam sektor pembuatan, pembinaan, perniagaan, kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan masih menampakan perbezaan yang ketara. Pendapatan min bumiputera adalah lebih rendah dari pendapatan min bukan bumiputera

(iv) Ketidakseimbangan juga wujud di antara wilayah. Wilayah-wilayah yang sedia maju seperti Wilayah Persekutuan dan Selangor masih mempunyai KDNK per kapita yang tinggi jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah lain seperti Wilayah Utara atau Wilayah Timur.

(v) Dalam hal mengseimbangkan ekonomi antara bumiputera dengan bukan bumiputera, proses urbanisasi telah berjaya menambah pemilikan equiti bumiputera dalam sektor koporat dari tahun 1970 - 1988 sebanyak 17% sementara bukan bumiputera sebanyak 21.7%.

Penutup

Pembangunan bandar yang ada dan yang akan diadakan selaras dengan usaha pembentukan satu Dasar Urbanisasi Negara yang komprehensif amatlah penting bagi menjamin pencapaian kepada matlamat pembangunan negara. Hasrat kerajaan ialah untuk mempastikan supaya proses urbanisasi, corak dan tahap pembangunan matlamat DEB secara lebih berkesan lagi. Setelah melihat perkembangan ekonomi dan pengaruh kependudukan membuktikan bahawa satu dasar urbanisasi yang komprehensif haruslah dilaksanakan dengan segera untuk mencapai matlamat pembangunan negara dan DEB.Tanpa dasar yang lengkap akan menyebabkan pertumbuhan bandar yang tidak seimbang dan seterusnya tidak membantu pembangunan negara sepenuhnya. Penumpuan aktiviti sosioekonomi di beberapa bandar tertentu sahaja juga akan merugikan penduduk bumiputera yang kebanyakannya tinggal di luar bandar.

Anda mungkin juga menyukai