Anda di halaman 1dari 16

TAJUK TUGASAN:

DAYA SAING NEGARA MALAYSIA

NAMA PELAJAR:
AYU FADHLEEN BINTI ABDULLAH SANI

NAMA GURU:
PUAN JUNAIDAH BINTI BAHRAN
DAYA SAING NEGARA
MALAYSIA

 Kemampuan sesebuah negara menghasilkan produktiviti atau kata


lain iaitu output yang dihasilkan oleh sumber manusia agar dapat
bersaing dengan negara luar.

 Daya saing telah ditakrifkan sebagai satu set institusi, dasar dan
faktor dalam menentukan tahap produktiviti sesebuah negara. Tahap
produktiviti, seterusnya menetapkan tahap kemakmuran yang boleh
dicapai oleh ekonomi.
MALAYSIA MAJU
DAN SEJAHTERA:
CIRI/PETUNJUK MALAYSIA NEGARA MAJU:
1. Sumber alam dimanfaatkan sepenuhnya:-
- Kemajuan teknologi dan kemajuan modal membolehkan masyarakat memanfaatkan
sumber alam secara optimum dan memanfaatkan sumber daya alam sebagai tenaga
alternatif.

2. Dapat mengatasi masalah kependudukan:-


- Kualiti dan produktiviti penduduk tinggi, pendapatan perkapita tinggi, peluang pekerjaan
dan ekonomi terbuka luas.

3. Industri menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat:-


- Produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi dan tidak terlalu
bergantung kepada hasil pertanian.
4. Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi:-
- Kualiti penduduk tinggi, produktiviti masyarakat tinggi akan meningkatkan pendapatan
perkapita dan pendapatan negara.

5. Kebanyakan eksport adalah hasil industri dan perkhidmatan:-


- Tidak bergantung kepada sumber alam sepenuhnya tetapi dengan pengetahuan dapat
menghasilkan produk daripada sumber alam.

6. Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi:-


- Tahap kesedaran masyarakat tinggi untuk memanfaatkan dan memelihara prasarana.

7. Kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang kesetaraan gender dan


penghormatan terhadap hak asasi manusia:
- Masyarakat memiliki disiplin yang tinggi, menghormati hak asasi manusia termasuk
golongan minority seperti OKU dan warga emas.
FAKTOR YANG MENJEJASKAN
DAYA SAING NEGARA:

1. STRATEGI, STRUKTUR DAN TINGKAT


PERSAINGAN PERUSAHAAN:
- Memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak swasta
agar berdaya saing.
- Kerajaan akan berperanan membantu pihak swasta dalam bentuk penggubalan dasar dan
peraturan.

2. DASAR- DASAR KERAJAAN:


- Kemampuan kerajaan menyediakan modal insan berkualiti bahan mentah yang mencukupi
dan infrastruktur yang lengkap.
- Mampu meningkatkan daya saing negara.

3. KURANG PENGETAHUAN:
- Tidak berpendidikan tinggi.
- Kurang inovatif dan kreatif.
CABARAN YANG HARUS DIHADAPI
BAGI MEMBOLEHKAN MALAYSIA
MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU:

1.Pembentukan satu Negara Bangsa Malaysia:

- Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi prasyarat kepada kemajuan


kerana tanpa rakyatnya, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan
terjalin.
- Bagi mengisi kosep ini, istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada
negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
2. Mewujudkan sebuah Negara Perindustrian:

- Negara yang telah mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada


pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju.
- Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses
transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindutrian malah ia juga
melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
- Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat
pesat amatlah penting.
- Sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang melibatkan soal modal,
pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan
menghadapi cabaran-cabaran amatlah besar.
3. Keadilan Ekonomi dan Sosial:

- Satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial perlu bagi
pewujudan satu negara maju dan bersatu.
- Sebuah negara maju tidak patut mewujudkan keadaan yang satu
golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan
lagi tercicir.

4. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan:

- Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang bertanggungjawab dan berkesan


untuk dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap lapisan kerajaan.
- Mengubah sikap kakitangan kerajaan dengan mengukuhkan nilai-nilai
murni iaitu mempertingkatkan etika kerja dan pada masa yang sama
daya pengeluaran negara meningkat.
5. Dasar Bersih, Cekap dan Amanah:

- Mewujudkan satu jentera pentadbiran awam yang cekap, bersih dan amanah.
- Mempertingkatkan pengurusan dan pembangunan negara.
- Melahirkan masyarakat yang bertatatertib dan berdisiplin.

6. Dasar Penerapan Nilai- Nilai Murni:

- Membentuk sikap positif seperti rajin bekerja, tekun, cekap, amanah, dedikasi,
berdisiplin, jujur, bertimbang rasa dan adil.
- Menghapuskan sikap negatif seperti tidak bertanggungjawab, rasuah,
penyelewengan, penindasan dan penyalahgunaan kuasa, mewujudkan satu sistem
pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah.
- Melahirkan satu masyarakat yang bermaruah tinggi.
LANGKAH MEMBINA NEGARA
MAJU DAN SEJAHTERA:
1. Melakukan penghantaran penghematan dan memperketat dan
perbelanjaan Negara.
- Segala pengeluaran atau perbelanjaan negara harus dipantau dengan saksama
agar negara tidak mengahadapi defisit yang sangat besar.

2. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan.


- Hal ini diwujudkan dengan cara memberi perhatian berat terhadap usaha-usaha
yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta
memberi fokus kepada bidang-bidang yang mempunyai daya saing yang lebih kuat.

3. Memperkukuh asas dan funda mental ekonomi Negara, serta mencipta


bidang-bidang pertumbuhan baru.
- Strategi ini dapat dicapai melalui bidang bioteknologi dan pertanian moden. Selain
sektor tersebut, bidang-bidang lain seperti pelancongan, pendidikan, kesihatan,
kewangan Islam dan pemasaran makanan halal merupakan potensi besar untuk
menjadi sumber pertumbuhan ekonomi baru.
4. Meningkatkan sumber daya manusia:
- Untuk itu, program-program penelitian dan pembangunan, penguasaan sains
dan teknologi, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran, lebih digalakkan
dalam kalangan warga atau anggota masyarakat, agar warga mampu
menghasilkan ciptaan baru, produk baru, pendapatan baru dan kekayaan baru.

5. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan


prasarana rakyat:
- Seperti perumahan, kesihatan, pendidikan, elektrik dan penyediaan air bersih.
KEPENTINGAN MEMBINA
NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA:

1. Meningkatkan taraf hidup rakyat:


- Seperti jumlah pendapatan keluarga, kos hidup, perumahan, pendidikan,
kesihatan dan kemudahan-kemudahan lain.

2. Meningkatkan jangka hayat rakyat atau kata lain meningkatkan tahap


kesihatan rakyat:
- Seperti dengan adanya kemudahan hospital yang kerajaan telah sediakan
kepada masyarakat dapat meringankan beban mereka.
3. Meningkatkan keupayaan sains dan teknologi:
- Asas sektor pembuatan negara ini menjadi luas dan sebahagian besar
barangan eksport pengeluaran dapat bergantung kepada barangan elektronik.

4. Meningkatkan tahap pendidikan rakyat:


- Pelajar dapat belajar secara moden kerana wujudnya pelajaran melalui alat
berteknologi tinggi seperti komputer, telefon dan sebagainya.
TINDAKAN YANG PERLU MALAYSIA
LAKUKAN UNTUK
MEMPERTINGKATKAN DAYA SAING
NEGARA
1. Mengkaji semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia.

2. Memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada


kompetensi tenaga kerja.

3. Mengkaji semula sistem pendidikan secara berterusan dan ditambah baik.

4. Memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan
strategik.

5. Memperkukuh sektor swasta.


SEKIAN,
TERIMA KASIH
DAUN KELADI!

Anda mungkin juga menyukai