Anda di halaman 1dari 214

RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA 2001 - 2010

ISSN 967-99911-1-3 Hakcipta Terpelihara Untuk maklumat teknikal selanjutnya sila hubungi: Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Block B5 & B6, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan, 62502 Putrajaya, MALAYSIA. http://www.epu.jpm.my email: epu@epu.jpm.my Tel.: 603-88883333 Fax: 603-88883755 Dikeluarkan pada 3 April 2001

Naskah jualan boleh diperolehi daripada: Pengurus Besar, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Jalan Chan Sow Lin, 50554 Kuala Lumpur FAX: 03-92224773

Kulit luar direkabentuk oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Malaysia

RUKUNEGARA
PERISYTIHARAN
AHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

AKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembangaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan

iv

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kata Pendahuluan
Dalam dekad yang lepas, Malaysia telah mencapai kemajuan yang menggalakkan dalam berbagai matlamat ekonomi dan pembangunan sosial yang membawa kepada peningkatan kemakmuran dan kualiti hidup yang tinggi. Walaupun negara dilanda kemelesetan ekonomi yang paling teruk yang pernah dialami, namun asas ekonomi yang kukuh telah membolehkan ekonomi pulih dan berkembang pada kadar purata 7 peratus setahun dalam tahun-tahun 1990an. Dengan itu, sasaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) telah dapat dicapai. Pada masa yang sama, kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan sebanyak separuh dan usaha penyusunan semula masyarakat telah menghasilkan kemajuan yang positif dan membantu ke arah memupuk perpaduan nasional. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) merupakan fasa kedua usaha negara mencapai Wawasan 2020 yang telah dimulakan pada tahun 1991. Dalam menggubal dasar tersebut, kita telah mengunakan pengalaman kita yang luas dalam membangunkan ekonomi dan membina nusa bangsa. Semenjak pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971, negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mencapai peningkatan yang ketara dalam pembangunan sosioekonomi terutamanya dalam pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah meneruskan kejayaan ini dalam tahun-tahun 1990an dengan memberi penekanan kepada pembangunan seimbang dan saksama. Kejayaan kedua-dua dasar ini adalah jelas dengan wujudnya kemakmuran dan keharmonian hubungan etnik yang kita nikmati semenjak 30 tahun yang lalu. v

Kita sedang memasuki satu lagi fasa yang penting dan mencabar dalam pembangunan negara dan dasar kita hendaklah memberi perhatian sewajarnya kepada cabaran yang akan kita hadapi. Kini tekanan globalisasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah merubah asas peraturan dan kaedah perdagangan dunia, aliran sumber dan persaingan. Adalah jelas bahawa negara yang berupaya menangani cabaran ini akan terus maju dan makmur, manakala mereka yang gagal berbuat demikian akan terpinggir dan tertinggal daripada arus pembangunan. Rekod pencapaian baik yang telah kita alami sekarang ini, berserta dengan keazaman dan kepintaran rakyat Malaysia, memberi keyakinan bahawa kita akan berjaya dalam menghadapi cabaran tersebut sekiranya kita memperlengkapkan diri secukupnya, memperkukuhkan daya tahan negara dan meningkatkan daya saing di pasaran dunia. RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras strategik untuk mencapai pembangunan mampan. Kedudukan daya saing kita sebahagian besarnya akan ditentukan oleh kepantasan kita meningkatkan kandungan pengetahuan dalam aktiviti kita serta memperkukuhkan keupayaan untuk membangunkan teknologi tempatan dan mencipta produk baru. Kita perlu mengguna pakai sistem pengeluaran dan teknologi moden untuk meningkatkan produktiviti dan nilai ditambah. Walaupun pelaburan langsung asing masih lagi penting, penekanan yang lebih akan diberikan kepada pelaburan yang dibuat oleh pelabur dalam negeri bagi meningkat dan mengekalkan sebahagian besar daripada kekayaan yang dihasilkan dalam negara. Keutamaan kita ialah untuk membina sebuah negara bersatu padu sebagai satu Bangsa Malaysia yang progresif dan dinamik serta hidup dalam harmoni dan mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh. Rajin, berdisiplin, boleh dipercayai, berbangga terhadap kerja dan pencapaian yang dibuat serta terus berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai kemajuan diri dan meningkatkan produktiviti merupakan nilai dan sikap penting yang perlu dipupuk oleh semua rakyat Malaysia. Adalah juga penting bagi masyarakat Malaysia untuk memperlihatkan kematangan politik dengan menghindarkan fahaman yang melampau dan sempit. Kita perlu sentiasa sedar bahawa unsur penting bagi membantu mencapai pertumbuhan mampan ialah sebuah masyarakat yang harmoni. Dengan perpaduan dan iltizam daripada semua rakyat Malaysia, saya yakin kita boleh mencapai wawasan jangka panjang untuk menjadi sebuah negara maju di mana setiap rakyat akan dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik. vi

Satu daripada teras utama adalah mewujudkan masyarakat yang saksama melalui peningkatan pendapatan dan kualiti hidup bagi mereka yang berpendapatan rendah dan mengurangkan perbezaan pencapaian ekonomi di kalangan kumpulan etnik serta antara wilayah. Walaupun strategi penyusunan semula masyarakat telah dilaksanakan selama 30 tahun namun kita masih belum mencapai matlamat penyertaan Bumiputera yang berkesan serta dapat melahirkan usahawan Bumiputera yang berdikari dan berdaya tahan. Kerajaan hanya dapat menyediakan peraturan dan persekitaran yang membolehkan pelaksanaan penyusunan semula masyarakat. Dengan itu, masyarakat Bumiputera mesti mempergiatkan usaha untuk mencapai dan menyempurnakan matlamat tersebut. Dalam menghadapi cabaran akan datang, Bumiputera perlu bersedia untuk mengubah bukan sahaja cara pemikiran, malahan juga sistem nilai mereka. Di samping itu, mereka perlu meningkatkan kemahiran dan kemampuan keusahawanan untuk melibatkan diri dalam ekonomi berasaskan pengetahuan dan memanfaatkan peluang yang wujud di dalam dan di luar negara. Pembangunan sumber manusia yang berkualiti akan dipergiatkan bagi menyediakan tenaga kerja produktif dan membina masyarakat yang sentiasa berusaha dan meningkatkan pengetahuan serta berilmu. Usaha akan ditumpukan ke arah mewujudkan sistem pendidikan dan latihan yang cemerlang, meningkat serta memperluaskan latihan perguruan terutamanya dalam memantapkan sistem pengajaran mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris. Pembelajaran sepanjang hayat akan digalakkan melalui pembelajaran jarak jauh serta penubuhan kolej komuniti dan universiti terbuka. Jurang pencapaian dalam pendidikan antara kawasan bandar dengan luar bandar serta di kalangan kumpulan yang belum menikmati faedah pembangunan akan dikurangkan dengan meningkatkan peluang mendapatkan pendidikan berkualiti. Dalam tempoh RRJP3, matlamat pertumbuhan akan terus diseimbangkan dengan pertimbangan terhadap alam sekitar. Perhatian sewajarnya akan diberi untuk memastikan pembangunan negara adalah mampan dari segi alam sekitar bagi menjamin pertumbuhan dan kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang. Dasar dan strategi RRJP3 akan membawa negara lebih hampir kepada pencapaian hasrat Wawasan 2020 sekiranya semua rakyat Malaysia beriltizam bagi melaksanakan dasar dan strategi tersebut secara berkesan. Bagi pihak Kerajaan, kita berpendirian teguh dalam memastikan matlamat dasar yang telah digubal untuk dilaksanakan dengan segera, penuh keprihatinan dan daya imaginasi serta pada masa yang sama mengelakkan pentafsiran dasar yang bercanggah dan pelaksanaan program yang tidak selaras dengan matlamat negara. Kerajaan akan vii

mengekalkan persekitaran yang baik bagi menggalakkan pertumbuhan perniagaan, daya cipta dan idea yang membawa kepada perubahan. Sektor swasta pula harus lebih bijak, kreatif dan menggunakan pengetahuan dan ICT bagi meningkatkan kedinamikan perniagaan. Penyediaan RRJP3 telah mendapat manfaat daripada syor-syor yang diperakukan oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II). Bagi pihak Kerajaan, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli MAPEN II di atas sumbangan mereka. Walaupun Kerajaan tidak dapat menerima semua perakuan MAPEN II, namun buah fikiran dan cadangan yang dikemukakan telah diambil kira dalam penggubalan RRJP3. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua agensi dan organisasi Kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan di atas sumbangan mereka dalam penyediaan dokumen ini. Cadangan yang dibuat oleh berbagai lapisan masyarakat termasuk parti politik, pertubuhan swasta dan orang awam telah memudahkan lagi penyediaan Rancangan ini.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD Perdana Menteri, Malaysia Putrajaya 3 April 2001

viii

BAB 1 - MENINGKATKAN KEUTUHAN I. PENDAHULUAN II. CABARAN TERHADAP PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG III. TERAS PEMBANGUNAN DASAR WAWASAN NEGARA IV. PENUTUP

Bab 1

Meningkatkan Keutuhan dan Pertumbuhan Mampan

BAB 1

Meningkatkan Keutuhan dan Pertumbuhan Mampan

I.

PENDAHULUAN

1.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing negara. Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan. 1.02 Penggubalan RRJP3 telah mengambil kira penilaian semula kemajuan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) serta pengalaman yang dipelajari daripada krisis kewangan Asia tahun 1997-1998. Dasar dan strategi yang dirangka adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kekuatan sedia ada, menangani kekurangan dan kekangan serta menghadapi cabaran persaingan dunia. Seperti di masa lalu, Kerajaan akan terus mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dalam membangunkan ekonomi demi menjamin pertumbuhan yang stabil, menggalakkan keharmonian di kalangan kumpulan etnik dan meningkatkan persepaduan nasional. Pelbagai pandangan dan sumbangan telah dipertimbangkan termasuk laporan yang disediakan oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) yang dianggotai oleh wakil daripada berbagai kelompok masyarakat. 1.03 RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara (DWN). Perpaduan negara merupakan tonggak utama DWN yang bertujuan membina Bangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni 3

dan melibatkan semua pihak secara sepakat dan saksama. Pertumbuhan ekonomi akan digalak seiring dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan wilayah akan dikurangkan. Dasar pembangunan yang bertujuan untuk menambah kekayaan dan meningkatkan tahap kemakmuran akan disertai dengan usaha untuk menyemai nilai positif sosial dan kerohanian serta keprihatinan terhadap alam sekitar untuk mengekalkan pembangunan negara yang mampan bagi tempoh jangka panjang.

II. CABARAN TERHADAP PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG 1.04 Malaysia menghadapi cabaran di peringkat dunia dan dalam negara. Di peringkat dunia peraturan persaingan telah berubah dengan bermulanya Era Maklumat dan semakin meningkatnya integrasi ekonomi dunia serta liberalisasi pasaran antarabangsa. Kelebihan saingan sesebuah negara tidak lagi bergantung kepada faktor seperti buruh, tanah dan sumber asli tetapi kepada potensi untuk mengeluar, memperoleh, mengguna dan menyebarkan pengetahuan. Penguasaan terhadap pengetahuan akan meningkatkan potensi negara sedang membangun yang berkos rendah untuk beralih kepada pengeluaran barangan bernilai ditambah yang tinggi pada kadar yang lebih pantas dan membolehkan pengeluar baru bersaing dengan pengeluar yang telah mantap. Dengan pasaran dalam negeri yang besar, negara ini boleh menggugat kelebihan berbanding dalam beberapa bidang sektor pembuatan yang telah dinikmati oleh Malaysia sejak 30 tahun yang lalu. Di samping itu, negara perindustrian yang sedang menumpukan kepada pengetahuan sebagai input penting dalam proses pengeluaran mereka telah meningkatkan bahagian industri berteknologi tinggi dalam jumlah nilai ditambah dan eksport sektor pembuatan. Negara ini lebih maju dari segi sumber manusia, teknologi, penyelidikan dan pembangunan (P&P), kemampuan inovasi dan infrastruktur. Oleh itu, Malaysia perlu melipat gandakan usaha untuk sentiasa mendahului negara sedang membangun yang lebih dinamik dan setanding dengan negara maju. 1.05 Dalam dekad ini, peralihan ke arah liberalisasi yang lebih meluas akan membuka lebih banyak pasaran di setiap negara dan mendatangkan manfaat kepada negara yang berupaya merebut peluang daripada proses tersebut. Dengan pengurangan halangan tarif, sempadan pasaran secara teknikalnya tidak akan wujud. Disertai dengan penggunaan Internet yang meluas, peniaga akan dapat memperolehi sumber input, komponen dan perkhidmatan serta mendapatkan sebutharga daripada pembekal pada harga paling kompetitif dengan kos yang rendah di mana jua di dunia. Pengurangan kos komunikasi akan membantu 4

proses mengglobalisasikan pengeluaran dan pasaran modal, meningkatkan persaingan dan inovasi serta mempercepatkan penyebaran teknologi baru melalui perdagangan dan pelaburan. Oleh itu, entiti perindustrian dan perdagangan Malaysia mesti segera membina keupayaan untuk menghadapi pesaing asing dalam pasaran tempatan dan mempertingkatkan daya saing eksport mereka. Perniagaan Malaysia perlu lebih bersedia menerima pengetahuan membuat sesuatu, meningkatkan kemahiran dan daya cipta serta mengenalpasti potensi komersil mereka. 1.06 Di dalam negeri, sumbangan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) perlu ditambah pada kadar yang lebih cepat dan kecekapan modal perlu dipertingkatkan. Ini adalah kerana sumbangan buruh kepada pertumbuhan akan menjadi lebih perlahan pada masa hadapan manakala kadar pelaburan yang tinggi dalam tempoh 1990an tidak dapat dikekalkan malah tidak cekap. Sebagai strategi jangka panjang untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, adalah penting bagi negara beralih daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti supaya punca pertumbuhan ekonomi dijana daripada sumber dan kekuatan dalam negeri. Tumpuan yang lebih akan diberi kepada pembangunan sumber manusia, produktiviti serta keupayaan menyerap dan mengguna pengetahuan. Pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti yang berasaskan kecekapan dan kaya dengan kandungan pengetahuan membolehkan negara mencapai pertumbuhan yang mampan dengan inflasi yang rendah dan harga yang stabil. Tambahan pula, ianya membuka peluang yang terbaik untuk meningkatkan dengan lebih cepat taraf hidup rakyat Malaysia bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. 1.07 Krisis kewangan Asia 1997-1998 telah menyedarkan mengenai pentingnya pengukuhan daya tahan dalam persekitaran dunia yang semakin bersepadu di mana aliran modal, perdagangan dan maklumat melangkaui sempadan negara. Peristiwa yang berlaku di sesebuah negara boleh memberi implikasi yang ketara kepada negara lain melalui rangkaian yang kompleks dan silang-menyilang serta kesan tertangguh. Malaysia terdedah kepada kesan luaran ini kerana ekonominya berkait rapat dengan negara lain di dunia. Memandangkan Malaysia tidak mungkin terhindar sepenuhnya daripada kejutan luar, Malaysia perlu memperkukuhkan daya tahan ekonomi, kewangan dan sosial agar mampu menghadapi pergolakan dan risiko yang muncul tanpa tergelincir daripada matlamat pembangunan. 1.08 Kitaran kejatuhan permintaan ke atas barangan separakonduktor pada pertengahan tahun 1990an telah menunjukkan risiko yang dihadapi sekiranya negara bergantung kepada jenis keluaran yang terhad atau sebilangan kecil pasaran. Walaupun industri elektronik merupakan penyumbang penting kepada pemulihan 5

ekonomi Malaysia yang memberansangkan daripada krisis kewangan pada tahun 1997-1998, namun sebagai satu strategi untuk meningkatkan keutuhan ekonomi adalah perlu dikenalpasti bidang pertumbuhan baru di samping meluas dan mendalamkan industri sedia ada supaya dapat mempelbagaikan jenis barangan eksport dan mengukuhkan punca pertumbuhan yang dijana daripada sumber dalam negeri. 1.09 Dalam membina sebuah negara yang berdaya tahan, tugas mengukuhkan perpaduan serta memupuk masyarakat yang lebih bertolak ansur dan penyayang merupakan agenda utama negara. Dari segi objektif pengagihan, sungguhpun kejayaan besar telah dicapai dalam mengurangkan kadar kemiskinan, namun pencapaian penyusunan semula masyarakat kurang memuaskan. Peratusan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera pada tahun 1999 berkurangan sedikit berbanding dengan kedudukkannya pada tahun 1990 dan ini menimbulkan isu daya tahan Bumiputera. Bilangan Bumiputera dalam pekerjaan yang berkedudukan tinggi masih lagi rendah. Walaupun bilangan perniagaan Bumiputera dalam kedua-dua sektor korporat dan bukan koporat telah bertambah, namun kebanyakannya adalah kecil dan bahagiannya lebih rendah berbanding bahagian bukan Bumiputera. Usahawan Bumiputera masih ketinggalan dari segi tahap penggunaan teknologi dan kepakaran pengurusan. Cabarannya adalah untuk mengatasi kelemahan tersebut secara lebih bermakna demi meraih kemajuan yang lebih tinggi dalam mencapai matlamat pengagihan.

III.

TERAS PEMBANGUNAN DASAR WAWASAN NEGARA

1.10 DWN akan meneruskan usaha yang telah dimulakan di bawah rancangan pembangunan negara yang lepas dan mengukuhkan asas peralihan Malaysia kepada sebuah negara maju sepenuhnya sebagaimana yang dihasratkan oleh Wawasan 2020. Di samping ekonomi yang berdaya saing, dinamik, teguh dan berdaya tahan, matlamat Malaysia adalah untuk menjadi sebuah negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan dan dilengkapi dengan nilai moral dan etika yang tinggi serta hidup dalam masyarakat yang demokratik, berfikiran terbuka, bertolak ansur, penyayang, saksama serta progresif dan makmur. 1.11 Di samping menggabungkan strategi utama Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat serta Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang menekankan pembangunan seimbang, DWN juga memperkenalkan beberapa teras dasar yang baru. Perkembangan dalam negara dan dunia memerlukan perubahan cara pemikiran 6

di kalangan penggubal dasar, pelaksana dan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan. Ia juga menunjukkan keperluan untuk belajar, mengenepikan pengetahuan yang tidak sesuai dan mempelajari semula serta melakukan sesuatu menggunakan cara yang berlainan termasuk memakai kaedah yang inovatif supaya menjadi lebih berkesan dan mencapai matlamat pembangunan. Dengan itu, sektor awam perlu menjadi lebih proaktif dan cekap serta mengambil langkah yang akan meningkatkan lagi daya saing sektor swasta. 1.12 Dimensi baru dasar yang diperkenalkan dalam DWN adalah seperti berikut:t membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan; t menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik; t menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi; t membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, Orang Asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 peratus terendah; t mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010; t meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi; dan t mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan. 1.13 Dasar ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan, kemampuan dan keazaman negara bagi menghadapi cabaran yang akan datang. Ia menekankan kepada perlunya membina keutuhan dan daya saing negara serta sebuah masyarakat yang saksama bagi menjamin perpaduan dan kestabilan politik. Kecekapan dan produktiviti semua aktiviti ekonomi akan dipertingkatkan untuk memantapkan daya saing Malaysia. Di samping itu, jurang ekonomi di kalangan dan di dalam 7

kumpulan etnik serta di antara strata dan wilayah akan diatasi untuk mewujudkan perpaduan dan kestabilan dalam masyarakat Malaysia. Sektor swasta akan menerajui pertumbuhan ekonomi manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang bersesuaian dan memastikan pencapaian matlamat sosioekonomi. 1.14 Teras utama DWN adalah seperti berikut: t membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi; t menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah; t mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro; t mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi; t membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa; t mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan; dan t meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. Membina Bangsa Yang Berdaya Tahan 1.15 Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam menjalin kepelbagaian etnik dan budayanya untuk melahirkan sebuah masyarakat padu yang menjadi sumber kekuatan, kedinamikan dan daya cipta. Tugas utama pembangunan adalah untuk meneruskan kewajipan membina satu bangsa yang bersatu padu berasaskan kesaksamaan dan kemakmuran dengan mewujudkan peluang yang banyak untuk semua rakyat serta menghapuskan perbezaan sosioekonomi di kalangan dan di dalam kumpulan etnik menerusi ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan. 8

Memupuk Perpaduan dan Semangat Patriotik 1.16 Perpaduan negara terus menjadi matlamat pembangunan sosioekonomi memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kumpulan etnik, agama, bahasa dan budaya. Walaupun pelancaran RRJP3 bersamaan dengan lebih daripada empat dekad pengalaman dalam membangunkan negara, namun tempoh tersebut adalah singkat jika dilihat dalam konteks sejarah pembentukan sesebuah negara. Masyarakat yang berbilang kumpulan etnik lazimnya merupakan entiti yang rapuh dan usaha yang mengambil masa beberapa dekad membina negara mungkin musnah seandainya mereka dikuasai oleh pertimbangan yang sempit atau terdapat pihak tertentu yang merasa tersisih atau terpinggir. 1.17 Untuk menjadi negara yang berdaya tahan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, perpaduan penduduk Malaysia yang berbagai keturunan merupakan satu pra-syarat yang mesti dipenuhi. Semua dasar, program dan projek akan berpandu kepada keperluan asas ini memandangkan penyertaan yang aktif dan sepenuhnya oleh semua kumpulan etnik serta wilayah adalah penting untuk memastikan kejayaan usaha pembangunan sosioekonomi dan pembinaan bangsa. Ketidaksamaan dan ketaksaksamaan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah akan diatasi supaya perpaduan bangsa Malaysia terpelihara. 1.18 Walaupun nilai dan amalan sosial dan budaya menjadi semakin sejagat, rakyat Malaysia mesti memelihara identiti dan warisan negara. Hanya dengan pemeliharaan identiti ini rakyat Malaysia akan berupaya menghadapi perubahan pantas dan dapat bertahan daripada kesan negatif globalisasi. Semangat patriotik akan disemai di kalangan rakyat supaya merasa bangga menjadi rakyat Malaysia serta megah melaksanakan sesuatu dan mencapai kejayaan sebagai rakyat Malaysia. Syarikat perniagaan Malaysia yang beroperasi di dalam atau luar negara perlulah mempunyai amalan perniagaan yang terpuji. Nilai yang sesuai dan selaras dengan amalan terbaik dan mendorong ke arah kecemerlangan serta pencapaian tatasusila yang unggul adalah digalakkan. Membentuk Kematangan Politik 1.19 Kestabilan sosial dan politik yang berterusan adalah penting bagi pencapaian matlamat pembangunan Malaysia. Rakyat Malaysia perlulah mengamalkan demokrasi matang yang berlandaskan musyawarah, berorientasikan masyarakat tanpa dipengaruhi oleh kepentingan sempit dan pandangan yang melampau dari segi agama, mazhab, politik dan sebagainya. Hanya dengan semangat bertolak ansur dan kerjasama yang tinggi sahaja Malaysia boleh membentuk kematangan 9

politik yang menjadi asas kepada kestabilan yang berterusan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia mesti mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memakmurkan negara serta sanggup berkorban demi mempertahankannya daripada ancaman dalam dan luar negeri. Untuk menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020, semua rakyat Malaysia perlu meletakkan kepentingan negara lebih tinggi daripada matlamat politik yang sempit dan bersama-sama mara ke hadapan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Membina Masyarakat Yang Lebih Bertolak Ansur dan Penyayang 1.20 Institusi sosial akan diperkukuhkan dengan membina masyarakat dan budaya yang lebih penyayang di mana setiap individu meletakkan keperluan sistem sosial mengatasi kepentingan diri sendiri dan kebajikan penduduk ditentukan oleh unit keluarga yang teguh dan berdaya tahan. Sebuah masyarakat yang mempunyai sifat penyayang, bertolak ansur dan saling menghormati pelbagai adat resam akan menyumbang kepada pembentukan rakyat Malaysia yang bersatu dan harmoni. Usaha akan diambil untuk membentuk kesedaran sivik dan kebangsaan di samping menyemai nilai yang selaras dengan Rukunegara yang telah diterima sebagai ideologi kebangsaan. 1.21 Dalam membina sebuah masyarakat penyayang, penekanan akan diberi kepada nilai seperti kekeluargaan, kejiranan, keagamaan yang kukuh, ketulusan, kedamaian, penyayang, bekerjasama, kejujuran, menepati waktu, rajin, berdisiplin, bermaruah dan bertimbang rasa terhadap orang lain. Unit kekeluargaan, sekolah, tempat kerja serta organisasi agama dan sosial perlu menerap dan sentiasa memperteguhkan nilai tersebut yang boleh menjadikan setiap individu lebih penyayang dan menghormati hak orang lain. Masyarakat penyayang adalah berteraskan keluarga dan perlu menyayangi golongan muda serta prihatin terhadap kebajikan warga tua dan mereka yang kurang upaya termasuk menyediakan perkhidmatan sosial. Alam sekitar dan harta benda awam juga perlu dihargai dan dijaga. Pada masa yang sama semangat sukarela akan dipupuk. Organisasi berasaskan komuniti akan digalak untuk menjalankan aktiviti yang melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kumpulan etnik dalam aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan tanpa batasan etnik, agama dan budaya. Meningkatkan Kualiti Hidup 1.22 Kerajaan akan memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati dan memanfaatkan peluang yang ada termasuk pendidikan, pekerjaan dan kemudahan sosial. Setiap usaha akan diambil untuk memastikan liputan yang lebih luas serta 10

kemudahan sosial yang lebih baik untuk semua isi rumah. Langkah tersebut termasuk meningkatkan peluang menikmati kemudahan sosial dan fizikal seperti pendidikan dan latihan kemahiran, persekitaran kerja yang lebih baik dan hubungan perindustrian yang harmoni serta meningkatkan kualiti kesihatan dan alam sekitar. Rakyat Malaysia akan digalak untuk melibatkan diri dalam seni kreatif dan pementasan serta mengamalkan cara hidup sihat. Di samping itu, sukan akan diberi penekanan sebagai satu cara membentuk disiplin dan keperibadian rakyat Malaysia serta menggalakkan pelancongan.

Membina Ekonomi Yang Berdaya Tahan 1.23 Langkah yang bersesuaian akan terus diperkenalkan untuk meningkatkan lagi keutuhan ekonomi bagi membolehkan negara dapat bertahan daripada kesan negatif kejutan dari luar. Kestabilan ekonomi makro akan dipertingkatkan dengan menangani semua ketidakseimbangan dan bidang yang mudah terjejas. Usaha akan terus diambil untuk mengukuhkan asas ekonomi Malaysia dengan memastikan kestabilan harga dan kadar tukaran asing, mempunyai paras tabungan yang mencukupi sebagai sumber pelaburan dan mengekalkan lebihan dalam akaun fiskal dan imbangan pembayaran. Memandangkan pengurusan ekonomi makro akan menjadi lebih mencabar dengan wujudnya ekonomi dunia tanpa sempadan, satu sistem amaran awal akan dibentuk sebagai langkah pencegahan. Di peringkat antarabangsa, Malaysia akan terus mempelopori pembentukan mekanisme bantu diri dan sokongan serantau bagi membendung krisis dan memastikan kestabilan ekonomi makro. Malaysia juga akan meneruskan usaha untuk memastikan pandangan serantau mengenai penyusunan semula struktur kewangan antarabangsa diambil kira dalam perbincangan di peringkat dunia. 1.24 Sektor korporat secara keseluruhannya perlu memperkukuhkan organisasinya dengan menumpukan perhatian kepada aktiviti teras mereka, mengambil perspektif jangka panjang bagi pelaburan, memperbaiki kecekapan dan produktiviti serta meningkatkan keupayaan pengurusan pentadbiran dan kewangan. Sektor berkenaan juga mesti berazam untuk mencapai profesionalisme yang lebih tinggi dan mengekalkan nama baik dan kewibawaan mereka. Usaha penyusunan semula sektor korporat yang telah dimulakan pada penghujung tempoh RRJP2 akan dipergiatkan. Sektor kewangan akan diperkukuhkan lagi melalui pengawasan dan kawalselia berhemat yang lebih baik, peningkatan pengurusan risiko dan pembangunan pasaran modal tempatan. Di samping itu, maklumat mengenai aktiviti ekonomi dan kewangan akan diperbaiki untuk meningkatkan disiplin pasaran dan proses membuat keputusan. 11

Menggalakkan Pewujudan Masyarakat Yang Saksama 1.25 Malaysia akan meneruskan strategi membangunkan masyarakat yang saksama memandangkan ianya penting bagi mencapai kestabilan sosial dan politik serta perpaduan negara. Dalam hubungan ini, strategi serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat akan terus dilaksanakan. Strategi tersebut akan diteruskan dalam konteks pertumbuhan yang pesat supaya tidak ada kumpulan atau bahagian masyarakat yang akan mengalami kerugian atau merasa tersisih.

Penyusunan Semula Masyarakat 1.26 Dalam tempoh RRJP3, penekanan dasar pengagihan adalah terhadap pencapaian penyertaan Bumiputera yang berkesan dan hak milik ekuiti sekurangkurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010. Dalam hubungan ini, langkah akan diambil untuk memperkenalkan program baru serta mengorientasikan semula, menyatu dan memperkemaskan program penyusunan semula sedia ada dan memperbaiki mekanisme pelaksanaan. Ini termasuk mewujud dan menggalakkan usaha niaga Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dinamik. Dalam sektor pembuatan, usaha akan diambil untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang elektrik dan elektronik, kimia dan petrokimia, peralatan pengangkutan dan industri makanan sementara di sektor perkhidmatan tumpuan akan diberi kepada perniagaan borong dan runcit, pelancongan, perkhidmatan yang berkaitan dengan pengangkutan udara dan laut, pendidikan, kesihatan serta khidmat perundingan dan profesional. Persekitaran yang mendorong penyertaan Bumiputera secara berkesan dan bagi menghadapi cabaran liberalisasi dan globalisasi akan juga diperbaiki. Pada masa yang sama, usaha akan diambil untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera secara berkesan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Langkah lain yang akan diambil untuk meningkatkan hak milik Bumiputera termasuk meneruskan program penswastaan, mengkaji semula dan memperkemaskan institusi Bumiputera dan agensi amanah, mengurus skim saham amanah secara berkesan serta membangunkan tanah rezab Melayu, waqaf, Baitulmal dan tanah adat. 1.27 Penyusunan semula gunatenaga akan diteruskan di semua sektor dan kumpulan pekerjaan untuk mencerminkan komposisi etnik penduduk. Langkah akan diambil untuk meningkatkan bahagian Bumiputera dalam kumpulan pekerjaan profesional dan pengurusan. Pada masa yang sama, bukan Bumiputera akan digalak untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam. Memandangkan pendidikan dan latihan merupakan alat penting dalam penyusunan semula guna tenaga, 12

keupayaan institusi pengajian tinggi akan dipertingkatkan untuk menambah peluang pelajar Bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, terutamanya dalam bidang profesional, pengurusan dan teknikal lanjutan. 1.28 Dalam usaha membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), perhatian akan ditumpu kepada pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, berdikari dan bertaraf dunia. Pencapaian usaha tersebut di masa lalu adalah sederhana kerana kebanyakan usahawan terlibat dalam sektor tradisional. Oleh itu, adalah perlu bagi mereka menceburi aktiviti berteknologi dan bernilai ditambah yang tinggi. Program berpakej yang sedia ada untuk membangunkan MPPB akan diperkukuhkan antara lain melalui pengluasan program pembangunan vendor dan francais serta skim modal teroka. Walau bagaimanapun, agensi pelaksana program pembangunan MPPB perlu memperkenalkan satu dasar tamat penyertaan yang menghadkan tempoh penyertaan peserta program tersebut untuk memberi peluang kepada usahawan lain.

Pembasmian Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan 1.29 Dalam tempoh RRJP3, isu kemiskinan bukan lagi merupakan isu utama memandangkan kemajuan besar telah dicapai dalam membasmi kemiskinan dalam tempoh rangka rancangan terdahulu. Kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi kepada 0.5 peratus menjelang akhir tahun 2005. Usaha akan ditumpukan ke arah membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan di kalangan Orang Asli serta kumpulan minoriti Bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah, khususnya mereka dalam kumpulan pendapatan 30 peratus terendah. Kesemua program pembasmian kemiskinan akan diperkemaskan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat termasuk mewujudkan projek yang dapat menjana pendapatan, meningkatkan peluang memperolehi kemudahan asas dan memupuk sikap berdikari. Untuk mengurangkan jurang pendapatan di kalangan isi rumah, peluang untuk golongan yang berpendapatan rendah mengikuti program pendidikan dan latihan akan dipermudahkan lagi. Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digalak untuk menyokong dan melengkapkan usaha ini.

Pembangunan Wilayah 1.30 Teras utama pembangunan wilayah akan ditumpu kepada meningkatkan keseimbangan wilayah melalui pembangunan pesat negeri kurang maju. Dalam 13

tempoh RRJP3, usaha akan diambil untuk mempelbagaikan asas ekonomi negeri yang berkembang lebih perlahan untuk terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Penekanan akan diberi untuk menggalakkan pembangunan aktiviti hiliran sektor pertanian terutamanya dalam pengendalian, pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran produk pertanian serta memajukan aktiviti perindustrian berasaskan pertanian. 1.31 Pertambahan bilangan penduduk bandar dijangka akan meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan awam dan kemudahan sosial di pusat-pusat bandar. Strategi baru adalah perlu untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan pihak berkuasa tempatan bagi menghadapi cabaran tersebut. Ini termasuk mengukuhkan pengurusan pihak berkuasa tempatan dan melaksanakan Agenda Tempatan 21 yang telah dilancarkan pada tahun 1999 selaras dengan Deklarasi Rio. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan pihak berkuasa tempatan, majlis daerah dan semua pihak yang terlibat di peringkat masyarakat tempatan dalam merancang dan melaksanakan projek pembangunan mampan. Sebagai pemulaan, Agenda Tempatan 21 telah dilancarkan di empat kawasan pihak berkuasa tempatan dan akan diperluaskan ke kawasan pihak berkuasa tempatan lain menjelang tahun 2002. Penyertaan masyarakat yang lebih luas akan digalak bagi meningkatkan kesejahteraan hidup di bandar. Petunjuk untuk perbandingan dan penilaian kualiti hidup bandar dengan penanda aras antarabangsa akan dibentuk supaya membantu memperbaiki kualiti perkhidmatan pihak berkuasa tempatan. 1.32 Beberapa strategi pembangunan luar bandar akan diguna pakai bagi mengurangkan jurang bandar dengan luar bandar. Ini termasuk mengukuhkan institusi luar bandar, meningkatkan lagi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kawasan luar bandar dan memperbaiki rantaian di antara ekonomi bandar dan luar bandar. Penduduk luar bandar yang berselerak akan dikumpul di sebuah pekan kecil untuk memudahkan penyediaan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan. Usaha akan dilaksanakan untuk memperbaiki penyediaan bekalan air dan elektrik ke kawasan terpencil dengan menggunakan kaedah yang inovatif. Di samping itu, petunjuk kualiti hidup luar bandar akan dibentuk untuk memudahkan pemantauan rapi kualiti hidup penduduk tersebut.

Mengekalkan Pertumbuhan Ekonomi 1.33 Pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah perlu bagi Malaysia untuk mencapai matlamat menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 serta memenuhi 14

matlamat pengagihan secara berkesan. Sektor pembuatan dan perkhidmatan dijangka menerajui pertumbuhan ekonomi menerusi penjanaan pelaburan dalam bidang baru apabila firma mengembangkan kegiatannya di sepanjang rantaian nilai dan bergerak ke tahap teknologi yang lebih tinggi. Prestasi sektor pertanian akan dipertingkatkan dengan pertambahan ketara dalam pengeluaran makanan. Di samping mewujudkan aktiviti baru, pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan juga akan meningkatkan produktiviti dan daya saing serta menyumbang kepada pengluasan asas ekonomi dan mengembangkan potensi kemungkinan pengeluaran ke paras yang lebih tinggi. Walaupun FDI akan terus digalakkan dalam bidang terpilih, pelaburan tempatan akan menjadi penggerak utama pertumbuhan sejajar dengan peralihan kepada strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri. Memperkukuhkan Kedinamikan Sektor-Sektor 1.34 Pertumbuhan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan akan dipertingkatkan lagi dalam tempoh RRJP3. Bagi sektor pertanian, tumpuan akan diberi kepada peningkatan pengeluaran makanan untuk memenuhi permintaan dalam negeri yang semakin bertambah serta eksport. Bagi tujuan tersebut sektor swasta akan digalak untuk mengusahakan aktiviti perladangan komersil, berskala sederhana dan besar yang disokong dengan penyediaan kawasan pengeluaran makanan kekal serta taman teknologi pertanian. Penggunaan teknologi dan kaedah perladangan moden akan diperluas untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti serta mengurangkan kos pengeluaran. Kajian pasaran juga akan dipergiatkan untuk mengenalpasti pilihan pelanggan dan mewujudkan saluran pasaran yang baru serta meneroka pasaran eksport. Di samping itu, penekanan yang khusus akan diberi kepada penyusunan semula sektor pekebun kecil terutamanya mereka yang mengusahakan saiz pegangan yang tidak ekonomik dalam kedua-dua sektor makanan dan tanaman ladang dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan mereka. 1.35 Dalam sektor pembuatan, bidang pertumbuhan baru yang berteknologi tinggi akan dikenal pasti untuk dibangunkan lagi dengan memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada. Penekanan akan diberi kepada inovasi pengeluaran dan P&P. Pendekatan pembangunan kelompok industri akan juga diterima pakai bagi bidang pertumbuhan baru. Tumpuan juga akan diberi ke arah meningkatkan nilai ditambah melalui pembangunan reka bentuk dan jenama tempatan di samping meluaskan aktiviti hiliran seperti pemasaran, pengagihan, pembungkusan, pengeluaran mengikut pesanan pelanggan serta penghantaran dan pembangunan aktiviti pembuatan lain yang berkaitan. 15

1.36 Dalam sektor perkhidmatan, usaha gigih akan dipergiatkan untuk membangunkan sektor pelancongan, pendidikan, kesihatan, kewangan, ICT dan pengangkutan supaya menjadi berdaya saing di peringkat antarabangsa dan mencapai taraf dunia. Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan juga dijangka dapat mempercepatkan pewujudan industri perkhidmatan yang baru seperti pembangunan perisian dan kandungan serta membolehkan negara membangunkan kekuatannya dalam sistem penyampaian berasaskan Internet seperti perdagangan, perbankan, pembrokeran, berita, hiburan dan penghantaran cepat. Pembangunan sektor perkhidmatan yang pesat dalam tempoh RRJP3 dijangka dapat mengurangkan dengan ketara defisit akaun perkhidmatan imbangan pembayaran dan seterusnya mengukuhkan kedudukan sektor luar ekonomi negara.

Menggalakkan Pelaburan Swasta Dalam Negeri 1.37 Pelaburan swasta dalam negeri akan digalak untuk mengoptimumkan potensi pertumbuhan supaya sebahagian besar kekayaan dan keuntungan yang terhasil dapat dikekalkan dalam negara. Di samping mengukuhkan daya tahan ekonomi, ianya juga akan menyediakan landasan bagi peralihan kepada strategi pertumbuhan berasaskan sumber dan kekuatan dalam negeri dengan membina keupayaan tempatan untuk membangunkan teknologi termaju serta keluaran dan perkhidmatan baru. Untuk menyokong pertumbuhan pesat pelaburan swasta, Kerajaan akan menyediakan persekitaran yang sesuai dari segi rangka kerja institusi dan perundangan serta infrastruktur fizikal yang cekap. Kerajaan juga akan memastikan persekitaran ekonomi makro yang stabil dan infrastruktur pembiayaan yang lebih menyeluruh serta menyediakan pakej insentif mengikut pelaburan khusus bagi bidang yang strategik. Program penswastaan juga akan terus menjadi alat untuk meningkatkan bahagian dan bidang penyertaan sektor swasta dalam ekonomi. Di samping itu, pelabur tempatan akan digalak untuk bekerjasama dan membentuk pakatan strategik dengan rakan asing supaya memanfaatkan kepakaran, pasaran dan perkhidmatan khusus. 1.38 Untuk meningkatkan tahap dan kualiti pelaburan dalam negeri, sektor swasta akan digalak untuk menceburi aktiviti hiliran dan huluan, menghasilkan pembaharuan dengan menawarkan nilai baru yang lebih bermutu dalam pasaran baru dan sedia ada, membina kesetiaan pelanggan melalui pengeluaran dan pemasaran mengikut keperluan pelanggan, memperolehi dan menggunakan lebih banyak teknologi dan membangunkan tenaga kerja yang lebih berdaya cipta dan mahir. Peranan sains dan teknologi (S&T) serta P&P akan diberi penekanan untuk meningkatkan produktiviti keseluruhan dan membangunkan asas perindustrian yang kukuh. 16

Menggalakkan FDI 1.39 Malaysia terus menjadi lokasi yang menarik untuk FDI berdasarkan asas sektor pembuatan yang luas yang semakin canggih serta wujudnya kestabilan politik, rangka kerja perundangan yang baik, infrastruktur dan sistem telekomunikasi yang terbaik, dasar yang menyokong perniagaan, pengurusan awam yang baik serta tenaga kerja yang berkemahiran dan berpelajaran serta berkebolehan dalam bahasa asing. Negara akan memanfaatkan lagi kelebihan tersebut dan terus menarik FDI bukan sahaja ke sektor pembuatan dan yang berkaitan dengannya tetapi juga ke sektor strategik seperti ICT, tenaga, pengurusan pelabuhan dan sektor kewangan. Di samping itu, pelabur asing akan digalak untuk melabur dalam pembangunan sumber manusia, melaksanakan pemindahan teknologi, menyediakan kepakaran dalam pengurusan untuk meningkatkan daya saing serta memperkukuhkan kedudukan negara dalam rantaian nilai antarabangsa.

Meneruskan Dasar Fiskal dan Kewangan Yang Berhemat 1.40 Kerajaan akan terus melaksanakan dasar fiskal berhemat. Defisit fiskal keseluruhan akan diawasi supaya berada di paras yang terkawal bagi memastikan nisbah khidmat hutang luar negara berada di paras yang terurus. Kerajaan akan kembali kepada dasar fiskal lebihan berikutan daripada pemulihan permintaan swasta. Perbelanjaan Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada infrastruktur untuk meningkatkan keupayaan dan penyediaan kemudahan sosial. Sistem cukai akan diperkukuhkan lagi untuk menjana hasil, menggalakkan pertumbuhan, tabungan dan pelaburan serta mencapai kesaksamaan dan kecekapan. Di samping itu, pentadbiran dan pematuhan cukai akan diperbaiki untuk memperluaskan punca hasil Kerajaan bagi membolehkannya meningkatkan kualiti kemudahan sosial serta menarik lebih ramai anggota baru yang berkaliber ke dalam perkhidmatan awam. 1.41 Dasar kewangan akan ditumpu ke arah menggalakkan pertumbuhan jangka panjang yang disertai dengan kestabilan harga dan kewangan. Bagi menghadapi persekitaran dunia yang tidak menentu, dasar kewangan yang fleksibel dan proaktif akan dilaksanakan bagi menangani cabaran baru dengan lebih berkesan. Cabaran tersebut termasuklah mengurus pergerakan pesat aliran modal jangka pendek yang bersifat spekulasi dan tidak stabil serta membuat penyesuaian mengikut perubahan struktur sistem ekonomi dan kewangan, inovasi kewangan dan kemunculan mekanisme pembayaran baru seperti e-wang. Sehubungan dengan itu, dasar kewangan akan dikendali dengan menggunakan lebih banyak instrumen 17

yang berasaskan pasaran untuk meningkatkan keberkesanannya. Langkah juga akan diambil untuk memperbaiki penyebaran maklumat ke pasaran untuk meningkatkan ketelusan dalam pengendalian dasar kewangan. Di samping itu, pembangunan pasaran bon akan meningkatkan lagi kekesanan operasi pasaran terbuka dan mengurangkan pergantungan terhadap instrumen langsung dasar kewangan. Kerajaan akan terus mengekalkan sistem tukaran asing yang akan menggalakkan pengagihan sumber yang cekap dan menyediakan persekitaran yang stabil untuk perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan.

Memperkukuhkan Sektor Perbankan 1.42 Sektor perbankan yang kukuh dan berdaya tahan merupakan pra-syarat bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pendekatan serampang tiga mata akan diguna pakai termasuk mewujudkan institusi perbankan tempatan yang kukuh, memantapkan rangka kerja kawal selia dan memupuk disiplin pasaran di kalangan peserta pasaran dan pengguna. Penggabungan institusi perbankan tempatan kepada 10 buah bank akan menambah asas dan saiz modal bagi meningkatkan kemampuan institusi tersebut menyerap risiko, mencapai ekonomi berskala dan meningkatkan kepakaran pengurusan risiko dalam sistem perbankan. Rangka kerja kawal selia dan garis panduan pengurusan sistem perbankan yang berhemat akan terus dimantapkan untuk menggalakkan sikap berhemat dan meminimumkan risiko sistemik. 1.43 Bagi memupuk disiplin pasaran dalam sistem perbankan, lebih banyak produk akan diperkenalkan dan ketelusan institusi akan dipertingkatkan untuk membolehkan pengguna membuat keputusan bijak mengenai sesuatu bank dan produk yang dikeluarkan. Kaedah baru dalam kawal selia perbankan akan diterokai termasuk menggunakan pendekatan yang didorong oleh pasaran dalam pengagihan risiko dan sumber. Peserta pasaran perlu memberi lebih banyak maklumat, telus dan berdisiplin. Di samping itu, badan kawal selia akan lebih berwaspada untuk mengawal aktiviti pengambilan risiko yang berlebihan, meminimumkan pengabaian tanggungjawab moral dan melindungi kepentingan pengguna. 1.44 Pelan Induk Sektor Kewangan (FSMP) akan dilaksana untuk menentukan hala tuju strategik sektor perbankan. FSMP mencadangkan rangka kerja kawal selia yang diperlukan untuk menjadikan sistem kewangan Malaysia lebih berdaya tahan, berdaya saing dan dinamik. Sektor ini akan melalui proses liberalisasi secara beransur-ansur dan progresif pada kadar yang selaras dengan rangka kerja institusi dan kawal selia serta keperluan ekonomi supaya dapat diwujudkan sektor kewangan yang cekap, berdaya saing dan didorong oleh pasaran. 18

1.45 Langkah untuk mengenal pasti dan menghapuskan halangan kepada kemajuan akan dilaksanakan bermula dengan pembaikan infrastruktur dan peningkatan persaingan dalam negeri supaya institusi terbaik dapat berkembang. Ini akan dicapai melalui pembinaan keupayaan institusi tempatan dan penambahan insentif bagi meningkatkan prestasi mereka. Di samping itu, langkah akan diambil untuk mencapai matlamat sosioekonomi dengan meminimumkan ketidakseimbangan yang mungkin wujud serta menggalakkan lebih banyak infrastruktur pelindung pengguna yang didorong oleh pasaran. 1.46 Program di bawah FSMP akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh RRJP3 tertakluk kepada pencapaian sesuatu kemajuan dan langkah kawalan yang berkaitan. Ini adalah bagi membolehkan bank tempatan mengembangkan keupayaan dan mengukuhkan infrastruktur mereka sebelum persaingan asing baru diperkenalkan. Dalam sektor insurans, langkah melonggarkan peraturan akan dimulakan untuk membangunkan keupayaan tempatan dan mengukuhkan daya tahan kewangan, penyeliaan korporat dan mekanisme perlindungan pengguna. Langkah penyusunan semula peserta sedia ada akan dipercepatkan untuk menggalakkan lebih persaingan dalam pasaran tempatan. Pembangunan perbankan Islam dan sektor takaful pada peringkat awal akan melibatkan pengukuhan infrastruktur operasi dan institusi. Ini akan diikuti dengan persaingan lebih hebat dan usaha menaik taraf infrastruktur serta meningkatkan piawaian prestasi melalui proses liberalisasi yang progresif.

Meluas dan Mendalamkan Pasaran Modal 1.47 Satu pengajaran penting dari krisis kewangan 1997-1998 adalah perlunya dipelbagaikan risiko dalam ekonomi dengan membangunkan sumber pembiayaan yang lain dan mengurangkan pergantungan yang berlebihan kepada sektor perbankan. Sekuriti hutang swasta dan urus niaga sekunder dalam pasaran sekuriti Kerajaan akan diperbaiki lagi untuk melengkapi pasaran saham. Pasaran sekuriti hutang swasta yang aktif akan dapat memenuhi keperluan urusan pembiayaan yang besar dan lebih kompleks untuk membolehkan syarikat mendapatkan pembiayaan jangka panjang berkadar tetap pada kos yang lebih rendah berbanding dengan pinjaman bank. Di samping itu, industri modal teroka akan dibangunkan lagi untuk menyediakan modal ekuiti kepada pelaburan berasaskan pengetahuan yang baru yang berisiko tinggi tetapi menghasilkan pulangan yang tinggi. 1.48 Dalam pasaran saham, usaha akan dilaksanakan untuk memperbaiki penyebaran maklumat korporat dan mendidik pelabur terutamanya pelabur runcit supaya keputusan pelaburan dibuat berlandaskan fakta asas. Pelabur dalam pasaran 19

modal juga perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan mengguna pakai sistem pengurusan risiko yang berkesan untuk menghadapi risiko baru yang mungkin timbul. Aktiviti pasaran modal akan disokong oleh perantara serta intitusi yang kukuh dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Untuk memenuhi keperluan tersebut dan membentuk hala tuju strategik bagi pembangunan pasaran modal dalam jangka panjang, Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) akan diperkenalkan. 1.49 Di bawah CMP, Malaysia dijangka akan menubuhkan pasaran modal bertaraf dunia yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dalam semua bidang utama untuk menyokong keperluan modal dan pelaburan negara serta menjadi saluran pengemblengan dan pengagihan dana yang cekap. Usaha ini akan disokong oleh rangka kerja kawal selia yang kukuh yang membolehkan pasaran modal berfungsi dengan berkesan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada penggunanya. Untuk membangunkan institusi pasaran yang berdaya saing di peringkat antarabangsa hanya sebuah bursa saham dan sebuah gedung penjelasan Malaysia akan ditubuhkan. Pasaran dan instrumen pembiayaan akan diperluas dan diperdalamkan melalui pembangunan dan penambahan saluran mendapatkan modal yang lain seperti pasaran bon korporat dan modal teroka. Industri broker saham akan diperkukuhkan dan satu kategori perantaraan baru yang dikenali sebagai broker sejagat akan diwujudkan untuk membangunkan pasaran yang lebih berdaya saing bagi perkhidmatan kewangan yang bersepadu serta menyediakan industri tersebut untuk diliberalisasikan. Malaysia akan dimajukan sebagai pusat pasaran modal Islam antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha memanfaatkan kelebihan daya saing negara. 1.50 Industri pengurusan pelaburan akan diberi kelonggaran supaya kekesanannya dapat dipertingkatkan. Dana pencen akan dikaji semula untuk membolehkan lebih ramai pengurus dana memperoleh peluang mendapatkan dana untuk diuruskan. Bagi mewujudkan persekitaran yang lebih sesuai untuk pelabur, rangka kerja penyeliaan korporat akan diperkukuh dan pengiktirafan terhadap kepentingan pemegang saham akan dipertingkatkan. Satu rangka kerja kawal selia yang berasaskan pasaran sepenuhnya bagi semua jenis pasaran modal akan diguna pakai untuk memastikan proses dan tatacara pasaran dapat menyokong matlamat umum kawal selia serta membantu ke arah meningkatkan persaingan dan inovasi dalam pasaran.

Mengukuhkan Penyeliaan Korporat 1.51 Langkah yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengurangkan penyelewengan korporat dan ketidaktentuan pasaran saham serta mengukuhkan kedudukan pemegang saham minoriti adalah bertujuan untuk meningkatkan ketelusan 20

dan penyeliaan korporat secara keseluruhan. Memandangkan perlunya dipertingkatkan piawaian penyeliaan korporat, Tatacara Pengendalian Korporat Malaysia telah diterima pakai untuk mewujudkan pengurusan yang lebih kukuh, bertanggungjawab, telus dan kebertanggungjawapan selaras dengan amalan dunia yang terbaik. Tatacara tersebut mengandungi syor mengenai prinsip dan amalan terbaik bagi penyeliaan korporat yang baik, pengukuhan keseluruhan rangka kerja kawal selia untuk syarikat tersenarai, latihan dan pendidikan untuk ahli korporat di Malaysia supaya bersedia melaksanakan syor yang dikemukakan serta langkah melindungi pemegang saham minoriti. Dalam tempoh RRJP3, Kerajaan akan meningkatkan kesedaran mengenai tatacara tersebut dan akan menggalakkan sektor swasta untuk mematuhinya. Dengan mengguna pakai tatacara ini sektor korporat akan menuju ke arah kawal selia kenderi dan ini akan disokong oleh peningkatan persekitaran perundangan dan kawal selia untuk menggalakkan budaya korporat yang cemerlang.

Menghadapi Persaingan Antarabangsa 1.52 Persaingan di peringkat antarabangsa dan rantau dijangka akan menjadi lebih hebat berikutan pelaksanaan komitmen Malaysia terhadap Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) serta usaha gigih inisiatif dua hala. Kemajuan pesat ICT akan memperhebatkan persaingan. Malaysia akan terus menyertai secara aktif dalam kerjasama pelbagai hala dan memenuhi komitmennya untuk membuka pasaran. Walaupun Malaysia akan terus menyokong proses liberalisasi, Malaysia akan melaksanakan komitmennya mengikut tahap kesediaan dan sejajar dengan keupayaan institusi negara serta matlamat pembangunannya supaya proses tersebut memberi faedah untuk semua pihak. Dalam hubungan ini, Malaysia akan menyertai inisiatif pemuafakatan dengan negara yang sealiran dengan pandangan Malaysia supaya rundingan dapat dijalankan dengan berkesan. 1.53 Industri tempatan perlu meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keupayaan inovasi mereka untuk menghadapi persaingan antarabangsa. Dasar berkaitan dengan perdagangan, perindustrian dan teknologi akan diperkemaskan supaya industri dan perniagaan tempatan mampu bertindak secara lebih berkesan dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat bersaing dengan jayanya di pasaran tempatan dan luar negara. FDI akan dimanfaatkan untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing serta mendapatkan peluang dalam pasaran antarabangsa. Majlis Daya Saing Nasional akan ditubuhkan untuk memantau dan memberi panduan ke arah peningkatan daya saing Malaysia. Meningkatkan Produktiviti 21

1.54 Peningkatan produktiviti merupakan nadi kepada pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia. Untuk meningkatkan produktiviti, usaha yang lebih akan diambil bagi meningkatkan kemahiran, mengguna pakai teknik pengurusan dan organisasi yang lebih baik, meningkatkan tahap P&P dan S&T serta mengeluarkan barangan yang bermutu tinggi dan mengikut keperluan pelanggan. Sektor swasta juga akan digalak untuk mendapatkan pengiktirafan piawaian kualiti di peringkat antarabangsa termasuk pentauliahan oleh Organisasi Piawaian Antarabangsa dan badan lain. Kandungan pengetahuan dalam produk, perkhidmatan dan proses dalaman mesti dipertingkatkan dengan ketara serta diikuti dengan budaya kerja yang mantap dan sikap yang positif. Budaya kecemerlangan dan usaha berterusan untuk sentiasa meningkatkan produktiviti akan digalak dan ditumpukan kepada individu dan perniagaan. Kenaikan upah perlu disokong oleh peningkatan produktiviti dan prestasi kerja supaya rakyat Malaysia dapat menikmati taraf hidup yang lebih tinggi tanpa inflasi. Inisiatif juga akan diambil untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan supaya daya saing dan produktiviti dapat dipertingkatkan. Kerajaan akan terus menilai dan mengkaji semula pelbagai komponen kos termasuk cukai, kadar utiliti dan bahan api, pengangkutan serta buruh untuk memastikan kos di Malaysia kekal berdaya saing.

Memperkukuhkan S&T dan P&P 1.55 Untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia dan mendapat faedah daripada ekonomi berasaskan pengetahuan, persekitaran untuk inovasi dan pengetahuan perlu diperkukuhkan. Kerajaan akan mengkaji semula sistem inovasi sedia ada supaya sejajar dengan keperluan masa hadapan. Perhatian akan diberi kepada usaha memperbaiki daya cipta dan inovasi dalam sistem penyampaian pendidikan dan latihan, menggiatkan S&T dan P&P serta memastikan wujudnya kemudahan pembiayaan. Kerajaan akan menggalakkan budaya inovasi serta usaha membentuk rangkaian dan kelompok di kalangan mereka yang terlibat untuk meningkatkan penerapan teknologi. Usaha akan diambil untuk meningkatkan kerjasama di antara institusi penyelidikan sektor awam dengan sektor swasta untuk pembangunan, penyebaran dan pengkomersilan P&P yang berkesan. 1.56 Untuk menggalakkan aktiviti S&T dan P&P, Kerajaan akan menyediakan persekitaran yang bersesuaian dan sokongan yang aktif untuk memupuk dan mempercepatkan pertumbuhan paten, cop perniagaan dan hakcipta. Perundangan yang sesuai akan diperkenalkan untuk melindungi hak harta intelektual dalam konteks perkembangan pesat rangkaian yang menggunakan perantaraan komputer 22

dan infrastruktur maklumat dunia yang membolehkan bahan yang mempunyai hak cipta diumpuk ke bawah.

Membangunkan Keupayaan Keusahawanan dan Keusahawanan Teknologi 1.57 Sebagai sebuah negara perdagangan, rakyat Malaysia memiliki kemahiran keusahawanan. Walau bagaimanapun, kemahiran ini tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan sebuah ekonomi dalam persekitaran globalisasi yang semakin meluas dan perubahan teknologi yang pesat. Perusahaan Malaysia akan menghadapi persaingan yang semakin hebat daripada peniaga baru di pasaran dalam negeri dan antarabangsa. Untuk berjaya, perniagaan dan syarikat Malaysia perlu pantas mendapatkan pengetahuan membuat sesuatu serta boleh mengenalpasti potensi komersil peluang yang wujud dan mengambil risiko yang telah diperhitungkan. Usahawan mesti bersedia untuk menggunakan pengetahuan dan teknologi terkini, menjalan dan mengendalikan perniagaan dalam pelbagai persekitaran budaya, mempunyai kemahiran berunding yang tinggi dan mampu membentuk pakatan strategik. Mereka perlu menggunakan pengetahuan, kemahiran dan daya cipta untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan serta meningkatkan produktiviti mereka. Sehubungan dengan ini, Kerajaan akan menyokong inisiatif sektor swasta untuk memperkukuhkan keupayaan keusahawanan serta menggalakkan pembangunan usahawan teknologi. Di samping itu, usaha yang sedang dilaksanakan untuk membangunkan usahawan Bumiputera akan ditumpu kepada peningkatan daya tahan dan kemampuan berdikari supaya mereka boleh bersaing di pasaran dalam negeri dan antarabangsa.

Membangunkan Syarikat Bertaraf Dunia 1.58 Syarikat Malaysia perlu berfikir secara global dan melihat lebih jauh daripada pasaran dalam negeri. Dalam tempoh RRJP3, tumpuan akan diberi kepada pembangunan syarikat Malaysia yang bertaraf dunia yang boleh menjadi contoh ikutan bagi syarikat Malaysia yang lain untuk mencapai kecemerlangan. Syarikat ini perlu menanda aras mengikut piawaian bertaraf dunia, mengguna pakai amalan dunia yang terbaik serta menggalakkan budaya kecemerlangan dan meningkatkan produktiviti dalam organisasi mereka. Daya saing syarikat bergantung kepada keupayaan mereka untuk mencari peluang dan sumber input, komponen dan perkhidmatan pada kos yang paling kompetitif. Perniagaan tempatan akan digalak mewujudkan perhubungan yang memberi kebaikan bersama dengan rakan kongsi asing untuk memperolehi peluang pasaran, teknologi, pengetahuan membuat 23

sesuatu serta input lain termasuk pembungkusan dan pengenalan jenama bagi membolehkan barangan Malaysia bersaing di pasaran dunia.

Membangunkan PKS Tempatan 1.59 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan asas penting yang menjadi pengukuh kepada sektor perindustrian negara dan menyediakan asas yang diperlukan untuk pembangunan industri masa hadapan. Dalam pembangunan kelompok industri seperti yang terdapat dalam Pelan Induk Perindustrian Kedua (PIP2), PKS akan berkembang menjadi pembekal penting serta penyedia perkhidmatan untuk industri utama. Bagi PKS yang hasrat memasuki pasaran dunia atau menjadi pembekal kepada syarikat multinasional, mereka mesti komited untuk mencapai tahap prestasi tertinggi secara berterusan dan mengubah proses pembuatan ke tahap yang lebih tinggi melalui P&P serta meningkatkan kemahiran dan teknologi yang berterusan. Untuk meransang pertumbuhan PKS, paras nilai ambang pelaburan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian akan dikaji semula. 1.60 PKS akan digalak untuk segera menceburi sektor pembuatan berasaskan IT dan menumpu kepada semua aktiviti penting dalam rantaian nilai sektor tersebut iaitu daripada rekabentuk kepada pemasaran. Mereka mesti mengguna pakai amalan pembuatan terbaik yang diiktiraf dan diterima di peringkat antarabangsa supaya mereka menjadi cemerlang dalam kelebihan teras mereka dan mampu mewujudkan kerjasama yang melangkaui sempadan yang merupakan ciri bagi rangkaian pengeluaran antarabangsa. Dalam proses tersebut, PKS Malaysia akan digalak untuk berusaha ke arah membentuk dan mengukuhkan kelebihan mereka serta muncul menerajui pasaran mengikut kebolehan mereka sendiri.

Mewujudkan Sektor Awam Bertaraf Dunia 1.61 Sektor awam bertaraf dunia adalah penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang pesat dan memastikan peningkatan taraf dan kualiti hidup. Oleh itu, adalah perlu untuk menarik dan mengekalkan kakitangan yang lebih berkaliber tinggi supaya pentadbiran awam, perkhidmatan awam, pengurusan ekonomi serta perlindungan kepentingan negara di forum antarabangsa dapat dikendalikan pada tahap kemahiran tertinggi. Pengambilan kakitangan yang terpilih termasuk mereka yang mempunyai kemahiran khusus, berpengalaman dan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang akan dilaksanakan. Kemampuan anggota perkhidmatan awam sedia ada akan dipertingkatkan untuk 24

meninggikan kualiti perkhidmatan bagi mencapai taraf dunia. Pendekatan pengurusan sumber manusia yang berasaskan kecekapan akan diguna pakai. 1.62 Program pembaharuan sektor awam akan diperkukuhkan lagi dalam tempoh RRJP3. Ia bertujuan untuk memupuk budaya kecemerlangan dalam sektor awam berasaskan nilai teras iaitu kualiti, produktiviti, inovasi, kewibawaan, disiplin, kebertanggungjawapan dan profesionalisme. Usaha akan diambil untuk terus meningkatkan produktiviti, memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan prosidur dan kawalselia yang tidak lagi bersesuaian. Penekanan akan diberi kepada pengukuhan mekanisme pemantauan serta keupayaan bagi memastikan projek dilaksanakan mengikut jadual dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Usaha juga akan diambil untuk memperbaiki pentadbiran badan kawal selia dan badan yang memberi kelulusan di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan perkembangan sektor swasta dan menghasilkan kekayaan, melindungi kepentingan awam dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam tempoh Rancangan, peranan sektor awam sebagai pengawal selia untuk menjaga kepentingan awam juga akan diperkukuhkan dalam konteks pelaksanaan program penswastaan selanjutnya. 1.63 Strategi untuk meningkatkan pembaharuan pentadbiran dalam perkhidmatan awam Malaysia termasuklah menyediakan lebih banyak perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan, memperbaiki sistem dan prosidur kerja, meningkatkan penggunaan ICT, mengukuhkan kerjasama di antara sektor awam dengan swasta, memperbaiki struktur organisasi dan pembangunan sumber manusia, meningkatkan kebertanggungjawapan dan disiplin serta memupuk nilai kecemerlangan. Agenda kemajuan pentadbiran sektor awam akan terus menerapkan pelbagai jenis amalan terbaik dari seluruh dunia yang telah digunakan dan terbukti berjaya. Pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kualiti serta projek e-kerajaan akan memastikan perkhidmatan awam sentiasa mengikut perkembangan pembangunan berorientasikan perkhidmatan di peringkat antarabangsa dan menerap amalan pengurusan yang terbaik.

Membangunkan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan 1.64 Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, aktiviti perolehan, penggunaan dan penyebaran pengetahuan menyediakan asas kepada pertumbuhan. Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan melibatkan peningkatan nilai ditambah semua aktiviti produktif melalui penggunaan pengetahuan di samping mewujudkan

25

industri baru berintensifkan pengetahuan. Ia akan mengukuhkan daya saing Malaysia dan membuka peluang baru untuk negara. Antara peluang yang wujud adalah meningkatnya perdagangan dan pelaburan antarabangsa, perolehan teknologi yang lebih mudah, memungkinkan negara melonjak untuk merapatkan jurang dengan negara maju, wujudnya landasan bagi membentuk pakatan strategik dengan peserta utama dalam industri terpilih serta mengembangkan pelaburan yang sedia ada dan menjana bidang baru dalam pelaburan. Peningkatan penggunaan pengetahuan beserta tenaga kerja yang lebih mahir akan menyumbang ke arah peningkatan tahap produktiviti dan menganjak potensi kemungkinan pengeluaran ke tahap lebih tinggi. 1.65 Pembangunan dan penggunaan ICT dan e-dagang akan memudahkan pembentukan sistem maklumat yang cekap dan terkini untuk menyokong perdagangan dan pelaburan. Ini akan membolehkan rakyat Malaysia mencari pasaran dan rakan dagang baru untuk eksport, mendapatkan input pada harga paling kompetitif, menubuhkan perusahaan di luar negara untuk meningkatkan daya saing. Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menjana aktiviti baru untuk pelaburan dalam industri sedia ada dan industri baru hasil daripada pengenalan teknologi tinggi dan proses pengeluaran yang berintensifkan pengetahuan. 1.66 Untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, satu pelan induk untuk melicinkan proses tersebut akan diperkenalkan. Antara bidang kritikal yang akan diberi penekanan adalah pembangunan sumber manusia, S&T dan P&P, infrastruktur maklumat dan pembiayaan. Di samping itu, usaha akan diambil untuk mengubah cara pemikiran setiap lapisan masyarakat terutamanya sektor korporat agar lebih mengguna pakai IT dalam urusan perniagaan dan operasi dalaman. Budaya menimba pengetahuan secara berterusan akan digalak untuk membangunkan masyarakat yang sentiasa belajar. Sementara usaha diambil untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, langkah yang selari dengannya akan diperkenalkan untuk memastikan perkembangan tersebut tidak mewujudkan jurang pengetahuan terutamanya di antara masyarakat bandar dengan luar bandar serta di kalangan kumpulan pendapatan yang berbeza. 1.67 Ekonomi berasaskan pengetahuan memerlukan kerjasama erat di kalangan sektor awam, swasta dan NGO. Landasan untuk kerjasama tersebut telah sedia wujud di bawah mekanisme Persyarikatan Malaysia di mana Majlis Perdagangan Malaysia menjadi peneraju utama. Sektor awam akan berperanan sebagai penyokong dengan menyediakan persekitaran yang sesuai serta bertindak sebagai pemangkin 26

kepada sektor swasta bagi menerajui pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Perlindungan hak harta intelektual serta kerahsiaan dan keselamatan akan diperkukuhkan untuk mengggalakkan inovasi dan meningkatkan aliran maklumat. Kerajaan, sektor swasta dan NGO akan bekerjasama untuk merapatkan jurang digital di antara bandar dengan luar bandar serta kumpulan pendapatan berbeza supaya mereka yang kurang berpeluang juga mendapat laluan saksama terhadap peluang baru yang dijana oleh ekonomi berasaskan pengetahuan.

Memperkukuhkan Pembangunan Sumber Manusia 1.68 Kemampuan dan keupayaan Malaysia memperolehi dan mengguna pengetahuan dan teknologi baru akan ditentukan oleh kualiti sumber manusianya. Tenaga buruh yang cekap, berdisiplin dan berkemahiran tinggi dengan nilai etika dan moral yang kukuh serta sanggup berusaha untuk mencapai kecemerlangan perlu dibangunkan. Bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia perlu diperlengkapkan dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan berkomunikasi dan menguasai bahasa. Usaha akan diambil untuk meningkatkan peluang pendidikan dan latihan serta merapatkan jurang prestasi di antara sekolah bandar dengan luar bandar. Lebih banyak sekolah yang mempunyai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik serta asrama akan dibina di luar bandar dan kawasan terpencil untuk menyediakan persekitaran yang lebih menggalakkan bagi pelajar. Di samping mengekalkan kecekapan yang tinggi dalam Bahasa Malaysia di kalangan pelajar, tahap kefasihan berbahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain juga akan ditingkatkan. 1.69 Untuk memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan, satu anjakan paradigma dalam dasar dan strategi pembangunan sumber manusia perlu dilakukan. Sistem pendidikan dan latihan akan diorientasi semula supaya menjadi lebih berkesan dalam menyampaikan kemahiran serta menumpukan kepada bidang yang diperlukan oleh ekonomi. Kerajaan akan memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan kemudahan dan infrastruktur serta mempergiatkan penggunaan ICT di semua sekolah dan institusi. Penekanan yang lebih juga akan diberi kepada usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran matematik, sains dan bahasa asing. 1.70 Penyertaan sektor swasta akan digalakkan lagi untuk melengkapi usaha sektor awam dalam bidang pendidikan tinggi bagi menyediakan lebih banyak 27

tempat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari pelajar yang layak serta dapat memenuhi keperluan sumber manusia terutamanya dalam bidang S&T. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan memastikan agar institusi tersebut menyediakan pendidikan yang berkualiti pada kadar yang berpatutan. 1.71 Malaysia juga akan dibangunkan sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Keupayaan institusi pendidikan tinggi awam akan dipertingkatkan dan ditumpukan kepada program teknologi dan bidang yang baru. Di samping menggalakkan institusi pendidikan swasta membangunkan bidang khusus yang mana mereka mempunyai kelebihan bagi menarik pelajar asing, universiti awam pula akan membangunkan pusat kecemerlangan dan bertindak sebagai tempat percambahan inovasi dan pembangunan teknologi tempatan. Universiti akan digalak untuk bekerjasama dengan industri bagi menjalankan penyelidikan yang mempunyai potensi komersil. Untuk memastikan semua institusi pendidikan tinggi diiktiraf di peringkat antarabangsa, satu sistem penarafan berasaskan norma sebanding dengan yang digunakan oleh universiti ternama akan diwujudkan untuk menentukan tingkatan taraf institusi tersebut. 1.72 Pembelajaran sepanjang hayat akan diperkenalkan untuk meningkatkan secara berterusan kualiti tenaga kerja yang diperlukan sejajar dengan perubahan teknologi agar pengangguran struktur dapat diminimumkan. Pendidikan jarak jauh dan pembelajaran secara maya akan dibangunkan sebagai satu elemen penting dalam meneruskan pengajian di tempat kerja. Sehubungan dengan ini, sektor swasta akan digalak untuk menyediakan latihan berasaskan perusahaan, program pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran melalui laman web terutamanya dalam bidang teknikal. 1.73 Kerajaan akan turut menggalakkan pembangunan seni kreatif dan pementasan serta mengasah bakat dalam bidang tersebut. Ini adalah sejajar dengan usaha untuk memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia yang kaya serta memupuk masyarakat yang menghargai kesenian. Pembangunan kesenian bukan sahaja dapat menyediakan ruang untuk individu yang berbakat mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing tetapi juga turut menyumbang kepada gaya hidup rakyat Malaysia yang bersemangat dan bertenaga. Artis dan penghibur Malaysia yang cemerlang akan juga diberi peluang untuk mengembangkan bakat mereka sepenuhnya dan mencapai pengiktirafan dunia. 28

Membangunkan Satu Generasi Belia Yang Berdaya Tahan 1.74 Untuk menghadapi cabaran yang muncul daripada pembangunan ekonomi dan globalisasi yang pesat serta menyumbang secara berkesan kepada pembinaan bangsa, golongan belia perlu dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian serta nilai yang baik. Peluang mereka bagi mendapatkan pendidikan dan latihan akan diperbaiki dengan penekanan khusus kepada mencapai tahap celik teknologi maklumat (IT) yang tinggi supaya mereka boleh merebut peluang yang dijana dalam proses pembangunan. Usaha akan diambil untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dan pengurusan di kalangan golongan belia bagi memupuk minat mereka dalam bidang perniagaan di peringkat awal serta meningkatkan bilangan belia yang terlibat dalam perdagangan dan industri. Penekanan akan juga diberi untuk membentuk satu generasi pemimpin muda dan dinamik yang mampu menggembleng belia untuk memberi sumbangan positif kepada negara. 1.75 Golongan belia akan diberi bimbingan sewajarnya untuk membangunkan nilai dan sikap yang baik. Mereka akan dididik untuk menghormati ibubapa mereka, orang yang lebih tua, guru, institusi dan undang-undang negara. Di samping usaha untuk memperbaiki diri, mereka mesti ditanamkan dengan semangat sukarela dan berkeinginan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara. Tahap kesedaran sivik juga mesti dipertingkatkan. Keinginan untuk meningkatkan pengetahuan dan mencapai kecemerlangan perlu dipupuk sebagai nilai utama. Golongan belia juga perlu disemai dengan nilai moral dan etika yang kukuh dan menghindari daripada aktiviti yang bertentangan dengan kesejahteraan peribadi mereka dan kebajikan negara. Usaha akan dipergiat bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam tabiat buruk seperti penyalahgunaan dadah, perjudian, kegiatan samseng dan aktiviti jenayah yang lain. 1.76 Di samping itu, golongan belia perlu melibatkan diri dengan lebih aktif dalam kegiatan sukan serta mencapai kecemerlangan ke tahap dunia dan membawa kebanggaan kepada negara. Pada asasnya, nilai utama tersebut akan membendung belia daripada pengaruh negatif dan membolehkan mereka membuat pertimbangan yang baik dalam memilih cara hidup dan amalan sosial. Bagi tujuan tersebut, keluarga, masyarakat, serta NGO dan pertubuhan belia perlu mengambil peranan yang lebih aktif untuk melengkapi usaha Kerajaan. 29

Meningkatkan Peranan Wanita Dalam Pembangunan 1.77 Ekonomi yang berdaya tahan dan berdaya saing tidak dapat diwujudkan melainkan potensi semua rakyat digunakan dengan sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, peluang pekerjaan, perniagaan dan aktiviti sosial akan disediakan tanpa mengira gender. Peluang yang lebih banyak bagi latihan dan latihan semula akan meningkatkan peluang dan mobiliti pekerjaan. Maklumat mengenai pasaran buruh dan peluang untuk lebih maju dalam pendidikan dan perniagaan akan menjadi lebih mudah diperolehi melalui penggunaan ICT. Pada masa yang sama, penyertaan wanita terutamanya mereka yang mempunyai komitmen keluarga akan dipertingkatkan dengan penggunaan waktu kerja anjal yang lebih meluas, penyediaan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja dan membolehkan mereka bekerja dari rumah. 1.78 Keusahawanan di kalangan wanita akan digalakkan secara aktif dengan menyediakan lebih banyak maklumat mengenai cara memulakan perniagaan. Bank dan institusi kewangan akan digalak untuk menyediakan pinjaman bagi membantu wanita yang ingin menceburi bidang perniagaan. Ini akan dilengkapi dengan usaha untuk membangunkan usahawan wanita melalui penyediaan bantuan bagi menjalankan perniagaan dari rumah. Organisasi Kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan serta pertubuhan wanita akan menganjurkan kursus untuk menggalak keusahawanan di kalangan wanita. Semua bentuk diskriminasi yang berasaskan gender dan berat sebelah yang membataskan sumbangan wanita sepenuhnya akan dikenalpasti dan dikurangkan secara progresif samada melalui perundangan ataupun pendidikan.

Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar Yang Mampan 1.79 Dalam tempoh RRJP3, Kerajaan akan berusaha untuk memastikan alam sekitar yang bersih, sihat dan produktif serta mampu memenuhi keperluan dan aspirasi negara. Kerajaan akan meneroka peluang untuk melipatgandakan faedah, mengenalpasti dan melaksanakan langkah yang berhemat dan keberkesanan kos bagi menggerakkan Malaysia ke arah masa hadapan yang lebih mampan dan berdaya tahan. Pembangunan ekonomi yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar akan dapat dicapai dengan menerima pakai gabungan dasar, amalan dan teknologi yang bersesuaian yang dapat mengukuhkan lagi sinergi antara sistem alam sekitar dengan ekonomi. Di samping itu, Kerajaan akan terus memantau 30

dengan lebih rapi perkembangan isu alam sekitar dunia termasuk sekatan ke atas dasar pembangunan dan perdagangan negara memandangkan ia mungkin mempunyai implikasi ke atas Malaysia. Di dalam negeri, Malaysia akan mengambil langkah untuk memenuhi kewajipannya di bawah Konvensyen, Protokol dan tanggungjawab alam sekitar antarabangsa yang lain serta memastikan semua program dan projek yang dilaksanakan adalah sejajar dengan komitmennya.

Pendekatan dan Strategi Yang Bersepadu 1.80 Dalam tempoh RRJP3, penekanan akan diberi kepada usaha untuk menangani isu alam sekitar dan pengagihan sumber dengan cara yang bersepadu dan menyeluruh. Cabarannya adalah untuk mengenalpasti pendekatan pengurusan yang berhemat, keberkesanan kos dan mudah suai yang dapat menghasilkan faedah yang berlipat ganda untuk masa hadapan yang lebih mampan. Pendekatan tersebut antara lainnya, akan bertumpu ke arah menangani cabaran untuk menyediakan kemudahan bekalan air bersih, membekalkan makanan yang mencukupi tanpa menggunakan bahan kimia secara berlebihan, menggunakan lebih banyak baja organik, menyediakan perkhidmatan tenaga yang tidak menjejaskan kualiti alam sekitar, membangunkan persekitaran bandar yang sihat dan memulihara habitat semula jadi dan sumber yang kritikal. 1.81 Pengurusan sumber tanah akan terus diperbaiki melalui perancangan guna tanah yang lebih bersepadu. Dasar Kepelbagaian Biologi Negara akan menjadi asas untuk menggabung dan mengukuhkan program serta projek kepelbagaian biologi negara. Usaha untuk mengurus hutan secara mampan akan dipergiat dan perhutanan pelbagai guna diperluaskan. Langkah akan diambil untuk menggubal pelan pengurusan lembangan lembah sungai bersepadu bagi meningkatkan kualiti dan bekalan air serta mengurus sumber air. Untuk memastikan sumber pantai yang mampan, pelan pengurusan pantai bersepadu akan diperkenalkan di semua negeri.

Mengurangkan Intensiti Pencemaran 1.82 Cabaran yang kritikal adalah untuk mengurangkan intensiti tenaga, bahan, pencemaran dan sisa buangan daripada aktiviti perbandaran dan perindustrian. Langkah untuk mempengaruhi pemilihan teknologi dan pengurusan bandar baru 31

serta pelaburan perindustrian akan dilaksanakan termasuklah langkah untuk menggalak pengurangan, penggunaan semula dan kitar semula bahan. Selain mengawal pencemaran daripada puncanya, Kerajaan juga akan melaksanakan langkah pencegahan termasuk dasar yang mengurangkan intensiti tenaga, bahan, pencemaran dan sisa buangan daripada aktiviti perbandaran dan perindustrian bandar dalam proses meningkatkan kualiti alam sekitar secara berterusan. Ini akan memerlukan anjakan daripada paradigma semasa yang hanya menggunakan pencegahan pencemaran dan pembersihan serta mengganti teknologi lama kepada paradigma yang menjadikan teknologi itu sendiri sebagai sumber yang mencegah pencemaran dan menjimatkan penggunaan sumber. Usaha akan juga diambil untuk menggalakkan kitar semula bahan.

Meningkatkan Penggunaan Instrumen Ekonomi 1.83 Kerajaan akan terus melaksanakan Prinsip Pencemar Mesti Membayar dan mempergiatkan usaha penguatkuasaan untuk memastikan undang-undang dan kawalselia alam sekitar dipatuhi. Walau bagaimanapun, langkah tersebut akan dilengkapi dengan penggunaan instrumen ekonomi dan cukai yang inovatif termasuk menghapuskan percanggahan dan halangan yang membataskan usaha memperbaiki kualiti alam sekitar serta penggunaan sumber semulajadi yang optimum.

Piawaian Prestasi Alam Sekitar 1.84 Usaha juga akan dilaksana ke arah menggalakkan pengukuran prestasi alam sekitar sebagai asas untuk menggembleng kuasa pasaran dan penyertaan masyarakat dalam menangani isu alam sekitar. Setelah isu alam sekitar dan sumber dikenalpasti, diukur dan dikesan, termasuk penggunaan petunjuk pembangunan mampan dan pelbagai piawaian alam sekitar seperti ISO 14000 dan piawaian lain, maka kuasa pasaran dan masyarakat amnya akan menentukan intensiti alam sekitar dalam aktiviti ekonomi melalui permintaan pengguna, tekanan oleh masyarakat atau pengurusan rantaian bekalan.

IV. PENUTUP 1.85 Bagi memastikan kejayaan RRJP3, perlu terdapat komitmen sepenuhnya daripada semua rakyat, perubahan cara pemikiran dan ada rasa kesegeraan untuk 32

bertindak memandangkan negara akan berhadapan dengan persaingan yang semakin hebat pada masa hadapan. Untuk membina sebuah ekonomi yang berdaya tahan dan berdaya saing, Kerajaan akan sentiasa bertindak pantas dan mesra perniagaan serta mengguna pakai dasar dan insentif yang berorientasikan pasaran. Masyarakat perniagaan perlu sanggup mengambil risiko, melabur dalam P&P serta dapat segera menyesuaikan diri dengan perubahan dan mengguna pakai teknologi baru terutamanya dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan. Tenaga kerja mestilah berdisplin, produktif, berkesanggupan dan sedia belajar serta memajukan diri secara berterusan. Kerajaan bersama dengan sektor swasta akan terus memastikan perpaduan dan kesaksamaan masyarakat melalui dasar pembasmian kemiskinan dan dasar pengagihan. Namun demikian, apa yang paling utama masyarakat perlu bersatu padu dan terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran dekad ini.

33

BAB 2 - KAJIAN SEMULA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KEDUA, 1991-2000 I. PENDAHULUAN II. TERAS DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL III. KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN, 1991-2000 IV. PENUTUP

Bab 2

Kajian Semula Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000

BAB 2

Kajian Semula Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua, 1991-2000

I.

PENDAHULUAN

2.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000, telah menjadi asas kepada pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), yang bertujuan untuk mencapai pembangunan seimbang. Rangka kerja umum pembangunan ekonomi yang diterapkan dalam DPN telah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah ekonomi moden yang berasaskan industri dan hasilnya telah menyaksikan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat. Pada tahun 1998, ekonomi telah mengalami kemelesetan yang paling teruk disebabkan krisis kewangan Asia. Kerajaan kemudiannya telah memperkenalkan beberapa langkah yang berjaya memulihkan ekonomi dan meletakkannya pada kedudukan yang lebih kukuh bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

II. TERAS DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 2.02 Teras utama DPN adalah untuk mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan ekuiti, memastikan pembangunan yang seimbang antara sektor-sektor utama ekonomi, mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan dari segi sosial, ekonomi dan wilayah dan memastikan kesejahteraan hidup di samping menerapkan nilainilai sosial dan kerohanian yang positif. DPN juga memberi keutamaan kepada pembangunan sumber manusia, menjadikan sains dan teknologi sebagai sebuah komponen penting dalam perancangan pembangunan dan memastikan perlindungan alam sekitar bagi mengekalkan pembangunan negara yang mampan dalam jangka panjang. 37

2.03 Di samping mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru, DPN juga telah memperkenalkan beberapa dimensi baru. Dimensi baru ini termasuklah mengalihkan tumpuan strategi pembasmian kemiskinan ke arah menangani masalah ketermiskinan, menekankan pewujudan guna tenaga dan pembangunan pesat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang aktif sebagai strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera yang bermakna dalam sektor ekonomi yang moden, lebih bergantung kepada sektor swasta untuk mencapai objektif penyusunan semula masyarakat dan mengukuhkan pembangunan sumber manusia.

III.

KEMAJUAN DAN PENCAPAIAN, 1991-2000

2.04 Dalam tempoh RRJP2, ekonomi Malaysia terus mengalami perubahan struktur. Negara telah menyaksikan pengukuhan dalam asas sektor pembuatan dari segi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi serta komposisi industri. Saiz sektor perkhidmatan telah berkembang dan kualitinya telah meningkat. Perubahan dalam struktur pengeluaran juga telah dicerminkan oleh corak guna tenaga dan komposisi eksport.

Pencapaian Ekonomi Makro 2.05 Pada keseluruhannya, ekonomi telah berkembang pada kadar purata 7.0 peratus setahun dan mencapai matlamat bagi tempoh RRJP2 walaupun ekonomi mengalami masalah krisis kewangan dalam tahun 1997-1998 seperti yang dibincangkan dalam Kotak 2-1. Kadar pertumbuhan yang tinggi tersebut dicapai dalam persekitaran kadar inflasi dan pengangguran yang rendah. Pendapatan per kapita telah meningkat pada kadar purata 7.8 peratus setahun dan bertambah dua kali ganda daripada RM6,298 kepada RM13,359 pada akhir tempoh RRJP2. Per kapita dalam kuasa beli pariti (PPP) telah meningkat sebanyak 5.3 peratus setahun kepada USD8,852 atau 2.5 kali lebih tinggi daripada per kapita pendapatan sebanyak USD3,516. 2.06 Dalam tempoh RRJP2, produktiviti faktor keseluruhan (TFP) telah menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada pertumbuhan keseluruhan sementara sumber utama pertumbuhan ialah tenaga buruh dan modal seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-1. Sumbangan yang tinggi daripada modal adalah hasil daripada kadar pertumbuhan pelaburan yang pesat dalam tempoh tujuh tahun pertama Rancangan, yang telah meningkatkan kapasiti pengeluaran tetapi belum 38

KOTAK 2-1 KRISIS KEWANGAN DAN REAKSI


Dalam tahun 1997-1998, ekonomi Malaysia telah terjejas akibat kesan jangkitan krisis kewangan Asia Timur. Impak sepenuhnya telah dialami pada tahun 1998, mengakibatkan ekonomi meleset dengan teruk, disebabkan kejatuhan yang ketara dalam permintaan agregat. Menangani Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah ditubuhkan pada 7 Januari 1998 sebagai sebuah badan perunding untuk menangani krisis ekonomi. Di bawah MTEN, Pelan Pemulihan Ekonomi Negara telah disediakan sebagai garis panduan untuk pemulihan ekonomi. Pelan Pemulihan tersebut mengandungi lebih daripada 580 cadangan bagi menstabilkan matawang, mengembalikan keyakinan pasaran, mengekalkan kestabilan pasaran kewangan serta menangani isu-isu jangka sederhana seperti memperbaiki asas ekonomi dan meneruskan agenda ekuiti dan sosio-ekonomi. Empat komponen utama dalam langkah-langkah pemulihan tersebut adalah: t t t pakej rangsangan fiskal yang ditujukan kepada sektor utama untuk mencegah penguncupan lanjutan dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi; melonggarkan dasar kewangan untuk menurunkan kadar faedah; menubuhkan Danaharta untuk menangani peningkatan hutang belum berbayar (NPL) dalam portfolio sektor perbankan, Danamodal untuk menangani permodalan semula dan penggabungan sektor perbankan, dan Jawatankuasa Pengstrukturan Semula Hutang Korporat untuk memudahkan penstrukturan semula hutang secara sukarela bagi syarikat-syarikat yang berdaya maju; dan memperkenalkan langkah-langkah kawalan modal terpilih sebagai langkah awalan pada 1 September 1998, termasuk melarang Ringgit diniagakan di luar negara dan menetapkan Ringgit pada kadar RM3.80 bersamaan USD1.00.

Keadaan stabil hasil daripada penetapan nilai Ringgit telah memudahkan proses membuat keputusan perniagaan dan telah membolehkan Malaysia mengambil peluang dari pemulihan permintaan luar. Ia telah menghasilkan lebihan akaun semasa pada tahap yang tertinggi pernah dicapai pada tahap 13.9 peratus daripada KNK pada tahun 1998 dan 17.1 peratus daripada KNK pada tahun 1999. Ini telah menyumbang kepada pertambahan mendadak dalam rizab antarabangsa, yang telah meningkatkan asas kewangan dan menyediakan kecairan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Nilai cagaran pinjaman telah bertambah kukuh dengan meningkatnya harga pasaran saham dan seterusnya membantu mengatasi masalah NPL dalam sistem perbankan. Pengajaran Pengalaman yang diperolehi daripada krisis tersebut berguna dalam menyediakan arah haluan dan teras untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Beberapa pengajaran yang diperolehi ialah: t usaha memperkukuhkan asas ekonomi mesti berterusan. Malaysia perlu meningkatkan lagi keutuhan ekonomi dalam negeri dan daya saingnya, bukan hanya untuk mengurangkan kesan pembangunan ekonomi luaran yang negatif malah untuk mengambil peluang yang tersedia; dasar kewangan dan fiskal mestilah menjurus ke arah menggalakkan pertumbuhan yang mampan di samping mengekalkan inflasi pada tahap yang rendah; asas ekonomi yang kukuh mesti disokong oleh sektor kewangan dan korporat yang mantap; membangunkan pasaran modal untuk mempelbagaikan risiko dan mengurangkan pergantungan ke atas pembiayaan dari bank; dan penyeliaan korporat yang kukuh untuk meningkatkan keutuhan dan mengekalkan keyakinan pelabur sekiranya berlaku krisis.

t t t t

39

JADUAL 2-1 SUMBANGAN FAKTOR PENGELUARAN (%) 1971-1990 Faktor Sumbangan KDNK Buruh Modal TFP 6.7 2.4 3.4 0.9 % drpd Jumlah 100.0 36.1 50.9 13.0 Sumbangan 7.0 1.7 3.5 1.8 % drpd Jumlah 100.0 24.3 50.2 25.5 1991-2000

menghasilkan pengeluaran sepenuhnya. Sesetengah pelaburan mempunyai tempoh matang yang panjang terutamanya projek infrastruktur yang dibina untuk memenuhi permintaan masa hadapan. Dalam tempoh separuh kedua RRJP2, kejatuhan mendadak permintaan dalam negeri berikutan krisis kewangan telah mengakibatkan lebihan kapasiti yang menyebabkan penurunan TFP.
JADUAL 2-2 KADAR PERTUMBUHAN TFP MENGIKUT INDUSTRI PEMBUATAN, 1985-1999 (%)
Industri Makanan & Minuman Tekstil & Pakaian Keluaran Kayu Perabut Kertas & Percetakan Bahan Kimia Keluaran Getah dan Plastik Keluaran Kaca & Tanah Liat Keluaran Logam Asas Keluaran Logam Dibentuk Jentera Am Jentera Elektrik Alat Kelengkapan Pengangkutan Lain-lain t.s.t.l.2 Keseluruhan Industri Pembuatan Nota:
1 2

1985-1990 5.6 10.1 8.3 -2.6 2.5 -4.1 0.3 4.4 4.3 6.1 7.6 7.7 22.3 12.9 2.6

1990-1995 9.7 2.2 -1.5 7.3 2.6 -7.8 3.7 11.1 3.3 6.1 11.0 8.6 0.7 19.2 6.6

1995-19991 2.5 8.7 6.3 9.8 1.2 -4.5 -6.3 0.4 0.9 2.4 13.3 3.6 -10.1 -9.1 3.2

1990-19991 6.5 5.1 2.0 8.4 2.0 -6.3 -0.7 6.3 2.3 4.5 12.0 6.4 -4.1 6.6 5.1

Anggaran bagi 1999 berdasarkan data awalan. t.s.t.l. Tidak disebutkan di tempat lain.

40

2.07 Dalam tempoh 1990-1999, TFP bagi sektor pembuatan dianggar telah meningkat sebanyak 5.1 peratus seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-2. Industri makanan dan minuman, perabut, keluaran kaca dan tanah liat, jentera am, jentera elektrik dan pembuatan lain telah mencatatkan kenaikan TFP yang lebih tinggi semasa tempoh separuh pertama RRJP2, sementara industri jentera am serta industri berasaskan sumber seperti tekstil dan pakaian, keluaran kayu dan perabut mengalami pertumbuhan TFP yang lebih tinggi semasa tempoh separuh kedua RRJP2. Dalam tempoh 1990-1999, industri makanan dan minuman, perabut, keluaran kaca dan tanah liat, jentera am, jentera elektrik dan pembuatan lain telah merekodkan pertumbuhan TFP yang lebih pesat berbanding dengan pertumbuhan TFP keseluruhan bagi sektor pembuatan. Prestasi TFP pada peringkat firma dibincangkan dalam Kotak 2-2. 2.08 Nisbah tambahan modal kepada pengeluaran (ICOR) telah meningkat secara purata daripada 3.3 pada tahun 1990 kepada 3.5 pada tahun 2000 dan secara puratanya 6.1 bagi keseluruhan tempoh RRJP2. ICOR yang tinggi tersebut menunjukkan kejatuhan yang mendadak dalam kecekapan modal disebabkan oleh penggunaan kapasiti yang rendah semasa kejatuhan ekonomi. Pelaburan yang besar dalam projek infrastruktur dan industri berat yang mempunyai tempoh matang yang panjang turut menyumbang kepada ICOR yang tinggi. 2.09 Dari segi permintaan, penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi ialah perbelanjaan swasta serta eksport barangan dan perkhidmatan bukan-faktor seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-3. Pelaburan swasta berkembang pada kadar purata sebanyak 2.9 peratus setahun, jauh lebih rendah daripada matlamat sebanyak 8.0 peratus setahun disebabkan oleh penguncupan ekonomi yang teruk pada tahun 1998 seperti ditunjukkan dalam Carta 2-1. Dalam tempoh tujuh tahun pertama RRJP2, pelaburan swasta merupakan pemangkin utama pertumbuhan dan berkembang pesat pada kadar 17.0 peratus setahun hasil daripada kedudukan ekonomi yang lebih baik, kadar cukai syarikat yang lebih rendah dan peningkatan dalam elaun pelaburan semula. Pelaksanaan pesat program penswastaan telah menjana pelaburan dalam negeri terutamanya dalam sektor utiliti, pengangkutan dan perkhidmatan sosial. Di samping itu, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang besar ke dalam sektor pembuatan untuk peningkatan kapasiti dalam industri berorentasikan eksport termasuk sektor minyak dan gas serta pelaburan dalam bidang yang berintensif modal dan berteknologi tinggi turut menyumbang kepada kadar pelaburan swasta yang tinggi. Galakan FDI telah diperkukuhkan dengan pengenalan beberapa pakej insentif tambahan pada tahun 1996 untuk menarik syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menubuhkan operasi mereka dalam Koridor Raya Multimedia (MSC). 41

KOTAK 2-2 PRODUKTIVITI FAKTOR KESELURUHAN


Produktiviti faktor keseluruhan (TFP) merujuk kepada keluaran tambahan yang dihasilkan daripada pembaikan dalam kaedah pengeluaran tanpa perubahan dalam input buruh dan modal. Ia termasuklah peningkatan teknologi dan pengetahuan inovasi, teknik pengurusan yang lebih baik, faedah daripada pengkhususan, peningkatan kecekapan serta pendidikan, kemahiran dan pengalaman pekerja. Kajian Sektor Korporat yang dijalankan dalam tahun 1998/99 bagi memberi perspektif mikro mengenai kesan krisis kewangan di peringkat firma, juga telah memberi gambaran mengenai kedudukan TFP di peringkat firma. Kajian ini meliputi enam subsektor utama dalam sektor pembuatan iaitu elektrik dan elektronik; tekstil, pakaian dan kasut; makanan dan minuman; bahan kimia, keluaran getah dan plastik; pembuatan bahan-bahan yang berkaitan dengan pembinaan; dan peralatan otomatif. Hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut : Firma yang mempunyai TFP tinggi t Berorientasikan eksport dengan pelaburan langsung asing dan mempunyai intensiti modal yang tinggi; Tiada atau mempunyai sedikit kawalan asing (kurang daripada 10 peratus pemilikan asing) tetapi sebahagian besar keluaran adalah dieksport (lebih daripada 50 peratus); Mempunyai nisbah inventori kepada jualan yang lebih rendah; Mengguna mesin baru (iaitu kurang dari enam tahun); Kebanyakan pengeluaran secara separa automatik; Lebih daripada 30 peratus pekerja berpendidikan tinggi (diploma/ijazah); dan Menjalankan latihan dan P&P.

t t t t t

Firma yang mempunyai TFP rendah t Menghadapi kekurangan pembekal tempatan yang berkualiti, kekurangan tenaga kerja yang mahir, kekangan kemudahan kredit serta mempunyai penyeliaan korporat yang lemah; dan Mempunyai beban hutang yang besar.

Pengajaran Pengajaran daripada krisis kewangan dalam tahun 1997-1998 di peringkat firma t Firma harus meningkatkan daya saing mereka bagi menghadapi persaingan dari negara yang mempunyai kos yang rendah; Firma yang mempunyai TFP yang tinggi lebih bersedia untuk menghadapi krisis; dan Firma perlu menggiatkan perbelanjaan untuk tujuan latihan dan P&P.

t t

42

JADUAL 2-3 MATLAMAT DAN PENCAPAIAN EKONOMI MAKRO (%) Matlamat RRJP2 Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata KDNK Penggunaan Swasta Penggunaan Awam Pelaburan Swasta Pelaburan Awam Eksport Barangan dan Perkhidmatan Bukan Faktor Import Barangan dan Perkhidmatan Bukan Faktor Guna Tenaga Tenaga Buruh 7.0 7.2 5.8 8.0 -0.4 6.3 5.7 3.1 2.9 Matlamat 2000 Peratus kepada KNK Tabungan Pelaburan Kadar Pengangguran 36.2 34.5 4.0 39.0 29.0 3.1 7.0 5.5 5.5 2.9 10.5 12.4 11.4 3.3 3.1 Pencapaian 2000 Pencapaian RRJP2

2.10 Penggunaan swasta telah berkembang pada kadar 5.5 peratus lebih rendah daripada matlamat asal sebanyak 7.2 peratus setahun terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang lebih berhemat. Usaha Kerajaan bagi menggalakkan tabungan dalam negeri serta mengawal inflasi juga telah menyumbang kepada perbelanjaan yang lebih rendah. Di samping itu, kesan negatif kekayaan berikutan daripada krisis kewangan turut mempengaruhi sentimen pengguna yang telah menyebabkan penguncupan dalam perbelanjaan pada tahun 1998. 2.11 Pelaburan awam telah berkembang sebanyak 10.5 peratus setahun berbanding dengan matlamat penurunan sebanyak 0.4 peratus setahun dalam tempoh RRJP2. Kebanyakan daripada pelaburan awam telah dilaksanakan oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) terutamanya Petroliam Nasional 43

CARTA 2-1 PERTUMBUHAN PELABURAN SEBENAR, 1990-2000


%
40 30 20 10 0 -10 -20 -30 -40 -50 -60 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000

Pelaburan Awam

Pelaburan Swasta

Berhad (Petronas), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad untuk membiayai program pengembangan dan pemodenan terutamanya dalam tujuh tahun pertama RRJP2. Peningkatan ini juga adalah hasil daripada pakej rangsangan fiskal yang dilancarkan oleh Kerajaan pada awal tahun 1998 bagi menjana pemulihan ekonomi. Tumpuan pelaburan sektor awam adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan bagi menyokong inisiatif sektor swasta dan memenuhi permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan yang lebih baik daripada masyarakat yang semakin mewah. Penggunaan awam yang merupakan 20.5 peratus daripada perbelanjaan penggunaan telah berkembang pada kadar 5.5 peratus setahun selaras dengan dasar fiskal berhemat Kerajaan. 2.12 Eksport telah memainkan peranan yang semakin penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RRJP2 terutamanya dalam menerajui pemulihan ekonomi keluar dari krisis kewangan. Sektor tersebut telah berkembang pada kadar 16.7 peratus dalam tempoh RRJP2. Sumbangan eksport daripada 44

perkakasan dan peralatan jentera elektronik dan elektrik semakin meningkat iaitu sebanyak 61.6 peratus daripada jumlah eksport pada tahun 2000 berbanding 33.3 peratus pada tahun 1990 seperti ditunjukkan dalam Carta 2-2. Permintaan yang kukuh terhadap produk ini adalah terutamanya disebabkan oleh kebimbangan terhadap masalah Pepijat Alaf (Y2K), pertumbuhan pesat Internet, telefon mudah alih dan telekomunikasi serta keperluan meningkatkan teknologi bagi tujuan meningkatkan daya saing. Import telah berkembang pada kadar purata 14.7 peratus setahun dalam tempoh RRJP2. Disebabkan kandungan import yang tinggi dalam struktur pengeluaran, pertumbuhan pesat sektor pembuatan telah menghasilkan import barangan modal yang lebih tinggi sebanyak 12.1 peratus dan barangan perantaraan sebanyak 16.2 peratus seperti ditunjukkan dalam Carta 2-3. 2.13 Kedudukan imbangan pembayaran terus kukuh pada akhir tempoh RRJP2 berikutan pertumbuhan pesat barangan eksport seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-4. Akaun barangan telah mencatatkan lebihan bagi keseluruhan tempoh RRJP2 dengan lebihan terbesar sebanyak RM86.5 bilion dicatatkan pada tahun

CARTA 2-2 STRUKTUR EKSPORT, 1990 DAN 2000 (%)

1.5 1.5 7.3 6.0 3.0 3.9 3.3 2.7 10.3 4.0 0.8

0.4

Eksport Lain Hasil Perlombongan Lain LNG Petroleum Mentah Komoditi Pertanian Lain Minyak Kelapa Sawit Barangan Perkilangan Lain Keluaran Bahan Kimia Alat Kelengkapan Pengangkutan Peralatan & Perkakasan Elektronik

Lain-lain 3.3 Perlombongan 18.3 Pertanian 19.6

3.3 1.6 3.3 13.4

25.6 14.1 5.5 10.8 1.8 2.4 4.6 10.4 14.0 14.7 19.0 85.2 8.4

Keluaran Tekstil,Kayu,Getah, Kertas & Petroleum Jentera & Peralatan Elektrik

17.0

Perkilangan 58.8

Separa Konduktor

1990 RM79,646 juta

2000 RM373,307 juta

45

CARTA 2-3 STRUKTUR IMPORT, 1990 DAN 2000 (%)

5.6 5.6

5.6 2.1 3.5 1.2 3.9

Eksport Semula & Lain-lain Makanan & Lain-lain Bahan Tahan Lama & Tidak Tahan Lama Makanan & Minuman untuk Industri Bahan Api & Pelincir

Barangan Lain 8.1 Penggunaan 7.9

8.1 3.3 4.6 2.4 3.7 73.8 26.0

46.6 Alat Ganti & Aksesori untuk Barang Modal dan Alat Kelengkapan Pengangkutan

Barang Perantaraan 65.1 33.0

22.1 Bekalan Perindustrian 0.7 Alat Kelengkapan Pengangkutan Barang Modal (kecuali Alat Kelengkapan Pengangkutan)

3.6 Barang Modal 18.9 15.0 15.3 14.3

1990 RM79,119 juta

2000 RM312,427 juta

1999. Walau bagaimanapun, akaun perkhidmatan masih mengalami defisit terutamanya disebabkan oleh aliran keluar bersih pendapatan pelaburan yang kebanyakannya berpunca daripada penghantaran pulang keuntungan dan dividen oleh pelabur asing. Di samping itu, bayaran yang tinggi bagi tambang dan insurans, bayaran kontrak dan yuran profesional serta penghantaran pulang pendapatan oleh pekerja asing juga menyumbang kepada defisit ini. Walau bagaimanapun, dasar yang dilaksanakan bagi mengukuhkan akaun perkhidmatan telah menghasilkan beberapa perubahan struktur yang menggalakkan terutamanya dalam subsektor perjalanan dan pendidikan serta pengangkutan lain. Subsektor pengangkutan lain telah mencatatkan lebihan semenjak 1994 sementara kemasukan bersih subsektor perjalanan telah menunjukkan peningkatan yang ketara. Namun, lebihan dalam akaun barangan telah dapat mengimbangi defisit akaun perkhidmatan dan menghasilkan peningkatan yang ketara dalam akaun semasa yang telah beralih kepada kedudukan lebihan bermula pada tahun 1998 seperti ditunjukkan dalam Carta 2-4. 2.14 Akaun modal jangka panjang dalam imbangan pembayaran telah mencatatkan 46

JADUAL 2-4 IMBANGAN PEMBAYARAN, 1990-2000 (RM juta)


% daripada KNK 1990 Perkara Akaun Barangan Akaun Perkhidmatan Tambang & Insurans Pengangkutan Lain Kredit 77,458 15,897 1,523 2,182 4,555 4,500 242 2,895 673 94,028 Debit 70,365 25,620 5,360 2,207 3,923 9,572 245 4,313 526 96,511 Bersih 7,093 -9,723 -3,837 -25 632 -5,072 -3 -1,418 147 -2,483 4,829 -2,836 6,309 27,025 4.3 Kredit 372,778 60,721 5,698 7,901 17,716 6,907 363 22,136 3,229 436,728 2000 Debit 293,256 101,345 18,548 5,913 7,978 34,892 384 33,629 10,964 405,565 Bersih 79,522 -40,624 -12,850 1,988 9,738 -27,985 -21 -11,493 -7,735 31,163 -21,670 3,961 7,510 113,541 4.5 Kredit 67.9 13.9 1.3 1.9 4.0 3.9 0.2 2.5 0.6 82.5 1990 Debit 61.7 22.5 4.7 1.9 3.4 8.4 0.2 3.8 0.5 84.6 Bersih 6.2 -8.5 -3.4 0.0 0.6 -4.4 0.0 -1.2 0.1 -2.2 4.2 -2.5 5.5 23.7 Kredit 119.9 19.5 1.8 2.5 5.7 2.2 0.1 7.1 1.0 140.5 2000 Debit 94.4 32.6 6.0 1.9 2.6 11.2 0.1 10.8 3.5 130.5 Bersih 25.6 -13.1 -4.1 0.6 3.1 -9.0 0.0 -3.7 -2.5 10.0 -7.0 1.3 2.4 36.5

47

Perjalanan & Pendidikan Pendapatan Pelaburan Bersih Urusniaga Kerajaan Perkhidmatan Lain Pindahan Akaun Semasa Akaun Modal Modal Jangka Panjang Rasmi Pelaburan Korporat Rizab Bank Negara Malaysia Bilangan Bulan Import Tertangguh

CARTA 2-4 AKAUN SEMASA IMBANGAN PEMBAYARAN, 1990-2000 (% daripada KNK)


%
20
17.1

15

13.9 10.0

10

0
-2.2

-5

-3.9

-4.8 -7.9 -10.2

-4.6 -6.3

-10

-9.1

-15 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000

aliran masuk bersih sebanyak RM130.1 bilion dalam tempoh RRJP2. Ini berikutan daripada aliran masuk bersih modal jangka panjang swasta berjumlah RM107.5 bilion hasil daripada kemasukan pelaburan langsung jangka panjang. Di samping itu, modal rasmi jangka panjang berjumlah RM22.6 bilion yang sebahagian besarnya adalah pinjaman luar negeri oleh PABK untuk membiayai program perkembangan dan permodenan mereka. Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan telah mencatatkan pembayaran bersih dalam tempoh RRJP2. Hasil daripada kedudukan kewangannya yang kukuh berserta dengan iltizamnya untuk mengawal hutang luar negeri pada tahap yang boleh diurus, Kerajaan Persekutuan telah membuat pembayaran terdahulu secara terpilih bagi pinjamannya yang lebih mahal dalam tempoh separuh pertama RRJP2. Oleh yang demikian, hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan telah menurun daripada RM24.7 bilion pada akhir tahun 1990 kepada RM13 bilion pada akhir tahun 1997. Walau bagaimanapun, disebabkan krisis kewangan, Kerajaan telah membuat beberapa pinjaman luar negeri yang berjumlah sebanyak RM3.9 bilion dalam tempoh 1999-2000 bagi membiayai perbelanjaan 48

untuk pemulihan ekonomi. Berikutan itu, imbangan keseluruhan dalam imbangan pembayaran yang mengambilkira akaun semasa serta aliran modal jangka pendek dan panjang telah mencatatkan lebihan sebanyak RM86.5 bilion. Rizab Bank Negara Malaysia telah meningkat kepada RM113.5 bilion yang mampu menampung 4.5 bulan import tertangguh pada akhir tempoh Rancangan. 2.15 Nisbah harga eksport dan import dalam tempoh RRJP2 telah meningkat sedikit pada kadar 0.5 peratus setahun disebabkan harga yang tinggi bagi komoditi eksport utama seperti minyak kelapa sawit, kayu balak, kayu yang digergaji, petroleum dan gas cecair asli. Seiring dengan aliran tersebut, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam kuasa beli sebenar telah berkembang sebanyak 7.8 peratus setahun, lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan keluaran sebanyak 7.0 peratus setahun. 2.16 Pengukuhan pembiayaan awam telah diteruskan dalam tempoh RRJP2, menghasilkan lebihan fiskal dalam tahun 1993-1997 berikutan pengurusan fiskal berhemat dan program penswastaan. Krisis kewangan telah memaksa Kerajaan melancarkan sebuah pakej rangsangan fiskal pada tahun 1998 bagi menampung kejatuhan yang ketara dalam pelaburan swasta. Namun demikian, akaun sektor awam telah mencatatkan lebihan keseluruhan sebanyak 1.3 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK). Pada masa yang sama, defisit keseluruhan akaun Kerajaan Persekutuan berada pada tahap 1.0 peratus daripada KNK. Walaupun peratusan hasil Kerajaan Persekutuan kepada KNK telah menurun iaitu daripada 25.9 peratus pada tahun 1990 kepada 19.9 peratus pada tahun 2000 ianya telah meningkat pada kadar purata sebanyak 7.7 peratus setahun. Ini adalah berikutan peningkatan kutipan hasil yang lebih tinggi dari cukai pendapatan syarikat dan petroleum, cukai perkhidmatan dan jualan serta hasil bukan cukai sejajar dengan pencapaian ekonomi yang memberangsangkan dalam tempoh tujuh tahun pertama RRJP2 serta pemulihan dalam permintaan aggregat dan harga minyak mentah yang lebih baik dalam tempoh 1999-2000. Saiz perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan dalam peratusan kepada KNK juga menurun daripada 21.9 peratus pada tahun 1990 kepada 18.2 peratus pada tahun 2000. Emolumen yang merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan mengurus meningkat sedikit daripada 8.0 peratus kepada KNK pada tahun 1990 kepada 8.1 peratus pada tahun 2000. Di samping itu, peratusan penjawat awam, termasuk anggota tentera dan polis, kepada jumlah penduduk telah menurun daripada 4.7 peratus kepada 4.2 peratus dalam tempoh yang sama. 2.17 Pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RRJP2 dicapai dalam persekitaran 49

inflasi yang rendah dan harga yang stabil pada kadar purata 3.4 peratus setahun, seperti ditunjukkan dalam Carta 2-5. Dalam tempoh separuh pertama RRJP2, Kerajaan telah melancarkan pakej anti-inflasi yang komprehensif untuk mengekalkan harga pada tahap yang rendah dan stabil. Kerajaan, antara lain, telah melaksanakan dasar fiskal yang berhemat dengan mengawal perbelanjaan mengurus dan menumpukan perbelanjaan pembangunan kepada projek-projek yang dapat mengurangkan kekangan infrastruktur dan bekalan. Duti import ke atas lebih daripada 3,000 barangan telah dikurangkan atau dimansuhkan untuk menurunkan harga dan mengurangkan kos bagi menjalankan perniagaan. Di samping itu, kempen anti-inflasi telah dilancarkan bagi mendidik orang awam mengenai punca dan kesan inflasi. Walau bagaimanapun, kejatuhan mendadak nilai Ringgit semasa krisis telah meningkatkan harga pengeluar dan pengguna. Untuk menangani keadaan ini, Kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah gabungan fiskal, kewangan dan pentadbiran yang berjaya mengawal kadar inflasi pada paras 2.2 peratus dalam tempoh 1999-2000. 2.18 Dalam tempoh RRJP2, negara telah mencapai satu tahap tabungan yang

CARTA 2-5 PERKEMBANGAN HARGA, 1990-2000 (%)


%
16

12

Indeks Harga Pengeluar

Indeks Harga Pengguna


0

-4 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000

50

tinggi pada kadar purata 38.0 peratus daripada KNK berbanding dengan 36.8 peratus bagi pelaburan. Peratusan tabungan kepada KNK meningkat daripada 31.6 peratus pada tahun 1990 kepada 39.0 peratus pada tahun 2000 hasil daripada kejayaan kempen untuk meningkatkan tabungan dalam negeri. Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar tabungan tersebut ialah pendapatan bolehguna yang lebih tinggi, peningkatan sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, perkembangan skim unit amanah, pengenalan instrumen simpanan dan instrumen hutang swasta yang baru, peningkatan deposit dalam sistem perbankan Islam dan nisbah pergantungan yang lebih rendah. Di samping itu, lebihan sektor awam juga menyumbang kepada peningkatan tabungan dalam negeri. Ini menghasilkan lebihan keseluruhan dalam kedudukan sumber negara.

Guna Tenaga, Upah dan Produktiviti 2.19 Dalam tempoh RRJP2 peluang pekerjaan telah meningkat pada kadar tahunan purata sebanyak 3.3 peratus. Oleh kerana kadar permintaan buruh berkembang lebih cepat berbanding dengan pertumbuhan tenaga buruh, kadar pengangguran berada pada tahap yang rendah iaitu pada purata 3.1 peratus dalam tempoh tersebut. Keadaan pasaran buruh adalah ketat terutamanya dalam sektor pembinaan dan pembuatan. Oleh itu, sebagai langkah sementara Kerajaan telah membenarkan pengambilan pekerja asing mengikut keperluan. 2.20 Tempoh RRJP2 turut menyaksikan perubahan struktur dalam guna tenaga berikutan daripada peningkatan dalam intensiti modal dan penggunaan teknologi baru. Permintaan terhadap pekerja yang berkemahiran tinggi dan berpelajaran juga telah meningkat. Jenis pekerjaan yang telah berkembang paling pesat adalah daripada kategori profesional dan teknikal serta kategori pengurusan dan pentadbiran yang meliputi 28.8 peratus daripada jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan dalam tempoh RRJP2. 2.21 Produktiviti buruh yang diukur melalui KDNK bagi setiap pekerja meningkat pada kadar 3.6 peratus setahun terutamanya pada akhir tempoh RRJP2 berikutan peralihan kepada proses pengeluaran berteknologi lebih tinggi dan peningkatan penggunaan buruh. Kenaikan kadar upah di kebanyakan sektor ekonomi adalah kecil dengan kenaikan tertinggi dalam subsektor perkhidmatan lain yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 2.7 peratus setahun. Walau bagaimanapun, kenaikan upah keseluruhan sebanyak 1.5 peratus setahun adalah lebih rendah berbanding dengan pertumbuhan produktiviti bagi semua sektor yang menunjukkan penurunan kos seunit buruh. 51

2.22 Untuk memastikan terdapat hubungan yang lebih rapat antara upah dan produktiviti, Kerajaan telah memperkenalkan Garis Panduan Sistem Reformasi Gaji pada tahun 1996. Sebanyak 114 buah syarikat telah menerima pakai ciriciri sistem upah yang berkaitan dengan produktiviti (PLWS) dalam perjanjian bersama mereka. Seminar, bengkel dan lawatan ke syarikat-syarikat telah diadakan bagi menggalak firma untuk menerima pakai PLWS. Di samping itu, Perbadanan Produktiviti Negara telah menyediakan sebuah pengkalan data dalam Internet bagi menanda aras produktiviti di sektor pembuatan dan pertanian.

Pertumbuhan dan Perubahan Sektor 2.23 Dalam tempoh RRJP2, sektor pembuatan telah berkembang sebanyak 10.4 peratus setahun dan menerajui pertumbuhan ekonomi seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-5. Sektor tersebut telah menyaksikan peningkatan dalam kecekapan pengeluaran dan keupayaan, perkembangan berterusan industri berorientasikan eksport serta pasaran yang lebih pelbagai. Tumpuan yang lebih telah diberikan kepada kualiti dan rekabentuk barangan, automasi dan penggunaan mesin, persaingan harga dan sistem pengedaran. Kemajuan telah dicapai dalam menggalakkan industri berintensif modal dan berteknologi tinggi seperti yang ditunjukkan oleh jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan. Selaras dengan dasar yang menggalakkan industri berintensif modal, nisbah pekerja bagi setiap RM1 juta pelaburan telah menurun daripada 6.03 pada tahun 1990 kepada 2.62 pada tahun 2000. 2.24 Subsektor keluaran elektrik dan elektronik telah menjadi lebih berintensif modal terutamanya dalam pengeluaran papan induk komputer, media cakera keras dan wafer silikon. Subsektor tersebut telah mempelbagaikan keluarannya kepada barangan yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi terutamanya barangan elektronik pengguna dan industri dan telah mengalami perubahan struktur dalam eksport. Eksport kelengkapan dan komponen elektronik telah berkembang sebanyak 38.6 peratus setahun dalam tempoh 1991-2000 dan melebihi eksport separa-konduktur dari segi kadar pertumbuhan dan saiz. Peratusan kelengkapan dan komponen elektronik kepada jumlah keseluruhan eksport elektronik telah meningkat daripada 23.9 peratus pada tahun 1990 kepada 57.4 peratus pada tahun 2000, sementara peratusan separa-konduktor telah merosot daripada 76.1 peratus kepada 42.6 peratus. Di samping itu, subsektor bahan keluaran kimia industri dan bahan kimia yang lain merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran sektor pembuatan. 52

J ADUAL 2-5 MATLAMAT DAN PENCAPAIAN RRJP2 MENGIKUT SEKTOR (%)


Matlamat 2000 Pencapaian 2000

1990 Peratus kepada KDNK Pertanian & Perhutanan Perlombongan Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan Duti Import ditolak Bayaran Perkhidmatan Bank Bahagian Kepada Jumlah Guna Tenaga Pertanian & Perhutanan Perlombongan Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan 26.0 0.5 19.9 6.3 47.3 0.7 16.3 9.4 24.6 3.5 46.8

13.4 5.7 37.2 3.5 45.4 -5.2

8.7 6.6 33.4 3.3 52.4 -4.5

20.0 0.5 23.9 7.4 48.2 Matlamat RRJP2

15.2 0.4 27.6 8.1 48.7 Pencapaian RRJP2

Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata Pertanian & Perhutanan Perlombongan Pembuatan Pembinaan Perkhidmatan 3.5 1.5 10.5 7.0 8.1 0.5 3.4 10.4 6.4 8.3

2.25 Sektor pembinaan telah berkembang pesat terutamanya dalam tempoh 19911997. Subsektor kejuruteraan awam telah dirangsang oleh penswastaan projekprojek infrastruktur dan kejuruteraan awam yang besar seperti jalan raya, lebuh raya, lapangan terbang, penghantaran tenaga, telekomunikasi, pengangkutan rel dan pelabuhan. Perkembangan aktiviti dalam subsektor kediaman telah disokong oleh peningkatan dalam permintaan berikutan pendapatan bolehguna yang lebih tinggi. Penggalakan industri pelancongan turut menyumbang kepada pembangunan subsektor bukan kediaman terutamanya hotel, pusat peranginan dan padang golf. Walau bagaimanapun, berikutan krisis kewangan, sektor pembinaan telah menguncup sebanyak 23.0 peratus pada tahun 1998 dan 5.6 peratus pada tahun 1999, sebelum mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.1 peratus pada tahun 2000. 53

2.26 Sektor pertanian telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.5 peratus setahun yang disumbang terutamanya oleh subsektor kelapa sawit dan makanan. Dalam tempoh RRJP2, terdapat perubahan dalam penggunaan tanah dan tenaga buruh daripada subsektor getah dan koko kepada subsektor kelapa sawit. Sejajar dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga, pembangunan sektor ini telah diorientasikan semula ke arah penggunaan sumber secara optimum dalam kedua-dua subsektor komoditi industri dan makanan melalui peningkatan produktiviti dan daya saing. 2.27 Dalam tempoh RRJP2, sektor perkhidmatan telah berkembang pada kadar purata sebanyak 8.3 peratus setahun dan peratusannya kepada KDNK telah meningkat kepada 51.7 peratus. Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi membangunkan sektor perkhidmatan sebagai sumber baru pertumbuhan di samping meningkatkan daya saing industri perkhidmatan sebagai persediaan menghadapi persekitaran yang lebih liberal. Dasar tersebut termasuklah penggalakan perkhidmatan berorientasikan eksport dalam subsektor pelancongan, pendidikan, kesihatan, khidmat pakarunding serta pengangkutan udara dan laut. Di samping itu, pembangunan komunikasi bertahap tinggi, perkhidmatan berkaitan dengan komputer dan perkhidmatan kewangan telah dipergiatkan. 2.28 Dalam sektor perkhidmatan, subsektor kewangan dan pengangkutan telah berkembang pesat seiring dengan peningkatan perdagangan dalam negeri dan antarabangsa. Pelbagai projek infrastruktur yang telah disiapkan seperti lebuhraya, perkhidmatan keretapi komuter berelektrik, rel transit ringan, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) serta Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, di samping perkembangan pesat bidang telekomunikasi telah memberangsangkan pertumbuhan subsektor pengangkutan dan komunikasi. Bekalan tenaga dan air menjadi perkhidmatan sokongan yang semakin penting bagi sektor industri yang berkembang pesat. Di samping itu, pertumbuhan subsektor perdagangan borong dan runcit, perhotelan dan restoran yang lebih kukuh menunjukkan peningkatan ketibaan pelancong serta perbelanjaan pengguna berikutan daripada pertambahan pendapatan hasil daripada pertumbuhan ekonomi.

Kemajuan Objektif Pengagihan 2.29 Terdapat hasil yang berbeza-beza dicatatkan dari segi pencapaian objekif pengagihan. Dalam aspek pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula guna tenaga, negara telah mencapai perkembangan yang ketara dalam tempoh RRJP2. Kemajuan juga telah dicatatkan dalam pembangunan MPPB. Walau bagaimanapun, pemilikan ekuiti korporat oleh Bumiputera telah menurun ke paras yang lebih rendah daripada paras yang dicatatkan pada tahun 1990. 54

2.30 Pembasmian kemiskinan. Kadar kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia telah menurun daripada 16.5 peratus pada tahun 1990 kepada 7.5 peratus pada tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-6. Bilangan isirumah miskin telah berkurang sebanyak kira-kira 39 peratus kepada 351,100 pada tahun 1999. Kadar kemiskinan di kawasan luar bandar dan bandar telah menurun hampir separuh daripada paras pada tahun 1990. Kadar ketermiskinan di kalangan rakyat Malaysia telah jatuh daripada 3.9 peratus atau 137,100 isirumah pada tahun 1990 kepada 1.4 peratus atau 64,100 isirumah pada tahun 1999. 2.31 Pengagihan Pendapatan. Purata kasar bulanan pendapatan isirumah bagi penduduk Malaysia telah meningkat dua kali ganda kepada RM2,472 pada tahun 1999. Purata pendapatan isirumah 40 peratus terendah telah meningkat sebanyak 11.7 peratus setahun, lebih rendah berbanding dengan kadar yang dicatatkan oleh kategori pendapatan isirumah 20 peratus teratas dan 40 peratus pertengahan. Pada tahun 1999, isirumah berpendapatan 20 peratus teratas memiliki 50.5 peratus daripada pendapatan berbanding 14.0 peratus yang dimiliki oleh isirumah berpendapatan 40 peratus terendah. Pekali Gini, satu ukuran keseluruhan jurang pendapatan mencatatkan peningkatan kecil daripada 0.4421 pada tahun 1990 kepada 0.4432 pada tahun 1999 menunjukkan pengagihan pendapatan yang merosot sedikit dalam tempoh RRJP2.

J ADUAL 2-6 PENCAPAIAN PEMBASMIAN KEMISKINAN1, 1990 DAN 1999


1990 Jumlah Kadar Kemiskinan2 Bilangan Isirumah Miskin Kadar Ketermiskinan 3 Bilangan Isirumah Termiskin Jumlah Isirumah Nota:
1 2

19992 Luar Bandar 21.1 492.5 5.2 121.6 2,337.3 Jumlah 7.5 351.1 1.4 64.1 4,681.5 Bandar 3.4 86.8 0.5 13.5 2,548.0 Luar Bandar 12.4 264.3 2.4 50.6 2,133.5

Bandar 7.1 82.0 1.3 15.5 1,149.3

(%) (000) (%) (000) (000)

16.5 574.5 3.9 137.1 3,486.6

Data kemiskinan merujuk kepada warganegara Malaysia. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi tahun 1999 adalah RM510 sebulan bagi saiz isirumah 4.6 di Semenanjung Malaysia; RM685 sebulan bagi saiz isirumah 4.9 di Sabah; dan RM584 sebulan bagi saiz isirumah 4.8 di Sarawak. Ketermiskinan dianggar berasaskan separuh daripada PGK.

55

2.32 Kualiti Hidup. Secara keseluruhannya, kualiti hidup dalam tempoh Rancangan menunjukkan peningkatan yang mantap di mana indeks komposit Kualiti Hidup Malaysia meningkat sebanyak 12 mata seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-7. Peningkatan yang ketara telah dicatatkan dalam bidang persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, pendidikan, perumahan serta budaya dan masa lapang kecuali bidang keselamatan awam dan kualiti alam sekitar berikutan terdapatnya lebih banyak laluan kepada kemudahan-kemudahan yang lebih baik. 2.33 Kemajuan yang ketara telah dicapai dalam meningkatkan kualiti hidup di semua negeri melalui penyediaan secara berterusan kemudahan sosial dan infrastruktur yang mencukupi bagi penduduk di luar bandar dan bandar. Ini telah dicerminkan oleh petunjuk sosioekonomi seperti bilangan motokar dan motosikal yang berdaftar bagi setiap 1,000 penduduk, telefon bagi setiap 1,000 penduduk serta kadar kematian bayi dan bilangan doktor bagi setiap 10,000 penduduk. Dari segi kemudahan asas, negeri Kelantan, Sabah, Sarawak dan Terengganu masih berada di bawah kadar purata negara sebanyak 91.2 peratus bagi liputan bekalan air paip manakala bekalan elektrik pula, hanya Sabah dan Sarawak masih berada di bawah kadar purata negara. Kawasan yang sukar dilalui dan wujudnya daerah yang terpencil telah menyukarkan penyaluran bekalan air paip dan elektrik. 2.34 Penyusunan Semula Ekuiti. Pemilikan modal saham Bumiputera dalam sektor korporat telah meningkat daripada 19.3 peratus pada tahun 1990 kepada 20.6 peratus pada tahun 1995 tetapi menurun semula kepada 19.1 peratus pada tahun 1999 seperti ditunjukkan dalam Jadual 2-8. Dalam nilai mutlak, pemilikan ekuiti Bumiputera meningkat daripada RM20.9 bilion pada tahun 1990 kepada RM59.4 bilion pada tahun 1999. Pada akhir tempoh RRJP2, sejumlah 19.6 peratus syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat berada di bawah kawalan Bumiputera. Peratusan syarikat Bumiputera dalam semua sektor ekonomi masih lagi rendah iaitu antara 8.7 hingga 32.6 peratus di mana kebanyakannya tertumpu dalam sektor pertanian, pembinaan dan pengangkutan. 2.35 Dalam tempoh separuh masa pertama RRJP2, pemilikan ekuiti bukanBumiputera telah meningkat dengan ketara daripada RM50.8 bilion pada tahun 1990 kepada RM125 bilion pada tahun 1999, walaupun peratusan ekuiti saham korporatnya telah menurun daripada 46.8 peratus pada tahun 1990 kepada 40.3 peratus pada tahun 1999. Galakan pelaburan asing untuk merangsang pertumbuhan dan mempercepatkan pemulihan ekonomi telah menghasilkan peningkatan yang nyata dalam pemilikan modal ekuiti asing dalam sektor korporat daripada 25.4 peratus kepada 32.7 peratus dalam tempoh yang sama. Pemilikan asing yang tertinggi telah dicatatkan dalam bidang seperti pembuatan, utiliti serta perdagangan borong dan runcit. 56

J ADUAL 2-7 INDEKS KUALITI HIDUP MALAYSIA, 2000 (1990=100)


Bidang Pendapatan & Pengagihan KNK Per Kapita Sebenar Pekali Gini Kadar Kemiskinan Persekitaran Kerja Kadar Pengangguran Pertikaian Perusahaan Kehilangan Hari Bekerja Kerana Tindakan Perusahaan Kadar Kemalangan Industri Pengangkutan & Komunikasi Motokar & Motosikal Persendirian Kenderaan Perdagangan Indeks Pembangunan Jalan Raya Telefon Telefon Selular Jangka Hayat Semasa Lahir (Lelaki) Jangka Hayat Semasa Lahir (Perempuan) Kadar Kematian Bayi Nisbah Doktor-Penduduk Nisbah Katil Hospital-Penduduk Pendidikan Kadar Penyertaan Pra-Sekolah Kadar Penyertaan Sekolah Menengah Kadar Penyertaan Universiti Kadar Celik Huruf Nisbah Guru-Pelajar Sekolah Rendah Nisbah Guru-Pelajar Sekolah Menengah Perumahan Harga Rumah Purata % Unit Rumah Kos Rendah kepada Jumlah Isirumah Berpendapatan Rendah % Unit Rumah Dengan Bekalan Air % Unit Rumah Dengan Bekalan Elektrik Alam Sekitar Indeks Kualiti Udara % Sungai Bersih % Kawasan Berhutan Kehidupan Keluarga % Perceraian Kadar Kelahiran Kasar Saiz Isirumah % Jenayah Juvenil Penyertaan Sosial % Pengundi Berdaftar Bilangan Pertubuhan Bukan-Keuntungan Berdaftar Bilangan Persatuan Penduduk Berdaftar Keselamatan Awam Jenayah Kemalangan Jalan Raya Kebudayaan & Rekreasi Keahlian Perpustakaan Awam Penonton T.V. Tetamu Hotel Tempatan INDEKS KUALITI HIDUP MALAYSIA Petunjuk 2000 111.46 110.28 93.34 130.76 131.80 138.79 130.88 136.89 124.16 121.47 117.26 118.62 122.90 129.04 119.51 110.43 116.77 118.81 128.10 124.80 63.68 118.83 117.96 116.25 114.28 129.71 123.05 111.74 120.75 101.08 123.27 127.04 131.59 91.90 100.98 61.48 113.22 110.54 121.36 121.72 126.39 72.70 112.95 86.94 126.58 125.32 82.07 72.32 91.83 120.10 130.89 114.82 114.59 112.03

Kesihatan

57

J ADUAL 2-8 PENCAPAIAN PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT, 1990-2000

1990 Pemilikan Ekuiti dalam Sektor Korporat (%)1 Bumiputera Bukan-Bumiputera Rakyat Asing Syarikat Nomini Guna Tenaga Bumiputera mengikut Sektor (% dari jumlah gunatenaga) Pertanian Perlombongan & Kuari Pembuatan Pembinaan Elektrik, Gas & Air Pengangkutan Perdagangan Borong & Runcit Kewangan Perkhidmatan Lain 67.9 51.9 46.4 34.9 70.2 49.0 34.5 41.1 64.7 19.3 46.8 25.4 8.5

2000

19.1 40.3 32.7 7.9

61.6 57.2 49.1 37.4 71.2 56.0 38.3 45.3 63.5

Gunatenaga Bumiputera dalam Kategori Jawatan Tinggi (% dari jumlah guna tenaga) Profesional & Teknikal Pentadbiran & Pengurusan Profesional Bumiputera Berdaftar1 (% bagi setiap pekerjaan) Akauntan Arkitek Doktor Doktor Gigi Doktor Veterinar Jurutera Juruukur Peguam 11.2 27.6 27.8 24.3 35.9 13.1 44.7 22.3 15.9 28.9 36.7 34.8 42.6 26.5 47.8 31.3 60.5 28.7 63.8 36.9

Nota:

Merujuk kepada tahun 1999

58

2.36 Program penswastaan terus menjadi alat untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat. Dalam hal ini, pelbagai garis panduan telah dirangka termasuk peruntukan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti kepada Bumiputera oleh syarikat yang menjalankan projek penswastaan, peruntukan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kerja kontrak projek penswastaan utama kepada kontraktor Bumiputera dan keperluan bagi projek besar yang diswastakan untuk menubuh program pembangunan vendor. Sehingga bulan April 2000, sejumlah 180 buah syarikat telah diberi konsesi oleh Kerajaan Persekutuan di mana 61.0 peratus daripadanya diuruskan dan dikuasai oleh Bumiputera. Kebanyakan daripada projek penswastaan yang di kawal oleh Bumiputera adalah dalam sektor pembinaan, pembuatan, pengangkutan serta perdagangan borong dan runcit. 2.37 Penyusunan Semula Guna Tenaga. Usaha Kerajaan untuk meningkatkan peratusan guna tenaga Bumiputera bagi pekerjaan di peringkat tinggi telah diperlengkapkan lagi oleh inisiatif sektor swasta dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada Bumiputera yang layak. Hasilnya, peratusan Bumiputera dalam kategori profesional dan teknikal, termasuk guru dan jururawat telah meningkat daripada 60.5 peratus pada tahun 1990 kepada 63.8 peratus pada tahun 2000. Peratusan Bumiputera dalam kategori pentadbiran dan pengurusan juga meningkat daripada 28.7 peratus kepada 36.9 peratus dalam tempoh yang sama. Walau bagaimanapun, peratusan tersebut masih rendah berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Peratusan Bumiputera yang berdaftar dalam lapan kategori pekerjaan professional iaitu akauntan, arkitek, doktor, doktor gigi, jurutera, peguam, juruukur dan doktor veterinar telah meningkat daripada 20.7 peratus pada tahun 1990 kepada 28.9 peratus pada tahun 1999. 2.38 Guna tenaga Bumiputera dalam beberapa sektor utama terus meningkat, menggambarkan pengukuhan dan peralihan dalam struktur guna tenaga Bumiputera dari sektor pertanian ke sektor lain ekonomi terutamanya sektor pembuatan, kewangan dan pengangkutan. Peratusan Bumiputera dalam sektor pembuatan adalah sebanyak 49.1 peratus, lebih rendah berbanding peratusan Bumiputera dalam sektor pertanian sebanyak 61.6 peratus. Dalam sektor pembuatan, sebilangan besar Bumiputera bekerja dalam industri seperti elektrik dan elektronik, tekstil dan keluaran tekstil, kayu dan keluaran kayu serta keluaran makanan. 2.39 Pembangunan MPPB. Dalam tempoh RRJP2, tumpuan telah diberikan kepada pembangunan MPPB yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan melalui pelbagai program pembangunan keusahawanan. Sektor swasta telah menyumbang kepada usaha tersebut dengan melaksanakan program seperti pembangunan vendor dan francais serta usaha sama. Pelaksanaan program untuk 59

membangunkan MPPB juga telah menyumbang kepada peningkatan bilangan usahawan Bumiputera dalam kedua-dua sektor korporat dan bukan korporat. Terdapat kira-kira 697,000 usahawan Bumiputera yang berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan dalam tempoh RRJP2. Di samping itu, sejumlah kira-kira 57,700 syarikat Bumiputera telah berdaftar dengan Pendaftar Syarikat dalam tempoh yang sama. Walaupun sebilangan besar usaha niaga Bumiputera telah dibangunkan dalam sektor ekonomi yang moden dan dinamik, kesan keseluruhannya masih terhad memandangkan asas perusahaan Bumiputera yang kecil di samping modal yang tidak mencukupi, kekurangan pengalaman dan kemahiran pengurusan serta terlalu bergantung kepada bantuan dan kontrak Kerajaan. Di samping itu, krisis ekonomi pada tahun 1998 telah menjejaskan prestasi perusahaan Bumiputera. Walaupun bilangan usaha niaga Bumiputera dalam sektor ekonomi yang moden dan dinamik telah meningkat, sebilangan besar usahawan Bumiputera tertumpu dalam sektor pembinaan dan aktiviti perkhidmatan di peringkat rendah seperti pengagihan gas, operasi stesen minyak dan pengurusan agensi pelancongan. 2.40 Teras pembangunan wilayah adalah untuk mengurangkan ketidakseimbangan antara negeri serta antara kawasan bandar dan luar bandar. Dalam tempoh RRJP2, negeri yang terlibat dalam aktiviti sektor moden telah berupaya mencapai pertumbuhan yang pesat berbanding dengan negeri yang bergantung kepada aktiviti pertanian. Ini telah meluaskan jurang ekonomi antara negeri yang lebih maju iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Perak dengan negeri yang kurang maju iaitu Pahang, Kedah, Perlis, Terengganu, Sarawak, Kelantan dan Sabah. Di samping itu, nisbah jurang pendapatan antara isirumah luar bandar dan bandar telah meningkat daripada 1:1.7 pada tahun 1990 kepada 1:1.81 pada tahun 1999. Bagi meningkatkan pembangunan negeri yang kaya dengan tanah dan sumber asli seperti Sabah dan Sarawak, pelaburan dalam pengeluaran pertanian terutamanya tanaman estet telah digalakkan. Begitu juga penyatuan tanah dan pengeluaran tanaman secara komersil telah digalak untuk mengembangkan ekonomi luar bandar. Sejumlah 744,350 hektar tanah telah disatukan, ditanam semula dan dipulihkan dalam tempoh RRJP2. 2.41 Bagi mempergiatkan lagi pembangunan luar bandar, Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar telah diperkenalkan di mana orientasinya telah beralih daripada pembangunan fizikal kepada penekanan yang seimbang bagi kedua-dua pembangunan manusia dan fizikal. Di samping itu, badan-badan berkanun dalam sektor pertanian telah diperkemas dan diperkukuhkan bagi membolehkan mereka menyumbang dengan lebih berkesan kepada pembangunan luar bandar. Dalam hal ini, beberapa agensi telah diswasta atau dirombak. Dua buah lembaga 60

pembangunan wilayah iaitu Lembaga Pembangunan Pahang Tenggara dan Lembaga Pembangunan Jengka telah diswastakan sementara unit pengurusan bagi lima projek pembangunan integrasi pertanian di luar kawasan jelapang padi telah ditutup. 2.42 Peluang ekonomi yang lebih banyak di pusat-pusat bandar terus menjadi daya tarikan penghijrahan masuk migran yang seterusnya telah meningkatkan pemusatan penduduk di kawasan tersebut. Pada tahun 1991, kawasan bandar telah didefinasikan semula dengan mengambil kira penggabungan kawasan dan kawasan binaan. Dengan itu, saiz penduduk bandar telah meningkat daripada 8.9 juta pada tahun 1991 kepada 14.4 juta pada tahun 2000 dan kadar perbandaran telah meningkat daripada 50.7 peratus pada tahun 1991 kepada 61.8 peratus pada tahun 2000. Pertumbuhan pesat sesetengah bandaraya dan bandar besar telah memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur dan sosial yang berkualiti. Sebagai tindak balas kepada peningkatan dalam kadar perbandaran, usaha telah diambil bagi memperbaiki perkhidmatan di bandar dan keupayaan pengurusan pihak berkuasa tempatan. Dalam tempoh RRJP2, Kota Kinabalu dan Shah Alam telah diisytiharkan sebagai bandaraya dan Majlis Daerah seperti Ampang Jaya, Selayang, Subang Jaya, Temerloh dan Kluang telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran. Di samping itu, Kerajaan telah melaksanakan dasar untuk memperluaskan pembangunan di luar kawasan pusat bandar yang sedia ada ke kawasan sekelilingnya seperti Prai, Serdang, Senawang dan Pasir Gudang. 2.43 Pembinaan dan menaik taraf jalan raya dan lebuh raya seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Lembah Klang Utara dan Lebuhraya Damansara-Puchong telah menghasilkan lebih banyak pembangunan di beberapa bandar yang sedia ada seperti Nilai, Bandar Baru Kelang dan Bandar Bukit Puchong serta penubuhan bandar baru seperti Kota Kemuning. Di samping itu, tempoh tersebut turut menyaksikan pembangunan beberapa inisiatif baru termasuk pembangunan bandar yang mempunyai ciri-ciri istimewa seperti Taman Hi-Tech Kulim, Putrajaya, Cyberjaya dan Kertih. 2.44 Dalam tempoh RRJP2, kerjasama ekonomi rantau kecil dengan negaranegara jiran telah digalakkan lagi dengan penubuhan tiga Kawasan Pertumbuhan Segitiga iaitu Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Singapura, Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina. Penubuhan kawasan segitiga tersebut telah membuka peluang perdagangan dan pelaburan baru di kalangan negara yang turut serta. Sektor swasta telah diberikan peranan utama sementara kerajaan 61

negara yang terlibat telah bertindak sebagai pemudahcara dalam pembangunan dan pelaksanaan projek-projek usaha sama dalam kawasan tersebut. Sebuah mekanisma perundingan tiga peringkat yang melibatkan sektor awam dan swasta juga telah diwujudkan bagi memperkemaskan prosedur serta memudahkan perdagangan dan perniagaan dalam kawasan berkenaan.

IV. PENUTUP 2.45 Strategi serta dasar RRJP2 telah menyumbang ke arah pengukuhan dan pemodenan asas industri negara. Negara telah mencapai pertumbuhan yang pesat walaupun dilanda krisis kewangan pada tahun 1997-1998. Ini telah diiringi oleh pertambahan yang ketara dalam tahap pendapatan dan peningkatan dalam kualiti hidup rakyat Malaysia dengan kemajuan yang nyata dalam pengurangan kadar kemiskinan.

62

BAB 3 - PERSPEKTIF EKONOMI MAKRO I. PENDAHULUAN II. PROSPEK EKONOMI MAKRO III. PENUTUP

Bab 3

Perspektif Ekonomi Makro

63

BAB 3

Perspektif Ekonomi Makro


I. PENDAHULUAN

3.01 Dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), usaha akan ditumpukan kepada meningkatkan daya tahan dan daya saing ekonomi di peringkat antarabangsa ke tahap baru yang lebih tinggi melalui penggunaan langkah yang inovatif. Ia adalah untuk meletakkan ekonomi di atas landasan pertumbuhan yang mampan bagi mencapai status negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Ini akan membolehkan Malaysia mengatasi cabaran serta merebut peluang dan faedah yang muncul daripada globalisasi dan berada di kedudukan yang lebih baik untuk menangkis dan mengurus sebarang kejutan luar.

II. PROSPEK EKONOMI MAKRO Prospek Ekonomi Antarabangsa 3.02 Tinjauan jangka panjang untuk ekonomi antarabangsa adalah dijangka positif dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar dijangka meningkat dalam semua rantau utama. Ekonomi dunia dijangka berkembang sebanyak 2.3 peratus setahun di antara tahun 2000-2010. Peningkatan ini akan dirangsang oleh pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang berterusan, perkembangan yang kukuh di Eropah dan pemulihan di Jepun seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-1. Negara sedang membangun adalah dijangka berkembang pada kadar purata 3.7 peratus setahun berikutan asas ekonomi yang lebih kukuh di kebanyakan negara, penyatuan pemulihan di Asia dan Amerika Latin dan pertumbuhan sederhana di Timur Tengah dan Afrika. 3.03 Rantau Asia Timur dan Pasifik dijangka berkembang pada kadar 5.4 peratus setahun dalam tempoh 2000-2010 yang digalakkan oleh peningkatan pelaburan dalam negeri kasar pada kadar 32.6 peratus daripada KDNK dan 65

JADUAL 3-1 TINJAUAN EKONOMI DUNIA, 2000-2010 (kadar pertumbuhan tahunan purata, %)
2000 r KELUARAN DALAM NEGERI KASAR SEBENAR Keluaran Dunia Negara Berpendapatan Tinggi Negara OECD Amerika Syarikat Jepun Kawasan Eropah Negara Bukan-OECD Negara Sedang Membangun Asia Timur & Pasifik Negara Asia Timur Yang Terjejas Oleh Krisis1 Malaysia Eropah & Asia Tengah Amerika Latin & Kepulauan Caribbean Timur Tengah & Afrika Utara Asia Selatan Sub-Sahara Afrika PERDAGANGAN DUNIA ASIA TIMUR & PASIFIK KDNK Sebenar Penggunaan Per Kapita KDNK Per Kapita Penduduk Inflasi Penengah Pelaburan Dalam Negeri Kasar (% daripada KDNK) Defisit Belanjawan Kerajaan Pusat (% daripada KDNK) Jumlah Eksport Akaun Semasa Imbangan Pembayaran (% daripada KDNK) HARGA PENGGUNA Harga Pengguna Dunia Negara Berpendapatan Tinggi Negara Sedang Membangun Asia Timur & Pasifik Malaysia HARGA KOMODITI Indeks2 Minyak Mentah Bukan-Minyak Harga (tempoh purata) Minyak Mentah (USD/bpd) Minyak Sawit (USD/tan metrik) 2000-2010 r

4.1 3.8 3.7 5.1 2.0 3.4 6.3 5.3 7.2 6.9 8.5 5.2 4.0 3.1 6.0 2.7 12.5

2.3 2.7 2.6 2.5 2.3 3.0 4.1 3.7 5.4 4.2 7.5 4.1 3.0 1.7 3.9 1.3 6.8

7.2 5.9 6.1 1.0 3.8 30.8 -2.8 19.4 3.3

5.4 5.8 5.4 0.8 4.8 32.6 0.8 8.5 5.5

2.7 1.9 5.4 3.8 2.7

58.5 1.9 28.0 322.0

-6.1 0.3 23.2 400.0

Sumber: Global Economic Prospects & Developing Countries, Bank Dunia; Disember 2000 r Nota: Ramalan 1 Termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Republik Korea dan Thailand 2 1990 = 100

66

eksport pada kadar 8.5 peratus setahun. Dengan pertumbuhan penduduk yang stabil dan inflasi yang sederhana, KDNK dan penggunaan per kapita di rantau ini dijangka berkembang melebihi 5.0 peratus dalam tempoh yang sama dan menyediakan pasaran yang lebih luas serta peluang untuk perniagaan dan perindustrian. 3.04 Dalam tempoh RRJP3, jumlah perdagangan dunia dijangka berkembang pada kadar 6.8 peratus setahun seiring dengan peningkatan keluaran dunia. Di peringkat serantau, perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) akan menjadi pemangkin kepada perkembangan perdagangan. Prospek untuk liberalisasi perdagangan selanjutnya adalah kekal baik dengan kemajuan perlaksanaan Keistimewaan Tarif Berkesan yang Seragam (CEPT) sebagai alat utama merealisasikan AFTA. AFTA yang pada asalnya dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2008 akan dilaksanakan pada tahun 2003 dengan beberapa kelonggaran diberi kepada anggota baru. Di bawah CEPT, negara anggota ASEAN akan mengurangkan tarif antara rantau dan menghapuskan sekatan kuantitatif dan halangan bukan tarif yang lain. Ringkasan mengenai komitmen dan implikasi Malaysia kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia dan AFTA adalah ditunjukkan dalam Kotak 3-1. 3.05 Sebaliknya, wujud suasana ekonomi dan kewangan yang tidak seimbang dalam pertukaran matawang USD, Euro dan Yen adalah ketara dan memberi risiko yang berterusan kepada perkembangan ekonomi antarabangsa. Tambahan pula, kurangnya inisiatif membina untuk memperkukuhkan sistem kewangan antarabangsa terutama dari segi peningkatan pergerakan modal spekulatif jangka pendek terus menjadi sumber yang berpotensi untuk menyumbang kepada ketidakstabilan dan berulangnya krisis kewangan dan ekonomi. Di samping itu, pemulihan ekonomi Asia Timur akan bergantung kepada komitmen negara yang terjejas oleh krisis kewangan untuk terus mengambil langkah penyusunan semula ekonomi secara menyeluruh termasuk sektor kewangan mereka serta memulihkan kestabilan politik. 3.06 Prospek untuk pemulihan harga komoditi adalah terhad. Harga komoditi bukan minyak dijangka meningkat pada kadar purata 3.0 peratus pada nilai semasa (0.3 peratus pada nilai sebenar) dan berkemungkinan tidak mencapai kedudukan tertinggi tahun 1995-1996. Walaupun pertambahan permintaan daripada negara perindustrian akan membantu meningkatkan harga komoditi namun penawaran dijangka melebihi permintaan. Sebaliknya, harga minyak mentah yang mencapai harga tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada tahun 2000, akan menghadapi tekanan menurun yang berterusan kesan daripada pertumbuhan terhad 67

KOTAK 3-1 KOMITMEN DAN IMPLIKASI MALAYSIA KEPADA WTO DAN AFTA
Komitmen Malaysia dalam WTO dan AFTA merangkumi capaian pasaran dalam barang-barang dan perkhidmatan serta perlindungan ke atas harta intelek. Komitmen di bawah WTO adalah terikat dengan undang-undang, dikawalselia dan dikuatkuasakan dengan berkesan di mana tiada ketidakpatuhan tertakluk kepada penyelesaian pertikaian dengan langkah-langkah penyelesaian yang tertentu. Komitmen AFTA adalah dibuat mengikut perjanjian yang dirundingkan di mana mekanisme penguatkuasaan adalah lebih fleksibel dan langkah-langkah penyelesaian diselesaikan melalui perundingan yang biasanya dibuat di peringkat politik. Komitmen Malaysia kepada WTO meliputi: t Kewajipan umum yang termaktub dalam perjanjian WTO yang berasingan adalah meliputi: pemberitahuan berkala mengenai perundangan, langkah yang diambil dalam mematuhi komitmen khusus (pertanian) dan pengenalan langkah baru (subsidi, perlesenan import, piawaian dan peraturan teknikal, pembersihan dan pembersihan kulat); Enakmen atau pindaan perundangan dalam negeri (anti-lambakan, hak harta intelek berkaitan dengan perdagangan (TRIPS) dan penaksiran kastam); dan Penubuhan tempat pertanyaan atau tempat tumpuan bagi menghapuskan langkahlangkah larangan (langkah-langkah pelaburan berkaitan dengan perdagangan (TRIMS) dan subsidi).

komitmen khusus berkaitan dengan liberalisasi perdagangan barang-barang dan perkhidmatan dengan konsensi yang terikat di mana tahap perlanggaran perjanjian memerlukan bayaran gantirugi adalah meliputi: barang-barang jenis tarif yang perlu diikuti bagi butiran pertanian dan bukan pertanian, pengurangan duti import ke atas butiran bukan pertanian, menukar halangan bukan tarif kepada halangan tarif dan mengurangkan tarif ke atas keluaran pertanian, menjamin capaian pasaran yang minimum ke atas keluaran pertanian yang dahulunya tertakluk kepada sekatan import dan pengurangan tarif kepada duti sifar bagi keluaran teknologi maklumat yang terpilih; perkhidmatan membenarkan penyertaan ekuiti asing yang selaras dengan dasar negara dalam perkhidmatan telekomunikasi, alat pandang dengar, penjagaan kesihatan, perakaunan, pengiklanan, seni bina dan kejuruteraan, pembinaan, perjalanan/pelancongan, pengangkutan laut, perniagaan dan kewangan serta menghadkan kehadiran perdagangan dalam perkhidmatan perundangan ke Wilayah Persekutuan Labuan; TRIMS mengatasi langkah WTO yang tidak selaras seperti keperluan memenuhi syarat kandungan tempatan, keperluan mengimbangkan perdagangan, sekatan pertukaran matawang asing dan penjualan dalam negeri, dan TRIPS menerimapakai dan menguatkuasakan Perjanjian WTO TRIPS yang menyediakan piawaian yang minimum bagi melindungi hak harta intelek.

68

Komitmen Malaysia di bawah ASEAN meliputi: t Komitmen AFTA di bawah Keistimewaan Tarif Berkesan Yang Seragam (CEPT) Pengurangan tarif ke atas keluaran industri, pembuatan dan pemprosesan serta bukan keluaran pertanian yang diproses dan tidak diproses termasuk beras ke dalam CEPT; dan Penghapusan kesemua sekatan kuantitatif dan halangan bukan tarif dalam tempoh lima tahun daripada tarikh kemasukannya dalam CEPT.

Perjanjian Rangkakerja mengenai Kawasan Pelaburan ASEAN (AIA) Membuka peluang pelaburan dalam sektor pembuatan kepada pelabur ASEAN mulai tahun 2003 kecuali bagi sektor sensitif yang tertentu sebagaimana ditakrifkan oleh setiap negara ahli dan pembukaan semua industri kepada pelabur ASEAN menjelang tahun 2010; dan Membuka peluang pelaburan kepada pelabur bukan ASEAN mulai tahun 2020.

Perjanjian ASEAN ke atas Liberalisasi Perkhidmatan Penyertaan dalam sistem tempatan berkomputer dan penghantaran barangan bagi pengangkutan udara dan laut; Pembangunan pusat persidangan dan taman tema untuk sektor pelancongan; Menghadkan pegangan ekuiti asing ke atas perniagaan borong dan runcit kepada 30 peratus dan penubuhan syarikat komersil bertaraf MSC dalam perkhidmatan kejuruteraan; Menghadkan pegangan ekuiti asing dalam perkhidmatan telekommunikasi kepada 35 peratus dan perkhidmatan pembinaan kepada 40 peratus; dan Menghadkan tidak lebih daripada tiga orang pakar asing dalam pengendalian ibupejabat bagi perkhidmatan kewangan dan insurans.

Implikasi komitmen Malaysia di bawah WTO dan AFTA t t Capaian pasaran menyeluruh yang lebih baik hasil daripada pengurangan tariff di bawah pasaran WTO yang luas dan pelaksanaan AFTA secara berperingkat; Industri perlu untuk terus berusaha mengekal dan mengembangkan bahagian pasarannya bagi menghadapi persaingan yang lebih hebat selaras dengan penghapusan halangan tarif secara beransur-ansur; Peralihan kepada strategi yang didorong oleh kemahiran dan teknologi bagi memperkukuhkan daya saing di bawah regim perdagangan WTO dan bergerak ke arah kesepakatan serantau di bawah regim perdagangan dan pelaburan AFTA bagi memperkukuhkan daya tahan dan daya saing industri; Mewujudkan mekanisme di bawah WTO dan AFTA bagi melindungi pengeluar tempatan daripada kenaikan import yang mendadak yang boleh memudaratkan; dan Melaksanakan komitmen secara beransur-ansur seimbang dengan tahap pembangunan.

t t

69

dalam permintaan minyak mentah Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan meningkatnya persaingan daripada kedua-dua pengeluar tenaga minyak dan bukan minyak.

Teras Ekonomi Makro 3.07 Prestasi ekonomi Malaysia akan dipengaruhi oleh perkembangan persekitaran luar memandangkan ianya sangat berkait rapat dengan ekonomi antarabangsa. Ia akan terdedah kepada risiko kejutan ekonomi dan kewangan yang melepasi sempadan negara serta rantau dan sukar untuk diramal. Pencapaian sasaran pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi akan bergantung kepada keupayaan Malaysia untuk memperkukuhkan daya tahan dan daya saingnya. 3.08 Dalam tempoh RRJP3, tumpuan pengurusan ekonomi makro adalah untuk memperkukuhkan asas ekonomi supaya terus berkembang pesat di samping mampu menghadapi kitaran kemelesetan atau kejutan luar. Usaha akan diambil untuk memastikan negara mampu mencapai pertumbuhan mampan bagi jangka panjang dengan inflasi yang rendah dan harga yang stabil serta kedudukan sumber dan imbangan luar yang kukuh. Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan juga akan menyediakan landasan mengerakkan produktiviti negara dan potensi keluaran untuk bergerak di atas laluan pertumbuhan yang lebih tinggi. Dalam hal ini, teras agenda ekonomi makro di bawah Dasar Wawasan Negara adalah seperti berikut: t meningkatkan produktiviti melalui penambahan sumbangan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) kepada pertumbuhan; t mencapai pertumbuhan yang didorong oleh permintaan dalam negeri; t meningkatkan pertumbuhan yang diterajui oleh sektor swasta; t mengurangkan kandungan import dan meningkatkan terimaan perkhidmatan bagi mengekalkan akaun imbangan pembayaran yang stabil; t menggalakkan lagi pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian; t mengekalkan kadar inflasi yang rendah dan harga yang stabil; t mencapai lebihan dalam akaun sektor awam; dan t mengekalkan tahap tabungan dalam negeri yang sesuai sebagai satu sumber penting yang boleh dilabur. 70

Prospek Ekonomi Malaysia 3.09 Dalam tempoh RRJP3, KDNK Malaysia dijangka berkembang pada kadar tahunan purata sebanyak 7.5 peratus pada harga sebenar setelah mengambil kira ramalan pertumbuhan ekonomi dunia, tabungan dan pelaburan dalam negeri serta peningkatan produktiviti. Di samping itu, pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan akan memberikan Malaysia keupayaan membangunkan teknologi tempatan dan menghasilkan keluaran baru dan dengan itu menyediakan asas pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri. Bagi menyokong strategi berkenaan, beberapa langkah akan diperkenalkan untuk menambah bilangan sumber manusia yang mahir, mempercepatkan penerapan dan penggunaan teknologi, memperkukuhkan infrastruktur fizikal dan perkhidmatan sokongan serta penerapan dasar dan strategi yang menggalakkan perniagaan.

Sumber Pertumbuhan 3.10 Bagi mencapai pertumbuhan pesat yang mampan, produktiviti akan diperbaiki dengan penekanan terhadap peningkatan sumbangan TFP kepada keluaran. Dalam tempoh RRJP3, TFP disasarkan menyumbang sebanyak 42.5 peratus daripada pertumbuhan KDNK manakala faktor buruh menyumbang sebanyak 20.9 peratus dan faktor modal sebanyak 36.6 peratus seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-2. Peningkatan dalam teknologi dan pengurusan proses pengeluaran dijangka mendorong kepada pertumbuhan TFP. Di samping kesan limpahan pelaburan, peningkatan penggunaan komputer dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pertambahan keupayaan Internet akan memberi sumbangan yang ketara kepada peningkatan TFP. Sumbangan faktor buruh dijangka didorong oleh peningkatan kualiti dan produktiviti berikutan daripada penurunan kadar pertumbuhan tenaga kerja dan usaha Kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga buruh asing tidak mahir dan separuh mahir dalam jangka sederhana dan jangka panjang. Usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan, menggiatkan latihan kemahiran dan menarik warga asing dan rakyat Malaysia di luar negara yang berkepakaran tinggi akan menyumbang kepada peningkatan kualiti buruh. Kecekapan modal yang diukur dalam nisbah tambahan modal kepada pengeluaran juga dijangka lebih baik dengan purata 4.6 dalam tempoh RRJP3 berbanding 6.1 dalam tempoh RRJP2. 71

JADUAL 3-2 SUMBANGAN FAKTOR PENGELUARAN (%) Pertumbuhan KDNK

Tempoh

Buruh

Modal

TFP

RRJP1 (1971-1990) % sumbangan % daripada jumlah RRJP2 (1991-2000) % sumbangan % daripada jumlah RRJP3 (2001-2010) % sumbangan % daripada jumlah

2.4 36.1

3.4 50.9

0.9 13.0

6.7 100.0

1.7 24.3

3.5 50.2

1.8 25.5

7.0 100.0

1.6 20.9

2.7 36.6

3.2 42.5

7.5 100.0

3.11 Dalam tempoh RRJP3, usaha yang lebih giat akan diambil untuk merangsang pertumbuhan yang diterajui oleh sumber dan kekuatan dalam negeri di mana kebolehan tempatan dalam pembangunan inovasi dan teknologi serta sumber manusia akan menjadi penyumbang utama kepada pewujudan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi. Faktor tersebut akan memberi pulangan yang meningkat kepada pertumbuhan dan meninggikan potensi keluaran dalam ekonomi. Bagi membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri, usaha akan diambil untuk memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) serta penyelidikan dan pembangunan (P&P), meningkatkan keupayaan penyerapan teknologi, memperbaiki kecekapan dalam penggunaan sumber dan memupuk industri di mana Malaysia mempunyai faedah berbanding.

Perbelanjaan Sektor Swasta 3.12 Bagi memperkukuhkan daya tahan ekonomi, permintaan dalam negeri terutamanya pelaburan swasta akan diperteguhkan bagi mendorong pertumbuhan ekonomi di samping terus menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) dalam 72

bidang strategik. Penggunaan swasta dijangka meningkat sebanyak 7.4 peratus setahun dalam tempoh RRJP3 terutama hasil daripada pendapatan bolehguna yang tinggi dan kesan kekayaan yang positif seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-3. Penggunaan swasta per kapita pada harga semasa dijangka meningkat dua kali daripada RM6,198 pada tahun 2000 kepada RM13,303 pada tahun 2010 disertai oleh suasana inflasi yang rendah. 3.13 Pelaburan swasta dijangka memperlihatkan pertumbuhan yang kukuh dengan peningkatan pada kadar 12.7 peratus setahun pada harga sebenar dan dianggarkan mencapai jumlah RM1,051.9 bilion pada harga semasa. Sementara Malaysia akan terus menarik FDI ke dalam sektor pembuatan dan sektor yang berkaitan, penekanan akan diberikan kepada industri berintensif modal dan berteknologi tinggi serta aktiviti yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi dengan kandungan pengetahuan dan kemahiran yang kukuh. Pelabur asing juga akan digalak untuk menempatkan ibu pejabat serantau P&P serta menjalankan P&P mereka di Malaysia, terutamanya di Koridor Raya Multimedia (MSC). Tambahan pula, pelaburan semula akan digalakkan untuk mengembang dan mempelbagaikan operasi sedia ada. 3.14 Dalam tempoh RRJP3, usaha lebih giat akan diambil untuk menggalakkan pelaburan dalam negeri bagi mempercepatkan pembangunan industri tempatan serta mewujudkan syarikat multinasional (MNC) Malaysia bagi tujuan memperluaskan asas industri dan kandungannya. Ini juga akan menyumbang ke arah peningkatan daya tahan ekonomi. Perniagaan dan institusi tempatan akan digalak untuk berkerjasama dengan perniagaan asing bagi membentuk pakatan strategik dalam P&P, reka bentuk keluaran, pengeluaran, pengedaran dan pemasaran. Pembuatan barangan modal dan perantaraan di mana Malaysia mempunyai faedah bersaing akan dipergiatkan bagi melengkap dan mengganti barangan import berkenaan. Perniagaan Malaysia akan juga digalak untuk memperkukuhkan rantaian mereka dengan MNC bagi merebut peluang menjadi pembekal dan sebahagian daripada rantaian nilai antarabangsa. Mereka perlu membina keupayaan dalam bidang khusus serta melibatkan diri dalam aktiviti huluan dan hiliran dalam kelompok industri. Pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan digalakkan sebagai alat penting untuk meningkatkan rangkaian antara dan dalam industri serta memperkukuhkan asas perindustrian. Usaha yang lebih giat akan dilaksanakan bagi menyediakan persekitaran yang sesuai untuk inovasi dan menjana idea baru oleh syarikat swasta. Bagi tujuan ini, rangkakerja perundangan dan institusi akan dikaji semula bagi mewujudkan persekitaran dinamik untuk perniagaan dan inovasi. Syarikat tempatan yang berpotensi akan diberikan insentif yang sesuai bagi membolehkan mereka bersaing dengan jayanya. 73

JADUAL 3-3 KELUARAN NEGARA KASAR MENGIKUT KATEGORI PERBELANJAAN, 1990-2010 (pada harga semasa dengan harga 1987 dalam italik)
RM juta Kategori 1990 Penggunaan Swasta Awam Pelaburan Swasta Awam Perubahan Dalam Stok Eksport Barangan & Perkhidmatan Bukan Faktor Import Barangan & Perkhidmatan Bukan Faktor KDNK pada Nilai Pembeli Bayaran Faktor Bersih KNK pada Nilai Pembeli KNK Per Kapita (RM) 78,113 69,573 61,687 55,354 16,426 14,219 39,348 35,886 26,065 23,772 13,283 12,114 -813 -697 88,675 76,758 86,241 75,544 119,081 105,977 -5,064 -4,320 114,017 101,657 6,298 5,616 2000 180,389 118,780 144,212 94,459 36,177 24,321 87,144 64,415 42,854 31,677 44,290 32,738 4,379 1,174 426,523 247,037 359,015 222,137 339,420 209,269 -28,606 -18,777 310,814 190,492 13,359 8,188 2010 460,149 235,737 384,503 192,559 75,646 43,178 207,005 140,840 154,387 105,042 52,618 35,798 2,347 682 930,419 489,792 877,914 437,306 722,006 429,745 -39,590 -25,087 682,416 404,658 23,610 14,000 Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) Pencapaian RRJP2 8.7 5.5 8.9 5.5 8.2 5.5 8.3 6.0 5.1 2.9 12.8 10.5 17.0 12.4 15.3 11.4 11.0 7.0 10.5 6.5 7.8 3.8 Sasaran RRJP3 9.8 7.1 10.3 7.4 7.7 5.9 9.0 8.1 13.7 12.7 1.7 0.9 8.1 7.1 9.4 7.0 7.8 7.5 8.2 7.8 5.9 5.5

Struktur Eksport dan Import 3.15 Bahagian eksport barangan pembuatan kepada jumlah eksport akan meningkat kepada 90.7 peratus manakala bahagian eksport pertanian dijangka berkurang kepada 4.3 peratus dan perlombongan berkurang kepada 2.1 peratus menjelang akhir tempoh RRJP3 seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-4. Walau 74

J ADUAL 3-4 DAGANGAN BARANGAN, 1990-2010


RM juta Perkara 1990 Eksport Kasar Pertanian & Perhutanan Minyak Sawit Getah Kayu Balak Kayu Balak Bergergaji Perlombongan Minyak Mentah & Kondenset Gas Asli Cecair Timah Pembuatan Lain-lain Jumlah Import Kasar Barangan Modal Barangan Perantaraan Barangan Pengguna Lain-lain 1 Import Tertangguh Import untuk Dieksport Semula Jumlah Nota:
1

% daripada jumlah 2010 1990 2000 2010

Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) RRJP2 RRJP3

2000

15,621 4,411 3,027 4,041 3,065 14,573 10,639 2,635 902 46,841 2,611 79,646

22,914 9,948 2,571 2,489 3,020 26,801 14,241 11,300 435

34,774 15,315 1,840 1,800 4,000 16,855 3,642 10,578 447

19.6 5.5 3.8 5.1 3.8 18.3 13.4 3.3 1.1 58.8 3.3 100.0

6.1 2.7 0.7 0.7 0.8 7.2 3.8 3.0 0.1 85.2 1.5 100.0

4.3 1.9 0.2 0.2 0.5 2.1 0.5 1.3 0.1 90.7 2.8 100.0

3.9 8.5 -1.6 -4.7 -0.1 6.3 3.0 15.7 -7.0 21.1 8.0 16.7

4.3 4.4 -3.3 -3.2 2.8 -4.5 -12.7 -0.7 0.3 8.7 15.0 8.0

317,937 729,377 5,657 22,870

373,307 803,876

14,967 51,517 6,222 3,251 75,957 3,162 79,119

47,064 106,329 230,611 582,201 17,372 11,070 49,105 36,785

18.9 65.1 7.9 4.1 96.0 4.0 100.0

15.1 73.8 5.6 3.5 98.0 2.0 100.0

13.4 73.1 6.2 4.6 97.3 2.7 100.0

12.1 16.2 10.8 13.0 15.0 7.2 14.7

8.5 9.7 10.9 12.8 9.7 13.0 9.8

306,118 774,420 6,309 21,490

312,427 795,909

Barang dua guna.

bagaimanapun, eksport keluaran pembuatan berasaskan pertanian dijangka meningkat dengan perkembangan pemprosesan keluaran pertanian dalam negeri serta pembangunan Malaysia sebagai hub makanan halal antarabangsa. Di antara sektor komoditi utama, minyak sawit, petroleum dan gas asli cecair (LNG) akan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport. Subsektor elektrik dan elektronik akan terus menjadi penyumbang utama kepada eksport barangan pembuatan yang berjumlah 75.6 peratus. 75

3.16 Berhubung dengan import, bahagian barangan modal dan perantaraan dijangka terus menjadi penyumbang terbesar iaitu kira-kira 87 peratus daripada jumlah import. Walau bagaimanapun, import barangan tersebut dijangka meningkat pada kadar yang lebih rendah dengan kadar pertumbuhan barangan modal merosot daripada 12.1 peratus setahun dalam tempoh RRJP2 kepada 8.5 peratus setahun dalam tempoh RRJP3 dan bagi barangan perantaraan daripada 16.2 peratus setahun kepada 9.7 peratus setahun dalam tempoh yang sama. Arah aliran ini menghasilkan peningkatan keupayaan dalam negeri untuk mengeluarkan sebahagian daripada barangan tersebut termasuk lebih banyak PKS yang mengeluarkan barangan perantaraan.

Pertumbuhan dan Perubahan Struktur Ekonomi 3.17 Sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian akan menjadi pendorong kepada pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RRJP3 seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-5. Sektor tersebut akan diperkukuhkan berikutan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang akan mempercepatkan penyerapan teknologi dan amalan pengurusan moden serta peningkatan nilai ditambah serta produktiviti. Sektor pembuatan dijangka berkembang pada kadar purata 8.3 peratus setahun dengan bahagiannya kepada KDNK meningkat kepada 36.0 peratus menjelang tahun 2010. Pemodenan kilang dan mesin serta latihan bagi pekerja berpengetahuan dan berkemahiran akan membolehkan penyerapan teknologi generasi baru. Walaupun sektor pembuatan akan terus tertumpu kepada keluaran elektrik dan elektronik, subsektor ini dijangka semakin dipelbagai dan canggih dan dengan itu menjana nilai ditambah yang lebih tinggi. Usaha akan diambil untuk mempercepatkan peralihan ke arah aktiviti dan keluaran yang bernilai tinggi serta memperkukuhkan rangkaian dalam subsektor dan dengan sektor-sektor ekonomi yang lain. Industri berasaskan sumber seperti petrokimia, farmaseutikal, oleokimia, keluaran kayu dan berasaskan kayu serta keluaran makanan akan digalakkan seiring dengan industri lain seperti automotif, aeroangkasa dan keluaran logam dibentuk. 3.18 Pembaharuan dasar dalam sektor pembuatan akan ditumpukan kepada penghapusan halangan dan peraturan ketat yang dihadapi oleh sektor tersebut serta memperluas dan memperdalamkan asasnya. Tujuannya adalah untuk mencapai pertumbuhan yang lebih pelbagai dalam sektor elektronik serta subsektor lain terutamanya pemprosesan makanan, industri kimia termasuk baja, keluaran kimia lain, keluaran plastik dan keluaran petoleum termasuk petrokimia. Memandangkan teknologi merupakan kunci bagi Malaysia mencapai aspirasi untuk menjadi negara maju, P&P akan digalakkan di kalangan industri Malaysia. Rangkaian atau kerjasama 76

J ADUAL 3-5 SUMBER PERTUMBUHAN MENGIKUT INDUSTRI ASAL DAN STRUKTUR PENGELUARAN, 1991-2010 (pada harga 1987)
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) Sektor RRJP2 Pertanian, Perhutanan, Ternakan & Perikanan Perlombongan & Kuari Pembuatan Pembinaan Elektrik, Gas & Air Perniagaan Borong & Runcit, Hotel & Restoran Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi Kewangan, Insurans, Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan Perkhidmatan Kerajaan Perkhidmatan Lain (-) Bayaran Perkhidmatan Bank (+) Duti Import RRJP3 Pencapaian RRJP2 Sasaran RRJP3 2000 2010 Sumber Pertumbuhan (%) Struktur Pengeluaran (% daripada KDNK)

0.5 3.4 10.4 6.4 9.6 8.3 8.9 11.0 4.6 7.4 11.8 2.1

3.5 -2.7 8.3 6.6 7.5 9.1 9.7 8.9 3.3 9.1 7.0 3.9

0.1 0.3 3.0 0.2 0.3 1.2 0.6 1.1 0.4 0.5 0.7 0.1

0.3 -0.1 2.9 0.2 0.3 1.5 0.9 1.1 0.2 0.7 0.5 0.1

8.7 6.6 33.4 3.3 3.4 14.9 8.0 11.8 7.0 7.5 6.8 2.3

5.9 2.4 36.0 3.1 3.4 17.3 9.8 13.5 4.7 8.7 6.5 1.7

KDNK pada Nilai Pembeli

7.0

7.5

7.0

7.5

100.0

100.0

Sektor Pertama Sektor Kedua Sektor Ketiga Mengambilkira Pelarasan Ke atas Duti Import Tolak Bayaran Perkhidmatan Bank Sektor Pertama Sektor Kedua Sektor Ketiga

1.6 9.9 8.3

1.2 8.1 8.4

0.3 3.2 4.1

0.1 3.1 4.6

15.3 36.7 52.4

8.4 39.1 57.4

1.3 9.6 7.8

1.2 8.1 8.4

0.3 3.0 3.8

0.1 2.9 4.4

14.7 35.3 50.0

8.0 37.4 54.5

77

di antara institusi penyelidikan sektor awam dengan industri akan digalakkan. Usaha akan dipergiatkan untuk menggalakkan penggunaan teknologi tempatan dan menghubungkan sumber teknologi dari kedua-dua sumber tempatan dan asing dengan pasaran di Malaysia. Melalui ICT, syarikat Malaysia akan juga terlibat dalam kontrak kecil di peringkat antarabangsa dan mendapatkan sumber luar untuk mengeluar dan memasarkan barangan pada harga yang berdaya saing. Terdapat juga liputan yang lebih luas bagi keluaran yang dapat memenuhi citarasa pengguna. 3.19 Bagi meningkatkan sumbangan PKS kepada pertumbuhan ekonomi, usaha akan diambil untuk memperbaiki pengurusan kewangan dan kemahiran pemasaran mereka serta memperkukuhkan rantaian mereka dengan industri berskala besar. Satu kawasan perindustrian yang khusus yang disediakan dengan perkhidmatan sokongan juga akan diwujudkan untuk menempatkan PKS bagi tujuan mencapai ekonomi bidangan. Usaha juga akan diambil untuk membantu kelompok industri berkongsi sumber seperti maklumat, pengalaman dan inovasi serta mengeluarkan barangan dan perkhidmatan akhir secara bersepadu. 3.20 Dalam tempoh RRJP3, Kerajaan akan terus mengalakkan sektor perkhidmatan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan dan sumber eksport yang berpotensi bagi memperkukuhkan kedudukan imbangan pembayaran. Sektor perkhidmatan yang lebih cekap akan dibangunkan untuk menggalakkan kecekapan dan daya saing industri yang lebih tinggi. Sektor perkhidmatan dijangka berkembang sebanyak 8.4 peratus setahun dan bahagiannya kepada KDNK dijangka meningkat kepada 57.4 peratus setahun menjelang tahun 2010. Usaha akan diteruskan untuk membangunkan Malaysia sebagai hub serantau bagi pengangkutan udara dan laut serta sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Sektor pengangkutan dan komunikasi, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, dan perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Semasa ekonomi berasaskan pengetahuan berkembang, arus baru aktiviti perkhidmatan terutamanya yang berkaitan dengan ICT dijangka akan dijana. 3.21 Sektor pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi akan didorong oleh lebih banyak keluaran yang mampu dan mudah diperolehi serta oleh pengangkutan yang lebih bersepadu. Kemajuan dalam sektor ini akan membolehkan negara membina kekuatannya sebagai sebuah pusat perdagangan serantau yang utama. Sektor kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan akan memperolehi manfaat daripada usaha penyatuan dan penstrukturan yang berterusan. Pelan Induk Sektor Kewangan akan memandu pembangunan sektor kewangan 78

dan insurans. Pembangunan pasaran bon dan penggunaan e-dagang yang lebih meluas akan mendorong pertumbuhan sektor tersebut. Sektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran akan digerak melalui kesan kekayaan yang positif serta usaha yang lebih giat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dan pusat membeli-belah. Negara akan terus dipromosikan sebagai pusat persidangan, konvensyen dan pameran antarabangsa. Di samping itu, promosi keluaran pelancongan seperti pelancongan berasaskan ekologi dan pelancongan berasaskan pertanian, tarikan budaya, riadah dan aktiviti berkaitan dengan sukan serta pelancongan yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan dijangka akan terus mendorong peningkatan pertumbuhan sektor pelancongan. Pembangunan MSC sebagai hub teknologi maklumat dan e-dagang akan menyaksikan peningkatan pembangunan keluaran dan perkhidmatan multimedia termasuk pembangunan perisian yang diperlukan oleh industri yang terlibat dalam media elektronik, animasi dan penerbitan selepas penggambaran. 3.22 Sektor pertanian dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 3.5 peratus setahun dengan minyak sawit terus kekal sebagai penyumbang utama. Pengeluaran makanan dijangka meningkat dengan lebih tinggi melalui penglibatan sektor swasta yang lebih luas dalam penanaman secara moden dan berskala besar khususnya di kawasan pengeluaran makanan kekal termasuk zon akuakultur serta taman teknologi pertanian dan taman hortikultur. Sementara sektor ini kekal sebagai pembekal utama makanan, sumber pertumbuhan baru akan digunakan sepenuhnya terutama dalam keluaran berasaskan herba yang bernilai tinggi, ikan hiasan dan bunga-bungaan serta pelancongan berasaskan ekologi dan pelancongan berasaskan pertanian. Walaupun pengeluaran getah dijangka terus mengalami kejatuhan, usaha akan diambil untuk meningkatkan daya majunya melalui peningkatan hasil, menggalakkan penanaman klon getah balak, menerap penggunaan teknologi baru dan menyatukan tanaman getah dengan aktiviti ekonomi lain yang berdaya maju. Usaha untuk menggalakkan pelaburan di luar negara bagi tanaman makanan dan perladangan akan diteruskan untuk memastikan bekalan bahan mentah kepada industri tersebut di samping mengambil peluang daripada kos pengeluaran yang lebih murah dan sumber yang tersedia di luar negara. 3.23 Sektor pembinaan dijangka berkembang pada kadar 6.6 peratus setahun dalam tempoh RRJP3. Penyumbang utama kepada pertumbuhan ini adalah daripada projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan yang bermula pada akhir tempoh RRJP2 seperti Rangkaian Keretapi Ekspres bagi Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan pembangunan Putrajaya serta projek-projek lain bagi memperkukuhkan infrastruktur sosial. Subsektor kediaman dan ruang komersil dijangka terus mengalami pertumbuhan yang perlahan dalam tempoh separuh pertama Rancangan 79

terutamanya disebabkan oleh baki penawaran yang berlebihan dengan kediaman yang tidak dapat dijual sebanyak 45,500 unit dan kadar pengisian ruang komersil sebanyak 75 peratus pada pertengahan tahun 2000. 3.24 Selaras dengan Dasar Susutan Negara, sektor perlombongan dijangka merosot sebanyak 2.7 peratus setahun dalam tempoh RRJP3 dengan jangkaan penurunan keluaran minyak mentah pada kadar 7.5 peratus setahun. Walau bagaimanapun, subsektor minyak mentah akan kekal penting dengan sumbangannya sebanyak 79.8 peratus kepada keluaran sektor perlombongan. Di samping itu, dengan beroperasi sepenuhnya kilang LNG III Malaysia, subsektor gas dijangka berkembang sebanyak 7.9 peratus setahun dalam tempoh RRJP3. Malaysia dijangka menjadi pengimport bersih petroleum dalam tempoh separuh kedua RRJP3. Perkembangan Harga 3.25 Dalam tempoh RRJP3, kadar purata inflasi dijangka mencapai 2.7 peratus setahun. Indeks harga import dianggarkan mencatatkan peningkatan sederhana pada kadar purata 2.2 peratus setahun. Dasar kewangan akan memastikan bahawa pertumbuhan penawaran wang dan penciptaan kredit tidak menyumbang kepada inflasi yang lebih tinggi. Kerajaan akan terus mengamalkan dasar fiskal berhemat untuk mencapai belanjawan seimbang dalam tempoh separuh kedua RRJP3. Usaha juga akan diambil untuk memastikan peningkatan upah adalah seiring dengan peningkatan produktiviti. Langkah untuk menggalakkan automasi dan teknik penjimatan buruh serta menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita dan pesara ke dalam pasaran buruh akan mengurangkan tekanan terhadap permintaan buruh. Usaha untuk memastikan penawaran barangan dan perkhidmatan yang mencukupi serta mengurangkan kos pengedaran dan pemasaran akan mengurangkan kekangan penawaran. Pembiayaan Pembangunan 3.26 Dengan pulihnya ekonomi, sektor awam dijangka kembali ke peranan asalnya sebagai pemudah cara kepada sektor swasta menerajui pertumbuhan ekonomi. Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan akan kekal rendah di sekitar 14.0 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KNK) dalam tempoh RRJP3 melalui pengurusan fiskal yang berhemat dan dengan penggunaan sumber yang cekap. Dalam tempoh tersebut, perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada RM250.0 bilion atau 5.1 peratus daripada KNK seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-6. Perbelanjaan pembangunan Kerajaan 80

J ADUAL 3-6 PERBELANJAAN DAN PEMBIAYAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 1991-2010 (RM juta)
% daripada KNK Perkara Pencapaian RRJP2 516,660 231,285 173,131 105,543 6,701 Sasaran RRJP3 925,280 378,452 382,986 153,457 10,385 Pencapaian RRJP2 23.5 10.5 7.9 4.8 0.3 Sasaran RRJP3 18.8 7.7 7.8 3.1 0.2

Jumlah Hasil Cukai Langsung Cukai Tidak Langsung Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Jumlah Perbelanjaan Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Pembangunan Lebihan/Defisit Keseluruhan Sumber Pembiayaan Pinjaman Luar Negeri Bersih 1 Pinjaman Dalam Negeri Bersih Penggunaan Harta Terkumpul & Terimaan Khas Nota: 1(-) Menunjukkan bayaran balik bersih

400,587 153,742 -23,025

688,784 250,000 -5,204

18.2 7.0 -1.0

14.0 5.1 -0.1

-10,875 35,182 -6,962

-0.5 1.6 -0.3

Persekutuan akan terus ditumpukan kepada penyediaan dan penyelengaraan infrastruktur sosial dan fizikal untuk mengurangkan lagi kemiskinan, memperbaiki kemudahan sosial, memodenkan sektor keselamatan, mengurangkan ketidakseimbangan wilayah dan membantu daya usaha sektor swasta. Keutamaan yang tinggi juga akan diberi kepada pembangunan sumber manusia dan Kerajaan akan terus mengambil pekerja yang berkebolehan dan berkelayakan tinggi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. 3.27 Bagi sektor awam keseluruhannya, perbelanjaan mengurus dijangka di sekitar 16.4 peratus daripada KNK seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-7. Perbelanjaan pembangunan sektor awam dijangka lebih tinggi iaitu pada RM517.4 bilion dalam tempoh RRJP3 berbanding dengan RM364.5 bilion dalam tempoh RRJP2. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48.4 peratus merupakan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan manakala sebahagian besar bakinya adalah daripada Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK). Walaupun pada harga 81

JADUAL 3-7 PERBELANJAAN DAN PEMBIAYAAN SEKTOR AWAM YANG DISATUKAN, 1991-2010 (RM juta)
% daripada KNK Perkara Hasil Sektor Kerajaan & Lebihan Semasa PABK1 Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan Pembangunan Lebihan/Defisit Keseluruhan Sumber Pembiayaan Pinjaman Luar Negeri Bersih 2 Pinjaman Dalam Negeri Bersih Penggunaan Harta Terkumpul & Terimaan Khas3 Pencapaian RRJP2 850,261 456,678 364,469 29,113 Sasaran RRJP3 1,399,341 807,790 517,436 74,114 Pencapaian RRJP2 38.6 20.7 16.6 1.3 Sasaran RRJP3 28.4 16.4 10.5 1.5

17,797 -40,148 -6,762

0.8 -1.8 -0.3

Nota: 1 Sektor Kerajaan terdiri daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan & Badan Berkanun. 2 (-) Menunjukkan bayaran balik bersih. 3 (-) Menunjukkan penambahan harta terkumpul; (+) pengurangan dalam harta terkumpul.

semasa, perbelanjaan pembangunan sektor awam adalah lebih besar berbanding dengan tempoh RRJP2, namun pada harga sebenar ianya adalah lebih rendah. Ini adalah selaras dengan dasar mengurangkan penglibatan langsung sektor awam dalam aktiviti ekonomi. 3.28 Dalam tempoh RRJP3, akaun sektor awam yang disatukan dijangka mencatatkan lebihan keseluruhan kira-kira RM74.1 bilion atau 1.5 peratus daripada KNK, kesan daripada pungutan hasil yang lebih baik dan peningkatan lebihan semasa daripada PABK. Lebihan ini akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan dengan itu sektor awam tidak perlu meminjam dengan banyak daripada sumber luar atau menyaingi sektor swasta. Imbangan Pembayaran 3.29 Lebihan dalam akaun dagangan dijangka berkurang secara beransuransur dengan pertumbuhan eksport lebih perlahan berbanding dengan pertumbuhan import di sepanjang tempoh RRJP3 seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-8. Import yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh aktiviti pelaburan swasta yang tinggi 82

yang memerlukan import barangan modal dan perantaraan. Walau bagaimanapun, usaha akan diambil bagi mengurangkan nilai import barangan perantaraan antara lain dengan menggalakkan penggunaan lebih banyak sumber tempatan dan mendapatkan sumber import yang lebih murah dari luar negara. Seiring dengan ini, keanjalan import dijangka berkurang daripada 1.6 dalam tempoh RRJP2 kepada 1.0 dalam tempoh RRJP3. 3.30 Defisit perkhidmatan dijangka semakin besar dalam tempoh separuh pertama RRJP3 tetapi pulih dalam tempoh separuh kedua. Defisit tersebut sebahagian besarnya disebabkan oleh bayaran tambang dan insurans serta pengaliran keluar pendapatan pelaburan yang lebih tinggi. Dalam hubungan ini, kecekapan dan keupayaan industri perkapalan dalam negeri akan dipertingkatkan. Bagi industri pengangkutan udara dan insurans, usaha akan diambil bagi memperkukuhkan lagi tahap kecekapan dan produktiviti mereka. Di samping itu, beberapa langkah akan diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti pelaburan asing serta mengurangkan penghantaran balik keuntungan ke luar negara dengan menggalakkan pelaburan semula. 3.31 Usaha untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pusat kecemerlangan pendidikan serantau akan menghasilkan penerimaan yang lebih tinggi daripada bayaran perjalanan dan pendidikan dan ini akan membantu mengurangkan defisit akaun perkhidmatan. Di samping itu, perubahan dalam struktur ekonomi yang dijangka akan mengurangkan pergantungan kepada buruh asing dijangka mengurangkan bayaran pindahan.

J ADUAL 3-8 IMBANGAN PEMBAYARAN, 1990-2010 (RM juta)


% daripada KNK Perkara 1990 2000 2010 1990 Akaun Dagangan Akaun Perkhidmatan Tambang & Insurans Pengangkutan Lain Perjalanan & Pendidikan Pendapatan Pelaburan Bersih Urusniaga Kerajaan Perkhidmatan Lain Pindahan Akaun Semasa 7,093 -9,723 -3,837 -25 632 -5,072 -3 -1,418 147 -2,483 79,522 -40,624 -12,850 1,988 9,738 -27,985 -21 -11,493 -7,735 31,163 50,891 -38,176 -20,082 11,863 27,122 -39,090 -74 -17,915 -4,201 8,514 6.2 -8.5 -3.4 0.0 0.6 -4.4 0.0 -1.2 0.1 -2.2 2000 25.6 -13.1 -4.1 0.6 3.1 -9.0 0.0 -3.7 -2.5 10.0 2010 7.5 -5.6 -2.9 1.7 4.0 -5.7 0.0 -2.6 -0.6 1.2

83

3.32 Dengan defisit perkhidmatan yang berterusan, akaun semasa dijangka mencatatkan lebihan yang kecil pada tahun 2010. Bagi mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang baik, Kerajaan, antara lain akan memperkenalkan satu gabungan dasar fiskal, kewangan dan kadar tukaran asing yang sesuai untuk menggalakkan pembentukan modal, daya saing eksport dan inflasi dalam negeri yang rendah.

Nisbah Harga Eksport-Import 3.33 Nisbah harga eksport-import dijangka merosot sebanyak 1.2 peratus setahun dalam tempoh RRJP3. Harga eksport dijangka mencatatkan peningkatan tahunan yang lebih kecil sebanyak 1.0 peratus berbanding 2.2 peratus bagi harga import. Kejatuhan nisbah harga eksport-import adalah berkaitan dengan jangkaan kejatuhan harga komoditi eksport yang utama seperti petroleum mentah, kayu balak, timah dan LNG. Walau bagaimanapun, harga eksport barangan pembuatan adalah dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus setahun dan ini dapat memperbaiki pendapatan dari keluaran pembuatan yang dieksport daripada 85.2 peratus daripada jumlah eksport pada tahun 2000 kepada 90.7 peratus pada tahun 2010. KDNK dari segi kuasa beli sebenar akan meningkat kira-kira 6.0 peratus iaitu pada kadar yang perlahan sedikit daripada kadar pertumbuhan keluaran sebanyak 7.5 peratus.

Imbangan Sumber 3.34 Profil jurang tabungan-pelaburan dalam tempoh RRJP3 memberi petunjuk yang baik kepada pertumbuhan mampan ekonomi Malaysia. Tabungan sebagai peratusan daripada KNK dianggarkan pada kadar purata 33.9 peratus manakala pelaburan dianggarkan sebanyak 31.6 peratus mencatatkan lebihan tabungan daripada pelaburan kira-kira 2.3 peratus daripada KNK seperti ditunjukkan dalam Jadual 3-9. Sektor awam dijangka mempunyai lebihan sebanyak 1.6 peratus daripada KNK sementara sektor swasta dijangka mempunyai lebihan sebanyak 0.7 peratus dalam tempoh tersebut.

Guna Tenaga 3.35 Dalam tempoh RRJP3 penawaran buruh dijangka berkembang sebanyak 3.1 peratus setahun. Dengan unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 7.5 peratus setahun dan pertumbuhan permintaan buruh sebanyak 3.1 peratus setahun, kadar 84

J ADUAL 3-9 IMBANGAN SUMBER, 1990-2010 (% daripada KNK)


Terkumpul Sektor 1990 2000 2010 Pencapaian RRJP2 Sasaran RRJP3

NEGARA Tabungan Pelaburan Imbangan Sumber AWAM Tabungan Pelaburan Imbangan Sumber SWASTA Tabungan Pelaburan Imbangan Sumber 19.3 22.1 -2.8 23.1 14.0 9.1 23.3 22.9 0.4 21.1 23.7 -2.6 22.3 21.6 0.7 12.3 11.7 0.6 15.9 15.0 0.9 8.6 7.8 0.8 16.9 13.1 3.8 11.6 10.0 1.6 31.6 33.8 -2.2 39.0 29.0 10.0 31.9 30.7 1.2 38.0 36.8 1.2 33.9 31.6 2.3

pengangguran dijangka berkurang daripada 3.1 peratus pada tahun 2000 kepada 2.5 peratus menjelang tahun 2010. Sumber utama pertumbuhan guna tenaga adalah daripada sektor pembuatan yang dijangka berkembang pada kadar 4.1 peratus setahun dan sektor perkhidmatan pada kadar 3.7 peratus setahun. Guna tenaga dalam sektor kerajaan dijangka mencatatkan peningkatan yang lebih kecil iaitu 2.1 peratus setahun dalam tempoh RRJP3 berbanding dengan 4.1 peratus bagi sektor bukan kerajaan. 3.36 Penekanan dalam pembangunan sumber manusia adalah bagi mewujudkan bilangan kritikal tenaga kerja mahir dan pekerja yang berpengetahuan, menggalakkan lebih banyak mobiliti buruh dan menyediakan pendidikan dan latihan berorentasikan pasaran untuk mengurangkan pengangguran berstruktur. Kadar penyertaan tenaga buruh dijangka meningkat dengan penyertaan lebih ramai wanita dan pesara serta fleksibiliti kerja yang meningkat seperti telekerja dan kerja sambilan. Pergantungan kepada buruh asing yang berkemahiran rendah juga akan dikurangkan manakala pekerja asing yang mempunyai kepakaran yang sesuai akan diambil secara berpilih. 85

III.

PENUTUP

3.37 Tempoh RRJP3 akan memperlihatkan cabaran yang penting kepada ekonomi Malaysia. Dalam hubungan ini, Malaysia perlu mempertingkatkan daya tahan, produktiviti dan daya saingnya bagi mencapai kadar pertumbuhan yang tinggi dan mampan supaya selaras dengan hasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Sasaran pertumbuhan akan diselaraskan dengan potensi keluaran dalam ekonomi dan disertai dengan inflasi yang rendah dan kestabilan harga serta kedudukan imbangan fiskal dan imbangan luar yang baik. Peningkatan kandungan pengetahuan dalam aktiviti ekonomi, peningkatan produktiviti dan penggunaan sumber yang cekap akan menjadi pendorong utama kepada pertumbuhan. Penyaluran pengetahuan kepada sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan akan meningkatkan sumbangan kepada pertumbuhan. Asas bagi strategi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri juga akan diperkukuhkan dalam tempoh tersebut. Sektor swasta akan terus menjadi enjin pertumbuhan manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang menggalakkan.

86

BAB 4 - MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT BERSATU PADU DAN SAKSAMA I. PENDAHULUAN II. HALA TUJU MASA DEPAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAGIHAN III. PENUTUP

Bab 4

Membina Sebuah Masyarakat Bersatu Padu dan Saksama

88

BAB 4

Membina Sebuah Masyarakat Bersatu Padu dan Saksama

I.

PENDAHULUAN

4.01 Objektif agenda pengagihan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, RRJP3 (2001-2010), akan terus diutamakan melalui Dasar Wawasan Negara (DWN) bagi memastikan penyertaan yang seimbang dan saksama di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah. DWN akan mengekalkan teras asas Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mana strategi serampang dua mata untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat dalam konteks pertumbuhan pesat akan kekal penting untuk mencapai objektif utama ke arah perpaduan negara. Pelaksanaan DWN juga akan berlandaskan kepada kejayaan yang telah dicapai terutamanya melalui DEB dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). 4.02 Berikutan pencapaian yang ketara dalam pengurangan kemiskinan di bawah DEB dan DPN, program pembasmian kemiskinan akan ditumpukan ke arah meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, bagi membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin dalam tempoh RRJP3, pendekatan menyeluruh yang dilaksanakan pada masa lalu akan diorientasikan semula dengan mensasarkan kepada kumpulan yang belum menikmati faedah pembangunan dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Pada masa yang sama, program di bawah strategi penyusunan semula masyarakat akan diperkemas untuk memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi. Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera, DWN akan menekankan semula kepada keperluan mencapai sasaran kuantitatif menjelang akhir tempoh RRJP3. Langkah juga akan diambil untuk membina Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, menggalakkan penyertaan aktif Bumiputera dalam ekonomi berasaskan pengetahuan di samping 89

memperkukuh daya tahan dan daya saing mereka bagi menghadapi cabaran globalisasi. Bagi mencapai keseimbangan wilayah, usaha akan dijalankan untuk mengurangkan ketidakseimbangan di antara negeri lebih maju dengan kurang maju.

II. HALA TUJU MASA DEPAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAGIHAN 4.03 Penekanan utama objektif pengagihan dalam tempoh RRJP3 adalah untuk memastikan penyertaan yang lebih seimbang dan saksama di kalangan berbagai kumpulan etnik. Langkah akan diambil untuk memperkukuh dan memperkemas program penyusunan semula, memperbaiki mekanisme pelaksanaan serta memperkenalkan langkah baru. Perhatian khusus akan terus diberikan kepada usaha meningkatkan kualiti dan memastikan penyertaan Bumiputera yang berkekalan. Teras agenda pengagihan adalah seperti berikut: t membasmi kemiskinan mutlak dan meningkatkan bahagian pendapatan isi rumah 30 peratus terendah tanpa mengira kaum; t meningkatkan saiz kumpulan berpendapatan pertengahan; t mencapai penyertaan berkesan dan pemilikan ekuiti Bumiputera sekurangkurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010 dalam konteks pertumbuhan ekonomi tanpa melibatkan penyusunan semula peringkat mikro bagi usaha niaga yang sedia ada; t mewujudkan usahawan Bumiputera yang berdikari dan berdaya tahan melalui program untuk membangunkan MPPB; t menyediakan persekitaran yang membolehkan Bumiputera menghadapi cabaran globalisasi; t menggalakkan penyertaan berkesan Bumiputera dan kumpulan lain yang belum menikmati faedah pembangunan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan; t memastikan corak guna tenaga mencerminkan komposisi etnik penduduk; t meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia; dan t meningkatkan keseimbangan wilayah melalui pembangunan pesat negeri kurang maju. Pembasmian Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan 90

4.04 Kejayaan program pembasmian kemiskinan terus menjadi pra-syarat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Antara program pembasmian kemiskinan utama yang dilaksanakan dalam tempoh DEB dan DPN adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 4-1. Memandangkan kadar kemiskinan keseluruhan berkurang dengan ketara kepada 7.5 peratus pada tahun 1999, program pembasmian kemiskinan dalam tempoh RRJP3 akan lebih dijuruskan kepada kumpulan sasar yang khusus. Langkah akan ditumpukan kepada usaha membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di semua wilayah, terutamanya di kawasan pedalaman serta di kalangan kumpulan yang belum menikmati faedah pembangunan seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti Bumiputera lain di Sabah dan Sarawak. Bagi memudahkan pelaksanaan program yang dijuruskan kepada kumpulan sasar yang khusus, satu kajian bagi memperolehi profil golongan miskin dan termiskin akan dijalankan. Usaha juga akan dijalankan untuk membasmi kemiskinan di bandar terutamanya di kalangan mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar. Kemiskinan mutlak dijangka dapat dikurangkan kepada 0.5 peratus menjelang akhir tahun 2005. Teras program pengagihan pendapatan pula adalah bagi mewujudkan kumpulan berpendapatan pertengahan yang lebih besar. Di samping itu, usaha akan terus dijalankan bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk 30 peratus terendah. Kerajaan akan memperkemas kriteria kelayakan mendapat bantuan yang berasaskan pendapatan isi rumah dan akan mengubahsuai kelayakan pendapatan tersebut setiap tiga tahun. Bagi tempoh tiga tahun pertama RRJP3, kelayakan pendapatan ditetapkan pada kadar RM1,200 sebulan bagi setiap isi rumah. 4.05 Sebagai satu langkah jangka panjang untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidaksamaan pendapatan, pendidikan akan kekal sebagai alat utama bagi meningkatkan taraf dan kedudukan individu dalam masyarakat. Usaha akan dipergiat bagi memastikan golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah mendapat faedah daripada berbagai langkah yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan. Bantuan kewangan akan diberikan kepada pelajar dari keluarga miskin sehingga ke peringkat universiti. Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan prestasi pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah terutama di kalangan pelajar Bumiputera di sekolah luar bandar. Penekanan akan diberi untuk meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran seperti bahasa Inggeris, matematik dan sains. Antara lain, langkah tersebut termasuk menetapkan tanda aras dan sasaran prestasi pelajar serta memperbaiki mekanisme penyampaian bagi memastikan sekolah di luar bandar setanding dengan sekolah di bandar. Usaha juga akan dijalankan untuk mengurangkan kadar keciciran di kalangan pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah. Kerajaan juga 91

KOTAK 4 - 1 PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN


Pembasmian kemiskinan merupakan antara program penting dalam pembangunan Malaysia. Sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.7 peratus pada tahun 1990. Seterusnya, di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN), sasarannya adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia kepada 7.2 peratus dan kadar ketermiskinan kepada 0.5 peratus menjelang tahun 2000. Kadar kemiskinan dikira berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK). PGK didefinisikan sebagai pendapatan yang mencukupi untuk membeli sejumlah makanan minimum yang dapat memenuhi keperluan pemakanan sihat isi rumah serta keperluan asas lain seperti pakaian dan alas kaki, sewa, bahan bakar dan tenaga, pengangkutan dan komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK ini dikemaskini setiap tahun berasaskan perubahan Indeks Harga Pengguna. Strategi dan Program Strategi utama pembasmian kemiskinan adalah menyediakan peluang pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi, sementara bantuan kebajikan hanya diberikan kepada warga tua dan golongan orang kurang upaya yang tidak mendapat pekerjaan. Memandangkan kebanyakan golongan miskin terlibat dalam sektor pertanian, mereka digalakkan untuk turut serta dalam aktiviti perladangan moden dan aktiviti bukan ladang atau luar ladang. Program yang telah dilaksanakan di bawah DEB dan DPN adalah seperti berikut: t Menempatkan semula golongan yang tidak bertanah dan mereka yang mempunyai saiz tanah yang tidak ekonomi ke dalam skim pembangunan tanah baru. Peneroka disediakan sebuah rumah yang dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik; Membangunkan tanah pertanian secara in-situ melalui pemulihan dan penyatuan tanah, penanaman semula tanaman komersil yang telah tua dengan klon baru yang mempunyai hasil lebih tinggi dan teknik penanaman yang lebih baik; Menyepadukan pembangunan pertanian dan luar bandar dengan aktiviti pemprosesan hiliran bagi hasil ladang dan menggalakkan industri desa dan keusahawanan luar bandar untuk menjana sumber pendapatan tambahan; Memperkenalkan tanaman padi dua kali setahun atau luar musim, tanaman selingan dan tanaman campuran di atas plot tanah yang sama bagi menambah pendapatan daripada tanaman utama; Mewujudkan pasar tani di pusat bandar supaya hasil ladang boleh dijual secara terus serta mendapat harga yang lebih baik; Menyediakan latihan dan pendidikan mengenai pertanian serta mengenai sikap dan nilai untuk menggalak peserta menjadi petani yang lebih produktif; Menyediakan latihan perindustrian dan vokasional kepada tenaga kerja luar bandar disertai dengan kemudahan kredit dan sokongan yang berkaitan bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan luar ladang atau memulakan perniagaan sendiri di kawasan luar bandar dan di pusat bandar; Memperbaiki peluang memperoleh pendidikan serta menyediakan bantuan buku teks dan kewangan kepada anak-anak dari keluarga miskin; dan

t t t

92

Menyediakan infrastruktur dan kemudahan sosial sebagai sebahagian daripada program umum untuk meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia. Bagi penduduk luar bandar, program tersebut termasuk penyediaan air bersih dan air paip, bekalan elektrik, jalan, perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta sekolah termasuk asrama luar bandar.

Dalam tempoh DPN, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah diperkenalkan untuk membantu golongan termiskin. Program ini menyediakan satu daftar profil isi rumah termiskin dan satu pakej projek yang disesuaikan dengan keperluan khusus mereka seperti meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan, perumahan yang lebih baik, makanan tambahan untuk kanak-kanak dan bantuan pendidikan. Bantuan secara terus telah diberikan kepada golongan termiskin yang kurang upaya dan tua. Di samping itu, golongan termiskin juga diberikan pinjaman tanpa faedah untuk membeli saham dalam skim amanah saham (ASB-PPRT) supaya dividennya dapat menambah pendapatan mereka. Badan bukan Kerajaan dan sektor swasta telah membantu usaha Kerajaan dalam menjayakan program pembasmian kemiskinan. Melalui kerjasama yang erat, mereka menyediakan pinjaman perniagaan kecil, latihan perindustrian, peluang pekerjaan, bantuan pendidikan untuk kanak-kanak dan perumahan yang lebih baik.

akan membina lebih banyak sekolah termasuk sekolah berasrama penuh dan menyediakan infrastruktur yang berkaitan di kawasan luar bandar serta menaiktaraf sekolah sedia ada. 4.06 Selain pendidikan, penyediaan perkhidmatan kesihatan dan kemudahan sosial lain juga merupakan satu langkah jangka panjang yang penting untuk membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup. Kerajaan akan terus memastikan bahawa keperluan golongan miskin dan berpendapatan rendah dapat dipenuhi apabila program kesihatan dilaksanakan. Isi rumah miskin dan berpendapatan rendah akan didedahkan dengan amalan pemakanan yang lebih baik bagi meningkatkan tahap kesihatan mereka. Di samping itu, liputan kemudahan seperti elektrik, air bersih serta pengangkutan dan komunikasi akan diperluas supaya meliputi kawasan pedalaman dan sekitarnya terutama di Sabah dan Sarawak. Kerajaan akan memastikan lebih banyak rumah kos rendah dibina oleh sektor swasta untuk faedah golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah melalui beberapa langkah seperti mengetatkan penguatkuasaan terhadap pemaju perumahan dan memperbaiki pengagihan rumah kos rendah berdasarkan keperluan dan kelayakan. Pinjaman akan dijadikan lebih mampu dan mudah diperoleh untuk golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah. Mengenai pembiayaan kredit mikro, peruntukan pinjaman melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan diperluas ke setiap negeri. 4.07 Dalam tempoh RRJP3, penekanan akan diberi untuk meningkatkan kualiti 93

hidup warga tua dan golongan orang kurang upaya. Bagi warga tua, kebajikan mereka akan diambil kira dalam usaha pembangunan negara. Antara kemudahan yang akan dipertingkatkan untuk faedah golongan orang kurang upaya termasuk pengangkutan awam, pendidikan, perumahan dan sukan. Semua bangunan, kompleks beli-belah, hospital, bank, pejabat dan kemudahan awam yang baru dan sedia ada akan dijadikan lebih mesra golongan orang kurang upaya. Usaha yang lebih juga akan dijalankan untuk menyediakan latihan dan pendidikan kepada golongan ini bagi memudahkan penempatan dan peluang mendapat kerja. Pada masa yang sama, sektor swasta dan badan bukan Kerajaan dijangka lebih bersedia untuk menerima golongan istimewa ini dan memenuhi keperluan mereka. 4.08 Langkah akan diambil untuk memperkenalkan lebih banyak aktiviti menjana pendapatan bagi meningkatkan pendapatan isi rumah golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, strategi penjanaan pendapatan yang khusus bagi luar bandar dan sektor pertanian akan dilaksanakan melalui pertanian bersepadu, moden dan komersil seperti yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga. Adalah perlu untuk meningkatkan aktiviti menjana pendapatan khususnya di kalangan penanam padi, pekebun kecil getah, nelayan dan pekerja estet memandangkan kadar kemiskinan di kalangan mereka adalah tinggi. Dalam sektor kecil padi, penanam padi yang mempunyai tanah bersaiz kecil dan tidak ekonomi akan digalakkan untuk turut serta dalam projek penyatuan tanah khususnya di kawasan jelapang padi utama. Penanam padi juga akan digalakkan untuk mempelbagaikan kegiatan ke dalam sektor kecil lain seperti akuakultur dan penternakan. Pendapatan pekebun kecil getah akan dipertingkatkan dengan penggunaan sistem penanaman yang inovatif iaitu penanaman klon getah balak (LTC) dan juga mengusaha penanaman getah secara bersepadu dengan aktiviti pertanian lain seperti penternakan, penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi meningkatkan pendapatan nelayan, lebih banyak aktiviti hiliran dan bukan perikanan lain akan digalakkan. Bagi pekebun kecil kelapa sawit pula, Kerajaan akan menggalakkan mereka menggunakan dana yang baru ditubuhkan untuk penanaman semula kelapa sawit. Di samping itu, mekanisme untuk menjana pendapatan pekebun kecil juga akan diwujudkan bagi melindungi petani yang berpendapatan rendah pada masa kesukaran. Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup pekerja estet. Program yang bersesuaian juga akan diperkenalkan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh bekas pekerja di estet yang dipecahkan. 4.09 Kerajaan akan menjalankan penyiasatan yang khusus mengenai pendapatan isi rumah di Sabah dan Sarawak untuk menentukan kedudukan kemiskinan, tahap pendapatan dan kualiti hidup di berbagai tempat serta di kalangan berbagai kumpulan Bumiputera seperti Kadazandusun, Iban, Bajau, Murut, Bidayuh dan

94

Melanau. Penemuan penyiasatan akan digunakan untuk memperbaiki lagi langkah membasmi kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk di Sabah dan Sarawak terutamanya di kawasan pedalaman dan terpencil. 4.10 Dalam tempoh RRJP2, jurang pendapatan antara berbagai kategori kumpulan pendapatan telah meningkat sedikit. Bahagian pendapatan kumpulan isi rumah 20 peratus teratas telah meningkat sedikit kepada 50.5 peratus pada tahun 1999 berbanding dengan pengurangan kepada 14 peratus bagi kumpulan isi rumah 40 peratus terbawah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-1. Di samping itu, pekali Gini iaitu satu ukuran keseluruhan ketidaksamaan pendapatan, meningkat sedikit daripada 0.4421 pada tahun 1990 kepada 0.4432 pada tahun 1999 dan ini menunjukkan ketidaksamaan pendapatan telah melebar sedikit. 4.11 Langkah yang bersesuaian akan diambil bagi menambah pendapatan isi rumah kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan. Pekerja terutamanya dari kategori pekerjaan lebih rendah akan digalak untuk meningkatkan kemahiran mereka melalui pendidikan dan latihan. Satu lagi langkah penting untuk menambah pendapatan isi rumah ialah dengan menggalakkan lagi penyertaan wanita dalam guna tenaga. Antara langkah yang akan diambil termasuk memperkenalkan waktu kerja anjal dan kerja sambilan yang akan membolehkan mereka bekerja dan pada masa yang sama mengurus rumahtangga. Bagi membantu lagi wanita yang bekerja, penyediaan kemudahan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan tadika akan terus ditambah. Ruang untuk pusat tersebut akan dijadikan sebagai sebahagian daripada kemudahan yang akan disediakan oleh pemaju dalam projek perumahan, bangunan pejabat dan komersil yang baru. 4.12 Bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan secara berkesan dalam tempoh RRJP3, program sedia ada akan digabungkan dan diperkemas di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). SPKR akan meliputi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan program pembasmian kemiskinan lain bagi menangani isu kemiskinan am dan ketermiskinan tanpa mengira kumpulan etnik di kedua-dua kawasan luar bandar dan bandar. Program Sepadu Pembangunan Desa Terpencil akan diperkukuh di bawah SPKR untuk membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin terutama di kawasan pedalaman dan di kalangan Orang Asli serta kumpulan minoriti Bumiputera lain di Sabah dan Sarawak. Bagi meningkatkan lagi kesejahteraan dan kualiti hidup isi rumah miskin dan berpendapatan rendah melalui Program Pembangunan Insan, SPKR akan menyemai sikap menghargai diri dan berdikari di kalangan isi rumah dan komuniti yang terlibat. 95

J ADUAL 4-1 PENDAPATAN ISI RUMAH KASAR BULANAN PURATA DAN BAHAGIAN PENDAPATAN MENGIKUT KUMPULAN PENDAPATAN, 1990 DAN 1999
1990 1999

Pendapatan Purata (RM) Malaysia 20% Teratas 40% Pertengahan 40% Terbawah Bandar 20% Teratas 40% Pertengahan 40% Terbawah Luar Bandar 20% Teratas 40% Pertengahan 40% Terbawah Bahagian Pendapatan (%) 20% Teratas 40% Pertengahan 40% Terbawah Pekali Gini 50.0 35.5 14.5 0.4421 50.5 35.5 14.0 0.4432 1,169 2,925 1,037 424 1,606 3,981 1,255 558 957 2,277 787 369 2,472 6,268 2,204 865 3,103 7,580 2,844 1,155 1,718 4,124 1,577 670

4.13 Usaha juga akan dijalankan untuk memastikan kadar inflasi dibendung pada paras yang rendah supaya perkhidmatan dan barangan mampu dibeli oleh golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah. Bagi menilai kemajuan masyarakat di kedua-dua kawasan luar bandar dan bandar, Kerajaan akan membentuk petunjuk untuk mengukur kualiti hidup mereka. Di samping itu, badan bukan Kerajaan dan sektor swasta dijangka melaksanakan program dan projek pembasmian kemiskinan mereka secara berkesan bagi memenuhi tanggungjawab bersama bagi membangunkan negara. 96

Kualiti Hidup 4.14 Kualiti hidup semua rakyat Malaysia dijangka terus meningkat dalam tempoh RRJP3. Pendapatan per kapita benar akan bertambah melebihi lima peratus setahun berikutan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Memandangkan kadar kemiskinan semakin berkurang ke tahap yang sangat rendah, penekanan yang lebih akan diberikan kepada usaha meningkatkan pendapatan isi rumah, terutama bagi kumpulan 30 peratus terendah. Pelaburan yang besar dalam penyediaan dan penyaluran kemudahan dan perkhidmatan sosial khususnya pendidikan, kesihatan dan perumahan akan menyumbang lagi kepada peningkatan kualiti hidup rakyat. Sehubungan dengan itu, enrolmen di prasekolah, sekolah menengah dan universiti akan ditingkatkan. Melalui pelaksanaan yang lebih giat dalam pendekatan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar, pembangunan daya kreatif dan kemahiran berfikir akan diberi penekanan. Usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan dan latihan dijangka mempercepat pembangunan sumber manusia. Lebih ramai tenaga manusia terlatih, berkemahiran dan berorientasikan teknologi maklumat (IT) akan dihasilkan bagi menggerakkan negara ke arah ekonomi berasaskan perindustrian dan pengetahuan. 4.15 Usaha yang telah dijalankan untuk menambah peluang pekerjaan serta menyediakan suasana kerja yang lebih selesa, termasuk keselamatan pekerjaan dan penyelesaian pertikaian akan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik. Kemajuan dalam perkhidmatan kesihatan dan perumahan juga akan menyumbang kepada tahap kesihatan, jangka hayat dan kesejahteraan isi rumah yang lebih baik. Penambahan kemudahan pengangkutan dan komunikasi akan menyediakan perkhidmatan yang pantas dan lebih baik untuk kelancaran berbagai aktiviti ekonomi. Kualiti alam sekitar secara keseluruhannya dijangka meningkat dengan usaha lebih mantap yang diambil untuk memastikan alam sekitar yang lebih bersih, sihat dan produktif melalui penggunaan teknologi baru dan yang bertambah baik serta pengurusan alam sekitar yang lebih berkesan. Manakala bagi keselamatan awam, kadar jenayah dan kemalangan jalan raya dijangka berkurang berikutan usaha gigih yang dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk mengadakan kempen kesedaran. Melalui perkembangan positif tersebut, rakyat Malaysia dijangka dapat hidup lebih lama, sihat dan bermakna dalam persekitaran yang bersih dan selamat. Penyusunan Semula Ekuiti 4.16 Pemilikan modal saham Bumiputera dalam sektor korporat berkurang sedikit daripada 19.3 peratus pada tahun 1990 kepada 19.1 peratus pada tahun 97

J ADUAL 4-2 HAK MILIK MODAL SAHAM (PADA NILAI TARA) SYARIKAT BERHAD1, 1990 DAN 1999 (RM juta)
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%), 1991-1999 12.3 10.5 10.0 18.0 29.9 15.6 11.4 12.4

Kumpulan Hak Milik Bumiputera2 Rakyat Malaysia Lain Cina India Lain-lain Rakyat Asing Syarikat Nomini Jumlah

1990 20,877.5 50,754.0 49,296.5 1,068.0 309.5 27,525.5 9,220.4 108,377.4

% 19.3 46.8 45.5 1.0 0.3 25.4 8.5 100.0

1999 59,394.4 125,013.3 117,372.4 4,752.9 2,888.0 101,279.2 24,389.5 310,076.4

% 19.1 40.3 37.9 1.5 0.9 32.7 7.9 100.0

Nota: 1 Tidak termasuk pegangan Kerajaan melainkan melalui agensi amanah. 2 Termasuk saham yang dipegang melalui institusi yang menyalurkan dana bagi individu Bumiputera dan agensi amanah seperti Lembaga Tabung Haji (LTH), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

1999 seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-2. Peratusan pemilikan modal saham kumpulan etnik Cina berkurang daripada 45.5 peratus kepada 37.9 peratus dalam tempoh yang sama manakala pemilikan kumpulan etnik India pula meningkat kepada 1.5 peratus pada tahun 1999. Pemilikan oleh rakyat asing telah meningkat dengan ketara daripada 25.4 peratus pada tahun 1990 kepada 32.7 peratus pada tahun 1999. Dalam tempoh RRJP3, usaha yang gigih akan dijalankan untuk meningkatkan penyertaan berkesan Bumiputera serta pemilikan ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010. Penyusunan semula ini akan dilaksanakan dalam konteks pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan peluang yang lebih banyak untuk semua rakyat Malaysia dan tanpa perlu mengambil langkah penyusunan semula mikro bagi usaha niaga sedia ada. Perhatian khusus akan diberi untuk meningkatkan pemilikan ekuiti di kalangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti Kadazandusun, Iban, Bajau, Murut, Bidayuh dan Melanau. Bagi mencapai sasaran ini, Bumiputera perlu melipatgandakan usaha mereka dalam berbagai bidang termasuk memanfaatkan peluang yang wujud daripada peningkatan hubungan saling melengkapi dan sinergi dalam industri tempatan serta dengan rakan asing. Bumiputera perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan keupayaan keusahawanan serta mengubah cara pemikiran mereka supaya dapat mengambil bahagian secara berkesan dalam peluang yang wujud. 98

4.17 Usaha akan dipergiat untuk meningkatkan tabungan dan pelaburan Bumiputera dan kumpulan lain yang belum menikmati faedah pembangunan bagi memastikan penyertaan bermakna mereka serta pencapaian sasaran kualitatif dan kuantitatif pemilikan ekuiti korporat. Bagi menjayakan usaha ini, Dana Amanah Saham Nasional (DASN) akan diwujudkan bagi memastikan pengagihan pemilikan ekuiti yang lebih meluas di kalangan Bumiputera dan kumpulan lain yang belum menikmati faedah pembangunan. 4.18 Memandangkan pemilikan ekuiti korporat yang rendah di kalangan kumpulan etnik India, perhatian akan diberi bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam tempoh RRJP3. Sehubungan dengan itu, usaha akan dijalankan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti mereka kepada 3.0 peratus menjelang tahun 2010. Pada masa yang sama, satu kajian akan dijalankan untuk menilai tahap penyertaan kumpulan etnik India dalam ekonomi bagi merangka strategi dan program yang bersesuaian. 4.19 Program sedia ada akan dikaji semula sementara langkah baru dan berinovatif akan diperkenalkan. Pelaburan langsung asing dalam bidang strategik akan terus digalakkan dan sehubungan dengan ini, kemahiran keusahawanan dan keupayaan teknologi Bumiputera akan dipertingkatkan supaya dapat memanfaatkan peluang yang wujud. Syarikat Bumiputera mesti mengambil peluang daripada perolehan luar di peringkat dunia yang ditawarkan oleh syarikat multinasional dan menceburi aktiviti huluan dan hiliran yang berkaitan. Pembentukan usahasama strategik dengan syarikat asing juga akan digalakkan. Sementara itu, perkongsian dan usahasama yang berkesan di antara syarikat Bumiputera dengan bukan Bumiputera akan dipertingkatkan bagi mewujudkan perniagaan rakyat tempatan yang kukuh, berdaya tahan dan bertaraf dunia. Di samping itu, satu kajian semula terhadap garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing akan dijalankan bagi meningkatkan keberkesanannya. 4.20 Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Berbagai langkah akan diambil untuk menggalakkan penyertaan usaha niaga Bumiputera dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan yang dinamik. Memandangkan syarikat Bumiputera telah menembusi sektor pembinaan, pengangkutan dan pertanian, mereka perlu mempelbagaikan usaha ke dalam aktiviti lain yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi. Bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera yang rendah dalam sektor pembuatan iaitu 12.5 peratus seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-3, usaha akan dijalankan untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam sektor kecil pembuatan seperti industri elektrik dan elektronik, farmaseutikal, kimia, petrokimia, bioteknologi, bahan komposit dan termaju, kelengkapan pengangkutan dan makanan. Bagi 99

J ADUAL 4-3 HAK MILIK MODAL SAHAM (PADA NILAI TARA) SYARIKAT BERHAD 1 MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN SEKTOR, 1999 (%)

Kumpulan Hak Milik

Pertanian

Perlombongan

Pembuatan

Utiliti

Pembinaan

Perdagangan Borong & Runcit

Pengangkutan

Kewangan

Lain-lain

Jumlah

Bumiputera Individu Institusi2 Agensi Amanah 3 Bukan Bumiputera Cina India Lain-lain Rakyat Asing Syarikat Nomini Jumlah Nota:
1 2 3

28.5 16.9 8.8 2.8 39.3 37.3 1.2 0.8 23.9 8.3 100.0

19.0 12.1 0.1 6.8 58.4 55.8 1.5 1.1 18.0 4.6 100.0

12.5 6.7 3.7 2.1 27.3 26.7 0.3 0.3 56.3 3.9 100.0

12.2 10.7 0.1 1.4 31.1 30.8 0.2 0.1 32.5 24.2 100.0

26.5 11.2 7.5 7.8 50.2 48.5 1.5 0.2 17.9 5.4 100.0

15.2 8.6 4.2 2.4 43.8 42.0 1.5 0.3 36.4 4.6 100.0

24.2 22.7 0.0 1.5 47.4 45.2 1.8 0.4 20.2 8.2 100.0

20.5 17.9 1.9 0.7 43.2 39.7 2.0 1.5 26.0 10.3 100.0

20.5 16.9 0.3 3.3 46.3 41.4 4.5 0.4 26.6 6.6 100.0

19.1 14.3 3.1 1.7 40.3 37.9 1.5 0.9 32.7 7.9 100.0

100

Seperti di Jadual 4-2. Merujuk kepada saham yang dipegang oleh institusi seperti Lembaga Tabung Haji (LTH) dan skim unit amanah. Merujuk kepada saham yang dipegang oleh agensi seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

memudahkan penyertaan Bumiputera, persekitaran yang boleh membantu mereka akan diwujudkan termasuk penyediaan insentif dan pembiayaan bagi menyalurkan teknologi yang bersesuaian serta kepakaran pengurusan. Agensi seperti Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) akan membantu mengenalpasti peluang perolehan dari luar yang ditawarkan serta mengesan arah aliran teknologi dan mencari rakan niaga yang berpotensi. Agensi tersebut juga akan menyebarkan maklumat secara lebih berkesan untuk membantu usahawan Bumiputera. 4.21 Berhubung dengan kemudahan pembiayaan, satu saluran khas akan diwujudkan di dalam tabung sedia ada untuk membolehkan syarikat Bumiputera terutama yang mempunyai cagaran minimum, mendapatkan capaian yang lebih banyak kepada kemudahan pembiayaan tersebut. Keupayaan modal teroka sedia ada juga perlu diperluas untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor pembuatan dan perniagaan inovatif yang lain. Bagi menyediakan pembiayaan kepada lebih ramai Bumiputera, beberapa dana khusus yang ditubuhkan oleh Kerajaan akan diperkukuh dengan menyediakan kepakaran dalam menilai perniagaan berisiko yang berpotensi tinggi untuk berjaya. Perhatian akan diberi untuk mempercepat proses kelulusan memandangkan kepantasan adalah faktor penentu kejayaan dalam usaha niaga. Kerajaan akan mengkaji semula, menggabungkan dan memperkemas dana sedia ada yang khusus untuk usaha niaga Bumiputera. Pembiayaan untuk perniagaan Bumiputera yang disediakan melalui sistem perbankan akan diorientasikan semula kepada sektor dinamik. Pada masa ini, daripada 27.1 peratus jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang telah dimanfaatkan oleh perniagaan Bumiputera, peratusan terbesar adalah untuk pembelian harta bertanah, kenderaan pengangkutan dan sekuriti serta dalam sektor pembinaan seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-4. 4.22 Di samping itu, syarikat Bumiputera mesti menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk mencipta serta membangunkan produk baru. Bagi tujuan ini, kerjasama di antara syarikat Bumiputera dengan universiti serta institusi penyelidikan awam akan diperkukuh. Usaha juga akan diatur bagi membolehkan syarikat Bumiputera menggunakan infrastruktur dan kemudahan penyelidikan sedia ada di institusi berkenaan. Berhubung dengan penyertaan Bumiputera dalam mengkomersilkan hasil penyelidikan, peruntukan Tabung Pengkomersilan Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) yang diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) akan ditambah dan sebuah tabung khas akan ditubuhkan untuk membiayai aktiviti di peringkat pra-pengkomersilan. 101

J ADUAL 4-4 PERATUSAN PINJAMAN1 YANG DISALURKAN KEPADA BUMIPUTERA OLEH INSTITUSI PERBANKAN MENGIKUT SEKTOR, SEHINGGA 31 DISEMBER 2000

Sektor

Pembelian Sekuriti Pembelian Kenderaan Pengangkutan Pembelian Harta Bertanah Kegunaan Persendirian Kad Kredit Pembelian Barangan Tahan Lama Pengguna Pertanian, Pemburuan, Perhutanan & Perikanan Perlombongan & Kuari Pembuatan Utiliti Pembinaan Perdagangan Borong & Runcit & Hotel Pengangkutan, Penyimpanan & Perhubungan Kewangan, Insurans, Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan Perkhidmatan Masyarakat, Sosial & Persendirian Lain-lain Jumlah

12.0 16.3 19.8 3.2 2.3 0.4 3.4 0.2 7.2 3.7 11.7 5.6 5.6 5.4 1.7 1.5 100.0

Nota:

Jumlah pinjaman kepada Bumiputera bagi semua sektor ialah RM107.5 bilion manakala jumlah keseluruhan pinjaman ialah RM397.1 bilion.

102

4.23 Syarikat Bumiputera telahpun terlibat secara meluas dalam industri perusahaan makanan terutamanya secara kecil dan sederhana. Dalam tempoh RRJP3, mereka perlu meningkatkan dan memperbaiki pengeluaran produk makanan halal selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat pasaran untuk makanan halal dunia. Oleh itu, mereka perlu meluaskan pasaran ke luar negara memandangkan terdapat potensi yang besar untuk produk halal terutamanya di lebih daripada 50 negara Islam di seluruh dunia. Persijilan halal dan persijilan kesihatan yang berkaitan perlu diperoleh untuk mengembangkan usaha niaga mereka ke pasaran antarabangsa. 4.24 Penyertaan Bumiputera dalam sektor perkhidmatan masih lagi rendah terutamanya dalam perkhidmatan utiliti, perdagangan borong dan runcit, pelancongan, perkapalan dan kewangan. Pada tahun 1999, pemilikan ekuiti korporat Bumiputera adalah sebanyak 12.2 peratus dalam perkhidmatan utiliti dan 15.2 peratus dalam perdagangan borong dan runcit seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-3. Dalam perkhidmatan kewangan, peratusan ekuiti korporat Bumiputera adalah pada tahap 20.5 peratus. Syarikat Bumiputera perlu menceburi bidang yang berpotensi dalam sektor perkhidmatan dinamik meliputi perkhidmatan maklumat dan komunikasi, pendidikan, kesihatan, pelancongan, pengangkutan laut dan udara serta perkhidmatan perundingan dan profesional. 4.25 Langkah akan diambil untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam perkhidmatan pengangkutan laut termasuk perkhidmatan sokongan berkaitan seperti perkhidmatan pengangkutan barang-barang, pergudangan, pengurusan pusat pengedaran, pengedaran, pembungkusan dan pembungkusan semula serta penghantaran mengikut tempahan. Bagi pengangkutan udara, penyertaan Bumiputera akan dipertingkatkan dalam bidang seperti perkhidmatan pengendalian kargo udara serta pengangkutan dan penghantaran. Penyertaan Bumiputera dalam bidang tersebut adalah penting bagi memastikan mereka juga mendapat faedah daripada usaha untuk membangunkan negara sebagai pusat serantau bagi pengangkutan laut dan udara. Lebih banyak peluang akan tersedia untuk usaha niaga Bumiputera dalam sektor pengangkutan laut dan udara melalui peningkatan penyertaan dan pakatan strategik baru dengan pelabur asing. 4.26 Satu lagi perkhidmatan lain yang boleh disertai oleh Bumiputera adalah sektor pelancongan. Selain daripada hanya mengkhusus dalam perkhidmatan pengurusan tiket, usahawan Bumiputera perlu menceburi aktiviti lain termasuk mengendali agensi pelancongan yang membawa masuk pelancong asing serta memperluas aktivitinya ke pasaran khusus seperti Timur Tengah, negara-negara Islam, China dan India. 4.27 Dalam sektor pendidikan, lebih ramai Bumiputera perlu menubuhkan institusi 103

pengajian tinggi swasta (IPTS). Sementara itu, IPTS milik Bumiputera sedia ada yang kecil perlu digabungkan. Selain daripada memperoleh pengiktirafan Lembaga Akreditasi Nasional (LAN), IPTS milik Bumiputera perlu mengadakan rangkaian dan program berkembar dengan institusi pengajian tinggi luar negara yang terkenal serta membuka kampus cawangan bagi memastikan kualiti pendidikan yang tinggi. 4.28 Penyediaan perkhidmatan perundingan dan profesional merupakan satu lagi bidang berpotensi bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera. Sehingga kini, bilangan profesional Bumiputera yang berpengalaman telah bertambah terutamanya dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan seni bina. Berikutan itu, terdapat potensi besar untuk mereka menyediakan perkhidmatan ini sama ada di dalam atau di luar negara. Lebih ramai Bumiputera perlu memperoleh kemahiran yang lebih tinggi dan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa supaya lebih berdaya saing. 4.29 Meningkatkan hak milik Bumiputera melalui penswastaan. Dasar penswastaan akan terus menjadi satu alat penting untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat. Sehingga bulan April 2000, Kerajaan Persekutuan telah menswastakan sejumlah 180 buah syarikat. Daripada jumlah tersebut, Bumiputera mengurus dan menguasai 109 buah syarikat atau 61.2 peratus dengan nilai ekuiti RM8.1 bilion atau 28 peratus daripada jumlah ekuiti syarikat yang diswastakan. Bukan Bumiputera juga mendapat manfaat daripada program ini dengan menguasai 28 buah syarikat dengan nilai ekuiti RM5.3 bilion atau 15.6 peratus daripada jumlah ekuiti. Walau bagaimanapun, Kerajaan telah menguasai 43 buah syarikat dengan nilai ekuiti kira-kira RM16.5 bilion atau 56.4 peratus. Bagi mencapai sasaran penyusunan semula ekuiti, program penswastaan akan terus dilaksanakan bagi mewujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan Bumiputera. 4.30 Sehingga bulan April 2000, terdapat 40 buah syarikat yang diswastakan telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan bilangan ini merupakan 5.2 peratus daripada jumlah syarikat yang tersenarai. Syarikat tersebut telah menyumbang kira-kira RM156.6 bilion atau 24.7 peratus daripada jumlah permodalan pasaran dan 15.3 peratus daripada jumlah modal berbayar bagi semua syarikat yang tersenarai di BSKL. Bumiputera memiliki 21 peratus daripada ekuiti dalam syarikat yang diswastakan dan tersenarai manakala bukan Bumiputera memiliki 27 peratus dan rakyat asing sebanyak 10.2 peratus. Kerajaan memiliki 41.8 peratus daripada jumlah ekuiti di dalam syarikat tersebut. Kebanyakan syarikat milik Bumiputera yang diswastakan dan tersenarai adalah dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan, industri dan infrastruktur. Dari segi kepentingan 104

menguasai syarikat yang diswastakan dan tersenarai, Bumiputera telah menguasai 20 buah syarikat dengan jumlah modal berbayar sebanyak RM5.8 bilion atau 24 peratus. Jumlah ini hanya merupakan 3.7 peratus daripada jumlah modal berbayar bagi semua syarikat yang tersenarai. 4.31 Meningkatkan peranan institusi dan agensi amanah Bumiputera. Kerajaan akan mengkaji semula dan memperkemas fungsi dan peranan agensi amanah terutamanya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Usaha ini akan memperkukuh kedudukan mereka dalam merangsang pembangunan keusahawanan serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada Bumiputera untuk meningkatkan pemilikan dan penguasaan dalam sektor korporat. Langkah juga akan diambil bagi merangka kaedah dan mewujudkan mekanisme khusus untuk memantau dan menilai agensi tersebut dengan berkesan. Agensi berkenaan dikehendaki mewujudkan dan memperoleh kekayaan baru terutamanya dalam sektor atau aktiviti yang masih kurang diceburi oleh Bumiputera. Agensi berkenaan juga akan menyediakan landasan dan peluang yang lebih luas kepada Bumiputera untuk menyertai dan meningkatkan hak milik dalam sektor korporat. Mereka perlu mengambil tenaga kerja profesional bagi meningkatkan keupayaan pengurusan. Di samping menggabungkan aktiviti dan sumber perniagaan mereka, agensi berkenaan juga perlu mewujudkan pakatan strategik melalui usahasama dan perkongsian pintar dengan rakan kongsi tempatan lain dan rakan niaga asing. 4.32 Skim amanah saham dijangka dapat meningkatkan peranannya dalam pembangunan pasaran modal dengan menggembleng tabungan dan menggalakkan penyertaan yang lebih meluas daripada semua rakyat Malaysia. Di samping menyediakan peluang pelaburan, skim tersebut juga akan menjadi alat yang berkesan untuk meningkatkan pemilikan dan penguasaan rakyat Malaysia dalam sektor korporat. Langkah juga akan diambil untuk memastikan skim amanah saham sedia ada terutamanya skim amanah saham negeri diuruskan dengan berkesan bagi memaksimumkan pulangan kepada pelabur. Satu kajian semula ke atas skim amanah saham sedia ada akan dijalankan dalam tempoh RRJP3. 4.33 Pembangunan sumber yang berpotensi seperti tanah rizab Melayu, Baitulmal, waqaf dan pribumi dan adat akan dipergiatkan. Satu kajian akan dijalankan bagi memperakukan modus operandi pembangunan sumber tanah berkenaan. Perhatian akan diberikan ke arah menghapus bebanan pentadbiran yang menghalang pembangunan tanah berkenaan serta menggalakkan penyertaan sektor swasta. Kerajaan akan mengadakan satu mekanisme bagi mempermudah proses pembangunan tanah tersebut terutama melalui penyediaan program sokongan serta insentif. Institusi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Tabung Haji 105

(LTH) dan PKEN perlu mengambil bahagian secara aktif untuk memajukan tanah tersebut dan menjadikannya hartanah komersil yang menguntungkan. Hartanah komersil ini kemudiannya akan ditawarkan untuk dijual atau disewa kepada usahawan Bumiputera. Pembangunan sumber seperti ini perlu juga mengambil kira kemampuan Bumiputera.

Pembangunan MPPB 4.34 Program pembangunan MPPB akan menumpukan kepada usaha membangunkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, berdikari dan bertaraf dunia yang mampu bersaing dengan berkesan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini akan dapat dicapai melalui pemupukan kualiti keusahawanan yang baik tanpa mengira saiz perniagaan. Sebagai usahawan bertaraf dunia, Bumiputera perlu mempunyai daya saing yang tinggi, berpengetahuan, berinovatif, menggunakan sumber secara optimum, berpandangan jauh, mengamalkan amalan niaga yang baik dan sentiasa menjana pulangan yang menguntungkan dalam jangka panjang. Di samping itu, usahawan Bumiputera perlu diperlengkap dengan kemahiran berkomunikasi yang baik khususnya dalam bahasa Inggeris untuk berjaya di dalam persekitaran yang lebih kompetitif serta menerokai pasaran antarabangsa. 4.35 Bagi mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya tahan dan berdikari, nilai positif perlu disemai di kalangan Bumiputera. Antara lain, nilai ini termasuk disiplin diri, keutuhan diri, boleh dipercayai, kepercayaan kredit, amanah, tekun, jujur dan berhemah. Agensi berkaitan perlu menyusun semula program latihan mereka dengan memasukkan unsur penerapan nilai positif. 4.36 Pembangunan MPPB yang sepenuhnya adalah sangat penting untuk memastikan penyertaan berkesan Bumiputera dalam ekonomi. Kewujudan lebih banyak perniagaan Bumiputera yang berdaya maju akan membantu mempertingkatkan usaha menambah penglibatan Bumiputera dalam aktiviti utama ekonomi negara. Walaupun beberapa kemajuan telah dicapai dalam membangunkan MPPB namun kualiti dan tahap kedalaman penyertaan mereka dalam perniagaan masih terhad. Bagi memastikan penglibatan yang bermakna, usahawan Bumiputera perlu menyertai semua sektor ekonomi yang strategik dan dinamik. Di samping itu, jenis aktiviti perniagaan yang mereka ceburi perlu merangkumi aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi. 4.37 Program MPPB sedia ada akan diperkukuh bagi meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera yang berdaya maju. Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan 106

Usahawan akan mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam program berpakej seperti program pembangunan vendor dan francais. Kementerian ini akan mengukuhkan program pembangunan francais melalui pembelian francais terpilih dari luar negara dan membangunkan pemegang francais Bumiputera serta melaksanakan P&P untuk produk francais tempatan. Di samping itu, agensi pelaksana akan memperkenalkan dasar tamat penyertaan yang menghadkan tempoh penyertaan peserta dalam program MPPB bagi memberi peluang kepada usahawan Bumiputera yang lain memanfaatkan program tersebut. 4.38 Program pembangunan vendor akan dikaji semula untuk menjadikannya lebih berkesan dan diperluas supaya dapat meliputi lebih banyak industri bagi menjana peluang baru untuk syarikat Bumiputera. Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA) dan badan korporat yang telah diswastakan seperti Penerbangan Malaysia (MAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad akan digesa memperbaiki dan memperluas liputan program mereka serta memperkenalkan program baru bagi mencapai matlamat tersebut. Syarikat Bumiputera dikehendaki mengadakan usahasama dengan rakan niaga tempatan dan asing yang strategik dalam bidang yang mereka kurang kepakaran untuk mengeluarkan produk berkualiti dan bernilai tinggi yang diperlukan oleh industri tersebut. Syarikat Bumiputera juga digesa mengambil bahagian dalam Program Rangkaian Perindustrian (ILP) di bawah SMIDEC. Penyertaan dalam bentuk usahasama juga akan memudahkan Bumiputera mendapatkan bahagian yang lebih besar dalam pasaran tempatan dan luar negara bagi menikmati ekonomi bidangan. Langkah ini juga penting untuk meraih pasaran serantau terutamanya dengan pasaran yang lebih terbuka berikutan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). 4.39 Penekanan juga akan diberikan kepada pembangunan usahawan Bumiputera dalam sektor perdagangan pengedaran. Usaha gigih akan dijalankan untuk menambah bilangan peniaga Bumiputera dalam sektor kecil perdagangan borong. Bagi memperkukuh kedudukan mereka dalam perniagaan, peniaga Bumiputera dikehendaki membentuk jaringan atau hubungan langsung dengan pengeluar dalam sektor pembuatan dan pertanian bagi memastikan mereka mendapat bekalan pada kos yang lebih rendah. Di samping itu, mereka dikehendaki membentuk jaringan dengan peruncit sebagai sebahagian daripada strategi keseluruhan untuk meningkatkan bahagian pasaran mereka. Penyertaan Bumiputera dalam sektor kecil perdagangan runcit akan dipertingkatkan melalui Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan atau PROSPER yang baru ditubuhkan. Projek ini mempunyai kumpulan sasar yang khusus dan akan menyediakan bantuan dan khidmat sokongan 107

seperti peruntukan premis dan modal, mengenalpasti peluang perniagaan serta menyediakan latihan terutamanya dalam pengurusan perakaunan dan tunai. Langkah akan terus diambil untuk menyediakan lebih banyak premis perniagaan di lokasi strategik bagi usahawan Bumiputera. Agensi seperti MARA, UDA Holdings Berhad (UHB) dan PKEN serta pihak berkuasa tempatan akan membina dan membeli lebih banyak premis perniagaan terutamanya di kawasan bandar dan perumahan baru. 4.40 Program pembangunan MPPB juga akan mempercepat usaha mewujudkan bilangan usahawan kelas menengah Bumiputera yang lebih ramai dan lebih berjaya. Langkah akan diambil untuk meningkatkan keberkesanan usaha sedia ada dan melaksanakan beberapa strategi baru untuk memperkukuh kedudukan perniagaan Bumiputera termasuk penyediaan pembiayaan ekuiti. Lebih banyak syarikat milik Kerajaan akan mengadakan program khas untuk mewujudkan usahawan kelas menengah Bumiputera. 4.41 Dewan perniagaan dan persatuan perdagangan juga perlu memulakan program baru yang dapat membantu secara berkesan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, berdikari dan bertaraf dunia. Mereka perlu meningkatkan rangkaian niaga di kalangan ahli mereka serta menyebarkan maklumat dan risikan pasaran, memperkenal amalan niaga yang terbaik dan mempermudah urusan pemasaran. Untuk mendapat manfaat daripada inisiatif sektor swasta ini, lebih ramai usahawan Bumiputera digesa menyertai persatuan dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan.

Menghadapi Cabaran Globalisasi 4.42 Bagi membolehkan Bumiputera menghadapi cabaran globalisasi, langkah akan diambil untuk membimbing syarikat Bumiputera supaya berdaya saing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Adalah perlu untuk memulih, menggabung dan menyusun semula usaha niaga Bumiputera sedia ada yang kecil dan lemah supaya menjadi lebih teguh, cekap dan berdaya saing. Syarikat Bumiputera dikehendaki mencapai saiz yang diperlukan atau skala industri yang cekap dan berorientasikan eksport. 4.43 Syarikat Bumiputera perlu mengguna pakai piawaian yang lebih tinggi dan mengamalkan peningkatan kualiti supaya mutu keluaran dan perkhidmatan mereka dapat dipertingkatkan melalui program seperti kecacatan sifar dan pembaziran minimum. Di samping itu, usahawan Bumiputera memerlukan kemahiran yang baik dalam mengurus risiko dan berusaha untuk mencapai piawaian yang 108

lebih tinggi dengan mendapatkan persijilan yang berkaitan daripada International Standardization Organization (ISO) dan piawaian antarabangsa yang lain. Kerajaan akan menyokong usaha ini dengan menyediakan bantuan secara terpilih melalui peruntukan khas di bawah Tabung Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 4.44 Mengambil kira peningkatan proses globalisasi dan liberalisasi, syarikat Malaysia, khususnya yang dimiliki oleh Bumiputera, perlu berusaha dengan lebih berani untuk mendapatkan pasaran. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyediakan risikan pasaran serta memudah dan membantu usaha mempromosikan keluaran Malaysia di luar negara. MATRADE juga akan menjalankan penyelidikan dan tinjauan pasaran khas untuk membantu usahawan Bumiputera memasuki bidang pasaran antarabangsa yang khusus.

Menggalakkan Penyertaan Bumiputera Dalam Ekonomi Berasaskan Pengetahuan 4.45 Selaras dengan penekanan yang diberikan terhadap ekonomi berasaskan pengetahuan, langkah akan diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan jurang pengetahuan dan jurang digital di antara penduduk luar bandar dengan bandar. Antara strategi yang akan dijalankan termasuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, menyediakan pendidikan dan latihan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan meningkatkan capaian terhadap kemudahan infrastruktur maklumat terutamanya di kawasan luar bandar dan di kalangan kumpulan yang belum menikmati faedah pembangunan. 4.46 Bagi usahawan Bumiputera, mereka perlu memperluas skop aktiviti mereka untuk meliputi bidang rekabentuk dan pembangunan produk serta pembungkusan, pemasaran dan pengedaran melalui kerjasama dengan universiti tempatan dan institusi lain. Syarikat Bumiputera, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), perlu meningkatkan penggunaan dan aplikasi ICT dalam proses pengeluaran serta pengendalian operasi dalaman. Mereka juga digesa menyesuaikan perniagaan, di mana yang boleh, dengan menggunakan komputer secara terus bagi mendapatkan input dan memasarkan keluaran mereka. Penggunaan ICT yang lebih meluas akan meningkatkan capaian syarikat Bumiputera terhadap sumber pembiayaan baru serta mewujudkan rangkaian pasaran antarabangsa. Kerajaan dengan kerjasama persatuan industri akan menyediakan latihan dan kepakaran. 4.47 Kajian mengenai penyertaan Bumiputera dalam perusahaan ICT mendapati kebanyakan perniagaan mereka adalah berskala kecil dengan hasil tahunan kurang 109

daripada RM500,000. Mereka juga beroperasi terutamanya sebagai penjual semula perkakasan dan perisian komputer. Sebilangan besar usahawan Bumiputera dalam perusahaan ICT merupakan pembekal khidmat sejenis dan kebanyakan mereka bergantung kepada kontrak Kerajaan. Usahawan Bumiputera menghadapi kesukaran menembusi pasaran bukan Kerajaan disebabkan kekurangan kemahiran pengurusan perhubungan dengan pelanggan. Cabaran yang dihadapi oleh Bumiputera dalam bidang ini termasuk mendapatkan pengiktirafan sebagai peniaga ICT yang berwibawa dan berkemampuan dalam pasaran, membuktikan keupayaan untuk bersaing di pasaran terbuka dan meneroka peluang pasaran serantau bagi memperluas asas pasaran mereka. 4.48 Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ICT, sebuah Majlis ICT Bumiputera akan ditubuhkan untuk merancang dan membangun serta memantau pelaksanaan Agenda ICT Bumiputera. Agenda ini akan merangkumi strategi seperti meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perusahaan ICT, membangunkan lebih ramai usahawan teknologi ICT Bumiputera serta meningkatkan capaian terhadap modal dan maklumat pasaran. Usahawan teknologi Bumiputera dikehendaki menggunakan sumber daripada modal teroka serta pembiayaan asas, pembiayaan permulaan dan pembiayaan pusingan kedua atau mezanin untuk membiayai usaha niaga mereka dalam ICT. Kerajaan akan menubuhkan sebuah tabung ICT bagi menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam perusahaan ICT. 4.49 Usahawan teknologi Bumiputera mesti memanfaatkan peluang yang diwujudkan dalam bidang multimedia dan ICT, kesihatan dan pendidikan memandangkan negara berhasrat untuk menjadi pusat kecemerlangan serantau bagi perkhidmatan tersebut. Langkah juga akan diambil bagi memastikan syarikat Bumiputera memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dengan menyertai projek seperti pembinaan infrastruktur maklumat, pengeluaran perkakasan dan pembangunan perisian komputer.

Penyusunan Semula Guna Tenaga 4.50 Dalam tempoh RRJP2, dasar dan strategi penyusunan semula guna tenaga ditumpu ke arah meningkatkan bilangan dan peratusan Bumiputera dalam sektor ekonomi moden dan kategori pekerjaan peringkat tinggi terutamanya dalam kategori profesional dan teknikal serta pentadbiran dan pengurusan. Guna tenaga Bumiputera dalam kategori profesional dan teknikal yang merangkumi guru dan jururawat telah meningkat daripada 60.5 peratus pada tahun 1990 kepada 63.9 peratus pada tahun 2000. Manakala dalam kategori pentadbiran dan pengurusan, peratusan Bumiputera telah meningkat daripada 28.7 peratus kepada 37 peratus 110

dalam tempoh yang sama. Sungguhpun bilangan Bumiputera telah meningkat dalam kategori pekerjaan peringkat tinggi namun guna tenaga Bumiputera masih tertumpu dalam kategori pekerjaan peringkat rendah umpamanya pekerja pengeluaran dan pertanian seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-5. Bagi pekerjaan profesional seperti akauntan, arkitek, peguam dan jurutera, peratusan Bumiputera adalah rendah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-6. 4.51 Di bawah DWN, mekanisme yang bersesuaian akan dibentuk untuk meningkatkan lagi kadar penyertaan Bumiputera bagi memastikan corak guna tenaga mencerminkan komposisi etnik penduduk. Sektor swasta perlu mengambil lebih ramai profesional dan eksekutif Bumiputera dalam syarikat mereka. Satu kajian akan dijalankan untuk menilai tahap guna tenaga Bumiputera dalam sektor swasta bagi merangka langkah pemulihan untuk mengatasi masalah penyertaan yang tidak seimbang. Langkah akan terus diambil bagi memastikan Bumiputera memperoleh pendidikan dan latihan yang bersesuaian untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Keupayaan institusi pendidikan tinggi akan dipertingkatkan bagi menyediakan lebih banyak peluang khususnya kepada Bumiputera. Kedua-dua institusi pengajian tinggi awam dan swasta dikehendaki mengeluarkan lebih ramai siswazah Bumiputera serta memastikan kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Pada masa yang sama, peruntukan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional akan ditambah bagi menyediakan lebih banyak pinjaman kepada penuntut Bumiputera yang memasuki IPTS. Pinjaman berkenaan akan meliputi semua perbelanjaan termasuk perbelanjaan sara hidup terutamanya untuk penuntut dari keluarga berpendapatan rendah. Di samping itu, Kerajaan akan terus memberikan pinjaman kepada penuntut Bumiputera dan dari keluarga berpendapatan rendah yang lain untuk meneruskan pengajian tinggi di universiti ternama di luar negara. 4.52 Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada 456 IPTS yang berdaftar sehingga bulan Disember 1999, hanya 36.1 peratus daripada jumlah enrolmen penuntut yang mengikuti kursus peringkat ijazah dan diploma di IPTS merupakan penuntut Bumiputera seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-7. Enrolmen pelajar Bumiputera dalam kursus sains dan teknikal adalah rendah iaitu 36.2 peratus manakala bagi kursus bukan sains adalah sebanyak 55.7 peratus. Langkah akan dijalankan untuk meningkatkan enrolmen penuntut Bumiputera dalam kursus sains dan teknikal serta dalam pengajian pengurusan dan perniagaan. Usaha akan diambil untuk meningkatkan prestasi pelajar Bumiputera dalam mata pelajaran teknikal di peringkat sekolah bagi membolehkan mereka menjadi penuntut cemerlang di dalam mata pelajaran tersebut di institusi pengajian tinggi. 4.53 Penekanan yang lebih juga akan diberikan ke arah meningkatkan bilangan

111

J ADUAL GUNA TENAGA MENGIKUT PEKERJAAN

1990 Kumpulan Pekerjaan Bumiputera % Cina % India % Lain-lain 1 % Jumlah %

Profesional & Teknikal 2 % Guru & Jururawat % Pentadbiran & Pengurusan % Pekerja Perkeranian % Pekerja Jualan % Pekerja Perkhidmatan % Pekerja Pertanian % Pekerja Pengeluaran % Jumlah %

354.9 60.5 152.0 68.5 47.1 28.7 341.8 52.4 229.8 29.9 449.6 57.8 1,305.6 69.1 804.6 43.6 3,533.4 52.9

10.0

170.5 29.1 54.6 24.6 101.9 62.2 252.3 38.6 449.3 58.4 208.4 26.8 261.8 13.8 730.8 39.6

7.8

44.9 7.7 14.2 6.4 6.5 4.0 56.0 8.6 52.6 6.8 73.4 9.5 138.3 7.3 198.9 10.8 570.6 8.5

7.9

16.1 2.7 1.0 0.5 8.3 5.1 2.5 0.4 37.2 4.9 46.2 5.9 185.0 9.8 111.7 6.0 407.0 6.1

4.0

586.4 100.0 221.8 100.0 163.8 100.0 652.6 100.0 768.9 100.0 777.6 100.0

8.8

4.3

2.5

2.5

0.2

3.3

1.3

4.7

1.1

2.0

2.4

9.7

11.6

9.8

0.6

9.8

6.5

20.7

9.2

9.1

11.5

12.7

9.6

12.9

11.4

11.6

37.0

12.0

24.2

45.5 1,890.7 100.0 27.4 1,846.0 100.0

28.3

22.8

33.6

34.9

27.6

100.0 2,175.0 32.5

100.0

100.0

100.0 6,686.6 100.0 100.0

Nota:
1 2

Termasuk bukan warganegara. Mengikut takrif Kamus Klasifikasi Pekerjaan, pekerjaan profesional dan teknikal juga meliputi kategori seperti pelukis pelan, pembantu makmal serta guru dan jururawat.

112

4-5 DAN KUMPULAN ETNIK, 1990 DAN 2000 (000)


2000 Bumiputera % Cina % India % Lain-lain1 % Jumlah %

651.3 63.9 246.1 73.2 144.0 37.0 584.1 56.8 380.4 37.3 631.2 57.7 1,027.5 61.2 1,358.2 44.7 4,776.7 51.5

13.6

263.4 25.8 61.9 18.4 203.7 52.3 338.9 32.9 507.7 49.8 238.2 21.8 172.3 10.3 1,029.1 33.8 2,753.3 29.7

9.6

77.5 7.6 23.2 6.9 21.6 5.5 88.2 8.6 69.7 6.8 93.3 8.5 116.5 6.9 303.8 10.0 770.6 8.3

10.1

27.6 2.7 5.0 1.5 20.1 5.2 17.9 1.7 62.0 6.1 131.3 12.0 361.8 21.6 349.9 11.5 970.6 10.5

2.8

1,019.8 100.0 336.2 100.0 389.4 100.0 1,029.1 100.0 1,019.8 100.0 1,094.0 100.0 1,678.1 100.0 3,041.0 100.0 9,271.2 100.0

11.0

5.2

2.2

3.0

0.5

3.6

3.0

7.4

2.8

2.1

4.2

12.2

12.3

11.5

1.9

11.1

8.0

18.4

9.0

6.4

11.0

13.2

8.6

12.1

13.5

11.8

21.5

6.3

15.1

37.3

18.1

28.5

37.4

39.4

36.0

32.8

100.0

100.0

100.0

100.0

100.0

113

J ADUAL 4-6 AHLI PROFESIONAL BERDAFTAR MENGIKUT KUMPULAN ETNIK, 1990 DAN 1999
1990 Profesion Bumiputera Akauntan % Arkitek % Doktor % Doktor Gigi % Jurutera % Peguam % Juruukur % Doktor Veterinar % Jumlah % 627 11.2 231 23.6 1,951 27.8 406 24.3 902 13.1 705 22.3 573 44.7 242 35.9 5,637 20.7 Cina 4,524 81.2 728 74.4 2,430 34.7 847 50.7 5,244 76.4 1,575 50.0 636 49.6 160 23.7 16,144 59.3 India 346 6.2 12 1.2 2,410 34.4 396 23.7 459 6.7 836 26.5 48 3.7 250 37.0 4,757 17.5 Lain-lain1 77 1.4 8 0.8 216 3.1 21 1.3 260 3.8 37 1.2 26 2.0 23 3.4 668 2.5 Jumlah 5,574 100.0 979 100.0 7,007 100.0 1,670 100.0 6,865 100.0 3,153 100.0 1,283 100.0 675 100.0 27,206 100.0 Bumiputera 2,167 15.9 431 28.9 4,460 36.7 888 34.8 2,688 26.5 2,783 31.3 1,495 47.8 409 42.6 15,321 28.9 Cina 10,520 77.0 1,036 69.3 3,749 30.9 1,074 42.1 6,806 67.1 3,640 41.0 1,482 47.4 258 26.8 28,565 53.9 India 789 5.8 23 1.5 3,448 28.4 534 21.0 642 6.4 2,379 26.8 94 3.0 274 28.5 8,183 15.5 Lain-lain1 185 1.3 4 0.3 484 4.0 54 2.1 4 0.0 77 0.9 56 1.8 20 2.1 884 1.7 Jumlah 13,661 100.0 1,494 100.0 12,141 100.0 2,550 100.0 10,140 100.0 8,879 100.0 3,127 100.0 961 100.0 52,953 100.0 1999

114

Sumber: Persatuan profesional yang meliputi sektor awam dan swasta seperti Institut Akauntan Malaysia, Lembaga Arkitek Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, Pertubuhan Juruukur Malaysia dan Majlis Veterinar Malaysia. Nota:
1

Termasuk bukan warganegara.

J ADUAL 4-7 ENROLMEN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA, 1999


Tahap Pengajian Ijazah Diploma Jumlah Bumiputera 6,345 44,795 51,140 % 20.5 40.5 36.1 Bukan Bumiputera 24,595 65,933 90,528 % 79.5 59.5 63.9 Jumlah 30,940 110,728 141,668 % 100.0 100.0 100.0

pekerja yang berkemahiran dan berkeupayaan teknikal tinggi terutamanya di kalangan Bumiputera, menerusi program latihan vokasional dan teknikal di peringkat tinggi dan lanjutan. Lebih banyak institusi latihan vokasional dan teknikal di peringkat tinggi akan dibina. Mereka yang berkelayakan rendah akan disediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran. 4.54 Peluang pekerjaan akan semakin berasaskan kepada pengetahuan dan kemahiran yang mengikuti kehendak semasa. Selain daripada mencapai kecemerlangan akademik yang lebih tinggi, penuntut Bumiputera perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang memenuhi keperluan pasaran untuk membolehkan mereka bersaing dengan berkesan bagi merebut peluang pekerjaan. Tabung Pembangunan Kemahiran yang baru ditubuhkan akan terus menyediakan bantuan kewangan kepada Bumiputera. Untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, sektor swasta juga dikehendaki mengambil lebih ramai siswazah Bumiputera lepasan institusi pengajian tinggi awam. Ke Arah Pembangunan Wilayah Yang Seimbang 4.55 Satu indeks komposit pembangunan 1 (IKP) yang dibentuk berpandukan satu set petunjuk ekonomi dan sosial telah digunakan untuk mengukur tahap pembangunan serta mengkategorikan negeri kepada negeri lebih maju dan kurang maju seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-8. Petunjuk ekonomi termasuk keluaran dalam negeri kasar (KDNK) per kapita, kadar pengangguran, kadar pembandaran, penggunaan telefon serta pemilikan kenderaan berdaftar sementara yang lainnya
1

Indeks komposit pembangunan adalah skor purata daripada 10 petunjuk sosioekonomi terpilih. Petunjuk tersebut termasuk KDNK per kapita, kadar pengangguran, kadar pembandaran, pendaftaran kereta dan motosikal bagi setiap 1,000 penduduk, telefon bagi setiap 1,000 penduduk, kadar kemiskinan, liputan air paip, liputan bekalan elektrik, bilangan doktor bagi setiap 10,000 penduduk dan kadar kematian bayi bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.

115

J ADUAL 4-8 INDEKS KOMPOSIT PEMBANGUNAN (1990=100)


Negeri Lebih Maju Petunjuk/Negeri Jumlah Johor Negeri Melaka Sembilan Perak Wilayah Pulau Persekutuan Pinang Selangor1 Kuala Lumpur Negeri Kurang Maju

Jumlah

Kedah

Kelantan

Pahang

Perlis

Sabah2

Sarawak Terengganu

MALAYSIA

KDNK Per Kapita Kadar Pengangguran Kadar Pembandaran Pendaftaran Kereta & Motosikal bagi setiap 1,000 penduduk Telefon bagi setiap 1,000 penduduk Kadar Kemiskinan Liputan Air Paip Liputan Bekalan Elektrik Kadar Kematian Bayi bagi setiap 1,000 kelahiran hidup Bilangan Doktor bagi setiap 10,000 penduduk Indeks Pembangunan Ekonomi Indeks Pembangunan Sosial Indeks Komposit Pembangunan Perubahan Indeks

1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000 1990 2000

104.4 97.0 133.8 128.5 106.2 108.0 133.2 132.5 106.5 100.0 135.9 129.1 108.2 108.3 139.9 136.8 106.6 101.2 134.2 130.9 107.2 107.3 130.3 132.5 108.1 101.2 142.2 141.1 105.0 99.1 135.9 135.9 106.0 102.5 133.4 139.2 105.0 97.4 133.4 122.6 106.3 102.9 135.5 131.6 106.2 101.6 135.1 134.3 106.3 102.2 135.3 132.9 29.0 30.7

100.1 131.2 104.6 132.5 95.7 126.0 104.8 138.2 99.0 130.7 105.1 127.5 108.7 142.0 107.6 135.9 107.1 125.2 99.2 132.1 100.8 131.7 105.5 132.5 103.2 132.1 28.9

94.9 126.8 106.6 131.8 97.2 125.0 105.3 134.9 99.7 129.9 107.9 132.5 105.5 142.0 106.8 135.9 104.3 134.0 100.0 126.0 100.7 129.7 104.9 134.1 102.8 131.9 29.1

95.1 127.4 102.2 128.4 102.7 134.4 99.3 134.2 97.9 130.5 98.3 121.6 104.1 142.9 99.1 135.9 103.4 138.2 98.3 126.3 99.4 131.0 100.6 133.0 100.0 132.0 31.9

106.4 140.0 107.6 138.0 112.7 142.9 117.8 148.7 108.6 140.8 108.5 132.2 112.6 142.9 106.8 135.9 108.9 136.6 104.7 133.9 110.6 142.1 108.3 136.3 109.5 139.2 29.7

113.4 133.7 110.0 130.4 112.8 144.4 113.7 130.3 113.3 147.8 109.6 133.3 110.4 142.0 107.6 135.9 105.9 144.4 101.9 147.4 112.6 137.3 107.1 140.6 109.9 139.0 29.1

120.6 154.1 104.2 138.7 124.5 149.3 108.2 156.1 126.4 128.8 113.5 132.8 114.2 142.9 107.6 135.9 109.7 116.4 132.9 145.5 116.8 145.4 115.6 134.7 116.2 140.1 23.9

94.6 123.9 93.8 118.8 93.5 121.8 91.8 125.4 93.4 117.8 92.8 115.7 91.9 131.2 95.0 128.1 94.0 125.1 95.0 119.4 93.4 121.7 93.8 123.9 93.6 122.8 29.2

88.3 120.9 102.2 131.1 92.8 122.5 94.5 127.9 92.0 115.9 87.8 115.3 94.5 141.1 100.9 135.9 100.8 128.8 94.7 121.1 93.9 123.7 95.7 128.5 94.8 126.1 31.2

84.3 116.8 95.4 112.5 93.2 121.2 89.5 123.8 89.6 115.4 87.9 107.2 79.8 115.6 95.0 135.9 103.1 122.6 95.3 122.6 90.4 117.9 92.2 120.8 91.3 119.4 28.1

94.2 123.1 108.0 124.2 91.8 118.6 96.3 127.8 93.2 122.4 107.1 127.8 98.7 136.5 103.8 135.9 98.7 121.0 96.1 119.9 96.7 123.2 100.9 128.2 98.8 125.7 26.9

90.1 123.7 101.7 128.4 90.0 119.4 98.1 128.5 94.7 115.9 100.3 115.7 92.3 138.3 106.8 135.9 97.1 131.3 97.2 121.1 94.9 123.2 98.7 128.5 96.8 125.8 29.0

96.3 121.2 79.9 108.3 93.1 120.7 84.4 119.6 95.9 115.9 83.5 105.1 93.0 111.9 77.2 107.7 71.2 113.3 93.3 114.1 89.9 117.1 83.6 110.4 86.8 113.8 27.0

99.2 126.7 80.9 111.8 95.2 126.4 91.0 125.6 96.9 120.1 96.6 125.9 87.9 137.4 79.5 109.1 87.6 140.8 93.6 118.0 92.6 122.1 89.0 126.2 90.8 124.2 33.3

108.2 142.3 88.6 115.2 98.4 124.1 88.9 124.2 91.6 119.0 86.5 113.2 97.2 137.4 102.1 135.9 99.9 117.9 95.0 119.0 95.2 125.0 96.1 124.7 95.7 124.8 29.2

100.0 129.5 100.0 125.6 100.0 130.2 100.0 132.6 100.0 126.0 100.0 124.7 100.0 135.6 100.0 132.0 100.0 130.9 100.0 126.9 100.0 128.6 100.0 129.5 100.0 129.1 29.0

116

Nota: 1 Termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 Termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

dikategorikan sebagai petunjuk sosial. Berdasarkan IKP, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor telah dikategorikan sebagai negeri lebih maju manakala negeri-negeri lain sebagai negeri kurang maju. 4.56 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor mencatatkan mata tertinggi berdasarkan IKP dan ini menggambarkan aktiviti ekonomi dan pendapatan serta taraf dan kualiti hidup yang lebih tinggi di negeri tersebut. Di antara tahun 1990 dengan tahun 2000, kesemua negeri lebih maju mencatat perubahan mata IKP melebihi purata negara iaitu pada 29.0 mata kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semua negeri kurang maju telah mencatatkan IKP yang lebih tinggi pada tahun 2000 berbanding tahun 1990. Kedah, Perlis dan Pahang telah mencatatkan mata tertinggi pada tahun 2000 dan ini menunjukkan tahap aktiviti ekonomi dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, Sarawak, Kedah, Terengganu dan Perlis telah mengalami perubahan lebih besar dalam IKP di antara tahun 1990 dengan tahun 2000, menunjukkan aktiviti ekonomi yang lebih pesat di negeri tersebut berbanding negeri kurang maju yang lain. 4.57 Berdasarkan pertumbuhan KDNK benar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu telah mengalami pertumbuhan yang pesat melebihi kadar purata negara pada 7.0 peratus dalam tempoh RRJP2 seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-9. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti pembuatan dan perkhidmatan yang meluas di negeri tersebut. Dalam tempoh RRJP3, KDNK bagi semua negeri dijangka berkembang dengan pesat. Peratusan KDNK di kalangan negeri lebih maju dijangka meningkat daripada 67.6 peratus pada tahun 2000 kepada kira-kira 68.2 peratus pada tahun 2010, manakala peratusan bagi negeri kurang maju merosot daripada 32.4 peratus kepada 31.8 peratus dalam tempoh yang sama. 4.58 Dalam tempoh RRJP2, kadar peningkatan KDNK per kapita adalah daripada kadar terendah 4.8 peratus yang dicatatkan oleh Sabah hingga kadar tertinggi 10.5 peratus oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti ditunjukkan dalam Jadual 4-10. Secara keseluruhan, KDNK per kapita bagi Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Terengganu adalah lebih tinggi daripada kadar purata negara pada tahun 2000. Negeri-negeri tersebut dijangka dapat mengekalkan struktur yang sama dalam tempoh 2001-2010 dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan KDNK per kapita tertinggi iaitu RM49,630 pada tahun 2010. 117

J ADUAL 4-9 KELUARAN DALAM NEGERI KASAR MENGIKUT NEGERI, 1990 2010 (RM juta pada harga 1987)
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) Negeri 1990 % 2000 % 2010 % Pencapaian RRJP2 Sasaran RRJP3

Negeri Lebih Maju Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Pulau Pinang Selangor1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Kurang Maju Kedah Kelantan Pahang Perlis Sabah2 Sarawak Terengganu Malaysia

67,604 11,093 3,124 3,427 9,582 7,997 20,103 12,277 38,373 4,670 3,098 4,926 712 9,268 9,687 6,011 105,977

63.8 10.5 2.9 3.2 9.0 7.5 19.0 11.6 36.2 4.4 2.9 4.6 0.7 8.7 9.1 5.7 100.0

141,492 23,425 6,148 6,776 17,153 17,314 44,708 25,968 67,777 9,087 5,061 8,250 1,362 14,947 16,323 12,746 209,269

67.6 11.2 2.9 3.2 8.2 8.3 21.4 12.4 32.4 4.3 2.4 3.9 0.7 7.1 7.8 6.1 100.0

293,077 49,162 12,536 13,720 34,235 36,446 93,878 53,101 136,668 18,944 9,615 17,034 2,648 30,004 33,274 25,149 429,745

68.2 11.4 2.9 3.2 8.0 8.5 21.8 12.4 31.8 4.4 2.2 4.0 0.6 7.0 7.7 5.9 100.0

7.7 7.8 7.0 7.1 6.0 8.0 8.3 7.8 5.9 6.9 5.0 5.3 6.7 4.9 5.4 7.8 7.0

7.6 7.7 7.4 7.3 7.2 7.7 7.7 7.4 7.3 7.6 6.6 7.5 6.9 7.2 7.4 7.0 7.5

118

Nota: 1 Termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 Termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

J ADUAL 4-10 KELUARAN DALAM NEGERI KASAR PER KAPITA MENGIKUT NEGERI, 1990 2010 (RM pada harga semasa)
Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) Negeri 1990 2000 2010 RRJP2 Pencapaian RRJP3 Sasaran Nisbah kepada Purata Negara 1990 2000 2010

Negeri Lebih Maju Johor Melaka Negeri Sembilan Perak Pulau Pinang Selangor1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Kurang Maju Kedah Kelantan Pahang Perlis Sabah2 Sarawak Terengganu Malaysia

7,591 5,877 6,598 5,394 5,435 8,066 9,691 11,364 5,326 3,864 2,940 5,232 4,279 5,729 6,403 8,549 6,578

17,410 13,954 15,723 12,791 13,183 21,469 17,363 30,727 10,893 8,918 6,241 10,370 10,802 9,123 12,775 22,994 14,584

29,319 24,749 28,100 24,249 25,524 37,951 25,888 49,630 19,174 16,910 11,735 19,870 20,316 14,335 23,094 37,734 25,096

8.7 9.0 9.1 9.0 9.3 10.3 6.0 10.5 7.4 8.7 7.8 7.1 9.7 4.8 7.2 10.4 8.3

5.4 5.9 6.0 6.6 6.8 5.9 4.1 4.9 5.8 6.6 6.5 6.7 6.5 4.6 6.1 5.1 5.6

1.2 0.9 1.0 0.8 0.8 1.2 1.5 1.7 0.8 0.6 0.4 0.8 0.7 0.9 1.0 1.3 1.0

1.2 1.0 1.1 0.9 0.9 1.5 1.2 2.1 0.7 0.6 0.4 0.7 0.7 0.6 0.9 1.6 1.0

1.2 1.0 1.1 1.0 1.0 1.5 1.0 2.0 0.8 0.7 0.5 0.8 0.8 0.6 0.9 1.5 1.0

119

Nota: 1 Termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 Termasuk Wilayah Persekutuan Labuan

4.59 Dalam tempoh RRJP3, teras dasar pembangunan wilayah adalah untuk mempercepat pembangunan negeri kurang maju dan mengurangkan ketidakseimbangan sosioekonomi antara wilayah. Langkah yang akan diambil termasuk menggalakkan penumpuan aktiviti ekonomi mengikut negeri berdasarkan kepada kekuatan berbanding mereka, meneruskan program penyebaran industri, memperluas kerjasama serantau di wilayah berkenaan dan memajukan lagi infrastruktur serta meningkatkan liputan kemudahan asas yang berkualiti terutamanya di negeri kurang maju. Usaha memodenkan kawasan luar bandar juga termasuk meningkatkan capaian terhadap infrastruktur ICT. Untuk memastikan pembangunan bandar dan luar bandar yang tersusun dan bersistematik, pertimbangan terhadap pembangunan spatial akan turut diberikan keutamaan. Berikutan itu, semua negeri dijangka mencatatkan pertumbuhan positif dengan peningkatan kualiti hidup yang ketara. 4.60 Bagi menggalakkan penumpuan aktiviti ekonomi, semua negeri akan digalakkan untuk membangunkan kekuatan dalam bidang sedia ada serta menambah keluaran yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi dan aktiviti kelompok yang berkaitan. Bidang baru dan yang berpotensi akan dikenal pasti untuk semua negeri berdasarkan kelebihan lokasi serta pertimbangan sosioekonomi mereka. Antara tumpuan yang dikenalpasti termasuk industri elektronik, perabut, automotif, kimia dan petrokimia serta aktiviti industri pelbagai. Sementara itu, pembentukan kelompok industri yang berkaitan akan digalakkan di semua negeri bagi mengukuhkan asas industri, meningkatkan nilai ditambah dan menjana aktiviti pelaburan baru. Pada masa yang sama, bagi memastikan negeri kurang maju berupaya menjana pertumbuhan yang lebih cepat melalui aktiviti pertanian, usaha gigih akan dijalankan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dengan memperkenalkan kaedah perladangan moden, menggunakan benih yang berhasil tinggi dan memperbaiki pengendalian lepas tuai. Di samping itu, langkah bersesuaian akan diperkenalkan bagi mempergiat aktiviti pemprosesan yang berasaskan pertanian di negeri tersebut dengan membina kilang moden dan berteknologi tinggi bagi mengeluarkan keluaran yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport. 4.61 Usaha gigih juga akan dijalankan bagi mengukuhkan asas ekonomi negeri kurang maju dengan mempelbagaikan aktiviti kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan terpilih. Bagi menggalakkan aktiviti pembuatan di negeri tersebut, program penyebaran industri akan dipergiat. Di bawah program ini, industri tertentu akan digalakkan untuk ditempatkan semula di negeri kurang maju. Pada masa yang sama, kelompok industri sokongan juga akan digalakkan untuk membina kilang mereka di negeri kurang maju bagi memperoleh faedah daripada kadar 120

sewa dan kos operasi yang lebih rendah. Kerajaan akan memperbaiki kemudahan di kawasan perindustrian sedia ada dan mempertimbangkan pembinaan kawasan perindustrian baru dengan infrastruktur berkualiti serta meningkatkan hubungan ke pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan maju yang lain. Selain daripada menjadi pencetus kepada pertumbuhan dan menjana peluang pekerjaan baru di negeri kurang maju, program penyebaran industri juga akan membawa manfaat kepada negara hasil daripada sinergi yang dijana daripada hubungan yang saling memerlukan ini. Program ini juga akan mengurangkan tekanan terhadap pusat bandar dari segi penggunaan sumber, infrastruktur dan ruang. 4.62 Bagi menarik aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi serta pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan terpilih ke negeri kurang maju, antara lain, Kerajaan akan mempromosi kelebihan lokasi negeri-negeri ini. Kerajaan Negeri akan mewujudkan persekitaran yang sesuai dan mesra pelabur dengan menghapuskan prosedur dan peraturan yang tidak perlu serta mempercepat dan mempermudah proses kelulusan pelaburan termasuk permohonan untuk mendapatkan tanah. Pakej insentif sedia ada juga akan dikaji semula dan sekiranya perlu, pakej insentif mengikut keperluan pelabur akan diperkenalkan bagi menarik pelabur ke negeri tersebut. 4.63 Sementara pertumbuhan sektor perkhidmatan dijangka tertumpu di negeri yang mengalami pertumbuhan yang lebih pesat, usaha gigih akan dijalankan untuk membangunkan aktiviti perkhidmatan yang sesuai di negeri kurang maju terutamanya di negeri yang tidak mendapat manfaat daripada program penyebaran industri. Antara aktiviti yang akan diberikan galakan ialah pelancongan, kesihatan dan pendidikan. 4.64 Di samping itu, Kerajaan akan mempercepat pembangunan infrastruktur dan kemudahan bagi menyokong pertumbuhan aktiviti ekonomi di negeri kurang maju. Ini akan meliputi langkah menaiktaraf serta membina jalan dan lebuhraya di negeri kurang maju serta menghubungkannya dengan negeri maju untuk meningkatkan lagi kerjasama ekonomi dan perkongsian sumber antara negeri untuk faedah bersama. Liputan kemudahan air bersih, elektrik dan telekomunikasi serta perkhidmatan sosial berkualiti seperti hospital dan klinik moden serta sekolah akan dipertingkat bagi memastikan kualiti hidup yang lebih baik. 4.65 Kawasan bandar dan luar bandar merupakan satu set ekosistem yang berbeza-beza yang telah mengalami perkembangan dan menerima kesan melalui berbagai cara. Selaras dengan konsep pembangunan menyeluruh, unsur institusi sedia ada dalam pembangunan bandar dan luar bandar perlu diperkukuh bagi 121

menjamin masyarakat bandar dan luar bandar yang mampan. Pembangunan menyeluruh akan dilaksanakan dengan mengimbangkan antara faedah ekonomi, sosial dan persekitaran dengan kos pelaksanaan dasar, program dan projek pembangunan. Ini akan meliputi perkongsian tanggungjawab di kalangan sektor awam dan swasta serta masyarakat setempat untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan. Berbagai aktiviti akan diwujudkan di semua kawasan luar bandar bagi menggembleng tenaga kreatif penduduk tempatan. Di samping itu, Kerajaan akan menggunakan struktur dan proses pengurusan sedia ada dan tradisional untuk memperkukuh insentif bagi memastikan liputan sumber yang saksama dan pengurusan persekitaran yang utuh. 4.66 Bagi meningkatkan pembangunan spatial, Pelan Spatial Negara akan diperkenalkan dalam tempoh RRJP3. Program pembandaran akan terus diberi penekanan. Menjelang tahun 2010, kira-kira 78 peratus daripada penduduk dijangka mendiami kawasan bandar. Usaha akan dijalankan untuk memastikan bahawa 70 peratus daripada kawasan tanah dikekalkan sebagai kawasan luar bandar termasuk hutan, taman negara dan kawasan lindungan lain sementara 30 peratus sebagai kawasan bandar. Strategi baru akan diperkenalkan bagi meningkatkan keupayaan pihak berkuasa tempatan untuk mengurus dengan berkesan aktiviti yang semakin bertumpu di pusat bandar. Dalam hal ini, beberapa pihak berkuasa tempatan akan dinaiktaraf. Memandangkan banyak isu yang berkaitan dengan aspek pembangunan mampan berpunca daripada aktiviti setempat, Kerajaan telah melancarkan projek Agenda Tempatan 21 bagi membolehkan pihak berkuasa bersama-sama masyarakat tempatan mengenalpasti program dan projek untuk pembangunan yang mampan. Satu indeks kualiti hidup bandar juga akan dibentuk bagi mengukur piawaian kesejahteraan hidup dan digunakan sebagai satu alat pengurusan untuk memperbaiki perkhidmatan yang berkaitan. 4.67 Kawasan luar bandar akan dimodenkan melalui penyediaan kemudahan infrastruktur sosial dan fizikal yang bermutu tinggi. Dalam hal ini, antara lain, kemudahan infrastruktur sedia ada akan ditingkatkan dan dinaiktaraf bagi meningkatkan liputan kemudahan ICT termasuk kemudahan telekomunikasi, komputer dan perkhidmatan Internet yang lebih baik. Usaha juga akan dijalankan untuk mengukuhkan rangkaian antara kawasan bandar dan luar bandar bagi menggalakkan hubungan saling melengkapi dan sinergi yang lebih kukuh. Di samping itu, usaha akan dijalankan untuk membangunkan kawasan luar bandar sebagai pusat industri kampung yang moden untuk mengeluarkan hasil kraftangan tempatan yang bermutu bagi memenuhi permintaan industri pelancongan. Kawasan luar bandar akan dimajukan sebagai destinasi pelancongan yang menarik kepada penduduk bandar dan pelancong asing. Satu indeks kualiti hidup luar bandar 122

akan dibentuk bagi memantau taraf hidup dan merangka strategi dan program yang bersesuaian untuk memastikan pembangunan kawasan luar bandar yang berterusan. 4.68 Kerjasama Pertumbuhan Segitiga juga merupakan satu cara penting untuk meningkatkan pembangunan negeri di sempadan. Dalam hal ini, kerjasama sempadan terutamanya di kawasan Pertumbuhan Segitiga akan dipertingkatkan melalui pembangunan projek ekonomi utama seperti pasar borong sempadan dan pembangunan Lebuhraya Lintas Borneo. Sektor swasta akan digalakkan untuk memainkan peranan aktif dalam pembangunan projek tersebut manakala Kerajaan akan menyediakan bantuan sokongan yang perlu. Kerajaan juga akan memperkenalkan langkah yang bersesuaian bagi menarik pelaburan langsung asing ke kawasan Pertumbuhan Segitiga.

III.

PENUTUP

4.69 Agenda pengagihan di bawah DWN akan terus diutamakan bagi memastikan penyertaan yang lebih seimbang dan saksama di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah. Program pembasmian kemiskinan akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan pendapatan golongan miskin dan kumpulan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum. Bagi strategi penyusunan semula pula, tumpuan akan dialihkan kepada usaha meningkatkan penyertaan berkesan Bumiputera dalam sektor dinamik utama di samping meneruskan usaha mencapai sasaran pemilikan ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010. Pelaksanaan strategi pengagihan ini akan menyumbang ke arah memperkukuh perpaduan negara.

123

BAB 4 - MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT BERSATU PADU DAN SAKSAMA I. PENDAHULUAN II. HALA TUJU MASA DEPAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAGIHAN III. PENUTUP

BAB 5 - MEMBANGUNKAN MALAYSIA MENJADI EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN I. PENDAHULUAN II. KONSEP EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN III. PERTIMBANGAN BAGI EKONOMI IV. KEDUDUKAN SEMASA V. TERAS UTAMA VI. PENUTUP

Bab 5

Membangunkan Malaysia Menjadi Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

126

BAB 5

Membangunkan Malaysia Menjadi Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

I.

PENDAHULUAN

5.01 Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan landasan ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Ia juga akan mengukuhkan kemampuan Malaysia untuk berusaha menghasilkan pembaharuan, menyesuaikan dan mencipta teknologi tempatan serta mereka bentuk, membangun dan memasarkan produk baru yang akan menyediakan asas bagi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri. Di samping itu, ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkap dan mempercepatkan perubahan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh produktiviti yang merupakan teras utama yang dimulakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7). Dalam hubungan ini, pengiktirafan sepenuhnya terhadap peranan input pengetahuan dalam pengeluaran akan meningkatkan keupayaan faktor pengeluaran yang lazim serta menjana sumber baru bagi pertumbuhan. Ini seterusnya akan mengembangkan lagi potensi kemungkinan pengeluaran ekonomi Malaysia. 5.02 Beberapa inisiatif telah dimulakan untuk membantu memudahkan usaha pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Walau bagaimanapun, Malaysia akan melipatgandakan usaha dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) terutamanya dalam bidang pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (P&P), infrastruktur maklumat dan pembiayaan untuk meletakkan Malaysia di kedudukan yang penting dalam peta dunia ekonomi berasaskan pengetahuan. Malaysia juga akan mengambil langkah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang yang saksama untuk menikmati manfaat yang diwujudkan. 127

II. KONSEP EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN 5.03 Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan sebuah ekonomi di mana penjanaan dan penggunaan pengetahuan menjadi penyumbang yang besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pewujudan kekayaan. Walaupun faktor pengeluaran yang lazim seperti buruh, modal, bahan mentah dan keusahawanan terus penting, pengetahuan akan menjadi faktor utama yang menerajui pertumbuhan, menghasilkan nilai baru dan menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing. Walaupun teknologi maklumat (IT) merupakan alat penggerak asas utama, namun nadi bagi ekonomi berasaskan pengetahuan adalah sumber manusia - khususnya keupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik. Industri sedia ada akan menjadi lebih berintensifkan pengetahuan manakala industri baru berasaskan pengetahuan dan industri sokongan akan muncul. Dengan itu, ekonomi akan bercirikan aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan industri berteknologi tinggi akan mempunyai bahagian yang besar dalam guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan eksport. Selain menjadi satu faktor pengeluaran, pengetahuan juga akan menjadi satu barangan yang boleh diperdagangkan. 5.04 Ekonomi berasaskan pengetahuan menyediakan satu kaedah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mampan serta berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang. Dalam hubungan ini, Malaysia akan membangunkan kemudahan yang diperlukan dan memajukan industri yang mempunyai potensi untuk menjadi industri yang berintensifkan pengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jentera pertumbuhan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dan kesaksamaan akan kekal menjadi unsur penting dalam tahap pembangunan ekonomi yang baru ini dengan tanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurang pengetahuan di kalangan berbagai golongan pendapatan yang berlainan, di antara masyarakat bandar dengan luar bandar dan di antara wilayah. Takrif pengetahuan dan ciri-ciri khusus ekonomi berasaskan pengetahuan adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 5-1.

III.

PERTIMBANGAN BAGI EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN

Untuk Mencapai Pertumbuhan Ekonomi Yang Pesat dan Mampan 5.05 Sehingga pertengahan tahun 1990an, Malaysia bergantung sebahagian besarnya kepada pelaburan modal untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. Malaysia telah melaksanakan strategi untuk beralih daripada pertumbuhan yang didorong 128

KOTAK 5-1 PENGETAHUAN DAN CIRI-CIRI EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN u Pengetahuan adalah maklumat yang ditafsir dan digunakan oleh pembuat keputusan untuk mencapai matlamat mereka. Ianya merupakan barangan awam di mana tiada kos tambahan apabila ianya dikongsi dengan pengguna lain manakala pihak lain tidak boleh dihalang daripada menggunakannya sesudah ianya diwujudkan. Pengetahuan pada amnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengetahuan mengenai teknologi dan pengetahuan hakiki atau pengetahuan daripada pengalaman. Pengetahuan daripada pengalaman selalunya merupakan sumber bagi kelebihan bersaing. Ciri-ciri ekonomi berasaskan pengetahuan: Mempunyai sumber yang tidak terhad. Tidak seperti sumber lain yang berkurangan apabila digunakan, input pengetahuan sentiasa berkembang selari dengan teknologi dan inovasi. Tidak ada batasan tempat. Inovasi dalam teknologi dapat membuka laluan kepada sumber dan pasaran di seluruh dunia serta mewujudkan pasaran dan organisasi maya. Dengan itu, mobiliti pekerja dan modal akan meningkat. Tenaga buruh yang berpendidikan tinggi. Ekonomi berasaskan pengetahuan mengandungi penduduk yang lebih bermaklumat memandangkan kerajaan lebih banyak melabur dalam pembangunan sumber manusia. Pekerja menyumbang dalam bentuk idea, kemahiran dan pengetahuan dengan menggunakan teknologi terkini. Tahap kekayaan per kapita yang tinggi. Pelaburan yang berasaskan pengetahuan akan menghasilkan skala pulangan yang semakin meningkat dan seterusnya membawa kepada pertambahan kekayaan bagi semua. Masyarakat majmuk yang terbuka dapat menarik bakat antarabangsa. Terdapat peluang yang meluas bagi penduduk tempatan mendapatkan pengetahuan luar dan mempelajari amalan perniagaan yang terbaik memandangkan infrastruktur yang bertaraf dunia akan menarik pelaburan asing. Penduduk akan bersedia menerima dan mengguna pakai buah fikiran dan teknologi baru dan ini akan menjadikan syarikat tempatan lebih kukuh dan bersedia untuk menghadapi cabaran antarabangsa. Berhubung rapat dengan pusat pengetahuan antarabangsa. Rangkaian perhubungan dengan seluruh dunia dan perkongsian serta perubahan teknologi akan dipermudahkan lagi dengan adanya aliran maklumat bebas dengan kos yang lebih rendah dan infrastruktur yang baik dapat menggalakkan perkongsian maklumat dan teknologi. Peralihan daripada struktur organisasi pelbagai lapisan kepada struktur yang lebih mendatar seperti jaringan kumpulan kerja separa bebas. Pembangunan IT dan teknologi komunikasi akan membawa kepada interaksi yang lebih baik di kalangan pekerja dan penglibatan aktif pekerja dalam menyumbang buah fikiran dan membuat keputusan. Kemahiran dan pengetahuan merupakan aset utama. Kemahiran dan pengetahuan menjadi aset utama untuk ekonomi meningkatkan daya saing. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi tiang kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Adanya laluan kepada jaringan kerja adalah perlu bagi memperoleh dan menyebarkan pengetahuan dan Internet merupakan kunci kepada ICT terutamanya dalam pembangunan aktiviti berasaskan elektronik yang menghasilkan pendekatan baru dalam melaksanakan sesuatu.

129

oleh input kepada yang didorong oleh produktiviti. Perubahan ini disebabkan oleh penurunan nilai sut produktiviti modal seperti yang dicerminkan oleh peningkatan nisbah tambahan modal kepada pengeluaran. Bahagian pelaburan kepada KDNK yang tinggi menyebabkan negara mengalami jurang sumber yang berterusan dan menjadikan kedudukan ekonomi dalam jangka panjang tidak mampan. 5.06 RMKe-7 mengiktiraf usaha meningkatkan sumbangan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) kepada pertumbuhan sebagai satu strategi penting. Namun dalam tempoh Rancangan tersebut, peralihan kepada ekonomi yang didorong oleh produktiviti adalah perlahan sebahagiannya disebabkan pelaburan besar yang mempunyai tempoh matang yang panjang serta kejatuhan pengeluaran akibat daripada krisis kewangan pada tahun 1997. Kekurangan tenaga manusia mahir dan kemajuan teknologi juga turut menyebabkan keadaan ini berlaku. 5.07 Ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkapi usaha meningkatkan produktiviti keseluruhan ekonomi melalui peningkatan TFP kerana ianya akan menambah nilai baru kepada aktiviti sedia ada dan akan diiringi dengan peningkatan teknologi, kemampuan inovasi yang lebih tinggi dan input daripada tenaga kerja yang lebih mahir. Kajian menggunakan analisis input-output menunjukkan bahawa industri yang berintensifkan pengetahuan mempunyai pengganda nilai ditambah dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan industri yang tidak berintensifkan pengetahuan. 5.08 Ekonomi berasaskan pengetahuan juga akan melahirkan aktiviti baru untuk pelaburan dalam industri yang sedia ada di samping mewujudkan industri baru. Pengenalan kepada proses pengeluaran berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan akan membuka peluang pelaburan baru dalam industri sedia ada. Keperluan meluaskan aktiviti di sepanjang rantaian nilai meliputi reka bentuk dan pembangunan produk serta pembungkusan, pemasaran dan pengedaran akan menawarkan peluang pelaburan dalam industri baru. Industri yang menyokong pembangunan industri berasaskan pengetahuan terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan turut membuka peluang pelaburan baru dalam pembangunan perkakasan dan perisian serta infrastruktur. Kelebihan yang wujud dalam penghasilan dan percubaan idea baru dalam ekonomi berasaskan pengetahuan juga akan menjadi tapak percambahan penciptaan barangan dan perkhidmatan yang baru. Melalui sumbangannya kepada peningkatan produktiviti dan penjana pelaburan dalam bidang baru, ekonomi berasaskan pengetahuan akan meningkatkan lagi potensi pembangunan jangka panjang dan menyediakan asas bagi pembangunan yang pesat dan mampan dalam tempoh RRJP3. Untuk Mengekalkan Daya Saing 130

5.09 Penciptaan dan penyebaran pengetahuan dan maklumat yang pesat berikutan daripada kemajuan ICT telah mengubah cara barangan dan perkhidmatan dikeluar dan dipasarkan serta cara pelaburan dibuat. Urus niaga perdagangan dan pelaburan dikendalikan secara terus melalui komputer dan semakin menjadi maya. Ini telah mengubah asas dan bentuk daya saing dunia dan serantau dan seterusnya memaksa terutamanya negara membangun untuk mengkaji semula dasar dan strategi mereka. Negara tersebut mula membuka pasaran dan ekonomi mereka untuk menggalakkan aliran yang lebih bebas bagi perdagangan dan pelaburan serta pengetahuan, teknologi dan kepakaran. Negara membangun yang ingin mendapatkan faedah daripada ICT mula mewujudkan jaringan pada kadar yang pantas bagi memudahkan proses tersebut. Memandangkan perkembangan dunia ini, adalah penting bagi Malaysia menyahut cabaran tersebut dengan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan untuk mengekalkan daya saing. 5.10 Malaysia menghadapi persaingan yang semakin hebat bagi barangan pembuatan yang berintensifkan buruh dan bernilai rendah daripada negara membangun lain yang mempunyai upah yang lebih rendah dan kaya dengan sumber seperti China, Indonesia dan Thailand. Kebanyakan pengilang tempatan yang mengeluarkan barangan tersebut terpaksa membezakan keluaran mereka serta memberi tumpuan kepada pasaran tertentu untuk kekal berdaya saing. Bagi industri berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan pula, pencapaian Malaysia masih belum setanding dengan ekonomi yang lebih maju seperti Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. 5.11 Untuk mengekalkan kelebihan daya saing, Malaysia perlu berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh meningkatkan produktiviti industri lazim dan pada masa yang sama, meninggikan kemampuan teknologi dan pengetahuan supaya dapat beralih kepada pengeluaran barangan di peringkat pertengahan dan tinggi. Adalah penting bagi industri tempatan untuk berganjak di sepanjang rantaian nilai kepada aktiviti huluan dan hiliran. Perubahan ini adalah perlu bagi membolehkan sektor pembuatan dan perkhidmatan terus menerajui pertumbuhan ekonomi dalam tempoh RRJP3. Bagi tujuan ini, ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan landasan bagi mempercepatkan peralihan tersebut.

IV. KEDUDUKAN SEMASA 5.12 Malaysia telah mula meletakkan asas bagi ekonomi berasaskan pengetahuan pada pertengahan tahun 1990an dan antara langkah yang telah diambil adalah pelancaran Agenda IT Negara (NITA) dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Usaha juga telah dilaksanakan dalam bidang pembangunan sumber manusia, S&T 131

dan P&P, infrastruktur maklumat dan pembiayaan di samping memastikan bahawa pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan tidak mengakibatkan wujudnya jurang pengetahuan. 5.13 Objektif NITA adalah untuk merangka strategi dan menggalakkan penggunaan dan pembangunan IT iaitu kunci utama untuk mencapai ekonomi berasaskan pengetahuan. Bagi mencapai matlamat NITA, aplikasi menunjuk cara iaitu alat penting untuk pelaksanaan projek IT di peringkat kebangsaan, sektor awam dan masyarakat telah dilancarkan. Bidang yang diberi keutamaan dalam aplikasi menunjuk cara adalah e-ekonomi yang merangkumi e-dagang dan e-niaga, e-perkhidmatan awam, e-masyarakat, e-pembelajaran dan e-kedaulatan. 5.14 MSC gigih berusaha mewujudkan persekitaran IT dan multimedia yang sempurna di samping menjadi tapak percubaan dunia untuk membolehkan Malaysia berada dalam aktiviti arus perdana yang perlu untuk menarik pekerja berpengetahuan, usahawan teknologi dan industri berteknologi tinggi. Infrastruktur fizikal asas termasuk infrastruktur telekomunikasi yang berangkakan mod pemindahan tak segerak 2.5 gigabit sesaat dan boleh ditingkatkan sehingga 10 gigabit sesaat di MSC telah pun disiapkan pada pertengahan tahun 1999. Ini akan membolehkan penyaluran suara, imej dan data. Lima bandar siber yang khusus iaitu Kuala Lumpur City Centre, Menara Kuala Lumpur, Taman Teknologi Malaysia, Cyberjaya dan Pusat Inkubator Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia - Universiti Putra Malaysia telah menarik banyak perniagaan yang canggih, syarikat teknologi bertaraf dunia dan pelaburan dalam P&P. Fasa Pertama Aplikasi Perdana MSC termasuk e-kerajaan, kad pelbagai guna dan sekolah bestari kini sedang dilaksanakan. Program dan projek baru bagi Fasa Kedua Aplikasi Perdana juga sedang dikenalpasti. 5.15 Dalam bidang pembangunan sumber manusia, walaupun tahap keseluruhan pencapaian pendidikan menunjukkan kemajuan, peratus tenaga buruh yang berpendidikan tinggi iaitu kumpulan yang penting untuk menerajui ekonomi berasaskan pengetahuan masih rendah iaitu sebanyak 13.9 peratus, seperti ditunjukkan dalam Jadual 5-1. Walaupun enrolmen di peringkat pengajian tinggi bagi kumpulan umur di antara 17-23 tahun meningkat kepada 25 peratus berikutan daripada peruntukan yang besar bagi pendidikan tinggi namun kadar ini masih rendah berbanding dengan negara perindustrian baru (NIE), seperti ditunjukkan dalam Jadual 5-2. Di samping itu, enrolmen peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan awam masih cenderung ke arah kursus beraliran sastera. Walaupun kursus aliran ini penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, keperluan untuk mewujudkan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang sains dan teknikal memerlukan enrolmen yang tinggi dalam bidang tersebut. Pada tahun 1999, 132

enrolmen dalam bidang sains dan teknikal hanya merangkumi 31 peratus daripada jumlah enrolmen keseluruhannya. Ini adalah disebabkan terutamanya oleh bilangan pelajar beraliran sains yang rendah di peringkat menengah yang hanya meliputi 25.7 peratus daripada jumlah pelajar keseluruhannya pada tahun 1998 iaitu lebih rendah daripada sasaran nisbah sains kepada sastera sebanyak 60:40. 5.16 S&T dan P&P merupakan faktor penentu dalam menjana inovasi dan
JADUAL 5-1 PENCAPAIAN PENDIDIKAN TENAGA BURUH, 1990-2000 (000 orang)
Tahap Pendidikan Rendah Menengah Rendah dan Pertengahan Tinggi 1990 2,380.2 4,042.1 619.7 % 33.8 57.4 8.8 2000 2,607.9 5,571.8 1,319.3 % 27.4 58.7 13.9

J ADUAL 5-2 PERBELANJAAN AWAM BAGI PENDIDIKAN DAN ENROLMEN PERINGKAT TINGGI DI NEGARA TERPILIH (%)
Negara Australia Kanada China India Ireland Jepun Korea Selatan Malaysia 1 New Zealand Singapura United Kingdom Amerika Syarikat Sumber: Nota: Perbelanjaan Awam bagi Pendidikan (daripada KNK), 1996 5.5 6.9 2.3 3.2 6.0 3.6 3.7 5.2 7.3 3.0 5.3 5.4 Enrolmen di Peringkat Tinggi (daripada penduduk berumur 20-24 tahun), 1993 42 103 4 6 34 30 48 25 58 38 37 81

The World Competitiveness Yearbook, 1998, 2000


1

Merujuk kepada tahun 2000 dan kumpulan umur 17-23 tahun.

133

pengetahuan dan oleh itu perlu diberi keutamaan yang lebih. Perbelanjaan P&P bagi Malaysia ialah 0.4 peratus daripada KDNK, seperti ditunjukkan dalam Jadual 5-3 dan sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut adalah dalam sektor pertanian. Peratus perbelanjaan P&P daripada KDNK masih rendah jika dibandingkan dengan beberapa buah negara yang telah berjaya membangunkan keupayaan tempatan untuk membuat inovasi, menghasilkan teknologi baru dan mereka cipta produk baru. Usaha S&T dan P&P adalah terbatas sebahagiannya disebabkan oleh kekurangan bilangan ahli sains dan jurutera. Pada tahun 1998, bilangan ahli sains dan jurutera untuk setiap juta penduduk ialah 500 berbanding dengan sasaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) sebanyak 1,000 ahli sains dan penyelidik bagi setiap satu juta penduduk menjelang tahun 2000. 5.17 Bagi bidang infrastruktur maklumat, Malaysia mulai muncul sebagai pusat

J ADUAL 5-3 PERBELANJAAN P&P SEKTOR AWAM DAN BILANGAN AHLI SAINS DAN JURUTERA UNTUK NEGARA TERPILIH
Perbelanjaan P&P (% daripada KDNK) 1998 1.7 1.6 0.7 0.7 1.5 2.9 2.7 0.4 1.0 1.8 1.9 2.5 Ahli Sains dan Jurutera (setiap juta penduduk) 1985-1995 3,166 2,656 350 149 1,871 6,309 2,636 5001 1,778 2,728 2,417 3,732

Negara

Australia Kanada China India Ireland Jepun Korea Selatan Malaysia New Zealand Singapura United Kingdom Amerika Syarikat

Sumber: Nota:

The World Competitiveness Yearbook, 2000 World Development Report, 1999/2000


1

Merujuk kepada angka awal untuk tahun 1998

134

antarabangsa dan pembekal sejagat dari segi liputan ICT, kualiti perkhidmatan, kandungan dan infrastruktur serta peluang mendapat kemudahan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 5-4. Walaupun kemajuan yang besar telah dicapai dalam pembangunan komunikasi dan multimedia, Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding dengan negara NIE dari segi penyediaan dan penyebaran infrastruktur komunikasi, kadar liputan ICT, pembangunan kandungan tempatan dan keselamatan rangkaian infrastruktur maklumat. 5.18 Sebahagian besar pembangunan rangkaian telekomunikasi tertumpu di Lembah Kelang dan di pusat bandar seperti Ipoh, Pulau Pinang dan Johor Bahru yang mengakibatkan ketidakseimbangan peluang menikmati kemudahan di antara kawasan bandar dengan luar bandar. Kadar liputan telefon dalam tahun 2000 bagi kawasan bandar ialah 28.6 bagi setiap 100 penduduk manakala untuk kawasan

J ADUAL 5-4 PETUNJUK PRESTASI LIPUTAN UTAMA, 1998


Status 1 21.6 10 11.9 6 0.04 1.9 8 1,211 2.1 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3 Tahap 3

Petunjuk Kepadatan Talian Komunikasi (talian utama setiap 100 penduduk) Liputan Telefon Mudah Alih Selular (pelanggan selular setiap 100 penduduk) Liputan Internet Setiap Isi Rumah Liputan Internet Setiap 100 Penduduk Liputan ISDN Setiap 100 Penduduk Hos Internet Setiap 100 Penduduk Komputer Setiap 100 Penduduk Keupayaan Komputer Setiap 100 Penduduk (MIPS) Liputan TV Berbayar Setiap Isi Rumah (%) Prestasi Purata Nota:
1

Tahap Tahap Tahap Tahap

1 2 3 4

(Bertaraf Dunia) - terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Finland dan Jepun. (Maju) - terdiri daripada Jerman, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. (Muncul) - terdiri daripada Argentina, Chile, Thailand dan China. (Asas) - terdiri daripada India, Indonesia, Honduras dan Nigeria.

135

luar bandar ialah 11.7 bagi setiap 100 penduduk. 5.19 Dari segi pembangunan kandungan tempatan di dalam IT dan multimedia, beberapa portal dan laman web Malaysia telah dibangunkan. Walau bagaimanapun, kandungan tempatan yang menggambarkan budaya dan nilai tempatan yang sedia ada secara digital dan boleh diperolehi untuk berbagai keperluan aplikasi masih tidak mencukupi. 5.20 Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam menyediakan persekitaran perundangan yang bersesuaian. Beberapa perundangan telah dipinda dan yang baru diperkenalkan termasuk Akta Tanda Tangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Cetak Rompak (Pindaan) 1997 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Walau bagaimanapun, rangka kerja sistem perundangan ini masih perlu dipertingkatkan lagi bagi menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang lebih teratur. 5.21 Kerajaan telah memupuk pembangunan industri modal teroka sebagai sumber pembiayaan yang lain dan peruntukkan sebanyak RM1.1 bilion telah disediakan untuk tujuan tersebut. Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ) telah ditubuhkan dan peraturannya dilonggarkan supaya dapat menyediakan mekanisme yang menarik kepada pelaburan berasaskan teknologi oleh syarikat modal teroka (VCC) untuk memperolehi semula pelaburan mereka. Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) turut menyediakan kemudahan penyenaraian bagi syarikat berteknologi tinggi. Industri modal teroka walau bagaimanapun, masih berada di peringkat awal pembentukan dan perlu diperkukuhkan lagi. 5.22 Dalam menangani isu jurang digital dalam negara, beberapa langkah seperti pengkomputeran sekolah luar bandar dan kemudahan Internet di lokasi yang strategik telah pun dimulakan. Namun begitu, pelaksanaan program yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kemudahan dan mengurangkan jurang digital perlu dipercepatkan. Rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendidikan formal, warga tua, mereka yang kurang upaya dan mereka di dalam kumpulan berumur 15-64 tahun yang tidak bekerja mungkin terpinggir berikutan revolusi ICT. Dari segi infrastruktur maklumat, jurang dari segi pembangunan proses penghantaran maklumat melalui telefon dan laluan Internet masih wujud di antara negeri. Kadar liputan telefon di enam negeri berada di bawah paras purata negara iaitu pada kadar 20 peratus manakala hampir 70 peratus pengguna Internet tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Di samping itu, memandangkan sebahagian besar penduduk hanya menggunakan 136

Bahasa Malaysia, kekurangan kandungan tempatan telah menghadkan perolehan maklumat di kalangan mereka. 5.23 Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (KDI) telah dibentuk bagi menilai kesediaan Malaysia menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan. Indeks ini membandingkan kedudukan Malaysia dengan 21 buah negara lain yang kebanyakannya terdiri daripada negara maju. KDI dikira berasaskan beberapa faktor utama terpilih yang diperlukan untuk menggerakkan ekonomi berasaskan pengetahuan iaitu infrastruktur komputer, infrastruktur maklumat, pendidikan dan latihan, P&P dan teknologi. Petunjuk yang digunakan dalam perkiraan indeks tersebut adalah seperti ditunjukkan dalam Kotak 5-2. 5.24 Berdasarkan KDI, Malaysia berada di kedudukan yang ke 17, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-1. Kedudukan Malaysia yang lebih baik dari segi P&P dan teknologi berbanding infrastruktur komputer, infrastruktur maklumat serta pendidikan dan latihan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 5-5 adalah disebabkan oleh eksport barangan elektronik dan elektrik yang besar. Dari segi kesediaan untuk menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan, Malaysia lebih bersedia dalam infrastruktur telekomunikasi dan kadar celik huruf tetapi perlu melipatgandakan usaha untuk meningkatkan kemampuan P&P, penggunaan komputer, sambungan Internet dan enrolmen pendidikan tinggi, seperti ditunjukkan dalam Carta 5-2.

V.

TERAS UTAMA

5.25 Bagi membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan usaha gigih perlu dilaksanakan untuk menyediakan asas yang diperlukan. Dalam hal ini, Malaysia akan memberi tumpuan ke arah memperkukuhkan unsur penting untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Teras utama pelan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan adalah seperti berikut: u membina tenaga kerja berasaskan pengetahuan antara lain melalui kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran sepanjang hayat dan melaksanakan program menarik pakar dari luar negara; u mempergiatkan daya usaha dalam S&T dan P&P bagi memperkukuhkan sistem inovasi negara; u mempercepatkan pembangunan infrastruktur maklumat bagi membantu pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan; 137

menyusun semula sistem kewangan untuk menyediakan jenis pembiayaan yang bersesuaian bagi aktiviti berasaskan pengetahuan, menyediakan alat untuk pengurusan ekonomi makro dan mampu menghadapi cabaran yang berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan; meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan; mendorong sektor swasta untuk segera bersedia menghadapi ekonomi berasaskan pengetahuan serta mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang wujud; merubah sektor awam supaya menjadi lebih cekap dalam perolehan, penggunaan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan; memupuk penggunaan pengetahuan secara beretika; dan melaksanakan program merapatkan jurang digital di antara kumpulan pendapatan, etnik dan umur, masyarakat bandar dengan luar bandar serta di antara wilayah.

u u

u u

Membangunkan Tenaga Kerja Bagi Ekonomi Berasaskan Pengetahuan 5.26 Sumber manusia akan menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan dan akan menentukan kedudukan daya saing negara. Oleh itu, kejayaan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan banyak bergantung kepada kualiti sistem pendidikan dan latihan. Rangka kerja institusi akan disediakan bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang berkelayakan dan berkemahiran adalah mencukupi di samping menjalankan latihan semula secara berterusan. 5.27 Sistem pendidikan dari peringkat pra-sekolah sehingga peringkat tinggi akan dikaji semula bagi membolehkannya memenuhi keperluan tenaga kerja ekonomi berasaskan pengetahuan. Bidang utama yang akan dikaji semula termasuk kurikulum, kaedah pengajaran, enrolmen di peringkat tinggi dan kualiti tenaga pengajar. Kurikulum tersebut akan menekankan pengajaran kemahiran asas dan ianya sejajar dengan keperluan tenaga kerja yang semakin berubah. Pendidikan dan latihan vokasional serta teknikal akan diberi lebih penekanan dan ditumpukan semula ke arah menghasilkan kemahiran yang diperlukan oleh ekonomi berasaskan 138

KOTAK 5-2 KOMPONEN INDEKS PEMBANGUNAN EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN Infrastruktur Komputer Menilai sejauh mana wujudnya kemudahan komputer terutamanya komputer peribadi (PC) dan Internet sebagai alat laluan kepada lebuh raya maklumat. Ini diukur melalui: u u u u u peratusan daripada penggunaan komputer seluruh dunia komputer untuk setiap 1,000 penduduk peratusan daripada jumlah Jutaan Arahan Sesaat (MIPS) seluruh dunia kuasa komputer per kapita sambungan kepada Internet

Infrastruktur Maklumat Terdiri daripada rangkaian, peralatan dan perundangan yang diperlukan untuk menyediakan saluran dan persekitaran yang membantu pengaliran maklumat tanpa batasan bagi pembelajaran dan kemajuan di peringkat individu, organisasi dan negara. Ini termasuk petunjuk seperti: u u u u u u u u pelaburan dalam telekomunikasi penggunaan talian telefon untuk setiap 1,000 penduduk pelanggan telefon selular mudah alih untuk setiap 1,000 penduduk televisyen untuk setiap 1,000 penduduk radio untuk setiap 1,000 penduduk mesin faksimili untuk setiap 1,000 penduduk kos panggilan antarabangsa pengedaran akhbar

Pendidikan dan Latihan Kritikal bagi menghasilkan sumber manusia iaitu input utama dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Ini dinilai dari segi: u u u u u u jumlah perbelanjaan per kapita bagi pendidikan kadar celik huruf nisbah pelajar-guru (rendah) nisbah pelajar-guru (menengah) enrolmen peringkat menengah erolmen peringkat pendidikan tinggi

Penyelidikan & Pembangunan (P&P) dan Teknologi Menilai tahap pembangunan P&P dan teknologi negara. P&P mencerminkan keupayaan untuk berinovasi dan mengguna pakai teknologi baru. Ini termasuk: u u u u u u peratusan barangan eksport berteknologi tinggi kepada eksport pembuatan bilangan ahli sains dan jurutera dalam P&P bilangan kakitangan P&P per kapita peratusan jumlah perbelanjaan P&P kepada KDNK purata tahunan jumlah paten yang dikeluarkan kepada pemastautin perbelanjaan perniagaan ke atas P&P per kapita

139

CARTA 5-1 KEDUDUKAN NEGARA BERASASKAN KDI, 2000


Amerika Syarikat (1) Jepun (2) Sweden (3) Finland (4) Norway (5) Denmark (6) Australia (7) Switzerland (8) Kanada (9) Belanda (10) United Kingdom (11) Jerman (12) New Zealand (13) Ireland (14) Korea Selatan (15) Singapura (16) Malaysia (17) Thailand (18) China (19) Filipina (20) Indonesia (21) India (22) 493 2,645 2,285 2,023 1,960 1,518 6,745 6,150 6,041 5,728 5,679 5,404 5,299 5,066 4,927 4,777 4,770 4,615 4,252 4,139 4,053 3,856

Nota : Angka dalam kurungan menunjukkan kedudukan negara. Angka di sebelah kanan merupakan markah yang telah diselaraskan.

140

J ADUAL 5-5 KEDUDUKAN NEGARA MENGIKUT KOMPONEN KDI, 2000

Negara KDI

Infrastruktur Komputer 1 8 5 2 4 7 6 13 3 10 9 12 11 15 16 14 17 19 18 22 21 20

Infrastruktur Maklumat

Pendidikan dan Latihan 8 10 3 4 1 2 6 9 5 13 11 12 7 15 16 19 17 14 18 20 21 22

P&P dan Teknologi

Amerika Syarikat Jepun Sweden Finland Norway Denmark Australia Switzerland Canada Belanda United Kingdom Jerman New Zealand Ireland Korea Selatan Singapura Malaysia Thailand China Filipina Indonesia India

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

10 3 2 4 1 5 6 7 12 9 8 13 14 15 11 16 17 21 19 18 20 22

3 1 2 4 10 9 11 5 15 8 14 7 17 12 13 6 16 19 20 18 21 22

pengetahuan. Selain daripada itu, kaedah pengajaran akan diubah untuk menggalakkan daya kreatif, keaslian, inovasi serta kemahiran berfikir dan membuat analisis. Penggunaan IT sebagai satu alat pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan. 5.28 Usaha gigih akan diambil untuk menambah enrolmen di peringkat pendidikan tinggi terutamanya dalam kursus sains dan teknikal. Institusi pendidikan tinggi awam dan swasta perlu lebih berorientasikan pasaran dan proaktif dan tidak terbatas kepada bidang tradisional tetapi meneroka bidang pendidikan baru yang diperlukan oleh ekonomi berasaskan pengetahuan yang matang. Institusi tersebut perlu meningkatkan taraf pendidikan dan mengeluarkan tenaga kerja yang memenuhi keperluan pasaran. Kualiti profesyen pengajar juga akan diperbaiki dengan menarik mereka yang lebih berkelayakan, melaksanakan program latihan yang berterusan 141

CARTA 5-2 RODA PENGETAHUAN, 2000: MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT

Peratusan penggunaan komputer berbanding seluruh dunia Komputer untuk setiap 1,000 penduduk Perbelanjaan perniagaan ke atas P&P Peratusan jumlah MIPS seluruh dunia 600 Paten diberikan kepada pemastautin Jumlah perbelanjaan ke atas P&P Kakitangan P&P di seluruh negara Ahli sains dan jurutera di dalam P&P Eksport teknologi tinggi Enrolmen peringkat pendidikan tinggi Enrolmen peringkat menengah Nisbah pelajar-guru(menengah) Nisbah pelajar-guru(rendah) Kadar celik huruf Perbelanjaan pendidikan per kapita Kuasa komputer per kapita

400 200

Sambungan kepada Internet Pelaburan dalam telekomunikasi Talian telefon Telefon selular mudah alih Televisyen Radio MALAYSIA AMERIKA SYARIKAT

Mesin faksimili Kos panggilan antarabangsa Pengedaran akhbar

Nota: Roda Pengetahuan menunjukkan persediaan sesebuah negara untuk ekonomi berasaskan pengetahuan. Semakin luas sebaran kawasan di dalam roda, semakin bersedia negara tersebut.

dan mengkaji semula skim perkhidmatan mereka dari segi gaji dan peluang kenaikan pangkat. 5.29 Sistem pembelajaran sepanjang hayat akan digalakkan bagi memastikan pekerja dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka secara berterusan supaya sentiasa sesuai dengan persekitaran teknologi dan proses kerja yang berubah dengan pantas serta memupuk masyarakat yang sentiasa menimba pengetahuan. Sektor awam dan swasta akan digalakkan untuk membina infrastruktur yang perlu untuk memudahkan pembelajaran sepanjang hayat. Sehubungan dengan ini, institusi pendidikan perlu memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang mudah diubahsuai dari segi tempoh kursus, syarat kemasukan dan kaedah pengajaran serta memastikan kosnya mampu dibayar oleh semua. Kolej komuniti dan pusat sumber akan dibina bagi memperolehi dan menyebarkan pengetahuan. Firma dan industri akan digalakkan untuk menyediakan insentif kepada pekerja mereka supaya belajar semula dan sentiasa meningkatkan kemahiran. Bagi mencapai tujuan ini, institusi kewangan akan digalak untuk memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan kemahiran. 142

5.30 Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja ekonomi berasaskan pengetahuan dalam tempoh yang terdekat, Kerajaan akan mengkaji semula inisiatif sedia ada dan melaksanakan program memanggil pulang rakyat Malaysia yang berkelayakan yang bekerja di luar negara dan menarik pekerja asing yang berkemahiran tinggi untuk berkhidmat di Malaysia. Antara lain, program ini akan mengenal pasti pelajar cemerlang, usahawan teknologi Malaysia yang berkualiti dan pekerja yang berkemahiran tinggi dari luar negara serta melonggarkan syarat pengambilan mereka. Langkah sewajarnya juga akan diambil untuk memastikan mereka yang telah beroperasi di Malaysia sebelum program ini tidak kerugian.

Mempergiatkan S&T dan P&P 5.31 Malaysia perlu meningkatkan potensi untuk menggerakkan sektor utama S&T dan P&P supaya menjadi ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Sehubungan dengan ini, keutamaan akan diberikan kepada usaha menambah tenaga kerja S&T dan P&P, meningkatkan infrastruktur yang berkaitan, mengukuhkan mekanisme sedia ada untuk menyokong pembangunan dan penyebaran P&P dan teknologi, menggalakkan kesedaran S&T serta memantapkan pengurusan S&T bagi tempoh RRJP3. Ini akan menyediakan asas bagi sistem inovasi negara yang berfungsi dengan baik dan menjadi teras kepada Dasar Sains dan Teknologi Negara. 5.32 Untuk menggerakkan inisiatif S&T dan P&P, sektor awam akan menambah jumlah peruntukan bagi tujuan ini. Mekanisme pembiayaan untuk aktiviti P&P akan diperkemaskan untuk memastikan penggunaan dana secara optimum. Cadangan untuk penyelidikan akan dinilai oleh panel termasuk pakar asing dalam bidang yang dicadangkan. Insentif yang lebih berkesan akan diberi kepada sektor korporat termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya sektor tersebut memperuntukkan bahagian hasil yang lebih besar kepada aktiviti P&P. 5.33 Pemilihan yang lebih teliti terhadap bidang pembangunan S&T yang akan dilaksanakan akan dibuat supaya negara mendapat manfaat yang maksimum. Keutamaan akan diberi kepada bidang di mana Malaysia telah mempunyai kelebihan, mempunyai peluang yang tinggi untuk berkembang serta mendahului negara lain. Selaras dengan ini, usaha S&T dan P&P akan ditumpu dan diberi keutamaan semula dengan mengenal pasti bidang secara sistematik, termasuk bidang baru muncul dan bidang umum yang strategik untuk membolehkan Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. 143

5.34 Institusi penyelidikan sektor awam akan diperkukuh bagi meningkatkan keupayaan mengenal pasti, menyerap dan memanfaatkan pengetahuan, tahap kepakaran dan kemampuannya. Sektor swasta juga digalakkan untuk berbuat demikian. Sementara usaha akan diambil untuk menambah bilangan tenaga kerja S&T, firma akan digalak untuk menawarkan latihan yang bersesuaian kepada pekerja mereka bagi meningkatkan kemahiran. Pelaburan langsung asing (FDI) akan semakin dipergunakan untuk mempertingkatkan keupayaan P&P dan teknologi luar negara. Sektor swasta akan digesa untuk menjalin pakatan strategik dengan rakan kongsi asing yang bersesuaian bagi memastikan aktiviti P&P tidak terasing daripada perkembangan luar. Malaysia akan mengenal pasti dan menyediakan bantuan kepada syarikat multinasional yang mempunyai keupayaan P&P yang tinggi dalam bidang strategik untuk melabur di Malaysia. Selain daripada itu, mekanisme insentif untuk FDI akan dikaji semula untuk memberikan keutamaan kepada syarikat yang disokong oleh aktiviti P&P yang baru dan bernilai ditambah supaya ditempatkan di Malaysia. 5.35 Untuk meningkatkan penyebaran penemuan penyelidikan dan penggunaannya dari segi komersil, usaha akan diambil untuk menjalin kerjasama yang lebih meluas di kalangan institusi penyelidikan awam, universiti dan kelompok industri. Pertubuhan industri akan digalakkan untuk menerajui pelaksanaan program industri yang khusus. 5.36 Dalam usaha untuk menyemai kesedaran dan menggalakkan penghayatan yang lebih terhadap sains, pengajaran sains di sekolah dan institusi pendidikan tinggi akan sentiasa dikaji semula untuk memastikan kandungannya sesuai, terkini dan diajar secara interaktif dan ceria. Tambahan lagi, Kerajaan dengan kerjasama dari industri dan NGO akan melaksanakan program yang akan menggalakkan S&T dan menjadikannya disukai ramai.

Mempercepatkan Pembangunan Infrastruktur Maklumat 5.37 Malaysia akan meningkatkan infrastruktur komunikasi dan multimedianya supaya bertaraf dunia agar dapat menyokong pengaliran pesat dan perolehan maklumat dari dalam dan luar negara pada harga yang kompetitif. Memandangkan meningkatnya kepentingan Internet untuk menyokong e-aktiviti dan aktiviti yang berintensifkan pengetahuan, adalah perlu diwujudkan satu rangkaian komunikasi nasional bersepadu berkelajuan tinggi. Satu perspektif jangka panjang akan diambil dalam membuat perancangan dan penyediaan kemudahan ini bagi memastikan 144

infrastruktur komunikasi dan multimedia yang termaju dan terkini akan dapat berkembang seiring dengan kemajuan pesat ICT yang dijangkakan. 5.38 Usaha akan ditujukan ke arah memastikan pengagihan dan peruntukan infrastruktur telekomunikasi dan perkhidmatan yang saksama bagi kawasan dan kumpulan yang belum mendapat kemudahan untuk membawa mereka ke dalam arus perdana ekonomi berasaskan pengetahuan. Untuk tujuan ini, program tanggungjawab perkhidmatan sejagat yang berkesan akan diwujudkan. Kerajaan bersama-sama dengan sektor swasta akan memastikan pembinaan rangkaian untuk kawasan dan kumpulan yang belum mendapat kemudahan. Tindakan juga akan diambil untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan mampu diperolehi oleh semua. Sasaran khusus untuk meningkatkan kadar liputan mesti ditetapkan untuk jangka masa pertengahan dan bagi tempoh RRJP3. Tambahan pula, usaha yang terselaras akan diambil untuk mempercepatkan lagi pembinaan kiosk Internet dan multimedia di lokasi yang strategik. 5.39 Pembangunan kandungan tempatan akan diberi penekanan yang lebih. Selain daripada memenuhi keperluan pasaran dunia, pengiktirafan sewajarnya perlu diberi terhadap kepentingan untuk mengekalkan sejarah dan warisan Malaysia serta menggunakan pengetahuan tempatan yang wujud dalam masyarakat. Insentif akan diberi kepada individu dan institusi pendidikan untuk menghasilkan kandungan tempatan dalam bahasa ibunda serta menghasilkan perisian mesra pengguna dan teknologi laluan Internet yang bersesuaian. Sektor swasta dan NGO akan digalak untuk memainkan peranan penting dalam bidang pembangunan kandungan. Untuk tujuan ini, rangka kawal selia yang mengawasi industri kandungan tempatan akan dikaji semula dan peserta tempatan akan digalak menjalankan P&P dan mengembangkan kemahiran mereka serta mewujudkan pakatan strategik dengan rakan kongsi asing. 5.40 Pendekatan yang lebih bersepadu dan menyeluruh akan diambil untuk membangun persekitaran kawal selia dan rangka kerja institusi yang menggalakkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dan perkembangan aktiviti berunsur pengetahuan. Rangka kerja perundangan akan diperkemas untuk menyokong operasi aktiviti berelektronik yang teratur seperti e-dagang, e-kerajaan, e-kewangan dan e-pendidikan serta menyokong sistem kerja yang anjal. Perundangan yang berkaitan dengan hak harta intelektual dan perlindungan hak peribadi dan keselamatan akan dikaji semula bagi memperbaiki pengaliran maklumat dan pengetahuan. Malaysia akan juga menyertai inisiatif di peringkat serantau dan antarabangsa untuk menyelaras dan menyeragamkan perjanjian perundangan dan institusi bagi melindungi kepentingan negara.

145

Menyusun Semula Sistem Kewangan 5.41 Sistem kewangan termasuk kaedah dan sumber pembiayaan, peraturan dan undang-undang serta institusi akan diselaraskan semula untuk menyokong perkembangan aktiviti dan industri dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Sistem perbankan yang pada masa ini berperanan sebagai sumber utama pembiayaan korporat akan memperkenalkan instrumen pinjaman yang inovatif dan membangunkan keupayaan untuk membuat penilaian mengenai potensi aliran tunai masa hadapan bagi projek yang berasaskan pengetahuan. Tambahan pula, sistem perbankan akan mengembangkan lagi skop pinjaman selain daripada aktiviti pengeluaran utama kepada aktiviti huluan dan hiliran terutamanya P&P serta pembangunan produk dan pemasaran. Dalam hal ini, agensi kawal selia akan berusaha memastikan keseimbangan di antara inovasi dengan amalan yang berhemat. 5.42 Usaha akan diambil untuk memperkukuhkan industri modal teroka agar menjadi lebih mesra pelabur dan bertindak pantas terhadap keperluan untuk memulakan pelaburan baru. VCC mesti mengembangkan kemampuannya untuk mengenal pasti dan menilai projek yang berpotensi serta lebih bersedia untuk mengambil risiko. Kerajaan juga akan menggalakkan pengaliran masuk dana modal teroka asing serta bersedia menimbangkan hak milik ekuiti asing yang lebih besar dalam VCC agar dapat memperolehi kepakaran dan pengalaman asing dalam bidang ini. Untuk menambah peluang pelaburan modal teroka di Malaysia, antara lain, mekanisme penyelarasan yang menghubungkan pelabur dengan pembiaya akan diperbaiki, penerbitan, pameran dan pesta teknologi yang kerap akan diadakan serta laman web akan dibangunkan. Bagi memastikan dana modal teroka Kerajaan dapat memberi faedah yang lebih besar, pengurusan dana berkenaan akan diberikan kepada VCC yang berpengalaman dan berwibawa termasuk VCC asing. Penglibatan unit amanah dan dana insurans akan dipertimbang untuk memperluaskan sumber pembiayaan modal teroka. Seterusnya, pakej insentif untuk industri modal teroka akan dikaji semula bagi meningkatkan inisiatif berteknologi tinggi. 5.43 Pasaran modal akan menjadi sumber dana yang semakin penting kepada syarikat baru dan syarikat yang sedang berkembang yang terlibat dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Inisiatif untuk membangunkan pasaran modal akan dipercepatkan dengan memperkenalkan instrumen pembiayaan yang inovatif dan pembangunan saluran lain bagi memperolehi modal untuk membiayai syarikat yang berteknologi tinggi. 146

5.44 Kemajuan ICT yang pesat dijangka akan meningkatkan lagi jumlah dan kepantasan pengaliran modal dan urus niaga kewangan lain yang merentasi sempadan. Dalam hal ini, satu sistem amaran awal yang menyeluruh, jaringan keselamatan sektor kewangan dan peraturan serta pengawasan dan penyeliaan berhemat akan diwujudkan. Sektor kewangan keseluruhannya akan secara sendiri mengorientasikan semula perkhidmatan mereka untuk menyokong keperluan urus niaga berasaskan elektronik yang semakin meningkat dalam ekonomi berasaskan pengetahuan.

Meningkatkan Kandungan Pengetahuan Dalam Sektor Pertanian, Pembuatan dan Perkhidmatan 5.45 Walaupun semua sektor dalam ekonomi dijangka menjadi lebih berintensifkan pengetahuan, usaha akan dipergiat lagi untuk meningkatkan kandungan pengetahuan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. Peningkatan penggunaan pengetahuan akan mengukuh dan meningkatkan kedinamikan serta daya saing sektor tersebut dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang terus pesat. Sektor tersebut berpotensi besar dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan kerana mempunyai ruang yang luas untuk lebih berinovasi dan menggunakan teknologi baru. Di samping itu, perkembangan pesat dalam ICT yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan akan menghasilkan aktiviti dan bidang baru pelaburan dalam sektor berkenaan. Tambahan pula, Malaysia telah pun mempunyai pengetahuan, teknologi dan kemahiran bertaraf dunia dalam beberapa industri terpilih di sektor tersebut dan dengan itu, berada dalam kedudukan untuk menggunakan kelebihan ini bagi menggerakkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ini akan menjadikan Malaysia berupaya menarik kepakaran asing serta pelaburan ke dalam sektor ini. 5.46 Dalam sektor pertanian peningkatan kandungan pengetahuan, terutama melalui penggunaan teknologi moden dan sains hayat yang lebih meluas dijangka akan meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dengan ketara. Bioteknologi juga akan menyumbang kepada peningkatan dalam hasil, kualiti dan perlindungan tanaman. Di samping itu, kemajuan dalam sains hayat akan meningkatkan permintaan terhadap keluaran pertanian sebagai input dalam pengeluaran bahan seperti vaksin yang boleh dimakan, bio-racun serangga dan bio-farmaseutikal. Untuk memudahkan penggunaan pengetahuan secara optimum dalam sektor pertanian, rangkaian inovasi di kalangan penyelidik, pengeluar dan pekerja pengembangan akan diwujudkan. Konsep rangkaian inovasi ini akan diperluaskan ke kawasan pengeluaran makanan kekal selaras dengan strategi untuk meningkatkan pengeluaran makanan. Selain daripada menjadi pemangkin kepada pemodenan sektor pertanian, penubuhan 147

rangkaian inovasi akan juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin dalam bidang penyelidik pertanian di samping menyediakan asas kukuh untuk pembangunan teknologi terkini terutamanya dalam pengeluaran makanan tropika. Program yang bersesuaian akan dilaksanakan supaya pekebun kecil turut mendapat faedah daripada kemajuan tersebut. 5.47 Struktur sektor pembuatan perlu berubah dengan pesat untuk mengekalkan daya saing dan kedudukannya sebagai penyumbang utama terhadap pertumbuhan ekonomi. Setiap firma mestilah berhasrat untuk beralih ke tahap teknologi yang lebih tinggi untuk mengeluarkan produk bernilai tinggi yang dapat menjana nilai ditambah yang lebih besar. Dalam setiap industri, adalah penting untuk mengenal pasti produk khusus di mana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi pengetahuan dan boleh dibangunkan menjadi produk bertaraf dunia. Untuk mencapai tahap daya saing yang mampan bagi produk dan industri yang telah dikenal pasti, kelompok industri dan perkhidmatan sokongan perlu dibangunkan serentak. Firma Malaysia akan digalakkan untuk berganjak di sepanjang rantaian nilai kepada aktiviti yang berintensifkan pengetahuan. 5.48 Dalam sektor perkhidmatan, usaha akan diambil untuk memoden dan meningkatkan kecekapan sektor ini supaya menjadi lebih berdaya saing di samping dapat menyokong sektor industri termaju. Sementara usaha membangunkan sektor lazim diteruskan, adalah perlu untuk mengenal pasti dan membangunkan produk perkhidmatan baru yang akan dijana oleh ekonomi berasaskan pengetahuan. 5.49 Bagi memastikan PKS akan dibawa ke dalam arus perdana ekonomi berasaskan pengetahuan, Kerajaan akan menggubal program untuk mempercepatkan pembangunan sekumpulan besar PKS yang diperlukan, yang berkemampuan, progresif dan cekap. Program khusus akan diperkenalkan untuk meningkatkan kemampuan PKS melalui pengetahuan dan maklumat, memupuk cara pemikiran pengurusan yang baru dan amalan penggunaan IT serta menggalakkan P&P melalui rangkaian kerjasama berinstitusi. Untuk memudahkan penyertaan PKS dalam aktiviti yang berintensifkan pengetahuan terutamanya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, mereka akan digalakkan untuk mewujudkan rantaian bekalan dengan syarikat besar yang berteknologi tinggi serta membentuk perkongsian pintar dan pakatan strategik dengan PKS asing yang berteknologi tinggi. Kerajaan akan membantu memudahkan PKS mendapatkan pembiayaan daripada modal teroka dan dana P&P supaya mereka dapat mereka cipta, berinovasi serta mengeluarkan komponen dan produk yang membolehkan mereka mengambil bahagian secara berkesan dalam industri yang baru muncul dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Pertubuhan industri juga perlu lebih aktif dan komited dalam membantu 148

membangunkan PKS agar mereka berupaya untuk merebut peluang yang dijana oleh ekonomi berasaskan pengetahuan. 5.50 Kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan ke dalam aktiviti berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan termasuk pelaburan langsung asing. Kerajaan akan menyediakan insentif fiskal dan bukan fiskal yang kompetitif serta insentif khusus untuk aktiviti yang berinovasi tinggi dan strategik. Mekanisme insentif ini akan memberi keistimewaan kepada pelaburan yang melibat dan memasukkan P&P, mereka bentuk, menguji, membuat prototaip, pembungkusan dan pengedaran serta industri dan perkhidmatan yang baru berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Menyediakan Sektor Swasta Untuk Menghadapi Arus Perubahan 5.51 Sektor swasta akan terus menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sektor swasta termasuk PKS perlu mengubah proses pengeluaran mereka secepat mungkin dengan mengguna pakai teknologi yang sesuai dan menjimatkan kos. Mereka juga perlu melihat daripada perspektif global memandangkan pasaran akan menjadi maya dan tanpa sempadan. Kaedah lazim memperolehi input dan memasarkan barangan perlu dilengkapi dengan penggunaan e-perdagangan dan e-perniagaan. Tambahan pula, sektor swasta perlu mencipta nilai baru dengan meningkatkan keupayaan untuk menjalankan P&P, terlibat dengan pembangunan dan inovasi produk di samping pembungkusan, pemasaran serta pengedaran barangan dengan cekap dan cepat. Mereka perlu mengenal pasti bidang baru yang khusus di mana mereka mempunyai kelebihan dan berpotensi untuk meningkatkan kecekapan bagi mencapai ke tahap piawaian dunia. 5.52 Untuk berjaya dan sentiasa di hadapan, sektor swasta perlu mengguna pakai amalan terbaik dan menanda aras kedudukan mereka ke peringkat yang lebih tinggi daripada firma yang terbaik dalam industri yang sama. Kemahiran keusahawanan dan pengurusan mestilah ditingkatkan bagi menangani cabaran baru. Usaha juga perlu diambil untuk menambah bilangan usahawan teknologi yang berkualiti tinggi untuk menggerakkan firma tersebut. Tambahan pula, sektor swasta perlu lebih berani mengambil risiko dan menerokai bidang dan peluang baru yang akan dijana oleh ekonomi berasaskan pengetahuan. 5.53 Untuk memastikan pihak swasta bertindak balas dengan segera, Kerajaan akan mewujudkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap peluang yang akan dijana melalui penyebaran maklumat yang lebih baik. Kerajaan juga akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan dan persekitaran yang 149

bersesuaian.

Merubah Sektor Awam 5.54 Sektor awam akan berubah bagi menggerakkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sektor ini akan terus berperanan sebagai pemudah cara dengan menyediakan persekitaran yang sesuai dan lebih penting lagi bertindak sebagai pemangkin kepada sektor swasta untuk menerajui pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara peranan utama sektor awam dalam menyediakan persekitaran yang sesuai bagi penyertaan sektor swasta adalah mengekalkan persekitaran ekonomi makro yang stabil, menyediakan kemudahan infrastruktur asas, membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang mampu membekalkan tenaga manusia yang berpengetahuan, menggalakkan serta menjalankan R&D, mewujudkan rangka perundangan yang sesuai dan memulakan pembangunan mekanisme pembiayaan yang anjal. Sektor ini akan terlibat secara langsung untuk memastikan pencapaian objektif sosial dan pengagihan termasuk tanggungjawab kritikal dalam melaksanakan strategi untuk merapatkan jurang pengetahuan. 5.55 Sektor awam akan merubah sistemnya dengan menggunakan IT dan teknologi multimedia terkini, menanda aras mengikut amalan terbaik dan menyesuaikan cara pemikiran dan proses kerjanya untuk menjalankan tugas yang diperlukan dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan. Pembentukan e-kerajaan akan juga dipercepatkan dan akan digunakan sebagai kaedah untuk memperbaiki lagi operasi dalaman Kerajaan serta sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ini akan meningkatkan kecekapan, kualiti dan kemudahan mendapatkan perkhidmatan. Tambahan pula, ia juga akan memudahkan pemberian perkhidmatan dan maklumat baru serta meningkatkan tahap perkhidmatan sejajar dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan. 5.56 Kemahiran dalam sektor awam akan terus dipertingkat dan program akan diperkenalkan untuk menyemai sikap pintar bertindak dan memupuk kemampuan untuk membuat inovasi dalam sektor awam. Walaupun perkhidmatan awam akan terus menentukan bilangan anggota yang bersesuaian namun ia akan mengambil mereka yang berkebolehan dan berkelayakan ke dalam perkhidmatan awam. Usaha juga akan diteruskan bagi menyusun semula struktur sektor awam agar lebih responsif, mudah berubah dan telus. Memupuk Penggunaan Pengetahuan Secara Beretika 5.57 Dengan kemunculan Era Maklumat Dunia, satu kod etika baru adalah 150

diperlukan untuk memastikan pengetahuan yang boleh dan mudah diperolehi digunakan secara positif bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran dan bukan menghasilkan kekacauan atau kemusnahan. Kemajuan yang terhasil daripada ICT telah menyebabkan lokasi pusat pembelajaran semakin tidak penting. Pelajar boleh berinteraksi dengan guru walau di manapun mereka berada secara terus, sementara pengetahuan yang terkumpul boleh diperolehi secara bebas, lengkap dan dari mana jua pun. Dengan ledakan jumlah dan maklumat yang berbagai di dalam Internet, adalah tidak mustahil untuk berhubung dengan individu yang boleh memberi pendapat dan pandangan mengenai sebarang perkara di serata dunia. Maklumat yang tersedia boleh menjadi berguna dan membina dari satu segi atau sebaliknya menjadi remeh, salah atau boleh memusnah dan mengancam jiwa. Dengan itu adalah penting bagi rakyat Malaysia mengekalkan tahap etika dan moral yang tinggi agar dapat mengurus dan menggunakan pengetahuan dengan baik. 5.58 Pertimbangan yang serius akan diberi untuk memastikan pengetahuan yang diperolehi akan diguna secara positif dan beretika serta bermanfaat kepada individu dan negara. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan nilai positif melalui sistem pendidikan dan latihan, pelajar akan diajar mengenai kepentingan menggunakan pengetahuan sewajarnya untuk tujuan meningkatkan pemahaman dan kesejahteraan. Ibu bapa harus memberi bimbingan kepada anak mereka supaya daya kreatif mereka digunakan secara sihat dan positif. Pihak media dan segala bentuk penyebaran maklumat akan digalak untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai kepentingan dan manfaat mengekalkan pelakuan yang beretika dalam penggunaan pengetahuan yang positif. Sektor swasta dan NGO perlu membantu usaha membina satu kod etika yang baru bagi Era Maklumat. Bagi mencegah penyalahgunaan pengetahuan dan jenayah komputer, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkenaan IT akan diperkukuhkan.

Merapatkan Jurang Digital 5.59 Pencapaian objektif sosial dan ekuiti terus menjadi pertimbangan asas dengan tanggungjawab tambahan bagi memastikan ekonomi berasaskan pengetahuan tidak meluaskan jurang di antara berbagai bahagian masyarakat Malaysia. Dasar agihan sebagaimana yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) akan diteruskan bagi memastikan penglibatan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan akhirnya menggambarkan sepenuhnya komposisi etnik penduduk. Strategi akan dibentuk bagi membolehkan semua rakyat Malaysia terutamanya Bumiputera mendapat faedah daripada peluang yang wujud 151

daripada ekonomi berasaskan pengetahuan. 5.60 Kemudahan infrastruktur telekomunikasi akan diperluaskan ke seluruh negara untuk mencapai jalinan perhubungan yang menyeluruh. Tumpuan akan diberi ke arah memastikan penyebaran ICT yang meluas dan sampai ke kawasan luar bandar dan kepada golongan yang kurang menikmati faedah pembangunan. Kemudahan komputer dan laluan Internet akan menjadi lebih murah dan mampu dimiliki. Program yang seumpamanya juga akan dilaksanakan bagi membangunkan kandungan tempatan untuk meningkatkan kemudahan mendapatkan maklumat terutamanya dalam Bahasa Malaysia agar dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Usaha juga akan diambil untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan Bahasa Inggeris bagi membolehkan perolehan maklumat yang maksimum. Kerajaan dengan kerjasama pihak swasta akan memperkenalkan program celik ICT untuk mendidik kumpulan sasaran khusus berdasarkan kepada keperluan dan kemampuan mereka. Peluang yang bersesuaian dan bantuan kewangan akan disediakan bagi mereka yang kurang menikmati faedah supaya terlibat secara aktif di dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Di samping itu, usaha akan dibuat bagi mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan ekonomi berasaskan pengetahuan terutamanya di kalangan golongan miskin dan berpendapatan rendah serta memastikan penyertaan yang saksama.

VI. PENUTUP 5.61 Ekonomi berasaskan pengetahuan menyediakan arah tuju masa hadapan untuk mencapai pertumbuhan pesat yang mampan dan kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa bagi jangkamasa sederhana dan panjang. Bagi membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan adalah penting untuk menangani kekangan yang wujud dan mengatasinya dengan pantas. Walaupun Malaysia telah menyediakan landasan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan, namun usaha akan disegerakan dalam membangunkan bidang utama iaitu sumber manusia, S&T dan P&P, infrastruktur maklumat, pembiayaan dan pengagihan yang saksama yang merupakan tunjang untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.

152

BAB 6 - PELABURAN DALAM SUMBER MANUSIA I. PENDAHULUAN II. TERAS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA III. KEPENDUDUKAN, TENAGA BURUH DAN GUNA TENAGA IV. KEUTAMAAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN V. NILAI DAN SIKAP POSITIF VI. PENUTUP

Bab 6

Pelaburan dalam Sumber Manusia

BAB 6

Pelaburan dalam Sumber Manusia


I. PENDAHULUAN

6.01 Dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), pencapaian dalam pembangunan sumber manusia adalah ketara dengan pertumbuhan guna tenaga yang pesat dan pertambahan peluang pendidikan dan latihan. Negara telah mencapai tahap guna tenaga penuh mulai tahun 1993 dan kadar pengangguran dapat dikekalkan pada tahap yang rendah walaupun semasa krisis kewangan pada tahun 1997-1998 hasil daripada langkah-langkah yang dilaksana oleh Kerajaan. Institusi pendidikan dan latihan telah berkembang dengan pesat untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap tenaga manusia berpendidikan dan berkemahiran. Sektor swasta juga menjadi penyedia pendidikan dan latihan yang utama berikutan langkah meliberalisasikan pendidikan dalam tahun-tahun terakhir RRJP2.

6.02 Memandangkan Malaysia kini memasuki abad ke-21, pembangunan sumber manusia akan terus menjadi strategi utama bagi memastikan semua rakyat berkongsi kemakmuran negara dan membangunkan tenaga buruh yang dinamik yang mampu bersaing di peringkat dunia. Pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang disertai kemunculan teknologi baru dan globalisasi akan mempengaruhi arah aliran pertumbuhan permintaan terhadap kemahiran dan kepakaran pada masa hadapan serta mewujudkan peluang ekonomi baru yang dapat membawa kepada peningkatan pendapatan semua rakyat. Sehubungan dengan ini, keutamaan akan diberi kepada penambahan peluang pendidikan dan latihan yang berkualiti serta pengukuhan asas sumber manusia bagi menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). 155

II. TERAS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 6.03 Teras pembangunan sumber manusia dalam tempoh RRJP3 adalah untuk menyediakan tenaga kerja yang berupaya menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan supaya dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi. Peralihan ekonomi akan meningkatkan permintaan terhadap kemahiran dan kepakaran teknologi serta tenaga buruh yang dilengkapi dengan pengetahuan tacit dan kemahiran berfikir yang tinggi. Usaha akan diambil untuk memastikan sistem pendidikan dan latihan berupaya meningkatkan kualiti modal intelektual serta memperluaskan asas sumber manusia. 6.04 Penyebaran dan penyerapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peningkatan pengetahuan yang lebih mendalam dalam ekonomi akan mewujudkan peluang guna tenaga baru tetapi juga akan menyebabkan kemahiran tertentu tidak lagi diperlukan dan pemberhentian pekerja. Oleh itu, adalah kritikal bagi tenaga buruh mempunyai kebolehan untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan berikutan kemajuan teknologi dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Pembelajaran sepanjang hayat akan digalakkan di kalangan rakyat memandangkan ia adalah amat kritikal bagi mereka untuk sentiasa mendapatkan pengetahuan baru dan meningkatkan asas kemahiran selepas meninggalkan sistem pendidikan dan latihan formal. Usaha juga akan diambil bagi melatih dan memahirkan semula tenaga buruh untuk meminimumkan kesan pengangguran struktur serta memenuhi keperluan kemahiran yang baru dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. 6.05 Sistem pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula supaya pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang diperolehi dapat menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan. Keutamaan akan diberi kepada pengajaran Sains, Matematik dan bahasa serta pembangunan kemahiran yang dapat meningkatkan kecekapan melaksanakan tugas dan kemahiran berfikir secara kritikal. Penerapan nilai-nilai positif seperti perasaan milik bersama, pencapaian kecemerlangan, setia dan cinta kepada negara serta disiplin, berwibawa, dedikasi dan sikap positif yang lain juga akan diberi penekanan. Peluang pendidikan dan latihan yang berkualiti di semua peringkat akan dipertingkatkan. Bagi menyediakan tenaga kerja yang berupaya menghadapi cabaran ekonomi berasaskan pengetahuan, usaha akan dipergiat untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam menyediakan pendidikan dan latihan yang berkualiti bagi melengkapi usaha Kerajaan serta membangunkan Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau. 156

6.06 Keutamaan akan diberi bagi meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar dan kawasan terpencil. Bagi tujuan tersebut, kemudahan pendidikan akan diperluas dan dinaik taraf untuk mengecilkan jurang prestasi antara sekolah di kawasan bandar dengan luar bandar dan kawasan terpencil. Sekolah di kawasan luar bandar dan di kawasan terpencil akan dilengkapi dengan kemudahan yang lebih baik termasuk bekalan elektrik dan air serta perkhidmatan sokongan pendidikan yang mencukupi. Lebih banyak sekolah dengan kemudahan asrama juga akan dibina di kawasan tersebut. 6.07 Dengan meningkatnya penggunaan ICT, pengurusan kerja dijangka menjadi kurang berhirarki dan struktur pengurusan organisasi menjadi lebih mendatar mengakibatkan berlaku sedikit pengangguran struktur dan pemberhentian pekerja. Sehubungan dengan ini, usaha akan diambil untuk meminimumkan masalah yang timbul daripada pengangguran struktur melalui pembangunan sumber manusia dan strategi pasaran buruh yang lebih berinovatif bagi meminimumkan ketidaksesuaian kemahiran dan memudahkan mobiliti buruh. Pada masa yang sama, bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing, kenaikan upah perlu setara dengan peningkatan produktiviti hasil daripada peningkatan kualiti tenaga buruh.

III.

KEPENDUDUKAN, TENAGA BURUH DAN GUNA TENAGA

Kependudukan 6.08 Penduduk Malaysia dijangka meningkat kepada 28.9 juta pada tahun 2010, iaitu pada kadar purata 2.2 peratus setahun. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan ini adalah lebih perlahan berbanding dengan 2.5 peratus setahun yang dicapai dalam tempoh RRJP2, seperti ditunjukkan dalam Jadual 6-1. Memandangkan lebih ramai wanita meneruskan pendidikan atau latihan di peringkat yang lebih tinggi, kadar kesuburan keseluruhan, iaitu bilangan anak yang boleh dilahirkan oleh wanita dalam lingkungan umur kesuburan, akan terus berkurangan. Di samping itu, perkahwinan pada usia yang lewat, peningkatan pembandaran, kos sara hidup dan taraf hidup yang lebih tinggi dijangka menjadikan saiz keluarga semakin kecil. 6.09 Penurunan kadar kesuburan akan mengubah struktur demografi penduduk dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Penduduk yang berumur di bawah umur 15 tahun dijangka bertambah pada kadar purata 1.1 peratus setahun, iaitu lebih perlahan daripada kadar pertumbuhan dalam tempoh RRJP2. Ini mencerminkan penurunan kadar kesuburan keseluruhan daripada 3.2 peratus pada tahun 2000 kepada 2.8 peratus pada tahun 2010. Oleh yang demikian, peratusan kumpulan 157

J ADUAL 6-1 STRUKTUR PENDUDUK, 1990-2010 (000 orang)


Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) 2001-2010 2.2 100.0 68.3 23.8 7.1 0.8 2.2 2.5 1.5 1.8 -1.1 2.4

1990

2000

2010

Jumlah Penduduk Warganegara Malaysia Bumiputera Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Kumpulan Umur 0-14 15-39 40-64 65+ Nisbah Tanggungan (%)

18,102.5 17,336.5 10,586.1 4,755.8 1,332.6 662.0 766.0 100.0 61.1 27.4 7.7 3.8

23,265.9 22,032.8 14,564.5 5,583.8 1,628.6 255.9 1,233.1 100.0 66.1 25.3 7.4 1.2

28,904.2 27,348.6 18,668.2 6,509.0 1,941.7 229.7 1,555.6

6,814.7 7,645.4 3,134.6 507.8 67.9

37.7 42.2 17.3 2.8

7,705.2 9,776.8 4,847.1 936.8 59.1

33.1 42.0 20.9 4.0

8,595.9 11,793.6 7,201.8 1,312.9 52.2

29.7 40.9 24.9 4.5

1.1 1.9 4.0 3.4

umur ini daripada jumlah penduduk akan berkurang kepada 29.7 peratus pada tahun 2010 daripada 33.1 peratus pada tahun 2000. Sebaliknya, penduduk dalam kumpulan umur bekerja, iaitu 15-64 tahun akan meningkat daripada 62.9 peratus pada tahun 2000 kepada 65.8 peratus pada tahun 2010. Pada masa yang sama, peratusan kumpulan umur 65 tahun ke atas juga akan meningkat berikutan peningkatan jangka hayat hasil daripada kualiti hidup yang lebih baik. 6.10 Perubahan struktur umur penduduk ini akan memberi kesan yang ketara kepada ekonomi. Pertumbuhan penduduk dalam kumpulan umur bekerja menunjukkan perlunya pewujudan peluang pekerjaan serta penyediaan kemudahan pendidikan dan latihan yang lebih banyak. Memandangkan peratusan penduduk dalam umur bekerja dijangka menjadi lebih besar berbanding dengan mereka yang berumur kurang daripada 15 tahun dan 65 tahun ke atas, nisbah tanggungan, iaitu nisbah tanggungan bagi setiap 100 orang penduduk dalam kumpulan umur bekerja, akan berkurangan daripada 59.1 pada tahun 2000 kepada 52.2 pada tahun 2010. Ini menunjukkan bahawa peratusan penduduk yang aktif dari segi ekonomi adalah tinggi dan ini merupakan faktor penyumbang yang positif kepada peningkatan output. 158

6.11 Umur penengah penduduk akan menjadi 26.7 tahun pada tahun 2010, mencerminkan penduduk yang muda. Ini dijangka membawa kepada pertambahan pembentukan unit keluarga dan bilangan isi rumah dalam tempoh RRJP3. Dengan pertambahan pendapatan dan kadar pembandaran serta jumlah keluarga, permintaan terhadap perumahan dan kemudahan berkaitan seperti telekomunikasi dan sambungan Internet yang lebih berkualiti akan meningkat. Melalui perundangan yang sesuai, Kerajaan akan memastikan pemaju perumahan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan dalam pembinaan rumah kediaman dan menyediakan persekitaran tempat tinggal yang kondusif. Di samping itu, bagi memenuhi keperluan kumpulan umur 65 tahun ke atas yang semakin meningkat, dasar akan digubal bagi meningkatkan perkhidmatan penjagaan geriatrik.

Tenaga Buruh 6.12 Saiz tenaga buruh dijangka meningkat sebanyak 3.1 peratus setahun atau tambahan sebanyak 3.3 juta orang dalam tempoh RRJP3, iaitu mencapai 12.9 juta orang pada tahun 2010. Pertambahan tenaga buruh adalah disebabkan oleh meningkatnya bilangan penduduk dalam kumpulan umur bekerja dan peningkatan kadar penyertaan tenaga buruh daripada 65.5 peratus pada tahun 2000 kepada 68.1 peratus pada tahun 2010. Tenaga buruh akan mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi dengan meningkatnya peratusan tenaga buruh yang mempunyai pendidikan peringkat tertiari sebanyak 35.0 peratus, seperti ditunjukkan dalam Jadual 6-2. Perluasan kemudahan pendidikan dan latihan serta berkembangnya pembelajaran secara maya akan menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat mendapat pendidikan tertiari. 6.13 Dengan meningkatnya tahap pendidikan dan peluang pekerjaan serta pelaksanaan peraturan kerja yang lebih anjal maka lebih ramai wanita dijangka menyertai secara aktif dalam kegiatan ekonomi. Penyertaan tenaga buruh wanita dijangka meningkat daripada 44.5 peratus pada tahun 2000 kepada 49.0 peratus pada tahun 2010. Memandangkan semakin ramai wanita mendapat pendidikan yang lebih tinggi, kadar penyertaan mereka dalam kumpulan profesional dan teknikal dijangka meningkat. Pada tahun 2000, mereka hanya merupakan 44.5 peratus daripada kategori profesional dan teknikal yang mana sebahagian besarnya bekerja sebagai guru dan jururawat. Peningkatan dalam kadar penyertaan tenaga buruh wanita akan menambah penawaran buruh tempatan dan ini akan mengurangkan keperluan terhadap pekerja dan profesional asing. 159

J ADUAL 6-2 PROFIL TENAGA BURUH, 1990-2010 (000 orang)


1990 Jumlah Tenaga Buruh Taburan Umur 15-24 25-34 35-54 55-64 Struktur Pendidikan Rendah Menengah Rendah & Pertengahan Tertiari Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (%) Lelaki Perempuan 2,380.2 4,042.1 619.7 2,014.0 2,204.1 2,436.5 387.4 7,042.0 100.0 28.6 31.3 34.6 5.5 100.0 33.8 57.4 8.8 65.3 85.6 44.1 2,604.3 5,624.5 1,343.7 2,498.3 2,979.2 3,611.3 483.7 % 2000 9,572.5 100.0 26.1 31.1 37.7 5.1 100.0 27.2 58.8 14.0 65.5 85.4 44.5 1,643.3 6,767.4 4,528.9 3,112.2 4,118.9 4,995.5 713.1 % 2010 12,939.6 100.0 24.1 31.8 38.6 5.5 100.0 12.7 52.3 35.0 68.1 86.4 49.0 %

Guna Tenaga Guna Tenaga Mengikut Sektor 6.14 Dalam tempoh RRJP3, dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih pesat, permintaan buruh akan bertambah pada kadar purata 3.1 peratus setahun. Ini akan menghasilkan peningkatan dalam guna tenaga daripada 9.3 juta pada 2000 kepada 12.6 juta pada 2010, seperti ditunjukkan dalam Jadual 6-3. Dengan pertumbuhan purata tenaga buruh sebanyak 3.1 peratus setahun dalam tempoh tersebut, kadar pengangguran dijangka berkurang kepada 2.5 peratus pada tahun 2010 berbanding 3.1 peratus pada tahun 2000. Cabaran dalam menghadapi pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan adalah untuk memastikan pengangguran struktur diminimumkan melalui latihan semula dan penyediaan kemahiran baru. 6.15 Sektor perkhidmatan akan terus merupakan bahagian terbesar daripada jumlah guna tenaga. Menjelang tahun 2010, bahagian guna tenaga dalam sektor perkhidmatan dijangka meningkat kepada 51.5 peratus, iaitu merupakan 160

J ADUAL 6-3 GUNA TENAGA MENGIKUT SEKTOR, 2000-2010 (000 orang)

Sektor

2000

2010

Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) 2001-2010

Pewujudan Bersih Pekerjaan 000 %

Pertanian, Perhutanan, Ternakan & Perikanan Perlombongan & Kuari Pembuatan Pembinaan Elektrik, Gas & Air Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi Perniagaan Borong & Runcit, Hotel & Restoran Kewangan, Insurans, Hartanah & Perkhidmatan Perniagaan Perkhidmatan Kerajaan Perkhidmatan Lain Jumlah Tenaga Buruh Tempatan Asing Pengangguran Kadar Pengangguran (%)

1,407.5 41.2 2,558.3 755.0 75.0 461.6 1,584.2 508.7 981.0 898.7 9,271.2 9,572.5 8,823.3 749.2 301.3 3.1

15.2 0.4 27.6 8.1 0.8 5.0 17.1 5.5 10.6 9.7 100.0

1,231.0 41.8 3,833.3 1,012.4 99.2 669.7 2,159.7 775.9 1,206.3 1,582.0 12,611.3 12,939.6 12,589.6 350.0 328.0 2.5

9.8 0.3 30.4 8.0 0.8 5.3 17.1 6.2 9.6 12.5 100.0

-1.3 0.1 4.1 3.0 2.8 3.8 3.1 4.3 2.1 5.8 3.1 3.1 3.6 -7.3

-176.5 0.6 1,275.0 257.4 24.2 208.1 575.5 267.2 225.3 683.3 3,340.1

-5.3 0.0 38.2 7.7 0.7 6.2 17.2 8.0 6.8 20.5 100.0

161

59.4 peratus daripada jumlah guna tenaga yang diwujudkan. Sebahagian besar daripada pekerjaan yang diwujudkan dalam sektor kecil perkhidmatan lain termasuk pendidikan swasta dan kesihatan, aktiviti perniagaan lain, riadah, aktiviti kebudayaan dan sukan serta komputer dan aktiviti berkaitan. Sektor kecil perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran juga akan menjadi penjana penting guna tenaga hasil daripada perkembangan industri pelancongan. 6.16 Pertambahan nisbah modal-buruh dan proses pengeluaran yang lebih cekap akan membawa kepada pertumbuhan guna tenaga yang rendah di sektor pembuatan. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan sektor penting dalam mewujudkan guna tenaga dalam tempoh RRJP3. Pertumbuhan guna tenaga dalam sektor ini dijangka mencapai kadar purata 4.1 peratus setahun, iaitu meningkat daripada 2.6 juta pada tahun 2000 kepada 3.8 juta pada tahun 2010 yang merupakan 38.2 peratus daripada jumlah guna tenaga yang diwujudkan. Memandangkan sektor ini semakin menuju ke arah keluaran bernilai ditambah yang lebih tinggi dan penggunaan modal secara lebih intensif, permintaan akan lebih tertumpu kepada pekerja yang berkemahiran tinggi dan ini bermakna kemahiran tenaga buruh perlu dipertingkatkan. 6.17 Bahagian guna tenaga dalam sektor pertanian dijangka mencatat 9.8 peratus daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2010 berbanding sebanyak 15.2 peratus pada tahun 2000. Penggunaan kaedah penanaman berteknologi tinggi dan perladangan berskala besar serta meningkatnya penggunaan jentera dijangka mengurangkan permintaan terhadap buruh terutamanya untuk penanaman makanan. Walau bagaimanapun, sektor kecil perladangan kelapa sawit, getah dan koko masih memerlukan bilangan buruh yang banyak sehingga proses pengeluaran dan penuaian dapat ditingkatkan kepada tahap mekanisasi yang lebih tinggi.

Komposisi Pekerjaan 6.18 Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi pada masa hadapan bagi semua sektor akan didorong oleh industri berasaskan pengetahuan terutamanya sektor pembuatan dan perkhidmatan. Proses pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan ini akan mencetus bidang baru dalam aktiviti ekonomi yang akan membawa kepada perubahan corak permintaan terhadap tenaga manusia. Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, industri berasaskan sains dan berteknologi tinggi serta industri berintensif pengetahuan seperti ICT, industri farmaseutikal dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) akan menjana pekerjaan yang memerlukan pendidikan tertiari terutamanya mereka yang terlatih dalam bidang 162

J ADUAL 6-4 STRUKTUR PEKERJAAN, 2000-2010 (000 orang)


Tambahan Bersih Kumpulan Pekerjaan 2000 % 2010 % 2001 - 2010 000 Pekerja Profesional & Teknikal Pekerja Pentadbiran & Pengurusan Pekerja Perkeranian & Berkaitan Pekerja Jualan Pekerja Perkhidmatan % Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) 2001 2010

1,019.9 389.4 1,029.1 1,019.7 1,094.0

11.0 4.2 11.1 11.0 11.8

1,790.8 693.6 1,412.5 1,526.0 1,589.0

14.2 5.5 11.2 12.1 12.6

770.9 304.2 383.4 506.3 495.0

23.1 9.1 11.5 15.2 14.8

5.8 5.9 3.2 4.1 3.8

Pekerja Pertanian, Penternakan & Perhutanan, Nelayan & Pemburu 1,678.1 Pekerja Pengeluaran & Berkaitan Jumlah 3,041.0 9,271.2

18.1 32.8 100.0

2,055.6 3,543.8 12,611.3

16.3 28.1 100.0

377.5 502.8 3,340.1

11.3 15.0 100.0

2.1 1.5 3.1

sains dan teknologi (S&T). Pertumbuhan pekerjaan yang paling pesat adalah pekerjaan dalam kategori profesional dan teknikal serta kategori pekerja pentadbiran dan pengurusan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 6-4. Pekerjaan ini akan merupakan 32.2 peratus daripada pekerjaan baru yang diwujudkan dalam tempoh tersebut. Peningkatan proses pengeluaran yang semakin canggih hasil daripada kemajuan teknologi akan mewujudkan permintaan terhadap 137,200 jurutera dan 331,700 pembantu jurutera yang terlatih dalam bidang kejuruteraan kimia, mekanikal, elektrikal dan elektronik serta ICT dan teknologi termaju lain seperti fotonik dan teknologi nano, seperti ditunjukkan dalam Jadual 6-5. 6.19 Memandangkan terdapat keperluan untuk terus menyedia dan meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi penduduk, permintaan terhadap kakitangan perubatan dan kesihatan akan kekal tinggi dalam tempoh tersebut. Kakitangan berkenaan akan diperlukan untuk mengisi jawatan di pusat kesihatan awam yang akan diperluas dan dinaik taraf untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah. Dengan meningkatnya tahap pendapatan, sebahagian besar penduduk akan mendapatkan rawatan terutamanya daripada 163

J ADUAL 6-5 GUNA TENAGA MENGIKUT PEKERJAAN TERPILIH, 2000-2010 (000 orang)
Pekerjaan Stok 2000 Guna Tenaga 2010 Tambahan Bersih Keluaran (2001-2010) Awam Jurutera Awam Elektrikal & Elektronik Mekanikal Kimia Lain-lain Pembantu Jurutera Awam Elektrikal & Elektronik Mekanikal Kimia Lain-lain Perubatan Profesional Kesihatan Pegawai Perubatan, Doktor & Pakar Bedah Pakar Bedah Pergigian Ahli Farmasi Pembantu Kesihatan Bersekutu Jurupulih Anggota & Jurupulih Pekerjaan Jururadiografi Inspektor Kesihatan Pem. Perubatan & Pem. Makmal Perubatan Pembantu Pergigian & Jururawat Pergigian Pembantu Farmasi Jururawat Guru Sekolah Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah 64,376 18,828 19,149 14,620 2,888 8,894 139,066 23,436 59,412 45,473 1,703 9,042 21,270 16,468 2,001 2,801 45,052 413 645 1,549 7,334 3,537 2,205 29,369 298,083 34,271 154,920 108,892 201,615 33,411 64,974 45,887 29,418 27,925 470,810 100,233 194,922 137,661 14,074 23,920 45,878 35,514 5,073 5,291 147,405 3,947 2,307 5,376 20,422 8,191 5,796 101,366 369,756 61,911 177,599 130,246 137,239 14,583 45,825 31,267 26,530 19,034 331,744 76,797 135,510 92,188 12,371 14,878 24,608 19,046 3,072 2,490 102,353 3,534 1,662 3,827 13,088 4,654 3,591 71,997 71,673 27,640 22,679 21,354 38,941
1

Swasta 6,967 6,967 n.a 36,067 11,069 24,998 n.a 12,860 10,941 1,679 240 46,446 2,044 437 2,330 3,136 835 2,396 35,268 0 -

122,651 25,008 38,858 32,255 26,530 n.a 296,658 65,728 110,512 102,104 18,314 n.a 11,748 8,105 1,393 2,250 55,907 1,490 1,225 1,497 9,952 3,819 1,195 36,729 67,911

28,970

Nota: 1 Output termasuk guru prasekolah dan sekolah rendah.

164

perkhidmatan pakar. Walau bagaimanapun, bagi memastikan setiap rakyat berpeluang menikmati perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, bilangan kakitangan kesihatan akan ditambah untuk mencapai sasaran nisbah doktor kepada penduduk iaitu 1:800 menjelang tahun 2010. Bilangan rakyat asing yang semakin ramai menggunakan kemudahan kesihatan di Malaysia boleh dijadikan asas untuk membangunkan perkhidmatan penjagaan kesihatan sebagai satu industri dan produk pelancongan. Langkah akan diambil bagi memudahkan kemasukan pesakit dari luar negara serta ahli keluarga mereka. Hospital swasta dan pusat kesihatan juga akan digalak untuk meningkatkan bilangan pelanggan mereka serta mempromosi perkhidmatan mereka di luar negara. 6.20 Penggunaan dan penyebaran ICT yang meluas dalam semua sektor akan memerlukan pekerja yang mempunyai berbagai tahap kemahiran komputer seperti reka bentuk komputer, sistem pengurusan data yang kompleks, komunikasi dan rangkaian data serta pembangunan multimedia dan Internet. Kerja-kerja yang rutin dan berkemahiran rendah akan berkurangan dengan adanya automasi. Pekerjaan baru yang diwujudkan akan memerlukan pekerja yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran teknikal dalam teknologi baru. Penggunaan komputer yang semakin meluas akan membantu pekerja ini menyempurnakan tugas mereka dan seterusnya meningkatkan pulangan daripada penggunaan ICT secara kreatif. Celik komputer dan kemahiran mengguna dan mengolah data merupakan kemahiran yang amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap tenaga kerja. Di samping itu, pekerja yang mempunyai kemahiran teras ICT akan diperlukan oleh semua sektor ekonomi khususnya industri ICT. Permintaan terhadap kakitangan utama ICT terdiri daripada jurutera sistem, pemaju perisian, juruanalisa sistem, pengaturcara program komputer dan kakitangan sokongan teknikal yang dijangka sebanyak 306,600 menjelang 2010, seperti ditunjukkan dalam Jadual 6-6. Unjuran penawaran siswazah dalam ICT dijangka mencukupi untuk memenuhi permintaan terhadap kakitangan ICT hasil daripada perkembangan pesat dalam pendidikan ICT di sektor awam dan swasta. Dalam tempoh RRJP3, permintaan terhadap kakitangan ICT yang mempunyai ijazah lanjutan akan meningkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang kejuruteraan perkakasan dan perisian. Bagi memenuhi peningkatan permintaan, langkah akan diambil untuk menambah bilangan penawaran kakitangan tersebut daripada institusi pendidikan tinggi. 6.21 Permintaan terhadap ahli sains dan ahli teknologi dalam P&P juga akan meningkat terutamanya dalam teknologi baru seperti teknologi fuel-cell, bioteknologi dan kejuruteraan genetik. Bagi mengekalkan daya saing, Malaysia akan mempergiatkan aktiviti P&P dalam bidang baru tersebut dan langkah yang 165

J ADUAL 6-6 TENAGA KERJA IT, 2000-2010 (orang)


Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata (%) 2001-2010 9.0 9.9 10.7 11.4 12.0 11.0

Pekerjaan

2000

2010

Jurutera Sistem/Perkakasan Jurutera/Pemaju Perisian Juruanalisa Sistem/Perniagaan Pengaturcara Komputer Sokongan Teknikal Jumlah

15,930 10,410 25,620 21,320 34,720 108,000

14.8 9.6 23.7 19.7 32.2 100.0

37,860 26,680 71,020 62,820 108,230 306,610

12.3 8.7 23.2 20.5 35.3 100.0

lebih kukuh akan dilaksana untuk meningkatkan penawaran ahli sains dan ahli teknologi P&P dengan nisbah 7 bagi setiap 10,000 tenaga buruh pada tahun 2000 kepada 60 bagi setiap 10,000 atau seramai 77,640 orang menjelang tahun 2010. Usaha menambah bilangan ahli sains dan ahli teknologi P&P sedia ada akan diambil dengan menawarkan skim perkhidmatan yang lebih menarik serta melanjutkan tempoh perkhidmatan kakitangan P&P yang cemerlang melebihi umur bersara. 6.22 Bagi meningkat kemampuan negara memperolehi dan menggunakan pengetahuan, taraf pendidikan amat perlu dipertingkatkan dengan memberi penekanan kepada S&T serta membangunkan kemahiran dalam teknologi berasaskan maklumat supaya pengetahuan dapat diperolehi, disebar, ditafsir dan diguna pakai. Sistem pendidikan dan latihan akan dibangun berasaskan keupayaan sedia ada untuk mengeluarkan bilangan yang mencukupi bagi pekerja S&T dan berpengetahuan yang kaya dengan bakat, kebolehan dan daya cipta bagi menyokong pembangunan ekonomi dan pertumbuhan industri baru. Dalam hubungan ini, usaha akan diambil untuk mempercepatkan pencapaian nisbah 60:40 antara pelajar sains dan sastera di peringkat sekolah dan juga peringkat tertiari. 6.23 Bagi menambah lagi bilangan pekerja mahir dan berbakat dalam negara, program membawa masuk cendekiawan dari luar negara akan diperluaskan dalam tempoh RRJP3 untuk mengambil mereka yang berbakat, berkemahiran dan berkepakaran tinggi dengan menawarkan insentif yang lebih baik. Pada peringkat awal, program tersebut akan menumpukan kepada pengambilan kakitangan ICT 166

yang berkelayakan tinggi dan berbakat termasuk ahli sains dan ahli teknologi P&P. Mereka merupakan pekerja berpengetahuan yang mempunyai mobiliti yang tinggi dan mampu menguasai pasaran antarabangsa. Oleh itu, Malaysia perlu bersaing untuk mendapatkan mereka di pasaran antarabangsa terutamanya bagi kakitangan ICT yang tidak mencukupi bilangannya di seluruh dunia. Bagi memudahkan pengambilan pekerja asing yang berbakat dan berkemahiran tinggi, senarai daftar ahli sains dan jurutera P&P Malaysia yang bekerja di luar negara akan diperluaskan bagi meliputi pakar dan usahawan teknologi dalam bidang lain yang berasaskan pengetahuan. Di samping itu, industri digalakkan untuk menaja pelajar Malaysia yang cemerlang yang sedang mengikuti program ijazah pertama melanjutkan pengajian dalam jurusan teknologi utama.

Upah dan Produktiviti 6.24 Adalah penting bagi kenaikan upah selaras dengan peningkatan produktiviti supaya daya saing ekonomi dapat dipertingkatkan lagi dalam tempoh RRJP3. Kenaikan upah yang mencerminkan peningkatan produktiviti akan memastikan tidak wujud tekanan yang keterlaluan ke atas harga dan pengurangan nilai pendapatan sebenar. Sehubungan dengan ini, Garis Panduan Sistem Reformasi Gaji yang dilaksanakan pada tahun 1996 bagi memastikan kaitan yang lebih rapat antara upah dan prestasi produktiviti akan dipergiat melalui usaha seperti seminar, bengkel dan lawatan ke syarikat. Di samping itu, satu rangkaian talian terus pangkalan data yang menyediakan penanda aras produktiviti dalam sektor pembuatan dan pertanian akan diperluaskan ke sektor-sektor lain. 6.25 Pertumbuhan produktiviti buruh dalam tempoh RRJP3 dijangka meningkat sebanyak 4.2 peratus setahun bagi semua sektor selaras dengan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Produktiviti buruh dalam sektor pembuatan dijangka meningkat sebanyak 4.0 peratus setahun selaras dengan peralihan industri ke arah aktiviti berteknologi tinggi dan berasaskan pengetahuan dengan penekanan terhadap keluaran bernilai ditambah yang tinggi. Dalam sektor pertanian, produktiviti buruh dijangka berkembang sebanyak 4.8 peratus setahun dalam tempoh RRJP3 berikutan daripada penggunaan teknologi dan amalan agronomi moden yang lebih meluas. Produktiviti buruh dalam sektor perkhidmatan dijangka meningkat sebanyak 4.5 peratus setahun. Penyumbang utama kepada pertumbuhan ini adalah sektor kecil perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran dengan produktiviti dijangka meningkat pada kadar purata sebanyak 5.8 peratus setahun diikuti oleh sektor kecil pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi pada kadar purata sebanyak 5.7 peratus setahun. 167

IV. KEUTAMAAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN 6.26 Globalisasi dan kemajuan teknologi yang pesat dalam tempoh RRJP3 akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga buruh yang berkualiti, iaitu berpengetahuan luas dan mendalam serta mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi. Di samping itu, mereka perlu mempunyai kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta menggabungkan daya cipta dan inovasi secara berkesan. Bagi tujuan ini, adalah perlu membangunkan tenaga buruh yang mempunyai kelayakan akademik dan teknikal yang tinggi, kepelbagaian kemahiran dan pengetahuan menggunakan ICT serta nilai-nilai dan etika kerja yang positif. Bagi memenuhi keperluan tersebut, sistem pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula dan industri perlu mempergiatkan latihan semula pekerja mereka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya cipta supaya sepadan dengan kemajuan teknologi pengeluaran dan perkhidmatan.

Pembentukan Kecemerlangan Dalam Sistem Pendidikan 6.27 Keutamaan yang tinggi akan terus diberi kepada pendidikan dengan meningkatkan pelaburan memandangkan ia adalah penting bagi membangunkan kemampuan untuk mencipta, menyesuai dan menyebar pengetahuan baru. Pendidikan asas yang kukuh adalah teras bagi melahirkan tenaga buruh yang sihat, berkemahiran dan pintar yang membolehkan negara bersaing dengan jayanya di pasaran dunia. Strategi akan dilaksana untuk menjadikan sekolah sebagai tapak memupuk pemikiran kreatif dan kemahiran belajar yang penting bagi keperluan tenaga manusia pada masa hadapan. Kesesakan sekolah di bandar seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan nisbah kelas kepada bilik darjah 1:0.63 akan dikurangkan menerusi pemindahan sekolah sedia ada dan penambahan bilik darjah dan sekolah. Nisbah kelas kepada bilik darjah, iaitu 1:0.90 bagi sekolah rendah dan 1:0.83 bagi sekolah menengah dijangka mencapai sasaran 1:1 pada tahun 2010. 6.28 Kurikulum sekolah akan dikaji semula untuk memupuk kemahiran berfikir dan menjana daya cipta serta pembelajaran kendiri di kalangan pelajar khususnya di peringkat rendah dan menengah. Ia akan sentiasa dikemas kini bagi memasukkan aspek pengetahuan dan teknologi baru serta kaedah yang inovatif dalam pengajaran Sains dan Matematik. Di samping itu, tahap penguasaan yang tinggi dalam Bahasa Malaysia di kalangan pelajar akan dikekalkan manakala kecekapan dalam bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Pada masa yang sama, mereka juga akan digalak mempelajari bahasa lain bagi membolehkan mereka mendapat dan menyumbang kepada pengetahuan dunia. Untuk melahirkan bilangan seniman 168

dalam seni persembahan dan kebudayaan, langkah akan diambil untuk mencungkil dan memupuk bakat yang berpotensi di peringkat sekolah. Kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum juga akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk cemerlang dalam bidang seni. Guru akan dilatih dan kemudahan akan disediakan dengan secukupnya bagi mengisi keperluan ini. Di samping itu, sekolah akan digalak memupuk bakat pelajar dengan menyertai pertandingan dalam pelbagai aspek kesenian di peringkat kebangsaan. Memandangkan ICT merupakan alat penting bagi membantu memperolehi pengetahuan baru, sekolah akan dilengkapi dengan kemudahan untuk membolehkan lebih banyak mata pelajaran diajar menggunakan teknologi interaktif multimedia dan pengajaran menerusi laman web. Sebahagian besar sekolah termasuk sekolah di luar bandar dan di kawasan terpencil akan dihubungkan menerusi Intranet dan Internet menjelang tahun 2010. Bagi memastikan kurikulum sentiasa sesuai dengan keperluan industri, satu mekanisme akan dibentuk untuk menjalin hubungan antara sekolah dan industri dan memasukkan komponen pembelajaran yang berasaskan kerja. Industri akan digalak untuk menerima pelajar sekolah menengah atas dan kolej untuk menyertai latihan penempatan atau praktikal semasa cuti sekolah dan kolej. 6.29 Bilangan pelajar aliran sains yang layak masuk ke universiti masih lagi rendah. Masalah ini akan ditangani dengan mempergiatkan penggunaan kaedah pembelajaran kontekstual, menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti dan bilangan guru serta melaksanakan langkah untuk mendorong pelajar memasuki aliran sains. Di peringkat sekolah rendah, pengajaran mata pelajaran sains akan diajar pada tahap yang lebih awal. 6.30 Aliran semasa menunjukkan masih terdapat jurang prestasi antara pelajar sekolah bandar dan luar bandar walaupun usaha telah diambil untuk menambah dan memperbaiki kemudahan pendidikan. Keutamaan akan terus diberi bagi menyediakan kemudahan sewajarnya untuk membolehkan lebih ramai penduduk luar bandar mendapat peluang pendidikan yang berkualiti. Di samping itu, penyediaan pakej insentif khas untuk mengekalkan guru serta kakitangan sekolah di kawasan terpencil dan sukar dihubungi dijangka boleh memperbaiki prestasi pelajar di kawasan tersebut. Bagi memastikan sekolah di kawasan berkenaan dapat menikmati faedah daripada ICT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, teknologi komputer mudah alih tanpa wayar akan digunakan. 6.31 Perluasan dan penambahan kemudahan pendidikan yang pesat terutamanya di peringkat tertiari serta pemanjangan tempoh persekolahan kepada 11 tahun telah meningkatkan pencapaian pendidikan penduduk dan tenaga buruh. Pada 169

tahun 2000, peratusan penduduk yang menamatkan pendidikan tertiari adalah 14.0 peratus manakala yang menamatkan pendidikan menengah adalah 58.8 peratus, iaitu satu peningkatan jika dibandingkan dengan pencapaian di awal tempoh RRJP2. Bagi memenuhi keperluan tenaga manusia dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, peratusan penduduk dan tenaga buruh yang lebih besar perlu mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi terutamanya di peringkat pendidikan tertiari. Langkah akan diambil untuk memperbaiki kadar peralihan pelajar daripada peringkat menengah rendah ke menengah tinggi serta kadar terus bersekolah dan tamat persekolahan di peringkat menengah tinggi supaya kadar penyertaan di peringkat pendidikan tertiari dapat dipertingkatkan. Oleh itu, penekanan akan terus diberi bagi meningkatkan kapasiti pendidikan tertiari supaya enrolmen bagi kumpulan umur 17-23 tahun mencapai 40.0 peratus dan sekurang-kurangnya 35.0 peratus daripada tenaga buruh mempunyai pendidikan tertiari menjelang akhir tempoh RRJP3. Penubuhan universiti awam yang baru dan penambahan kapasiti institusi sedia ada akan menyediakan tempat tambahan bagi menampung permintaan terhadap pendidikan tinggi yang dijangka meningkat dalam tempoh RRJP3. Di samping itu, universiti dan kolej swasta perlu meningkatkan kapasiti sedia ada bagi melengkapi universiti awam dalam menyediakan pendidikan tertiari. 6.32 Universiti bukan sahaja berfungsi melahirkan tenaga kerja pada masa hadapan tetapi juga menjadi pusat bagi menghasilkan modal intelektual dan pengetahuan baru. Ini bergantung kepada kemampuan universiti tersebut melahirkan sekumpulan penyelidik yang berkaliber tinggi dan terlibat secara aktif dalam P&P serta menjalankan aktiviti penyelidikan yang mempunyai daya maju komersil. Bilangan graduan yang mempunyai ijazah lanjutan dari universiti tempatan akan ditingkatkan kepada 25.0 peratus daripada jumlah graduan menjelang tahun 2010. Dalam hubungan ini, beberapa universiti awam sedia ada akan disusun semula untuk dijadikan universiti penyelidikan dengan memberi tumpuan kepada program ijazah lanjutan. Tumpuan yang lebih diberikan kepada bidang S&T memandangkan terdapatnya keperluan mendesak untuk meningkatkan penawaran tenaga manusia dalam bidang ini. Kurikulum dan program ijazah di universiti juga akan dikaji semula bagi memastikan ia berorientasikan pasaran, mengambil kira jangkaan arah aliran pada masa hadapan dan memudahkan penyerapan teknologi baru. Bagi memastikan aktiviti penyelidikan sentiasa bersesuaian dan responsif kepada keperluan industri, universiti akan digalak untuk menjalin kerjasama dan usahasama yang rapat dengan industri dalam menjalankan penyelidikan serta menyediakan latihan kepada pelajar. Universiti akan digalak untuk menubuhkan lebih banyak pusat kecemerlangan dalam bidang khusus bagi membangun dan melaksanakan aktiviti P&P. Satu mekanisme penyelarasan aktiviti P&P akan dibentuk bagi membolehkan perkongsian maklumat dan meningkatkan aktiviti P&P di kalangan institusi pendidikan tinggi. 6.33 Sektor swasta akan digalak untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam 170

menyediakan pendidikan di peringkat tertiari bagi menampung dan melengkapkan usaha Kerajaan serta menjadi pemangkin bagi membangunkan sektor pendidikan dan latihan sebagai sebuah industri dan sumber pendapatan tukaran asing. Perluasan institusi pendidikan swasta merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan serantau. Institusi swasta, antara lain, akan digalak untuk menaik taraf kemudahan sedia ada dan membina kampus yang bertujuan khusus merangkumi kemudahan akademik dan riadah. Insentif akan diberi kepada institusi swasta yang menawarkan kursus dalam bidang teknikal dan perubatan. Langkah lain termasuk melonggarkan peraturan imigresen dan meningkatkan fleksibiliti dalam pengambilan tenaga pengajar asing bagi memudahkan perluasan dan penubuhan institusi swasta yang baru. Untuk memastikan sektor swasta menyediakan pendidikan yang berkualiti, fungsi kawal selia badan-badan yang berkaitan akan diperkukuhkan. Peraturan berhubung dengan pendidikan swasta akan sentiasa dikaji semula bagi melindungi kepentingan pengguna dan memastikan pembangunan industri pendidikan swasta yang progresif.

Pembangunan Profesion Perguruan 6.34 Kerjaya perguruan akan menjadi satu profesion yang semakin mencabar memandangkan generasi muda akan membesar dengan pengharapan dan nilai yang berbeza. Para guru dan pendidik bukan sahaja dikehendaki menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga dipertanggungjawabkan untuk membentuk keperibadian dan tingkah laku pelajar. Selain daripada kemahiran mengajar, penekanan juga akan diberikan kepada penerapan etika dan nilai moral ke dalam program latihan perguruan. Oleh itu, usaha yang berterusan perlu diambil untuk menarik lepasan sekolah dan siswazah yang berkelayakan dan berminat untuk menjadikan bidang perguruan sebagai kerjaya. Memandangkan peranan guru adalah penting, lebih ramai guru sekolah rendah dijangka memperolehi ijazah dan sebahagiannya mungkin memiliki ijazah sarjana serta kelayakan dalam bidang psikologi kanak-kanak dalam tempoh RRJP3. Ini adalah bagi memastikan guru mempunyai tahap kecekapan mengajar yang tinggi kerana sekolah rendah menyediakan asas bagi membentuk keupayaan belajar dan penyerapan pengetahuan di kalangan pelajar. 6.35 Selain daripada menarik minat siswazah menceburi profesion perguruan, guru yang sedang berkhidmat akan digalak untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah dalam bidang-bidang kritikal dan diperlukan. Pakej gaji dan kenaikan pangkat serta syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik akan ditawarkan kepada 171

guru berkenaan. Semua guru akan diperlengkapkan dengan pengetahuan IT untuk membolehkan mereka mengikuti kursus serta merekabentuk bahan-bahan pengajaran dengan menggunakan ICT. Sehubungan dengan ini, program latihan untuk meningkatkan kemahiran ICT di kalangan guru diperluas dan dipercepatkan.

Penggalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat 6.36 Pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi semakin penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan di mana pengetahuan dan kemahiran perlu sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan. Kemahiran dan kepakaran baru adalah perlu bagi meningkatkan keupayaan mendapat pekerjaan dan produktiviti. Langkah akan diambil untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan semua rakyat khususnya mereka yang tidak mempunyai pendidikan asas yang kukuh. Pembelajaran sepanjang hayat akan menyediakan peluang kepada mereka untuk menyambung pendidikan di luar sistem persekolahan atau di tempat kerja serta belajar mengikut keupayaan mereka. 6.37 Kerajaan akan memulakan usaha untuk menggalak dan melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat. Peluang mengikuti kursus latihan dan program pendidikan yang mampu dibiayai akan disediakan melalui Internet atau media ICT lain supaya rakyat mendapat peluang untuk memperolehi kecekapan dan kelayakan baru bagi kemajuan kerjaya mereka. Lebih banyak kiosk IT dan pusat siber akan dibina oleh Kerajaan terutamanya di luar bandar bagi meningkatkan peluang mendapat pendidikan dan latihan. Di samping itu, penubuhan kolej komuniti dan universiti terbuka serta pendidikan jarak jauh akan menyediakan satu lagi saluran bagi rakyat melanjutkan pendidikan di peringkat tertiari serta meningkatkan kemahiran dan kelayakan mereka. Ia juga akan membolehkan mereka yang telah meninggalkan sistem persekolahan kerana memasuki pasaran buruh berpeluang untuk terus mendapatkan pendidikan dan latihan. Institusi kewangan juga akan digalak untuk menyediakan pinjaman mudah kepada pekerja untuk meneruskan pendidikan mereka. Majikan akan digalak untuk mempromosi pembelajaran sepanjang hayat melalui program latihan dan latihan semula bagi melengkapkan pekerja mereka dengan kemahiran dan pengetahuan baru supaya mereka sentiasa dapat memenuhi keperluan kemajuan teknologi. Pelaksanaan Pendekatan Baru Dalam Latihan dan Latihan Semula

172

6.38 Pelaburan yang semakin meningkat dalam industri berintensif modal dan berasaskan pengetahuan akan meningkatkan permintaan terhadap tenaga manusia berkemahiran tinggi memandangkan penggunaan teknologi baru akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi. Sehubungan dengan ini, latihan dan latihan semula yang merupakan elemen kritikal yang akan melengkapkan tenaga kerja pada masa hadapan dengan kemahiran yang bersesuaian dan membantu tenaga kerja sedia ada untuk menyesuaikan diri dengan ekonomi berasaskan pengetahuan akan terus diberi keutamaan dalam tempoh RRJP3. 6.39 Lebih banyak pelaburan dalam pembangunan tenaga manusia akan diperuntukkan terutamanya dalam latihan dan latihan semula untuk meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran antarabangsa. Sehubungan dengan ini, kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian latihan akan diperkukuhkan lagi bagi menambah bilangan tenaga manusia mahir dan berkualiti. Institusi latihan kemahiran baru akan dibina dan kapasiti pengambilan pelajar institusi sedia ada akan dipertingkatkan di semua tahap latihan. Di samping itu, institusi latihan awam akan digalak untuk menjalankan program latihan secara sambilan khususnya dalam teknologi baru. Melalui pelaksanaan program ini, institusi latihan akan dapat mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan latihan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan tenaga manusia mahir. Ia juga akan mewujudkan peluang kepada tenaga kerja meningkatkan kemahiran dan meneruskan pembelajaran. Pusat latihan kemahiran lanjutan akan dinaik taraf menjadi pusat kecemerlangan. Selain daripada menambah dan mempertingkatkan kemudahan, pusat tersebut akan menubuhkan unit perundingan bagi menyediakan khidmat nasihat dan ujian produk kepada industri. Ini akan meningkatkan kualiti dan keberkesanan kos latihan di samping menyediakan sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana. 6.40 Perubahan teknologi yang pesat dalam tempoh RRJP3 akan memberi kesan kepada cara pengurusan kerja dan meningkatkan permintaan terhadap tenaga manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran dengan asas akademik yang kukuh, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran mengendalikan tugas dengan cekap. Dalam hal ini, institusi latihan kemahiran akan memberi penekanan kepada membangunkan kecekapan sosial dan pembelajaran serta memperkukuhkan asas akademik pelatih dalam Matematik, Sains dan bahasa Inggeris. Untuk meningkatkan lagi kualiti latihan kemahiran, pembangunan Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) mengenai pekerjaan yang berasaskan kepada tugas atau pekerjaan akan disusun semula ke arah proses kerja selaras dengan perubahan keperluan majikan. Di samping itu, SKK akan dibangunkan untuk latihan kemahiran 173

dalam bidang yang berkaitan dengan pertanian. 6.41 Penggunaan pendekatan dual training melalui skim perantisan akan ditingkatkan dalam tempoh RRJP3. Bagi tujuan ini, lebih banyak institusi latihan akan digalak mengguna pakai pendekatan ini bersama-sama dengan industri untuk meningkatkan keberkesanan program latihan mereka. Pendekatan ini merupakan gabungan penyediaan latihan di tempat kerja dan institusi latihan. Tumpuan adalah terhadap latihan praktikal di tempat kerja manakala institusi latihan menyediakan asas teori. Pelajar lepasan sekolah yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia boleh dilatih menjadi pekerja mahir yang berkelayakan dan dapat memenuhi keperluan industri kerana mereka juga telah didedahkan kepada suasana kerja yang sebenar. Memandangkan pelatih menggunakan dua pertiga daripada masa mereka di tempat kerja, tahap penggunaan kemudahan latihan akan menjadi lebih rendah dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan ke atas infrastruktur. Usaha akan diambil untuk menyusun semula program latihan di semua institusi latihan awam supaya menggunakan pendekatan tersebut yang berorientasikan pasaran dan responsif kepada perubahan teknologi dan industri. Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan akan diperkukuh untuk mempertingkatkan kemampuannya supaya dapat mengenal pasti jenis kandungan dan piawaian latihan serta meningkatkan kerjasama antara firma dengan institusi latihan. Di samping itu, skim latihan perantisan di bawah Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) akan diperluaskan lagi bagi merangkumi bidang kursus seperti elektronik perindustrian dan kejuruteraan komputer. 6.42 Jenis dan tahap program latihan dan kursus yang dilaksanakan oleh institusi latihan awam akan dikaji semula secara berkala bagi memastikan ia selaras dengan perubahan teknologi serta meningkatkan keberkesanan kos. Institusi latihan awam juga akan memperkukuhkan sistem penyampaian mereka dengan menggunakan ICT termasuk sistem pembelajaran melalui laman web. Pelaksanaan pembelajaran melalui laman web adalah kritikal memandangkan institusi latihan awam mengalami kekurangan tenaga pengajar. Ia juga akan meningkatkan keberkesanan kos latihan dalam jangka panjang. Pembelajaran melalui laman web turut menjadi alat yang berkesan bagi pembelajaran sepanjang hayat dan menyediakan persekitaran pembelajaran mengikut keupayaan diri. 6.43 Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan penawaran tenaga pengajar yang berkelayakan bagi mencapai nisbah tenaga pengajar kepada pelajar, iaitu 1:17. Institusi latihan awam terutamanya pusat latihan lanjutan akan menjalankan program latihan tenaga pengajar untuk melengkapi program di Pusat Latihan Tenaga Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Bagi menarik dan mengekalkan 174

tenaga pengajar berpengalaman di institusi latihan awam, skim perkhidmatan bagi tenaga pengajar di institusi tersebut akan dikaji semula, antara lain, bagi memastikan prospek kenaikan pangkat dan kerjaya yang lebih baik, peluang yang lebih luas untuk mengikuti latihan dan syarat perkhidmatan yang lebih fleksibel. Insentif khas juga akan disediakan bagi menarik dan mengekalkan tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman bekerja dengan industri. 6.44 Pembangunan teknologi dan penyusunan semula industri akan menjadikan pekerja berkemahiran rendah tidak lagi diperlukan dan ini akan mengakibatkan berlakunya pengangguran struktur. Bagi mengurangkan kesan pengangguran struktur, satu program latihan semula yang bersesuaian dan mekanisme perlaksanaannya akan dibangunkan. Usaha untuk menjalinkan kerjasama melalui perkongsian bijak antara Kerajaan dan sektor swasta akan digalakkan. Penyertaan sektor swasta secara meluas akan digalak untuk menyediakan latihan dalam kemahiran baru dan teknologi termaju.

V.

NILAI DAN SIKAP POSITIF

6.45 Usaha untuk membina sebuah negara yang berdaya tahan bergantung kepada sumber manusia yang telah diterapkan dengan nilai dan sikap positif yang kritikal untuk meningkat dan mengekalkan produktiviti serta memperkukuhkan daya saing. Nilai positif tersebut yang terkandung dalam ajaran agama, budaya dan tradisi rakyat yang berbilang etnik dan pelbagai budaya merupakan aspek penting dalam pembinaan negara dan dalam usaha mempercepatkan pembentukan Bangsa Malaysia. 6.46 Pengaliran maklumat yang bebas kesan daripada perkembangan dunia yang semakin tidak bersempadan akan memberi cabaran kepada usaha penyemaian nilai positif khususnya di kalangan generasi muda. Sehubungan dengan ini, satu kurikulum baru yang menggabungkan pendidikan sivik dengan pendidikan agama atau moral akan diajar di sekolah rendah dan menengah bagi memupuk nilai positif seperti disiplin, gigih untuk mencapai kecemerlangan, setia dan cinta kepada negara, bersatu padu, kewarganegaraan yang baik serta menghormati pemimpin dan golongan yang lebih tua. Di samping itu, aktiviti ko-kurikulum bagi membina keperibadian dan membangunkan kualiti kepimpinan akan diberi penekanan di sekolah dan institusi pendidikan tinggi. 6.47 Di tempat kerja, usaha akan diambil untuk memastikan tenaga kerja mengamalkan etika kerja yang baik termasuk sifat jujur, iltizam dan rajin. 175

Sehubungan dengan ini, pelaksanaan satu kod etika kerja yang boleh diguna pakai oleh sektor awam dan swasta akan digubal. Bagi sektor awam, peraturan mengenai disiplin dan budaya kerja akan sentiasa disemak semula supaya sejajar dengan keperluan semasa ekonomi moden. Di kalangan sektor korporat dan organisasi perniagaan, prinsip positif dalam penyeliaan korporat seperti ketelusan, kebertanggungjawaban dan kebolehpercayaan akan digalakkan melalui penggubalan kod etika dalam amalan perdagangan dan perniagaan serta perkhidmatan profesional. 6.48 Unit keluarga akan terus menjadi tunjang dalam penyemaian nilai positif dan usaha ini akan disokong dan dilengkapi oleh badan bukan kerajaan, organisasi komuniti setempat dan badan-badan sukarela yang lain. Nilai-nilai seperti tolak ansur, pemurah, bersyukur, penyayang dan semangat kejiranan akan disepadukan sebagai sebahagian daripada program untuk menggalakkan perpaduan negara dan keharmonian sosial. Bagi mencapai tujuan ini, program motivasi dan pembentukan sikap yang berasaskan kekeluargaan dan berorientasikan masyarakat yang menekankan kepada nilai positif akan dipertingkat bagi membentuk tingkah laku yang baik dan bermoral sejajar dengan Rukunegara.

VI. PENUTUP 6.49 Pembangunan sumber manusia merupakan prasyarat bagi menyediakan Malaysia untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan dalam tempoh RRJP3. Kemampuan dan keupayaan Malaysia menguruskan pengetahuan dan teknologi baru akan ditentukan oleh sumber manusia yang berkualiti. Tenaga buruh yang cekap dan berkemahiran tinggi akan dipupuk dengan nilai etika dan moral yang tinggi dan mempunyai iltizam terhadap kecemerlangan. Arus globalisasi akan mendedahkan Malaysia kepada persaingan yang lebih hebat dalam perdagangan dan pelaburan. Justeru itu, tenaga kerja perlu dilengkapkan dengan asas pendidikan dan latihan yang kukuh serta mempunyai kemahiran generik termasuk kebolehan berkomunikasi dan berfikir. Selain daripada itu, kejayaan Malaysia memasuki era maklumat dan keupayaan mengambil peluang yang wujud hasil daripada ledakan maklumat dan teknologi akan bergantung kepada sistem pendidikan dan latihan yang dinamik dan responsif. Pendidikan dan latihan adalah amat penting bagi mewujudkan tenaga manusia yang berpengetahuan bagi menyokong industri dan aktiviti ekonomi baru serta membangunkan masyarakat yang kaya dengan maklumat, progresif, bersatu padu dan kreatif serta mempunyai nilai positif yang membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

176

BAB 7 - STRATEGI DAN KEUTAMAAN SEKTOR I. PENDAHULUAN II. TERAS PEMBANGUNAN BAGI TEMPOH 2001-2010 III. PENUTUP

Bab 7

Strategi dan Keutamaan Sektor

BAB 7

Strategi dan Keutamaan Sektor


I. PENDAHULUAN

7.01 Tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) akan benarbenar mencabar dengan meningkatnya globalisasi ekonomi Malaysia serta persaingan yang sengit bagi mendapatkan pasaran dan pelaburan. Menyedari akan cabaran tersebut, strategi dan program sektor di Malaysia akan ditujukan ke arah membangunkan sebuah ekonomi yang berasaskan pengetahuan bagi memastikan kesinambungan usaha ke arah mencapai taraf sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Program sektor juga akan digerakkan ke arah mencapai sebuah ekonomi yang mempunyai asas yang luas, berdaya saing di peringkat dunia dan berdaya tahan. Selain dari itu, penekanan akan diberikan untuk memperbaiki lagi liputan dan kualiti perkhidmatan sosial, utiliti dan perkhidmatan pengangkutan. Kejayaan pelaksanaan program di peringkat sektor akan menambah peluang kepada rakyat Malaysia untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka serta memudahkan pembentukan sebuah masyarakat yang saksama.

II. TERAS PEMBANGUNAN BAGI TEMPOH 2001-2010 7.02 Teras pembangunan utama bagi tempoh RRJP3 adalah untuk menghasilkan kekayaan dan menggalakkan sumber pertumbuhan baru dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Strategi sektor akan ditumpukan kepada usaha mencapai pertumbuhan yang mampan serta berdaya tahan. Usaha akan diambil untuk memperkukuhkan keupayaan dan kemampuan tempatan untuk meningkatkan daya saing negara di pasaran dunia. Teras sektor yang akan dilaksanakan dengan giat meliputi: u memperkukuhkan sektor pembuatan dengan membangunkan rantaian, kelompok industri dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang kukuh serta meningkatkan asas teknologi; 179

u menyusun semula dan memodenkan sektor pertanian supaya menjadi dinamik dan berdaya saing; u memajukan sektor perkhidmatan supaya menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi; memperluaskan liputan infrastruktur dan utiliti serta meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan; meningkatkan capaian dan mutu perkhidmatan sosial bagi meninggikan mutu hidup dan memenuhi harapan penduduk; mempercepatkan pembangunan keupayaan dan kemampuan dalam bidang sains dan teknologi bagi meningkatkan lagi daya saing dan kecekapan; dan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam semua sektor untuk meningkatkan produktiviti.

Pembuatan 7.03 Sektor pembuatan disasarkan berkembang pada kadar 8.3 peratus dalam tempoh RRJP3. Sektor tersebut akan memasuki fasa baru pembangunan perindustrian selaras dengan matlamat untuk membangunkan sebuah ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Sehubungan dengan itu, pembangunan perindustrian akan ditumpukan kepada usaha menyatu dan memperkukuhkan daya tahan dan daya saing sektor pembuatan serta menggalakkan sumber pertumbuhan baru. Pada masa yang sama, pembangunan kelompok industri yang dinamik akan menjadi kritikal bagi menyumbang kepada pertumbuhan seterusnya sektor tersebut. Kerajaan akan sentiasa mengubahsuai dasar dan program untuk mengekal dan meningkatkan persekitaran yang sesuai bagi pelaburan dan operasi perniagaan. Dalam hubungan ini, usaha akan terus diambil untuk menggalakkan pakatan strategik dalam industri bernilai ditambah dan berteknologi tinggi. Program akan juga dilaksana untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing industri. 7.04 Pengilang perlu mengambil kira arah aliran penting yang menentukan bentuk pembangunan perindustrian dan kesannya terhadap industri. Untuk bersaing di peringkat dunia, industri perlu membina kelebihan bersaing yang baru dengan berusaha gigih untuk mencapai mutu dan piawaian barang-barang dan perkhidmatan mereka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Sektor swasta akan digalakkan 180

untuk mengguna pakai proses berintensif maklumat dan didorong oleh pengetahuan dalam aktiviti pembuatan dan yang berkaitan dengannya seperti penyelidikan dan pembangunan (P&P), reka bentuk keluaran, pemasaran, pengagihan dan perolehan. Pendekatan ini akan membolehkan penyebaran ilmu pengetahuan kepada semua peringkat dalam rantaian nilai sesebuah perusahaan dan seterusnya membentuk kelompok industri yang dinamik dalam sektor pembuatan. 7.05 Dalam menghadapi cabaran masa hadapan, asas teknologi sektor pembuatan akan diperkukuhkan lagi. Langkah akan diambil untuk meningkatkan kemampuan industri dalam menyerap dan menyesuaikan penggunaan teknologi baru. Dalam bidang P&P, penyelidikan yang berorientasikan pasaran akan digalakkan dan sektor swasta akan terus didorong untuk melabur dalam aktiviti P&P. Kerajaan juga akan menggalakkan pemindahan teknologi baru dan teknologi yang baru muncul ke dalam negara melalui pakatan strategik dan perolehan teknologi. 7.06 Pertumbuhan produktiviti perlu lebih tinggi daripada peningkatan kadar upah bagi mengekalkan momentum pertumbuhan dan memastikan sektor pembuatan berdaya saing. Dalam hubungan ini, produktiviti buruh akan terus dipertingkatkan dengan menjadikan usaha memperolehi kemahiran dan kebolehan baru sebagai satu budaya. Sistem penyaluran kemahiran sedia ada akan terus diperkukuhkan dan kemahiran tenaga kerja akan dipertingkatkan menerusi latihan dan latihan semula. Tumpuan latihan adalah untuk membekalkan tenaga manusia yang berpengetahuan bagi memenuhi permintaan industri. 7.07 Strategi memperluaskan asas eksport dan mempelbagaikan pasaran eksport akan terus digalakkan. Strategi untuk mempertingkatkan lagi prestasi pasaran dan eksport termasuk meningkatkan mutu dan cara penyediaan maklumat, menggunakan alat promosi eksport yang inovatif serta menggalakkan penggunaan perkhidmatan pemeriksaan mutu dan persijilan eksport. Selain dari itu, usaha juga akan diambil untuk meningkatkan kemahiran pemasaran dan promosi. 7.08 Dalam tempoh RRJP3, PKS perlu mengguna pakai pendekatan inovatif termasuk menanda aras mengikut piawaian antarabangsa bagi menghadapi persekitaran perniagaan yang semakin bersaing. PKS juga perlu menyusun semula operasi mereka dengan tujuan untuk memoden dan mengotomasikan proses pengeluaran mereka. Kerajaan akan terus memperkukuhkan pembangunan PKS bagi meningkatkan sumbangannya dalam arus perdana aktiviti perindustrian negara. Di samping itu, PKS akan digalakkan supaya berorientasikan eksport bagi merebut peluang yang tersedia dalam pasaran serantau dan antarabangsa. 181

Pertanian 7.09 Sektor pertanian disasarkan menjadi satu sumber pertumbuhan yang penting dalam tempoh RRJP3. Sebahagian besar dari pertumbuhannya akan diperolehi daripada peningkatan ketara dalam aktiviti tanaman untuk perindustrian, pengeluaran makanan dan sumbangan daripada aktiviti baru. Bagi mencapai matlamat tersebut, usaha akan ditumpukan kepada penyusunan semula dan pemodenan sektor pertanian supaya lebih dinamik dan berdaya saing. Pembangunan pertanian akan dipandu oleh Dasar Pertanian Negara Ketiga merangkumi tempoh 19982010 yang menumpukan kepada pendekatan berasaskan keluaran yang didorong oleh pasaran dan pendekatan pertanian perhutanan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing dunia. Pembangunan kumpulan tanaman untuk perindustrian, perhutanan dan keluaran berasaskan kayu akan terus digalak dan disokong dengan penyediaan insentif yang sesuai, infrastruktur, P&P, khidmat sokongan dan pembangunan sumber manusia. Teras pembangunan bagi kumpulan ini akan ditumpukan kepada penyusunan semula dan pemodenan industri melalui peningkatan penggunaan dan pengkomersilan hasil P&P, pembangunan kegunaan alternatif seperti bio-bahan api daripada minyak sawit dan penubuhan pasaran khusus bagi keluaran tertentu. Sektor pertanian akan dipelbagaikan lagi dengan penanaman tanaman berpotensi yang lain serta spesis pokok terpilih secara perladangan. Di samping itu, usaha akan dipergiat untuk menggalakkan mekanisasi dan pengeluaran makanan secara komersil dan berskala besar termasuk ikan. Potensi akuakultur akan diterokai sepenuhnya bukan sahaja bagi melengkapi bekalan ikan daripada tangkapan laut tetapi juga untuk menyediakan bahan mentah kepada industri hiliran. Perladangan satelit akan diperkenalkan melalui pewujudan lebih banyak kawasan pengeluaran makanan berhampiran bandar utama dan bandar raya. 7.10 Penggunaan tanah akan dipergiatkan melalui pendekatan pertanian perhutanan yang menyepadukan aktiviti pertanian dan perhutanan serta melalui amalan yang lebih meluas dalam tanaman campuran. Sistem bersepadu seperti aktiviti penanaman pelbagai tanaman dan perladangan yang digabungkan dengan pemeliharaan ternakan akan terus digalak bagi membolehkan pekebun kecil dan pemilik ladang memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan pengeluaran makanan serta memperolehi pulangan yang lebih tinggi. Peningkatan dalam pengeluaran komoditi pertanian akan dicapai melalui faedah yang diperolehi dari peningkatan produktiviti dalam kawasan sedia ada berbanding dengan perluasan kawasan tanaman. Di samping itu, pembangunan in-situ melalui penyatuan dan pemulihan tanah akan dilaksanakan secara komersil dan berdasarkan pertanian berkelompok. 182

7.11 Pengurusan hutan secara mampan akan terus menjadi strategi utama dalam menyediakan bekalan bahan mentah kepada industri kayu dan pada masa yang sama melindungi alam sekitar. Tumpuan yang lebih akan diberikan untuk meningkatkan produktiviti sumber hutan bagi memenuhi permintaan yang meningkat ke atas bahan mentah oleh industri berasaskan pertanian. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendekatan pelbagai sumber akan diguna pakai di mana ladang hutan akan dibangunkan dengan menggunakan teknik pelbagai tanaman dan penuaian berkala. Di samping itu, rawatan silvikultur yang lebih baik, pemuliharaan hutan, perhutanan semula dan P&P akan dipertingkatkan. Pembangunan spesis balak terpilih dan klon getah balak serta sumber hutan dan keluaran hutan bukan kayu akan juga dipergiatkan. Keunikan hutan hujan tropika akan diguna untuk menggalakkan pelancongan ekologi dan pelancongan pertanian. 7.12 Bagi mempercepatkan pemodenan sektor pertanian, penyediaan khidmat sokongan termasuk P&P, pemasaran, khidmat pengembangan, latihan dan kemudahan kredit akan diperkukuhkan lagi. Penekanan yang lebih akan diberikan terhadap langkah meningkatkan pengendalian sebelum dan selepas tuai hasil pertanian. Ini termasuk menggredkan hasil ladang dan memperbaiki sistem penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran untuk memaksimumkan pulangan daripada sektor pertanian. Usaha P&P akan dipergiat untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan, terutamanya bagi mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan mutu keluaran dan pemasaran, meningkatkan penggunaan teknologi penjimatan buruh serta memperluaskan penggunaan akhir. Kerjasama dalam P&P di antara agensi P&P awam dengan sektor swasta akan digalak bagi memudahkan pengkomersilan penemuan penyelidikan. Bagi mendapatkan pasaran khusus, pendekatan yang inovatif akan diguna pakai seperti mewujudkan zon khas bagi memudahkan pembangunan keluaran khusus yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi. Pendekatan ini akan menyokong pembangunan industri baru dalam bidang makanan, herba, keluaran istimewa daripada sumber semula jadi, florikultur dan bioteknologi.

Sumber Galian 7.13 Pembangunan sektor galian akan berpandukan kepada Dasar Galian Negara yang menyediakan asas bagi pembangunan kedua-dua aspek huluan dan hiliran industri berkenaan. Teras pembangunan adalah untuk memperkembang dan mempelbagaikan sektor ini menerusi persekitaran perundangan yang berdaya saing, menggalakkan carigali, mengeluar dan menggunakan sumber secara optimum dengan menggunakan teknik moden serta mempertingkatkan P&P. Penekanan juga akan diberi terhadap pemeliharaan alam sekitar, pembangunan mampan dan pengurusan kesan sosial dari industri berkenaan. 183

Pelancongan 7.14 Industri pelancongan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai pendorong utama bagi pertumbuhan sektor perkhidmatan dalam tempoh RRJP3. Dalam hubungan ini, ketibaan pelancong dijangka bertambah pada kadar purata 7.5 peratus setahun. Selain dari itu, tumpuan akan diberi untuk menarik lebih ramai pelancong supaya tinggal lebih lama, berbelanja lebih banyak serta membuat lawatan ulangan. Bagi tujuan tersebut, satu pendekatan yang lebih bersepadu akan diambil dalam perancangan dan pelaksanaan program pelancongan. Bagi memudahkan usaha tersebut, perbadanan pelancongan dan kebudayaan negeri akan ditubuhkan. Di samping itu, penyelidikan dan pengumpulan data akan dipergiat bagi memperkemaskan pangkalan data pelancongan untuk menyokong pendekatan menyeluruh bagi penggubalan dasar dan pendekatan yang didorong oleh pasaran bagi pembangunan, pemasaran dan promosi produk. 7.15 Program utama yang akan dilaksanakan termasuk pemeliharaan dan pemuliharaan tempat bersejarah, penyediaan dan penaiktarafan infrastruktur yang berkaitan dengan pelancongan serta peningkatan mutu produk dan perkhidmatan pelancongan. Pelancongan ekologi, pelancongan desa, pelancongan berbentuk pendidikan, kesihatan, kebudayaan dan warisan, pelayaran, sukan dan rekreasi serta mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) akan terus dibangunkan. Bagi memaksimumkan potensi pelancongan, pembangunan produk dalam bidangbidang khusus akan diberi penekanan berasaskan kekuatan relatif dan faedah berbanding negeri masing-masing. Produk pelancongan yang baru seperti penggalakan seni mempertahankan diri yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik di negara ini akan dibangunkan. Di samping itu, usaha promosi yang lebih berkesan yang menumpukan kepada pelanggan akan diambil bagi mengembang dan mempelbagai asas pasaran pelancongan. 7.16 Pembangunan pelancongan dalam negeri akan kekal sebagai satu keutamaan penting dan akan dipromosikan secara giat. Memandangkan penduduk semakin mewah diikuti dengan meningkatnya permintaan terhadap aktiviti masa lapang, pelancongan dalam negeri dijangka mengalami pertumbuhan yang pesat. Perkembangan industri pelancongan melalui berbagai jenis aktiviti rekreasi dan hiburan, infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik serta pemuliharaan alam sekitar akan meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat Malaysia. 7.17 Kemajuan dalam ICT akan membolehkan industri pelancongan menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu pada harga yang berdaya saing. Dalam hubungan ini, usaha akan diambil bagi menawarkan sistem maklumat destinasi yang lebih baik, menyediakan rangkaian yang lebih meluas dengan saluran pengagihan 184

perjalanan di seluruh dunia dan meningkatkan pembinaan keupayaan di bidang perjalanan elektronik. Bagi tujuan ini, sebuah portal pelancongan akan dibangunkan bagi memudahkan usaha tersebut. 7.18 Pembangunan sumber manusia akan terus diberi keutamaan bagi tujuan meningkatkan tahap kelayakan dan profesionalisme bagi memudahkan pertumbuhan industri pelancongan yang cekap dan berdaya saing. Penyediaan pendidikan pelancongan kepada orang ramai dan mereka yang terlibat dalam industri pelancongan seperti pekerja hotel, pemandu pelancong serta kaki tangan imigresen dan kastam akan diberi penekanan. Ini bertujuan mewujudkan kesedaran yang tinggi terhadap faedah pelancongan dan menyemai nilai menjadi tuan rumah yang baik kepada pelawat serta menekankan kepentingan memelihara warisan negara dan alam sekitar. 7.19 Kerjasama serantau melalui program pelancongan bersama di kalangan rakan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) akan dilaksanakan dengan giat. Kerjasama dalam projek pelancongan melalui inisiatif Segitiga Pertumbuhan dan perkongsian strategik yang lain di peringkat serantau dan antarabangsa akan diperkukuhkan lagi. Produk pelancongan yang lebih berdaya saing akan dipakejkan secara bersama bagi menarik ketibaan pelancong yang lebih ramai dan menjana hasil yang lebih tinggi dan dengan itu, memanfaatkan semua negara terlibat.

Perkhidmatan Kewangan 7.20 Dalam usaha menuju ke hadapan, ekonomi Malaysia akan menghadapi lanskap global dan kewangan yang pesat berubah. Sektor kewangan akan diperkukuhkan lagi bagi membolehkannya menggembleng dan mengagihkan sumber untuk menjana pertumbuhan yang lebih tinggi melalui pelaburan yang didorong oleh produktiviti dan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Langkah juga akan diambil untuk meningkatkan daya tahan sektor kewangan dalam menghadapi cabaran daripada aliran modal yang bermobiliti tinggi dan cepat berubah-ubah. 7.21 Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Induk Pasaran Modal akan menyediakan satu rangka kerja yang menyeluruh bagi pembangunan sektor kewangan yang strategik dan lebih pelbagai. Di sebalik objektif membangunkan sektor kewangan yang cekap dan berkesan, adalah perlu mewujudkan satu kumpulan teras institusi perbankan tempatan yang mampu bersaing dalam persekitaran 185

perubahan teknologi yang dinamik serta dapat memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berbagai. Pelan Induk ini juga akan mengatasi isu seperti keperluan menyemai pengurusan risiko yang berkesan, mewujudkan sistem amaran awal untuk mempertingkatkan pengawasan serta melaksanakan langkah untuk melindungi kepentingan pelanggan. 7.22 Pelan Induk Pasaran Modal menyediakan langkah bagi pembangunan agen pengantara dan institusi yang berdaya saing dalam bidangbidang teras bagi memudahkan penggemblengan sumber yang cekap dan membina asas tempatan bagi sektor perkhidmatan kewangan yang kukuh. Langkah akan diambil untuk memajukan lagi segmen penting dalam pasaran modal seperti pasaran bon dan terbitan serta industri pengurusan dana. Penekanan juga akan diberi kepada pembangunan industri modal teroka untuk membantu membiayai industri berkaitan teknologi yang mempunyai daya pertumbuhan yang tinggi. Pelaksanaan Pelan Induk tersebut akan dibuat dalam tiga fasa utama. Fasa pertama yang merangkumi tempoh 2001-2003 akan memperkukuhkan keupayaan dalam negeri dan membangunkan sektor strategik dan yang belum diterokai. Fasa kedua yang merangkumi tempoh 2004-2005 akan memperkukuhkan lagi sektor utama dan secara beransur-ansur melonggarkan laluan pasaran manakala fasa ketiga yang merangkumi tahun 2006 dan seterusnya akan menggerakkan usaha ke arah menjadi sebuah pasaran modal yang maju sepenuhnya. 7.23 Kerajaan akan memperkukuh dan memperkemaskan sektor perbankan dan kewangan Islam bagi membangunkan sistem yang dinamik dan progresif setaraf dengan sistem konvensional. Di samping itu, usaha akan dilaksanakan bagi memajukan Malaysia sebagai pusat aktiviti pasaran modal Islam antarabangsa. Langkah akan diperkenal bagi memudahkan pembangunan produk dan perkhidmatan yang berdaya saing. 7.24 Dalam tempoh RRJP3, Labuan akan terus dimajukan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) yang terkenal. Bagi mencapai matlamat ini, Pasaran Kewangan Islam Antarabangsa akan diwujudkan bagi mengambil peluang pasaran yang begitu banyak dalam pembiayaan secara Islam di pasaran kewangan dunia. Selain dari itu, usaha akan diambil untuk memajukan Bursa Kewangan Antarabangsa Labuan sebagai bursa luar pesisir antarabangsa yang utama dalam aktiviti penyenaraian dan perdagangan ekuiti dan instrumen hutang. Perdagangan Pengedaran 7.25 Sektor perdagangan pengedaran memainkan peranan yang semakin penting dalam ekonomi bagi tempoh RRJP3 terutamanya berikutan tinjauan ekonomi yang positif yang akan membawa kepada peningkatan kemewahan dan permintaan 186

pengguna yang lebih tinggi. Teras sektor ini ialah meningkatkan daya saing melalui langkah seperti penyediaan rangka kerja pentadbiran dan perundangan yang dapat membangunkan sektor tersebut serta pembangunan perdagangan elektronik (edagang). 7.26 Dengan meningkatnya globalisasi, bilangan peruncit asing yang besar yang menubuhkan pasar hyper dan pasaraya juga akan bertambah. Memandangkan wujudnya persaingan yang semakin meningkat, sektor perdagangan pengedaran akan digalak untuk mengambil langkah menggunakan pengetahuan teknikal dan kepakaran asing bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing. Usaha sama dan perkongsian strategik dengan rakan kongsi asing akan juga digalakkan. Dengan wujudnya arah aliran yang cenderung kepada penggabungan dan pengambilalihan, amalan persaingan yang kurang sihat perlu dikawal. Dalam hubungan ini, satu undang-undang dan dasar perdagangan yang adil akan digubal dan diguna pakai bagi memupuk persaingan yang sihat bagi mendapat manfaat daripada kecekapan pasaran. 7.27 Sebagai ikhtiar untuk meningkatkan nilai ditambah, usaha akan diambil bagi mempromosikan Malaysia sebagai hub pengedaran dan pergudangan serantau. Ini akan membolehkan pemerosesan dan perdagangan barang di pasaran yang lebih luas dan seterusnya mendapat manfaat daripada ekonomi bidangan. Langkah pemudahan yang cekap akan diambil untuk mempercepatkan pembangunan sebuah hub pengedaran dan pergudangan serantau. Tindakan juga akan diambil untuk membangunkan negara sebagai pusat makanan halal antarabangsa bagi memenuhi keperluan umat Islam di seluruh dunia. Bagi tujuan tersebut, langkah akan diambil untuk menggunakan kewibawaan negara dalam mengeluarkan makanan halal. Di samping itu, P&P ke atas teknologi makanan akan dipergiatkan. 7.28 Pembentukan rangkaian yang kukuh di antara sektor perdagangan pengedaran dengan sektor lain dalam ekonomi khususnya sektor pertanian dan pembuatan akan terus menjadi strategi penting. Dalam hubungan ini, usaha mempromosi keluaran tempatan akan dipergiatkan bagi meningkatkan rangkaian serta memperkukuhkan ekonomi. Perolehan produk secara langsung melalui pembuatan dan perladangan kontrak akan digalakkan bagi menyumbang ke arah rangkaian pengedaran yang mempunyai keberkesanan kos yang lebih tinggi dan memudahkan penyaluran maklum balas mengenai perubahan citarasa pengguna kepada pengeluar. Di samping itu, struktur kos dan pasaran bagi pengedaran barangan akan dikaji untuk memperbaiki rantaian logistik dan mengurangkan kos seunit barang. Perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan pengangkutan, penyimpanan, komunikasi dan kewangan akan diperkukuhkan bagi membantu pewujudan rangkaian yang lebih erat untuk meningkatkan kecekapan sektor perdagangan pengedaran. 187

7.29 E-dagang akan menjadi bidang pertumbuhan yang penting dalam tempoh RRJP3. Faedah kecekapan akan dapat diperolehi daripada penggunaan teknologi e-dagang yang dihasilkan daripada kos perniagaan yang lebih rendah dan penyusunan semula proses perniagaan. Firma khususnya PKS akan digalak untuk membangunkan e-dagang bagi menawarkan berbagai jenis perkhidmatan dan produk termasuk tempahan khas daripada pengguna, mendapatkan pelanggan dan pembekal baru serta mengguna pakai rantaian bekalan dan saluran pengedaran yang lebih cekap. Selain daripada e-dagang, cara pengedaran yang lain seperti jualan langsung, francais dan kedai jualan kilang akan digalak bukan sahaja bagi menjana pendapatan dan guna tenaga tetapi juga bagi menggalakkan persaingan yang sihat dalam sektor perdagangan pengedaran.

Infrastruktur dan Perkhidmatan Pengangkutan 7.30 Pembangunan infrastruktur akan memberi tumpuan kepada usaha memastikan perkhidmatan yang mencukupi, meningkatkan kecekapan serta memperbaiki mutu perkhidmatan. Perluasan kemudahan infrastruktur akan mengambil kira permintaan jangka panjang, pertumbuhan ekonomi dan daya saing. Strategi pembangunan juga akan memberi penekanan kepada memperluaskan lagi kemudahan infrastruktur ke kawasan luar bandar untuk meningkatkan capaiannya. Pendekatan yang lebih terselaras dan bersepadu akan diambil dalam usaha membesar, menaik taraf dan mengintegrasikan jalan raya dengan lebuh raya, jalan kereta api, pelabuhan, lapangan terbang serta telekomunikasi. 7.31 Dalam tempoh RRJP3, perkhidmatan pengangkutan akan memberi penekanan kepada penyediaan sistem pengangkutan penumpang dan kargo pelbagai cara yang cekap dan mempunyai keberkesanan kos. Pengangkutan yang cepat akan memindahkan penumpang melalui berbagai cara pengangkutan dengan licin serta menjamin kesenangan, keselesaan dan keselamatan penumpang. Bagi kargo pula, walaupun beberapa kombinasi cara boleh digunakan namun kaedah pengangkutan akan lebih dipertanggungjawabkan kepada satu pengusaha pengangkutan sahaja. 7.32 Pembangunan jalan raya akan terus ditumpukan kepada peningkatan capaian yang akan membantu mewujudkan pusat pertumbuhan baru serta mengurangkan masa perjalanan dan kos. Piawaian yang lebih tinggi akan diguna dalam pembinaan jalan raya baru terutamanya yang menghubungkan kawasan perindustrian dengan pelabuhan dan lapangan terbang. Capaian kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak akan dipertingkatkan lagi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dan sosial. Aspek keselamatan juga akan diberi penekanan dalam membina jalan raya baru dan menaik taraf jalan sedia ada. 188

7.33 Penyediaan infrastruktur pengangkutan awam terutamanya di kawasan bandar akan ditumpukan kepada keperluan mewujudkan rangkaian pengangkutan awam yang lebih bersepadu, cekap, selamat dan selesa. Langkah pro-aktif akan diambil bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan membolehkan pertukaran cara pengangkutan daripada penggunaan kereta persendirian kepada penggunaan sistem pengangkutan awam. Bagi Lembah Klang, langkah tersebut termasuk meluaskan rangkaian pengangkutan rel bandar, pengenalan satu sistem tiket guna sama, laluan bersepadu dan rangkaian kemudahan, bas pengantara yang lebih cekap serta tambahan kemudahan meletak kenderaan bagi penumpang berkenaan. Perkhidmatan bas akan terus memainkan peranan utama di pusat bandar dan oleh yang demikian, operasinya akan dipertingkatkan lagi. 7.34 Bagi meningkatkan kecekapan pergerakan kargo, pengguna perkhidmatan perkapalan termasuk pengeksport, pengimport dan penghantar fret akan digalak untuk mengguna pengangkutan pelbagai cara bagi mengurangkan keperluan pengangkutan darat jarak jauh. Dalam hal ini, pengerakan kargo dari pelabuhan ke pelabuhan darat akan dibuat melalui pengangkutan rel manakala pengedaran barang dari pelabuhan darat kepada pengguna akan dibuat melalui pengangkutan darat. Dengan itu, akan mengurangkan kos penyelengaraan jalan raya dan memberikan lebih ruang kepada kenderaan lain di jalan raya. Penekanan juga akan diberi kepada penyediaan pengangkutan kontena yang cekap dan selamat di jalan raya. 7.35 Pembangunan infrastruktur rel kereta api akan ditumpukan kepada peningkatan keupayaan dan menaik taraf rangkaian rel bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan rel yang bersepadu serta meningkatkan piawaian keselamatan dan penyelenggaraan. Rangkaian rel kereta api yang menghubungkannya ke pelabuhan, lapangan terbang, zon perindustrian dan koridor berkepadatan tinggi akan dipertingkatkan bagi membolehkan capaian yang lebih tinggi dan harga yang berdaya saing bagi pengeluaran, pengangkutan dan pengedaran barang. Keupayaan pengangkutan barang dan penumpang akan ditingkatkan lagi secara berfasa dengan bermulanya rangkaian landasan kereta api berkembar elektrik dari Rawang ke Ipoh. Projek tersebut adalah merupakan rangkaian kereta api nasional yang menjadi sebahagian daripada landasan kereta api merentas Asia yang dirancang di antara Kunming, Republik Rakyat China dengan Singapura. Projek rel serantau ini akan meningkatkan dengan ketara rangkaian rel lintas sempadan terutamanya untuk pengangkutan fret. 7.36 Pembangunan pelabuhan akan terus ditumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan, kecekapan dan produktiviti bagi perkhidmatan berkaitan serta memupuk pakatan strategik. Usaha berterusan akan diambil untuk menarik lebih ramai lagi pengeksport, pengimport dan komuniti perkapalan untuk menggunakan pelabuhan tempatan. Selaras dengan itu, hanya satu badan kawal selia akan ditubuhkan, 189

antara lain, untuk melaksanakan fungsi kawal selia bagi memastikan pengusaha pelabuhan memenuhi piawaian prestasi yang telah ditetapkan serta mematuhi syarat dan terma lesen yang dikeluarkan. Di samping itu, badan tersebut akan membantu pembangunan pelabuhan dan perkhidmatan yang berkaitan secara teratur dan bersepadu berdasarkan kekuatan, keunikan dan pengkhususan masingmasing. Di samping Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dibangunkan sebagai pusat pemunggahan kargo. Perkhidmatan sokongan seperti pusat pembungkusan semula dan pengedaran, gudang, bekalan minyak kapal dan membina serta membaiki kapal akan digalak untuk mempertingkatkan keupayaan dan produktiviti mereka bagi membantu pembangunan pelabuhan. 7.37 Langkah akan diambil untuk meningkatkan keupayaan dan menaik taraf operasi syarikat perkapalan bagi meningkatkan pertumbuhan perkhidmatan perkapalan. Bilangan kapal Malaysia akan ditambah melalui sewa beli, sewa khas dan pembelian kapal serta pembentukan pakatan strategik seperti integrasi, perolehan dan usaha sama di antara syarikat perkapalan tempatan dan asing. Operasi perkapalan akan dipertingkatkan melalui penggunaan sistem komputer yang lebih meluas, otomasi dan peningkatan teras kelayakan dan kemahiran kaki tangan secara berterusan. 7.38 Pembangunan lapangan terbang akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keselamatan di samping meninggikan keupayaan bagi memenuhi permintaan yang bertambah. Lapangan terbang akan dibangunkan selari dengan dasar hub dan spoke bagi menyediakan rangkaian udara yang berkesan dan meningkatkan capaian ke kawasan luar bandar. Usaha akan dipergiatkan untuk mempromosi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai sebuah hub penerbangan, pusat membeli-belah dan rekreasi serantau serta sebagai sebuah destinasi pelancongan. Beberapa langkah akan diperkenal bagi memastikan KLIA mematuhi piawaian prestasi bertaraf dunia. 7.39 Dalam persekitaran dunia yang semakin bersaing, syarikat penerbangan nasional perlu menyusun semula rangkaian operasi, mengkaji semula kos operasi dan meningkatkan kecekapannya. Dengan meningkatnya liberalisasi dalam industri penerbangan dan kecenderungan ke arah langit terbuka khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat, prospek adalah cerah bagi syarikat penerbangan negara untuk mengembangkan rangkaian antarabangsanya. Dengan pakatan strategik dan perkongsian kod serta rundingan komersil lain, syarikat penerbangan negara akan berupaya membangun dan memperkembangkan pasarannya. 7.40 Menyedari kepentingan industri penerbangan dalam membantu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan, Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang liberal dalam Perjanjian Perkhidmatan Udara dengan negaranegara lain. Pada masa yang sama, kawalan keselamatan yang mencukupi akan 190

diambil bagi memastikan capaian pasaran dan daya saing syarikat penerbangan nasional dan pengusaha tempatan lain. Langkah akan dipertingkatkan bagi mendapatkan hak mendarat tambahan bagi syarikat penerbangan Malaysia di samping menarik lebih banyak syarikat penerbangan asing membuat penerbangan ke Malaysia. 7.41 Dalam usaha menyokong aplikasi komunikasi dan multimedia serta mengurangkan jurang digital, infrastruktur telekomunikasi akan diperluaskan bagi menambah keupayaan dan capaiannya khususnya ke kawasan luar bandar. Bagi menghadapi cabaran persaingan dunia, industri komunikasi dan multimedia perlu inovatif dan kreatif bagi menyediakan perkhidmatan baru dan berbezabeza pada harga yang berdaya saing. Kerajaan akan menetapkan piawaian prestasi serta memantau industri berkenaan bagi memastikan persaingan yang saksama dan melindungi kepentingan pengguna. 7.42 ICT akan digunakan sebagai alat yang boleh menyokong pertumbuhan kemudahan dan perkhidmatan infrastruktur. Penggunaan ICT dalam sistem pengangkutan bagi memantau, mengesan dan mendapat maklumat masa sebenar mengenai aliran dan jumlah lalu lintas serta pengurusannya akan terus diperluaskan bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keselesaan pengangkutan. Utiliti 7.43 Pembangunan mampan sektor tenaga adalah penting bagi memastikan daya saing ekonomi, terutamanya sektor perindustrian, pengangkutan dan komersil. Usaha akan terus diambil bagi menguruskan kedua-dua sumber tenaga iaitu yang boleh susut dan yang boleh diperbaharui bagi memenuhi permintaan daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat. Teras utama adalah untuk memastikan bekalan tenaga yang mencukupi, terjamin, bermutu dan mempunyai keberkesanan kos, menggalakkan penggunaannya yang cekap dan meminimumkan kesan negatif ke atas alam sekitar. 7.44 Pembangunan sektor kecil minyak dan gas dijangka mengalami anjakan besar dalam tempoh RRJP3. Berdasarkan rizab minyak dan kadar pengeluaran serta penggunaan semasa, Malaysia dijangka menjadi pengimport bersih minyak menjelang tahun 2008. Bagi meningkatkan simpanan bekalan, usaha akan ditumpu kepada carigali di kawasan laut dalam tempatan dan pencarian sumber minyak di luar negara. Oleh kerana gas yang tersedia di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat dalam tempoh Rancangan, penggunaan gas oleh sektor elektrik dijangka meningkat. Walau bagaimanapun, campuran penjanaan yang optimum akan ditentukan bagi memastikan sistem yang terjamin dan boleh dipercayai. Pada masa yang sama, penggunaan gas oleh sektor bukan elektrik seperti sektor pengangkutan serta industri petrokimia akan dipergiatkan. 191

7.45 Teras utama sektor kecil elektrik akan terus memberi penekanan kepada kecukupan bekalan elektrik serta meningkatkan produktiviti dan kecekapan. Pelaburan baru swasta dalam aktiviti penjanaan termasuk sistem saling menjana yang disambung ke rangkaian pengagihan akan digalakkan. Pada masa yang sama, sistem penghantaran dan pengagihan akan diperkukuhkan lagi bagi memperbaiki liputan, kebolehpercayaan dan mutu bekalan. Kanun Grid dan Pengagihan Malaysia akan diperbaiki lagi terutamanya dari segi had frekuensi dan keperluan mengaktifkan semula kuasa. Industri bekalan elektrik akan disusun semula bagi mewujudkan sebuah industri yang cekap dari kedua-dua segi teknikal dan ekonomi. Sebuah Suruhanjaya Tenaga akan ditubuhkan bagi mengawal selia kecekapan industri dari segi teknikal dan ekonomi. 7.46 Bagi menambah bekalan tenaga lazim, sumber baru seperti tenaga yang boleh diperbaharui akan digalakkan. Dalam hubungan ini, dasar pelbagaian bahan api yang terdiri daripada minyak, gas, hidro dan arang batu akan diperluaskan bagi merangkumi tenaga yang boleh diperbaharui sebagai bahan api kelima terutamanya biomas, biogas, sampah sarap isi rumah, solar dan hidro mini. Daripada punca tersebut, sumber biomas seperti sisa kelapa sawit dan kayu serta sekam padi akan diguna dengan lebih meluas khususnya bagi penjanaan elektrik. Sumber tenaga lain yang berpotensi adalah termasuk disel sawit dan bahan api hidrogen. 7.47 Penggunaan tenaga yang cekap juga akan digalakkan dalam tempoh RRJP3 menerusi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kecekapan Tenaga dan perlaksanaan Pengurusan Di Pihak Permintaan seperti program pemulihan peralatan dan penyejukan setempat, penukaran corak penggunaan tenaga dan pelabelan kelengkapan elektrik. Penubuhan kompleks dan bandar baru yang bersepadu dengan penggunaan tenaganya diurus secara cekap akan digalakkan. Bagi tujuan ini, piawaian Malaysia mengenai sistem pencahayaan, pendingin hawa dan pelitupan bangunan yang cekap akan digubal dan peruntukan kecekapan tenaga akan dimasukkan ke dalam Undang-undang Kecil Bangunan Yang Seragam. 7.48 Usaha akan dipergiat untuk menggalakkan pembangunan industri dan perkhidmatan yang berkaitan dengan tenaga tempatan. Bagi mempertingkatkan kandungan tempatan dalam sektor tenaga, Program Pembangunan Usahawan yang dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Program Pembangunan Vendor yang dilaksanakan oleh Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan diperhebatkan. Usaha ini akan menyumbang ke arah mempromosi Malaysia sebagai sebuah pusat serantau bagi perkhidmatan kejuruteraan berkaitan tenaga. Syarikat utama seperti PETRONAS, TNB dan penjana kuasa elektrik persendirian akan digesa supaya memperluaskan penglibatan mereka dalam industri dan perkhidmatan yang berkaitan tenaga di negara-negara lain. 192

7.49 Penekanan yang lebih akan diberi kepada peningkatan capaian air minum yang selamat khususnya bagi isi rumah di luar bandar. Bagi mengatasi masalah kekurangan air terutamanya di kawasan yang pesat membangun, program penyaluran air antara negeri serta penggunaan air yang mengalir di permukaan bagi perindustrian dan tujuan yang tidak kritikal akan dilaksanakan. Usaha juga akan diambil untuk mengenal pasti potensi sumber air bawah tanah sebagai sumber tambahan kepada air permukaan terutamanya dalam musim kemarau. Bagi memperbaiki pengurusan permintaan air, program mengurangkan air terbazir tanpa hasil dan meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam terhadap penjimatan air akan dipergiatkan lagi. 7.50 Bagi sistem pembetungan, penyediaan kemudahan pembetungan moden akan dipercepatkan bagi mengurangkan pencemaran air dan memelihara alam sekitar. Untuk memenuhi objektif tersebut, projek pembetungan berpusat akan dilaksanakan dengan keutamaan diberi kepada ibu negeri, bandar besar dan tempat peranginan. Walau bagaimanapun, di lokasi di mana penyambungan ke sistem berpusat adalah terlalu mahal atau memberikan kesan buruk ke atas alam sekitar seperti di kawasan berbukit dan terpencil, sistem pembetungan individu akan dilaksanakan. Pembaikan dan peningkatan sistem pembetungan juga akan dipergiatkan. Perkhidmatan Sosial 7.51 Program perkhidmatan kesihatan akan terus diperluaskan dalam tempoh RRJP3 bagi kawasan bandar dan luar bandar. Sektor awam akan terus memberi penekanan kepada penyediaan penggalakkan kesihatan dan pencegahan manakala sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digalak untuk terus aktif dalam penyediaan perkhidmatan tersebut. Sektor swasta akan terus memperluaskan penyediaan rawatan penyembuhan dan melengkapi perkhidmatan yang disediakan oleh sektor awam. Sebagai sebahagian daripada langkah untuk memastikan penyediaan perkhidmatan kesihatan yang bermutu, sektor awam akan memperkukuhkan peranan kawal selianya bagi memantau perkhidmatan yang disediakan oleh sektor swasta supaya selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkaitan. 7.52 Perubahan corak penyakit berikutan perubahan gaya hidup dan tingkahlaku telah menyebabkan peningkatan kejadian penyakit tidak berjangkit dan kecederaan. Dengan itu, program penggalakkan dan pencegahan termasuk kempen gaya hidup sihat yang memberi tumpuan kepada perubahan tingkahlaku terhadap kesihatan akan diberi penekanan dalam tempoh RRJP3. Pengawasan dan kawalan terhadap jangkitan penyakit yang baru muncul dan muncul semula serta program pelalian, makanan dan pemakanan, mutu air dan kebersihan akan diperkukuhkan. 193

7.53 Mutu dan capaian perkhidmatan kesihatan akan terus dipertingkatkan dengan penggunaan ICT dan telekesihatan sebagai kaedah pengendalian. Semua hospital baru dan sedia ada akan dilengkapkan dengan ICT dan perkhidmatan otomasi dan dengan itu mewujudkan rangkaian perkhidmatan hospital dan klinik yang cekap, tanpa sempadan dan mesra pelanggan. Sistem rangkaian maklumat kesihatan yang bersepadu akan memudahkan lagi komunikasi dan rujukan pesakit melalui berbagai peringkat penjagaan kesihatan di pusat kesihatan awam dan swasta. 7.54 Latihan dan perancangan sumber manusia akan diberi keutamaan bagi mengatasi kekurangan kaki tangan profesional kesihatan dan memenuhi keperluan yang meningkat terhadap perkhidmatan kesihatan. Skim pembiayaan penjagaan kesihatan akan dilaksana bagi memastikan liputan menyeluruh dan capaian kemudahan kesihatan serta perkongsian kos yang berpatutan di antara penyedia penjagaan kesihatan awam dan swasta dengan pengguna. Walau bagaimanapun, Kerajaan akan terus memastikan perkhidmatan penjagaan kesihatan disediakan kepada golongan berpendapatan rendah. 7.55 Dalam tempoh RRJP3, pembangunan perumahan akan terus memberi penekanan kepada penyediaan rumah yang mencukupi, mampu disewa atau dimiliki dan bermutu kepada semua penduduk terutamanya golongan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, tumpuan akan diberikan terhadap penyediaan rumah yang lebih bermutu di lokasi yang sesuai dan mempunyai suasana kehidupan yang selesa. Pembangunan perumahan akan terus diselaraskan dengan rapi bersama pembangunan perindustrian dan perancangan pembangunan keseluruhannya bagi memastikan penyediaan rumah adalah mencukupi dan mengikut jadual termasuk capaian terhadap perkhidmatan dan kemudahan sosial serta sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan mencukupi. Usaha sedemikian akan dilaksana dalam rangka kerja Pelan Spatial Negara. Sektor swasta akan terus memainkan peranan yang semakin penting dalam memenuhi keperluan perumahan secara keseluruhan manakala sektor awam akan menumpukan kepada penyediaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan kaki tangan sektor awam. 7.56 Usaha akan diambil untuk menggalakkan aktiviti P&P yang berkaitan dengan pengeluaran bahan binaan yang lebih murah dan teknik pembinaan yang lebih baik dengan tujuan untuk meningkatkan mutu dan keselamatan rumah serta memastikan harga yang berpatutan. Sektor perumahan juga akan memenuhi agenda yang lebih luas seperti memenuhi keperluan golongan tua dan golongan kurang upaya, reka bentuk yang membolehkan penjimatan tenaga serta melaksanakan konsep berasaskan komuniti bandar raya taman. Penekanan akan terus diberikan kepada penyelenggaraan bangunan tinggi terutamanya rumah pangsa kos rendah dan kos sederhana rendah. 7.57 Bagi memastikan kejayaan dalam pembangunan pesat ekonomi tidak dicemari 194

oleh masalah sosial, usaha akan terus diambil untuk memperkukuhkan institusi keluarga yang menjadi asas kepada kestabilan sosial dan pembentukan masyarakat penyayang. Program akan dilaksana bagi menyiapkan keluarga menghadapi cabaran yang timbul dari pembangunan pesat serta memastikan kestabilan dan keharmonian dalam sesebuah institusi keluarga dikekalkan. Di samping itu, memandangkan bahawa globalisasi akan memberi kesan ke atas struktur keluarga dan masyarakat termasuk nilai dan norma budaya yang berkaitan dalam integrasi sosial dan pembentukan bangsa, usaha akan diambil bagi memastikan masyarakat Malaysia mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif tersebut. 7.58 Kesinambungan dan kejayaan pembangunan negara bergantung kepada golongan belia. Belia merupakan sumber tenaga manusia yang penting dan perlu dibimbing dengan sempurna dan diberi kemahiran dan pengetahuan yang sesuai dan pada masa yang sama ditanamkan dengan sikap dan nilai mulia. Latihan kemahiran belia akan menumpukan kepada perolehan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang baru dan bersesuaian serta meningkatkan program latihan kemahiran sedia ada bagi memastikan ianya sesuai dengan keperluan industri. Lebih banyak program perantisan akan dilaksanakan untuk golongan belia yang kurang berminat dengan bidang akademik. Selain dari itu, program juga akan dirangka untuk mencungkil daya cipta dan bakat di kalangan belia. Program pembangunan belia juga akan menekankan pentingnya kehidupan yang harmoni dalam komuniti dan menanam semangat patriotik dan banggakan negara. 7.59 Promosi sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk semua akan terus dijalankan memandangkan ianya menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing. Usaha akan diambil bagi memastikan penyelarasan dan pengurusan aktiviti sukan yang berkesan di antara sektor awam dan swasta termasuk mengkaji semula peranan dan fungsi persatuan sukan. Keutamaan akan diberi kepada usaha melahirkan ahli sukan Malaysia yang bertaraf dunia terutamanya dalam sukan berprestasi tinggi. Lebih banyak kemudahan sukan dan rekreasi termasuk infrastruktur sukan bertaraf dunia akan disedia bagi memastikan lebih ramai orang awam dapat menggunakan kemudahan tersebut dan membolehkan Malaysia menjadi tuan rumah kepada acara sukan peringkat antarabangsa. Usaha tersebut juga akan menyumbang ke arah pertumbuhan industri pelancongan dan pada masa yang sama meningkatkan perpaduan negara. Sains dan Teknologi 7.60 Ekonomi dunia sedang pesat membangun ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan di mana daya saing dan kecekapan akan didorong oleh teknologi, kemahiran dan inovasi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, penekanan akan di tumpukan kepada usaha mempercepatkan pembangunan keupayaan dan 195

kemampuan Malaysia dalam pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi (S&T), menggalakkan inovasi dan mempergiatkan P&P yang berorientasikan pasaran dalam konteks persekitaran baru ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Usaha juga akan diambil untuk memperkukuhkan lagi rangkaian antara sektor dengan institusi yang berkaitan bagi melahirkan satu sistem inovasi yang berkesan kepada negara. 7.61 Berhubung dengan P&P, usaha akan diambil bagi meningkatkan jumlah Perbelanjaan Kasar Bagi Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) daripada tahap semasa yang rendah iaitu 0.4 peratus daripada KDNK kepada sekurang-kurangnya 1.5 peratus menjelang tahun 2010. Sementara Kerajaan akan terus menyediakan pembiayaan bagi aktiviti P&P melalui program Penumpuan Penyelidikan Dalam Bidang-bidang Keutamaan (IRPA), sektor swasta dijangka akan meningkatkan sumbangan mereka dalam perbelanjaan P&P negara. Langkah bagi meningkatkan GERD ke tahap sekurang-kurangnya 1.5 peratus akan melibatkan penyusunan semula institusi sedia ada, menggalakkan lagi P&P sektor swasta serta mewujudkan dana baru sebagai tambahan kepada IRPA. Ini akan merangsangkan lagi aktiviti P&P ke tahap yang lebih tinggi dan mewujudkan kelebihan bersaing yang lebih besar. Bagi meningkatkan lagi daya saing, sektor swasta perlu memperluas dan mempergiatkan lagi usaha P&Pnya bagi memperbaiki keluaran sedia ada dan memperkenalkan keluaran baru. Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi menggalak dan membantu P&P sektor swasta. Secara khususnya, rangka kerja perundangan bagi pengurusan harta intelek akan dikaji semula dan diperkukuhkan. 7.62 Menyedari risiko dan kos yang tinggi berkaitan pelaburan dalam P&P untuk membangunkan industri strategik, mekanisme IRPA akan dikaji semula dan diperkemaskan bagi memberi lebih penekanan kepada keutamaan yang ditetapkan bagi P&P dalam bidang strategik yang dapat mengekalkan pembangunan teknologi jangka panjang. Institusi penyelidikan yang khusus, sama ada secara bersendirian atau bersama dengan rakan kongsi industri akan disediakan dengan pembiayaan untuk memajukan bidang yang disasarkan dalam pembangunan teknologi dalam industri berasaskan pengetahuan dan berteknologi tinggi seperti bioteknologi dan farmaseutikal, ICT dan mikroelektronik, bahan termaju dan teknologi aeroangkasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi 7.63 Penekanan kepada pembangunan ICT adalah merupakan tunggak kepada usaha mencapai pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti dan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Tahap aplikasi ICT akan merupakan penentu penting kepada daya saing syarikat dan negara memandangkan pergantungan yang semakin 196

meningkat terhadap ciptaan nilai dari maklumat dan pengetahuan. Dengan itu, adalah penting diperhebatkan usaha untuk meningkatkan pembentukan keupayaan dari segi sumber manusia, infrastruktur dan institusi. Sehubungan dengan itu, Kerajaan dan sektor swasta akan melipatgandakan usaha untuk meningkatkan pembangunan ICT bagi menambahkan produktiviti dan peluang pertumbuhan dalam semua sektor ekonomi. 7.64 Satu teras utama adalah untuk membantu pembangunan e-Malaysia yang dinamik dan berdaya maju dengan memberi tumpuan kepada pembangunan manusia, infrastruktur maklumat dan aplikasinya berpandukan Agenda IT Nasional (NITA). Bagi tujuan tersebut, program akan dipergiatkan bagi meningkatkan kesedaran, keyakinan dan penggunaan aplikasi ICT serta memperkukuhkan keupayaan institusi di sektor awam dan swasta termasuk komuniti. Selain dari itu, peluasan infrastruktur ICT akan diberi keutamaan bagi membolehkan capaian kepada maklumat dan pengetahuan yang seimbang di samping mengurangkan jurang digital. Penyediaan perkhidmatan yang sama rata pada harga berpatutan ke luar bandar dan kawasan terpencil akan dipergiatkan. Bagi melengkapi usaha tersebut, semua agensi kerajaan akan melaksanakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) bagi memastikan pendekatan yang terselaras dalam program pengkomputeran yang merangkumi peringkat negara, negeri dan daerah. 7.65 Bagi mengambil manfaat daripada kemajuan dalam pembangunan ICT negara, usaha akan diambil untuk membangunkan Malaysia sebagai hub ICT dan multimedia dunia. Bagi tujuan tersebut, hala tuju dasar yang strategik bertujuan memupuk persaingan yang sihat dalam sektor IT dan multimedia akan diguna pakai. Langkah akan diambil termasuk menghapuskan halangan memasuki pasaran, memupuk persaingan yang adil serta memperluas dan meningkatkan infrastruktur ICT. 7.66 Dalam tempoh RRJP3, usaha yang lebih giat akan diambil untuk melaksanakan aplikasi perdana gelombang pertama Koridor Raya Multimedia (MSC). Di samping itu, satu kajian akan dijalankan untuk melaksanakan aplikasi gelombang kedua MSC. Usaha juga akan diambil untuk terus mempromosi MSC serta menyediakan persekitaran yang sesuai bagi menarik masuk kaki tangan yang terkemuka dan syarikat yang bertaraf dunia ke MSC. Ini akan mewujudkan kesan sinergistik dan menjadi pemangkin dalam usaha menarik lebih banyak syarikat terkemuka beroperasi di MSC. 7.67 Lebih banyak PKS yang berasaskan ICT termasuk syarikat ICT yang baru memulakan perniagaan akan dibangunkan bagi membantu meningkatkan produktiviti dan meluaskan pasaran. Bagi tujuan tersebut, sebuah dana ICT akan ditubuhkan bagi menyediakan sumber kewangan yang lebih baik kepada PKS untuk menceburi pembangunan ICT. Bagi mengoptimumkan pelaburan, PKS akan digalak untuk 197

mengembleng sumber mereka bagi menggunakan ICT dan membangunkan portal untuk e-dagang. Langkah juga akan diambil bagi membangunkan kemahiran dan kelayakan yang perlu untuk pekerja dan usahawan bagi membantu penggunaan ICT yang lebih meluas. Alam Sekitar 7.68 Dalam tempoh RRJP3, Kerajaan akan terus mengambil tindakan yang bersesuaian bagi mengekalkan keseimbangan di antara objektif pertumbuhan dengan kepentingan alam sekitar. Pertimbangan terhadap alam sekitar akan terus disepadukan ke dalam perancangan pembangunan dengan mengambil kira keperluan sosio ekonomi penduduk serta meningkatkan kualiti hidup. Bagi mengukuhkan asas empirikal dalam membuat keputusan mengenai alam sekitar, langkah akan diambil untuk memperkenalkan piawaian prestasi dan data alam sekitar berasaskan sektor dan merentasi sektor. Rangka kerja perundangan sedia ada bagi perlindungan alam sekitar akan terus dilengkapi dengan penggunaan instrumen berasaskan pasaran untuk menggalakkan pemakaian dan pembangunan teknologi yang tidak menjejaskan alam sekitar dan keluaran yang mesra alam. 7.69 Perhatian utama terhadap alam sekitar dan sumber asli dalam tempoh RRJP3 termasuk mempertingkatkan kualiti udara dan air, menguruskan sisa pepejal, sisa toksid, sisa perindustrian dengan cekap, mewujudkan persekitaran bandar yang sihat dan memulihara habitat dan sumber semula jadi. Kerajaan akan terus mengambil langkah yang sesuai bagi menangani masalah pencemaran udara yang disebabkan oleh berbagai punca. Ini termasuk meningkatkan penguatkuasaan ke atas kawalan pelepasan asap bagi kenderaan bermotor, mewujudkan sistem pengurusan lalu lintas yang menyeluruh, menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan kenderaan elektrik di kawasan bandar serta meningkatkan penggunaan gas asli bagi mengurangkan jumlah kandungan pencemaran udara. Di samping itu, teknologi pelepasan pencemaran sifar akan digalak untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan memudahkan penggunaan semula dan penjanaan semula bahan baru daripada sisa buangan. Sektor perindustrian akan digalak untuk mengguna pakai teknologi pengeluaran yang lebih bersih. 7.70 Dasar Air Negara akan digubal bagi menyediakan rangka kerja pemuliharaan dan pengurusan air untuk memastikan bekalan air yang cukup dan selamat bagi negara. Dasar ini akan menumpukan kepada pendekatan bersepadu bagi lembangan sungai, perlindungan kawasan tadahan dan takungan air serta menangani isu pemindahan air antara negeri dan antara lembangan. Bagi membendung pelepasan air sisa yang mencemarkan sungai dan aliran air, Kerajaan akan terus menaik taraf dan membina loji rawatan air kumbahan yang baru dan sektor industri akan 198

digalak untuk mengguna dan mengitar semula air sisa. Bagi memperbaiki lagi pengurusan sisa pepejal, Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengguna pakai dasar pengurusan sisa yang menyeluruh termasuk memasang insinerator bagi pelupusan sisa yang selamat dan cekap serta menggubal strategi untuk mengurang, mengguna semula dan mengitar semula sisa buangan. Pihak berkuasa tempatan akan dibantu melalui program pembangunan keupayaan dan projek demonstrasi bagi menyepadukan pertimbangan alam sekitar ke dalam perancangan setempat. Di samping itu, penglibatan masyarakat dalam proses perancangan pembangunan berasaskan prinsip Agenda Tempatan 21 akan dipertingkatkan. III. PENUTUP

7.71 Teras utama bagi tempoh RRJP3 ialah menghasilkan kekayaan dan menggalakkan sumber pertumbuhan baru dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Usaha akan diambil untuk menggembleng dan memperuntukkan sumber secara lebih berkesan dan cekap bagi mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi melalui pelaburan yang didorong oleh produktiviti dan penggunaan ICT secara lebih meluas dalam semua sektor ekonomi. Penyediaan perkhidmatan sosial, utiliti, infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik serta pemuliharaan alam sekitar akan meningkatkan kualiti hidup. Strategi dan keutamaan sektor akan menyumbang kepada pembentukan satu bangsa yang berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

199

GLOSARI AKRONIM AFTA AIA AIM ASEAN BSKL bpd CBO CCGT cct-km CEPT CETREEE CIAST CMP CRDF CUF DASN DEB DPN DPN3 DWN E & E = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = ASEAN Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) ASEAN Investment Area (Kawasan Pelaburan ASEAN) Amanah Ikhtiar Malaysia Association of South-East Asian Nations (Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara) Bursa Saham Kuala Lumpur barrels per day Community-based Organizations (Organisasi komuniti setempat) Combined Cycle Gas Turbine circuit-kilometres Common Effective Preferential Tariff (Keistimewaan Tarif Berkesan yang Seragam) Centre for Education and Training in Renewable Energy and Energy Efficiency Centre for Instructors and Advanced Skill Training (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan) Capital Market Master Plan (Pelan Induk Pasaran Modal) Commercialization of Research and Development Fund (Tabung Pengkomersilan Penyelidikan dan Pembangunan) Centralized Utility Facilities Dana Amanah Saham Nasional Dasar Economi Baru Dasar Pembangunan Nasional Dasar Pertanian Negara Ketiga Dasar Wawasan Negara Eletrik dan Elektronik 201

EE EGAT FDI FSMP GDC GERD GJ GWh ICOR ICT IKP IOFC IPP IPTA IPTS IRPA ISO ISP IT KDI KDNK

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Energy Efficiency Electricity Generating Authority of Thailand Foreign Direct Investments (Pelaburan Langsung Asing) Financial Sector Master Plan (Pelan Induk Sektor Kewangan) Gas District Cooling Gross Expenditure for Research and Development (Perbelanjaan Kasar bagi Penyelidikan dan Pembangunan) gigajoule gigawatt hour Incremental Capital Output Ratio (Nisbah Tambahan Modal kepada Pengeluaran) Information and Communications Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Indeks komposit pembangunan International Offshore Financial Centre (Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa) Independent Power Producer (Penjanakuasa Elektrik Persendirian) Institut Pengajian Tinggi Awam Institut Pengajian Tinggi Swasta Intensification of Research in Priority Areas (Penyelidikan Dalam Bidang-bidang Keutrmaan) International Standard Organization (Pertubuhan Standard Antarabangsa) Information Technology Strategic Plan (Pelan Strategik Teknologi Maklumat) Information technology (Teknologi Maklumat) Knowledge-based Economy Development Index (Indeks Pembangunan Ekonomi Berasaskan Pengetahuan) Keluaran Dalam Negeri Kasar 202

KNK KLIA KLSE kV kW kWh LAN LFPR LLS LNG LPG LTC LTH MARA MAPEN II MAS MATRADE MBC MESDAQ

= = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Keluaran Negara Kasar KL International Airport (Lapangan Terbang Antarbangsa KL) Kuala Lumpur Stock Exchange (Pasaran Saham Kuala Lumpur) kilovolt kilowatt kilowatt hour Lembaga Akreditasi Nasional Labour Force Participation Rate Lembaga Letrik Sabah Liquefied Natural Gas (Petroleum dan Gas Asli Cecair) Liquefied Petroleum Gas (Gas Petroleum Cecaiar) Latex-timber Clones (Klon Getah Balak) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat Majlis Perundingan Ekonomi Negara Kedua Penerbangan Malaysia Malaysia External Trade Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) Malaysian Business Council (Majlis Perdagangan Malaysia) Malaysian Exchange of Securities Dealing and Automated Quotation (Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia) Medium Fuel Oil (Bahan Bakar Sederhana) Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) 203

MFO MICE

= =

MIDA MIPS mmBTU mmscfd MNC MPSM MPPB MSC MTDC MTEN MW NBP NGO NGV NIE NITA NLDC SKK OPEC PERODUA PROTON RRJP1

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Malaysian Industrial Development Authority (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia) Millions of Instructions Per Second (Jutaan Arah Setiap Saat) million British Thermal Unit million standard cubic feet per day Multinational Corporations (Syarikat Multinasional) Majlis Pembangunan Sumber Manusia Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Multimedia Super Corridor (Koridor Raya Multimedia) Malaysian Technology Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia) Majlis Tindakan Ekonomi Negara megawatt National Biodiversity Policy Non-governmental Organizations (Pertubuhan Bukan Kerajaan) Natural Gas for Vehicles (Gas Asli Untuk Kenderaan) Newly Industrialized Economies (Negara Perindustrian Baru) National IT Agenda (Agenda IT Negara) National Load Dispatch Centre (Pusat Muatan Beban Kebangsaan) Standard Kemahiran Kebangsaan Organisation of Petroleum Exporting Countries Perusahaan Otomobil Kedua Berhad Perusahaan Otomobil Nasional Berhad Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama 204

RRJP2 RRJP3 PABK PETRONAS PC PGU PIP2 PJ PGK PKEN PLWS PPP PPRT PROSPER P&P RE S&T SAIDI SCADA SESB SESCO SMIDEC PKS SPKR TFP

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga Perusahaan Awam Bukan Kewangan Petroliam Nasional Berhad Personal Computer (Komputer Peribadi) Peninsular Gas Utilization Pelan Induk Perindustrian Kedua petajoule Pendapatan Garis Kemiskinan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Productivity-Linked Wages System (Garis Panduan Sistem Reformasi Gaji) Purchasing Power Parity Program Pembangunan Rakyat Termiskin Project For Bumiputera Entrepremurs in the Retail Trade (Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan) Penyelidikan dan Pembangunan Renewable Energy Sains dan Teknologi System Average Interruption Duration Index Supervisory Control and Data Acquisition Sabah Electricity Sdn. Bhd. Sarawak Electricity Supply Corporation (Perbadanan Perbekalan Letrik Sarawak) Small and Medium Industries Development Corporation (Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana) Perusahaan Kecil dan Sederhana Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Total Factor Productivity (Produktiviti Faktor Keseluruhan) 205

TNB TRIMS

= =

Tenaga Nasional Berhad Trade Related Investment Measures (Langkah-langkah Pelaburan berkaitan Perdagangan) dengan

TRIPS tscf UHB VCCs WTO Y2K

= = = = = =

Trade Related Intellectual Property Rights (Hak Harta Intelek Berkaitan dengan Perdagangan) trillion standard cubic feet UDA Holding Berhad Venture Capital Corporations World Trade Organization (Pertubuhan Perdagangan Sedunia) Year 2000 (Pepijat Alaf)

206

Anda mungkin juga menyukai