Anda di halaman 1dari 25

1.

0 Pengenalan

Setiap negara mempunyai matlamat dan cita-citanya yang tersendiri.


Begitu juga dengan negara kita, Malaysia. Sebagai negara yang terdiri
daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya, pemimpin negara kita
haruslah tahu bagaimana untuk merancang dan mengatur strategi-strategi
demi kemakmuran dan kemajuan negara bukan sahaja dari aspek ekonomi,
malah merangkumi politik, budaya, psikologi dan juga rohani. Setiap anggota
masyarakat haruslah menyokong dan memberi kerjasama untuk mencapai
matlamat negara.
Di majlis persidangan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari
1991, mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah
membentangkan kertas kerjanya yang berjudul ‘The Way Forward’. Di dalam
kertas kerja tersebut, beliau telah menetapkan matlamat pembentukan
sebuah negara yang benar-benar maju menjelang masa yang ditetapkan dan
masa yang logik, mudah dan sesuai adalah tahun 2020. Selain itu, beliau juga
mengemukakan beberapa pandangan beliau tentang arah pembangunan
negara dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara industri yang benar-benar maju menjelang tahun
2020. Kemajuan ini bukan sekadar mengikut contoh negara-negara yang
dianggap maju tetapi kemajuan menurut acuan negara kita sendiri.
Menurut mantan Perdana Menteri, matlamat menjadikan negara
Malaysia sebagai negara maju dalam industri tidak akan tercapai sekiranya
rakyat tidak dapat mengatasi sembilan cabaran asas yang strategik. Cabaran-
cabaran ini sebenarnya telah kita hadapi sejak kelahiran negara ini sebagai
negara merdeka. Cabaran-cabaran ini juga menjadi panduan dalam usaha
membangunkan negara. Wawasan ini memberi arah untuk negara ini menjadi
sebuah negara yang benar-benar maju. Mantan Perdana Menteri juga
merasakan bahawa semua cabaran ini dapat dipenuhi dalam masa tiga puluh
tahun iaitu menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 merupakan satu wawasan strategik jangka panjang
yang merupakan panduan ke arah dasar yang luas yang meliputi pelbagai
aspek berkaitan dengan pembangunan negara. Ini meliputi keseluruhan
aspek dalaman dan luaran. Dengan perkataan lain, wawasan 2020 ini

1
memberi arah tujuan dan sasaran untuk negara ini dalam mencapai satu
tahap negara maju sepenuhnya dengan nilai-nilai positif yang tersendiri.
Malah wawasan 2020 juga menetapkan satu jangka masa 30 tahun sebagai
panduan untuk mencapai matlamat di atas.
Wawasan 2020 juga merupakan satu pandangan berfokus dan
penetapan rangka kerja dalam mencapai matlamat menjadikan Malaysia
sebuah negara maju sepenuhnya berteraskan industri menjelang tahun 2020
mengikut acuan Malaysia sendiri. Kemajuan yang dimaksudkan merangkumi
semua bidang ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan, psikologikal dan
kebudayaan.
Wawasan yang difikirkan perlu berasaskan faktor-faktor berikut :
i Fokus Kebangsaan
ii Konsensus Nasional
iii Perjanjian Sosio Politik
iv Agenda Pembangunan Nasional

Sembilan cabaran utama yang disenaraikan dalam wawasan 2020:

1. Mewujudkan Negara Malaysia bersatu padu yang mempunyai


matlamat dikongsi bersama.

2. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, dan maju


dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada
dan dicapai serta cukup tangkas menghadapi pelbagai masalah.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang


matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi
Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada
banyak negara membangun.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

2
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai
kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan, dan kepercayaan
agama masing-masing dan pada masa yang sama, meletakkan
kesetiaan mereka pada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya


perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja
pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu


sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan
insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang
perseorangan,tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,


dinamik, giat dan kental.

3
2.0 Sembilan Cabaran Wawasan 2020

2.1 Cabaran Pertama:


“Mewujudkan Negara Malaysia bersatu padu yang mempunyai
matlamat dikongsi bersama”

Cabaran ini dianggap sebagai cabaran asas dan paling utama oleh
mantan Perdana Menteri. Hal ini demikian kerana tanpa perpaduan segala
cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju tidak akan tercapai.
Bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat”. Walaupun Rukun Negara tidak menyatakan dengan jelas dalam
usaha menangani cabaran ini dan cabaran-cabaran yang lain, tetapi
semangat dan falsafahnya masih didukung teguh dalam mencapai Wawasan
2020, terutama dalam proses pembentukan sebuah negara bangsa yang
bersatu padu.
Cabaran ini bermaksud untuk mewujudkan sesebuah negara yang
maju dan aman kita seharusnya menyatupadukan rakyatnya terlebih dahulu
supaya tidak akan wujud perbezaan dan juga rasa perkauman. Perpaduan
antara kaum amatlah penting kerana melalui perpaduan dan hidup bersatu
padu barulah kita dapat melahirkan sebuah negara yang aman dan damai
tanpa kekecohan. Ini dapat dilihat daripada lapisan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak. Orang
Melayu pula terbahagi kepada orang Jawa, Banjar, Boyan dan Minangkabau
manakala bumiputera Sarawak terdiri daripada Orang Ulu, Bidayuh, Iban,
Melayu, Kayan, Kelabit, Murut, Penan, Punan, Melanau, Kedayan dan
Bisayah. Bumiputera Sabah pula terdiri daripada Kadazan, Bajau Darat,
Bajau Laut, Dusun, Murut, Loh Luyuh, Bisaya, Kadayan, Orang Sungai,
Suang Latut dan Melayu Brunei. Jika semuanya bersatu padu dan
bekerjasama, pasti semua ini akan dapat direalisasikan.
Perpaduan yang dimaksudkan di sini bukan sekadar mewujudkan
integrasi dalam kalangan kelompok etnik dan wilayah, tetapi lebih daripada
itu. Kesejahteraan rakyat menikmati bersama suasana kehidupan yang
sejahtera dan persamaan hak serta keadilan merupakan ciri yang mesti ada
pada negara bangsa yang bersatu padu. Setelah kesejahteraan hidup ini

4
dicapai barulah proses pembentukan satu “Bangsa Malaysia” yang taat setia
dan sanggup mengabadikan diri terhadap negara bangsa dapat dipupuk. Ini
mempunyai perkaitan rapat dengan pernyataan yang dibuat di dalam laporan
Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) yang menyatakan bahawa :

”…..untuk mencapai perpaduan negara dan satu identiti Malaysia,


rakyat Malaysia harus menyedari dan berazam menerima negara Malaysia
sebagai negara kita, Bahasa Malaysia tanpa menjejaskan identiti mana-mana
kaum”.
Bagi memperkuatkan lagi perasaan bangga sebagai bangsa Malaysia,
kerajaan hendaklah mempraktikkan keazaman ini dengan mengiktiraf satu
bangsa satu negara (Seru, 1992). Jadi, cabaran ini boleh dianggap sebagai
pengukuhan seruan yang dibuat oleh MAPEN dalam laporannya dan
sekaligus menekankan bahawa pembentukan ‘Bangsa Malaysia’ dan sebuah
negara bangsa yang bersatu padu hanya boleh dicapai jika semua rakyatnya
hidup sejahtera. Ini bertepatan dengan kata-kata Allah dalam Al-Quran iaitu :

Bermaksud : Berpegang teguhlah pada tali Allah dan jangan berpecah-


belah antara kamu semua.

Konsep satu negara juga mempunyai makna yang mendalam kerana


konsep tersebut bermaksud negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat
diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Dalam konteks
masyarakat Malaysia, ini bermaksud semua kaum iaitu kaum Melayu, Cina,
India dan lain-lain tidak mengira agama akan bersatu padu untuk menjayakan
semua aktiviti di bawah satu payung. Pembentukan satu negara bangsa
menjadi prasyarat kepada kemajuan kerana hanya rakyat yang mempunyai
satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, akan menjamin sebuah
negara yang maju dan makmur.
Beberapa strategi telah dilaksanakan bagi menerajui cabaran ini,
contohnya kongsi raya dan sambutan hari kemerdekaan. Malahan pelbagai
program-program telah dilaksanakan sejak daripada bangku sekolah lagi.
Contohnya Program Khidmat Negara dilaksanakan terhadap remaja yang
berusia 18 tahun untuk memupuk semangat patriotik dan semangat

5
perpaduan. Kesinambungan daripada itu, sekolah wawasan juga telah
diwujudkan bagi tujuan tersebut.

6
2.2 Cabaran Kedua:
“Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram, dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang
ada dan dicapai serta cukup tangkas menghadapi pelbagai
masalah”

Masyarakat yang bebas dan teguh, anggota-anggotanya penuh yakin


dengan kebolehan masing-masing merupakan prasyarat penting dalam usaha
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang benar-benar maju. Ini akan
mewujudkan warga yang cukup tangkas untuk menghadapi segala halangan.
Dalam konteks ini juga, kerajaan telah memperkasakan sistem pertahanan
negara melalui Kementerian Pertahanan Negara dengan menaik taraf dan
memperbaiki status dan warga askar. Dengan kebajikan yang sentiasa
dipelihara bermula daripada anak-anak sehinggalah keluarga besar askar
akan meningkatkan komitmen semua warga askar untuk menjana dan berani
mempertahankan negara dengan semangat patriotik yang tinggi di samping
semangat cintakan negara yang tinggi dan utuh.
Warga yang tidak terkongkong jiwanya, akan menyedari segala
kebolehan dirinya dan yakin serta berani mengejar cita-cita mereka. Anggota
masyarakat yang sedemikian akan dihormati oleh bangsa-bangsa lain.
Sebagai contoh, apabila orang daripada dunia yang lain memandang negara
kita yang tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang merosakkan
seperti seks rambang, pembuangan anak, penagihan dan pengedaran dadah,
merosakkan harta benda awam dan sebagainya, mereka akan tercari-cari
apakah usaha yang telah diguna pakai oleh kerajaan kita bagi merealisasikan
masyarakat yang mempunyai jiwa yang teguh, berprinsip dan mempunyai
matlamat yang utuh tidak seperti lalang yang ditiup angin.
Bagi memenuhi cabaran kedua ini, anggota masyarakat mestilah
dididik dan dilatih dengan baik. Melalui latihan dan didikan, keyakinan diri
dapat diperteguhkan dan ini dapat membantu mewujudkan negara yang
dinamik serta mampu menghadapi segala cabaran dan halangan. Anggota
masyarakat sebagai sumber manusia dan perlu dibangunkan. Mereka mesti
diberikan semua bentuk pendidikan dan latihan bukan sahaja dari segi
pengetahuan malah dari segi kemahiran. Minda mereka juga haruslah

7
sentiasa diperkembangkan dengan ilmu pengetahuan, pengalaman yang
berpanjangan, pengamalan budaya ilmu yang berterusan, pembacaan yang
diulami dengan penyelidikan yang mendalam dan sebagainya.
Justeru pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara juga adalah
satu contoh program yang amat berkesan untuk melahirkan generasi muda
supaya lebih cekal, teguh, serta menanam semangat yakin diri sebagai
senjata yang mantap dan berkesan bagi menghadapi segala rintangan. Idea
untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ juga adalah untuk menyediakan
golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara,
menangani perubahan-perubahan seperti teknologi baru, globalisasi, desakan
badan bukan kerajaan antarabangsa yang ‘tidak demokratik’ dan menanam
semangat sukarela kepada golongan muda.
Usaha yang berterusan untuk membentuk modal insan yang berjiwa
tinggi dan penuh yakin diri haruslah terus dipupuk dan dijana. Masyarakat
yang lemah sudah tentu akan terkubur di bumi sendiri sekiranya sikap kental
untuk menghadapi segala rintangan yang bakal dihadapi tidak dibentuk untuk
menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang maju pada abad akan
datang.

8
2.3 Cabaran Ketiga:
“Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman matang,
demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun”

Hak setiap warga Malaysia untuk mengamalkan adat resam,


kebudayaan serta kepercayaan masing-masing telah dilindungi dan dijamin
oleh undang-undang negara. Akan tetapi yang paling penting adalah rakyat
daripada berbilang kaum itu sendiri haruslah ikhlas dan penuh toleran
menerima dan melindungi hak mereka yang bukan seagama dan sebudaya
dengannya, mengamalkan kebudayaan serta kepercayaan masing-masing.
Hal ini dapat menjamin dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam
jangka masa yang lama.
Dalam negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang menganuti
pelbagai agama, agama Islam merupakan agama rasmi negara dan tidak
akan menekan mana-mana agama lain dengan pengamalan dan kebebasan
mereka mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing. Ini dipetik
daripada firman Allah dalam Al-Quran :

Maksudnya : bagi kamu agama agama kamu, bagiku agamaku.

Ayat ini menjelaskan bahawa semua agama bukan sahaja yang


terdapat di negara ini malah di dunia bebas mengamalkan kepercayaan dan
ibadat masing-masing tanpa sebarang sekatan atau provokasi. Ini bermakna,
jika seseorang individu yang beragama Buddha mahu bersembahyang
dengan membakar colok mereka, individu lain tidak boleh menghalangnya
dengan alasan colok tersebut mengganggu ketenteraman dan persekitaran
kerana bau yang terhasil daripada colok tersebut berbau tengik dan busuk.
Sebagai contoh yang lain, jika seorang individu yang berbangsa India yang
merayakan perayaan Deepavali, individu lain tidak boleh mempertikaikan
individu tersebut contohnya pakaian orang India yang terlalu terang-
benderang, membazirkan kelapa apabila ingin menebus dosa dengan
membaling kelapa di jalan raya utama.

9
Ini bukan satu perkara yang mudah untuk menyatupadukan
masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum, keturunan,
pelbagai budaya dan agama. Setiap lapisan masyarakat harus dipupuk untuk
lebih bersikap terbuka dan bersifat toleransi, menghormati antara satu sama
lain supaya rakyat sentiasa bersatu padu dan tidak mementingkan sesuatu
kaum dan menindas kaum yang lain. Jika berlaku demikian, negara akan
menjadi porak-peranda dan Wawasan 2020 hanya tinggal impian. Jangan kita
terlalu bercita-cita tinggi untuk mengecapi wawasan 2020 sedangkan unsur-
unsur untuk kita menjayakan wawasan tersebut telah kita ketepikan sama
sekali.
Pengajaran harus diambil daripada negara yang telah dimusnahkan
sekelip mata oleh penjajah yang kononnya menegakkan keamanan serantau
tetapi mereka mempunyai agenda lain. Mereka melaga-lagakan rakyat
supaya lemah dan senang ditakluki. Akhirnya rakyat merana akibat tidak
bersatu padu dalam menentang penjajah dari luar. Jika masyarakat ingin
menikmati hasil Wawasan 2020, kita haruslah sentiasa bersatu padu dan
bertolerensi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, kita amat
mengharapkan dengan adanya Wawasan 2020 negara ini akan bebas
daripada penjajahan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi yang lebih utama
adalah penjajahan minda. Sebagai contoh penjajahan minda adalah
kelemahan minda kita untuk menerima arus globalisasi dan dunia tanpa
sempadan yang menuntut kita supaya bermujahadah dan refleksi diri yang
tinggi. Apa yang dimaksudkan di sini adalah minda rakyat kita sentiasa ditapis
dengan kemasukan unsur-unsur yang merosakkan. Ini diharapkan dapat
dijauhkan supaya minda rakyat kita sentiasa bersih dan tidak tercemar
daripada sebarang kekotoran.

10
2.4 Cabaran Keempat:
“Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika”

Cabaran keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang


sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam
nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
Cabaran ini adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral
dan beretika. Warganegaranya yang teguh dalam nilai agama dan
kerohaniannya perlu didokong oleh nilai etika yang tinggi.
Masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai moral yang kukuh dan
nilai keagamaan yang utuh pasti akan dipandang mulia. Justeru masyarakat
Malaysia yang berbudi pekerti yang luhur, nilai-nilai moral yang tinggi, etika,
keagamaan dan kerohanian yang utuh adalah tunjang kepada pembentukan
sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Perkara ini dapat membantu ke
arah pembentukan masyarakat yang lebih demokratik dan matang, bebas
serta teguh. Masyarakat yang matang dan demokratik ini kemudiannya
mampu melahirkan individu yang berkeyakinan diri yang tinggi. Apabila rakyat
negara ini mempunyai rakyat yang berkeyakinan tinggi, mereka akan
sanggup mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara mereka dengan
sepenuh hati daripada sebarang penjajahan. Keyakinan yang tinggi ini
seharusnya diterapkan dengan baik supaya anak bangsa kita lebih tabah
dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.
Oleh yang demikian, nilai-nilai tersebut perlu dipupuk dan
diperkembangkan dalam setiap lapisan rakyat. Penerapan nilai–nilai tersebut
bukanlah satu usaha yang mudah, kerana pembentukan sebuah masyarakat
yang betul–betul matang memerlukan tindakan yang berterusan tanpa
mengira latar belakang budaya atau agama. Jika kita lupakan prinsip ini,
sudah tentu wawasan negara akan gagal dan goyah kerana persekitaran
negara kita sendiri terdiri daripada rakyat yang mempunyai variasi agama,
kepercayaan, anutan, kebudayaan dan konsep ketuhanan yang berbeza. Dan
jika melihat kepada konsep agama itu sendiri, semua agama menyeru ke
arah kebaikan dan menjauhkan diri daripada kejahatan dan keburukan seperti

11
membunuh, mencuri, berzina, meninggalkan ibadah wajib sepeti berpuasa
dan menunaikan zakat bagi orang Islam dan banyak lagi.
Pembangunan yang seimbang pula perlu mengambil kira beberapa
aspek-aspek tertentu seperti dari segi moral dan etika setiap anggota
masyarakatnya. Masyarakat yang terlibat dalam dunia perniagaan mestilah
memiliki nilai, moral dan etika yang sesuai. Tanpa memiliki nilai, moral dan
etika yang tinggi, mereka tidak boleh menjamin pertumbuhan ekonomi negara
secara berkesan. Ahli-ahli perniagaan yang mempunyai nilai, moral dan etika
yang baik, tidak akan terlibat dalam gejala rasuah, salah guna kuasa dan
sebagainya yang akan membawa kepada kemusnahan. Bermula dengan
pendidikan matematik, manusia itu dididik di sekolah dengan baik.
Contohnya, satu tambah satu bersamaan dengan dua. Jika guru mengajar
songsang dan tidak baik, sudah pasti pelajar akan melebih dan
mengurangkan sesuatu pengiraan. Ini dianggap sesuatu yang tidak baik
kerana tidak adil dalam timbangan, menipu dalam perkiraan dan tidak
beramanah dan jujur dalam perhitungan. Ini bertepatan dengan Falsafah
Pendidikan Negara iaitu :

“ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ”.

12
2.5 Cabaran Kelima:
“Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat
pelbagai kaum bebas mengamalkan idea, kebudayaan, dan
kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama,
meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara”

Cabaran kelima pula adalah untuk mewujudkan masyarakat yang


liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada
satu negara.
Sepertimana yang kita maklum, Malaysia terdiri daripada pelbagai
etnik dan kaum. Setiap kaum dan kumpulan etnik mempunyai adat,
kebudayaan dan kepercayaan agama mereka yang tersendiri. Rakyat
Malaysia bebas untuk mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan
agama masing-masing. Justeru, sifat rakyat yang saling hormat-menghormati
antara satu sama lain dan saling bertolak ansur dalam kalangan masyarakat
akan menjadi batu loncatan yang merupakan asas kepada negara yang maju
dan makmur yang sesuai dengan acuan sendiri.
Pada masa kini semua lapisan masyarakat kita di Malaysia tidak
mengira kaum dan agama dapat merayakan perayaan masing-masing. Ini
menunjukkan bahawa walaupun masyarakat kita terdiri masyarakat yang
majmuk tetapi kita masih dapat hidup bertoleransi dan bersatu padu dalam
satu negara. Ini merupakan satu petunjuk kepada suatu langkah yang baik ke
arah merealisasikan wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju tanpa sebarang pertelingkahan, pergaduhan,
bermasam muka, bercakaran sesama sendiri, egoistik, dan sebagainya
kerana semua ini akan menjadi barah dan api kepada sistem sosial yang
rosak dan susah untuk dididik ke arah kebaikan.
Kebebasan yang dinikmati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia hari ini
akan menjadi contoh kepada negara-negara lain. Semua rakyat mempunyai
hak yang sama dan tidak ada satu kaum pun yang tertindas. Keamanan dan
kemakmuran yang dinikmati kita sekarang ialah hasil rakyat yang mempunyai
toleransi yang tinggi. Setiap rakyat boleh bertolak ansur dan bersifat liberal.

13
Dengan ini negara Malaysia akan terus maju pada masa akan datang seperti
mana yang telah dirancang mengikut kata dan telunjuk para pemimpin negara
kita yang mahukan kecemerlangan dan kegemilangan negara terus
berterusan dan boleh dikecapi oleh generasi seterusnya. Ini sekaligus ibarat
serampang dua mata iaitu kecemerlangan yang dimiliki disulami dengan sifat
yang mulia seperti bebas mengemukakan idea dan berdiri di atas kaki sendiri
tanpa sebarang keraguan.
Negara yang maju diistilahkan sebagai sebuah negara yang dapat
mengagihkan hasil kekayaan negerinya dengan adil dan saksama kepada
semua rakyatnya. Rakyat akan mendapat hak yang sama dan wujud
perkongsian sepenuhnya sumber-sumber negara dalam perkembangan
ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih berlaku
pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi
berdasarkan masalah kaum seperti yang berlaku seperti orang Melayu
mengamalkan ekonomi sara diri berasaskan pertanian, orang Cina terlibat
dengan perlombongan dan perniagaan manakala orang India bekerja sebagai
buruh di ladang dan tapak pembinaan. Kesannya, masyarakat akan
mementingkan diri sendiri, ketinggalan jauh ke belakang, lambat untuk
menerima pembaharuan dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan.
Jika diteliti daripada sejarah lampau negara sebelum kedatangan
British, sosio ekonomi penduduk bumiputera telah dibuktikan. Orang Melayu
tertumpu di kawasan pantai, muara dan lembah sungai kerana menjalankan
aktiviti pertanian dan perikanan. Selain itu, masyarakat desa telah
mengamalkan ekonomi sara diri berasaskan pertanian di samping cara hidup
yang dipengaruhi oleh sistem feudal iaitu sistem pemerintahan beraja dan
bersultan. Selain itu, Orang Asli pula bekerja sebagai pemburu dan
memungut hasil hutan serta tinggal di kawasan pedalaman dan terpencil.
Dengan mengamalkan pertanian pindah, bercucuk tanam dan menangkap
ikan telah menjadi budaya yang sedikit sebanyak kekal hingga ke hari ini
walaupun tampak lebih moden dan bermutu sedikit. Bagi bumiputera Sarawak
pula, mereka tinggal di pesisiran pantai, di kawasan subur antara lembah
sungai dan bukit dengan aktiviti utama seperti menangkap ikan, menanam
padi, pertanian pindah, memburu dan mencari hasil hutan. Lain pula dengan
bumiputera Sabah pula seperti suku kaum Dusun dan Kadazan merupakan

14
golongan petani yang mendiami di kawasan dataran dan di lembah sungai
manakala suku kaum Murut tinggal di pedalaman dan mengusahakan
pertanian pindah.
Oleh itu, pengagihan kekayaan secara adil dan saksama di kalangan
rakyat membawa kepada wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap
rakyat dalam perkembangan ekonomi yang mampan. Rakyat juga perlu diberi
dan bersedia menerima latihan yang secukupnya. Latihan yang bersepadu
dapat melahirkan satu pasukan tenaga kerja yang berkualiti justeru
membolehkan mereka memperolehi pekerjaan dan pendapatan yang
berpatutan dan seterusnya menjamin taraf hidup yang lebih baik.

15
2.6 Cabaran Keenam:
“Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai
daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan
sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga menyumbangkan
kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan”

Pembangunan masyarakat saintifik dan maju merupakan cabaran yang


keenam wawasan 2020. Dalam arus perkembangan dunia yang semakin
canggih, sains dan teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam
membawa kemajuan ekonomi dan material ke dalam sesuatu masyarakat.
Oleh yang demikian, segala usaha untuk menjadikan negara maju perlu
mengambil kira pembangunan sains dan teknologi. Mantan Perdana Menteri
Malaysia amat menggalakkan perkembangan bioteknologi dalam negara
sebagai perantara ke arah pembentukan budaya sains dan teknologi yang
kehadapan berbanding negara lain. Selain itu, kewujudan bandar Multimedia
Super Corridor ( MSC ) merancakkan lagi perkembangan yang positif ini.
Selain itu, banyak universiti ditubuhkan bagi menjayakan visi negara. Antara
institusi yang dimaksudkan adalah seperti Universiti Multimedia ( MMU ) di
Melaka, Kolej Universiti Sains Dan Teknologi Malaysia ( KUSTEM ), Kolej
Universiti Kejuteraan Malaysia ( KUKTEM ) di Perlis dan Kolej Universiti Islam
Malaysia ( KUIM ) di Bangi, Selangor dan diharapkan agar perkembangan
positif ini akan membawa kita ke arah dunia tanpa sempadan yang lebih luas.
Dalam konteks ini, Malaysia perlu membentuk sebuah masyarakat
sains yang progresif dalam usaha untuk menjadi sebuah negara industri yang
maju. Anggota-anggota masyarakatnya perlu memanfaatkan teknologi terkini
dan rakyat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh juga perlu diwujudkan
jika kita hendak menjadi negara industri yang disegani di kaca mata dunia.
Oleh yang demikian, institusi-institusi yang terlibat seperti Pusat Sains
Negara, Planetarium Negara di Bukit Kiara Kuala Lumpur, Jabatan Atom Dan
Nuklear di Bangi, Pusat Racun Negara, Jabatan Neurologi, Jabatan Kajicuaca
dan sebagainya perlu memainkan peranan yang lebih penting dan mantap
menerusi medium dan agenda masing-masing ke arah mewujudkan
masyarakat yang berdaya saing dan celik sains sesuai dengan peredaran
zaman terkini.

16
Selain itu, kita tidak boleh bergantung dengan amalan tradisional yang
hanya bergantung sepenuhnya kepada tenaga pekerja dan pengeluaran
bahan-bahan mentah. Pertukaran atau pemindahan kepada pertumbuhan
yang berorientasikan produktiviti dan faedah kompetitif memerlukan usaha
yang berterusan terutamanya bagi mempercepatkan kemajuan teknologi dan
inovasi. Malah untuk mencapai mutu atau kualiti yang cemerlang,
penyelidikan dan pembangunan yang berasaskan sains dan teknologi perlu
dilaksanakan dengan segera dan lebih meluas.
Ini bermakna untuk mencapai pembangunan berasaskan pertumbuhan
ekonomi memerlukan kewujudan industri yang berdaya saing dan ini hanya
dapat dicapai melalui perkembangan teknologi dan inovasi. Oleh yang
demikian, pembangunan sains dan teknologi yang pesat perlu diwujudkan. Ini
adalah kerana pembangunan tersebut menjadi penggerak utama dalam
pertumbuhan ekonomi yang menjadi prasyarat kepada pembangunan negara
dan masyarakat.
Strategi-strategi yang berkesan juga perlu difikir dan digubal bukan
sahaja untuk mempercepatkan penerapan teknologi ke dalam berbagai-bagai
sektor ekonomi negara tetapi juga bagi penciptaan teknologi baru. Apabila
Malaysia berjaya menjadi negara pengguna teknologi dan pencipta teknologi
baru, akan terbentuk satu masyarakat yang saintifik dan progresif seperti
yang diinginkan oleh mantan Perdana Menteri. Mantan meminta supaya
supaya membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif (Adnan
Baharom, 1997 ) .

17
2.7 Cabaran Ketujuh:
“Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat,
kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang
perseorangan,tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh”

Wawasan 2020 turut meneliti cabaran dalam membentuk sebuah


masyarakat penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan
masyarakat daripada diri sendiri. Selain itu, dalam sistem ini kebajikan rakyat
tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi berasaskan sistem keluarga
yang kukuh dan mantap. Kesejahteraan bukan sahaja dinikmati oleh diri
sendiri tetapi juga dapat dimanfaatkan oleh orang lain agar ia akan menjadi
suatu budaya yang baik dalam kalangan masyarakat kerana budaya ini akan
melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri,
komuniti masyarakat yang berada di sekelilingnya dan negara.
Lantaran itu, wawasan 2020 telah memberi tumpuan kepada
pembangunan keluarga. Ini adalah kerana, keluarga memainkan peranan
dan merupakan asas pembentukan masyarakat, manakala masyarakat
merupakan asas pembinaan negara. Hal ini membawa maksud bahawa
kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan bergantung
kepada keluarga dan masyarakat.
Oleh yang demikian, Kementerian Pelancongan telah menggalakkan
pelancongan sekeluarga melalui program Cuti-cuti Malaysia. Ahli-ahli
keluarga dapat menggunakan peluang ini untuk memahami dan mengeratkan
hubungan antara mereka. Disamping itu, masalah sosial akibat krisis
keluarga juga dapat dikurangkan ke tahap yang minimum seperti penceraian,
penderaan kanak-kanak, sumbang mahram dan lain-lain lagi.
Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga dan masyarakat
memainkan peranan yang terpenting untuk mencorakkan kualiti individu yang
menjadi rakyat dan bakal menjadi pemimpin sesebuah negara. Budaya
bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam
wawasan ini hendaklah dipupuk sejak awal lagi agar rakyat menyedari
kepentingan institusi keluarga dalam memajukan sesebuah negara. Oleh

18
yang demikian, pelbagai langkah yang efektif perlu diambil untuk tujuan
pengwujudan keluarga dan masyarakat penyayang.

19
2.8 Cabaran Kelapan:
“Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi”

Istilah negara yang maju ialah sebuah negara yang dapat


mengagihkan hasil kekayaan negeri-negeri dengan adil dan saksama kepada
semua rakyat jelatanya. Sebagai titik permulaan satu era ke arah
membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun
2020, penggubalan Perangkaan Rancangan Jangka Panjang Kedua yang
berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilakukan.
Penggubalan ini mengharapkan rakyat akan mendapat hak yang sama dan
wujud perkongsian sepenuhnya sumber-sumber negara dalam
perkembangan ekonomi.
Pencapaian sedemikian tidak akan tercapai selagi terdapat penentuan
fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi
kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu. Tidak dapat dinafikan
bahawa dalam mewujudkan satu masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi dan sosial merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Bagi
mencapai impian Malaysia, fenomena ketidakadilan pembahagian kekayaan
harus diatasi agar tidak wujud golongan yang tercicir dalam menikmati
kemodenan dan kemajuan yang dicapai.
Oleh itu, pembasmian kemiskinan mutlak tanpa mengira bangsa
mahupun lokasi wilayah serta penghapusan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi asas yang tertentu merupakan pendekatan utama yang
dilancarkan dalam usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Demi
membantu rakyat Malaysia melepaskan diri daripada perangkap kemiskinan,
kerajaan mesti menyediakan kemudahan-kemudahan asas yang
mencukupnya seperti perumahan, perubatan serta bekalan elektrik dan air,
khasnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Kita harus berusaha
memastikan imbangan kaum yang wajar dalam bidang ikhtisas dan semua
jenis pekerjaan yang utama. Dalam konteks tersebut, pembangunan sumber
tenaga manusia kebangsaan adalah amat penting sekali.
Penyataan cabaran wawasan ini merupakan penekanan semula ke
atas isu yang sentiasa menjadi perhatian utama iaitu pembasmian
kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah,

20
di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Semua rakyat
Malaysia diseru agar tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan
kepada sesuatu kaum atau golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah
menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan.
Kesungguhan dalam mencapai tahap keseimbangan ini seterusnya telah
diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan
dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Ke-enam.
Kejayaan negara kita dari segi perubahan corak ekonomi dan
kehidupannya daripada bidang pertanian kepada bidang perindustrian telah
menaikkan kita ke status negara maju. Namun, proses transformasi yang
telah dimulakan sejak merdeka lagi perlu diteruskan seperti mana yang
ditegaskan dalam wawasan 2020. Ini kerana matlamat kita bukan sahaja
inginkan transformasi kehidupan bertani kepada perindustrian tetapi juga
melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Oleh itu,
pembentukan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu
menghadapi persaingan, bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya
ketahanan perlu diteruskan bagi mencapai matlamat negara kita. Apalah
gunanya jika kita hanya mampu membangun dari aspek pertanian tetapi
ketinggalan dalam aspek teknologi pertanian. Ini akan membantutkan semua
usaha ke arah menjayakan negara kita yang inginkan kemajuan yang tinggi
dalam pertanian dengan mengadaptasi teknologi tinggi dalam pembuatan dan
eksport seperti menjimatkan masa, kos dan tenaga kerja.
Dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020, Dasar
Perindustrian Negara telah digubal untuk mempergiatkan proses industri
negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi
negara. Di bawah dasar ini, Pelan Induk Perindustrian (PIP) telah digubal. PIP
merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa
Malaysia ke era sebuah negara perindustrian dan lantas menjadi teras
kepada sebuah negara maju. Dengan ini dipercayai pertumbuhan ekonomi
Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang
berlandaskan strategi industri .

21
2.9 Cabaran Kesembilan:
“Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental”

Ekonomi yang berdaya saing mestilah mampu menyara diri dalam


jangka panjang dan hendaklah bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai
daya ketahanan. Ekonomi tersebut mestilah seimbang, mempunyai sektor
industri yang matang dengan asasnya yang luas, mempunyai sektor
pertanian yang moden dan mantap. Selain mempunyai sektor perkhidmatan
yang cekap, produktiviti tinggi dan tidak kurang matangnya. Ia juga mestilah
disulami dengan etika kerja yang unggul, kepekaan akan mutu dan
keghairahan terhadap kecemerlangan dan dikawal oleh disiplin yang mantap
dan peraturan kuasa-kuasa pasaran.
Usaha membentuk masyarakat yang makmur bukanlah satu proses
yang mudah terutamanya dalam era globalisasi ini. Malaysia sebagai sebuah
negara kapitalis di terpaksa bersaing dengan negara-negara lain yang juga
sedang berusaha untuk menjadi negara maju. Di samping proses globalisasi
ini, beberapa arah aliran juga sedang berlaku seperti blok perdagangan,
kemunculan dan kematangan pasaran bebas sosialis, penswastaan, dan
sebagainya. Dengan munculnya perkembangan ini, Malaysia terpaksa
bersaing dengan negara-negara lain yang sedang berlumba-lumba mencapai
kemakmuran rakyatnya. Untuk berjaya dalam persaingan ini dan mencapai
kemakmuran rakyat adalah wajar bagi Malaysia mewujudkan suatu ekonomi
yang bersifat dinamik, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
Untuk mencapai sifat-sifat ini, ekonomi negara mestilah melalui
transformasi struktual. Ini merangkumi perubahan seperti penurunan
sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Negara Kasar (KNK), dan
kenaikan dalam sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Struktur
pengeluaran mesti berubah ke arah pertambahan nilai yang lebih tinggi,
kemahiran yang lebih tinggi dan aktiviti-aktiviti yang lebih intensif dari segi
teknologi dan pengetahuan. Selain itu, bagi menyokong usaha ini eksport
negara mesti dipertingkatkan dengan barangan buatan menjadi bahan
eksport yang utama, dan pada masa yang sama industri-industri yang
mempunyai daya saing terus dipupuk (Seru, 1992: 24).

22
Kesemua ini memerlukan pengorbanan dan iltizam bukan sahaja
daripada negara tetapi juga daripada sektor swasta. Pengkorporatan
Malaysia merupakan satu usaha untuk mencapai matlamat ini, iaitu untuk
mewujudkan ekonomi yang berdaya saing, dinamik, tangkas, kental, sebagai
satu prasyarat kepada pembentukan masyarakat yang makmur.

23
3.0 Kesimpulan

Wawasan 2020 sebenarnya bukanlah hanya suatu visi dan impian


seorang pemimpin, malah ia menjadi harapan bagi semua rakyat Malaysia
untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa dalam suasana
harmoni. Wawasan 2020 bukan sahaja merupakan wawasan ekonomi
semata-mata tetapi juga dihalusi dengan perkara-perkara berkaitan dengan
aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan keperibadian bangsa,
moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, sumber manusia, politik dan lain-
lain. Namun begitu, untuk menjadikan wawasan ini sebagai satu kenyataan
bukanlah semudah yang disangkakan.
Oleh demikian, kerjasama yang erat dan menyeluruh di antara rakyat
Malaysia amat diperlukan dalam melaksanakannya. Wawasan 2020 bukanlah
satu slogan yang dilaung-laungkan sahaja. Oleh yang demikian, sebagai
rakyat Malaysia kita harus berani menerima perubahan dan bersedia berubah
untuk memasuki abad yang ke-21.

24
Rujukan

Asnarulkhadi Abu Samah dan Jayum ak Jawan (1997). Kenegaraan


Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Kamarudin Jaffar & Hazami Habib (ed) 1993. Wawasan 2020, Kuala Lumpur :
Institut Kajian Dasar

Sosioeconomic Research Unit (SERU) 1992. National Seminar Towards a


Developed and Industrialised Society : Understanding the Concept,
Implications and Challenges of Vision 2020 _ Proceeding. Kuala Lumpur:
Prime Minister’s Department.

Hamidon Pawanteh.2003. Pengajian Am. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam,


Selangor.

Kamarudin Jaffar & Hazami Habib ( ed ).1993. Wawasan 2020, Kuala Lumpur
: Institut Dasar Kerajaan.

Malaysia Kita, Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-Dasar Pembangunan.


International Law Book Services, 2000.

Wawasan 2020, Institut Kajian Dasar. Kuala Lumpur, 1993.

Perspektif Wawasan 2020. http://vlib.unitarklj1.edu.my/htm/wawasan.html

Wawasan 2020 – Malaysia Sebagai Negara Maju Sepenuhnya.


http://juruteknologis-makmal.um.edu.my

Panduan Lengkap Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)Adnan


Baharom, Anas Suray, Daud Md. Saman,.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur. Cetakan pertama 2007.

25

Anda mungkin juga menyukai