Anda di halaman 1dari 3

JUMAAT

4/12/20

MODAL INSAN : MODAL INSAN MEMPUNYAI BANYAK KEPENTINGANNYA.


OLEH ITU, PELBAGAI LANGKAH BAGI MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
PERLU DIAMBIL. BINCANGKAN.

Pembangunan modal insan penting dilaksanakan untuk melahirkan tenaga kerja


yang berkualiti tinggi,berkemahiran dan berpengetahuan, serta kreatif dan inovatif.
Konsep pembangunan modal insan ini adalah proses untuk membentuk insan yang baik,
kamil dan berguna, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, agama
dan negara. Oleh itu, modal insan mempunyai banyak kepentingannya sendiri dan
terdapat beberapa langkah bagi membangunkan modal insan.

Antara kepentingan modal insan adalah menjana kemajuan dalam semua bidang di
negara. Rakyat berpengetahuan tinggi dapat menjayakan pelbagai dasar. Sistem
pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau
perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,resam budaya, dominasi
ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu dan pendidikan terhadap umat manusia. Ini
juga adalah salah satu penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang
melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020. Jelas ternyata, penjanaan kemajuan
dalam bidang di negara merupakan salah satu kepentingan bagi modal insan.

Kepentingan modal insan yang seterusnya adalah indikator atau petunjuk penting
dalam pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran
globalisasi rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai
tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan negara dan martabat bangsa.
Dengan ini kita dapat melahirkan masyarakat yang menghayati nilai murni serta
mengamalkan nilai hidup bersama. Pengutamaan keharmonian pelbagai kaum juga dapat
dipertingkatkan dengan berbuat demikian. Tuntasnya, modal insan adalah petunjuk
penting dalam pembangunan negara serta melahirkan masyarakat yang menghayati nilai
nilai murni.

Terdapat juga beberapa langkah bagi membangunkan modal insan seperti


memperluas akses kepada pendidikan berkualiti. Kerajaan memperuntukkan dana yang
banyak dalam memastikan bidang pendidikan dapat melahirkan modal insan berkualiti.
Misalnya sebanyak RM 6.3 bilion disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama,
kemudahan, dan peralatan serta mermatabatkan profesion guru. Pelbagai bantuan
disalurkan kepada pihak sekolah bagi memastikan bidang pendidikan dapat terus
dipertingkatkan. Misalnya, yuran persekolahan juga telah dimansuhkan dan para pelajar
juga akan diberi sebanyak RM 100 bagi pelajar sekolah Tahun 1 hingga pelajar Tingkatan
5 untuk membeli buku-buku rujukan. Tegasnya, memperluasan akses kepada pendidikan
berkualiti dapat melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi.

Di samping itu, pemantapan pendidkan sekolah rendah dan menengah harus diberi
perhatian sebagai perkara yang penting dalam langkah pembangunan modal insan. Dalam
memantapkan bidang pendidikan pihak kerajaan telah merancang untuk memperkasakan
profesion perguruan ke peringkat yang lebih tinggi. Misalnya, kerajaan menyediakan
biasiswa bagi guru-guru yang melanjutkan pelajaran dalam usaha untuk
mempertingkatkan kemahiran modal insan guru-guru. Kerajaan juga berusaha untuk
memantapkan lagi penguasaan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar. Kerajaan telah mengambil 375 orang guru penutur jati dari United Kingdom dan
Australia untuk mempertingkat pengajaran bahasa Inggeris di sekolah. Maka terbuktilah
bahawa, pemantapan pendidkan sekolah rendah dan menengah dapat menjaminkan modal
insan yang berpendidikan tinggi.

Selain itu, mempergiat program latihan dan kemahiran juga salah satu langkah
bagi membangunkan modal insan. Meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan
pekerja teknikal selaras dengan keperluan pasaran. Misalnya, kerajaan menyediakan
dana bagi mempergiat “Program Industrial Skill Enchancement” di Pusat Latihan
Kemahiran Negeri bagi meningkatkan kemahiran graduan dan pekerja. Graduan jurusan
lain juga digalakkan untuk mengembangkan kompetensi dan keboleh pasaran.
Misalnya,melalui Program Pentauliahan Profesional, Pembangunan Sukan, keusahawanan,
Skim Pengurusan Keboleh pasaran Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT). Pendek kata, mempergiatkan program latihan dan kemahiran dapat membangunkan
modal insan yang cekap dan berguna kepada negara kita.

Kesimpulannya, pembangunan modal insan hendaklah dirancang dan dilaksanakan


dengan sebaik-baiknya. Penggembelengan tenaga dari semua warga institusi latihan
hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan
ini adalah tugas besar.

Anda mungkin juga menyukai