Anda di halaman 1dari 14

Dasar Wawasan Negara (DWN)

Pengenalan
Dasar Wawasan Negara (DWN) menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.

Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduandan kestabilan sosial.

Teras Pembangunan DWN


Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarak semangat, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan dikalangan dan di dalam kumpulan etnik wilayah.

Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.

Meningkat daya saing bagi menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.


Membangunkan ekonomi yang berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik bagi meningkat nilai tambah bagi semua sektor ekonomi

Mengukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Dimensi Baru DWN


Membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan

Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui pengukuhan pelaburan dalam negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping penarikan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan ke dalam bidang strategik

Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan pengetahuan yang lebih tinggi;

Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, Orang Asli dan kumpulan minoriti Bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30 peratus terendah;

Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang 2010

Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor utama ekonomi


Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan masyarakat yang berasaskan pengetahuan.

Krisis kewangan 1985-1986, 1997-1998

Krisis kewangan 1985-1986, 1997-1998


Krisis ini tidak hanya dilihat daripada aspek saiz syarikat bahkan juga dari aspek syarikat yang dimiliki oleh usahanwan Melayu dan juga bukan Melayu.

Kebanyakan syarikat yang dimiliki oleh usahawan bukan Melayu telah mempunyai pengalaman yang lebih lama dan luas, maka mereka lebih buiak dan berkemampuan dalam menghadapi krisis ekonomi

Syarikat yang dimiliki oleh golongan Melayu yang rata-ratanya lahir daripada Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Penswastaan terpaksa berhempas pulas untuk bertahan.

Pada pertengahan tahun1998, terdapat lebih 25000 syarikat dalam kategori industri kecil dan sederhana (IKS) yang mengalami masalah dan terdapat 91 buah syarikat yang majoriti sahamnya dimili oleh golongan etnik Melayu muflis.

Ia seolah olah memberi gambaran bahawa golongan usahawan Melayu tidak mempunyai kemampuan yang jitu dalam dunia perniagaan dan perdagangan.

Proses globalisasi yang menyebabkan krisis ekonomi di Malaysia pada tahun 80-an dan 90-an bukan suatu proses yang berlangsung dengan mengambil kira faktor etnik.

Proses globalisasi adalah proses yang berlangsung berdasarkan logik ekonomi dan peredaran modal.

Dalam hal ini, golongan usahawan Bumiputera menghadapi cabaran yang cukup getir kerana mereka merupakan golongan yang masih baharu dalam dunia perniagaan dan tidak pula mempunyai modal yang cukup mapan.

Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menggalakkan perkongsian bijak antara pengusaha Bumiputera dengan pengusaha bukan Bumiputera bagi menghadapi cabaran ekonomi global.

Melalui perkongsian bijak tersebut, gabungan modal, pengalaman dan kemahiran antara pengusaha bukan Bumiputera dengan bukan Bumiputera akan memperkukuhkan kemampuan usahawan Malaysia di pentas global

Perkongsian bijak tersebut tidak hanya memberi sumbangan kepada kemajuan ekonomi negara tetapi juga dapat menjadi pemangkin hubungan yang harmonis antara golongan etnik.

Anda mungkin juga menyukai