Anda di halaman 1dari 2

WJB 301 HUBUNGAN ETNIK

TAJUK: WAWASAN 2020 DAN ELEMEN HUBUNGAN ETNIK


Nombor Tajuk : 45

Nama pelajar: Tang Yuan Bing

ID : 1001644083

Nama guru: Abdul Latiff Hj Jamaludin


Pada tanggal 28 Februari 1991, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Yang Amat
Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamed telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk
“Malaysia- Melangkah ke Hadapan”. Dalam kertas ini, beliau telah membentangkan satu
rangka kerja dan satu pemikiran mengenai matlamat negara kita, iaitu Malaysia untuk
menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Terma atau matlamat untuk menjadi Malaysia
maja bukan sahaja terhad dari segi ekonomi, malahan juga ia merangkumi segala aspek
kehidupan seperti social, politik, kebudayaan dan kejiwaan.
Salah satu cabaran adalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai
hubungan etnik yang harmorni. Cabaran bagi membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu
padu ini memberikan kepada kita definasi bahawa ia merupakan cabaran untuk membentuk
satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia yang meliputi seluruh rakyat Malaysia
yang terdiri dari berbilang kaum. Cabaran ini adalah paling yang utama dan paling asas di
dalam mengharungi cabaran menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Ini kerana jika
tiada perpaduan dan rasa sama rata di bawah naungan satu bangsa yang dikenali sebagai
bangsa Malaysia, maka segala usaha-usaha yang telah dirancang oleh kerajaan bagi mencapai
matlamat wawasan 2020 ini adalah sia-sia. Pembentukan sebagai sebuah negara yang
bangsanya bersatu padu adalah satu perkara yang sangat berat dan sukar untuk dilakukan
kerana ia boleh menimbulkan ketegangan akibat dari beberapa perkara yang sensitif. Cabaran
ini dilihat sebagai satu cabaran yang berterusan kerana setiap kaum di Malaysia ingin
mengekalkan identiti mereka yang tersendiri dari masa ke semasa.

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif di dalam usahanya untuk memupuk
semangat jati diri dan minat seluruh rakyat untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia
menjelang tahun 2020. Antara inisiatif yang diambil ialah dengan memperkenalkan satu
sistem persekolahan baru yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Sekolah ini akan
mengintegrasikan semua keperluan pendidikan setiap lapisan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum di bawah satu bumbung.
Wawasan 2020 ini bukan satu wawasan yang mementingkan hanya mementingkan kemajuan
negara sahaja malah ia juga mementingkan kemajuan insaniah di kalangan rakyatnya sendiri.
Wawasan 2020 ini bukanlah omongan kosong sahaja tetapi ia harus menjadi cita-cita setiap
lapisan masyarakat Malaysia. Melalui merekalah, impian untuk melihat Malaysia sebagai
negara maju dapat direalisasikan. Bagi merialisasikan hasrat kerajaan ini, semua rakyat
haruslah bersatupadu dan saling bertolenrasi antara sama lain demi melahirkan keharmonian
dalam masyarakat tidak kira agama, bangsa, dan keturunan.

Anda mungkin juga menyukai