Anda di halaman 1dari 3

Dasar Wawasan Negara

(DWN)
 Dasar Wawasan Negara (DWN) menggabungkan teras kritikal dasar
pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar
Pembangunan Nasional dengan objektif utama untuk mencapai perpaduan
nasional.
 Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusulan semula
masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.
 DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang
menyediakan hala tuju Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya
menjelang 2020. Secara khusunya, DWN merupakan gabungan semua usaha
pembangunan yang lepas bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang Bersatu
padu, progresif dan makmur.
 Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara untuk menjadi sebuah
negara maju, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang
berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang Bersatu padu dan
saksama bagi memastikan perpaduan dan kestabilan sosial.
Teras Kritikal Dasar Wawasan Negara (DWN)
Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakan semangat
patriotic, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan
penyayang serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.

Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan


pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah.

Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan seumber pertumbuhan,


institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.

Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan leberalisasi.


Membangunkan ekonomi berasaskan pengerahuan sebagai satu Langkah untuk meningkatkan nilai
ditambah bagi sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat.

Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga Kerja yang cekap,
produktif dan berpengetahuan.

Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka
Panjang.

Anda mungkin juga menyukai